PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, June 25, 2012

SouL Mate 51



Sinaran terik matahari memancar terus ke mukanya. Walaupun panas namun dia masih tidak berganjak dari duduknya. Apa yang ada dalam fikriannya saat ini membuatkan dia lebih keliru dan takut. Semua perasaan bercampur aduk. Dia merasa tidak tenang. Beberapa jam mendengan cerita lama dari Tengku farid membuatkan dirinya merasa lebih tertekan dengan keadaan serta dirinya sendiri. Pandangan di lempar  jauh ke hujung lautan. Bunyi derapan kaki membuatkan Aleyssa berpaling untuk melihat siapa yang berada di kawasan itu. Tengah hari begini masakan ada pengunjung yang bersiar siar di pantai, melainkan dirinya yang separuh gila memikirkan keadaan berlaku pada dirinya. Bukan tidak dinasihatkan oleh pak Samad, malah dia yang degil masih mahu berjemur di panas terik matahari, duduk bersimpuh di bawah pohon kelapa yang tidak berbuah.

            ‘’ tak takut gelap ke? ‘’ soal satu suara bersama bunyi derapan kaki yang semakin jelas.
Aleyssa kenal suara itu, walaupun sedikit lega namun dalam hatinya masih berlegar legar tentang apa yang diperkatakan oleh Tengku Farid semalam. Walaupun dia tidak memberitahu sesiapa yang dia di sini namun dia tidak merasa hairan, lelaki itu akan tahu di mana keberadaannya. Dia semakin selesa, jika dulu dia selalu bertanya atau memikirkan perkara tersebut, namun disebabkan lelaki itu adalah lee, maka dia tidak pernah risau. Bahkan dia merasa sedikit lega kerana aka nada orang yang tahu di mana dia berada dan lee lah yang selalu datang menyelamatkan dirinya dari sebarang kecelakaan. Kadang kadang dia terfikir seolah olah lee memasang alat pengesan pada tubuhnya. Dan tiba tiba dia tergelak kecil apabila memikirkan perkara itu.

            ‘’ kenapa awak gelak? ‘’ Tanya lee sambil mengambil duduk di sebelah gadis itu.
Kali ini aleyssa memandang wajah lee, senyumnya masih berbaki, melihat wajah lelaki itu, sedikit kemerahan, seperti di bakar mentari. Peluh menitik. Sedikit pelik, kemudian barulah dia mengerti. Di ambil tisu dari beg sandangnya dan di hulur kepada lelaki itu sambil menunggu reaksi lelaki yang seolah tidak mempunyai perasaan yang asyik memerhatikan laut sehingga kecil matanya menentang sang matahari. Dan apabila tisu bertukar tangan aleyssa senyum lagi. Kali ini dia senyum sambil memerhatikan lelaki itu mengelap wajahnya yang masih kemerahan.

            ‘’ dah lama awak berjemur? Tak takut gelap ker? ‘’ aleyssa memulang paku buah keras. Lee sedikit terpempan. Matanya membulat. Lelaki itu tidak terkata. hanya terus memandang ke laut yang membiru itu. Sementara itu Aleyssa hanya menggeleng, dia mencebik bibirnya 

            ‘’ dah berapa lama awak tunggu saya ni? ‘’ soal aleyssa lagi beberapa minit kemudian, kerana dia melihat seolah lelaki itu tidak mahu memulakan bicara, apabila berada dalam keadaan senyap dia mula merasa kekok.

