PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Tuesday, August 14, 2012

SouL Mate 55


Semua yang berlaku sangat mengejutkan dirinya. Setiap hari dia bangun ibarat terjaga dari mimpi yang aneh. Kadangkala dia sendiri keliru adakah ini mimpi atau reality. Esok dia bakal bergelar isteri. Sedar atau tidak esok merupakan hari yang bakal menyatukan dirinya dengan lelaki asing yang selama ini membayangi dirinya ibarat mimpi dalam reality, sekejap ada, sekejap tiada. Kadang kadang dia terfikir bersediakah dirinya saat itu? Sedangkan dia tidak pernah mengenali lelaki itu dengan lebih dekat, semua perkara yang dia tahu hanya la dari khabar khabar yang tersiar dan dari mulut orang lain sahaja, saat itu dia mula terfikir benarkah keputusan yang dibuat ini? Perkahwinan bukanya untuk sehari dua? Dia mula gusar dengan perasaannya kini, entah mengapa dia baru terfikir siapa sebenarnya lelaki itu yang sebenarnya, dia tidak pernah kenal lebih mendalam mengenai lelaki itu, semuanya berlaku dengan pantas, dia dikaburi dengan perasaan obses terhadap lelaki itu sehinggakan dia tidak pernah terfikir akan sejauh itu perhubungan mereka berjalan. Tiba tiba ada pelbagai perasaan yang menghuni hatinya. Sedang dia asyik berfikir yang bukan bukan telefonnya berbunyi, tertera nama lelaki yang sedang dia fikirkan itu, tanpa teragak agak dia menjawab panggilan tersebut. Satu suara memberi salam yang jelas kedengaran di telinganya. Suara yang cukup dikenali selama ini buat pertama kalinya member salam kepadanya. Syahdu sekali menusuk ke hati. Aleyssa terdiam sejenak.
                ‘’ leyssa? ‘’ kedengaran suara sebelah sana memanggil namanya. Mungkin tertaya-tanya mengapa salamnya tak berjawab.
                ‘’ waalaikumussalam, ‘’ jawab aleyssa perlahan. Dia kemudian diam, menunggu kata kata pemanggil.
                ‘’ terkejut? ‘’ soalnya. ‘’ maafkan saya, buat hidup awak jadi huru hara sejak dua menjak ini. ‘’ ujarnya lagi. Kali ini terdengar keluhan dari lelaki itu. Aleyssa tidak tahu nak cakap apa, dia Cuma diam.
                ‘’ leyssa? ‘’ panggil lee lembut. Dia tahu gadis itu sedang mendengar. Dia juga tahu gadis itu sedang celaru fikiranya. Namun dia tahu semua ini merupakan yang terbaik buat mereka.
                ‘’ saya tahu awak dengar, saya cuma nak awak tahu saya ikhlas dengan semua yang saya lakukan sekarang. Saya juga nak tahu awak setuju tak dengan semua ni? Tiada paksaan leyssa, kalau awak rasa semua ni tak betul saya akan batalkan semua ni. Saya tahu awak masih ragu ragu dengan semua yang berlaku. Ragu ragu dengan saya kan? ‘’ ungkitnya lagi, dia faham apa yang dilalui gadis itu. Setelah lama tidak mendengar jawapan dari sebelah sana, lee mengeluh lagi. Kali ini dia merasa cukup bersalah, kerana dia telah mementingkan dirinya sendiri tanpa memikirkan perasaan gadis itu yang sebenar.
                ‘’ lee, betul  awak ikhlas dengan semua ni? ‘’ tiba tiba aleyssa bersuara tenang. Dia tahu dia harus melakukan sesuatu, kurang beberapa jam saja lagi dia bakal menjadi isteri lelaki itu, dia harus pasti dengan semua perkara yang di lakukan.
                ‘’ awak percayakan saya? ‘’ duga lelaki itu, hatinya berdebar debar menanti jawapan si gadis. Lama juga gadis itu membiarkan lelaki itu ternanti nanti.
                ‘’ kalau tak percaya tak kan la saya terima lamaran awak hari tu? ‘’ ujar aleyssa sinis. Dia mula menduga lelaki itu pula.
                ‘’ betul ni? Awak tak menyesal? ‘’ tanya lelaki itu lagi, kali ini ade bunga bunga di hatinya, wajahnya yang kusut tadi bertukar ceria. Seperti pasangan yang bercinta sedang berbual di talian cinta.
                ‘’ jangan awak pula yang menyesal kawen dengan saya yang bukan siapa siapa ni. Dah la tak cantik, yatim piatu pula.  ‘’ ujar aleyssa bersahaja.
                ‘’ leyssa.. ‘’ panggil lee lembut. ‘’ Lepas ni awak ada saya.’’ Ujarnya penuh bermakna. Dia mahu jadi segalanya buat aleyssa, dia mahu bahagiakan hidup gadis itu.
                ‘’ leyssa awak dengar tak? ‘’ panggil lee apabila tiada suara yang menjawap dari sana.
                ‘’ hurmmm.. ‘’ jawapnya pendek menandakan dia dengar apa yang lelaki itu bicarakan. Tersentuh hatinya saat lelaki itu memanggilnya dengan lembut.
                ‘’ hurmm… jom kita tidur? Malam ni malam terakhir kita tidur sendirian, esok saya dah ada awak yang temankan? ‘’ ujar lee nakal. Dia sengaja mahu menduga hati sang gadis.
                Aleyssa tak terkata. Dia mula gelabah, walaupun di dalam talian tapi lee pasti wajah gadis itu pasti kemerahan menahan malu. Dia tahu aleyssa kini pasti dengan tabiatnya mengigigt bibir apabila sedang geram dengan sesuatu perkara atau apabila dia sedang malu sendiri.
