PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, December 24, 2012

TakutNya Cinta BAB 3



Bab 3

Masa berlalu hampir sebulan Nurul Humaira menjejak kaki ke tempat baru ini. Dengan harapan dapat membantu keluarga meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibunya. Nurul memandang jauh memerhatikan kalau kalau bas yang akan dinaiki menampakkan bayangnya. Lebih sejam dia di situ, hari ni kepenatan melanda. Satu hari kerjanya memunggah barangan stor simpanan barang. Walaupun penat dia lebih selesa di belakang daripada di suruh melayan pelanggan di depan, traumanya dengan kejadian lalu cukup membuatkan dia kecut perut apabila di suruh bertemu pelanggan. Tidak dinafikan Encik Hafiz banyak membantunya dalam menyelesaikan kerja kerja di kafe.  Dia juga yang banyak member tunjuk ajar kepadanya. walaupun berpangkat sebagai pengurus di situ dia tidak pernah sombong dan segan untuk beramah mesra dan menghulurkan sebarang bantuan kepada pekerjanya. Apa yang dia lihat semua pekerja senang dengan sikap Encik Hafiz, sehinggakan ada dia mendengar desas desus dia menjadi kegilaan pekerja pekerja wanita di situ. Kalau di lihat dari segi paras rupa Encik Hafiz memang kacak orangnya, tinggi, di tambah pula sikapnya yang selalu membantu pekerjanya. Tapi Nurul sendiri tidak pernah mengambil kesempatan terhadap sikap baik lelaki itu.

                Tiada angin mahupun ribut, tiba tiba hujan turun dengan lebatnya. Hari semakin menginjak petang, hujan lebat menyebabkan kenderaan di lihat samar samar di dalam hujan. Kebanyakan kenderaan mengambil langkah keselamatan dengan menyalakan lampu kenderaan masing masing walaupun masih ada yang kedekut untuk memasang lampu sedangkan keadaan jalan raya semakin gelap dan sukar di lihat kerana hujan lebat. Tipikal pemandu Malaysia yang mengambil mudah perkara begini. Nurul masih lagi terjenguk jenguk memerhatikan basnya. Langsung tidak di pedulikan kereta yang lalu lalang, kerana dia takut bas tak Nampak dia. Nanti kalau kena tinggal bas, maunya berjam lagi la dia menapak di sini. sebuah kereta yang lalu dekat dengan perhentian bas tempat dia berdiri tiba tiba melanggar lopak memyebabkan percikan air terus ke tubuhnya.
                ‘’ basah. ‘’ sepatah keluar dari mulutnya, tengah dia sibuk mengibas ngibas baju kurungnya, rahangnya jatuh apabila bas yang sepatutnya dia naik untuk pulang ke rumah berlalu meniggalkannya kebasahan di situ. Hampir menangis di buatnya.
                ‘’ Ya Allah.. macam mana nak balik ni. ‘’ dia kembali duduk. Beg sandangnya di selongkar mencari sesuatu, selongkar punya selongkar tiada satu pun benda yang boleh di  gunakan untuk membersihkan wajahnya. Hujung lengan bajunya di bawa ke muka, di kesatnya titik titik air yang masih tersisa, apa lah nasibnya, kalau dulu bermandikan lemon ais, hari ini pula bermandikan lopak air. Nurul.. nurul.. apa la nasib kau. Keluh nurul dalam hati, namun masih mampu tersenyum sendiri.

Sebuah kereta mpv berhenti di situ. Nurul mula kecut perut, hujan yang masih lebat menyebabkan dia keseorangan di situ, kenderaan lalu lalang mana mungkin memerhatikan keadaannya jika berlaku sesuatu. Sedang dia berasak dengan perasaannya sendiri dia sedikit lega apabila melihat gerangan lelaki yang keluar dari kereta itu adalah Encik Hafiz.

