PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, January 21, 2013

TakutNya Cinta - Bab 5




Telefon diletak perlahan di sisi, kepala yang di sandar ke kepala katil mendongak ke atas memikirkan sesuatu. Sesekali ada tercalit senyuman di bibirnya.tad mengeluh lemah. Apa dah jadi pada aku ni? Ini bukan aku. Apa sebenarnya ada pada budak tu? Kenapa mesti ada sesuatu yang menarik aku kepadanya? Elisha.. tiba tiba nama yang terpacul dari bibirnya tanpa di sedari membuatkan dia tersentak sendiri. tad meraup kasar mukanya. Baru saja ingin melabuhkan kepalanya ke bantal deringan telefon membawa kepada panggilan dari ibunya.
‘’ ye ma? ‘’ malas dia menjawap.
            ‘’ esok balik makan? ‘’
            ‘’ ada apa? ‘’
            ‘’ balik la, ada sesuatu yang mama dan papa nak bincangkan. ‘’
Tad senyap. Memikirkan alasan apa lagi yang belum diberi.
            ‘’ balik ye Daniel ? ‘’ belum sempat dia menjawap, suara memujuk mamanya mematahkan egonya. Sungguh dia tidak sanggup mengingkari arahan mamanya. Sungguh dia memang bukan lelaki yang baik tapi dia tidak sanggup menjadi anak derhaka kepada ibu bapa, lebih lagi kepada mama kandungnya.
            ‘’ baik ma. Tidur dulu la ma. ‘’ balas tad sebelum mematikan talian. Satu keluhan berat di lepaskan. Dia dapat mengagak apakah perkara yang bakal di bincangkan esok. Arghhhh… serabut kalau nak di fikirkan. Bantal di ambil dan ditekup ke mukanya sendiri.

Riak wajahnya beku sejak tadi. Panggilan telefon yang diterima semalam menyuruh dia pulang segera membuatkna dadanya bergetar hebat, di fikirnya ada masalah apa yang berlaku di rumah. Panggilan dari along malam tadi membuatkan dia tidak dapat tidur lena. Hanya mesej disampaikan kepada lyn supaya menyampaikan kepada Encik Hafiz meminta cuti kecemasan. Kalau dia tahu ini lah penyebabnya maka dengan pantas dia akan memikirkan beribu alasan untuk diberikan kepada kedua orang tuanya itu. dia hanya mebisu memandang lantai rumahnya.
Wajah tua ibu dan bapanya di renung dalam. Sesekali dia menjeling kea rah abangnya yang hanya membatu menunggu jawpan darinya. Sesekali adiknya Hamiza kelihatan tersenyum senyam sendiri. ikutkan hati mau saja di cekik adiknya itu, tapi memikirkan renungan tajam alongnya membuatkan dia membatalkan niatnya, sapa tak kenal Muhammad Ridzqi khalif yang sememangnya diibaratkan singa oleh mereka dua beradik, alongnya memang lebih tegas dan garang dari bapanya sendiri, ibu dan bapanya merupakan pasangan ibu bapa yang lemah lembut, entah dari mana turunnya sikap alongnya itu. Nurul Humaira dan Nurul Hamiza akan selalu beringat untuk jangan sesekali membuat alongnya itu berang. Ketegasannya membuatkan dia dua beradik memang takutkannya lebih dari ayah mereka sendiri. namun along bukan lah membuta tuli kalau nak marahkan sesiapa. Dia masih mempunyai sifat seorang abang yang penyayang. Ketegasannya juga membuatkan ramai kawan kawan yang mengenalinya hormat kepadanya.
            ‘’ macam mana keputusan kamu? ‘’ along tiba tiba bersuara. Mati beku otak Nurul waktu itu, dipandang wajah ibu dan ayahnya silih berganti, meminta perhatian dan pemahaman dari mereka berdua. Nurul tak nak mak.. ayah.. namun hanya mata yang berbicara, lidahnya berat suaranya tersekat.

            ‘’ Nurul humaira! ‘’ sergah alongnya

            ‘’ maira ikut je.. ‘’ rendah dan terpaksa sekali dia memula bicara. Mana mungkin dia berkata tidak kepada alongnya. Air mata mula bergenang, tunggu masa nak jatuh saja. Hatinya diruntun sayu. Sebak sekali. Entah apa lagi nasibnya selepas ini.

            ‘’ ayah dengan mak nak minta maaf pada kamu maira. Ayah banyak terhutang budi dengan mereka. Permintaan mereka ni tak dapat ayah tolak mentah mentah, tapi ayah tak mahu membelakangkan kamu, ini hidup kamu. Tapi ayah memang berharap sangat kamu setuju dengan perkahwinan ini. ‘’ ibarat petir yang menyambar tangkai hatinya, sayu mendengar ayahnya berbicara sebegitu. Jelas dipandangannya mak menggosok perlahan bahu ayah sambil sebelah tangannya yang satu lagi menyeka air mata yang mengalir laju di pipi.

Sebentar dilihat ayahnya mengambil nafas, mungkin mengambil semangat untuk meneruskan kata kata selanjutnya. ‘’ kalau kamu tak setuju, ayah akan berbicara elok elok dengan mereka. Tapi harapan mereka tinggi maira. Ayah tak sanggup nak menghampakan mereka. ‘’ sambung encik Khalif lagi. kali ini lebih tenang. Dia memerhati redup pandangan anaknya. Emaknya masih lagi membisu. Membiarkan along dan ayah saja yang berbicara. Itulah ibunya, hanya mendengar sekali sekala saja dia menambah jika perlu. ‘’ dan kalau kamu setuju ayah akan sampaikan berita ini kepada mereka secepat yang mungkin. ‘’ kata kata ayah terhenti di situ.

