PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, December 12, 2012

TakutNya Cinta BaB 2




Fail fail syarikat berterabur di atas meja. Satu pun tidak bersentuh, matanya hanya memandang sepi kertas kertas yang di belek tanpa membawa sebarang maklumat ke otaknya. Nina setiausahanya yang memboyot anak ke dua masuk dengan senyum terukir di bibir membawa aroma secawan kopi menusuk hidungnya. ‘’ encik Ashraff dah sign semua tu? ‘’ soal nina sambil mengemas ngemas kertas yang berselerak di atas dan bawah meja. Apabila di lihat kosong di bahagian yang sepatutnya bertanda membuatkan dia sedikit mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Kalau ikutkan hatinya mau saja di hentak hentak kepala bosnya yang muda 10 tahun darinya itu. sejak dia mengambil alih anak syarikat ini dari Tuan Malek, dia telah di arahkan untuk member tunjuk ajar apa yang patut kepada anak tunggal lelaki nya ini. Jika tuan Malek dahulu seorang yang peramah dan baik hati berlainan pula anaknya yang terlalu dingin dan panas baran. Tapi ada sesuatu yang harus di pujinya buat lelaki yang di ibaratkan seperti adiknya itu. wlaaupun muda tapi dia Berjaya mengendalikan syarikat ini lebih baik dari bapanya sendiri. Komitment kerjanya yang baik membuatkan sesiapa yang berurusan dengannya akan sentiasa berpuas hati dan memberikan komen balas yang positif. Tapi itu saja yang bagusnya mengenai Tuan Ashraff Daniel bin Tuan Malek. Yang lain? Memang membuatkan pekerja semua kecut perut dan ngeri. Sejak dia mula bekerja dengan bos keduanya ini, tidak pernah pula dia melihat lelaki ini resah dan hilang tumpuan seperti ini. 

                ‘’ petang nanti saya di minta hantar semua dokumen ni kepada pelanggan. ‘’ rendah dia menuturkan. Mana lah tau tiba tiba dia naik angin satu badan, bukan boleh di buat main angin lelaki ini, Nampak saja muka yang comel, tapi nak Nampak dia senyum bukan main payah lagi, boleh kata tak pernah, ye la hidupnya di pejabat ini dihabiskan masa dengan bekerja. Focus utama dia di pejabat adalah semua urusan kerjanya, tiada apa yang dapat di sangkal apabila dia dah mula bekerja, semuanya tepat cepat dan terbaik. Nina sesekali mengerling kea rah lelaki yang dari tadi hanya diam semedang. Tanpa berlengah di situ setelah dia merasa aura yang tak berapa nak baik, dia cepat mengangkat kaki walaupun terasa berat dengan perut yang memboyot.

                ‘’ nina.. ‘’ panggilnya keras, tak pernah nak di tambah ‘ kak ‘ di pangkal namanya itu, walaupun muda 10 tahun dia tidak menggunakan kata hormat itu untuk setiausahanya. Walaupun sedikit kecil hati dengan lagak bosnya itu tapi nina sudah mula membiasakan dirinya. Dengan berat langkahnya di kalih semula masuk ke dalam bilik tad. Berada di hadapan pandangan membunuh lelaki itu membuatkan hati wanitanya cair, kalau lah aku belum kahwin lagi, dah tentunya di goda lelaki dihadapannya ini.

                ‘’ bila due? ‘’ soalnya separa lembut.

                ‘’ ha? ‘’ soal nina masih tidak dapat menangkap maksud soalan tad. Tidak pernah pernah dia mengambil tahu hal peribadi pekerjanya. Muka memerah apabila melihat nina tersenyum melirik kearahnya. Entah apa mimpinya bertaya bila due aku nih? Gumam Nina dalam hati namun dia tetap menjawap.

                ‘’ 2 bulan lagi isnyallah, kalau baby ni ikut masanya la,tapi mana tau kot-kot disebabkan saya terbeban dengan kerja yang banyak di pejabat ni membuatkan baby dalam perut ni stress nak keluar awal maka awal lah saya bercuti? ‘’ sempat lagi Nina menyelitkan apa yang terbuku selama ini. Memang betul, kadang kala dia sampai tak sempat makan di sebabkan terlalu banyak date line yang perlu dikejar, masakan lagi dia tengah mengandung. Semua kerja kerani dan Pa dia yang buat. Walaupun dia di bayar lebih untuk itu tetapi dengan keadaanya yang sarat membuatkan dia cepat merasa letih. Nina dapat melihat lelaki itu sedikit terkesan dengan kata katanya tadi, timbul pula rasa takut kerana lancang sangat mulutnya meluahkan apa yang terbuku di hati.

