PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, January 2, 2013

TakutNya Cinta 4



Bab 4

Nurul  menarik selimut melitupi tubuhnya. Selesai menunaikan solat isyak dia terus melabuhkan tubuhnya ke katil. Pelawaan Lyn untuk keluar makan di tolak dengan baik, dia putus selera. Teringatkan kejadian di café tadi membuatkan dia sedikit keliru, pelik dan tak tahu nak cakap apa.

            Telinganya asyik menangkap perbualan dua lelaki itu, cemerkap sungguh dia menjalankan kerja kerjanya sehingga dia tidak sedar gelas yang berada di tepi sipi sipi saja lagi di meja itu. ‘’ aku datang awal tadi, keluar ofis pukul 4.00 ‘’  mendengar saja suara bershaja lelaki yang dipanggil tad itu bersuara sambil bangun menolak kuat kerusi yang di duduknya membuatkan Nurul tersentak maka tangannya terkena gelas yang sememangnya menunggu masa saja untuk jatuh ke lantai. Kemudian, berderai lah ia di bawah, dengan cemas nurul membebel sendiri memarahi dirinya yang selalu cuai sehingga mengakibat perlbagai kerosakan dan masalah kepada sesiapa saja. Tangannya menggigil mengutip cebisan kaca yang berderai. Bunyi tapak kaki yang semakin hampir dengannya tidak dihiraukan. Namun semakin dekat bunyi tapak kaki semakin berdebar hatinya.

            ‘’ kenapa cuai sangat? ‘’ kasar satu suara menegurnya. Nurul agak sentap dengan sergahan itu, dia mendongak melihat gerangan yang mengurnya.
            ‘’ maaf, saya tak sengaja. ‘’ akui nurul jujur. Tangannya masih membersihkan kaca kaca di lantai, panic punya pasal dia boleh sapu serpihan kaca di lantai dengan tapak tangannya saja. Serentak dengan itu tangannya di sambar seseorang.
            ‘’ gile ke ape sapu guna tangan? ‘’ kasar suara itu memarahinya. Kali ini nurul sungguh tekejut dengan tindakan lelaki itu yang tak semena mena memarahinya kasar. Berubah riak muka Nurul, melihat riak yang tak dapat di baca di wajah lelaki itu. tanganya di rentap kasar. Kain yang tadi digunakan untuk mengelap meja di rampas, lelaki itu menyapu serpihan kaca kemudian diletakkan ke dalam dulang yang di bawa. Nurul hanya memerhati tingkah laku lelaki itu. ada satu perasaan yang meresap ke jiwanya. Selesai kerjanya tad bangun meninggalkan Nurul yang terkebil kebil di situ. Tad berlalu mendapatkan Reza yang juga terpinga di situ, sambil mengangkat kening double jerk Reza senyum sinis kepada nurul. Nurul semakin terpinga dibuatnya.

Matanya semakin berat, penat badan penat lagi otak memikirkan perkara yang tak faham di akal fikirannya. Selimut ditarik paras dada. Matanya semakin berat dikala otakya pula dah tepu. Tidurlah Nurul, esok nak keje,  rungutnya sendiri, matanya terpejam perlahan lahan.

