PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, June 25, 2012

SouL Mate 51



Sinaran terik matahari memancar terus ke mukanya. Walaupun panas namun dia masih tidak berganjak dari duduknya. Apa yang ada dalam fikriannya saat ini membuatkan dia lebih keliru dan takut. Semua perasaan bercampur aduk. Dia merasa tidak tenang. Beberapa jam mendengan cerita lama dari Tengku farid membuatkan dirinya merasa lebih tertekan dengan keadaan serta dirinya sendiri. Pandangan di lempar  jauh ke hujung lautan. Bunyi derapan kaki membuatkan Aleyssa berpaling untuk melihat siapa yang berada di kawasan itu. Tengah hari begini masakan ada pengunjung yang bersiar siar di pantai, melainkan dirinya yang separuh gila memikirkan keadaan berlaku pada dirinya. Bukan tidak dinasihatkan oleh pak Samad, malah dia yang degil masih mahu berjemur di panas terik matahari, duduk bersimpuh di bawah pohon kelapa yang tidak berbuah.

            ‘’ tak takut gelap ke? ‘’ soal satu suara bersama bunyi derapan kaki yang semakin jelas.
Aleyssa kenal suara itu, walaupun sedikit lega namun dalam hatinya masih berlegar legar tentang apa yang diperkatakan oleh Tengku Farid semalam. Walaupun dia tidak memberitahu sesiapa yang dia di sini namun dia tidak merasa hairan, lelaki itu akan tahu di mana keberadaannya. Dia semakin selesa, jika dulu dia selalu bertanya atau memikirkan perkara tersebut, namun disebabkan lelaki itu adalah lee, maka dia tidak pernah risau. Bahkan dia merasa sedikit lega kerana aka nada orang yang tahu di mana dia berada dan lee lah yang selalu datang menyelamatkan dirinya dari sebarang kecelakaan. Kadang kadang dia terfikir seolah olah lee memasang alat pengesan pada tubuhnya. Dan tiba tiba dia tergelak kecil apabila memikirkan perkara itu.

            ‘’ kenapa awak gelak? ‘’ Tanya lee sambil mengambil duduk di sebelah gadis itu.
Kali ini aleyssa memandang wajah lee, senyumnya masih berbaki, melihat wajah lelaki itu, sedikit kemerahan, seperti di bakar mentari. Peluh menitik. Sedikit pelik, kemudian barulah dia mengerti. Di ambil tisu dari beg sandangnya dan di hulur kepada lelaki itu sambil menunggu reaksi lelaki yang seolah tidak mempunyai perasaan yang asyik memerhatikan laut sehingga kecil matanya menentang sang matahari. Dan apabila tisu bertukar tangan aleyssa senyum lagi. Kali ini dia senyum sambil memerhatikan lelaki itu mengelap wajahnya yang masih kemerahan.

            ‘’ dah lama awak berjemur? Tak takut gelap ker? ‘’ aleyssa memulang paku buah keras. Lee sedikit terpempan. Matanya membulat. Lelaki itu tidak terkata. hanya terus memandang ke laut yang membiru itu. Sementara itu Aleyssa hanya menggeleng, dia mencebik bibirnya 

            ‘’ dah berapa lama awak tunggu saya ni? ‘’ soal aleyssa lagi beberapa minit kemudian, kerana dia melihat seolah lelaki itu tidak mahu memulakan bicara, apabila berada dalam keadaan senyap dia mula merasa kekok.

            ‘’ awak sama je macam dulu kan? ‘’ ujar aleyssa perlahan, berbaur kecewa. Apabila aleyssa tidak mendapat jawapan dari pertanyaannya dia mula merasa sesuatu yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Untuk kali ini dia merasa seolah dirinya tidak dihargai, selalu di biarkan berbual sendiri. Memang dari dulu lagi lelaki itu memang berpewatakan begitu, selalu di sisinya tapi tidak pernah melayan bicaranya, hanya dia saja yang berbicara lebih dari segalanya. Entah mengapa hari ini dia cukup tersentuh hati melihat wajah tak beriak lelaki itu. Bukan sekali dua lelaki itu begitu, sebelum in dia tidak pernah terasa dengan kelakuannya namun hari ini dia mula sebak. Entah mengapa. Dia mula berdiam diri,

            ‘’ kenapa sekarang semua dah lain? Kenapa semua perkara yang buruk berlaku pada saya? Kenapa saya tak boleh hidup sederhana macam gadis lain? Kenapa saya yang harus lalui semua ini? Tapi kenapa awak masih sama macam dulu? Dan kenapa kali ni saya sedih sebab awak masih sama macam dulu? ‘’ entah berapa banyak soalan yang di ajukan kepada lelaki itu, tanpa di sedari dia mula menyuarakan ketidak puasan hatinya. Sedikit terkejut denga solan gadis itu lee mula memandang wajah aleyssa, nyata ada genangan air di kelopak mata gadis itu. Hanya menunggu masa untuk mencurah jatuh menghempas pantai. Lee mula merasa serba salah. Dia mula berdehem. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mukanya cuak. Otaknya ligat berfikir apa yang perlu dilakukan sebelum air mata mengalir deras. Dia tidak sanggup lagi melihat air mata menitis ke pipi gadis itu, kerana apabila ia berlaku dia juga tidak akan percaya apa yang akan dilakukannya nanti. Berada di dekat gadis itu membuatkan getaran cukup hebat didanya, apatah lagi melihat gadis kesanyangannya menitiskan air mata. itupun disebabkan dirinya yang dikatakan masih sama seperti dahulu.

