PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, October 8, 2012

Soul Mate 57



Aleyssa bangun pagi hari itu, selesai solat subuh dia keluar ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. hari ini dia merancang untuk keluar berjumpa seseorang. Kelihatan lampu di bilik lee terang benderang, dah bangun ke dia ni? Gumamnya dalam hati. Namun tiada niat untuk dia menyiasat perkara itu, langkahnya di lajukan lagi menruni anak tangga untuk melunaskan tanggungjawabnya. Semua kerja kerja di dapur di bereskan dengan sempurna. Dia tidak perlu bekerja keras kerana dapur tersebut memang sedia bersih, semua barangan dan kelengkapan dapur seperti jarang di gunakan. Terletak elok di dalam cabinet pasang siap yang cantik mata memandang. Sedang asyik dia mengemas meja makan yang terhidang beehun goreng bersama milo panas, kedengaran tapak kaki laju menuruni tangga.
Seiring bunyi aleyssa hanya menanti tubuh tersebut berada di depan mata. lee turun dengan memakai kemeja, sehelai kot tergantung di lenganya. Cukup segak sekali walaupun hanya berkemeja putih. Dia tersenyum manis.
            ‘’ sedapnya bau? ‘’ ujar lelaki itu sambil tersenyum, kotnya diletak perlahan di atas kerusi, tangannya yang masih beranduh di angkat sedikit bagi mengelak terkena kerusi apabila dia hendak duduk. Tanpa di pelawa dia menyuap makanan tersebut ke dalam mulutnya walaupun sedikit terkial kial.
            ‘’ sedap. Awak masak? Awal nya bangun? ‘’ soalnya lagi tanpa memandang wajah aleyssa. dia terus menyuakan makanan ke mulutnya.
            ‘’ dah biasa bangun pagi, ‘’ jawab aleyssa sambil duduk memerhatikan suaminya makan. Sedikit gelojoh, namun dia lucu melihat telatah lelaki itu. Tiba tiba lee tersedak, dan spontan aleyssa menghulurkan segelan minuman yang tersedia. Lega daripada tersedak tadi lee mula mengurut dadanya.
            ‘’ awak tengok saya makan? Tak nak makan ke? X seronok la makan sorang. ‘’ ujar lee. Tangannya masih tak lepas menyuap makanan.
            ‘’ tak seronok, tapi mee t u dah nak habis sepinggan. ‘’
            ‘’ erkk.. ‘’ lee berhenti, dia diam. Mata bertemu mata. tiba tiba pecah tawa mereka berdua.
            ‘’ sedap sangat.. sampai lupa nak ajak. Nah! ‘’ ujar lee sambil spontan menyuakan sudu mee ke mulut aleyssa. walaupun sedikit terkejut tapi aleyssa tetap beriak selamber. Dia menguyah perlahan sambil tersenyum. Adegan romantic mereka setakat itu sahaja apabila terdengar bunyi hon yang memanggil dari luar rumah mereka. Aleyssa merasa hairan, siapa yang datang pagi pagi lagi kerumahnya ini. Melihat lee yang kelam kabut bangun mencapai kotnya. Dan tiba tiba dia terkaku sebentar melihat kepada tali leher yang terselit di bajunya. Alamak.. yang lain dah habis.. macam mana ni? Gumamnya dalam hati. Otaknya ligat berfikir, tak sempat nak minta tolong dia semalam. Ujarnya lagi. kali ini dia mendesis resah. Aleyssa yang dari tadi memerhatikanya mula tersenyum.
            ‘’ kenapa? ‘’ soalnya sambil mengerutkan dahi.
            ‘’ ermm.. ‘’ ujar lee tersekat sekat. Teragak agak untuk menceritakan masalah sebenar.
            ‘’ saya ada urgent meeting dengan Ting Ha mungkin balik lewat sedikit. ‘’ lain yang hendak di cerita lain pula yang dikhabarkannya. Mulut aleyssa membentuk huruf O sambil kepalanya terhangguk hangguk macam burung belatuk sambil memerhatikan lelaki itu yang tergopoh gapah memakai stokin.
            ‘’ ermm.. saya pergi dulu ya? Ujarnya masih ada sesuatu yang ingin di ceritakan. Tapi disimpan sahaja di dalam hatinya. Dia tersenyum kelat sambil mencapai beg bimbitnya dan ingin berlalu dari situ.
            ‘’ ermm.. nanti. ‘’ panggil aleyssa tiba tiba. Dia bangun dan mengadap lelaki itu. Tali leher yang terselit di baju di tarik perlahan. Tubuh mereka berdua dekat sekali. Lee tergamam. Membisu tidak berani berkata kata. Dengan berhati hati aleyssa memakaikan tali leher tersebut dengan rapi. Dia terpaksa berjinjit sedikit dengan ketinggian suaminya itu. Membuatkan beberapa kali dia hampir mencium dada lelaki itu. Dalam tidak sedar lee terseyum riang. Cuma dia hanya bersabar sahaja melihat tingkah laku isteri tersayang yang tekun memakaikan tali leher untuknya. Jika di ikutkan hati mahu saja dia mejerit kegembiraan dengan perhatian yang diberi wanita di depannya sekarang. Selesai dipakaikan tali leher tersebut lee berdehem lembut. dia seakan serba salah. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Aleyssa yang perasan akan kegelabahan lelaki itu hampir tergelak, namun di simpan sahaja. Dia mengabil kot dan menyarung kemas ke badan lee. Dengan sopan tangan lelaki itu dia ambil dan di cium. Lee tergamam sekali lagi. hon yang berbunyi lagi membuatkan dia kembali kalut. Dengan spontan dia mencium pipi isterinya membuatkan aleyssa pula yang tergamam sambil matanya membulat besar, belum pun sempat dia berkata kata. Lee berlari pantas.
            ‘’ saya dah lambat, malam nanti kite makan malam bersama ye sayang? ‘’ sempat lagi dia melaungkan pesanannya yang membuatkan aleyssa merasa debaran di dada. Dia tersenyum seribu makna, tanpa dia sedari tangannya menyentuh pipi yang di kucup suaminya. Dia termalu sendiri.

