PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, March 1, 2013

SouL Mate Bab 62




Tubuhnya masih bertingguh di sisi katil yang menempatkan jasad yang masih lena dibuai mimpi, Aleyssa dari tadi senang memerhatikan suaminya  yang sungguh lena, matanya ralit meneliti setiap inci wajah memerah itu. sekali sekali dia tersenyum apabila dahi lee yang berkerut kerut, mimpi sesuatu mungkin. semakin lama ditatap wajah itu makin senang hatinya, adakah ini yang dinamakan cinta? Wajah itu begitu menyenangkan hatinya, pendek kata dia akan tersenyum riang dengan hanya meneliti wajah tenang itu. ‘’ lenanya abang tidur, ‘’ perlahan, terpacul ayat itu dari bibirnya. Bibirnya melakar senyuman, letih mengadap begitu, dia mula melutut sambil tubuhnya di tinggikan sedikit, kini wajahnya  makin dekat dengan seraut wajah tenang itu, jam di dinding sesekali di lirik, ‘’ baru jam 5.00 pagi, lambat lagi nak tungguh subuh, nak tidur takut terlajak pula nanti. lirik leyssa dalam hati, matanya kini berpaling kembali menatap wajah itu. baik aku tilik wajah tampan ini. Desisnya dalam hati, sambil tersenyum nakal, malu kalau dia tahu aku suka tengok muka dia. Gelak leyssa tersipu sipu malu. 

            ‘’ kenapa sayang suka curi pandang abang? ‘’ soal lee tiba-tiba, membuka matanya sambil merenung redup mata isteri tercinta, aleyssa terlopong. Matanya berkelip kelip, terserlah membulat matanya apabila melihat lelaki itu melirik manja ke arahnya. Tiba-tiba lee spontan mengucup bibir aleyssa. Dan seperti biasa, wanita ini memang selalu gelabah tak ingat, lee sudah bersedia menampung tubuh itu dari terlentang ke belakang. ‘’ kenapa sayang? Tak biasa lagi? ‘’ soal lee membuatkan aleyssa tersipu malu. Lee tergelak riang. Memang dari tadi dia sudah pun sedar dari tidur, Cuma dia nak tengok apa lagi yang ingin dilakukan wanita yang paling dicintainya itu. 

            ‘’ sini, ‘’ panggil lee mengisyaratkan supaya aleyssa bangun dan duduk di sebelahnya, manakala dia turut menegakkan tubuhnya menyandar di kepala katil. Sesekali dia bernafas kuat, kerana sekali sekala dia masih merasa sakit akan kesan- kesan dipukul. ‘’awal sayang bangun?’’ soalnya lembut sambil merangkul tubuh aleyssa ke dalam pelukannya, sungguh dia merasa selesa begitu. Tangannya membelai rambut panjang isterinya. Aleyssa kaku, tapi dia cuba untuk menyantaikan dirinya. ‘’ kejap lagi dah subuh, leyssa terkejut awal, tunggu je la, ‘’ jawabnya bersungguh. 

‘’sayang tunggu je? Tak buat perkara lain? ‘’ soal lee nakal sambil mencuit hidung isterinya.

‘’ hurm?? ‘’ leyssa tak dapat menagkap maksud suaminya.

‘’ leyssa tunggu je ke? Tak ada buat perkara lain? Contohnya… curi-curi tilik wajah abang?’’ ujar lee sedikit tergelak halus, sesekali tangannya menguatkan pelukan. Aleyssa sudah tak tahu nak cakap apa, dia hanya tersenyum malu, dia tahu perbuatannya telah diketahui.
            ‘’ kenapa sayang curi-curi pandang? ‘’

            ‘’ tak lah. Mana ada? ‘’

            ‘’ iye ke? ‘’

            ‘’ iye.. ‘’

            ‘’ kalau macam tu, pandang abang sekarang. ‘’ lee mula memalingkan tubuh mengadap tubuh aleyssa. Matanya merenung ke dalam anak mata isterinya itu, aleyssa kelihatan gugup. Matanya pantas saja mengalih pandanganya lari dari redup mata lelaki yang merenungnya.