                ‘’ dah la.. pergi tidur, esok kita jumpa lagi. Selamat malam ‘’ aleyssa Cuma diam, tapi jauh di sudut hatinya ada gembira di sana. Dia senang diperlakukan sebegitu. Baru saja dia ingin menutup talian.
                ‘’ leyssa! Jerit lelaki itu sedikit kuat membuatkan dia tidak terus menekan butang cancel. ‘’ ye? ‘’ jawabnya perlahan. ‘’ selamat malam sayang! ‘’ ujarnya pantas sambil terus mematikan talian. Terkedu aleyssa dipanggil sayang. Namun sedikit demi sedikit bibirnya menguntum senyuman, senyuman yang menggambarkan kebahagiaan. Badannya direbahkan ke tilam, matanya tertumpu kepada sepasang kurung putih yang bakal di gayakan esok. Walau bibirnya menguntum senyuman namun hatinya saat itu tetap merasakan sesuatu, sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, tidak mahu berfikir lanjut aleyssa memejam rapat mata cuba untuk lena.

**************************************************************************
‘’ Aku terima nikahnya Aleyssa Dania binti Tengku Faris dengan mas kahwin sebanyak 300  tunai,’’ dengan sekali lafaz aleyssa sah bergelar isteri kepada Muhammad Adam Alexander. Semua tetamu yang hadir yang datang dari kalangan jiran tetangga dan pekerja syarikat hadir bagi memeriahkan suasana. Walau tak ramai tetamu tetapi cukup untuk memeriahkan majlis tengah hari itu, selesai acara akad nikah aleyssa di sarung sebentuk cincin berlian oleh lee. Dengan hormat aleyssa tunduk menyalami tangan lelaki yang baru bergelar suaminya.  Saat mata bertemu mata lee tersenyum bahagia menatap wajah gadis yang kini menjadi miliknya yang sah.
Tetamu yang hadir semua pakat ke luar villa berada di khemah yang menempatkan jamuan makan yang enak. Semua tetamu tampak gembira dengan hidangan dan layanan kepada mereka, lee menarik perlahan tangan isterinya, aleyssa sedikit tersentak dengan perlakuan itu. Dan apabila tersedar dia memang milik lelaki itu dia membiarkan saja perkara itu, tangannya di genggam erat, tetamu yang datang tidak lekang dari mengucapkan tahniah kepada mereka berdua, lee tidak lokek menghadiahkan i senyumannya buat tetamu yang hadir. Namun sesuatu yang tidak di duga berlaku sebuah kereta tiba tiba berhenti di hujung khemah yang mana mereka sedang berdiri melayani tetamu dan seorang lelaki bertopeng keluar sambil menghalakan sepucuk pistol ke arah pengantin, dengan pantas lee menyembunyikan aleyssa di belakangnya dan satu tembakan terkena lengannya yang masih berbalut simen. Tidak mahu tahu mengenai keadaan dirinya, semua tetamu bertempiaran lari menyelamatkan diri lee melihat aleyssa yang pucat dan menggigil ketakutan, kedengaran kereta memecut laju meninggalkan kediaman tersebut, lee lega mereka tidak nekad dengan tujuan mereka. Aleyssa di cempungnya masuk ke dalam villa. Tengku Farid yang keluar apabila mendengar bunyi tembakan panic dan terus menghubungi pihak polis,
                ‘’ kamu bawa aleyssa ke bilik, biar pak cik selesaikan semua ni. Kesian budak ni, pucat lesi mukanya. ‘’ ujar Tengku Farid sedikit cemas, sempat lagi matanya melirik kea rah gadis yang terdiam lesu, mukanya pucat, badannya mengeletar ketakutan.
Sampai di dalam bilik aleyssa di letak perlahan di atas katil dia semakin cemas, aleyssa kelihatan lemah. Segelas air di sua ke mulut gadis itu. ‘’ leyssa,, awak ok? ‘’ tanya lee cemas, gadis itu langsung tidak member respon kepada soalannya.
                ‘’ leyssa! Aleyssa Dania!’’ Panggil lee kuat sambil mengoncang- goncang tubuh gadis itu. Gadis seakan hanyut entah kemana. Air matanya mengalir laju. Lee semakin cemas, pipi gadis itu di tepuk perlahan matanya di tatap ke dalam mata gadis itu. Hanya air mata yang semakin deras mengalir.
                ‘’ ya allah… ‘’ rintih lelaki itu sambil memeluk erat isterinya. Air mata lelakinya mula mengalir hebat. Buat pertama kalinya. Kepala isterinya yang masih bersarung tudung di usap perlahan. Lama mereka berpelukan. Kemudian lee melepaskan aleyssa, kali ini dia tampak lebih tenang, air matanya tiada lagi.