***********************************************************************
Sedang dia asyik melihat lihat pakaian di butik muslimah yang selalu dia kunjungi, tiba tiba dia melihat kelibat seseorang yang sangat dia kenali dan rindui. Entah mengapa hatinya dilanda sendu. Melihat gerangan sahabat yang sangat di rindui, amira sedang berjalan masuk ke dalam butik yang sama, bersama seorang wanita yang pernah di panggil mama olehnya. Rindu sungguh kepada ke dua wanita tersebut. Tanpa di sangka kakinya melangkah laju menuju kea rah mereka berdua.
            ‘’ mama.. mama sihat? ‘’ laju saja aleysa mengambil tangan wanita itu untuk di salam dan diium lembut tangan wanita itu. Terkejut melihat aleyssa wanita itu mula berubah riak, dia mencerlung kea rah aleyssa yang sudah kelihatan sebak di situ apabila tangannya direntap kasar. Melihat amira yang hanya tunduk memandang lantai. Tidak mahu langsung memandang wajahnya. Jiwa aleyssa sedikit sentap. Namun dia menggagahkan dirinya untuk tabah menghadapi semuanya. Dia harus tau apa sebenarnya yang berlaku. Mengapa mereka tiba tiba sahaja begitu membenci dirinya.
            ‘’ mira.. apa salah aku sampai kau dan mama benci sampai macam ni sekali? Tolonglah.. kalau aku salah aku minta maaf, tapi jangan buat aku macam ni mira? Ma? ‘’ silih berganti pandanganya meluahkan perasaan yang kian berat di tanggungnya selama ini. Sesunguhnya keluarga amira terlalu banyak membantu dan memberikan kasih sayang kepadanya yang yatim piatu. Air matanya laju mengalir di pipi. Beberapa pengunjung yang ada di situ mula melirik lirik ke arah mereka. Aleyssa sudah tidak kisah akan pandangan orang di sekelilingnya saat itu. Soalannya hanya di biar sepi oleh mereka berdua. Amira kelihatan sedikit teragak agak. Matanya merenung jauh ke anak mata yang berkaca itu. Aleyssa dapat melihat amira yang seolah ingin memeluknya. Sama seperti dulu apabila dia kesedihan, gadis itu lah yang meminjam bahunya. Yang memeluknya, yang menguatkan semangatnya. Namun tiba tiba mama irah pantas menarik lengan anaknya.
            ‘’ sudah mira. Kita pergi tempat lain, mama tak senang tengok perempuan pemusnah ni. ‘’ sergah mama irah garang. Mereka berlalu meninggalkan aleyssa yang terkulat kulat menjadi perhatian pelanggan di butik itu. Aleyssa keluar dengan perasaan luluh di hatinya. Apabila telefonya bordering dengan perlahan dia menyambut panggilan tersebut.
            ‘’ yer? ‘’ jawabnya lemah.
            ‘’ baik lah, ‘’ balasnya lagi.
            ‘’ tak da pape.. ‘’ jawabnya lagi kali ini memicit micit hidungnya yang berair, mungkin dapat dikesan suaranya seakan baru lepas menangis.
            ‘’ kalau tak de pape kenapa sampai nangis bagai? ‘’ ujar satu suara tiba tiba yang muncul dari belakang. Apabila di cari lelaki itu sudah muncul di hadapannya. Telefonnya di masukkan ke dalam poket, aleyssa Kaku di situ melihat kehadiran lelaki itu di hadapanya.
            ‘’ kenapa? ‘’ Tanya lee sambil mengangkat keningnya. Tangannya spontan membersihakn sisa sisa air mata yang masih ada di wajah isteri kesayangannya. Di ambil telefon yang masih melekap di telinga aleyssa dan memasukkan ke dalam poketnya juga. Dia senyum. Jemari aleyssa di raih.
            ‘’ jom la kita makan sekarang. Lapar la. ‘’ ajak lee sambil menarik perlahan tangan isterinya. Aleyssa hanya mengikut saja gerak langkah suaminya. Otaknya masih memikirkan kejadian tadi. Semua perkara yang dilakukan lee hanya di ikutkan saja. Di suruh berjalan, dia jalan. Di suruh duduk, pun duduk. Bila makanan yang dipesan sampai aleyssa hanya melihat saja hidangan yang ada. Lee masih merenung wajah gadis didepanya dengan penuh minat. Lama. Sehingga la aleyssa sendiri sedar yang lelaki itu masih  merenung dalam wajahnya. Apabila tersedar dia malu sendiri. Dia mula menahan malu di tenung sebegitu. Lee tersenyum, nyata rancangannya menjadi. Aleyssa tertunduk malu.
            ‘’ dah habis mengelamun? Boleh kita makan? ‘’ soal lee sopan, sambil tersenyum manis ke arahnya. Aleyssa serba salah, tidak tahu nak jawab apa. Tangannya mencapai sudu dan menjamah nasi goring kampun yang terhidang. Sejuk, maknanya dah lama hidangan itu tersedia di situ. Melihat lelaki dihadapannya makan tanpa suara dia hanya meneruskan suapannya. ‘’ kesian dia mesti lapar tunggu aku. ‘’ rintih aleyssa dalam hati sambil anak matanya sesekali melirik ke arah lelaki yang senyap menjamu hidangannya.