            ‘’ kalau itu baik buat mak ayah along dan hamiza, maira terima. ‘’ kata kata itu terpacul disertai jujuran air mata yang deras membasahi pipinya. Kakinya melangkah laju masuk ke bilik. Pintu di tutup perlahan Nurul terduduk sendirian mengenangkan nasib diri yang terpaksa bergelar isteri kepada.. entah siapa. Tangisan dan gelengan bersilih ganti, sebak hatinya. Sakit dadanya tidak tertahan lagi, laju saja air mata yang mengalir sedikit melegakan jiwanya yang di cengkam perasaan. Kakinya melangkah lemah ke hujung katil, nurul berteleku di situ. Lama.

            Ft.island bernyanyi riang, Nurul sedikit tersentak mencari cari Samsung s3 dari dalam beg sandangnya. Tertera private number.

            ‘’ assalamualaikum. ‘’ ujarnya memula bicara di iringi sisa esakan yang tersisa. Nurul membiarkan suasana bilik itu sepi, tak lama, kemudian sedu tangisnya bermula. Air matanya di tahan secara paksa, kalau bukan kerana pemanggil di sana masih berada di talian, maka air matanya mungkin mencurah curah di buatnya.
            ‘’  saya minta maaf mungkir janji, pagi tadi terpaksa balik kampung, ada kecemasan berlaku. ‘’ air liur ditelan, terasa berpasir tekaknya saat menerangkan segalanya kepada lelaki itu. sungguh dia merasa bersalah kerana mungkir janji begitu. Hendak di beritahu awal dia tiada nombor lelaki itu. setiap kali dia menelefon hanya private number yang tertera. Hidungnya semakin berair. Hujung jari menekan hujung hidungnya. Tiada suara dari sebelah sana. Entah mengapa dia masih bersabar menunggu. Mungkin kerana rasa bersalah tidak dapat memulangkan telefon ini kepada pemiliknya. ‘’ encik.. ‘’ panggil Nurul sayu. Dia perlukan jawapan dari lelaki itu. tiba tiba air matanya mula mengalir laju, perasaannya begitu sebak, cukup sakit sekali, air mata yang di tahan sejak tadi gugur juga selebatnya. Aneh sekali dia merasa ada yang menemaninya saat dia merasa cukup terseksa. Terseksa dengan keputusan yang terpaksa di buat untuk kebahagian ayahnya. Dia terpaksa redha dengan semua yang berlaku. Dia pecaya kepada takdir Allah. Apabila  teringat Samsung s3 lencun di basahi air matanya, kecut perutnya memikirkan kalau kalau ia akan rosak. Cepat cepat di gosok skrin dengan hujung bajunya t-shirtnya. Diperhatikan di skrin, si pemanggil masih setia di sana.
            ‘’ ehemm.. ‘’ Nurul membetulkan suaranya. Air mata yang masih bersisa di sapu dengan belakang tangan. ‘’ esok saya dah kerja, encik boleh datang esok? ‘’ perlahan lahan Nurul menuturkan kata. Sekali sekala sisa esak tangisnya kedengaran.

            ‘’  awak simpan la dulu. ‘’ tegas suara itu.

            ‘’ tapi.. ‘’ 

            ‘’ pastikan ia sentiasa on. ‘’ ujarnya memotong kata kata nurul

            ‘’ tapi.. ‘’

            ‘’ saya tak de di sini esok. ‘’

            ‘’  tapi.. ‘’ belum pun sempat dia menjelaskan, talian di putuskan. Tapi kalau pemilik telefon ni nak guna macam mane? Kalau ada perkara penting yang harus disampaikan mcam mane? Sambungnya menghabiskan apa yang hendak di katakana tadi. Dia hairan. Namun apabila teringatkan nasibnya, matanya kembali bergenang. Namun semakin di fikirkan semakin sesak dadanya.

Puan Irah selesai menyudahkan kerja kerja di dapur, dia melihat anak lelakinya sedang tekun menelefon seseorang. Maka dibiarkan saja dahulu sebelum dia memulakan bicara. Kali ini dia dia akan mencuba sehabis boleh untuk memujuk hati anak lelaki yang satu itu. tangan di lap, kakinya perlahan melangkah keluar mendapatkan anaknya.

            ‘’ telefon siapa? ‘’ lembut puan irah bertanya.

            ‘’ kawan. ‘’ pendek dia menjawab? Renungan dan senyuman sinis mamanya di buat tak Nampak. ‘’ betul ma.. kawan. ‘’ seakan mengerti renungan itu. Daniel melarikan pandangannya terus ke laman tepi rumah mereka. Pokok pokok bunga menghiasi indah banglo kepunyaan Tuan Malek. Semuanya hasil kerja tangan mamanya yang merupakan suri rumah sepenuh masa. Masanya memang banyak habis untuk menguruskan rumah, setelah anak anak semuanya membesar dan masing masing mempunyai kehidupan mereka sendiri. dia sendiri walaupun berlum berkahwin tapi sudah mempunyai rumah sendiri. dia lebih selesa sendirian di rumahnya. Sejak pertelingkahan dengan papanya bertahun yang lalu membuatkan dia membawa haluannya sendiri, dia mengelak dari bertemu muka dengan papanya. Kalau atas urusan kerja mungkin dia masih boleh memberanikan diri, tapi bila berkait rapat hal keluarga dia tidak sanggup.

