PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Tuesday, November 27, 2012

SouL MaTe 60



Matanya berat sekali untuk dibuka, apabila terjaga aleyssa dapat melihat dalam samar samar cahaya, dia mula merasa sakit sakit seluruh badan, apabila di belek belek lengan dan kakinya dia dapat melihat lebam lebam yang terhasil. Dia memerhati sekeliling tempat itu, gelap, hanya diterangi cahaya lampu dari luar, dia dapat mendengar suara lelaki berbual bual, terdapat lebih satu bayang bayang. Kejadian tadi tiba tiba muncul di benak fikirannya, baru saat itu tanggannya yang terikat meraba ke kepalanya yang seingat dia tadi mengalirkan cecair pekat setelah di hentak dengan pasu oleh wanita itu. dadanya mula berombak kencang, kejadian hari ini mirip sekali dengan mimpinya beberapa hari yang lalu, padanlah sejak hari itu dia memang selalu merasa tidak sedap hati. Namun dia syukur hanya dia yang melalui perkara ini dan bukanya.. akalnya mati disitu apabila dia dapat menangkap sekujur tubuh yang terbaring tidak kauh darinya, cahaya yang sedikit menenggelamkan tubuh itu dari terus dilihat. hatinya dirundung resah yang amat, jangan jangan apa yang berlaku dalam mimpinya tempoh hari itu, berlaku hari ini. Dalam kepayahan kaki tangan berikat aleyssa cuba untuk mengengsot sedikit demi sedikit untuk dekat dengan tubuh tersebut, semakin dekat semakin berdebar hatinya. Dalam masa yang dia berdoa ia bukanlah seperti yang dia fikirkan. Namun jauh dari sudut hatinya melihat kepada fizikal manusia itu dia yakin itu memang dia.

Kedua tangan menarik sedikit tubuh yang kaku di situ. 

‘’ awak!! ..’’ panggil aleyssa terkejut apabila dia dapat melihat wajah samar lee yang lebam teruk di muka, terdapat kesan darah di kepala dan bibirnya. Dia mula menangis teresak-esak sambil cuba membangunkan lelaki itu.

‘’ awak,,, bangun, ‘’. Tiada pergerakan.

‘’ lee.. bangun la.. ‘’ panggil aleyssa sayu, kedua tangannya cuba menggoncangkan tubuh lelaki itu, namun masih tiada tanda untuk dia sedar. Aleyssa menyentuh pipi serta bibir yang berdarah. Dia semakin sayu, kenapa mereka sanggup lakukan semua ini. Dia merasa sangat bersalah, kalau dia tahu perkara ini boleh jadi seburuk ini maka dia tidak akan keluar seorang diri. Bukan dia tidak tahu lee akan ikut kemana saja dia pergi, dia lupa akan perkara itu sewaktu mendapat sms daripada Tengku FariD yang mengatakan dia mahu membawanya berjumpa dan menyelesaikan perkara dengan orang yang selama ini menyusahkan hidupnya. Dan lain pula perkara yang berlaku, batang hidung pak ciknya tidak kelihatan, tetapi dia di serang pula oleh mama Amira. Apa semua ni, mengapa mama amira begitu kejam kepada dirinya. Apa rahsia disebalik semua ini. Aleyssa semakin bingung. Lebih bingung apabila melihat suaminya cedera begini kerana kebodohannya.

            ‘’ abang,, bangun, leyssa minta maaf. ‘’

            ‘’ leyssa salah tak percayakan abang. Maafkan leyssa .. kalau tak semua ni tak kan berlaku, kalau tak kerana kebodohan leyssa abang tak akan seteruk ni, maafkan leyssa  ‘’ ucap leyssa dengan sebak. Air matanya semakin laju mengalir. 

            ‘’ leyssa sayang abang, tolong lah sedar. ‘’ rayunya lagi sambil terus menggoncangkan tubuh kaku itu. semua luahan dari lubuk hatinya itu membuatkan dia merasa lega, semua yang terbeban yang di simpan kini terluah juga. Dia risau jika tidak di ungkap, dia takut dia tidak akan sempat untuk meluahkannya lagi.

            ‘’ abang pun sayang leyssa. ‘’ terdengar sayu suara lelaki itu menjawap. Tubuh yang tadi kaku kini mula bergerak gerak, tangannya di ampu untuk mengangkat badannya berdiri, aleyssa dengan pantas cuba membantu untuk lelaki itu bangun. Dia lega melihat lelaki itu telah pun sedar, dia takut kalau kalau itu merupakan saat terakhir dia bersama suaminya. Suami yang sangat dia cintai.

            ‘’ akhirnya leyssa luahkan juga perasaan leyssa, ‘’ ujar lee dalam kepayahan. Menahan kesakitan. Namun ucapan keramat dari wanita tersayang membuatkan dia sedikit bertenaga dan mengurangkan kesakitan yang di tanggung. Lee cuba menegakkan tubuhnya. Apabila stabil dia merungkai tali yang mengikat tangan dan kaki isterinya sambil dibantu aleyssa sendiri. Tangan isterinya di raih dan di cium lembut membuatkan aleyssa bertambah sayu dengan layanan lelaki itu. dia tahu kali ini tiada apa lagi yang akan menjadi penghalang untuk dia berterus terang tentang perasaan sebenar dirinya.

