PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, December 7, 2012

TakutNya Cinta - Bab 1




Suasana café yang tadinya agak sunyi dari kunjungan pelanggan mula hingar. Waktu menginjak petang, pelanggan yang masuk semua terdiri daripada ahli kelab gim Arwana ini. Kelihatan semua pelanggan yang masuk keletihan mungkin baru selesai dengan senaman mereka. Lelaki lelaki yang masuk tidak kurang hebat bentuk tubuh badan mereka, manakala bagi ladies, semuanya cantik dan slim belaka, memakai pakaian sukan yang agak menonjolkan bentuk tubuh badan seksi mereka membuatkan lelaki yang ada semuanya pakat cuci mata. keadaan di dapur café kembali sibuk selepas pelanggan yang datang semuanya memesan makanan ringan yang biasanya di ambil setelah penat mengeluarkan peluh.

‘’ Lyn, saya nak buat apa ni? ‘’ hari pertama berkerja membuatkan nurul berasa kekok sekali, dia memerhati keadaan café tersebut, seram sejuk di buatnya, semuanya terdiri daripada mereka yang tampak datang dari golongan yang kaya. Manakan tidak sebelum dia sah mendapat kerja ini lyn sudah pun memberikan sedikit info mengenai kafe ini. Katanya kafe ini kepunyaan seorang anak datuk, kafe ni memang khas untuk golongan orang vip sahaja. Mereka yang berpendapatan lebih seratus ribu sebulan. Bayangkan, jatuh rahang nurul mendengarkan cerita daripada temannya itu.

            ‘’ lepas ni boleh la kau risik risik anak datuk mana yang  kau berkenan. Kau tackle je lah, baru tak susah hidup kau. ‘’ cadang Lyn dengan bangganya. Nurul Cuma tersenyum dengan cadangan lyn yang dianggapnya sebagai gurauan semata. Niatnya berkerja hanyalah untuk menampung perbelanjaan hidupnya sendiri. 

            ‘’ nurul, kau tolong hantar ni ke meja 23. Hati hati jangan sampai buat silap. ‘’ rendah lyn berpesan kepada nurul apabila dulang berisi minuman sejuk bertukar tangan. Walaupun sedikit pelik dengan pesanan daripada lyn, nurul tetap menggagahkan dirinya untuk membawa pesanan tersebut. Ini merupakan kali pertama dia membawa pesanan untuk pelanggan. Jika sebelum ini Encik Hafiz hanya mengarahkan dia untuk sekadar membersih bersihkan kafe ini sahaja. Untuk permulaan sepanjang minggu ini awak boleh la belajar kemas kemaskan kafe ini. Selepas itu nanti saya akan ajar cara untuk mengambil dan menghantar pesanan. Awak kena ingat pelanggan di sini sangat demand. Sikit saja salah kita nahas la, jawatan seperti awak ini sangat mudah bertukar ganti.  Teringat pula kata kata Encik Hafiz sewaktu dia mula bekerja dua hari lepas. namun malang memang tidak berbau, tubuhnya dilanggar seseorang membuatkan dia hilang imbangan, dalam hatinya saat itu dia hanya mahu menyelamatkan minuman yang dibawa daripada menimpa pelanggan yang memesan minuman tersebut, kerana pada waktu itu dia sangat hampir dengan seorang gadis bersama 2 temannya yang menunggu pesanan mereka. Nasib baik tangannya sempat mengimbangkan dulang tersebut bagi mengelakkan minuman tumpah. Namun apakan daya sedikit sahaja minuman dari gelas tersebut tertumpah mengenai gadis yang berbaju tshirt nike pink. 