            ‘’ awak sama je macam dulu kan? ‘’ ujar aleyssa perlahan, berbaur kecewa. Apabila aleyssa tidak mendapat jawapan dari pertanyaannya dia mula merasa sesuatu yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Untuk kali ini dia merasa seolah dirinya tidak dihargai, selalu di biarkan berbual sendiri. Memang dari dulu lagi lelaki itu memang berpewatakan begitu, selalu di sisinya tapi tidak pernah melayan bicaranya, hanya dia saja yang berbicara lebih dari segalanya. Entah mengapa hari ini dia cukup tersentuh hati melihat wajah tak beriak lelaki itu. Bukan sekali dua lelaki itu begitu, sebelum in dia tidak pernah terasa dengan kelakuannya namun hari ini dia mula sebak. Entah mengapa. Dia mula berdiam diri,

            ‘’ kenapa sekarang semua dah lain? Kenapa semua perkara yang buruk berlaku pada saya? Kenapa saya tak boleh hidup sederhana macam gadis lain? Kenapa saya yang harus lalui semua ini? Tapi kenapa awak masih sama macam dulu? Dan kenapa kali ni saya sedih sebab awak masih sama macam dulu? ‘’ entah berapa banyak soalan yang di ajukan kepada lelaki itu, tanpa di sedari dia mula menyuarakan ketidak puasan hatinya. Sedikit terkejut denga solan gadis itu lee mula memandang wajah aleyssa, nyata ada genangan air di kelopak mata gadis itu. Hanya menunggu masa untuk mencurah jatuh menghempas pantai. Lee mula merasa serba salah. Dia mula berdehem. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Mukanya cuak. Otaknya ligat berfikir apa yang perlu dilakukan sebelum air mata mengalir deras. Dia tidak sanggup lagi melihat air mata menitis ke pipi gadis itu, kerana apabila ia berlaku dia juga tidak akan percaya apa yang akan dilakukannya nanti. Berada di dekat gadis itu membuatkan getaran cukup hebat didanya, apatah lagi melihat gadis kesanyangannya menitiskan air mata. itupun disebabkan dirinya yang dikatakan masih sama seperti dahulu.

            ‘’ maafkan saya ? “ pinta lee bersungguh-sungguh, kali ini Nampak kesungguhan di matanya, mukanya masih cuak. Tampak lebih cuak apabil dia mula mengigit gigit bibirnya sambil memulas mulas jari telunjuknya. Melihatkan kelakuan lelaki itu sedikit pelik membuatkan ketawa aleyssa berderai jua. Entah mengapa tadi dia merasa cukup terkilan dengan sikap lelaki itu, tapi sekejap saja masa berlalu dia boleh bergelak tawa memerhatikan gelagat lee tadi. Nampak jelas dia cuak apabila melihat genangan air di matanya.

            ‘’ gelak lagi? Kelakar sangat ke muka saya ni? ‘’ kali ini lee pula seakan terasa dengan kelakuan aleyssa. dia merenung tajam wajah gadis yang masih bergelak sakan itu. Menampakkan susunan giginya. Air matanya mengalir jua, tapi bukan kerana kesedihan, tapi kerana dek terlebih ketawa. Renungan tajam mata lelaki itu membuatkan aleyssa terhenti ketawa, dia membetulkan duduknya. Sedang mereka berdua melayan perasaan masing masing, mereka dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Aleyssa sedikit terkejut dengan kedatangan lelaki itu. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengannya. Tidak sangka pula pertemuan mereka di sini. 

            ‘’alif.. awak buat apa kat sini?’’ sapa Aleyssa sambil menghadiah senyuman. Dia bangun sambil membersihkan pasir pasir yang melekat di seluarnya. 

            ‘’ ingat lagi? Dia lee, kawan sekolah kita dulu? ‘’ ujarnya lagi berbasa basi apabila dia merasa ada aura yang tidak elok diantara dua lelaki itu. Entah mengapa Alif haikal merenung tajam lelaki yang sedang duduk disebelahnya itu. Sedangkan mereka dulu pernah bersekolah di sekolah yang sama. Lebih lagi datang dari kampung yang sama. Aleyssa mula kekok apabila tiada dari seorang pun lelaki itu yang bersuara. Dia mula cuak. Mengapa pula mereka berdua ni ibarat musuh yang bertembung di medan peperangan. Yang seorang ibarat mahu  menelan orang, yang seorang lagi tidak mempedulikan kehadiran orang lain. Dan tiba tiba lee bangun sambil menghulurkan tangannya kepada Alif, beberapa saat kemudian salam disambut. Dua lelaki itu berjabat tangan, agak lama. Ada aura negative di situ.