            ‘’ kalau lah abang tahu sebab abang kene pukul la leyssa baru panggil saya dengan panggilan abang, dah lama abang buat-buat kene pukul dan tak sedarkan diri. ‘’ seloroh lee apabila melihat aleyssa yang terggelam dengan kesedihannya sendiri. Mulia hati seorang suami yang masih menghiburkan hati isteri walaupun dirinya sendiri menanggung kesakitan.
            ‘’ishhh.. ‘’ rengek aleyssa manja, malu sebenarnya apabila diraih ke dalam pelukan. Sebentar, dia terlupa di mana dan apa yang berlaku kepada mereka. Tanpa mereka sedar panggilan abang sudah sebati dibibir aleyssa Dania. Wanita yang selama ini begitu payah untuk mengakui yang dia memang sayangkan lelaki itu sejak dari dulu lagi. Kalau lah selama ini dia membenarkan perasaannya yang dipendam selama ini terluah begitu sahaja, mungkin dia akan mengecapi kebahagiaan yang diidamkan selama ini. Belum pun puas mereka mengecapi keindahan bersama tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki, atau lebih tepat lagi bunyi lebih 2 atau 3 pasang tapak kaki. Semakin hampir dengan bilik mereka semakin erat pelukan aleyssa. Dapat dirasa tubuh isterinya yang gementar itu. lee hanya mampu memeluknya lebih erat. Dalam hatinya hanya berdoa semoga tidak akan berlaku perkara buruk lagi, dalam masa yang sama lee turut berfikir mengapa masih tiada tindakan dari Robert, sedangkan sebelum dia masuk ke sini, dia sudah pun mengarahkan lelaki itu untuk melaporkan semua perkara kepada nenek. Masakan berita mengenainya masih belum sampai ke telinga wanita itu. memikirkan perakara yang bakal dilalui berasama aleyssa membuatkan dia sedikit resah. Tanpa sedar dia menggelengkan kepalanya, tangannya menggengam erat tangan aleyssa. Aleyysa yang kurang mengerti tindakan suaminya itu sedikit hairan, namun ketakutan yang melebihi segalanya saat ini. Dia hanya mampu berdoa dan berdoa untuk keselamatan mereka berdua.

Pintu dikuak dengan kasar, cahaya yang menerjah masuk ke bilik yang gelap itu membuatkan aleyssa dan lee sedikit berpinar mata. Lee cuba memerhatikan siapakah yang berada di hadapan mereka saat itu, dari susuk bayangan tersebut dapat dipastikan dia seorang lelaki yang berbadan besar. Itu sahaja yang dapat dipastikan. Lama kelamaan lelaki itu mula menapak masuk ke arah mereka berdua.

‘’ kau siapa? ‘’ Tanya lee kasar sambil tanganya tidak lepas dari memeluk erat aleyssa.

‘’ apa yang kau nak dari isteri aku? ‘’ semakin kasar suaranya apabila soalan pertama tadi tidak berbalas, lelaki itu masih lagi mundar mandir dihadapan mereka. Tiba tiba dia berhenti seketika, kemudian berjalan ke arah pintu dan menutup pintu. Kini samar samar cahaya kembali menyelesakan mata. Kehadiran lelaki misteri itu sedikit menggangu fikiran lee, saat ini dia hanya berharap agar neneknya cepat mengambil tindakan, itupun jika Robert telah pun menyampaikan perkara yang terjadi kepada dirinya. Bosan apabila pertayaannya tidak berjawap lee mengambil sikap tidak mengendahkan kehadiran lelaki itu. 

            ‘’ leyssa ok? ‘’ tangannya meraba-raba wajah lesu tersebut, walaupun dalam samar cahaya dia masih dapat melihat segaris senyuman di wajah itu. hanya anggukan lesu menjawap pertayaannya. Tanganya yang masih melekap di dahi aleyssa sekali sekala di letakkan ke dahinya pula, 

            ‘’ leyssa demam ? ‘’

            ‘’ panas badan ni. ‘’ dia dah mula panic, kemudian dia sendiri perasaan tubuh itu menggeletar. Tidak mempedulikan mereka diperhatikan lelaki itu, lee dengan payah membuka jaket yang dipakainya dan disarung ke tubuh aleyssa.

‘’ adam Alexander . ‘’ tiba tiba namanya dipanggil lelaki itu dengan nada tidak berperasaan. Dia berpaling menghadap lelaki yangdari tadi memerhatikan sahaja perlakuannya terhadap aleyssa. Kini perasaan marahnya tidak dapat dibendung lagi, namun dia tidak ada kudrat untuk berlawan lagi. 

‘’ apa kau nak? ‘’

‘’ apa aku nak? Apa kau  dapat berkahwin dengan perempuan ni? ‘’ herdiknya tiba tiba. Dia kembali mundar mandir dihadapan mereka.