            ‘’ mama ada sesuatu untuk kamu. Harapnya kali ni kamu setuju. ‘’ Puan irah menyerahkan sekeping sampul surat yang dia dapat mengagak apa isinya. Sampul surat bertukar tangan. Daniel menghela nafas panjang. Dia merenung jauh ke langit.
 ‘’ saya setuju.’’
‘’ tapi kamu tak tengok pun lagi? ‘’
‘’ tak pe.. saya ikut saja. ‘’
‘’ betul ni? ‘’’ Puan irah dah mula mempamerkan gigi yang masih tersusun cantik. Walaupun muka terbaris kedut kedut di bawah mata namun di usia itu dia masih kelihatan aggun dan jelita.
‘’ betul Daniel setuju? ‘’ soalnya lagi meminta kepastian.
‘’ bila? ‘’ soalan berbalas soalan. Puan Irah seakan tidak percaya, begitu mudah kali ini.
‘’ mama bagi tempoh lebih kurang 6 bulan. Nanti Daniel boleh jumpa dan kenal kenal dulu. ‘’ saran puan Irah sambil memegang lembut bahu anaknya. Gembira sungguh dia malam itu. walaupun sedikit pelik dengan sikap Daniel tapi dia bersyukur akhirnya Daniel terbuka hati. Terima kasih Ya allah. Doa puan irah dalam hati. Senyuman tak lekang dari bibir tua itu.

