PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, September 10, 2012

Soul Mate 56


Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri, sudah seminggu juga aleyssa menjaga lee dengan penuh perhatian. Semua keperluan suaminya itu sentiasa di cuba untuk dipenuhi baik dari segi makan atau pakaiannya. Kecederaan lee pula semakin menampakkan perubahan positif, doctor sentiasa berpesan supaya lee sentiasa rajin melakukan senaman untuk menggerakkan tangannya. Aleyssa yang yakin bahawa tangan lelaki itu masih boleh diselamatkan. Setelah keputusan pakar tempoh hari mengatakan peratus untuk tangannya kembali normal sangatlah sedikit selepas apa yang berlaku sebelum ini. Mereka masih lagi tinggal bersama Tengku Farid, kerana in merupakan kehendaknya setelah beberapa kali merayu aleyssa supaya tinggal sementara dengannya sehingga suaminya sembuh. Dengan berat hati aleyssa hanya setuju. Dia masih tidak mahu membabitkan keluarga pak ciknya dalam masalah dan dendam yang dia hadapi kini.

            ‘’ pak cik, boleh saya tanya sesuatu? ‘’ soal aleyssa tiba tiba yang datang ke pejabat bertemu dengan Tengku farid. Agak kaget dengan kehadiran gadis itu Tengku farid sudah menjangka kehadiran gadis itu ke pejabatnya pasti ada urusan penting yang tidak dapat di bincangkan di rumah.

            ‘’ ada ape dania? ‘’ soal tengku Farid member perhatian kepada gadis yang tampak gelisah di hadapannya. Ade sesuatu yang mengusutkan pemikirannya,

            ‘’ pak cik, saya nak pak cik bawa saya berjumpa dengan orang yang menyusahkan hidup saya selama ini. ‘’ ujar aleyssa sekali nafas. Dia lega permintaannya berjaya di lafazkan kerana dia sendiri tidak pasti akan perkara yang bakal berlaku dan dilakukannya kelak. Terkajut dengan permintaan aleyssa dania tengku Farid terlepas pen yang dipegangnya. ‘’ tapi kenapa? ‘’ soal tengku farid hairan. Dia mula merasa cemas.

            ‘’ dia tu orang yang merbahaya Dania. ‘’ ujar tengku farid lagi. kali ini sedikit tenang setelah dia menarik nafas dalam sebelum menyambung, ‘’ dan pak cik sendiri takut untuk memikirkan perkara buruk yang bakal berlaku kepada kamu nanti. ‘’ tambah tengku Farid lagi, kali ini dia mengelap cermin matanya. Satu keluhan berat keluar dari mulut lelaki tua itu. Dia memandang aleyssa penuh tanda Tanya, dalam fikirannya saat ini timbul persoalan apa yang mebuatkan gadis ini cukup berani untuk berdepan dengan musuh yang bias membuatkan dirinya hilang nyawa dan segalanya. Mengapa gadis in begitu berani untuk berdepan dengan orang yang sanggup mencederakan dirinya. Namun dia tiada pilihan lain setelah di rayu oleh gadis itu. Sewaktu bergerak keluar dari bilik Tengku Farid Dania melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya. Berjalan menghala ke arahnya dengan senyuman terukir di bibir, walau tampak sedikit susut badannya namun tetap menampilkan imej yang kemas lagi bergaya.

            ‘’ hai puan Dania, ape khabar? ‘’ soal Adam berbasa basi.

            ‘’ hai.. baik. Awak? ‘’ balas Dania sedikit kekok, namun dia masih buat buat biasa. 

Sementara itu kelihatan pula Celina berjalan kea rah mereka. Melihat Dania yang berada disisi adam membuatkan riak wajahnya sedikit berubah, namun dia tetap menghadiahkan senyuman, kini aleyssa mula tidak senang hati. Dia mula merasa serba salah berada di antara mereka. Kejadian yang berlaku bulan lalu masih lagi tidak diperjelaskan. Semuanya ibarat masih tergantung. Celina mengulurkan tangannya untuk bersalam, tanpa teragak Dania menyambut salamnya itu. Mereka berpelukan sesaat.