‘’ sekarang aku nak taya kau, dah berapa lama kau dengan Ting Ha? Apa yang membuatkan madam sayang sangat dengan kau? Sampaikan semua saham yang patut menjadi milik anaknnya sendiri diserahkan kepada kau? Yang bukan siapa siapa dalam keluarga itu? ‘’ kali ini keras suaranya. Dapat dilihat turun naik dada lelaki iku menuturkan perasaannya saat itu. kali ini dia berani melangkah betul betul dihadapan lee dan aleyssa. Sejurus melihat wajah lelaki itu lee terkejut besar, matanya membulat. Bukan kah dia…  ayatnya mati di situ apabila aleyssa di pangkuannya mendesah kesakitan. Lee mengusap ngusap perlahan pipi aleyssa. Sabar sayang, perkara ini akan selesai hari ini juga. Ujar lee dalam hati sambil merenung penuh kasih ke wajah pucat lesi itu. dahi aleyssa di kucup lembut.

‘’ aku tau dendam kau dengan keluarga Tengku Faris, tapi semua itu memang tak memberi apa apa faedah untuk kau? Apa yang kau dapat selama menyusahkan hidup aleyssa? Nothing!  Harta? Kuasa? Aku tak Nampak semua itu? disebabkan dendam dan hasad dengki yang menebal kau tetap meneruskan niat busuk tersebut. Disebabkan itu la madam sendiri tidak percayakan kau untuk meneruskan legasi Ting Ha. Kenapa? Sebab dia tahu kau akan gunakan kuasa dan harta yang ada untuk mencapai sesuatu yang mustahil untuk kau dapat! Sehinggakan anak dan isteri sendiri kau abaikan hanya kerana seorang wanita yang tidak pernah cintakan kau.’’

‘’ diam! ‘’ jerit lelaki itu marah. Dia merenung tajam ke arah lee. Dadanya berombak kencang. Dia malu apabila sejarah lamanya diungkit kembali oleh budak yang dianggap pengalang semua rancangannya, kerana lelaki muda inilah dia di halau dari rumah dan syarikatnya, semua yang sepatut menjadi miliknya mutlak diwariskan kepadanya, malahan di beri nama sama seperti anak lelakinya.

‘’ kenapa? Pelik? Aku tau semua perkara? ‘’ duga lee lagi, tanpa perasaan dia bercakap. Tangannya tetap menggengam erat jeri jemari aleyssa, sungguh dalam masa yang sama dia sangat risaukan keadaan aleyssa yang semakin lemah, tubuhya semakin membahang. Lelaki yang mundar mandir itu semakin dilihat tidak keruan. Dia semakin dekat dengan mereka berdua. Tiba-tiba lelaki itu mencengkam leher bajunya dan menariknya sedikit jauh dari aleyssa. Dia dipukul dan ditendang oleh lelaki itu. lee langsung tidak dapat mengelak serangan tersebut. Berkali kali dia di tendang hebat. Namun aneh, apabila melihat lelaki itu marah begitu membuatkan lee tersenyum sinis. Dia merasa sakit yang amat hebat dalam hatinya saat itu. entah mengapa dia masih mampu tersenyum sinis. Melihatkan lee yang masih lagi mampu tersenyum membuatkan lelaki itu semakin naik berang.

‘’ kau memang nak mampos. Kalau aku tahu kau akan menjadi penghalang untuk aku menghapuskan keturunan Faris dah lama aku hapuskan kau sejak awal aku tahu kewujudan kau! ‘’ jerit lelaki itu lag.

‘’ kenapa? kau takut aku rampas segala hak anak  kau? ‘’ soal lee lebih berani, hanya ini peluangnya untuk mencari kebenaran disebalik semua ini.

‘’ anak aku dah mati! Aku yang sepatutnya mewarisi semua itu ‘’ jeritnya geram. 

‘’ adakah harta dan kuasa menjadi keutamaan kau alexander tse? ‘’ soal lee sinis sekali,  Lelaki itu terkejut dengan panggilan nama sebenarnya.

‘’ mana kau.. ‘’ ayatnya mati disitu apabila dia mula mengampiri lee yang sedang berusaha untuk dekat dengan aleyssa, hanya selangkah saja lagi mukanya di cengkam kuat lelaki itu. kini matanya bertemu mata lelaki separuh abad itu. lama mereka bertentang mata. Entah mengapa ada sesuatu yang disedari oleh lelaki yang dipanggil Alexander tse itu.
‘’ aku tak tahu apa yang orang tua itu ceritakan kepada kau? Tapi apa yang pasti kalau kau nak perempuan ini selamat, tukarkan semua wasiat orang tua itu termasuk wasiat untuk perempuan itu. semua harta yang ada, aku nak semuanya menjadi milik aku yang mutlak!. ‘’ kemudian lelaki pantas mendapatkan aleyssa, tudungnya di rentap kasar, aleyssa tersentak dari lenanya, rambutnya ditarik kasar, tiada daya lagi aleyssa untuk bersuara. Lee yang melihat isterinya diperlakukan sebegitu menjadi semakin tidak keruan, dia berusaha keras untuk mendapatkan aleyssa. ‘’ jangan! ‘’

‘’ kalau kau nak dia keluar hidup hidup dari sini lebih baik kau ikut saja arahan aku! ‘’ ujar lelaki itu sambil menghempas tubuh aleyssa ke lantai, nasib sempat di sambut lee. Aleyssa jatuh terkulai di badannya. Air mata lee mengalir laju melihat isteri tersayang diperlaku sebegini rupa. 

