PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, July 20, 2012

SouL Mate 52


Kelas petangnya hampir tamat, sekilas dilihat jam tangannya yang menunjukkan jarum ke 6 petang, dia mengemas buku buku dan dimasukkan ke dalam beg galasnya. Dia tersenyum apabila teringatkan mesej yang diterima dari lee yang mengajaknya untuk makan malam bersama denganya. Entah apa mimpi lelaki itu, sejak dua menjak ini lee diakatakan hampir  setiap hari bertemu dengannya, jika tidak waktu makan tergah hari, maka waktu malam pun dia akan menemuinya, bahkan pernah sekali dia dibawa untuk sarapan pagi sebelum dia kek kelas. Selesai mengemas handsetnya menyanyi lagu carta hati. Dengan senyuman terukir di bibir melihat nama dan gambar yang tertera di skrin handset. 

            ‘’ yer? ‘’ jawapnya kepada si pemanggil.

            ‘’ hurmmm… kalau saya cakap tak jadi? ‘’ jawabnya lagi menduga. Jelas kelihatan wajah nakal gadis itu.

            ‘’ eh.. ehh… saya gurau la.. ‘’ ujar aleyssa berubah cuak wajahnya, apabila suara pemanggil kedengaran kecewa, dan mahu memutuskan talian. 

            ‘’ okey.. ‘’ balasnya lembut, sambil tersenyum riang.

*********************************************************

            Selesai makan mereka berdua berjalan di sekitar kawasan, tanpa mereka sedari mereka sedang di perhatikan. 

            ‘’ saya nak ke kedai buku tu sekejap yer? ‘’ ujar aleyssa sambil tangan nya mengarah kepada kedai buku yang terletak di hujung barisan bangunan yang dilewatinya, lee hanya mengangguk setuju. Dia hanya mengekori langkah gadis itu, kemudian dia terasa diperhatikan seseorang, dia mula rasa tidak sedap hati, dia memberhentikan langkahnya matanya meliar memerhatikan sekeliling. Orang ramai yang lalu lalang di situ membataskan pengamatannya, susah untuk di pastikan dari mana bakal datangnya bahaya, tiba tiba dia mendengar suara lelaki menjerit memanggil nama Dania dengan kuat, baru dia tersedar yang gadis itu keseorangan beberapa langkah dihadapannya dan sedang menyeberang jalan untuk ke kedai buku tersebut, dapat dilihat dari jauh, adam yang memberikan isyarat kepadanya, dia menunjuk ke arah sebuah motosikal yang dipandu laju menuju ke arah gadis itu, entah mengapa dia merasakan sesuatu yang buruk mengenai pemandu tersebut, aleyssa yang turut mendengar jeritan memanggil namanya turut berpaling mencari arah datangnya suara itu. Dan pada saat itu juga dia melihat lee berlari laju mengala ke arahnya dan dari arah yang berlainan dia dapat lihat sebuah motosikal yang semakin hampir dengannya, ibarat dipaku kakinya dia mula lemah lutut yang membuatkan dia tidak bergerak walau seinci, walaupun dia tahu bahaya bakal menimpa dirinya. Tidak sempat berbuat apa-apa lee yang berlari laju sempat menarik badanya yang hanya sedikit saja lagi akan dilanggar oleh motor terbabit. Mereka berdua rebah di kaki jalan. Beberapa saat kemudian aleyssa seakan baru tersedar, dia berada dalam pelukan lee, dia mula panic apabila melihat lelaki itu tidak sedarkan diri, dia cuba untuk bangun, namun lengan lee yang melingkari tubuhnya menghalang darinya untuk bangun, tiba tiba dia mendengar namanya di sebut sebut dari jauh, beberapa saat kemudian kelihatan Adam yang termengah mengah muncul di hadapan mereka. Orang ramai mula mengelilingi mereka, adam kelihatan cemas, aleyssa tidak mampu untuk bertanya lanjut apabila teringatkan lee yang tidak sedarkan diri, tiba tiba dia merasa ada cecair hangat yang mengalir mengenai tanganya, apabila melihat darah pekat yang membasahi belakang kepala lelaki itu membuatkan aleyssa semakin panic, dia mula sesak nafas, air matanya mengalir deras,
            ‘’ tolong,, tolong dia,, ‘’ ujar aleyssa dalam esak. Dia cuba untuk berdiri, namun pelukan tangan lee cukup kuat, melihat aleysaa yang terkial kial untuk bangun Adam dengan pantas menghulurkan bantuan, dia duduk dan cuba merungkai pelukan lelaki itu, sekali cubaan dia tidak Berjaya, namun cubaan kedua dia berhasil untuk merungkainya, kali ini aleyssa mengampu kepala lelak itu, dia mula memanggil- manggil sambil menepuk nepuk pipi lee, air mata semakin deras mengalir,  beberapa minit kemudian ambulan sampai ke tempat kejadian, beberapa orang polis juga kelihatan sedang menjalankan siasatan bersama adam yang menjadi saksi kejadian ini, dia tidak jelas dengan kejadian kali ini, namun kecederaan lelaki itu membuatkan dia lupa perkara lain, apa yang pentin padanya saat ini adalah kesihatan lelaki itu, dia naik bersama ambulan yang sampai untuk ke hospital berdekatan, Adam sendiri akan mengikuti mereka selepas dia selesai berurusan dengan polis.