                ‘’ dah ada pengganti nanti? ‘’ hah sudah, ni ape kes main Tanya tanya pasal pengganti, bukan ke salama ni kalau aku  tak ada si Vanessa tu yang ambik alih ker? Bukan dia tak tahu cuti aku Cuma dua bulan saja, selama ni pun dia ada semua soft copy untuk semua urusan yang berkait rapat dengan tender tender syarikat, tugas Vanessa tu hanya sekadar PA biasa saja, hantar kopi, ambil pesanan telefon dan menyediakan minit sekiranya ada mesyuarat. Tak susah pun. Bentak nina dalam hati.

                ‘’ Vanessa? ‘’ ujarnya menjawap soalan tad. Tad macam  berpuas hati dengan jawapannya apbila dia dilihat menganggukkan kepalanya. ‘’ ada apa apa lagi ecik ashraff? ‘’ sarkastik dia bersuara. Tad tidak mengendahkan suara itu, kepalanya di picit picit perlahan sambil membuat isyarat tangan menyuruh nina keluar sekarang.

                 Kenapa pulak aku nak kene fikir ni? Ape ke jadahnya? Bentak tad pada dirinya sendiri. Sungguh sejak kejadian semalam dia tak dapat lelapkan mata dengan kejadian yang berlaku. Ah.. lantak lah. Peduli apa aku?  Gumamnya lagi kali ini dia meramas ramas rambutnya. Kusut. Ringtone telefon menyanyikan chorus lagu yang entah apa-apa.

                ‘’ hurmm.. ada ape? ‘’ malas bebasa basi.

                 ‘’ Jom lepak tempat biasa? ‘’ ajak suara di sebelah sana.

                Senyap.

                ‘’ tad? Kau dengar tak ni? ‘’ jerit ammar apabila senyap menyapa.

                ‘’ dengar, ‘’ malas dia menjawap, dalam kepalanya sudah terfikir sesuatu.

                ‘’ jadi tak? ‘’

                ‘’ ok. Tunggu kat temp

at biasa. ‘’ telefon dimatikan, satu keluhan dilepaskan. Sakit kepala yang masih bersarang dibiarkan saja, matanya kini focus kepada kerja kerja yang perlu di selesaikan, seketika dia seakan sedar dan kembali menjadi dirinya sendiri. Jauh di sudut hatinya masih bercelaru. Semuanya menjadi satu teka teki yang tiada penghujungnya.


Pinggan putih di susun mengikut saiz, semua gelas kaca yang di lap diletakkan di tempat yang sepatutnya. Selesai tugasan mengelap pinggan dan cawan untuk kegunaan orang dapur, Nurul bergerak ke bilik simpanan barang basah, dia di arahkan oleh cheff untuk senaraikan barang barang yang dah kekurangan stok.

                ‘’ nurul, aku minta maaf ye. ‘’ pinta lyn bersungguh. Tanggannya memegang erat tangan Nurul.

                ‘’ tak apa, bukan salah awak. ‘’ sambil tersenyum nurul membalas, 

‘’ kalau tak kerana awak saya tak kerja pun kat sini. ‘’ balasnya lagi. masih mempamerkan sususan gigi yang cantik.dia ingin lupakan peristiwa itu, dan bekerja dengan lebih baik lagi. dia tahu silap dia sendiri yang cuai dalam bekerja. Tambah pula dia cukup bersyukur yang encik Hafiz masih berdiplomasi dengannya semalam.

‘’ kalau aku tau la semalam biar aku je yang layan minah kerek tu semalam, bukan kau sorang je yang pernah kene macam tu. Dah ramai yang jadi mangsa keangkuhan dia. ‘’ bentak lyn mempamerkan riak tidak puas hati terhadap Elina. Nurul hanya mendengar rungutan temannya. Dia tidak mahu berburuk sangka.