‘’ Apehal kau semalam? ‘’ Ammar merenung wajah sahabatnya yang masih belum pulih seperti biasa. Seolah ada sesuatu yang menghantuinya, entah sebab apa, lelaki yang bernama Tuan Ashraff Daniel yang lebih suka dipanggil tad ini memang jarang sekali dilanda masalah besar yang membuatkan dia lost. Semalam Reza ada menceritakan kejadian yang tidak sempat di saksikan sendiri dengan matanya. Mengikut penceritaan Reza, ammar dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan lelaki itu. dia yakin tad yang diceritakan Reza semalam bukanlah tad yang dikenalinya selama lebih 28 tahun. Dia sengaja mengumpan tad utuk  bercerita sendiri, walaupun dia tahu tad bukan jenis yang suka berkongsi rahsia hatinya sengan sesiapa begitu sahaja. Kalau dulu bukan mudah untuk dia mengakui yang dia sukakan Elisha, tapi setelah puas berkejar sana sini menagih cinta gadis itu namun tidak berjaya dan apabila dia tahu yang Elisha tu sepupunya ammar maka sejak itu lah sedikit sebanyak tad berani menyuarakan rahsia hatinya kepada Ammar. Selaku kawan sejak kecil ammar sentiasa memberikan bantuan sehabis yang boleh. Dia kenal siapa tad, dia tahu hati lelaki itu. tapi keadaan yang menyebabkan dia berubah menjadi seorang tad yang dingin, keras, dan pemarah.

            ‘’ kau tak nak kongsi dengan aku? ‘’ rendah Ammar memujuk.
            Senyap, tad memandang sepi skrin komputernya. Pertanyaan ammar di biar sepi, baginya biarlah ia menjadi rahsia hatinya. Dia sendiri tidak tahu perasaannya yang sebenar, entah mengapa kali ini semua perasaan bercampur baur, tidak dapat dirungkai satu persatu, semua berbelit belit, bikin serabut. Arghhhhh, macam mana aku nak buat ni? Jerit tad dalam hati. Renungan Ammar tidak di endahkan. ‘’ betul kau nak biarkan je ni? ‘’ duga ammar lagi apabila melihat tad semakin kusut riaknya. ‘’ kalau macam tu jom minum. ‘’ pelawa ammar ingin keluar dari aura serius tadi. ‘’ tak kan la sampai tak nak minum dengan kawan bro? ‘’ seakan merajuk nada Ammar berkata, memikirkan sahabatnya tad mula tersenyum, betul, entah mengapa dia semakin kusut dengan perasaannya kini. Yang pasti dia perlu cari sebab musabab dia jadi begini. Apa yang perlu dilakukan supaya rutin harianya berjalan seperti sebelum 2 bulan kebelakangan ini. satu keluhan terbit dari bibirnya. Ammar yang masih memerhatikan lagak lelaki itu hanya tersenyum sendiri. Ada sesuatu yang difikirkan di kepalanya.


Nurul menggigit bibir bawahnya, sesekali dia menggelengkan kepalanya. Berdoa sepenuh hati Hari ini hari pertama dia ditugaskan untuk menjadi cashier, setelah diberi semangat oleh lyn, dia tekad untuk memberikan yang terbaik darinya. Janganlah aku buat salah lagi hari ini. gumamnya sendiri. sambil tangannya menggosok gosokkan tisu ke meja kaunter tersebut, dah jadi habit setiap kali perasaan gementar melanda tangannya akan sibuk berkerja.