Sampai di hospital lee di masukkan ke unit rawatan kecemasan, kerana tidak sedarkan diri serta kecederaan yang dialaminya di kepala. Doctor menasihatkan supaya aleyssa menunggu di luar sementara dia dirawat, sementara menunggu gadis itu tidak senang duduk dia mula berjalan mundar mandir, kemudian dia melihat beberapa orang berpakaian hitam mengiringi seseorang berjalan di laluan masuk, apabila di amati itu merupakan nenek lee, dengan pantasnya wanita tua itu berjalan menghampiri aleyssa yang kaku di situ, tanpa sebarang amaran, satu tamparan kuat hinggap di pipi gadis itu. Aleyssa nanar. Sudahla kejadian tadi membuatkan dia hilang nafas sebentar, kini datang lagi masalah yang baru.

             ‘’ maafkan saya ‘’ ujar aleyssa perlahan sambil memegang sebelah pipinya, walaupun dia sendiri tidak pasti mengapa meminta maaf, melihatkan wajah tua itu yang cukup berang merenung tajam ke arahnya membuatkan dia sedikit gerun. Namun tiba tiba wanita itu berubah wajah, seakan tersedar dari perbuatannya tadi. Air mukanya kini berubah mendung, air mata mula mengalir ke pipinya. Dia terduduk ke lantai yang membuatkan anak anak buahnya berebut membantunya kembali berdiri,

            ‘’ kamu semua boleh pergi dulu, tinggalkan saya berdua di sini,’’ ujar madam kepada anak buahnya. Mendegar arahan itu mereka mula beredar dari situ. Kini tinggal mereka berdua, keadaan semakin tenang, aleyssa kini kekeringan air mata, namun masih bersisa esak tangisnya. Melihatkan wanita  tua itu yang bersandar lesu membuatkan aleyssa kasihankan wanita itu. Tentu sekali dia sedih dengan kejadian yang menimpa cucunya. Entah mengapa rasa bersalah semakin kuat menghantui dirinya.

            ‘’ dania,, awak okey? ‘’ soal satu suara tiba tiba. Apabila di toleh rupa rupanya adam baru saja sampai, dia duduk di sebelah aleyssa, kemudian dia terperasan akan seorang wanita.

            ‘’ eh,, itu.. ‘’ soal adam sambil memandang dania inginkan kepastian. Aleyssa mengangguk perlahan, apabila dia melihat roti dan tin milo yang di bawa lelaki itu kepadanya dia bangun dan berjalan menghampiri wanita tua itu,

            ‘’ madam,, makan la sikit, ‘’ hulur dania takut takut. melihat gadis itu berlutut di hadapan nya membuatkan hatinya sedikit terharu, dia mula merasa sesuatu pada gadis ini. Barulah dia faham mengapa lee tidak dapat melupakan gadis yang bernama aleyssa dania ini. Bukan sehari dua dia mendengar nama gadis itu, bukan sekali dua dia mendengar nama itu dari mulut cucunya. Tidak kira semasa sedar atau tidak sedar, nama aleyssa yang meniti di bibir cucu lelakinya itu membuatkan dia tidak senang duduk. Bukan di sini baru dia mendengar nama itu di sebut, bahkan sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu nama itu sudah di ketahuinya. Dan semenjak itu juga dia mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia dan menyiasat latar belakang gadis ini.