            ‘’ selamat bertemu kembali. ‘ ujar lee pendek. Dia tiba tiba tersenyum. Sungguh payah untuk mengklasifikasikan senyuman itu, samada ikhlas mahupun sinis, masih lagi terasa aura aura kurang enak antara mereka berdua.

            ‘’ errr.. apa awk buat kat sini? ‘’ Tanya Aleyssa lagi. Tidak sanggup lagi melihat kedua mereka berperang psikologi, kali ini mereka seakan tersedar, genggaman tangan di lepaskan.

            ‘’ saya ada kerja di sini. projek di belakang sana perlukan selian saya.’’  Tunjuk haikal menghala ke arah perkampungan sana. Mulutnya membentuk huruf O dia, hanya mengangguk kan kepalanya. Dia sendiri tidak pasti samada syarikatnya mempunyai projek di situ, kerana dia terlalu sibuk dengan pelajaran sehingga kadang kadang dia tidak ambil tahu sangat pasal projek projek syarikat. Semuanya di serahkan kepada pak ciknya, hanya beberapa perkara sahaja yang dia perlu tahu. Itupun dia akan dapat leporan setiap bulan oleh pembantu pribadi Tengku farid sendiri. Semuanya telah disiapkan dia hanya perlu membaca laporan tersebut dan menilai prestasi syarikat. Kemudian mereka diam beberapa saat. Hanya dentuman kecil ombak yang bersuara. 

            ‘’ ermmm… ‘’ Aleyssa mula tidak tahu untuk bicara apa. Dia ligat berfikir, bagaimana nak lepas dari situasi yang tidak selesa ini. Lee dari tadi diam tidak beriaksi. Dia seolah tenggelam dengan lamunan dia sendiri, seolah tidak mempedulikan mereka berdua. 

            ‘’ kita minum dulu?  Lagipun dah lama kita tak jumpa kan? ‘’ ajak Haikal memintas kata kata Aleyssa. matanya melirik kepada lee yang beriak selamber, kedua tanganya di masukkan ke poket seluarnya. Kakinya menguis nguis pasir pantai. Mendengarkan ajakan lelaki itu lee mengerutkan dahinya. Bahunya diangkat sedikit, membawa maksud yang tidak keberatan, kini matanya melirik kepada gadis itu, menunggu jawapannya pula. ‘’ ermmmm..’’ aleysaa masih berkira kira dengan jawapannya.

            ‘’ jom? Dekat sana air kelapanya sedap? ‘’ ajak lelaki itu lagi bersungguh pula kali ini. Aleyssa mula merasa tidak elok jika dia menolak, lagi pun dia bukan berduaan. Tanpa berlengah mereka berjalan menuju ke restoran berdekatan, lee berjalan di belakang mereka berdua. Tiada bicara lee hanya memerhatikan gerak geri 2 manusia di depan nya itu.

Cuaca yang panas, kelihatan semua pengunjung yang datang ke situ memilih air kelapa untuk membasahkan tekak masing masing, dapat dilihat di setiap meja semuanya terdapat buah kelapa muda yang di ukir cantik untuk pelanggannya. Suasan nyaman, tapi kenapa dia masih merasa ada aura panas disekelilingnya. Dia mengeluh lemah.