                ‘’ awak tak balik lagi? ‘’ soalnya sambil memandang Nurul dari atas sampai bawah, simpati wajahnya melihat keadaan nurul begitu.
                ‘’ saya tertinggal bas encik hafiz. ‘’ tiada kata yang mampu di lafazkan saat itu, tapi memang betul lah dia di tinggalkan bas dan lebih malang lagi dia dimandikan pula air lopak. Dia tersenyum sendiri.
                ‘’ dah macam ni pun awak masih boleh senyum lagi? ‘’ usik Encik Hafiz memandang tepat ke muka Nurul.
                ‘’ nak buat macam mana Encik Hafiz, nasib saya memang selalu malang. ‘’ jawabnya tenang.
                ‘’ marilah saya hantarkan balik. ‘’ ajaknya selamba. Nurul tak selesa dengan ajakan itu. bukan memikirkan yang tidak baik, tapi memang dia tidak selesa berdua dengan lelaki itu.
                ‘’ tapi saya kotor ni. ‘’ ujar nurul berbentuk alasan.
                ‘’ tak pe, dalam kereta tu ada Diba, saya pun kena hantarkan dia balik, dia satu area dengan rumah awak kan? Jangan risau saya tak bawa lari awak punya. ‘’ teka lelaki itu apabila melihat nurul seakan serba salah dengan ajakanya. Nurul memerhatikan jauh ke dalam kereta, memang betul ada kelibat seseorang dalam kereta itu. tanpa berfikir panjang dia mengekori lelaki itu dan masuk ke tempat duduk belakang. Betul, memang Diba yang berada di depan. Diba hanya memandang sepi nurul yang masuk ke kereta dalam keadaan begitu. Senyum pun tidak. Dia hanya menjeling kemudian tersenyum sumbing apabila Encik Hafiz masuk ke kereta.
                ‘’ encik Hafiz boleh hantar saya dulu? Saya tinggal di  lorong 6. ‘’ pinta Nurul lembut. dia dapat merasakan yang Diba memang tidak senang akan kehadirannya. Entah mengapa sejak mula dia masuk bekerja gadis itu seakan tidak suka akan kehadirannya. Dia memang sedikit terasa dengan sikap dingin gadis itu terhadapnya. Apa saja tugasannya dengan diba pasti tidak pernah dilakukan dengan mesra. Diba seolah acuh tidak acuh dengannya. Teringat pula kata kata lyn yang mengatakan Diba memang sukakan Encik Hafiz. Tapi mengapa pula aku yang di marahnya. Aku tidak ada kena mengena dengan lelaki yang dia suka. Fikir nurul seketika. Tapi cepat cepat dia membuang rasa buruk sangka itu.
                Hujan  yang masih membasahi bumi dengan banyaknya tidak menghalang Nurul untuk berlari masuk ke pagar rumahnya. Dengan pantas dia mengucapkan terima kasih kepada encik Hafiz tanpa menunggu kata balas dari lelaki itu dia terus turun dan berlari masuk ke rumahnya. 
                Situasi selesa. Sesak nafas di buatnya dengan jelingan Diba dari mula dia masuk ke dalam kereta tersebut. cepatlah sampai.. rungutnya dalam hati. tak sabar nak balik berehat di rumah, menanti hari esok yang entah lebih malang dari hari ini.


esoknya...

4.00 petang.
Tad : aku tunggu korang kat tempat biasa. Jangan lambat. Roger ammar sekali.
Reza: orait. Aku mungkin lambat sket, settlekan kerja aku dulu.
Mesej tad ke facebook Reza, lap topnya di tutup. Jam baru menunjukkan jarum 4. Jarinya mengetuk ngetuk key pad, kemudian berdetak detak bunyi apabila jari jemarinya di patah patahkan. Beg pakaiannya di capai dari bawah meja. Butang intercom ditekan menyambungkan kepada nina di luar.

                ‘’ yer encik Asfraff? ‘’ lembut Nina bertanya.

                ‘’ saya balik awal hari ni, apa apa hal call on my handphone. ‘’ ucapnya laju sambil bangun dan berlalu meninggalkan perjabatnya.

5.00 petang.

Suasana kafe itu agak lengang, hanya kelihatan dua atau tiga pelanggan yang menikmati pemandangan luar kafe sambil berbual bual bersama rakan rakan lain. Kebanyakan pelanggan di sini memang merupakan regular customer yang selalu Nampak kelibatnya, jadi kebanyakannya memang saling mengenali antara satu sama lain, walaupun tidak beramah mesra mana, tapi cukup sekadar bertegur sapa atau berbalas senyum saja. Maklumlah semua datang dari golongan vip yang terkenal sikap tidak menghiraukan sesiapa kecuali mempunyai agenda bisness di sebaliknya. Tad memerhatikan saja ragam pelanggan yang ada di sana. Namun di sebaliknya ada sesuatu yang di perhatikan sejak dari tadi.

                ‘’ nurul, kau tolong kemas meja 23, baru tadi customer tumpahkan sesuatu. ‘’ jerit lynn sambil tangannya sibuk mengira wang tunai yang berada di laci untuk di masukkan ke dalam mesin pengira. Tugas yang wajib selepas habis syift sebagai cashier.

