PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, February 8, 2013

TakutNya Cinta Bab 6





            Ammar      : whats up bro? lama tak Nampak? Busy semedang je aku dgr.
            Tad            : kerja.
            Ammar      : common la.. tak kan sampai tak de mase lepak kat tempat biasa?
            Tad            : tengok la, macam mana.
            Ammar       : petang ni?
            Tad             : tengok la.
            Ammar       : jangan tengok bro, reza bising dah lame tak berhiburan.
            Tad             : ok.
            Ammar       : ok.
                       

Sesi berchatting selesai. Notebooknya di tutup, wajahnya diraup, air liur yang ditelan terasa pahit. Lebih sebulan juga dia tidak menjejak kaki ke tempat biasa bersama rakan rakanya. Sengaja dia menyibukkan diri dengan kerja di pejabat, sebulan juga dia tidak mendapat khabar berita dari mama. Panggilan telefon dari mama selalu dibiarkan sepi. Sudah di beritahu yang dia tidak mahu bersangkut paut dengan semua perkara itu lagi. cukuplah sekali. Kepala dipangku lengannya, matanya mendongak ke syiling pejabatnya, ada sesuatu terbayang di situ membuatkan dia tersentak. Sekali lagi mukanya di raup. Sah, angau.



Nurul  mengira cash yang ada sebelum bertukar syift, dia semakin mahir dalam melakukan kerja kerja yang di arahkan, sedikit sebanyak sifat gemuruh melampaunya hilang begitu saja, mungkin setelah banyak praktik dia menjadi lebih mahir dan yakin diri. Sambil tersnyum dia mengira ngira note wang yang berada di tangan dengan teliti.
           
            ‘’ bagi saya 100 plus satu. ‘’ reza menyergah, mukanya terjongol ke depan betul betul mengadap tepat muka Nurul, terkejut dengan sergahan begitu Nurul sedikit berganjak ke belakang. Badannya dipusing mencapai se tin 100 plus seperti yang di pesan.

            ‘’ RM2.00 ‘’ serentak jumlah tersebut di letak di atas kaunter. Reza senyum sumbing sambil mengeyit mata kepada Nurul. ‘’ thanks. ‘’ ucapnya sambil berlalu mendapat Ammar yang dari tadi Nurul perasan asyik merenung ke arahnya.
                       
            ‘’ mana Tad? ‘’
            ‘’ dah naik. ‘’ ammar berjalan mendahului Reza yang sibuk membuka tin minuman yang di beli tadi, Nampak rakus dia meneguknya. Mereka berjalan beriringan mencari tad.

            ‘’ Nurul, tolong hantarkan barang ini ke atas. Berikan kepada Ali. ‘’ suruh Encik Hafiz sambil menyerahkan timbunan Tuala muka berwarna putih kepadanya. ‘’ baik encik Hafiz ‘’ tanpa banyak bicara dulang Tuala bertukar tangan, timbunan tuala yang melepasi kepalanya sedikit menyukarkan untuk dia melihat ke jalan hadapanya. Dengan berhati hati dia memanjat anak tangga di tepi kafe yang disediakan yang merupakan satu satunya jalan untuk sampai ke tingkat atas yang menempatkan pusat gym.
            ‘’ oopsss.. hati hati .. ‘’ tegur satu suara. Nurul menyegetkan sedikit kepalanya untuk melihat siapakah yang menegurnya itu. ‘’ lyn apa awak buat kat sini? ‘’ Nurul masih termengah mengah selepas memanjat anak tangga dengan beban di tangan. Sudah la terpaksa berhati hati kerana kependekan dirinya itu membuatkan timbunan tuala itu lebih tinggi darinya. Lyn Cuma tersenyum melihat Nurul yang terpaksa menjinjit jinjit kakinya untuk bercakap.
            ‘’ dah la tu, hantar barang tu dulu, nanti kita jumpa kat bawah, ‘’ lyn berlalu meninggalkan Nurul mengeluh di situ. Lyn,, saya nak minta tolong awak. Ujarnya sendiri sambil matanya masih memerhatikan lyn melepasi pintu tangga. Kakinya melangkah setapak dan kemudian terdengar namanya di panggil kuat. Apabila berpaling Ali sedang berjalan ke arahnya. Ali, lelaki berbadan tegap yang menjaga gym ini, sesuai dengan perwatakannya. Suaranya garau sekali dengan macam garang tapi kalau dah kenal dia memang peramah orangnya, suka bergurau juga.
            ‘’ kesian cik Nurul kita, dah la kecik bawak barang lebih tinggi dari dia. ‘’ usiknya sambil bergelak sakan. Nurul hanya tersenyum dengan usikan lelaki itu. dia tahu lelaki itu hanya ingin bergurau denganya. ‘’ dah, bawak sini. ‘’ dulang bertukar tangan, lega sekali barulah jelas pemandangan hadapanya. Saat mata menangkap sesuatu, hatinya tiba tiba berdegup kencang, tepat di hadapannya lelaki itu merenung ke arahnya. Terasa sudah lama dia di perhatikan begitu. Nurul termalu sendiri. dia mengalih pandangan ke arah Ali. ‘’ saya turun dulu. ‘’ pintanya sambil berlalu. Sedikit pun tidak di toleh ke belakang walaupun hatinya masih dapat merasakan yang lelaki itu masih merenung ke arahnya. Dah lama tak Nampak dia. Rungut Nurul sambil mengetuk ngetuk kepalanya. Kenapa pulak dia nak fikirkan lelaki itu? tapi renungan tadi, macam nak telan dia pun ada. Gumamnya sendiri.
           