Friday, June 15, 2012

SouL Mate 50


Sejak ALeyssa dania nyaris kemalangan tempoh hari, setiap hari dia semakin berhati hati dengan pergerakan serta sentiasa berwaspada dalam setiap langkahnya. Pesanan dari lee sentiasa terngiang ngiang di telinganya. Tidak di lupa juga pelawaan lelaki itu yang membuatkan dia tidak keruan sehingga ke hari ini. Dia sengaja memekakkan telinganya apabila perkataan kawen yang di ucapkan lelaki itu.  Mana mungkin dia memikirkan perkara tersebut dengan lelaki itu. Lelaki yang telah pun mempunyai tunang yang kaya lagi cantik orangnya. Berbanding dengan dirinya dia jauh ketinggalan dari Celina. Bukan sahaja cantik berkaliber, malah dia sangat peramah dan baik orangnya, mana mungkin dia sanggup melukakan hati wanita itu. Meskipun dia sering berperang dengan perasaannya sendiri. 

Setiap hari dia akan dihantar dan di jemput pak Samad untuk ke setiap destinasinya. Dia lebih selesa bersama lelaki tua daripada di kawal oleh pengawal peribadi yang tampaknya seperti lelaki dalam cerita men in black lagaknya. Apabila teringatkan mengenai pengawal peribadi Fasha yang senang senag sahaja dikalahkan oleh lee maka aleyssa lebih senang untuk mengambil langkah berhati hati serta menghadkan dirinya untuk sentiasa keluar, jika ada urusan di luar dia akan sentiasa ditemani dan akan berada di kawasan yang ramai orang supaya menyukarkan mereka yang berniat jahat untuk bertindak ke atas dirinya. Apabila dinyatakan ketegasan nya mengenai langkah yang diambil barulah Tengku Farid akur dengan cadanganya, walaupun dia masih mahu dua pengawal peribadi yang terbaik untuk menjaga keselamatannya. Apabila Tengku farid mendapat tahu yang Aleyssa nyaris cedera kerana kemalangan yang tampak dirancang, dia juga telah mengetatkan kawalan keselamatan untuk keluarganya, walaupun dia masih tidak tahu motif serta dalang disebaliknya. Namun yang membuatkan dia hairan, hanya aleyssa yang selalu menghadapi masalah tersebut. Disebabkan itu lah dia merasakan perkara ini harus berkait rapat dengan orang yang dikenali. Semuanya masih dalam siasatan peribadinya.

*********************************************
           
 ‘’ apa lagi yang kamu semua nak kan? Duit? Perempuan? Semua aku dah berikan? Kenapa perempuan lembik sorang tu pun korang tak boleh selesaikan? ‘’ bentak lelaki itu. Tangannya di hentak keras ke meja hingga bergegar hebat. 3 lelaki yang berdiri di hadapannya hanya tunduk membisu. Tidak terkata.
            
 ‘’ nampaknya aku perlu mencari jalan lain untuk musnahkan dan menghancurkan hidupnya. Kamu semua perlu bersiap sedia dari sekarang. ‘’ arahnya kepada konco-konconya berserta senyuman sinis. Entah mengapa rancangannya sentiasa menenmui kegagalan. Dia sering sakit hati setiap apa yang dirancang selalu tergendala di tengah jalan. Ada saja yang mengalangnya. Lebih menyakitkan hati apabila dia mendapat tahu aleyssa di jaga rapi oleh sekumpulan lelaki yang berasal dari kongsi gelap yang berpengaruh. Disebabkan itu lah konco-konconya tidak pernah dapat untuk mendekati gadis itu. 

Fail biru itu diambil dan diselak helaian demi helain, setiap helaian mengandungi semua maklumat serta gambar gambar berkaitan musuh yang akan di hancurkan hidup mereka. Sekeping gambar di tatap penuh kemarahan. Gambar seorang gadis ayu bertudung, seyuman yang manis gadis itu langsung tidak bias merubah dendam yang membara dihatinya. semakin lama di tatap gambar tersebut semakin berapi hatinya saat itu. Pisau Rambo yang turut berada di atas meja tersebut di ambil pantas Zapppp!!!! Ditoreh pantas gambar tersebut menyebabkan calar di wajah gadis itu. 