                ‘’ meja 23. ‘’ ujar nurul kaku. Teringat perisitwa lalu.  Namun dia kuatkan semangat. Dipandangnya meja itu sepi, tiada pelanggan di situ. Dia sedikit lega, kain pengelap di capai, dia berjalan menuju ke tempat yang dimaksudkan, sebelum sampai ke meja 23 dia dapat melihat seorang lelaki yang duduk selang dua meja meja 23, duduknya hanya memandang ke arah kaunter. Mejanya kosong, tiada sebarang minuman atau pun makanan. Dia melalui saja meja tersebut. Kemudian dia rasa tidak sedap hati, kakinya melangkah semula ke meja lelaki tadi.  Tangannya menyeluk saku apron membawa keluar pen dan kertas.

                ‘’ maaf encik? Dah order? ‘’ Nurul senyum ikhlas sambil menunggu lelaki itu membuat pesanan. Tapi lelaki itu Cuma merenung tajam wajahnya. Nurul sedikit tersentak, air mukanya berubah. Tapi dia masih mempamerkan senyuman manis.

                ‘’ encik nak order pape ker? ‘’ Tanyanya lagi. kali ini nurul merasa aura lain macam pula, apa lagi yang aku buat ni, kenapa lah aku mesti datang tanya mamat ni? Lain yang patut aku buat, lain pula yang kau buat?. Gumamnya sendiri. Bibir bawahnya di gigit kuat. Air mukanya semakin berubah apabila tiada jawapan dari lelaki itu, hanya ekor mata merenung tajam ke arahnya. Nurul semakin kekok di situ, mau saja dia lari dari situ, tapi takut nanti dikata biadap pula. Lama dia berdiri di situ. Resah.

                ‘’ sory tad. Aku lambat, jammed dowh. ‘’ sapa Reza sambil meletakkan beg pakaiannya ke atas meja. Kehadiran nurul seakan tidak dipedulikan di situ.

                ‘’ kau nak minum ke? Bukan selalu kau tak ambil pape sebelum bersenam ker? ‘’ kehadiran nurul di situ mula mendapat perhatian, Reza memandang sinis kepada gadis yang dari tadi berdiri tegak di situ. Nurul dah macam cacing kepanasan di situ, dia malu sendiri, datang bertaya apabila tidak dipanggil, dia bukan apa Cuma mahu menjadi sedikit prihatin terhadap pelanggan pelanggannya, mana dia tahu yang lelaki itu hanya mahu duduk duduk saja di situ. Salahnya yang terlalu ambil perhatian.

                ‘’ maafkan saya encik. ‘’ Nurul tunduk sambil berlalu ke meja 23 yang sepatutnya di uruskan sejak tadi. Malu sungguh mukanya tadi. Dia menarik tuala dari apronnya dan mula mengelap meja membersihkan apa yang patut, semua kerja kerja itu dilakukan dengan pantas, seboleh bolehnya dia ingin berlalu dari kawasan kejadian.

                ‘’ kenapa pulak tiba tiba budak tu datang tanya kau? ada hati nak ayat kau?? ‘’ Reza sedikit pelik, tapi masih berani mengejek.

                Tad diam, tidak bersuara.

                ‘’ dan kenapa pulak tiba tiba kau tunggu di sini? tak terus naik je? ‘’ tanya Reza lagi, selalunya Tad akan tunggu mereka di atas, tak pernah pula dia melepak di bawah sebelum habis aktiviti gym mereka? Pelbagai soalan bermain di minda Reza saat ini. Pelbagai soalan yang menyesakkan otaknya saat ini.

                ‘’ aku datang awal tadi, keluar ofis pukul 4.00 ‘’ jawabnya bersahaja.

                ‘’ ape kes pulak? Tak pernah pernah. ‘’ Reza masih tidak puas hati dengan jawpan sahabatnya itu, serentak itu tad yang perasan akan kehadiran Ammar yang menyapa dari jauh mengisyaratkan supaya mereka ikut naik ke tingkat atas yang merupakan tempat menjalani aktiviti mereka. Belum pun sempat Reza memalingkan kembali kepalanya meminta jawapan dari tad, lelaki itu dah mula bangun berjalan meninggalkan Reza terpinga pinga. Langkah tad terhenti apabila bunyi deraian kaca berterabur di atas lantai. Nurul cemas, terkial kial dia membersihkan kaca yang bertaburan, cuai lagi. apa nak jadi dengan kau ni nurul humaira? Saja cari pasal sendiri. Bentaknya pada diri sendiri.
               


~~ Apa ada dalam hati??.. minda kadangkala tidak mengerti.



1 comment:

Anonymous said...

Salam... X sabar nk tunggu entry seterusnya...