Dagunya  diurut perlahan, senyuman di bibir mula terukir, melihat telatahnya membuatkan dia tersenyum sendiri. rindukah dia? Dah sebulan dia tak menjejak kaki ke sini, sebulan juga dia cuba untuk menenangkan diri dengan menyibukkan dirinya di pejabat. Ajakan Ammar hari ini memang tidak dapat di elakkan lagi. apa pula kata mereka jika dia selalu saja member alasan. Angin tak ada ribut pun tiada, tiba tiba dia seolah menjauhkan diri. Bebelan Reza dan soalan bertubi tubi dari Ammar memang tidak boleh di serap masuk lagi, mahu atau tidak dia perlu berdepan sengan keadaan sebenar.
            ‘’ uh… penatnya hari ni. ‘’ reza tiba tiba datang dan duduk di hadapanya, wangian Cklien menusuk hidung tad. ‘’ segar skit lepas mandi. ‘’ reza seolah bercakap sendiri. tad hanya tersenyum kosong. Beberapa saat kemudian Ammar join the club.
            ‘’ bulan depan aku kena nikah. ‘’ ujar tad perlahan tapi dapat di dengar jelas kedua sahabat mereka yang dah jatuh rahang bawah.
            ‘’ nonsense! ‘’ Ammar merenung tajam ke wajah tak berpersaan tad.
            ‘’ gile tak percaya. ‘’ Reza masih terlopong mulutnya.
            Keaadaan di biarkan sepi, Ammar dan Reza masih sabar menunggu kata kata seterusnya dari lelaki yang hanya tunduk bermain main dengan straw minuman. Sedikit pun tidak luak air dari gelasnya.
            ‘’ so? ‘’ ammar dah tak sanggup tunggu lama. Kening di angkat meminta penjelasan.
            Tad mengeluh kasar.
            ‘’ mama aku yang pilih. ‘’
            ‘’ jadi kau setuju? ‘’ potong reza tak percaya.
            Tad hanya mengangguk lesu.
            ‘’ please la tad. Mana ashraff Daniel yang dulu? Yang tegas dengan keputusannya, yang setia menanti elishanya. ‘’ ammar mula meniggi suara. Sinis sekali. Sedikit tersentak Reza apabila Ammar berani menyebut nama itu dengan lantang sekali. Reza mula memerhatikan riaksi tad, kosong. Pandanganya tepat ke gelas lemon tea yang dipesan sejak dari tadi. Walaupun bersyukur yang lelaki itu tidak naik angin, tapi dia sedikit pelik akan perubahan laku sahabatnya itu. ketiga tiga mereka ibarat melayan perasaan masing masing. Reza tidak tahu nak cakap apa. Ammar kelihatan sedikit tidak puas hati dan sedang menyusun ayat. Seorang tad bukan boleh sewenang wenangnya membuat keputusan. Silap cakap mungkin persahabatan mereka bakal bernokhtah, walaupun kelihatan kasar tad sangat sensitive dengan kata kata yang keluar dari mulut individu terutama sahabatnya. Sebab itu tad memang tak tahan ejekan, di sebabkan itu dia akan cuba untuk tidak melakukan sebarang kesilapan di hadapan teman-temannya. Dia tahu Reza dan Ammar memang kaki usik. Mahu panas telinga kalau ada je bahan yang akan di jadikan bahan gelak mereka.
            ‘’ siapa orangnya? ‘’ Ammar mula kelihatan biasa. Sirap bandung melepasi rengkungnya.
            ‘’ entah. ‘’
            ‘’ tak tahu? ‘’ serentak ammar dan Reza bertanya. Masing masing berpandangan sesama sendiri.
            ‘’ aku tak tengok pun gambar yang mama bagi. ‘’
            ‘’ kau memang gile tad. ‘’ ammar dah tak tahu nak cakap apa. Reza menggelengkan kepalanya.
            ‘’ so, apa yang kami boleh tolong? ‘’ dia tahu keputusan tad tak akan dapat di ubah lagi. sekali keputusan telah di buat, apa saja yang berlaku tidak akan merubah keputusannya. Tapi memikirkan hidup yang bakal di hadapinya akan datang membuatkan mereka berdua hilang kata.
            ‘’ jangan lupa datang kenduri aku. ‘’ sepatah sepatah dia bercakap. Otaknya kini kosong. Dia sendiri tak tahu kemana menghilangnya semangatnya. Seolah dirinya hilang melayang tak tahu ke mana. Jasadnya di sini tapi... dia sendiri tidak tahu jawapannya.