            ‘’ jangan kau ingat kau selamat dengan ada perlindungan dari anak cina itu. Aku tetap akan hancurkan hidup kau, sial! ‘’ bentak lelaki itu keras.Kemudian dia ketawa penuh bangga.

            ***********************************************************
Dinding rumah dipandang sepi. Sejak dia tinggal sendiri hari hari yang dilaluinya sunyi sekali. Tiada lagi gelak tawa gadis bernyayi sambil bergurau senda. Tiada lagi masakan untuk makan berdua. Kini hanya tinggal dirinya sendiri. Rumah yang dibiarkan bersepah sememangnya tidak sama dengan kehadiaran aleyssa dulu. Entah mengapa Amira lesu sentiasa, dia duduk memandang ke arah luar tingkapnya. Waktu malam yang dingin yang hanya disinari cahaya neon. Menerangi keadaan rumahnya yang malap. Dilihat dirinya yang semakin cengkung, matanya sentiasa lebam dek kerana sering tidak cukup tidur. Sering keluar berparti. Selalu bersama rakan rakan  yang tidak jelas asal- usulnya, semuanya berfoya foya. Menari, minum arak, dadah semuanya menjadi satu permulaan baru baginya. Namun semakin hari dia semakin tenggelam dengan keseronokan dunia dan kekecewaannya.

Di sebelah amira di dilihat berkeping keeping gambarnya bersama aleyssa. semuanya merupakan detik detik manis dia bersama sahabat serta rakan malah ibarat saudaranya sendiri. Namun sejak peristiwa itu dia mula berubah. Dia mula keliru dengan dirinya sendiri. Dia lebih memandang ke arah negative semata mata, semua kebaikan serta kegembiraan yang dilalui bersama dahulu hilang begitu saja. Dalam tidak sedar cairan jernih mengalir lebat ke pipinya. Hatinya kini kosong. Sekosong pandangannya. Rasa bersalah bersarang di dada. Perit sunguh untuk dihdapinya. Manakan tidak bukan sehari dua perkenalan mereka, bukan satu dua perkara baik buruk yang dilalui mereka. Bukan sekali dua mereka saling melengkapi. Mereka ibarat kembar yang tapat dipisahkan, namun disebabkan satu perkara saja Amira mula menjauhkan diri, melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak baik untuk dirinya. Hanya disebabkan lelaki dia mula hilang kepercayaan kepada sahabatnya sendri. Hanya kerana terlalu sukakan lelaki dia lebih tegar memutuskan hubungan persahabatan. Putus hubungan. Betapa bodohnya dirinya memikirkan semua pekara yang dilakukan kepada gadis itu. Betapa remuk hatinya saat melihat aleyssa menangis meninggalkan rumah mereka. Namun disebabkan lelaki dia sanggup membiarkan sahaja pemergian aleyssa. 

            ‘’ maafkan aku lesyya.. maafkan sahabatmu ini ‘’ rintih amira sendirian sambil matanya dipejam rapat. Ada sendu di dadanya saat itu.

Bungkusan yang diterima di luar pagar itu dibawa masuk. Pak samad yang menerima sewaktu dia ingin masuk ke villa Tengku farid. Bungkusan tersebut di kirim atas nama Tengku Farid, melihatkan kotak sederhana besar itu membuatkan dia hairan, belum pernah dia menerima bungkusan di rumahnya selama ini. Sedikit sebanyak membuatkan dia sedikit ragu, wajahnya cuak, aleyssa yang turut ada di situ perasaan akan wajah pak ciknya. Dengan perasaan ragu Tengku farid lantas mengabil kotak kemudian diarahkan kepada pak samad untuk membuka kotak tersebut. Mereka berdua menanti dengan sabar melihat pak samad yang berusaha membuka bungkusan itu dengan cermat, memandangkan semua permukaan kotak tersebut di balut cantik dan kemas dengan tape jernih serta tebal menyukarkan untuk proses membuka kotak tersebut.