‘’ aku tak akan maafkan kau sampai bila bila.’’ Ujar lee mendatar, dia menarik nafas dalam. Apa yang berlegar di fikiran sekarang adalah keselamatan orang yang dipangkuannya kini. Dia tidak mahu lagi berkaitan dengan keluarga ini. Biarlah semuanya selesai dengan cara yang mereka mahukan. Sesungguhnya dia bukan berminat dengan kuasa dan harta yang ada, apa yang dia mahu hanyalah hidup bahagia dengan wanita kesayangannya. Aleyssa dania. Nama yang meniti di bibirnya sejak zaman persekolahan lagi.

‘’ nannai..’’ lee memulakan bicara apabila talian disambut. Suara neneknya sedikit tegang.

‘’ dengar apa yang saya nak cakap,’’ sambung lee lagi apabila neneknya mula menangis 

‘’ saya merayu untuk pertama dan terakhir kalinya, pindahkan semua saham dan harta yang ada kepada Alexander tse, dan katanya ada juga bahagian untuk aleyssa, pindahkan semuanya. Jangan tinggal satu sen pun. Berikan semua kepada dia. Saya tak nak ada kaitan lagi dengan Ting Ha, kalau nannai nak tengok saya teruskan hidup di dunia ini saya mohon ikut saja.

‘’ tapi.. ‘’ kedengaran suara bantahan di sebelah sana. ‘’ tolong la nannai ‘’ sayu le bersuara  lebih pantas memintas. Dia tidak sanggup lagi menanggung perasaan sedih begini, sudahlah dia tidak dianggap sesiapa dalam dunia ini. Kehadirannya ibarat alat untuk mempertahankan harta yang menjadi rebutan perlbagai pihak, bukan ini yang dimahukan dalam kehidupanya bergelar seorang manusia.

‘’ satu yang saya minta, perkara malam tu, jangan sampai ada sesiapa yang tahu, biarkan perkara itu terkubur. ‘’ ujar lee mendatar, talian diputuskan, telefon itu diletak lemah dia atas lantai. Semua yang diperkatakan tadi jelas di dengan oleh lelaki itu. dia terseyum puas hati.

‘’ aku tahu madam tak akan libatkan pihak polis dalam perkara ini, bila semua harta dan kuasa berada di tangan aku apa yang aku nak selama ini akan tercapai. ‘’ ujarnya penuh rasa bangga. Dia ketawa besarm

Lee hanya berdiam diri, dia kembali memeluk erat aleyssa. Sabar sayang, kejap lagi kita keluar dari sini. Kata kata lelaki itu hanya di dengar di hujung telinga saja, semua yang belaku hari ini cukup menggambarkan segalanya yang tersirat selama ini. Sungguh dia tidak sangka lelaki itu hanya mementingkan harta dan kuasa semata. Tidak mengapa, aku ada aleyssa. Ya allah kau selamatkan isteriku. Kau permudahkan segalanya buat kami ya allah. Doanya dalam hati. 

‘’ satu yang aku minta, selepas ini apa pun yang berlaku, jauhkan diri dan keluarga kau daripada kami. Kau tak kan dapat agak apa yang aku mampu buat jika kau berani menyakitkan perempuan ini lagi.’’ Satu amaran keras yang keluar dari mulut lee sendiri.

‘’ huh.. ‘’ balas lelaki itu sinis, sambil tergelak besar mengenangkan rancangannya yang telah Berjaya.

Pintu ditutup rapat. Dia dapat mendengar arahan diberikan kepada dua orang lelaki supaya membebaskan mereka selepas 2 jam.  Lee merasa lega. Aleyssa dipeluknya lagi. ‘’ maafkan abang sayang ‘’








Thursday, November 15, 2012

Soul Mate 59




‘’ semuanya telah di rancang dengan baik. Sejak kejadian 20 tahun lalu, mereka sudah pun menjalankan rancangan mereka untuk  memusnahkan hidupnya. Malahan setelah kehilangan kamu pun mereka tetap meneruskan semua ini, nenek tak mampu menghalang semua ini. Nenek hanya mampu untuk mengawal keadaan supaya tidak ada lagi berlaku kematian. Walaupun mereka tidak pernah untuk tunduk pada kuasa yang ada pada kita. Mereka tekad, permusuhan antara keluarga ini sangat kuat. Semuanya kerana perempuan itu. jika bukan kerana dia semua ini tidak akan berlaku. Nenek tidak akan kehilangan anak serta menantu kesayangan nenek. Dan yang lebih parah lagi nenek kehilangan kamu, walaupun kamu berada dekat dengan nenek. Dan.. semua ini kerana perempuan itu juga. Mengapa keluarga kita ditakdirkan dekat dengan perempuan itu. nenek tidak sanggup lagi kehilangan ahli keluarga nenek. Nenek dah tak mampu untuk bertahan lagi. semua yang nenek ada, semua ini bukan untuk orang lain. Tapi semua ini tidak cukup untuk memuaskan hati mereka. Hanya kerana seorang perempuan. ‘’

‘’ dia tahu siapa saya? ‘’

‘’ dia tidak pernah percayakan nenek lagi.’’