            ‘’ macam mane lee? ‘’ itu lah soalan pertama yang terpacul dari mulut Celina, dania sedikit tersentak, namun bukan dia saja adam juga.

            ‘’ ermmm.. dia ok. Semakin sihat. Dalam minggu ni juga dia akan ke hospital untuk pemeriksaan tangannya. ‘’ jawab dania penuh sopan. Matanya masih melirik kepada adam yang dari tadi asyik merenung isterinya. Ada perasaan sedikit tidak puas hati di situ.

            ‘’ owh.. dia tak melawat nenek? ‘’ soal  Celina sekali lagi.

            ‘’ madam dah balik? ‘’ soal dania pula. Betul betul tidak tahu akan berita itu.

            ‘’ semalam baru sampai. Mungkin dia tahu lee tidak sihat. Mungkin nenek akan berjumpanya sendiri, ‘’ ujar Celina lagi.

            ‘’ aha… pengantin baru dah sampai, jom masuk kite minum dulu, banyak perkara yang I nak bincangkan dengan kamu berdua. ‘’ tiba tiba tengku farid yang keluar dari biliknya menyampuk perbualan mereka, dia tampak senang hati dengan kedatangan pasangan itu. Mereka tampak sepadan sekali apabila digandingkan berdua.

            ‘’ dania? Kamu tak balik lagi? ‘’

            ‘’ nak balik ni pak cik. Tadi terserempak dengan mereka ni. ‘’ ujar dania sambil tersenyum.

            ‘’ kalau macam tu saya balik dulu yer? ‘’ ujar dania meminta diri. Hanya pandangan mereka menghantar dania yang berjalan keluar dari pejabat tersebut. Di sebalik itu Celina sempat melirik ke arah Adam yang masih asyik memerhatikan banyangan dania yang sudah pun lesap di sebalik pintu sana. 

******************************************************************************
Sampai di villa Tengku Farid, Aleyssa melihat suaminya sedang berehat di tepi kolam sambil membaca akhbar, dia kelihatan tenang. Walau sebelah tangannya masih berbalut, helaian demi helaian di selak. Dari jauh kelihatan seolah lelaki itu tidak senang duduk. 

            ‘’ assalamualaikum. ‘’ ujarnya lembut sambil terus duduk di hadapan suaminya.

            ‘’ waalaikumussaalam. ‘’ melihat wajah isterinya itu membuatkan dia tersenyum bahagia.

            ‘’ dah jumpa dengan pak cik? ‘’ soal lee, dia tahu kemana kemana isterinya itu pergi setelah membaca nota yang di tinggalkan di sebelah sewaktu bangun dari tidur tadi. Walaupun sedikit terkilan apabila gadis itu tidak mahu bertemankan dia, namun dia tahu aleyssa akan sentiasa mengutamakan keselamatannya kini. 

            ‘’ dah, ‘’ jawabnya pendek. ‘’ awak dah makan? ‘’ soalnya sambil memandang tepat ke wajah lelaki itu. Tampak bersih dan segar sekali.

            ‘’ belum. ‘’ jawabnya sambil menundukkan kepalanya. Dia segan di tinggalkan di rumah asing itu seorang diri, walaupun pembantu ingin menyediakan sarapan buatnya, tapi dia masih segan, dan dia membuat alasan hendak menunggu isterinya pulang. Aleyssa melirik jam di tangannya. Dah pukul 11 pagi. Hatinya mula di rundung rasa bersalah. Di perhati wajah lelaki itu. Hanya senyuman yang terukir. 

            ‘’ jom? Saya masakkan? Awak nak makan apa? Boleh tahan lagi tak? Kalau tak makan roti dulu? Boleh? ‘’ syor aleyssa bersunguh- sungguh. Dia merasa bersalah meninggalkan suaminya tanpa menyediakan sarapan terlebih dahulu.