            ‘’ Kakak! dah dapat kotak yang mak kirim tu? ‘’ riang sekali miza bersuara. Nurul yang baru selesai mandi hanya tersenyum sambil sebelah tangan mengeringkan rambutnya. ‘’ dah. Akak dah dapat, tapi tak tengok lagi apa benda. ‘’ jawab Nurul sambil matanya memandang terus ke kotak kecik bersampul pos laju itu. ‘’ apa benda tu? ‘’ Tanya Nurul kepada miza. Kakinya melangkah mendapatkan kotak tersebut.
            ‘’ ala.. akak tak bukak lagi ke? Bukak la kak.. adik pun nak tahu cantik tak? ‘’ rengek miza memujuknya.
            ‘’ apa yang cantiknya? ‘’ nurul meraba raba luar kotak tersebut.
            ‘’ bukak la kak! Sekarang! ‘’ suruh miza
Telefon di kepit di lehernya, kedua tangannya pantas membuka bungkusan tersebut. Hatinya berdebar saat melihat kotak baldu berwarna merah. Tanpa berlengah dia membuka kotak tersebut. Tekaannya benar, cincin emas belah rotan itu di pandang sepi.
            ‘’ kak maira? ‘’ panggil Miza memecah kesepian.
Sekeping nota bersama kotak tersebut di baca. Jatuh air matanya membaca tulisan di kertas itu.
            ‘’ kak??? ‘’ panggil miza lagi apabila Nurul masih lagi tidak menjawap.
            ‘’ cakap kat mak, isnyallah akak akan jaga maruah keluarga dengan baik. Kirim salam kat semua ya? ‘’ talian diputuskan begitu saja. Nurul merebahkan badannya di katil cincin belah rotan itu di genggam dalam telapak tangan. Matanya terpejam rapat, hatinya semakin berat. Dia pasrah. Redha dengan ketentuan ini.

            ~~~ maaf mak tak dapat nak tgk wajah anak mak saat menyarungkan cincin ini ke jari maira, mak tahu maira tak sedia dengan semua ini, mak bersyukur dan berterima kasih dengan keputusan maira. Pesan mak, jaga diri, jaga maruah keluarga, banyakkan berdoa semoga ALLAH berikan yang terbaik untuk maira.
Mak, ayah, along dan adik sayangkan maira…



~~~ selalu terjadi, bila hati dikatakan mengkhianati diri, tanpa di sedari semua yang berlaku memang ketentuan dari Ilahi.~~~