            ‘’ tengok.. kalau abang tak pandang, leyssa seronok je tilik muka abangkan?? Bukan sekali, bukan dua kali, sejak kita sekolah lagi kan? Leyssa suka curi-curi pandang abang. ‘’ tenang suara itu meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

Aleyssa seakan terpana, matanya melirik menginginkan penjelasan dari lee,

            ‘’ betul tak, apa abang cakap? ‘’ soal lee lembut sambil membelai rambut aleyssa. Menanti sebuah pengakuan dari bibir comel itu. sungguh dah lama dia perasan akan kelakukan aleyssa yang suka memerhatikannya, kalau dulu dia kadangkala agak segan apabil perasan dirinya selalu diperhatikan, tapi lama kelamaan dia dah jadi biasa dengan pandangan itu.

            ‘’ ermm.. leyssa.. ‘’ tersekat-sekat suaranya. Malu sungguh apabila sikapnya telah diketahui. Dan bertambah malu apabila disedari dari awal lagi.

            ‘’ erm… abang, kita solat dulu la, dah masuk waktu ni, nanti leyssa tolong abang ke bilik air untuk ambil wuduk yer? ‘’ dalih aleyssa apabila rahsianya bakal dibongkar nanti. aleyssa tersenyum simpul sambil bergerak bangun turun dari katil. Lee hanya tersenyum memerhatikan gelagat isterinya itu. ‘’ sayang… abang tunggu cerita dari sayang tau? ‘’ ujar lee sambil mengeyit mata nakal.

Sesekali Amira mengeluh lemah, entah mengapa perkara yang diketahui secara tidak sengaja semalam membuatkan dia merasa sungguh lemah, sesak nafas dibuatnya, mengapa semua ini berlaku kepada dirinya. Dan kenapa ia mesti melibatkan orang yang paling dia sayangi? Sekejap duduk, kejap lagi dia berjalan kehulu ke hilir.

Malam tu, memang dia sendiri tak menyangka yang selama ini semua kekayaan yang dia ada dan apa jua kemewahan yang dia miliki selama ini adalah milik orang yang amat dekat denganya. Sudah beberapa kali amira mengeluh lemah. Niat hati dia ingin memperbetulkan segala yang berlaku. Entah mengapa timbul rasa bersalah dalam dirinya. Sungguh, dulu dia memang tidak berniat untuk membenci sahabatnya yang dianggap sebagai ahli keluarganya sendiri, tapi akibat terpengaruh dengan mama dan abangnya dia jadi keliru. Memikirkan mereka berdua adalah darah dagingnya maka, dia sanggup melupakan persaudaraannya dengan aleyssa yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. bahkan marahnya semakin bertambah apabila dia mendapat tahu yang haikal mendekati dirinya hanya sekadar untuk lebih mendekati aleyssa. Dia begitu marah apabila alif haikal sendiri pernah mengakui sendiri yang dia sudah lama jatuh hati dengan sahabatnya itu, dan dia sendiri mengaku yang aleyssa tidak pernah memandang dia lebih dari kawan, tapi dia tetap ingin mencuba, disebabkan itu lah dia sanggup menggunakan amira untuk lebih dekat dengan Aleyssa, walaupun amira sendiri tahu yang aleyssa memang tidak pernah ada hati dengan lelaki yang bernama Alif Haikal. Tapi entah mengapa disebabkan selalu ditanam rasa benci dan dendam oleh mama dan abangnya membuatkan dia turut sama membenci aleyssa.

Tapi mengapa setiap kali dia cuba untuk menanam rasa benci terhadap aleyssa selalu saja tidak Berjaya, masakan tidak, sehingga dia sendiri pernah terjebak dengan gejala social yang meruncing, pernah tersasar dari landasan yang betul, sungguh dia menyesal kerana terlalu terikutkan emosi sewaktu itu. ‘’ leyssa maafkan aku.’’ Luruh hatinya menitiskan segala air mata penyesalan. Teresak esak amira menangisi segalanya yang perbuatanya selama ini.