            ‘’ boleh. Janji kita makan sama-sama. ‘’  ujar lee sambil tersenyum riang. dia bangun bersama menuju ke dapur.

            ‘’ cik.. makanan bik dah simpankan, kalau cik nak makan bik tolong panaskan. ‘’ ujar pembantu rumah yang melihat mereka berdua masuk ke dapur. Dia tahu yang lelaki itu belum menjamah sebarang makanan lagi sejak dari pagi. Sudah beberapa kali dia melihat lelaki itu  mengulang baca akhbar di tepi kolam. Dia kagum melihat kesetiannya menunggu isterinya.

            ‘’ermmm tak pe bik, saya buat sendiri. Bik sambung je la kerja bik tadi yer? ‘’ ujar dania sambil tersenyum, dia sempat melirik manja suaminya yang tunduk malu. Dia tahu dek kerana sikapnya sendiri dia sangup berlapar. Sepinggan nasi goreng di hidangkan bersama segelas tea panas. Lee Cuma memerhatikan saja makanan tersebut. Sebelum ini aleyssa yang menyuapkannya. Tetapi hari ini dia ditinggalkan sendiri. Aleyssa yang sedar perkara tersebut duduk rapat dengan lelaki itu dan mula menyuapkannya seperti biasa, lee tersenyum bahagia. 

            ‘’ leyssa tak makan? ‘’ Setelah 2 3 sudu asyik di suap ke mulutnya saja. 

Aleyssa hanya tersenyum dia tahu kalau dia menolak lelaki itu pasti behenti untuk makan. Bukan sekali dua berlaku sepanjang dia menjaga dan merawatnya lee akan merajuk seperti anak kecil jika kemahuannya untuk makan bersama tidak di turuti. Kini suapan berselang seli, sehingga habis nasi yang terhidang. Mereka makan dengan senyap. Selesai makan aleyssa mengajak lee untuk ke kolam ikan yang terletak di belakang rumah. Di situ mereka duduk santai sambil memberik ikan ikan koi yang lapar itu makanan. Menggelupur semua ikan tersebut apabila makanan di lempar. Percikan percikan air mengena ke muka. Aleyssa seronok melihat ikan ikan semuanya berebut mendapatkan makanannya. Lee dari tadi hanya memerhatikan gelagat gadis di depannya itu.

            ‘’ leyssa.. ‘’ panggil lee lembut.

            ‘’ hurmm? ‘’ jawabnya tanpa menoleh. Dia masihasyik dengan telatah ikan ikan tersebut.

            ‘’ esok kite pindah  ke rumah kita nak? ‘’ ujar lee lagi. Masih menanti riaksi dari aleyssa. Melihat gadis itu berhenti sambil menoleh ke arahnya dengan wajah hairan.

            ‘’ rumah kita? ‘’ soalnnya sambil menapak dan duduk di sebelah lee. Bekas makanan ikan di letak bawah sambil menyapu tangannya yang masih bersisa makanan ikan.

            ‘’ rumah kita. Saya segan la tinggal di sini, lagipun kita akan menyusahkan mereka nanti. Saya lagi selesa kalau kita di rumah kita. Boleh? ‘’ pinta lee seakan memujuk. Dia taidak mahu membuatkan aleyssa merasa dia mula mengarah mengikut kehendak hatinya, betul dia tidak selesa berada di rumah itu. Dia juga merasa tidak selesa untuk berehat. Manakan sama dengan rumah sendiri. Aleyssa kelihatan sedang berfikir.

            ‘’ boleh tak? ‘’ soal lee lagi. Dia amat berharap agar isterinya itu bersetuju dengannya.