‘’ mama.’’ Panggil Daniel tiba tiba. Puan irah diam, memberi laluan untuk Daniel berkata kata. 
‘’ Daniel tak kan jumpa dia sehingga la hari nikah, semuanya mama boleh uruskan mengikut kehendak mama. ‘’ Daniel berlalu meninggalkan puan Irah sedikit terkejut dengan tindakan Daniel. Tapi tak mengapa, mungkin dia memerlukan masa untuk menerima segalanya, dia tahu anaknya, jika dia bersetuju maknanya dia akan cuba berkompromi dengan keadaan tersebut, jangan di paksa kalau tidak adalah jawapannya. Puan irah tersenyum riang. Semoga niatnya untuk membahagiakan anaknya tercapai hendaknya.


~~~ percaya pada Qada’ dan Qadar Allah..


Wednesday, January 16, 2013

Soul Mate 61



‘’ Pak Karim, mana.. ‘’ ayatnya mati disitu apabila dia terpandang sekujur tubuh yang turut terbaring di katil disebelahnya, sungguh tadi dia tak perasan kerana terlalu memikirkan keadaan isterinya, Pak Karim hanya tersenyum lega sambil membantu lelaki itu yang nyata ingin bangun dan mendekati tubuh yang terlantar lesu itu. wajah pucat Aleyssa di tatap penuh sayu, lebam di seluruh lengan dan muka gadis itu membuatkan Lee nanar. Kepala yang berbalut diusap perlahan. Tiba tiba berlaku pergerakan pada tubuh itu yang membuatkan Lee sedikit kaget, bukan niatnya unutk mengejutkan Aleyssa. seboleh-bolehnya dia mahu isterinya itu berehat sepenuhnya. Namun kegusaran hatinya nyata menggunung selagi tidak dapat mendengar sendiri dari mulut kecil itu.
            ‘’ abang.. ‘’ panggil leyssa perlahan, sedaya upaya di gagahkan diri untuk memberi senyuman manis buat gadis itu. tangan Leyssa di raih perlahan, di kucup lembut jari jemari itu. Aleyssa tersenyum melihat gelagat suaminya. Ada air jernih di mata lelaki itu membuatkan Aleyssa terharu. Jarinya pantas menyeka hujung mata Lee.
            ‘’ dah la bang, leyssa kan dah ok? Abang okey tak? ‘’ soal leyssa manja, walaupun suaranya masih perlahan tapi Lee cukup lega apabila melihat usaha Aleyssa yang ingin menyenangkan hatinya. Dia tahu kini dia tidak mahu membiarkan Aleyssa disakiti. Semua perkara akan dijelaskan kepada Aleyssa nanti. Mengenai Amira, mengenai lelaki yang menculiknya, juga mengenai siapa sebenar dirinya akan di beritahu kelak, tapi buat masa ini biarlah mereka sembuh dahulu, dia tahu Aleyssa perlukan tenaga dan semangat yang kuat untuk menerima semua ini. Pak Karim yang dari tadi hanya menjadi pemerhati berjalan mendekati mereka berdua. ‘’ dah la tu, kamu bawak-bawak la berehat dulu, nanti pak cik datang lagi. pastikan kamu berdua rehat tau? ‘’ ujar Pak Karim mengingatkan. Lalu dia bejalan meninggalkan mereka berdua. Lee merenung wajah yang dirindui itu, Aleyssa sedikit kekok dengan pandangan suaminya. Sudahnya dia tersipu malu, ‘’ malu lagi dengan abang? ‘’ ujar lee ada nada mengusik di situ. Jari jemarinya di elus lagi, kali ini entah berapa kali kucupan singgah di situ.
            ‘’ abang pergilah berehat, nanti lambat sembuh, kesian leyssa tengok. Abang tak sakit ke?’’ leyssa mengalih pandangan ke arah tangan dan kaki yang berbalut. Kemudian beralih pula ke wajah tenang yang penuh dengan luka luka kecil di bibir, mata dan dahinya. Jarinya sempat menyentuh bibir yang pecah itu. tanpa sedar jari itu mengelus lembut pipi cengkung lee.
            ‘’ abang nak rehat dengan sayang la, boleh? ‘’ pinta lee manja, seronok sekali diperlakukan begitu oleh ALeyssa. Aleyssa yang sedikit terkejut dengan permintaan suaminya merenung tajam ke arah Lee. ‘’ nak rehat kat sini? ‘’ tanya Aleyssa hiaran. ‘’ tak kan la.. ‘’ sambung aleyssa lagi, mati kata katanya apabila Lee bingkas bangun dan naik ke katilnya dan terus berbaring di sebelahnya. Katil yang kecil itu membuatkan tubuh mereka dekat sekali. Aleyssa semakin tak tentu arah. nak saja dia turun dari situ. Tapi mana mungkin, badannya sungguh lemah saat itu. nak tak nak dia membiarkan saja tubuh itu berbaring disebelahnya, tak ada salahnya di situ. Keadaan katil yang agak sempit membuatkan Aleyssa takut untuk begerak, risau pula kalau tergolek ke bawah, tapi tubuhnya betul tak selesa begitu, mahu saja dia mengiring. Lee seakan tahu apa yang dirasakan isterinya, tubuhnya pantas mengiring memberi ruang untuk Aleyssa turut melakukan perkara yang sama. Kini mereka berada pada posisi bertentangan, Lee sengaja mendekatkan tubuhnya lebih dekat kepada Aleyssa, tapi spontan aleyssa menjarakkan sedikit tubuhnya. Tapi pantas tangan Lee merangkul erat pinggang Aleyssa membuatkan gadis itu static begitu. Lee tersenyum apabila melihat rona merah jambu pada wajah isterinya.
            ‘’ isteri abang ni selalu buat abang geram sangat dengan dia. ‘’ Aleyssa yang mendengar ucapan itu berkerut dahinya. Bibirnya dimuncungkan sedikit. Apesal pulak nak geram dengan aku? Aku yang geram kat dia adalah.. ade je perkara nak buat aku malu. Tengok la tu, tangan tu gatal je peluk pinggang aku niha.  Luah leyssa dalam hati, bukan tak senang dengan perlakuan itu, tapi sifat malu masih menebal dalam dirinya. sudahnya dia hanya mampu merenung jauh ke dalam mata lelaki itu. tiba tiba satu kucupan hangat singgah di pipinya. Aleyssa terbuntang biji mata. macam biasa, tabiatnya mengigit bibirnya sampai kemerah merahan jadinya. Renungan suaminya membuatkan dadanya berdegup semakin kencang.