            ‘’ ada fail dalam ni tuan. ‘’ ujar pak samad sambil tangannya mengeluarkannya, beberapa saat kemudian fail biru tersebut betukar tangan. Tengku farid kini menyelak satu persatu,, dan alagkah terkejutnya dia melihat semua gambar serta perkara perkara yang ada di dalam fail itu. Membuatkan mata terbuntang luas, terduduk dia di buatnya. Fail terlepas dari tangan. Dan serentak dengan itu dia mula mengerang kesakitan sambil menekan kuat dadanya.

            ‘’ pak cik!! ‘’ jerit aleyssa bingung sambil menerpa ke arah tengku Farid yang hampir pengsan.

Segelas air berserta ubat penenang dihulurkan kepada lelaki itu. Tengku farid merehatkan tubuhnya di atas sofa tersebut. Semua isi-isi fail tadi di belek satu persatu membuatkan dia berkerut dahi serta mengelengkan kepalanya. 

            ‘’ kenapa? Kenapa semua ni boleh berlaku? ‘’ rintihnya sendiri, rintihanya diperhatikan oleh aleyssa yang di sisinya. Dia sendiri tidak faham apa yang berlaku. Melihatkan kekusutan wajah bapa saudaranya membuatkan dia sendiri naik risau. Duduknya tidak betah.

            ‘’ pak cik, apa sebenarnya yang berlaku pak cik? Apa semua tu? Soal aleyssa lembut sambil merujuk kepada fail yang dipegang lelaki itu. Namun tiada jawapan dari lelaki itu. Tengku farid hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepalanya. Berat sungguh hatinya untuk menceritakan segalanya kepada gadis itu. Namun perkara ini sudah sampai tahap yang tidak dapat di bending lagi. Mahu tidak mahu dia perlu menceritakan semuanya kepada mereka yang berhak tahu perkara ini. Tengku Farid dengan sedaya upaya untuk bangun. Aleyssa dengan pantas memapah lelaki itu untuk cuba berdiri. Tengku Farid memberikan isyarat yang dia mampu untuk bangun sendiri. Dia berjalan menuju kearah satu rak dan mengambil sebuah buku tebal berwarna hitam di satu sudut rak yang tinggi dan mempunyai ratusan buku itu. Beberapa helaian muka surat di selak, sekeping gambar di keluarkan dan di hulur kepada aleyssa, tanpa ragu gadis itu menyambut dan matanya menagkap imej seorang lelaki dan wanita yang mendukung seorang kanak kanak perempuan. Apabila di perhatikan betul betul imej tersebut dia langsung tidak dapat mengingati jauh sekali mengenal imej2 dalam gambar itu. Namun sekali imbas wanita itu persis mak cik Faridah. Tiada bicara dari kedua mereka, aleyssa masih sabar menunggu bicara dari Tengku farid. Dia sendiri tidak tahu samada perlu atau tidak dia bertanya mengenai gambar itu, bersedia kah dia untuk mendengar jawapan dari Tengku farid, sedangkan hatinya kini kuat mengatakan kanak kanak itu adalah dirinya, dan lelaki dan wanita itu ibu dan bapanya. 

            ‘’ aleyssa, sebelum pak cik ceritakan semuanya kepada kamu, pak cik nak minta maaf banyak banyak dengan kamu. Pak cik harap selepas kamu dengan semua cerita pak cik, kamu buatlah keputusan yang terbaik untuk kamu. Semuanya bergantung kepada kamu sekarang ini. Pak cik dah tak mampu lagi untuk berdiam diri, selama ini pak cik Cuma mengikut telunjuk tanpa menyedari ia membahayakan serta meragut nyawa orang lain. Pak cik dah tak sanggup lagi leyssa. Pak cik dah tak tahan dengan semua ini.Cuma satu yang pak cik minta dengan kamu. Tolonglah maafkan pak cik, ‘’ panjang sekali bicara Tengku Farid. Wajahnya pucat, kepalanya di tunduk, nafas ditarik dalam, dia sudah bersedia untuk menceritakan semuanya. Selepas ini dia mahu selesai kan semua perkara yang terpendam serta perkara yang berlaku kini. Semuanya ada kaitan dengan masa silamnya. Dia tidak sanggup lagi membahayakan keluarganya. Dia tidak sanggup lagi menyimpan semua rahsia hitamnya. Sudah lama dia mahu bertaubat dengan semua kesalahan yang dilakukan selama ini. Inilah masanya