            ‘’ maafkan saya ? “ pinta lee bersungguh-sungguh, kali ini Nampak kesungguhan di matanya, mukanya masih cuak. Tampak lebih cuak apabil dia mula mengigit gigit bibirnya sambil memulas mulas jari telunjuknya. Melihatkan kelakuan lelaki itu sedikit pelik membuatkan ketawa aleyssa berderai jua. Entah mengapa tadi dia merasa cukup terkilan dengan sikap lelaki itu, tapi sekejap saja masa berlalu dia boleh bergelak tawa memerhatikan gelagat lee tadi. Nampak jelas dia cuak apabila melihat genangan air di matanya.

            ‘’ gelak lagi? Kelakar sangat ke muka saya ni? ‘’ kali ini lee pula seakan terasa dengan kelakuan aleyssa. dia merenung tajam wajah gadis yang masih bergelak sakan itu. Menampakkan susunan giginya. Air matanya mengalir jua, tapi bukan kerana kesedihan, tapi kerana dek terlebih ketawa. Renungan tajam mata lelaki itu membuatkan aleyssa terhenti ketawa, dia membetulkan duduknya. Sedang mereka berdua melayan perasaan masing masing, mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Aleyssa sedikit terkejut dengan kedatangan lelaki itu. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengannya. Tidak sangka pula pertemuan mereka di sini. 

            ‘’alif.. awak buat apa kat sini?’’ sapa Aleyssa sambil menghadiah senyuman. Dia bangun sambil membersihkan pasir pasir yang melekat di seluarnya. 

            ‘’ ingat lagi? Dia lee, kawan sekolah kita dulu? ‘’ ujarnya lagi berbasa basi apabila dia merasa ada aura yang tidak elok diantara dua lelaki itu. Entah mengapa Alif haikal merenung tajam lelaki yang sedang duduk disebelahnya itu. Sedangkan mereka dulu pernah bersekolah di sekolah yang sama. Lebih lagi datang dari kampung yang sama. Aleyssa mula kekok apabila tiada dari seorang pun lelaki itu yang bersuara. Dia mula cuak. Mengapa pula mereka berdua ni ibarat musuh yang bertembung di medan peperangan. Yang seorang ibarat mahu  menelan orang, yang seorang lagi tidak mempedulikan kehadiran orang lain. Dan tiba tiba lee bangun sambil menghulurkan tangannya kepada Alif, beberapa saat kemudian salam disambut. Dua lelaki itu berjabat tangan, agak lama. Ada aura negative di situ.

            ‘’ selamat bertemu kembali. ‘ ujar lee pendek. Dia tiba tiba tersenyum. Sungguh payah untuk mengklasifikasikan senyuman itu, samada ikhlas mahupun sinis, masih lagi terasa aura aura kurang enak antara mereka berdua.

            ‘’ errr.. apa awk buat kat sini? ‘’ Tanya Aleyssa lagi. Tidak sanggup lagi melihat kedua mereka berperang psikologi, kali ini mereka seakan tersedar, genggaman tangan di lepaskan.

            ‘’ saya ada kerja di sini. projek di belakang sana perlukan selian saya.’’  Tunjuk haikal menghala ke arah perkampungan sana. Mulutnya membentuk huruf O dia, hanya mengangguk kan kepalanya. Dia sendiri tidak pasti samada syarikatnya mempunyai projek di situ, kerana dia terlalu sibuk dengan pelajaran sehingga kadang kadang dia tidak ambil tahu sangat pasal projek projek syarikat. Semuanya di serahkan kepada pak ciknya, hanya beberapa perkara sahaja yang dia perlu tahu. Itupun dia akan dapat leporan setiap bulan oleh pembantu pribadi Tengku farid sendiri. Semuanya telah disiapkan dia hanya perlu membaca laporan tersebut dan menilai prestasi syarikat. Kemudian mereka diam beberapa saat. Hanya dentuman kecil ombak yang bersuara. 

            ‘’ ermmm… ‘’ Aleyssa mula tidak tahu untuk bicara apa. Dia ligat berfikir, bagaimana nak lepas dari situasi yang tidak selesa ini. Lee dari tadi diam tidak beriaksi. Dia seolah tenggelam dengan lamunan dia sendiri, seolah tidak mempedulikan mereka berdua. 

            ‘’ kita minum dulu?  Lagipun dah lama kita tak jumpa kan? ‘’ ajak Haikal memintas kata kata Aleyssa. matanya melirik kepada lee yang beriak selamber, kedua tanganya di masukkan ke poket seluarnya. Kakinya menguis nguis pasir pantai. Mendengarkan ajakan lelaki itu lee mengerutkan dahinya. Bahunya diangkat sedikit, membawa maksud yang tidak keberatan, kini matanya melirik kepada gadis itu, menunggu jawapannya pula. ‘’ ermmmm..’’ aleysaa masih berkira kira dengan jawapannya.

            ‘’ jom? Dekat sana air kelapanya sedap? ‘’ ajak lelaki itu lagi bersungguh pula kali ini. Aleyssa mula merasa tidak elok jika dia menolak, lagi pun dia bukan berduaan. Tanpa berlengah mereka berjalan menuju ke restoran berdekatan, lee berjalan di belakang mereka berdua. Tiada bicara lee hanya memerhatikan gerak geri 2 manusia di depan nya itu.

Cuaca yang panas, kelihatan semua pengunjung yang datang ke situ memilih air kelapa untuk membasahkan tekak masing masing, dapat dilihat di setiap meja semuanya terdapat buah kelapa muda yang di ukir cantik untuk pelanggannya. Suasan nyaman, tapi kenapa dia masih merasa ada aura panas disekelilingnya. Dia mengeluh lemah.

1 comment:

Anonymous said...

Salam... Hmm....Intriguing!! Wonder wht really happens..... more plse