            ‘’ sayang ni kan? Abang geram dah lama dengan sayang ni, sayang tau tak? ‘’ lee sengaja merenungnya tajam. Bibirnya menyembunyikan senyuman. Dapat dilihat Aleyssa yang berkerut-kerut dahi tak puas hati apabila tak dapat memahami apa yang ingin disampaikannya. Lee tergelak kuat, spontan tangannya menekup mulutnya sendiri. matanya masih lagi melekap pada wajah mulus isterinya itu. ‘’ abang ni pelik la. ‘’ ALeyssa semakin hairan, geram juga dengan sikap suaminya semakin suka mengenakan dirinya. tapi dia suka perasaan itu. ada nada gembira berlagu dalam hatinya kini. Persoalan tentang masalah yang berlaku seakan hilang di sebalik senyuman dan gelak tawa dari lelaki yang amat dicintainya itu. Sungguh dia penasaran ingin tahu tentang perkara sebenar yang berlaku, tapi dia tahu, dia kini perlu, dan dia juga tahu suaminya itu akan bercerita kepadanya apabila masa itu tiba nanti. Sekarang dia memang mahu menikmati suasana begini bersama orang yang tersayang, tanpa sedar dia tersenyum sendiri. Aleyssa terpempan apabila bibirnya kini menjadi mangsa ciuman lelaki itu. walaupun sekejap tapi cukup membuatkan dia tersedar dari lamunannya. ‘’ eiii.. abang ni.. suka ‘’ ayatnya mati di situ. Apabila jari lee diletakkan ke bibirnya. ‘’ sayang, abang dah lama tunggu saat gembira macam ni, dah lama sangat abang impikan semua ni bersama Gadis yang abang cintakan sejak sekolah lagi. ‘’ Aleyssa membulatkan matanya. Maknanya.. hatinya kini berbunga riang, entah mengapa dia merasa sangat gembira dan bersyukur, ternyata bukan dia saja berperasaan begitu, pada awalnya dia sendiri tidak pasti akan perasaannya. Tapi sejak Lee menghilang dia semakin pasti, yang dia memang sudah jatuh cinta dengan lelaki itu, kalau ditanya mengapa dia sendiri tidak tahu jawapanya. Mungkin itu takdirnya. Mungkin itulah soul matenya, walau tidak pernah berjaja cinta tapi masing masing seakan mengerti perasaan masing masing. Dan dia semakin pasti perasaannya kini, cinta dan kasih sayangnya hanya untuk lelaki ini sahaja.
            ‘’ sayang.. dengar tak apa abang cakap ni? ‘’ soal Lee cukup romantis, jarinya menguis-nguis rambut isterinya. ALeyssa tersenyum kegelian. Tapi seronok diperlakukan begitu.
            ‘’ dengar, leyssa pun ada sesuatu nak bagitahu abang, dan yang paling penting lagi ada banyak soalan yang leyssa nak tanya abang, tapi kan? ‘’ Aleyssa berhenti kata sambil merenung ke mata Lee. ‘’ tapi kenapa sayang? Hmm? ‘’ soal Lee sedikit hairan. Tangannya masih bermain-main di wajah isterinya pula. ‘’ hurmmmm…  nanti lah, banyak sangat sampai Leyssa takut abang tak boleh rehat nanti jawab soalan Leyssa. ‘’ ujarnya sambil menarik hidung lelaki itu. pertama kali dia berani berbuat begitu. Lee tersentak, tak sangka isterinya itu romantis sekali. Dia tersenyum riang. ‘’ nanti Leyssa nak tahu semua pasal abang. Kali ni biar abang pula yang bercerita, Leyssa nak dengar je, ‘’ ujarnya manja.
‘’ owh.. kira nak balas dendam la ni? Dulu sayang selalu bercerita pada abang. ‘’ macam dah melekat saja panggilan sayang itu di bibirnya. Tapi Aleyssa cukup suka mendengar panggilan itu dari suaminya. Indah sekali.
‘’ ye la, geram Leyssa masa tu tau? Abang buat tak tahu saja Leyssa kat sebelah, boleh je buat dek, sakit hati tau. ‘’ ujar Aleyssa sedikit protes apabila mengingatkan kenangan lama yang benar –benar mengusik hatinya. Apa saja yang berlaku ketika mereka berasama benar-benar menjadi kenangan yang mungkin dia tak dapat lupakan.
Tiba-tiba Pintu terkuak, muncul Pak Karim bersama mangkuk tingkat, Pak Karim sedikit terkejut melihat mereka berdua, apa lagi, Lee juga terkejut dengan pandangan Pak Karim, dia tersengih-sengih dan perlahan turun dari katil Aleyssa. Aleyssa pula dah tertunduk malu. Entah apa yang pak Karim fikir melihat adegan mesra mereka tadi. Malunya.. mana nak sorok muka ni? Jerit ALeyssa salam hati. ‘’ aku suruh korang berehat boleh pula korang bercengkerama lagi yer? ‘’ seloroh Pak Karim sambil berjalan mendapatkan mereka berdua yang static di situ. Aleyssa dah memerah mukanya menahan malu. Lee pula masih tersenyum senyam.
            ‘’ dah la, pak cik balik dulu. Pak cik tertinggal beg ni je, esok pak cik datang lagi. ‘’ selepas mengambil beg hitam yang di letak atas sofa di hujung bilik itu, lelaki itu kembali ke pintu. Dan sebelum keluar sempat dia berpesan. ‘’ sudah-sudah la dulu, rehatkan tubuh badan kamu dulu, jangan fikir macam-macam, lepas ni banyak lagi perkara yang kamu kena selesaikan, simpan dulu tenaga kamu tu. Ingat, kalau kamu tak nak aku pisahkan bilik kamu, lebih baik kamu dengar cakap aku ni. ‘’ ugut Pak Karim yang bernada serius, mendengarkan kata kata Pak karim itu Lee pantas melompat ke katilnya. Apabila renungan Pak Karim tepat ke arahnya.
            ‘’ baik pak cik, ‘’ balas lee sambil mengangkat tangannya kepada Pak Karim yang sudahpun memboloskan dirinya keluar. Aleyssa mengeluh lega. Malu lah, walau dia tahu Pak Karim melakukan perkara itu hanya kerana risaukan kesihatan mereka. Memang betul,suaminya itu dari tadi langsung tidak mahu berehat sejak sedarkan diri, bukan dia tidak mahu melayani lelaki itu, tapi dia juga terlalu risaukan kesihatannya. Padanlah Pak Karim mengugutnya begitu tadi, Nampak cuak juga wajah lelaki itu. dia tersenyum sendiri.
            ‘’ sayang! Kenapa senyum sorang-sorang? ‘’ suara Lee seakan berbisik. Dia hairan melihat gadis itu yang tersenyum sendiri memerhati ke arahnya.
            ‘’ tak lah. Abang rehat la, dari tadi abang asyik bergerak sana sini, abang tak penat ker?’’ duduknya kini mengadap katil lelaki itu. dia tersenyum manis.
‘’ sayang.. ‘’ soalan Aleyssa tidak di jawab, tapi dia masih memanggil nama itu manja.
‘’ apa dia? ‘’ jawab Leyssa sedikit geram dengan perlakuan lelaki itu yang tidak mengendahkannya.
‘’ sayang nak abang berehat kan? ‘’
‘’ hurmm..’’ dia angguk kepala.
‘’ betul ni nak suruh abang berehat? ‘’