            ‘’ meja 23. ‘’ sapa satu suara yang datang untuk membayar bil. Nurul dengan sedikit menggelabah mencari resit meja 23.  Aduh,, kenapa aku dekat sangat dengan meja 23 ni, janganlah ada masalah lagi hari ni.  Sempat lagi nurul membebel dalam hati. Tanganya terketar ketar mencari. Pelanggan yang dari tadi menunggu di depannya itu diam saja melihat telatahnya. Jumpa. Jerit Nurul dalam hati.
            ‘’ RM 32.40 ‘’ perlahan Nurul membacakan bil yang tertera.
            ‘’ mahalnya? ‘’ sergah pelanggan itu tidak puas hati. hah sudah, ape pulak masalah pelanggan ni, aku ikut bil yang tertera kat sini la. Nurul mula gelabah. Dahinya berkerut membaca senarai pesanan yang ditulis pada resit pembayaran, mana tau kalau kalau betul salah, memang haru lah hidupnya hari ini. ‘’ ermmm sekejap encik saya pastikan dulu. ‘’ pinta Nurul lembut, ada getar di hujung suaranya. Dadanya berdegup kencang, mukanya berubah pucat. Tiga sandwich Tuna, satu spaggethi sayuran, lemon ais, apple dan orange juice. Satu persatu di bacanya, kemudian matanya mengekor ke bahagian bawah resit berjumlah 32.40 . memang betul la. Nurul menggigit bibir bawahnya. Matanya terus menapak ke wajah pelanggan tersebut. Sedikit terkedu. Matanya memandang kembali resit di tangan, secara perlahan dia menghulurkan resit tersebut kepada pelanggan itu. ‘’ encik tengok sendiri. betul la. ‘’ ujarnya yakin walaupun masih ada perasaan takut takut disitu. Matanya hanya meliar pada resit tersebut, sikit pun tidak di pandang lelaki itu. tad melihat sekilas resit di tangannya. ‘’ betul la, apa yang salahnya? ‘’ sarkastik dia berbicara sambil mengeluarkan note 50 dan dihulurkan kepada Nurul yang membulat matanya. Tad merenung tajam ke arahnya, nyata pandangan Nurul cepat dilarikan sambil menyambar note 50 yang di hulur. Apa lah masalah dia ni, tadi bukan main tanya macam aku buat salah je.  Rungut nurul dalam hati. ‘’ bakinya 17.60 , terima kasih. ‘’  tanpa memandang ke muka pelanggan Nurul mempamerkan senyuman palsu, sungguh dia tidak mampu untuk tersenyum dengan renungan tajam lelaki itu. tad berlalu mendapatkan Reza dan Ammar, mereka bergandingan keluar dari kafe. Nurul menghantar mereka dengan perasaan lega. Entah mengapa sejak hari itu, dia akan merasa gementar apabila melihat atau dekat dengan lelaki itu. perasaan gemuruhnya semakin menjadi jadi. Sekali sekali mendengar suara lelaki itu membuatkan dia kecut perut. Kalau diikutkan hatinya mau saja dia minta pada Encik Hafiz supaya dia diberikan kerja belakang tabir saja. Tak sanggup untuk melakukan kesilapan, lebih tak sanggup untuk berhadapan dengan lelaki yang pelik itu.