‘’ jadi dia memang tak pernah cuba untuk mencari saya? ‘’

Hanya gelengan berat menjadi jawapan kepada soalan itu. lee bangun dengan lemah. Sekeping gambar yang dipegang sejak tadi di tinggalkan begitu saja. Dia pergi dengan berat hati. Hati yang sayu, hati yang benar benar di remuk hebat oleh kerana satu fakta yang benar benar menbuatkan hatinya sayu setelah sekian lama. Namun apa yang lebih membuatkan hatinya sayu apabila mendapat tahu semua perkara yang berlaku berkait rapat dengan dirinya sendiri. Dan semua yang berlaku ibarat sejarah yang berulang kembali. Namun kali ini dia tekad untuk menyelesaikan semua perkara yang berlaku. Tekadnya apa yang berlaku selepas ini dia mesti tetap memastikan orang yang paling dicintai selamat dari segala bahaya dan mendapat kehidupan bahagia yang diimpikan selama ini. Semua salah faham serta dendam yang ada perlu diselesaikan dengan serta merta. Sudah 20 tahun perkara ini berlarutan. Kalau lah neneknya tampil untuk menyelesaikan perkara ini dari dulu lagi, tentu semua kemalangan yang membabitkan nyawa tidak akan berlaku. Dan mungkin juga mereka dapat hidup bahagia. Alangkah bahagianya jika perkara itu sebegitu mudah dan berjalan seperti yang dirancangkan.

**************************************************************

Seperti yang dijanjikan aleyssa bersiap sedia itu untuk bertemu dengan Tengku Farid. Dia keluar dari bilik dengan perlahan dengan hajat tidak mahu diketahui oleh lelaki itu. entah mengapa hari ini dia merasa tidak sedap hati, mesej yang diterima dari tengku Farid sebentar tadi membuatkan dia sedikit hairan. Namun dia tetap meneruskan tekad untuk bertemu dengan Tengku Farid bagi merungkai semua perkara, tanpa diketahui sesiapa. Malang sekali ulahnya tidak berlaku seperti yang diharapkan. Lelaki itu sudah terpacak di belakangnya.

            ‘’ nak kemana ni? ‘’

            ‘’ er.. er… ‘’ kaku dia di situ. Mencari idea untuk menipu.

            ‘’ leyssa keluar sekejap boleh? Nak beli barang skit. ‘’ ujarnya dalam keterpaksaan. Matanya dilarikan dari memandang wajah lelaki itu. takut permbohongannya terbongkar.

            ‘’ saya temankan. ‘’


            ‘’ eh.. tak pe, leyssa nak beli barang perempuan. ‘’ helanya lagi mengharapkan lee membatalkan niatnya.

            Apabila berfikir sejenak dia membiarkan saja aleyssa pergi. Namun di sebaliknya dia sudah mempunyai rancangan tersendiri. Dia tahu kemana destinasi aleyssa.tanpa berlengah lagi dia cepat mengekori tanpa disedari oleh aleyssa. bukan dia tidak percayakan isterinya tapi dia merasa tidak sedap hati dengan tingkah laku wanita itu. dia merasakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku jika dia tidak melindunginya maka siapa lagi yang boleh diharapkan. Dia tidak mahu lagi terjadi sesuatu yang tidak baik. Semua itu sepatutnya dilalui olehnya sendiri. Kerana semua yang berlaku adalah disebabkan oleh dirinya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia mahu berdepan dengan aleyssa ketika semua perkara terbongkar suatu hari nanti. Apa yang penting sekarang dia hanya mahu melindungi aleyssa dengan sedaya yang dia mampu, walau jika terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri maka dia tetap akan melakukannya. Hanya itu yang dia dapat samakan dengan apa yang telah berlaku kepada aleyssa selama ini. Sedar dirinya semakin jauh mengelamun lee cemas apabila teksi yang dinaiki aleyssa semakin jauh meninggalkan kawasan kediamannya. Pantas saja lee berlari mendapatkan Robert yang sudah lama menunggunya.

            ‘’ kita ikut dia dulu. Kemudian baru kita fikirkan tindakan selanjutnya. ‘’ arah lee apabila kereta laju memecut membelah jalan raya.