            ‘’ hey!!! ‘’ serentak dengan itu dia bangun sambil mengibas ngibas lengan bajunya yang terkena sedikit curahan limau ais. Riak muka tidak puas hatinya jelas terpamer sambil merenung tajam Nurul yang sudah pun pucat di depannya. Teringat kembali kata kata Encik hafiz yang mengatakan jawatannya yang sering bertukar ganti. Kalau beginilah sikap pelanggan maka orang cuai sepertinya memang tidak sesuai di sini. ‘’ maaf cik, saya tak sengaja. ‘’ ujar nurul penuh kelembutan dan rasa bersalah. Mukanya pucat, kalau di toreh pisau sekalipun manakan keluar darahnya.

            ‘’ kau buta ke hape? ‘’ herdik gadis itu lagi. 

            ‘’ maaf cik.. maafkan saya, saya tak sengaja. ‘’ ujarnya lagi semakin panic dengan herdikan gadis itu. dia mula resah. Takut akan di buang kerja lagi.

            ‘’ maaf tak de makna untuk orang macam kau! ‘’ serentak dengan itu baki minuman yang ada di di dulang yang masih berada di tangan nurul tadi di simbah ke mukanya. Tak cukup dengan itu semua gelas yang berisi minuman di tuang ke tubuh Nurul. ‘’ maaf cik.. ‘’ sayu nurul bertutur sambil di tundukkan kepalanya tanda menyesali tindakannya. basah lencun kemeja putih yang dipakainya membentuk perlbagai warna, apron hitam yang dipakai di sapu ke muka, sejuk dek simbahan minuman tadi. Air matanya mula mengalir laju. Lyn yang dari tadi terpaku di situ merasa bersalah kerana kejadian itu sepatutnya tidak berlaki jika dia yang menghantarkan pesanan tersebut. Bukan dia tidak tahu perangai Elina anak Dato Hafsham. gedik, cantik, angkuh dan pemarah. Disebabkan papanya teman rapat kepada pemilik kafe ini maka dengan senang hatinya dia merasakan semua yang ada di sini dia yang punya, pekerja pekerja yang di buang sebelum ini pun adalah disebabkan sifat cerewetnya yang pantang ada salah sedikit pun. Melihat nurul yang tersedu sedu di situ sambil mulutnya tidak henti henti meminta maaf  timbul pula rasa bersalah dalam dirinya. Nasib baik waktu itu dilihatnya Encik Hafiz berlari ke tempat kejadian.

            ‘’ maaf cik Elina. Dia ni perkerja baru, dia tak sepatutnya hantar pesanan hari ini, tapi di sebabkan kami kekurangan pekerja yang terlatih jadi kami terpaksa membiarkan dia. Saya tak sangka semua ini akan berlaku. ‘’ terang Encik hafiz bersungguh sambil memandang Nurul penuh simpati. Terbit juga rasa bersalah buat gadis itu, baru dua hari bekerja telah mengalami pengalaman ngeri. Maunye tak ngeri apabila berurusan dengan Elina Dato Hafsham? perempuan yang boleh dikatakan kerek semedang, tiada apa yang dapat memuaskan hatinya. Ada saja tak kena di pandangan matanya. Nurul di situ ibarat seperti batu. Memerhatikan saja encik Hafiz menerangkan segalanya bagi pihaknya. Namun ada sesuatu yang membuatkan dia memandangkan ke arah tempat dia dilanggar tadi, matanya dapat menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang hanya memandangnya kosong bersama 2 lagi temannya yang tergelak sakan. Melihat kumpulan lelaki itu membuatkan dia merasa malu sekali dengan keadaan dirinya. Tangannya spontan menyapu air matanya yang masih laju mengalir.

            ‘’ dah.. nurul awak masuk ke pejabat saya sekarang. ‘’ pandangannya mati di situ apabila mendengarkan arahan Encik Hafiz sebentar tadi. Nurul memandang gadis yang bernama Elina yang tersenyum megah, dia langsung tidak mendegar perbincangan lanjut antara encik hafiz dan elina dek kerana asyik memerhatikan kumpulan lelaki yang melihat kemalangannya itu di sertai gelak sakan. Kakinya melangkah mengikut Encik hafiz. Apa lagi la nasib aku hari ni, sebelum beredar dia sekali lagi sempat memohon maaf kepada Elina yang memandang angkuh Nurul yang membontoti encik Hafiz ke ruangan pejabatnya. Lyn yang dari tadi memerhatikan dari jauh hanya memberikan isyarat tanda meminta maaf kepada nurul. Nurul hanya mengganguk faham, dia redha semua yang berlaku, dia tahu semua ini silapnya kerana selalu cuai. Memang satu tabiat buruknya yang tidak dapat dikikis. Dia memang seorang yang cuai dan cepat panic apabila berlaku sesuatu perkara.