                ‘’ awak ok? ‘’ soalnya ingin kepastian, dia mula menyeka air mata gadis itu. Dan tiba tiba jari gadis itu menyeka air matanya pula. Serentak itu dia menangis tersesak esak.’’ Saya takut ‘’ ujar nya serak di iringi tangisan yang amat memilukan jiwa lelakinya. Lee membawa gadis itu kembali ke dadanya, di samping tangannya mengusap ngusap pipi gadis itu, esakan sang isteri semakin memilukan hatinya. Lama aleyssa menangis di situ dapat di rasakan baju melayunya habis lencun dek genagan air mata. esak tangis masih kedengaran walaupun tidak sehebat tadi, tiba tiba dia lee mengerang kesakitan baru saat itu dia merasa kesakitan yang teramat sangat di lengannya, mendengarkan lee yang mengerang kesakitan aleyssa sedikit terkejut dan memandang wajah suaminya penuh tanda Tanya. Walaupun matanya masih berkaca dia dapat melihat jelas wajah lelaki itu berkerut menahan kesakitan, sebelah tangannya kini memegang tangan kiri nya bersimen, baru dia teringat yang tembakan tersebut mengenai tangannya, kudrat seorang suami walaupun cedera tapi lee ternyata tidak hiraukan keadaan dirinya sendiri demi keselamatan seorang gadis bernama aleyssa Dania, murni sengguh hatinya. Tidak sanggup melihat lee yang mengerang kesakitan aleyssa bangun dan membuat panggilan kepada doctor peribadi yang merawat lee sebelum ini supaya datang ke rumah melihat keadaan suaminya itu. Selesai menelefon aleyssa berlari mendapatkan lelaki itu, di genggam erat jari jemari lee memberi sedikit kekuatan untuk dia bertahan. Melihat lelaki itu seakan mengeletar menahan kesakitan membuatkan aleyssa sekali berjujuran air mata. lantas di peluk erat lelaki itu. ‘’ maafkan saya. Saya dah banyak buat susah. Maafkan saya. ‘’ ujar aleyssa sebak berserta esakan. Suaranya semakin serak.
                ‘’ syhhh… ‘’ ujar lee pendek sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir gadis itu. Pada waktu itu dia hanya mampu memeluk erat isterinya kerana sedang menanggung kesakitan yang tidak dapat di gambarkan sehingga dia tidak mampu untuk berkata kata lagi. lebih kurang 15 minit doctor yang dipanggil tiba serta merta memberikan rawatan kecemasan untuk le yang hampir pengsan menahan kesakitan. Aleyssa tidak berganjak walau selangkah dari katil itu. Dia setia menemani suaminya. Melihat lee yang tidur lena selepas di suntik ubat tahan sakit membuatkan aleyssa sedikit lega. Wajah lelaki itu tampak lesu sekali, bibirnya pucat, aleyssa mengusap ngusap pipi lelaki itu perlahan, terasa badannya sedikit panas. Aleyssa duduk berteleku di sisi katil memerhatikan sedalam dalamnya wajah lelaki yang berada di hdapannya saat itu. Teringat kembali kejadian siang tadi membuatkan dia sedikit fobia, namun dia nekad, dia tidak mahu perkara ini semakin berlarutan, dia tidak mahu menjadi buruan, dan yang paling utama lagi dia tidak mahu lagi suaminya itu menjadi galang ganti kepada keselamatannya. Dia tahu siapa punya angkara sebenarnya. Dan kali ini dia tidak akan besabar lagi. semua perkara yang di ceritak Tengku Farid tempoh hari berlegar legar di kepalanya. ‘’ baiklah, aku tak kan lari lagi kali ini. Kalau itu yang membuatkan kau seronok dengan kesedihan aku, tunggu,, aku akan cari kau, kalau itu saja cara yang dapat selesaikan semua masalah yang berlaku kini. Apa pun yang bakal terjadi aku akan menjaga keselamatan diri aku dan suami aku. ‘’ tegas aleyssa bermonolog sendiri. Sambil tangannya lembut mengusap ngusap dahi suaminya. Kali ni dia nekad untuk menyelesaikan masalah dengan orang yang sentiasa ingin mencederakan serta memusnahkan hidupnya di sebabkan dendam lama yang tersemat di jiwanya.
***************************************************************
Pintu bilik di buka dengan susah payah, kedua tangannya berisi sepinggan roti bersama segelas jus, sarapan di bawa kebilik untuk pesakit yang masih nyenyak tidur. Sarapan di letak perlahan di atas meja di tepi katil melihat lelaki yang masih nyeyak tidur membuatkan aleyssa tersenyum lega. Perubahan wajah yang tidak selesu semalam membuatkan aleyssa kini boleh tersenyum bahagia. Dia berjalan ke tepi katil dan menarik langsir yang menutupi jendela luas di bilik mereka. Sinaran matahari pagi menerjah masuk memancar terus ke wajah lelaki itu. Kelihatan lee mengerutkan dahinya, mungkin terjahan sinaran matahari membuatkan dia sedikit ternganggu. Aleyssa dengan pantas menghadang cahaya matahari dari menyimbah ke muka dia. Sedikit demi sedikit kerutan di dahi hilang. Aleyssa tersenyum nakal, seronok melihat lelaki itu tidur nyeyak, seolah tiada apa yang berlaku. Semakin lama di tatap wajah itu semakin seronok pula hatinya, terlupa pula niatnya untuk mengejutkan lee untuk sarapan. Lama dia berlutut di situ, lututnya terasa lenguh, tapi perbuatanyya yang asyik memerhatikan wajah tampan lelaki itu membuatkan dia semakin asyik. Tersenyum senyam sendiri. Semakin lama semakin dekat wajahnya hampir ke wajah lelaki itu. Semakin hampir wajahnya semakin seronok dia meneliti setiap inci wajah suaminya itu. Tiba tiba mata lee terbuka luas. Mata bertentang mata. aleyssa kaget, matanya membulat. Bibir bawah diketap kuat. Alamak,,, kantoi la aku kali ni.. gumamnya dalam hati, namun wajahnya masih kaku di situ. Lee merenung dalam anak mata gadis cantik di depannya, ayu bertudung pink. Hatinya berdegup pantas ingin saja di peluk cium gadis itu tapi badannya masih kebas dan kaku. ‘’ tak penat ke dari tadi melutut kat situ? ‘’ soal le memula bicara, ‘’ huh? ‘’ balas aleyssa sambil mengerutkan dahi, dengar tidak dengar soalan yang di ajukan tadi. aleyssa kebingungan masih kaku seperti tadi? Kemudian satu ciuman singgah di bibir gadis itu membuatkan aleyssa terjatuh kebelakang dan menjerit kesakitan. Lee terkejut, dia merasa bersalah dengan segera dia cuba untuk bangun mendapatkan aleyssa tapi badannya yang masih kebas membuatkan dia tidak dapat bergerak. Dia mengerang kesakitan. Lebih risaukan isterinya yang terjatuh. Aleysaa dengan pantas bangun mendapatkan lee yang mengerang kesakitan. Dia membantu lee untuk duduk.