            ‘’ nek… ‘’ panggil aleyssa lembut, suara itu menyedarkannya dari lamunan, baru dia sedari gadis yang sentiasa di hati cucunya itu kini berada di hadapannya. Aleyssa melihat jauh ke dalam mata wanita itu, hatinya kuat menyatakan wanita itu kini dilanda kesedihan yang amat, dia seolah kuat apabila berada di sisi wanita itu, pada pendapatnya dia mungkin dapat memberikan sedikit kekuatan kepada wanita tua itu, adam hanya memerhatikan dari jauh, sewaktu dia ingin bangun meninggalkan mereka berdua dia melihat Celina berlari anak mencari cari seseorang, apabila matanya bertemu gerangan yang di cari dia tiba tiba berhenti melangkah, jelas riak wajahnya yang celaru, melihatkan itu Adam berjalan mendapatkan Celina, Adam menarik perlahan tangan gadis itu, tanpa bicara Celina hanya mengekori langkah adam. Longlai, tidak berperasaan.
                                                      
Beberapa minit telah berlalu. Wanita itu tertidur di bangku hospital. Aleyssa dari tadi masih gundah gulana. Matanya yang mengantuk tidak dilayan, jam menunjukkan 3 pagi. Suasana hospital agak sunyi, sekali sekala jururawat yang bertugas lalu lalang untuk melihat lihat keadaan pesakit di bilik masing masing. Suhu di hospital agak dingin membuatkan aleyssa sedikit kesejukan, namun itu tidak menghalang untuk dia terus menunggu di situ. Tidak beberapa lama kemudian kelihatan doctor yang keluar dari bilik kecemasan tersebut, aleyssa mula berdebar menanti kedatangan doctor tersebut, dia mula mengejutkan nenek perlahan, apabila sampai dia hadapan mereka,

            ‘’ pesakit dah stabil, walaupun dia banyak kehilangan darah, tapi semangat dia kuat, Cuma anda perlu menjaganya dengan rapi sehingga dia benar-benar pulih dari kecederaannya. ‘’ ujar doctor itu sambil tersenyum. Mendengar penjelasan itu aleyssa sedikit lega, dia mula mengurut dadanya. 

            ‘’ madam jangan risau, dengan penjagaan yang rapi dia akan pulih dengan cepat, tapi apa yang saya risaukan adalah tangannya, kita perluakan rawatan susulan dan pemeriksaan lanjut mengenai tangannya, kerana mengikut rekod sebelum ini dia pernah mengalami kecederaan serius, dan disebabkan penyakitnya yang lalu.. ‘’’

            ‘’ ermmm… yang itu boleh doctor jelaskan kemudian ?’’

Potong madam pantas, aleysaa yang mendengarkan penjelasan doctor itu sedikit terkejut dan tertanya tanya.

            ‘’ kalau macam tu nanti nanti madam boleh datang ke bilik saya, dan saya akan jelaskan dengan lebih lanjut lagi? ‘’ ujar doctor itu lagi apabila faham isyarat dari wanita itu supaya tidak menjelas lebih lanjut lagi.

            ‘’ baiklah, ‘’ balas madam perlahan, dia mengangguk.

            ‘’ oh ye,, siapa aleyssa? ‘’ soal doctor tersebut dengan riak wajah ingin tahu.

            ‘’ saya doctor, ‘’ jawap aleyssa hairan, dia yang merasa sedikit terkejut menggaru garu kepalanya yan dtidak gatal.

            Doctor itu terseyum sambil memerhatikan aleyssa yang kehairanan. Dia mula menaggalkan stateskop di lehernya kemudian di masukkan ke dalam poket jaketnya.

            ‘’ pesakit nak jumpa kamu, semasa separuh sedar lagi dia asyik memanggil manggil nama kamu. ‘’ mendegarkan kata kata doctor itu membuatkan aleyssa sebak. Madam juga kelihatan terkejut dengan penjelasan doctor tersebut,

            ‘’ pergilah, tapi jangan lama-lama, biarkan pesakit rehat. Kamu pun perlukan rehat. ‘’ ujar doctor tersebut sambil mula melangkah.

            ‘’ doctor, saya ikut ke bilik? ‘’ pinta madam tiba tiba sambil berjalan menyaingi doctor lelaki itu meninggalkan aleyssa sendiri, masih kaku di situ, masih berbelah bagi, perasaannya masih celaru, agak lama dia berdiri di situ, kemudian dia mengambil langkah pertama untuk menapak perlahan lahan ke arah bilik yang menempatkan lee. 