            Nurul kemudian mendapati ada sesuatu yang tertinggal di tepi  mesin duitnya, terselit situ, sekali pandang memang tak perasan, objek berwarna hitam itu berada di genggaman, sekali tengok pun dah tau. Samsung S3 antara keluaran terbaru alat telekomunikasi yang sememangnya popular di merata dunia. Wahhh.. cantik betul  puji nurul apabila membelek belek telefon pintar itu. kalau sebelum ni tengok tengok kat kedai je, tak sangka pula dia dapat pegang gadget canggih yang memang menjadi idaman hati itu. nak harapkan gajinya untuk beli gadjet mahal ribu riban ini memang tak la.. ‘’ tapi..’’ ayatnya berhenti di situ. Lyn merapati Nurul dengan pandagan yang tidak di fahami riaknya. ‘’ siapa punya? ‘’ soal lyn mengangkat kening. ‘’ entah, ada pelanggan yang tertinggal kot? ‘’ balas nurul biasa. ‘’ kenapa kau tak tengok betul betul sebelum pelanggan balik?  Kalau la Encik Hafiz tau kau cuai menyebabkan pelanggan hilang barang mereka.. ‘’ kata kata lyn berbau masalah besar yang bakal menimpanya. Nurul mati kata. ‘’ saya tak perasan. ‘’ Nurul mula cemas. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. ‘’ macam mana ni lyn? ‘’ telefon itu masih di tangannya.
            ‘’ macam ni, kau pegang dulu lagipun kau dah habis syift kan? Simpan dulu, tunggu kalau kalau ada pelanggan yang datang tuntut nanti, alat mahal tu, tak kan main biar aje. ‘’ syor lyn. kalau pun pelanggan mereka terdiri dari golongan kaya raya tapi tak kan lah di biar hilang begitu saja. Kalau lah terjadi pada dirinya jawabnya menangis tak berlagu la. ‘’ tapi.. tak de pape ke lyn? saya takut la, nanti dia kata saya curi pula? ‘’  risau Nurul bertepatan. Lyn memandang sepi wajah nurul yang berkerut itu. ‘’ kalau encik Hafiz dapat tahu mesti lagi masalah. ‘’ lyn juga tak tahu bagaimana untuk selesaikan perkara itu, kerana memang tugas mereka yang berada di kaunter untuk memastikan pelanggan berlalu tanpa meninggalkan sebarang benda di kaunter untuk mengelakkan kejadian tuduh menuduh, kerana faham dengan sikap golongan kaya yang sombong dan bongkak la peraturan begitu di buat. Semua pekerja memang ditegaskan supaya tidak leka. Biarpun golongan vvip itu yang tertinggal barang , tapi kesalahan akan diletakkan kepada pekerja pekerja macam mereka ini lah. Diskriminasi. Peraturan itu dibuat memang untuk menjaga aib pekerja pekerja café ini juga. Lyn mengeluh. ‘’ kau simpan dulu. Tengok macam mana ye? ‘’ pujuk lyn perlahan sambil menepuk bahu Nurul. Pandangan sayu jatuh kepada telefon pintar itu. dibuka cover hitam, perkara pertama yang dia Nampak adalah gambar seorang gadis cantik, rambut panjang di blonde, senyum manis dan mempunyai jelingan mata yang menggoda. ‘’ ni ke tuan punya telefon ni? ‘’ bicara Nurul pada diri sendiri. ‘’ cantik orangnya . ‘’ nurul memuji ikhlas. Tapi tak pernah Nampak pula, Dia senyum sambil menyimpan alat tersebut dalam poket seluarnya. Dalam hati masih lagi risau. Apa pun dia berdoa tuan punya telefon ini akan datang mencari.