*********************************************************** 
Aleyssa cemas berada dalam kereta. Mesej yang diterima Tengku Farid tadi masih lagi di baca dengan teliti. Di hafalnya nama tempat yang bakal dia bertemu untuk mengetahui cerita dan siapa orang misteri yang berdendam denganya. Hanya dengan cara ini saja dia fikir dia akan menyelesaikan semua perkara buruk yang berlaku di sekelilingnya. Dia mengeluh lemah apabila memikirkan yang dia telah menipu suaminya sendiri. Sungguh dia tidak mampu untuk membahayakan lagi nyawa orang disekelilingnya, tekadnya jika orang itu mahukan nyawanya, biarlah dia sendiri sahaja yang menjadi galang ganti. Kalau dengan nyawanya dia dapat menghapuskan semua dendam itu maka dia sanggup lakukannya.
            ‘’ aku mesti kuat. ‘’ ucap aleyssa pada dirinya sendiri. Dia menguatkan hati supaya lebih berani untuk menghadapi semua perkara yang bakal akan berlaku nanti. Semakin dekat dengan tempat yang ditujui semakin berdebar hatinya. Dari jauh lagi dia dapat melihat sebuah villa yang indah yang terletak di pinggir Bandar. Laluan yang agak sunyi dan pedalaman membuatkan susasana agak nyaman kerana masih kaya dengan tumbuh tumbuhan. Keadaan tersebut tidak sedikit pun meredakan perasaan aleyssa yang bercampur baur itu. entah mengapa, dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Namun dia telah pun membulatkan hatinya untuk melalui apa saja yang berlaku hari ni. Tanpa dia sedari lee yang mengekorinya dari belakang semakin resah. Duduknya tidak senang. kereta dihdapannya diperhatikan supaya tidak lepas dari pandangannya. Semua yang bermain difikrannya selama ini terjadi. Dia tidak sangka aleyssa begitu nekad sehingga sanggup membahayakan nyawanya sendiri. Entah apa yang bakal berlaku nanti. Dia hanya mampu berdoa demi keselamatan isteri tersayang.
            ‘’ kamu tunggu di sini. dalam masa setengah jam jika saya tak keluar kamu laporkan semuanya kepada nannai. ‘’
            ‘’ ingat, jangan sesekali libatkan pihak berkuasa. Laporkan terus kepada nannai. ‘’ arah lee lagi setelah dia beberapa kali memerhatikan keaaan sekeliling. Teksi yang menghantar aleyssa tadi sudah pun berlalu. Dia melihat aleyssa masuk ke villa tersebut. Otaknya rancak berfikir cara untuk dia masuk juga ke situ tanpa dikesan oleh pengawal pengawal yang ada di luar. Dia tahu siapa yang aleyssa ingin berjumpa. Dan inilah yang paling membuatkannya risau. Risau akan semua perkara yang bakal terbongkar nanti. Tanpa berlengah lagi lee berjalan perlahan sambil memerhatikan keadaan sekelining. Kereta mereka berhenti di kawasan yang agak jauh dari villa tersebut.

**********************************************************
            Aleyssa memberanikan diri untuk masuk ke villa lama tersebut.otaknya ligat berfikir mengapa Tengku Farid ingin bertemunya sendiri di sini. sempat lagi dia memerhatikan hiasan dalaman rumah yang berteraskan ciri ciri barat. Sedang dia asyik melihat sekeliling. Tiba tiba satu suara menegurnya.
            ‘’ apa yang kau nak ke sini! ‘’ sergah satu suara kuat.
            ‘’ mama. ‘’ jawab aleyssa, terkejut juga melihat mama amira yang turun dari tangga sambil menjeling tajam kearahnya.
            ‘’ apa kau nak lagi? setelah semua yang kau buat pada keluarga aku? ‘’ bentak wanita itu lebih kuat lagi. benci benar dia melihat aleyssa saat itu. mahunya di tampar-tampar perempuan itu.
            ‘’ mama.. leyssa.’’
            ‘’ siapa mama kau? Aku tak pernah ada anak macam kau! ‘’ bentaknya kasar. Tersentap hati aleyssa. air matanya laju mengalir.
            ‘’ kau tahu? Kalau tidak kerana emak bapak kau? Keluarga aku tak akan hidup susah macam pelarian. Anak aku tak kan terima nasib seperti sekarang! Ini semua kerana kau! Kerana keluarga kau! Aku benci keluarga kau! ‘’
            ‘’ mama.. ‘’ hanya itu yang mampu diucapkan oleh aleyssa.
            Tiba tiba wanita dilihat semakin menggila dia berlari ke arah aleyssa dan mula memukul dan mencakar mukanya, habis tudung yang dipakai aleyssa di tarik. Aleyssa tidak mampu mempertahankan dirinya dengan tenaga yang merasuk mama amira. Dia hanya mampu menangis menangung kesakitan akibat dipukul. Mendengar esak tangis dari mangsnya , wanita itu menjadi semakin menggila, dia mencapai pasu bunga yang berdekatan dan terus menghayun ke Arah mangsa. Beberapa saat kemudian aleyssa dapat merasa cecair hangat yang mengalir ke pipinya, dan kemudian semuanya menjadi gelap gelita.

Friday, November 2, 2012

SOuL MaTE 58





Aleyssa membuka matanya, kepalanya terasa berat sekali, apabila di lihat kawasan sekeliling yang gelap membuatkan dia sedikit hairan. Mengapa pula keadaan biliknya seperti itu, semakin di perhati semakin hairan dibuatnya, keadaan bilik itu, kosong. Dan saat itu baru dia sedar yang dia tidur beralaskan lantai.  Dia mula cuak, diperhati lagi sekeliling bilik itu, dapat dia lihat satu lembaga yang tidur di hujung sana. Dia semakin hairan, di mana dia sekarang. Mengapa dia di situ, dan siapa yang sedang terbaring di hujung sana.
Tanpa berfikir panjang aleyssa bangun dan dia amat terkejut dengan keaadaan dirinya yang lebam dan calar balar di badannya. Namun dia langsung tidak merasa kesakitan yang sepatutnya dirasai saat itu. Kakinya laju melangkah untuk kea rah lembaga yang terbaring sepi. Semakin laju melangkah seolah semakin jauh tempat yang ingin di tujui. Aleyssa semakin tekad. Entah mengapa hatinya saat itu semakin gelisah, dia seakan dapat meneka siapa yang terbaring di situ. Maka dengan kudrat yang ada dia dengan sedaya upaya melangkah ke situ, dan apabila sampai nalurinya benar, lee terbaring kaku di situ. Aleyssa cemas. Di panggil nama lelaki itu berulang kali, digoncang kuat tubuh lelaki itu sekuat hati, namun tiada tindak balas langsung dari tubuh kaku itu. Air matanya mula mengalir laju. Semakin laju air mata mengalir semakin kuat nama lelaki itu dipanggil, namun sekuat mana sekalipun aleyssa menjerit memanggil nama lelaki, masih tiada apa apa balasan darinya membuatkan aleyssa hilang punca, dia memeluk erat tubuh kaku itu sambil teresak-esak menangis di situ.