‘’ tak ape la lyn, memang salah saya tumpahkan minuman di badan dia. Lagipun semuanya dah selesai kan? Kita lupakan saja lah. ‘’ lembut dia mencadangkan. Melihat nurul yang berlalu ke bilik simpanan membuatkan lyn terhenti di situ, biarkan la, nanti kau tahu la macam mana perkara si Elina tu. Dia takkan berhenti selagi orang yang mencari masalah dengan dia tak di buang kerja. Dah lama dia di bekerja di sini, dia sendiri kecut perut apabila terpaksa melayan tuan puteri perasan itu, seboleh bolehnya dia tidak akan melakukan sebarang kesilapan yang bakal menyusahkan dirinya sendiri. 

Dalam diam, Hafiz sejak  dari tadi memerhatikan gerak geri mereka berdua. Lyn yang sedar akan kehdiran encik Hafiz yang dari tadi memerhatikan mereka mula bergerak ke kaunter pembayaran, hari ini giliran dia menjaga kaunter, dia berlalu sambil menyampaikan senyuman manis buat lelaki itu. hafiz membalas senyuman dengan renungan yang tiada siapa dapat membaca maknanya.

#########################################################

‘’ alahai, kau ni kenapa tad? Sejak dua tiga hari ni aku tengok kau macam mati bini je? ‘’ usik Reza sambil menepuk kuat bahu rakanya sambil diperhatikan ammar yang meneguk rakus 100 plus yang dipesan sebentar tadi. Peluh yang membasahi dahi serta bajunya di biarkan saja, turun naik dadanya laju, hari ni dia bersenam melebihi biasa.

‘’ kenapa? Macam stress je aku tengok? ‘’ giliran ammar pula bersuara. Bukan selalu rakanya berperangai begini. Selalunya dia lah yang paling kejam antara mereka dalam mengenakan orang untuk hiburan mereka. Jarang sekali tad di lihat stress begini, terakhir kali dia moody bila elisya lari dari majlis pertunangan mereka dan berhijrah ke luar Negara. Sehingga sekarang tiada siapa yang berani menyebut perkara yang berkaitan dengan gadis itu. sejak daripada ditinggalkan Elisha lah tad menjadi lebih kejam dan tidak berperasaan. Dia lebih panas baran, tidak mengaku kalah, apa saja yang menghalangnya akan digunakan pelbagai cara untuk di selesaikan, walaupun terpaksa menggunakan kekerasan. 

                ‘’ weyh..  apehal? Teringat Elisha lagi? ‘’ pancing ammar. Tiada riaksi dari tad. Reza pula yang kelihatan terkejut. Selalunya sebut saja nama yang satu bias membangkitkan aura kemarahan yang meluap luap. Silap hari bulan ada yang senang senang je makan penumbuk.

                ‘’ betul bukan Elisha ni? ‘’ sogok ammar.

                ‘’ nothing la bro, hal syarikat. Aku blah dulu. ‘’ balas tad tak berperasaan, kali ini dua rahang jatuh. Reza dan ammar saling berpandangan. Tad dah tak betul, kalau sebelum ini ada saja yang menyindir atau menyebut hal berkaitan perempuan yang bernama Elisha, kalau tak kena penumbuknya maka bukan tad la. Dulu,  Mereka berdua sendiri hampir bertumbuk sakan apabila reza mengapi apikan lagi perasaan tad. Nasib baik ammar cepat mengambil langkah melarikan tad, kalau tidak mati Reza dikerjakannya. Pelik, hari ini tad seolah hilang focus. Tak tahu apa yang difikirkannya.


 Apa kehendak hati? Hanya tuhan yang tahu.. sejauh mana hati menafikan, kadangkala perbuatan tidak selari dengan kata hati…


4 comments:

norihan mohd yusof said...

nape tad?...ingat kn kes yg amat melucu kn semalam ker!sampai tk dek mood nk wat keje!!!!!!!!!bile pikir blk lucu ker malampau yer...cian kat nurul tk semena kena buli n dimalu kn cam tu skali kat minah gedik tu!!hebat kn sikap orang kaya2 neh tk sedar diri bumi di jijak langit dijunjung...teremo akk dek...hehe so sory..

Anonymous said...

Salam... 2 thumps up!!Good beginning.. keep on building this story...!! Anyway, i think SM should be in prints.. it can sell!! U r a good writer... May Allah gave u more ideas for your future writings.. Amin!!

lieza said...

tq pada yang support, saya bermula dari kosong. dan banyak belajar dan mencari ilmu, saya harap ianya seiring ke arah apa yang saya impikan.. doakan saya yer??? hihihi

salmi fasliena said...

terbaiklah...baru jumpa blog ni arini...sambung cepat tak sabar nak tau cerita antara tad dan nurul...