                ‘’ maafkan saya. Saya tak sengaja. ‘’ pinta lee apabila dia dapat duduk dengan selesa. ‘’ awak tak pape? Sakit tak jatuh tadi? ‘’ Tanya lagi sambil melihat tubuh badan gadis itu takut takut ada calar di mana mana.

                ‘’ err… tak. Tak sakit pun, terkejut je. ‘’ balas aleyssa tergagap-gagap, sungguh dia malu, dia tidak mampu untuk memandang ke muka lelaki itu sewaktu berbicara dengannya. Pipinya kini seakan terbakar dek bahang api.
                ‘’ awak marah ke? ‘’ Tanya lee apabila dia perasan aleyssa langsung tidak memandang wajahnya. Dia cukup merasa bersalah dengan kelakuannya tadi. Aleyssa tak tahu nak jawap apa. Dia bukan marah? Tapi itu reaksi spontannya. Itu adalah pertama kali dia diperlakukan sebegitu. Bagaimana dia nak jelaskan kepada lelaki itu? Dia kelu.
                ‘’ ermm.. saya buat sarapan jom makan? ‘’ ujar aleyssa ingin mengelak dari menjawap pertayaannya. Dia bingkas bangun dan mendapatkan sarapan pagi yang di bawa tadi, kemudian di letak di hadapan lelaki. Lee hanya melihat gelagat aleyssa yang sedikit kelam kabut dan serba tak kena itu. Dia tidak mahu memaksa aleyssa lagi.
Lee cuba untuk menggerakkan tangannya untuk mengambil sepotong roti, namun sukar sekali untuk dilakukannya. Melihat kepayahan lelaki itu aleyssa jadi serba salah, simpati pula. Dia kembali duduk bersama di atas katil sambil mengambil sepotong roti lalu di suap perlahan ke mulut lelaki itu. Lee mengunyah perlahan, namun terasa perit tekaknya untuk menelan roti tersebut.
                ‘’ boleh ambilkan saya air ?’’ pinta lee lembut sekali. ‘’ jus? ‘’ Tanya aleyssa menggangkat segelas jus oren yang di bawa. ‘’ air suam boleh? ‘’ ujar lelaki itu sekali lagi. ‘’ owh.. sekejap ye? ‘’ balas aleyssa sambil bangun ke meja sebelah menuang segelas air dan kemudian di campur sedikit air panas yang tersedia dalam termos yang di sediakan di bilik itu. Dia kembali menyuapkan air dan di telan sedikit demi sedikit, hampir  separuh gelas di minum. Lee kelihatan lega. Aleyssa kembali menyua potongan roti yang hanya tinggal separuh tadi, tapi lee menolak.  ‘’ sikitnya awak makan? Dari semalam awak tak makan. ‘’ ujar aleyssa lagi sambil terus menyua roti tersebut. Namun tetap di tolak lee. ‘’ saya tak de selera’’ jawap lee perlahan sambil matanya memandang tepat ke arah aleyssa. pandangan yang tersirat beribu makna. Rasa bersalah tadi masih bersarang di dada. Dia dapat merasakan yang isterinya itu masih marah dengan kelakuan spontanya.
                ‘’ awak.. awak kena makan lebih skit. Nanti nak makan ubat lagi? nanti kalau perut kosong macam mana nak makan ubat? ‘’ ujar aleyssa lembut lebih kepada fasa memujuk.
                ‘’ atau awak nak saya masakkan bubur? Sup? Atau masakan lain? ‘’ pelawa aleyssa lagi kali mencadangkan menu lain yang sesuai dengan selera seorang pesakit. Lee kelihatan sedang berfikir. Agak lama dia mendiam kan diri. Aleyssa masih menanti jawapan darinya.
                ‘’ apa saja asalkan awak sudi makan sekali dengan saya. ‘’ balas lee sedikit berbisik namun masih dapat di dengari. Aleyssa menghadiahkan jelingan yang manja buat lelaki itu.
                ‘’ roti ni boleh? Saya pun lapar. ‘’ ujar aleyssa sambil mengigit separuh roti tadi. Di kunyah laju roti tersebut. Betul dia memang lapar, dari semalam dia juga tidak sentuh apa apa makanan pun. Melihat aleyssa yang laju menguyah makanan membuatkan lee sedikit tersenyum, perutnya mula berlagu keroncong. ‘’ nak sikit? ‘’ pintanya sambil buat muka seposen. Aleyssa tergelak melihat reaksi lelaki itu. Dia menyuap saja roti yang di gigitnya tadi ke mulut lelaki itu. Mereka makan dan minum segelas sepinggan. Hati lee berbunga riang. Bahagia sekali mereka makan berdua. Mereka makan dengan gembira, sekali sekala mereka bergelak ketawa.

Tuesday, August 7, 2012

Soul Mate 54

suasana di ruang tamu itu sedikit kekok, tengku farid dari tadi seakan tidak senang duduk, Fasha dan mamanya kelihatan seperti cacing kepanasan, ikutkan hati mahu saja fasha keluar dari situasi itu, isteri tengku Farid pula berbisik bisik sesama suaminya. Dari tadi kedatangan 2 lelaki asing buat mereka in membuatkan mereka kelu untuk berkata, apetah lagi aleyssa juga hanya duduk membisu, mahu tidak mahu sebagai tuan rumah, tengku farid perlu memulakan bicara, supaya tidak tampak biadap dihadapan tetamu mereka,

                ‘’ ermmm.. ‘’ maafkan kami sekeluarga, kedatangan anda berdua secara tiba tiba amat memeranjatkan kami, kami langsung tidak dapat menyediakan apa yang patut, jadi… saya minta maaf bagi pihak keluarga kami, ‘’ bicara Tengku  Farid masih kekok lagu bunyinya.