*******************************************************************************
‘’ Apa lagi yang kau nak daripada aku? Tak cukup lagi duit yang aku masukkan setiap bulan untuk kau? Apa lagi yang kau nak? Aku dah bagi tahu sebelum ini aku tak mahu lagi terlibat dengan semua perbuatan kau. Aku dah bertaubat. Cukup cukuplah dengan semua yang aku pernah lakukan sebelum ini. Aku dah tak mahu tanggung dosa lagi. ‘’ tegas Tengku Farid yang sedang berbicara di telefon, di bilik bacaannya yang sunyi itu seakan bergema kerana tengkingannya. Kelihatan dia tidak dapat bersabar lagi dengan pemanggil tersebut. Kali ini dia ke hulu ke hilir mendengar apa yang di perkatakan pemanggil. Sekali sekala dia menggeleng gelengkan kepala dan ingin memotong percakapan pemanggil namun setiap kali itu juga dia sekan terkelu lidahnya. Kali ini kepalanya pula di picit picit. Riak wajahnya murung sekali.
            ‘’ apa lagi yang aku nak buat ni? Semua ni salah aku. Aku mesti betulkan semuanya sekali, apa nak jadi jadi lah. Yang pasti aku nak tebus balik semua kesilapan aku yang lalu. ‘’ perlahan lelaki tu itu bersuara. Telefon bimbitnya di letak ke atas meja sambil dia menyandar lemah ke sofa yang selalau di gunakan untuk membaca di masa lapangnya. Kini dia harus memikirkan sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang sudah lama menghantui kehidupannya sejak 25 tahun yang lalu.

            ‘’ man, aku nak kau sediakan semua maklumat berkaitan perkara yang kita bincangkan tempoh hari, kali ini aku nak kau jangan tinggalkan satu pun, pastikan semua ada apabila aku perlukan. Bila bila masa sahaja. ‘’ ujarnya melalui telefon kepada lelaki yang bernama man. Kali ini telefonnya di genggam erat seakan melepaskan perasaan geramnya terhadap masalah yang dihadapinya.