            ‘’ dah jom! Hiburan dah habis. ‘’ ajak lelaki berbaju kelabu itu sambil menjinjing kasut adidas nya belalu keluar dari kafe tersebut. Ada sesuatu yang menyesakkan dadanya. Walaupun berjalan bertiga disertai sisa gelak yang tiada pernhujungnya namun ada perkara lain yang menghantui fikirannya saat ini.

            ‘’ tad! Kau balik mana? ‘’ laung Reza sambil mencampakkan beg pakaiannya ke dalam kereta yang di parkir sebelah kereta tad. Melihat lelaki itu yang tak keruan sejak tadi membuatkan dia sedikit pelik, mereka berdua gelak sakan melihat kejadian yang sengaja di dajjalkan oleh mereka. Tapi hanya dia dan ammar saja yang beria gelak. Dia yang merupakan master dalam rencana tadi hanya terpaku di situ.

            ‘’ tad! Kau dengar tak? ‘’ laung ammar pula apabila soalan dari Reza tidak di jawab.

            ‘’ rumah aku la. ‘’ jawabnya pendek, sedikit rendah, macam orang tiada semangat je lagaknya. Reza dan Ammar saling berpandangan mempamerkan kening double jerk. Masing masing mengangkat bahu tanda tidak mengerti tindakan sahabat mereka itu. tad masuk ke kereta dan berlalu begitu sahaja.

            ‘’ datang bulan kot? ‘’ ujar reza sambil tersenyum geli hati sambil ammar menyambung gelak sambil teringatkan kejadian mandi minuman di kafe tadi. Mereka terkekek kekek gelak dengan kejadian yang sengaja di rancang untuk mengenakan pekerja baru yang tampak lurus bendul. Memang menjadi satu kemestian buat mereka mencari hiburan tambahan dengan mengenakan orang, atau lebih tepat lagi memalukan orang dan membuatkan mereka terhibur apabila rencara yang dirancangkan berlaku seperti kehendak mereka. Pelakon utama haruslah si Elina yang gedik manja yang tak boleh sesiapa sentuh yang menyebabkan dia melatah. Nasib badan budak perempuan itu yang dijadikan mangsa mereka hari ini. Itu pun selepas Reza yang mencadangkan setelah mereka pilih rambang untuk di jadikan bahan gelak mereka.



M.A.A.F -  tak ramai yang boleh menyebut perkataan itu untuk setiap kesalahan yang dilakukan, tapi dia,, begitu mudah untuk melafazkanya. Semudah a b c .



7 comments:

baby mio said...

CEPATLAH SAMBUNG YA TQ.

Lieza said...

hello...... tak de orang nak komen ke?? hik hik hik.. ni novel kedua saya...

Anonymous said...

Salam... Interesting beginning!! Looking forward to your next N3!! Caiyok!! Caiyok!!
PS : Soul mate tu... nk d habiskn.. atau d terbitkn??

nadiatul najwa said...

sorry
alolo janganlah marah kak lieza
pape hal pun novel ni terbaik
novel soulmate camna????

nadiatul najwa said...

sorry
alolo janganlah marah kak lieza
pape hal novel ni terbaek
novel soulmate pa cerita???
~peace~

nadiatul najwa said...

sorry
alolo janganlah marah kak lieza
pape hal novel ni terbaek
novel soulmate pa cerita???
~peace~

norihan mohd yusof said...

cian nyer kat nurul.....best sngt..