PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, July 27, 2012

SouL Mate 53


Aleyssa sedar dari tidurnya sambil memisat misat bola matanya yang dek terpancar cahaya matahari. Apa yang di sedari, hari sudah pun pagi. Perkara pertama yang di cari adalah lelaki itu. Kata katanya masih terngiang di telinganya, antara mimpi atau reality. Dia sendiri tidak berapa pasti. Apabila melihat lelaki itu tidak berada di katilnya aleyssa mula bingkas bangun selimut hospital yang patut di pakai oleh pesakit yang berada di badannya diletak kembali ke katil, sewaktu berjalan mencari kelibat manusia dia melihat pintu balkoni yang terbuka luas, ada bayang  bayang manusia di luar sana. Aleyssa menapak perlahan ke kawasan  balkoni. Sesampai di pintu terasa angin dingin menampar perlahan wajahnya. Disitu dia melihat lee sedang asyik merenung matahari yang semakin meninggi. Tangannya masih beranduh, kepalanya berbalut, tubuhnya hanya dibaluti sehelai cardigan menampakkan susuk tubuhnya yang semakin kurus. Melihat lee yang asyik mengelamun sendiri aleyssa mula berdehem perlahan tanda mengkhabarkan kewujudannya di situ.

            ‘’ dah gosok gigi ke belum? ‘’ soal lelaki itu sambil memusingkan badan mengadap gadis itu yang sedikit terpana dengan soalan beraninya tadi. Aleyssa mula tersipu malu, bangkit saja dari tidur pekara pertama yang dicari adalah lelaki itu. Dia mula merasa panas di wajahnya walaupun angin dingin berhembus. Dia mula tunduk bisu, jarinya bermain main pipi mulusnya. Dia mula mengomel sendiri. ‘’ ishhh ade plak taye soalan macam tu. Buat malu aku je la dia ni.. shhh…  ‘’ bentak aleyssa sendiri. Dia marah dengan diri sendiri atau lebih tepat lagi dia malu dengan dirinya sendiri. Apabila dia mula mengambil langkah untuk masuk ke dalam le memanggilnya lembut.

            ‘’ nak ke mana tu? ‘’

            ‘’ mandi la, bukan macam awak tak boleh mandi seminggu.’’ Jawab aleyssa sinis. Sengaja di tekankan seminggu. Mulutnya muncung menahan marah. Melihatkan telatah gadis itu lee tersenyum. Usikannya mengena. Dia melihat gadis iru berlalu masuk ke bilik, dia mengeluh kecil sambil mengingati adegan sewaktu aleyssa sedang tertidur semasa dia sedang ‘melamar’ .


‘’ leyssa? ‘’ panggil lee lembut apabila melihat gadis itu mula mengelamun sendiri,riak wajahnya mula mendung, matanya tampak berair.
            ‘’ saya okey la.. ‘’ jawab aleyssa perlahan sambil tersenyum, tangannya pantas menyeka air mata dari hujung matanya yang hampir  mengalir lagi.
            ‘’ boleh tak awak janji dengan saya jangan lagi buat macam hari ni? ‘’ ujar aleyssa setelah agak lama mereka berdiam diri. ‘’ saya dah tak sanggup tengok awak asyik cedera apabila dekat dengan saya. ‘’ sambungnya lagi dia mula bergerak ke sofa yang berada berhadapan katil tersebut. Melabuhkan tubuhnya bersandar di sofa empuk, seolah mencari kekuatan untuk berkata kata aleyssa menarik nafas dalam. ‘’ kalau boleh saya dah tak nak jumpa awak lagi. ‘’
            ‘’ leyssa, janji dengan saya? Lepas saya keluar dari sini , kita nikah? ‘’ potong lee lagi, kali ni aleyssa tidak mampu lagi meneruskan kata katanya. Antara sedar dan tidak dia mendegar kata kata lelaki itu, dia mula terlelap.
Melihat gadis itu hanya terdiam sendiri kepalanya mula melentok perlahan, sedikit demi sedikit, dengan pantas lee sekuat tenaga cuba untuk turun dari katil dan berjalan dengan pantas dan sempat menahan kepala gadis itu dari terhantuk tepi sofa, dengan sebelah tangan yang ada dia sedaya upaya meletakkan kepala gadis itu perlahan supaya dia dapat tidur dengan selesa. Dia tersenyum sendiri, memikirkan apa yang di katakan sebentar tadi membuatkan hatinya semakin bergetar hebat. Dia kembali ke katil menarik selimut dan berjalan kembali menyelimutkan gadis yang sedang lena tidurnya walau hanya bersandar di sofa kecil itu. Melihat raut wajah gadis itu membuatkan perasaan kasihnya semakin mendalam, ingin saja gadis itu dimiliki secepat mungkin. Tidak sangup berdepan lebih lama dia kembali berbaring di katilnya. Namun matanya seakan tidak sehati dengan tubuhnya, walaupun masih terasa penat dan sakit badannya, matanya tetap tidak mahu lelap.