***********************************************************************

Selesai makan mereka bergerak balik saja, keengganan alessa untuk berada di luar membuatkan lee hanya mengikut kehendak isteri tersayang untuk pulang saja ke rumah. Sesampai di pintu rumah Raymond yang menjadi pemandu sementara untuk lee keluar untuk mengambil sebuah kotak yang diletak betul betul di tengah pintu pagar yang menggangu kereta untuk masuk. Lee yang hairan dengan perkara tersebut mula merasa tidak sedap hati. Apabila Raymond mendekati kereta lee pantas turun, aleyssa turut merasa hairan.
            ‘’ untuk siapa Raymond? ‘’ Tanya lee sambil memerhatikan kotak yang dipegang lelaki itu.
            ‘’ untuk puan. ‘’ jawabnya ringkas sambil menghulurkan kepada lee. Tertera nama aleyssa Dania di situ. Namun dia masih ragu dengan isi kotak tersebut. Apa saja perkara yang membabitkan isterinya kini semua menjadi perhatian dan kawalan. Dia tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku lagi. jadi dia perlu lebih berhati hati. Tidak senang dengan melihat dua lelaki yang membelek belek kotak kecil itu membuatkan aleyssa penasaran dia keluar dari kereta dan menghampiri keduanya.
            ‘’ untuk siapa? ‘’ tanyanya sambil menjeguk ke arah kotak. Dapat dilihat tertera namanya.
            ‘’ leyssa ada tunggu barang dari sesiapa ker? ‘’ soal lee tenang.
            ‘’ tak de pulak? ‘’ jawab leeyssa sambil menggelengkan kepalanya, matanya masih menatap kotak tersebut.
            ‘’ kita masuk dulu? Raymond, kamu balik la dulu, dan pesan pada nannai esok saya nak jumpa dengan dia? ‘’ ujar lee sambil memimpin lengan aleyssa menarik dia masuk ke rumah mereka. Raymond hanya mengangguk faham dan terus berlalu meniggalkan mereka.
Apabila masuk ke dalam rumah aleyssa yang merebahkan badannya ke sofa tidak tenang. Lee masih lagi memegang kotak berwarna putih itu. Di gongcang sedikit, ada bunyi, namun dia sendiri tidak dapat meneka isi yang ada didalamnya. Aleyssa hanya memerhatikan saja.
            ‘’ boleh saya buka? ‘’ pinta lee sambil memandang aleyssa memberikan keizinannya.
            Aleyssa memandang lee lama.. dan akhirnya dia mengangguk tanda setuju. Baru saja lee ingin menarik tali yang mengikat kotak tersebut, tiba tiba aleyssa bangun dan menghalang perbuatannya dengan memegang kemas jemari lelaki itu.
            ‘’ kenapa? ‘’ Tanya lee agak terkejut dengan perlakuan aleyssa yang tampak gelisah.
            ‘’ dulu saya pernah terima kotak seperti. ‘’ cerita aleyssa apabila dia mula teringatkan bungkusan kotak berisi anak patung yang berlumuran darah yang membuatkan meremang bulu romanya apabila bercerita.
            ‘’ hurmmm.. isnyallah tak de pape. ‘’ yakin lee berbicara.dia mula menarik tali dan membuka kotak tersebut, riaknya hairan apabila mula menunjukkan isi kotak tersebut yang berupa gambar gambar kepada aleyssa. dia menghampiri lee untuk melihat lebih dekat lagi isi kotak tersebut. Satu persatu gambar di lihat, semua gambar hanya Tengku Farid yang dia kenali. Selebihnya dia tidak kenal mereka mereka itu. Dan yang lebih menghairankan mengapa dihantar gambar gambar itu kepadanya. namun apabila melihat satu gambar terakhir dia mula terkejut besar. Dia lihat dengan lebih jelas lagi. masih tidak percaya di rapatkan lagi gambar tersebut dengan anak matanya. Sah. Itu memang gambar arwah Ibunya,ayahnya, Tengku Farid, dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lee memerhati lama gambar itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya di renung tajam lelaki yang diakui aleyssa tidak dikenalinya itu. Sesuatu berlegar di dalam otaknya kini., namun dia cuba untuk beriak biasa, tidak mahu aleyssa perasaan akan  perubahannya. Dia nekad dia harus cari tahu semua perkara. Sudah di jangka semua perkara ini ada kaitan dengan seseorang, kali ini dia tidak akan berkompromi lagi, semua perkara harus selesai tanpa membahayakan nyawa sesiapa lagi. dilihatnya aleyssa yang masih resah memerhatikan gambar gambar tersebut. Lama di pandang wajah kusut itu. Perasaan kasihnya kian menebal, kasihan melihat isteri tercinta yang sering dirundung resah dan perasaan tidak selamat.
            ‘’ ermm.. boleh buatkan saya air? ‘’ ujar lee tiba tiba mengalih perhatian isterinya itu. Mendengar permintaan dari sang suami aleyssa meletakkan gambar tersebut.
            ‘’ air apa? ‘’ soalnya kembali lembut. walau masih tercalit keresahan di wajah bujur itu namun di usahakan jua mempamerkan senyuman buat sang suami.
            ‘’ apa- apa saja asalkan sejuk. ‘’ jawab lee sambil membalas senyuman tadi. Anak matanya mencari anak mata sang isteri, mata bundar itu dilarikan bersama tubuh yang berlalu ke bahagian dapur. Lee mengeluh perlahan. Otaknya kian ligat berfikir. Terlalu banyak perkara yang di fikirkan, mana pasal kejadian aleyssa yang menangis siang tadi, di tambah pula penerimaan gambar gambar lama ini lagi. membuatkan teka teki selama ini semakin terungkai sedikit demi sedikit.