‘’ betul.. ‘’ ujarnya sambil kepala diangguk lebih lagi.
‘’ kalau macam tu.. ‘’ lee dah turun dari katilnya menghampiri katil aleyssa. kini dia dah duduk di sebelah gadis itu. ‘’ abang berehat kat sini je la. Kalau kat sana abang tak boleh nak berehat la,’’ ujar lelaki itu manja, aleyssa nak tergelak pun ada melihat telatah lelaki itu. lucu sungguh mukanya. ‘’ boleh la sayang.. yer? Hmm? ‘’ rengeknya lagi, kali ini ALeyssa menghamburkan tawanya, sungguh comel lelaki itu, lucu sungguh wajahnya merengek begitu, tidak pernah dia melihat lelaki yang selama ini hanya tahu diam dan membuat muka tak de perasaan kini sudah pandai memainkan ekspresi wajah yang benar benar menggugat jiwa perempuannya. Aleyssa membetulkan letak bantalnya, ditepuk tepuk perlahan,tangannya memberi isyarat supaya lelaki itu melabuhkan kepalanya di situ. Lee tanpa teragak-agak menghempas tubuhnya seraya menarik sekali tubuh ALeyssa berbaring bersamanya. Tersentak juga aleyssa dibuat begitu, namun diturutkan saja kehendak lelaki itu. kali ni mereka berbaring berdua lagi, Aleyssa berkalih sedikit tubuhnya mengiring ke arah Lee yang kelihatan memandang ke syiling. Dari tepi raut wajah itu tenang sekali. Spontan jarinya menyentuh pipi Lee, kemudian lee menoleh, mata bertemu mata, Aleyssa kini Nampak ada sinaran bahagia di mata itu. sengaja dia merapatkan tubuhnya dan merangkul tubuh lelaki itu dan melekapkan wajahnya ke dada lelaki itu. lee yang sedikit teruja senang dengan perilaku Aleyssa. ‘’ abang rehat dulu ye? Nanti kita cerita panjang. ‘’ ujar Aleyssa manja. Pelukannya dikejapkan lagi. masing masing senyap melayan perasaan. Sedar tak sedar mereka tidur berpelukan.




Wednesday, January 2, 2013

TakutNya Cinta 4



Bab 4

Nurul  menarik selimut melitupi tubuhnya. Selesai menunaikan solat isyak dia terus melabuhkan tubuhnya ke katil. Pelawaan Lyn untuk keluar makan di tolak dengan baik, dia putus selera. Teringatkan kejadian di café tadi membuatkan dia sedikit keliru, pelik dan tak tahu nak cakap apa.

            Telinganya asyik menangkap perbualan dua lelaki itu, cemerkap sungguh dia menjalankan kerja kerjanya sehingga dia tidak sedar gelas yang berada di tepi sipi sipi saja lagi di meja itu. ‘’ aku datang awal tadi, keluar ofis pukul 4.00 ‘’  mendengar saja suara bershaja lelaki yang dipanggil tad itu bersuara sambil bangun menolak kuat kerusi yang di duduknya membuatkan Nurul tersentak maka tangannya terkena gelas yang sememangnya menunggu masa saja untuk jatuh ke lantai. Kemudian, berderai lah ia di bawah, dengan cemas nurul membebel sendiri memarahi dirinya yang selalu cuai sehingga mengakibat perlbagai kerosakan dan masalah kepada sesiapa saja. Tangannya menggigil mengutip cebisan kaca yang berderai. Bunyi tapak kaki yang semakin hampir dengannya tidak dihiraukan. Namun semakin dekat bunyi tapak kaki semakin berdebar hatinya.

            ‘’ kenapa cuai sangat? ‘’ kasar satu suara menegurnya. Nurul agak sentap dengan sergahan itu, dia mendongak melihat gerangan yang mengurnya.
            ‘’ maaf, saya tak sengaja. ‘’ akui nurul jujur. Tangannya masih membersihkan kaca kaca di lantai, panic punya pasal dia boleh sapu serpihan kaca di lantai dengan tapak tangannya saja. Serentak dengan itu tangannya di sambar seseorang.
            ‘’ gile ke ape sapu guna tangan? ‘’ kasar suara itu memarahinya. Kali ini nurul sungguh tekejut dengan tindakan lelaki itu yang tak semena mena memarahinya kasar. Berubah riak muka Nurul, melihat riak yang tak dapat di baca di wajah lelaki itu. tanganya di rentap kasar. Kain yang tadi digunakan untuk mengelap meja di rampas, lelaki itu menyapu serpihan kaca kemudian diletakkan ke dalam dulang yang di bawa. Nurul hanya memerhati tingkah laku lelaki itu. ada satu perasaan yang meresap ke jiwanya. Selesai kerjanya tad bangun meninggalkan Nurul yang terkebil kebil di situ. Tad berlalu mendapatkan Reza yang juga terpinga di situ, sambil mengangkat kening double jerk Reza senyum sinis kepada nurul. Nurul semakin terpinga dibuatnya.

Matanya semakin berat, penat badan penat lagi otak memikirkan perkara yang tak faham di akal fikirannya. Selimut ditarik paras dada. Matanya semakin berat dikala otakya pula dah tepu. Tidurlah Nurul, esok nak keje,  rungutnya sendiri, matanya terpejam perlahan lahan.

‘’ Apehal kau semalam? ‘’ Ammar merenung wajah sahabatnya yang masih belum pulih seperti biasa. Seolah ada sesuatu yang menghantuinya, entah sebab apa, lelaki yang bernama Tuan Ashraff Daniel yang lebih suka dipanggil tad ini memang jarang sekali dilanda masalah besar yang membuatkan dia lost. Semalam Reza ada menceritakan kejadian yang tidak sempat di saksikan sendiri dengan matanya. Mengikut penceritaan Reza, ammar dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan lelaki itu. dia yakin tad yang diceritakan Reza semalam bukanlah tad yang dikenalinya selama lebih 28 tahun. Dia sengaja mengumpan tad utuk  bercerita sendiri, walaupun dia tahu tad bukan jenis yang suka berkongsi rahsia hatinya sengan sesiapa begitu sahaja. Kalau dulu bukan mudah untuk dia mengakui yang dia sukakan Elisha, tapi setelah puas berkejar sana sini menagih cinta gadis itu namun tidak berjaya dan apabila dia tahu yang Elisha tu sepupunya ammar maka sejak itu lah sedikit sebanyak tad berani menyuarakan rahsia hatinya kepada Ammar. Selaku kawan sejak kecil ammar sentiasa memberikan bantuan sehabis yang boleh. Dia kenal siapa tad, dia tahu hati lelaki itu. tapi keadaan yang menyebabkan dia berubah menjadi seorang tad yang dingin, keras, dan pemarah.