Apabila matanya di buka sekali lagi dia melihat dia sudah pun berada di biliknya. Berada di atas katil biliknya yang sebenar, apabil di perhatikan sekeliling biliknya kemas rapi. Tiada suasana suram dan gelap seperti tadi. Yang penting tiada tubuh kaku lelaki yang dipeluk eratnya sebentar tadi. Aleyssa lega. Rupanya dia sedang bermimpi. Dia mengeluh lemah, diperhatikan sekali lagi tubuh badannya. Tiada luka atau lebam. Mimpi apakah ini seperti benar benar terjadi. Gumamnya dalam hati. Namun apabila dia dapat merasa sesuatu yang mengalir di pipinya jarinya pantas menyeka air mata yang masih membasahi pipi. Aneh sungguh walaupun dia Cuma bermimpi tapi perasaannya seakan ia benar benar berlaku. Aleyssa beristighfar berkali berkali, dia meraup wajahnya sekali sambil mengeluh lemah.
Selesai membersihkan diri dia keluar dari bilik. Keadaan apartmentnya sunyi. Diperhati setiap pelosok rumahnya. Teringat pula dia dengan mimpi yang dialami nya malam tadi membuatkan dia merasa sebak. Walaupun mimpi dia tak mampu untuk membendung perasaan takut dan sedihnya. Kalau lah mimpi itu menjadi kenyataan dia tidak tahu bagaimana untuk dia menghadapinya. Kejadian malam tadi masih lagi menhantui fikiranya. Tekadnya untuk berjumpa dengan Tengku Farid hari ini makin membuak buak. Dia mahu selesaikan semua ini dengan cepat. Dia tidak mahu lagi perkara lama menghantui hidupnya. Entah mengapa dia dijadikan sasaran. Dan kalau lah disebabkan harta yang diwarisinya itu menjadi punca, maka dia akan melakukan sesuatu untuk menyelesaikannya. Bukan harta kekayaan menjadi tujuan hidupnya. Jika hidup dalam kekayaan namun selalu diselubungi ketakutan manakan hadir bahagia dalam hidupnya. Apatah lagi keselamatan orang tersayang selalu menjadi taruhan.
Sedang dia asyik melayan perasaan sendiri,tiba tiba pintu utama terbuka, lee masuk membawa bungkusan makanan di tangannya. Dia kaku disitu, melihat aleyssa yang bersandar di tepi pintu kaca sambil memandang ke arahnya. Aleyssa hanya senyum memandang suaminya yang kaku di situ. Matanya tidak lepas memandang aleyssa. hairan dengan tindakan lelaki itu yang masih kaku dan memandang tepat ke arahnya.
                ‘’ kenapa tengok leyssa macam tu? “ soalnya hairan. Sukar nak mentafsirkan, terkejut? Hairan? Atau pelik sangat ke dia hari ni? Gumamnya sendiri.
                ‘’ leyssa tak pakai tudung hari ni? ‘’ spontan jarinya menunjuk ke arah kepala isterinya yang mempamerkan mahkota cantik bersinar. Ternganga lelaki itu melihat kecantikan si isteri buat pertama kalinya.
Mendengarkan kata kata lee aleyssa mula tersedar dia menutup kepalanya dengan kedua tangannya. Dia mula gelabah tidak tahu nak cakap apa.rambutnya yang panjang itu di gumpal gumpal. Malu dengan pandangan lelaki itu. Spontan dia ingin lari masuk ke biliknya. Dan tanpa di duga akibat terlalu gelabah dia tersadung kaki sofa yang membuatkan dia hampir terjatuh, namun lee sempat menghalang tubuh aleyssa dari terhantuk ke dinding. Kini kepala menghentam dada lee. Palstik makanan sudah terbang entah kemana. Nasib baik kepalanya bukan melanggar dinding. Bau haruman rambut aleyssa membuatkan lee hilang focus. Dia mencium ubun ubun isterinya. Aleyssa semakin tidak senang duduk tangannya masih terkial kial menutup setiap helaian rambutnya.
                ‘’ kenapa leyssa nak malu? Bukan kah semua ni halal untuk saya? ‘’ bisik lee perlahan sambil mengalihkan tangan aleyssa dari menutup kepalanya. Rambut panjang itu di urai urai perlahan. Aleyssa sudah kaku di situ. Tidak dapat berbuat apa-apa. Dia sendiri tidak faham mengapa dia malu dengan keadaan itu walhal dia memang halal untuk lelaki itu. Bahkan dia juga merasa bersalah hingga kini masih tidur berasingan dengan suaminya. Bukan dia tidak mahu sebilik, tapi sejak mula dia pindah kesini lelaki itu yang membawa begnya pindah ke bilik belakang.
                ‘’ cantik sangat. ‘’ ujar lee perlahan setelah selesai merapikan rambut isterinya. Dia tersenyum puas sambil terus menatap wajah aleyssa. aleyssa yang semakin kekok dengan keadaan itu kemudiannya menyelak perlahan rambut kebelakang untuk diikat tocang. Dia sedikit rimas dengan rambut yang dilepas begitu. Tangannya di halang