Amira tidak mampu lagi membendung rasa sedihnya lagi, apa yang bermain di mindanya kini hanya untuk mengembalikan keadaan seperti dulu, dia tidak mahu lagi kehilangan sahabat dan kakak yang sangat dirinduinya. Kakinya melangkah keluar dari biliknya. Sekadar bersiap mana yang patut dia mencapai kunci kereta, dia tekad, dia mahu mencari kebenaran yang sebenar-benarnya. Saat dia membuka pintu, namanya dipanggil. Dia tahu mamanya.

            ‘’ kamu nak ke mana amira? ‘’ soalnya pelik melihat anaknya seolah tergesa-gesa. Dia tersenyum gembira, setelah dapat tahu yang suaminya akan sentiasa bersamanya lagi selepas ini, bukan seperti dulu, apabila suaminya selalu meninggalkan mereka, selalu saja berlasan, dan mereka seolah dilayan seperti orang asing, entah mengapa, apabila dia meminta penjelasan suaminya sering mengatakan yang dia harus melunaskan segala dendam yang tersurat, tapi sejak semalam suaminya itu pulang dengan wajah kemenangan, dan apabila di Tanya sikapnya sungguh memberangsangkan. Senyum penuh makna, dan buat pertama kali dia dapat merasai kasih sayang seorang suami selepas lama lelaki itu mengambil sikap tidak peduli kepada keluarga mereka hanya kerana dendam. Dendam disebabkan harta dan seorang wanita.

            ‘’ ma,, apa yang kita buat ni salah ma, aleyssa tak bersalah dalam hal ni ma. Mira nak minta maaf dengan ma. ‘’ amira sudah mula mengongoi. Sebak dadanya memikirkan perkara itu.

            ‘’ kamu dah gila mira? ‘’ terbuntang mata mamanya apabila mendengarkan kata kata amira.

            ‘’ mama dan papa yang dah gila kerana sanggup melakukan perkara itu kepada aleyssa, mama dan papa hampir bunuh mereka hanya kerana harta dan kuasa. Mama sedar tak semua tu ma? ‘’ jerkah amira lagi. kali ini dia tidak mahu lagi berkompromi dengan mereka, walaupun darah dagingnya sendiri. aleyssa tidak pernah menyakitinya atau pun orang lain. Dia tahu semua yang berlaku langsung tiada kena mengena dengan sahabatnya itu.





hurmmm,, mungkin ada beberapa episod saja lagi nak tamatkan cerita nih, maaf kalau ada kekurangan, jujur saya katakan cerita ini tidak pernah di draftkan, saya menulis mengikut mood dan idea yang datang waktu itu. sbb tu lah mungkin banyak yang celaru. mungkin  kerana ini adalah karya pertama. dan mungkin juga  kerana saya masih mengasah bakat yang ada. mungkin kerana itu jugalah saya masih tak dapat nak habiskan lagi kisah aleyssa dan lee ini. sayang rasa nak habiskan kisah mereka. Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang suka dan sentiasa menanti episod selanjutnya Soul Mate yang tak seberapa ini. sayanggg kamu semua... 








7 comments:

Anonymous said...

x pe2 teruskan~
asyiqin

Anonymous said...

Salam....Saaaaaayaaaang kamu juuuugaaaaaa!!! Teruskn penulisan mu... Suka sgt2!!!

Anonymous said...

cite ni mmg best writer..
smpaikan dr dulu sy t'nanti2 stiap update..
kalo blh cpt2 update coz dh lm tggu cite ni..huhu

Anonymous said...

assalamulaikum cerita ni memeng best dah lama saya mengikutinya dan saya berharap ia akan ada endingnya. semoga cepat buat penamatnya

hasiza bt abdullah said...

Assalamulaikum. Cerita ini dah lama saya menunggu penamatnya. Bila lagi. Kesian Alisya tetapi dia sentiasa bernasib baik kerana ada Lee. Semoga mereka akan sentiasa bersama

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

assalamulaikum sekarang dah tahun 2017. dah tak ada sambungan ke cerita ini