            ‘’ kau tak nak kongsi dengan aku? ‘’ rendah Ammar memujuk.
            Senyap, tad memandang sepi skrin komputernya. Pertanyaan ammar di biar sepi, baginya biarlah ia menjadi rahsia hatinya. Dia sendiri tidak tahu perasaannya yang sebenar, entah mengapa kali ini semua perasaan bercampur baur, tidak dapat dirungkai satu persatu, semua berbelit belit, bikin serabut. Arghhhhh, macam mana aku nak buat ni? Jerit tad dalam hati. Renungan Ammar tidak di endahkan. ‘’ betul kau nak biarkan je ni? ‘’ duga ammar lagi apabila melihat tad semakin kusut riaknya. ‘’ kalau macam tu jom minum. ‘’ pelawa ammar ingin keluar dari aura serius tadi. ‘’ tak kan la sampai tak nak minum dengan kawan bro? ‘’ seakan merajuk nada Ammar berkata, memikirkan sahabatnya tad mula tersenyum, betul, entah mengapa dia semakin kusut dengan perasaannya kini. Yang pasti dia perlu cari sebab musabab dia jadi begini. Apa yang perlu dilakukan supaya rutin harianya berjalan seperti sebelum 2 bulan kebelakangan ini. satu keluhan terbit dari bibirnya. Ammar yang masih memerhatikan lagak lelaki itu hanya tersenyum sendiri. Ada sesuatu yang difikirkan di kepalanya.


Nurul menggigit bibir bawahnya, sesekali dia menggelengkan kepalanya. Berdoa sepenuh hati Hari ini hari pertama dia ditugaskan untuk menjadi cashier, setelah diberi semangat oleh lyn, dia tekad untuk memberikan yang terbaik darinya. Janganlah aku buat salah lagi hari ini. gumamnya sendiri. sambil tangannya menggosok gosokkan tisu ke meja kaunter tersebut, dah jadi habit setiap kali perasaan gementar melanda tangannya akan sibuk berkerja.

            ‘’ meja 23. ‘’ sapa satu suara yang datang untuk membayar bil. Nurul dengan sedikit menggelabah mencari resit meja 23.  Aduh,, kenapa aku dekat sangat dengan meja 23 ni, janganlah ada masalah lagi hari ni.  Sempat lagi nurul membebel dalam hati. Tanganya terketar ketar mencari. Pelanggan yang dari tadi menunggu di depannya itu diam saja melihat telatahnya. Jumpa. Jerit Nurul dalam hati.
            ‘’ RM 32.40 ‘’ perlahan Nurul membacakan bil yang tertera.
            ‘’ mahalnya? ‘’ sergah pelanggan itu tidak puas hati. hah sudah, ape pulak masalah pelanggan ni, aku ikut bil yang tertera kat sini la. Nurul mula gelabah. Dahinya berkerut membaca senarai pesanan yang ditulis pada resit pembayaran, mana tau kalau kalau betul salah, memang haru lah hidupnya hari ini. ‘’ ermmm sekejap encik saya pastikan dulu. ‘’ pinta Nurul lembut, ada getar di hujung suaranya. Dadanya berdegup kencang, mukanya berubah pucat. Tiga sandwich Tuna, satu spaggethi sayuran, lemon ais, apple dan orange juice. Satu persatu di bacanya, kemudian matanya mengekor ke bahagian bawah resit berjumlah 32.40 . memang betul la. Nurul menggigit bibir bawahnya. Matanya terus menapak ke wajah pelanggan tersebut. Sedikit terkedu. Matanya memandang kembali resit di tangan, secara perlahan dia menghulurkan resit tersebut kepada pelanggan itu. ‘’ encik tengok sendiri. betul la. ‘’ ujarnya yakin walaupun masih ada perasaan takut takut disitu. Matanya hanya meliar pada resit tersebut, sikit pun tidak di pandang lelaki itu. tad melihat sekilas resit di tangannya. ‘’ betul la, apa yang salahnya? ‘’ sarkastik dia berbicara sambil mengeluarkan note 50 dan dihulurkan kepada Nurul yang membulat matanya. Tad merenung tajam ke arahnya, nyata pandangan Nurul cepat dilarikan sambil menyambar note 50 yang di hulur. Apa lah masalah dia ni, tadi bukan main tanya macam aku buat salah je.  Rungut nurul dalam hati. ‘’ bakinya 17.60 , terima kasih. ‘’  tanpa memandang ke muka pelanggan Nurul mempamerkan senyuman palsu, sungguh dia tidak mampu untuk tersenyum dengan renungan tajam lelaki itu. tad berlalu mendapatkan Reza dan Ammar, mereka bergandingan keluar dari kafe. Nurul menghantar mereka dengan perasaan lega. Entah mengapa sejak hari itu, dia akan merasa gementar apabila melihat atau dekat dengan lelaki itu. perasaan gemuruhnya semakin menjadi jadi. Sekali sekali mendengar suara lelaki itu membuatkan dia kecut perut. Kalau diikutkan hatinya mau saja dia minta pada Encik Hafiz supaya dia diberikan kerja belakang tabir saja. Tak sanggup untuk melakukan kesilapan, lebih tak sanggup untuk berhadapan dengan lelaki yang pelik itu.

            Nurul kemudian mendapati ada sesuatu yang tertinggal di tepi  mesin duitnya, terselit situ, sekali pandang memang tak perasan, objek berwarna hitam itu berada di genggaman, sekali tengok pun dah tau. Samsung S3 antara keluaran terbaru alat telekomunikasi yang sememangnya popular di merata dunia. Wahhh.. cantik betul  puji nurul apabila membelek belek telefon pintar itu. kalau sebelum ni tengok tengok kat kedai je, tak sangka pula dia dapat pegang gadget canggih yang memang menjadi idaman hati itu. nak harapkan gajinya untuk beli gadjet mahal ribu riban ini memang tak la.. ‘’ tapi..’’ ayatnya berhenti di situ. Lyn merapati Nurul dengan pandagan yang tidak di fahami riaknya. ‘’ siapa punya? ‘’ soal lyn mengangkat kening. ‘’ entah, ada pelanggan yang tertinggal kot? ‘’ balas nurul biasa. ‘’ kenapa kau tak tengok betul betul sebelum pelanggan balik?  Kalau la Encik Hafiz tau kau cuai menyebabkan pelanggan hilang barang mereka.. ‘’ kata kata lyn berbau masalah besar yang bakal menimpanya. Nurul mati kata. ‘’ saya tak perasan. ‘’ Nurul mula cemas. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. ‘’ macam mana ni lyn? ‘’ telefon itu masih di tangannya.