                ‘’ bukan begitu tuan, saya yang harus minta maaf kerana datang mengejut begini, ‘’
                ‘’ er.. tak perlu bertuan tuan dengan saya, panggil saja saya Farid ‘’ potong Tengku Farid cuba merendah diri.
                ‘’ errr,, kalau begitu panggil saya abang Karim saja, lebih sesuai, dan.. mesra. ‘’ ujar Pak Karim sambil terseyum lega, lega kerana mereka di layan dengan baik, sudahlah kedatangan mereka tidak dijemput, malahan kedatangan mereka juga bukan mengikut adat yang sempurna, hanya kerana mengikutkan permintaan lelaki angau di sebelahnya ini, setelah dia dirayu berkali kali.
                ‘’ baiklah bang Karim, sebenarnya apa tujuan abang datang hari ini? Saya kira dari percakapan Dania tadi agak serius, betul ke  apa yang dia beritahu saya tu? ‘’ Soal Tengku Farid tanpa berselindung lagi,
                ‘’ hurmmm, sekali lagi saya minta maaf sangat kerana kedatangan kami jauh melencong dari adat yang sempurna, maklumlah budak ni nak cepat katanya, dia dah tak sanggup menunggu lagi. ‘’ ujar pak karim sambil melirik kepada tuan punya badan yang hanya mampu tertunduk bisu, malu mungkin diperkatakan sebegitu di hadapan keluarga gadis pilihannya, FAsha yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka hanya mencebik bibir, dia menyampah dengan semua yang berlaku mengenai aleyssa dania. Dengan tidak semena mena dia mengomel sendiri. ‘’ entah entah dah bunting dulu, tu pasal nak cepat, ‘’ namun ngomelannya dapat di dengari semua orang di situ, dengan pantas Datin Marina mencubit peha anak gadisnya dek kelancangan mulutnya berbicara, mendengar kata kata sinis itu membuatkan aleyssa terpempan. Tidak sangka perkataan itu akan keluar dari mulut Fasha, sampai begitu sekali tanggapan Fasha terhadap dirinya, begitu  mudah sekali dia mengeluarkan kata kata begitu terhadap dirinya, air mata mula merembese keluar.
                ‘’ ermm.. maafkan anak saya. ‘’ ujar Tengku Farid serba salah, namun di fikirannya juga berlegar legar beribu Soalan. Pak karim hanya mampu mengeluh lemah, sambil menggelengkan gelengkan kepalanya. Dalam hatinya saat ini cukup menyesal kerana mengikutkan saja kehendak lee, bukan dia tidak tahu semua perkara itu, tapi kedatangan mereka begini sememangnya bakal menimbulkan tanggapan negative untuk semua orang, yang menjadi mangsa adalah gadis yang tidak bersalah itu.
                ‘’ maafkan saya, semua salah saya, saya yang minta pak karim datang hari ini memandangkan saya memang tidak mempunyai saudara lain di dunia, nenek saya terpaksa balik ke Taiwan atas urusan keluarga, dia sedang mempersiapkan apa yang patut. Jadi saya hanya ada pak karim sahaja, saya juga minta maaf kerana datang dengan cara begini, saya mungkin tidak faham dengan adat melayu, tapi apa yang penting sekarang ini adalah niat saya untuk memperisterikan Aleyssa Dania secepat yang mungkin, bukan kerana sebab seperti yang anak pak cik katakan itu, jauh sekali ALeyssa merupakan gadis paling baik dan sempurna yang pernah saya temui, semua ni sebab saya, sebab saya nak melindunginya dari semua perkara. Pak cik pun tahu mengapa. Saya rasa saya orang yang mampu untuk melindunginya saat ini. Jadi saya mohon pak cik restuilah kami, kerana saya tahu  Aleyssa hanya ada pak cik sekeluarga. ‘’ mendengarkan penjelasan panjang lebar dan tegas dari lelaki itu Tengku Farid mengeluh lega, namun masih ada kekusutan di wajahnya,
                Tengku Farid masih berkira kira untuk berkata-kata, dia tidak mampu untuk memberi kata putus, kerana perkara ini bukan mengenai anak kandungnya, walaupun aleyssa sudah di anggap seperti anaknya, tetapi itu tidak cukup untuk member lessen untuk dia memberikan kata putus mengenai perkara ini, yang datang ini bukan lah dari golongan keluarga yang dikenalinya, walaupun dia tahu lelaki itu merupakan pewaris empayar besar dari Taiwan, dan yang lebih penting lagi dia bukan melayu. Tengku farid berjalan menghampiri dania yang berdiri di sebalik tiang tidak jauh dari ruang tamu. Air matanya masih mengalir.
                ‘’ Dania, pak cik nak tahu jawapan kamu, sungguh pak cik tak tahu nak cakap apa, pak cik tak de hak untuk menentukan kehidupan kamu, kalau baik buat kamu, baiklah buat pak cik, pak cik akan sokong setiap keputusan yang kamu buat. Pak ciklah merupakan orang pertama yang akan gembira dengan kegembiraan kamu. ‘’ ujar tengku farid penuh emosi. Saat ini dia melihat dania sebagai anaknya sendiri. Melihatkan Tengku farid menitiskan air mata aleyssa semakin sebak, air matanya semakin deras mengalir.