                ‘’ biarkan. Cantik. ‘’ pinta lee sambil tersenyum lagi.
                ‘’ er.. jom makan tadi awak belikan sarapan kan? ‘’ ujar aleyssa ingin lari dari keadaan yang mendebarkan hatinya.
                ‘’ tu?? ‘’ tunjuk lee kepada bungkusan makanan yang jatuh di bawah.
                ‘’ erm.. tak pe, nanti leyssa letak dalam pinggan. ‘’ ujarnya tersekat sekat.
Lee masih lagi tersenyum senyum menatap wajah kesayangannya. Aleyssa semakin tidak senang duduk dibuatnya.
                ‘’ jom makan. ‘’ ujar aleyssa pendek, masih lagi kaku di situ.
                ‘’ jom la. ‘’ ajak lee pula. Tapi dua dua mereka tetap tidak berganjak dari keadaan tadi.
                ‘’ er.. macam mana saya nak gerak kalau.. ‘’ ujarnya sambil melihat tangan yang melingkari tubuhnya rapat dengan tubuh lee. Tersedar dengan keaadaan itu lee tidak serta merta melepaskan tubuh isterinya itu. Dia tersenyum nakal. Dia tiba tiba mendapat idea nakal.
                ‘’ apa kata leyssa bagi saya pembuka selera dulu. ‘’ ujarnya membawa maksud tersirat. Keningnya di gerak gerakkan sambil mempamerkan senyuman nakal.
                ‘’ hurm?? ‘’ Tanya aleyssa tidak faham.
                ‘’ ermm.. ‘’ lee membuat lagak seakan orang sedang berfikir. Kemudian dia memandang aleyssa yang sedang blurr itu.
                ‘’ ape? ‘’ Tanya leyssa semakin tidak faham dengan kelakuan lelaki itu.
                ‘’ kiss..’’ bisik lee perlahan sambil menunjuk jari ke pipi kananya.
                ‘’ tak nak! ‘’ spontan aleyssa menjawap apabila dia faham apa yang dimahukan lelaki itu kini. Pipinya mula membahang.
                ‘’ kalau x nak.. ‘’ ujar lee kedengaran seakan mengugut. Pelukan semakin erat. Lee semakin galak mengusik isterinya. Dia dapat melihat tingkah aleyssa yang semakin kelam kabut. Terkial kial ingin lepas dari pelukannya.
                ‘’ cepat la. Sekali je, dah lapar sangat ni. ‘’ gesa lee lagi. sengaja dia menggesa aleyssa begitu. Terhibur sungguh hatinya melihat gelagat wanita yang sorang ini. Aleyssa masih lagi berkira kira di situ.
                ‘’ cepat.. kalau leyssa tak nak, biar saya yang mula, tapi kalau saya buat, saya nak kat sini. ‘’ ugutnya lagi sambil meletak jari telunjuk ke bibirnya. Aleyssa membulatkan matanya. Dengan pantas dia mencium pipi kanan lelaki itu. Dia tertunduk malu dengan perlakuannya sendiri. Lee tergelak gembira melihat tingkah laku aleyssa begitu. Keseronokannya tidak dapat dibendung lagi. dia semakin seronok menyakat isterinya begitu. Sudah lama dia impikan keseronokan begitu bersama wanita kesayangannya.
                ‘’ sebelah sini pulak? ‘’ suruhnya sambil menyuakan pipi kirinya pula. Aleyssa terkejut sungguh dengan permintaan lebih lelaki itu. dia mula mengetapkan bibirnya. ‘’ tadi cakap sebelah situ je..’’Ada nada tidak puas hati di situ.
                ‘’ cepat la, sebelah sini. lepas tu kita makan. ‘’ rengek lee lagi. sambil dia mengeratkan lagi pelukannya. Ulahnya berhasil apabila pipinya di cium lagi. seronok tak terkata dirinya saat itu. pelukan di lerai perlahan. Senyumnya sampai ke telinga. Apabila aleyssa cuba meleraikan pelukan itu lee dengan pantas merangkul kembali aleyssa ke dalam pelukannya, dan.. satu kucupan singgah ke bibir aleyssa yang membuatkan dia tersentak sehingga  dia menolak kuat tubuh lelaki itu. dia sungguh terkejut dengan tindakan berani lee. Namun dia tidak dapat mengelak. Kejadian itu berlaku terlalu pantas.malunya hanya tuhan saja yang tahu.Lerai dari pelukan aleyssa dengan tergesa gesa mendapatkan bungkusan makanan yang terburai ke lantai. Nasib baik isinya masih lagi dalam keadaan yang elok. Dia bergerak pantas ke dapur membawa makanan tersebut. Jantungnya macam nak terkeluar dengan kelakuan suaminya hari ini. Lee hanya tergelak senang sambil terus memerhati gelagat aleyssa yang masih gelabah yang tak hilang hilang. Namun hari ini dia cukup seronok, terlalu gembira dengan perkembangan hubungannya dengan aleyssa. walupun sebelum dia masuk ke rumah tadi ada perkara yang benar benar membuatkan hatinya gusar dan tidak senang.