            ‘’ macam ni, kau pegang dulu lagipun kau dah habis syift kan? Simpan dulu, tunggu kalau kalau ada pelanggan yang datang tuntut nanti, alat mahal tu, tak kan main biar aje. ‘’ syor lyn. kalau pun pelanggan mereka terdiri dari golongan kaya raya tapi tak kan lah di biar hilang begitu saja. Kalau lah terjadi pada dirinya jawabnya menangis tak berlagu la. ‘’ tapi.. tak de pape ke lyn? saya takut la, nanti dia kata saya curi pula? ‘’  risau Nurul bertepatan. Lyn memandang sepi wajah nurul yang berkerut itu. ‘’ kalau encik Hafiz dapat tahu mesti lagi masalah. ‘’ lyn juga tak tahu bagaimana untuk selesaikan perkara itu, kerana memang tugas mereka yang berada di kaunter untuk memastikan pelanggan berlalu tanpa meninggalkan sebarang benda di kaunter untuk mengelakkan kejadian tuduh menuduh, kerana faham dengan sikap golongan kaya yang sombong dan bongkak la peraturan begitu di buat. Semua pekerja memang ditegaskan supaya tidak leka. Biarpun golongan vvip itu yang tertinggal barang , tapi kesalahan akan diletakkan kepada pekerja pekerja macam mereka ini lah. Diskriminasi. Peraturan itu dibuat memang untuk menjaga aib pekerja pekerja café ini juga. Lyn mengeluh. ‘’ kau simpan dulu. Tengok macam mana ye? ‘’ pujuk lyn perlahan sambil menepuk bahu Nurul. Pandangan sayu jatuh kepada telefon pintar itu. dibuka cover hitam, perkara pertama yang dia Nampak adalah gambar seorang gadis cantik, rambut panjang di blonde, senyum manis dan mempunyai jelingan mata yang menggoda. ‘’ ni ke tuan punya telefon ni? ‘’ bicara Nurul pada diri sendiri. ‘’ cantik orangnya . ‘’ nurul memuji ikhlas. Tapi tak pernah Nampak pula, Dia senyum sambil menyimpan alat tersebut dalam poket seluarnya. Dalam hati masih lagi risau. Apa pun dia berdoa tuan punya telefon ini akan datang mencari.

Sewaktu keluar dari bilik air jam menunjukan waktu 8.45 malam. Nurul bersiap untuk solat isyak. Mengkana di pakai hatinya di pusatkan untuk menyembah ALLAH yang satu. Bunyi nada deringan asing dibiarkan berlalu kerana dia perlu menghabiskan dulu tugasnya sebagai hamba kepadaNya. selesai menunaikan fardu wajib nurul melipat mengkana dan sejadah yang di gunakan. Kakinya melangkah ke meja solek dimana bunyi nada deringan lagu I’ wish-ft island. Nurul tersenyum sambil turut menyanyikan rentak lagu tersebut yang agak catchy. Belum pun sempat dia menyambut talian tersebut nada deringnya berhenti. Alamak tak sempat pulak. Mesti kenalan orang ni yang telefon. Tak pun tuan punya yang mencari.  Monolog Nurul sambil terus memegang telefon itu, mana lah tau kejap lagi dia telefon lagi. benar seperti yang disangka, ft island menyanyi lagi, suka dengan rentak lagu membuatkan nurul membiarkan mereka lama berlagu. Teruk betul.
            ‘’ hello..’’ tergagap gagap nurul memulakan bicara.
            Senyap sunyi.
            ‘’ assalamualaikum. ‘’ rendah dia bersuara, apabila tiada sahutan dari pemanggil.
            ‘’ erm.. ini tuan punya telefon ni ker? ‘’ soalnya lagi, sekali dia melihat ke skrin telefon, hanya private number yang tertera.
            Masih lagi sepi dari sebarang suara.
            ‘’ ermm.. macam mana yer? ‘’ Nurul menggaru kepalanya. Bibir bawahnya di ketap kuat. Tak tahu nak buat apa. Sudah la pemanggil tidak bersuara.
            Tiba tiba dia mendengar suara lelaki berdehem.
            ‘’ encik?? ‘’ panggil nurul dengan harapan pemanggil itu mahu berbicara dengannya.
            ‘’ kenapa lambat jawab panggilan tadi? ‘’ Rendah suara itu bertanya. Nurul tercengang sendiri, malu, dek kerana dia sukakan nada dering pemanggil tersebut dia sengaja melambat lambatkannya. Dia senyum sendiri. ‘’ tadi saya tengah solat. ‘’ jawabnya pantas. Dia menjelirkan lidahnya sambil memicit hujung hidungnya. Tiba tiba dia teringat sesuatu.
            ‘’ encik tanya saya ker ? ‘’ soalnya hairan. Mana lah tau pemanggil ini ingatkan aku perempuan yang dalam telefon ni ke. Tangannya yang memicit hidungnya tadi di bawa ke bibirnya.
            Senyap sekejap. ‘’ dah tu aku tengah cakap dengan siapa ni? ‘’ sarkastik suara itu bertanya.
            ‘’ ermm.. sebenarnya ini bukan telefon saya. Tapi ada orang yang tinggalkan kat tempat kerja saya tadi. Encik kenal dengan pemilik telefon ni? Boleh tolong pulangkan kepadanya tak?’’ terang nurul sekali lafaz. Sah, memang lelaki ini salah orang.
            ‘’ encik. Tolonglah saya, kalau bos saya tau saya bawa balik barang pelanggan mesti saya kena buang kerja. Saya tak sengaja dan saya tak perasan langsung macam mana boleh ada kat situ dan siapa punya. Saya bawak balik ni pun sebab kawan saya yang suruh, kalau bos saya tau mati saya. ‘’ terang Nurul panjang lebar. Ada getar di hujung suaranya. Pemanggil itu lebih banyak berdiam saja. Perkara itu meresahkan jiwa nurul.
            ‘’ kau kerja di mana? ‘’
            ‘’ Arwana gym café, jalan setali. ‘’ laju nurul bertutur, mata yang hampir bergenang air mata kembali cerah.
            ‘’ esok petang saya datang ambil. ‘’
            ‘’ betul ni? terima kasih encik. ‘’  Nurul gembira sekali, terlepas dia dengan satu masalah.
Tiada suara dari sebelah sana. ‘’ aik? Dah letak? ‘’ Nurul bercakap sendiri di telefon. Tapi senyum masih lekat di bibirnya.
Tubuhnya di hempas ke katil, nurul tersenyum lega, esok orang tu akan datang ambil telefon ni, jadi dia tak perlu risau lagi kalau kalau dia di buang kerja. Tapi macam mana dia nak ambil esok? Pukul berapa? Aku mana kenal dia? Macam la dia kenal aku? Soal Nurul pada diri sendiri. ah.. esok je la fikir, janji masalah dah selesai. Gumamnya riang. Selimut ditarik paras dada, matanya dipejam rapat, bibirnya mengukir senyuman gembira.


            ~~ kadangkala hati dan minda tidak selari, hati mungkin menafi tapi perbuatan?.. tidak.