                ‘’ kalau ini jodoh saya, saya terima pak cik, tapi saya minta doa dan restu dari pak cik, ‘’ ujar aleyssa sebak kemudian di peluk erat oleh lelaki yang bergelar bapa saudaranya, baru kali ini dia merasa kasih sayang seorang bapa. Entah mengapa ada sendu di hatinya. ‘’ kalau begitu pak cik terima lamaran mereka ‘’ ujar lelaki itu sambil tersenyum bahagia, jarinya menyeka air mata yang mengalir di pipi gadis itu, Fasha yang memerhatikan adegan itu merasa sakit hati dengan perhatian yang diberikan. Dia sakit hati.
                Tengku Farid kembali ke tempat duduknya. Dia tersenyum sambil menyeka sisa sisa air mata yang ada, walaupun masih ada sebak di dadanya, dia perlu meneruskan majlis hari ni, walaupun tidak seperti majlis merisik biasa namun dia berharap dia dapat menjalankan dengan sebaik mungkin. Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk gadis yang sudah banyak menderita sepanjang hidupnya.
                ‘’ nampaknya tuan punya badan sudah pun memberi kata putus, ‘’ ujar tengku farid girang, sambil matanya melirik ke arah lelaki itu yang tampak terkejut riaksinya selepas mendegarkan jawapannya, ada senyuman di bibir lelaki itu, jika tadi wajahnya tegang kini kelihatan lebih lega dan sedikit ceria terpancar dari wajahnya, nyata sekali lelaki itu datang tanpa berbincang dengan Dania terlebih dahulu, namun dia terfikir apa yang membuatkan dania menerima lamaran ini, atau ada cerita di sebaliknya yang mungkin dia tidak tahu.
                ‘’ kalau begitu kita bincang terus tarikhnya, bila kita nak langsungkan majlisnya? ‘’ tanya Tengku Farid lagi,  kali ini lebih santai, sambil mencapai cawan kopi yang terhidang sejak dari taid lagi,
                ‘’ tarikhnya hujung minggu ni . ‘’ jawab Pak Karim bagi pihak lelaki.
Dengan tidak semena mena, kopi yang di hirup tidak mengalir ke anak tekak, malahan semuanya tersembur membuatkan meja di hadapannya basah dek semburan kopi.
                ‘’ maaf, ini permintaan pihak lelaki, semua perkara telah di tetapkan. ‘’ ujar pak karim lagi, kali ini rasa bersalah semakin bersarang di hati, saat ini mahu saja di tempeleng muka lelaki yang berada di sebelahnya ini. Semuanya kehendak lelaki ini, hampir  semua perkara yang ingin di lakukan tidak masuk akal dan mungkin tidak dapat diterima dalam masyarakat melayu kini, namun apakan daya, dia lemah dengan pujukan budak lelaki yang di bela hampir 10 tahun, yang telahpun dianggap seperti anaknya sendiri.
                ‘’ hujung minggu ni 3 hari saja lagi? ‘’ soal Tengku farid terkejut. Datin marina juga kelihatan terperanjat, apetah lagi aleyssa yang masih berada di belakang tabir. Dia juga tidak mampu memproses semua yang berlaku hari ini, semuanya pantas dan confuse,,, otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik agaknya.
                ‘’ tapi sempat ke berurusan dengan pejabat agama, tukar agama bagai? ‘’ soal Tengku FArid sedikit gusar. ‘’ kamu perlu tahu semua tu.’’ Ujarnya lagi sambil melirik ke arah lee.
                ‘’ perkara tu Farid jangan risau, Muhammad Adam ni sudah 3 bulan bersaudara dengan kita. ‘’ jelas pak karim tersenyum sambil menepuk nepuk bahu lelaki itu tanda bangga terhadapnya, lee hanya tersenyum kelat, aleyssa yang mendengar pengakuan pak karim itu amat terkejut. Dia mula teringat beberapa kejadian sebelum ini yang sedikit aneh namun dia tidak pernah berfikir panjang mengenainya.
                Sedang mereka berjalan jalan di sekitar shoping complex ternama di situ aleyssa ternampak kedai aksesori tudung yang menarik perhatiannya, namun melihatkan lee yang asyik memerhatikan jam tangannya membuatkan dia sedikit pelik, lelaki itu kelihatan resah, seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya,
                ‘’ awak kenapa? Macam resah je? ‘’
                ‘’ ermmm.. tak de,, pape ‘’ jawab lee pendek , matanya masih melirik ke arah jam tangannya.
                ‘’ awak ada janji dengan orang lain? ‘’ aleyssa tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu, dia tampak resah.
                ‘’ tak lah, ‘’ jawap lee pantas, sedikit tegang. Aleyssa mula membulatkan matanya.
                ‘’ betul ni? ‘’ soalnya lagi. ‘’ kalau macam tu kita ke kedai tu kejap pas tu baru kita makan, saya tak makan tengah hari lagi lepas habis kelas tadi’’ ngomel aleyssa manja.
                ‘’ errr.. leyssa.. waktu solat dah nak habis kan? Awak tak solat ker? ‘’ soal lee tiba tiba, dia kelihatan resah, dahinya berkerut. Soalan itu membuatkan aleyssa terdiam sejenak, pipinya mula memerah, ‘’ apa aku nak jawap ni, tak kan aku nak cakap aku tak boleh sembahyang ‘’ ujar gadis itu dalam hati. Dia kini mencari idea untuk menerangkan kepada lelaki itu yang kelihatan menunggu jawapan darinya.
                ‘’ ermmm,,, saya cuti hari ini. ‘’ jawap leyssa spontan. Mukanya merah membahang, malu apabila memperkatakan masalah kewanitaan di hadapan lelaki itu. Lee sedikit terperanjat dengan penjelasan aleyssa, dia mula tersedar yang gadis itu kurang senang dengan soalannya.