**************************************************************

            ‘’ rahsiakan perkara dari pengetahuan umum, kamu berdua mesti kawen secepat mungkin. Nenek akan selesaikan perkara ini tanpa mengaibkan mana mana pihak, majlis resepsi kamu akan diadakan besar besaran supaya mereka tidak dapat menghidu sebarang kejadian aib yang berlaku, nenek tahu ini bukan salah kamu. ‘’ ujar madam perlahan, satu keluhan berat dilepaskan. Dia berjalan meinggalkan pejabat agama itu. Celina yang menangis tersesak esak, matanya bengkak mungkin dek kerana tangisan yang lama. Lelaki itu hanya berdiri bersandar di dinding tanpa berkata sepatah pun. Perkara yang berlaku malam tadi masih segar dan seakan tidak percaya semua itu berlaku pada dirinya.

            Melihatkan wanita itu yang kehilangan diri membuatkan dia mengekori saja jejak langkah Celina, dia semakin tidak tentu arahnya berjalan perlahan. Tanpa di sedari dia berjalan terus melintas jalan raya di depan hospital, sebuah kereta berhenti mengejut sambil membunyikan hon dengan kuat, membuatkan gadis itu tersentak dan merasa tangannya di tarik kuat ke belakang. Air mata mula berccuran jatuh ke pipi, dia mula terduduk. Adam agak berang dengan tindakan gadis itu, dia menarik kuat tangan Celina.
            ‘’ bangun, ikut saya. ‘’ arah adam sedikit keras, tanpa sempat berbuat apa-apa Celina hanya mengekori lelaki itu masuk ke dalam keretanya, adam menghidupkan enjin keretanya. Dilihat Celina yang masih mengalirkan air mata. wajahnya kusam, jelas sekali dia sedang kecewa. Kereta di pandu laju, selang 10 minit dia sampai di satu kawasan tepi sungai yang sangat luas, kereta di parkir di tepi jalan. Lampu kereta di matikan, cahaya lampu di sepanjang jambatan itu menerangi malam tersebut, sekali sekala terdapat kereta yang lalu lalang di situ. Jika waktu siang hari tempat ini dijadikan kawasan rekreasi. Malam juga tak kurang cantiknya.
            ‘’ awak boleh lepaskan semuanya malam ni. Menangislah sebanyk mana awak nak. Jangan simpan perasaan awak tu dalam hati, nanti hati awak juga yang sakit. ‘’ ujar adam perlahan memberi sedikit nasihat. Mendengarkan kata kata lelaki itu Celina mula menangis teresak esak, air mata mengalir dengan derasnya. Bahunya terhenjut henjut menahan sebak di dada. Sekali sekala esakanya cukup menyayat hati. Adam tersentuh melihat kesedihan gadis itu. Dia tahu perasaan gadis itu saat ini. Entah mengapa tangisan gadis itu cukup menyiat hatinya. Dia memegang bahu gadis itu dengan harapan dapat memberi semangat untuknya. Serentak itu Celina memeluk erat lengan lelaki itu. Dia menangis lagi.
Tiba tiba kereta mereka di ketuk dari luar. Celina tersedar yang dia sedang menangis di bahu lelaki itu. Adam bingung, dia melihat 2 hingga 5 orang lelaki yang salah seorang darinya berkopiah, mereka menyuluh nyuluh lampu picit yang di bawa ke dalam kereta mereka. Adam mula tersedar, yang mereka berdua di landa masalah yang besar, dia mula menyesal dengan tidakannya membawa gadis itu di kawasan begini. Celina yang masih kesedihan seakan blurrr dengan kejadian yang berlaku. Dia hanya mampu mengalirkan air mata yang seakan tidak kering.

*******************************************************
            ‘’ semua yang berlaku salah saya. Nenek siapkan semuanya, saya nak majlis mereka berjalan serentak dengan majlis saya. Dan sebelum berlangsung majlis kita adakan satu siding media, saya akan bertangungjawab atas semua perkara yang berlaku. Saya akan terangkan semua kepada Celina, saya Cuma harap dia dapat terima semua ni.’’ Kata kata lee itu membuatkan madam sedikit hairan, dia mula berjalan menghampiri cucunya itu.

            ‘’ apa yang kamu rancangkan ni? ‘’ soal neneknya, wajahnya sedikit gusar, dia sedikit sebanyak dapat meneka apa yang bakal dilakukan cucu lelakinya itu.

            ‘’ mahu atau tidak nenek perlu terima rancangan saya, hanya dengan cara ini kita dapat menyelamatkan maruah semua  orang. ‘’

            ‘’ dan kamu dapat perempuan itu? ‘’ pintas madam.

            ‘’ aleyssa… nanai, nama dia aleyssa. ‘’ terang lee bersahaja.

            ‘’ bila saya boleh keluar dari sini ? ‘’ Tanya lee lagi. Dia sudah berkira kira untuk keluar secepat yang mungkin, dia tidak mahu lagi menagguhkan perkara ini. Dia juga tidak mahu Celina terluka. Sudah banyak perkara yang membuatkan hati gadis itu kecewa dan merana, seboleh bolehnya dia ingin melindungi gadis itu walau dengan apa cara sekalipun.



1 comment:

Anonymous said...

Salam.... thx 4 this N3... makes my day!!