Pintu bilik di buka perlahan, bau ubat menusuk hidungnya menjalar sehingga ke kepalanya. Dapat dilihat samar samar lampu seorang lelaki yang terlantar di atas katil. Biliknya besar, namun menempatkan hanya dia seorang saja, apa yang nak di hairankan, lee merupakan cucu wanita ternama, sudah tentu perkara ini tidak mustahil buatnya, melihatkan jug air kosong yang berada di tepi meja membuatkan tekaknya merasa perit, baru dia teringat dia langsung tidak menjamah apa apa pun dari semalam. Kini dah menjelang subuh, dia meletak beg galas perlahan di atas sofa yang berhampiran, dia mencapai gelas menuang air serta dengan rakus membasahkan tekaknya. 2 gelas di teguk rakus. Dia kemudian merasa sedikit segar, melihat lelaki itu lena walaupun kepala dan tangan berbalut membuatkan hatinya sedikit sayu, lelaki itu di pandang dari kepala hingga ke kaki. Kemudian kembali ke wajahnya. Samar samar lampu yang menyinari wajah lelaki itu membuatkan aleyssa semakin asyik memerhatikan lelaki itu. Walaupun wajahnya sedikit kelihatan lesu namun masih menampakkan kekacakannya.

            ‘’ tadi cakap nak jumpa saya? Sekarang dah tidur pulak? ‘’ ngomel aleyssa sendiri sambil merenung ke arah lelaki yang kelihatan nyenyak sekali tidurnya. dia mencebik bibirnya, bukannya apa dia Cuma ingin mengilangkan rasa mengantuknya. Dia tidak kisah jika lelaki itu tidut nyeyak, kerana apa yang penting kini adalah kesihatannya. Lenguh badannya mula terasa, sudah beberapa kali dia menguap menahan kantuk matanya. Untuk mengelakkan dia tertidur dia mula mendapat idea, sambil tersenyum dia memandang ke arah lee.

            ‘’ seronok awak tidur atas katil empuk ni yer? ‘’ ngomel aleyssa lagi, seolah olah sedang berbual dengan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu bukan dengar apa yang di bebelkannya. Tujuannya hanya untuk menghilangkan rasa mengantuk yang amat,

            ‘’ bilik sejuk, katil empuk, lampu samar samar, seronoknya kalau dapat tidur sekarang ni.. hurmmmm ‘’ ujar aleyssa lagi di akhiri dengan keluhan, dia mula memerhati keadaan bilik tersebut.

            ‘’ katil ni besar, pe kata awak teman saya? ‘’ ujar lelaki itu tiba tiba sambil membuka matanya.

            ‘’ awak ni? ‘’ terkejut dengan sapaan itu membuatkan aleyssa membulatkan matanya. Dia menggigit bibir, malu dengan gelagatnya sendiri. Tapi melihatkan lelaki itu mula tersenyum membuatkan hatinya di sapa perasaan yang tidak dapat digambarkannya sendiri, semua kerisuannya hilang.

            ‘’ awak tipu, awak tak tidur kan? Awak saje nak kenakan saya kan? ‘’

            ‘’ awak okey? ‘’ soal lee tanpa menghiraukan kata kata aleyssa tadi.

            Terdiam sejenak dengan soalan dari lelaki itu, aleyssa di sapa sayu, dia mula sebak memikirkan lelaki itu hanya memikirkan keselamatan dirinya melebihi diri sendiri, sedangkan dia yang sedang menghadapi kesakitan, mengapa pula dirinya yang di risaukan selalu?

            ‘’ leyssa? ‘’ panggil lee lembut apabila melihat gadis itu mula mengelamun sendiri,riak wajahnya mula mendung, matanya tampak berair.

            ‘’ saya okey la.. ‘’ jawab aleyssa perlahan sambil tersenyum, tangannya pantas menyeka air mata dari hujung matanya yang hampir  mengalir lagi.

            ‘’ boleh tak awak janji dengan saya jangan lagi buat macam hari ni? ‘’ ujar aleyssa setelah agak lama mereka berdiam diri. ‘’ saya dah tak sanggup tengok awak asyik cedera apabila dekat dengan saya. ‘’ sambungnya lagi dia mula bergerak ke sofa yang berada berhadapan katil tersebut. Melabuhkan tubuhnya bersandar di sofa empuk, seolah mencari kekuatan untuk berkata kata aleyssa menarik nafas dalam. ‘’ kalau boleh saya dah tak nak jumpa awak lagi. ‘’

            ‘’ leyssa, janji dengan saya? Lepas saya keluar dari sini , kita nikah? ‘’ potong lee lagi, kali ni aleyssa tidak mampu lagi meneruskan kata katanya. Antara sedar dan tidak dia mendegar kata kata lelaki itu, dia mula terlelap.


2 comments:

baby mio said...

CEPATLAH SAMBUNG LAMA TUNNGGU NI SIAPA YANG NAK LANGAR ALEYSSA

Anonymous said...

Salam, Thx 4 this N3.. Keep on writing.. cant wait 4 more... the suspense is killing me