                ‘’ leyssa, saya ke tandas sebentar, awak tunggu saja saya di kedai itu. ‘’ ujar lee sambil mengarah jarinya ke kedai aksesori yang ingin di kunjungi aleyssa tadi,
                ‘’ okey. ‘’ jawab gadis itu pendek sambil memerhatikan langkah laju lelaki itu. Tanpa berfikir panjang dia ke kedai tersebut, lebih kurang 15 kemudian baru lelaki itu muncul dengan wajah yang segar, namun agak kebasahan sedikit pakaiannya.
Bukan kejadian itu sahaja, sewaktu bersama lelaki itu jika masuk waktu solat jika dia ke ruangan solat wanita lee selalu menghantarnya berhampiran ruangan tersebut, dan apabila dia selesai lee juga berada di situ dan pakaiannya juga kelihatan sedikit kebasahan, bukti jelas pada rambutnya yang sedikit basah.
Paling jelas adalah sehari sebelum kemalangan, memang dia sedang ‘ cuti ‘ waktu itu, seharian dia bersama lelaki itu, dan apabila masukknya waktu solat dia selalu akan meminta diri untuk ke tandas, yang hairannya waktu yang diambil agak lama untuk aktiviti yang berlaku di tandas. Tidak pernah pula dia terfikir yang lelaki itu pergi untuk solat, langsung dia tidak terfikir perkara itu berlaku, aleyssa mengeluh lemah, jauh di sudut hatinya dia lega, dia mula menapak ke depan, menonjolkan dirinya, kali ini dia melihat jelas lelaki yang sedang duduk di kerusi di ruang tamu bersama bapa saudaranya itu, dia sedang  menghirup minuman yang disediakan. Matanya terpaku pada sepasang mata yang sedang memerhatikan tingkah lakunya. Dan dengan tidak semena mena dia mngenyit mata nakal ke arah gadis itu dan membuatkan aleyssa membulatkan matanya melihat kelakuan lelaki itu yang dianggap berani. Dia kembali menyorok di belakang tiang. Dadanya berdebar kencang.  Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan kini di rasai di sudut hatinya. Dalam duka ada riangnya. Namun semua yang berlaku ini dia mahu terima dengan redha dan berserah sepenuhnya kepada takdir yang maha kuasa, jauh di sudut hatinya dia berdoa agar semuanya berjalan dengan baik.

*********************************************************************
Lee menghantar satu mesej kepada aleyssa yang dia bakal menjemputnya malam nanti. Ada satu perkara yang oerlu di selesaikan malam ini juga, dan dia perlukan bantuan gadis itu, mala mini merupakan malam penyelesaian bagi masalah yang mereka hadapi, dia sangat berharap agar mala mini semua perkara dapat di selesaikan dengan baik,apa yang lebih penting ialah maruah Celina tidak akan tercemar, dia masih merasa bertanggungjawab atas semua perkara yang berlaku terhadap gadis itu.

Sebuah kereta mewah sudah pun menunggu di depan villa Tengku Farid, aleyssa keluar dengan berhati hati. Sangkanya lelaki itu menunggunya di dalam kereta apabila di buka pintu tersebut pak karim hanya tersenyum riang.
                ‘’ hai gadis yang cantik, semakin dewasa kamu semakin cantik, tadi pak cik tak dapat lihat dengan wajah kamu, patutla budak tu langsung tak dapat lupakan kamu. ‘’ ujar pak karim sambil mempelawan aleyssa masuk, walaupun sedikit kekok, dia buat buat selamber.
                ‘’ lee.. o maaf.. adam minta pak cik jemput kamu, kerana ada satu perkara yang perlu uruskan terlebih dahulu, jadi dia minta pak cik bawa kamu ke tempat tersebut. ‘’ ujar lelaki tua itu sambil mengarahkan pemandunya menuju ke destinasi.
Sepanjang perjalanan aleyssa banyak mendiamkan diri, Pak Karim seakan mengerti perasaan gadis yang sedang dilanda kebingungan itu, dia tidak mahu menambah lagi beban yang ada, mahu tidak mahu dia hanya melayan perasaan masing masing, sebelum gadis itu keluar dari kenderaan setelah sampai ke destinasinya, pak karim memanggilnya lembut.
                ‘’ Dania, pak cik harap kamu dapat terima dan jaga budak tu dengan baik, pak cik rasa kamu orang yang paling sesuai untuk dia. Pak cik doakan kamu bahagia nak. ‘’ ujar lelaki tua itu penuh emosi, mendengarkan permintaan lelaki itu aleyssa merasa ada satu semangat, atau lebih tepat lagi, kata kata tersebut ibarat kata kata semagat yang menguatkan lagi keyakinan terhadap keputusn yang telah di buat. ‘’ terima kasih pak cik ‘’ ujar dania sambil menghadiahkan senyuman buat lelaki tua itu, kereta bergerak perlahan meninggalkan hotel tersebut, dia perlu mencari ruangan yang menempatkan majlis yang bakal berlangsung beberapa minit saja lagi, kerana menurut pak karim tadi majlis ini merupakan majlis siding media yang bakal menerangkan keadaan sebenar yang berlaku. Kerana ini melibatkan syarikatnya dengan syarikat antarabangsa milik keluargaa lee. Dengan berbekalkan semangat yang ada aleyssa mula melangkah masuk ke ruangan ball room yang kebanyakannya telah di penuhi tetamu tetamu dan wartawan wartawan semua.
Apabila melangkah masuk dia melihat ada 3 orang yang dikenalinya berada di atas pentas sedang di asak dengan pelbagai soalan dari para wartawan, namun apabila dia mendengar namanya di sebut dan semua mata dan lensa kamera tertumpu kepadanya saat ini. Dan dapat dilihat dari atas pentas lee datang menyambutnya dan menarik tangannya untuk naik ke pentas bersama dengan adam dan Celina yang tampak sedikit sugul walaupun mengenakan pakaian yang sangat cantik. Dia hanya mampu tersenyum hambar.