            ‘’ rumah kita kat mana?’’ sambil menekankan perkataan kita itu. Dia tersenyum sendiri, malu mungkin apabila dia mula rasa perkongsian antara mereka. Lee tersenyum bahagia, dia mengenggam lembut tangan isterinya. Walau sedikit tersentak  aleyssa membiarkan saja. Dia perlu membiasakan dirinya.

            ‘’ jadi,, leyssa setuju? ‘’ Tanya lee bersungguh sungguh, dia mula teruja dengan perkara itu. Aleyssa hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Aleyssa sendiri merasa tidak selesa di rumah itu, walaupun keluarga itu mula melayannya dengan baik, namun dia sendiri lebih selesa untuk tinggal sendiri di apartmentnya. Walaupun kecil tapi masih selesa. Apabila teringat dia akan tinggal serumah berdua dengan lee, sedikit sebanyak dia mula merasa debar di dada. Namun dia tahu semua ini lumrah hidup suami isteri. Dia akan mula belajar untuk menerima semua seadanya dan belajar untuk membiasakan dirinya sebagai isteri orang.

            ‘’ kalau macam tu malam nanti kita bagi tau Tengku farid, esok kita balik yer? ‘’ ujar lee begitu teruja. Dari tadi senyuman lebar tidak lekang dari bibirnya. Tanggannya di genggam erat. Aleyssa hanya mengiakan saja. Tanpa dia sedari juga dia turut tersenyum bahagia. Ada satu perasaan yang dirasainya saat ini. Perasaan bahagia.

******************************************************************************           
            ‘’ apa lagi yang kau nak? Selama ini tak cukup ke apa yang kau dah berikan kepada kau selama ini? ‘’ ujar lelaki itu marah.

            ‘’ kau tahu apa yang aku nak. ‘’ ujar suara di talian sana.

            ‘’ kau jangan melampau. Cukuplah aku bersabar dengan semua tindakan kau selama ini. ‘’

            Perbualan telefon itu hangat dengan perdebatan dua lelaki.

‘’ kau kene ingat Farid, semua kejadian yang berlaku sekarang ini semuanya berpunca dari kau. Jangan kau ingat dengan senang kau boleh bertaubat dan memohon maaf. ‘’ ugut lelaki itu lagi.

‘’ habis kau nak aku terus bergelumang dosa terus menerus macam kau? ‘’ tengking tengku farid lagi. Kali ini dia tidak mampu membendung perasaanya lagi.

‘’ hahahahah hahahah..’’ ketawa lelaki itu kasar. Seakan mengejek kata kata Tengku Farid. ‘’ aku tak akan lepaskan mereka yang menghancurkan hidup aku farid. Satu keturunan aku hapuskan seperti mana yang mereka buat kepada keluarga aku. kau tengok sajalah nanti farid. Tapi kau jangan cuba nak menjatuhkan aku farid, kalau kau nak keluarga kau selamat. ‘’ ugutnya lagi. Kali ni tengku farid mati kata-kata. Dia tahu lelaki itu mampu melakukan apa yang dia ucapkan.

‘’ sudahlah! Aku tak kan tunduk lagi pada arahan kau. Selama ini aku hidup bergelumang dengan dosa akibat bersubahat dengan kau. Aku tak mahu semua ni lagi. Jangan kau fikir kau manusia yang kebal. Apa pun yang berlaku selepas ini aku terima. Dan satu lagi, dania.. Dania sedang cari kau. Aku tak tahu apa motif dia. Tapi dia beria nak jumpa kau. Tapi satu yang aku nak ingatkan kepada kau. Jangan cuba cuba untuk mencederakan gadis itu. Dia tak bersalah. Kau akan menyesal nanti. ‘’ ujar Tengku Farid sambil terus memutuskan talian. Dia mengeluh lemah. Dadanya merasa mencucuk. Dia menarik nafas dalam untuk terus bertenang.

1 comment:

Anonymous said...

Salam...Interesting!! Very interesting indeed.. wonder who is this mysterious person who's been harassing Dania...??!! Anyway, keep on writing...