Sewaktu keluar dari bilik air jam menunjukan waktu 8.45 malam. Nurul bersiap untuk solat isyak. Mengkana di pakai hatinya di pusatkan untuk menyembah ALLAH yang satu. Bunyi nada deringan asing dibiarkan berlalu kerana dia perlu menghabiskan dulu tugasnya sebagai hamba kepadaNya. selesai menunaikan fardu wajib nurul melipat mengkana dan sejadah yang di gunakan. Kakinya melangkah ke meja solek dimana bunyi nada deringan lagu I’ wish-ft island. Nurul tersenyum sambil turut menyanyikan rentak lagu tersebut yang agak catchy. Belum pun sempat dia menyambut talian tersebut nada deringnya berhenti. Alamak tak sempat pulak. Mesti kenalan orang ni yang telefon. Tak pun tuan punya yang mencari.  Monolog Nurul sambil terus memegang telefon itu, mana lah tau kejap lagi dia telefon lagi. benar seperti yang disangka, ft island menyanyi lagi, suka dengan rentak lagu membuatkan nurul membiarkan mereka lama berlagu. Teruk betul.
            ‘’ hello..’’ tergagap gagap nurul memulakan bicara.
            Senyap sunyi.
            ‘’ assalamualaikum. ‘’ rendah dia bersuara, apabila tiada sahutan dari pemanggil.
            ‘’ erm.. ini tuan punya telefon ni ker? ‘’ soalnya lagi, sekali dia melihat ke skrin telefon, hanya private number yang tertera.
            Masih lagi sepi dari sebarang suara.
            ‘’ ermm.. macam mana yer? ‘’ Nurul menggaru kepalanya. Bibir bawahnya di ketap kuat. Tak tahu nak buat apa. Sudah la pemanggil tidak bersuara.
            Tiba tiba dia mendengar suara lelaki berdehem.
            ‘’ encik?? ‘’ panggil nurul dengan harapan pemanggil itu mahu berbicara dengannya.
            ‘’ kenapa lambat jawab panggilan tadi? ‘’ Rendah suara itu bertanya. Nurul tercengang sendiri, malu, dek kerana dia sukakan nada dering pemanggil tersebut dia sengaja melambat lambatkannya. Dia senyum sendiri. ‘’ tadi saya tengah solat. ‘’ jawabnya pantas. Dia menjelirkan lidahnya sambil memicit hujung hidungnya. Tiba tiba dia teringat sesuatu.
            ‘’ encik tanya saya ker ? ‘’ soalnya hairan. Mana lah tau pemanggil ini ingatkan aku perempuan yang dalam telefon ni ke. Tangannya yang memicit hidungnya tadi di bawa ke bibirnya.
            Senyap sekejap. ‘’ dah tu aku tengah cakap dengan siapa ni? ‘’ sarkastik suara itu bertanya.
            ‘’ ermm.. sebenarnya ini bukan telefon saya. Tapi ada orang yang tinggalkan kat tempat kerja saya tadi. Encik kenal dengan pemilik telefon ni? Boleh tolong pulangkan kepadanya tak?’’ terang nurul sekali lafaz. Sah, memang lelaki ini salah orang.
            ‘’ encik. Tolonglah saya, kalau bos saya tau saya bawa balik barang pelanggan mesti saya kena buang kerja. Saya tak sengaja dan saya tak perasan langsung macam mana boleh ada kat situ dan siapa punya. Saya bawak balik ni pun sebab kawan saya yang suruh, kalau bos saya tau mati saya. ‘’ terang Nurul panjang lebar. Ada getar di hujung suaranya. Pemanggil itu lebih banyak berdiam saja. Perkara itu meresahkan jiwa nurul.
            ‘’ kau kerja di mana? ‘’
            ‘’ Arwana gym café, jalan setali. ‘’ laju nurul bertutur, mata yang hampir bergenang air mata kembali cerah.
            ‘’ esok petang saya datang ambil. ‘’
            ‘’ betul ni? terima kasih encik. ‘’  Nurul gembira sekali, terlepas dia dengan satu masalah.
Tiada suara dari sebelah sana. ‘’ aik? Dah letak? ‘’ Nurul bercakap sendiri di telefon. Tapi senyum masih lekat di bibirnya.
Tubuhnya di hempas ke katil, nurul tersenyum lega, esok orang tu akan datang ambil telefon ni, jadi dia tak perlu risau lagi kalau kalau dia di buang kerja. Tapi macam mana dia nak ambil esok? Pukul berapa? Aku mana kenal dia? Macam la dia kenal aku? Soal Nurul pada diri sendiri. ah.. esok je la fikir, janji masalah dah selesai. Gumamnya riang. Selimut ditarik paras dada, matanya dipejam rapat, bibirnya mengukir senyuman gembira.


            ~~ kadangkala hati dan minda tidak selari, hati mungkin menafi tapi perbuatan?.. tidak.



5 comments:

raini said...

sy suke bc cite nie..
sy rase novel cik penulis suspen jer..ssh nk agak ape akn jd next n3
bt org yg bace curious..huhu
congrats n keep it up!!!

Anonymous said...

Salam... Hari2 usha Blog!! Atlast, a new N3.. Like x10.. Keep on writing!!

lieza said...

thanks,,, semangat nak menulis memang datang dari pembaca semua, jadi selalu selalu lah komen, kalau nak betulkan ejaan atau ayat pun saya terima, saya pun masih belajar... hihihihi

norihan mohd yusof said...

akk cam target...yg tepon tu tad punyer?malang betul hidup nurul tuh..tk kesudahan ngan malang nyer nasib diri!!!tp tetap redha...

hud 85 said...

Saya menunggu entry baru..dukacitanya tiada..huhuuu