                ‘’ kenalkan ini cik aleyssa Dania, bakal isteri saya tak kurang 2 hari saja lagi, semua penjelasan dan kekeliruan telah di buat. Seperti yang saya katakan tadi ini semua adalah masalah yan berkait rapat denga keluarga saya, pertunangan saya dan cik Celina sebelum ini hanya sekadar berkaitan dengan bisness semata, saya tidak mahu kehidupan 3 orang menjadi huru hara hanya di sebabkan perjanjian perniagaan yang dijalankan. Jadi saya harap selepas ini tiada lagi berita berita buruk yang tersebar mengenai kami. Tiada lagi berita berita tidak benar yang bakal menjatuhkan reputasi syarikat kami. ‘’ jelas lee panjang lebar dalam sesi temu bual malam ini. Adam mahupun Celina hanya duduk membisu.
‘’ cik Celina, betul ke anda bakal berkahwin dengan Encik Adam? ‘’ tanya seorang wartawan.
                ‘’ ya.  ‘’ jawab Celina pendek.
‘’ tapi bukankah tidak masuk akal semua perkara ni? ‘’ tanya wartawan itu lagi tidak puas dengan jawapan pendek dari gadis itu.
                ‘’ kami saling mencintai, sebelum ini kami tak dapat bersama kerana jodoh Celina di tetapkan oleh Madam, sedangkan madam tidak pernah tahu akan hubungan kami, tapi sekarang saya berterima kasih kepada Encik lee yang membetulkan semua keadaan seperti biasa, ‘’ jawab adam tiba tiba, dia mengelus perlahan tangan Celina disamping memberi sedikit semangat buat gadis itu mengharungi soalan soalan perit yang dihadapinya, bukan kehendak mereka kejadian berlaku seperti ini, namun semuanya perlu dilakukan bagi mengelak tercemarnya maruah keluarga masing-masing, apabila di cadangkan oleh lee cara ini pada mulanya mereka menolak, namun sebelum berita mereka tersebar meluas, mereka perlu bertindak lebih pantas, dan lee hadir menawarkan diri untuk membersihkan semua tuduhan yang bakal di hadapi oleh Celina. Sudah tentu masyarakat akan menyalahkan gadis itu jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini dalam hubungan mereka. Dengan cara ini juga dia dapat menjaga gadis yang sangat di sayanginya. Aleyssa hanya mampu berdiam diri di atas pentas yang dicemari cahaya cahaya lensa kamera yang dari tadi tidak henti henti berkelipan, saat ini matanya berpinar, dia tidak mampu berfikir.
                ‘’ cik aleyssa dania. ‘’ saat namanya di panggil salah seorang wartawan dia terpinga pinga, dia masih tidak dapat melihat dengan jelas akan pemanggil tersebut, matanya berkelip kelip menahan kemasukan cahaya. Apabila dia dapat melihat jelas seorang wartawan wanita yang berdiri sambil memandangnya seolah ingin bertanya sesuatu, dengan berhati hati dia menjawap. ‘’ ye saya? ‘’ mukanya agak cuak.
                ‘’ cik aleyssa, macam mana pulak tiba tiba cik aleyssa terlibat dalam semua ni? Dan mengapa bersetuju untuk bernikah dengan dengan pewaris utama Ting Ha Holding? Bagaimana perkenalan cik dengan tuan muda? ‘’ soalnya banyak. Aleyssa menarik nafas dalam, sungguh dia tidak tahu untuk menghadapi semua itu. Dia mula kalut, apa yang mahu di katakan adakah ini perlu menjawab yang lelaki itu merupakan cinta zaman sekolahnya, atau perlu kah dia menyatakan yang lelaki itu lah cinta pertamanya? Perlukan dia menjawab semuanya itu? Dia bingung. Saat kebingungan kian melanda, lee bangun sambil mengangkat tangannya ke arah semua wartawan,
                ‘’ maafkan saya, tujuan saya memanggil kalian semua adalah ingin menjelaskan perkara yang berkaitan saya dan cik Celina kerana perkara ini bakal melibatkan reputasi syarikat saya dan kehidupan gadis ini, perkara yang melibatkan cik Aleyssa merupakan perkara peribadi saya dan tidak perlu saya perkatakan di sini. Saya harap anda semua memahami. Sekiranya tiada lagi perkara berbangkit saya tamatkan saja sesi ini di sini. Terima kasih. Ujarnya tegas sambil membawa aleyssa turun dari pentas itu. Serentak dengan itu semua lensa kamera tertumpu kepada mereka. Ramai wartawan yang tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, namun lee pantas mengambil tindakan untuk tidak menjawap soalan selain mengenai perkara dia dan Celina, kerana hanya dengan itu dia dapat menjaga perasaan gadis itu dan menyelesaikan masalah yang berbangkit. Kini gempar lah satu asia yang perkhawinan mereka dibatalkan kerana mereka masing masing ada cinta lain. Seluruh akhbar memperkatakan mengenai mereka. Namun perkara ini mungkin hanya sementara kerana kedua dua pihak diletakkan sebagai pesalah. Tiada yang rugi antara dua, lainlah jika hal Celina terbongkar maka payahlah untuknya mengharungi kehidupan yang mendatang, kerana sudah pasti semua masyarakat akan bercakap mengenai dirinya dan menyalahkan gadis itu, itu lah yang paling di takuti lee. Sesungguhnya dia jatuh sayang  kepada gadis itu, tapi sayangnya hanya la sebagai hali keluarganya sendiri. Jadi sedikit sebanyak dia akan cuba untuk melindungi gadis itu. Hanya itu yang mampu diberikan.