           


Tuesday, June 5, 2012

Soul Mate 49


Kelihatan gadis itu terkocoh-kocoh datang menghampiri Dania yang asyik dengan lap topnya. Hilang sudah jalan kucing gadis yang dikenali sebagai ala ala model ternama itu, entah apa yang di bebelkan sepanjang dia berjalan mencari kelibat dania, dania sedang asyik menelaah buku sambil sesekali membetulkan kaca mata berbingkai hitam yang dipakainya, Nampak sangat cute, dan tidak semena mena dia teras lengannya di tarik kasar, walaupun terkejut dengan sikap Fasha yang menarik kasar lengannya membuatkan dia sedikit lega kerana yang menariknya itu bukan orang lain, sangkanya masih ada lagi orang yang ingin mencelakakan dirinya, terdetik pula hatinya saat itu mengapa dia memilih ruangan yang agak tersembunyi dari orang ramai untuk belajar,
            ‘’ kenapa kau sengaja nak menyusahkan aku ha? ‘’ bentak nya dengan kasar.
            ‘’ aku tahu kau sekarang semakin besar kepala kerana kau merupakan waris sah untuk semua harta yang aku ada selama ni. ‘’ jerkah fasha itu lagi, bukan tidak biasa dengan sifat barannya itu, namun kali ini dania tidak mengerti langsung kerana gadis itu dengan tiba tiba datang  menyerangnya, setahu dania Fasha jenis yang tidak boleh di sentuh, masakan dania ada membuat perkara yang membuatkan gadis manja itu naik angin, seingatnya tidak. Namun dia juga tidak hairan kerana dia tahu fasha sememangnya tidak senang dengan kehadirannya dalam keluarga mereka, apatah lagi selama ini fasha selalu merendah rendahkan martabat dirinya sebagai orang kampong.
            ‘’hey! Kalau aku cakap kau jangan nak buat muka toye macam tu ek? ‘’
            ‘’ kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau rancangkan selama ni?’’ bentak fasha lagi tanpa membenarkan dania untuk menyampuk walau sepatah kata, nafasnya turun naik menahan kemarahan.
            ‘’ kenapa semua perkara membabitkan kau semuanya menjadi keutamaan buat papa dan mama aku? Sampaikan sekarang ni mereka dah tak sayangkan aku lagi, semuanya sebab kau! ‘’ ujar gadis itu mula bergenang air mata. Namun masih ada sisa sisa kemarahan di wajahnya, ‘’ semalam disebabkan kau lah aku semakin jauh dengan haikal, haikal dan tak mahu jumpa aku lagi sebab apa? Sebab aku terpaksa duduk menunggu kau untuk acara makan malam yang bodoh tu! ‘’ jerit Fasha marah, ‘’ tapi hasilnya apa? Kami tunggu kau dua jam! kaudengar tak?? ‘’ jerit fasha semakin menggila, dan dengan spontan dia dia mencapai buku tebal yang di baca dania tadi dan cuba menghempuk buku tersebut ke badan dania, namun di sekat seseorang, fasha menjerit kesakitan apabila tangannya di genggam kuat membuatkan langkahnya terhenti, dania yang tadi spontan memejam mata sebaik saja otaknya memikirkan bahawa buku tersebut akan mengenai badannya, beberapa saat kemudian dia membuka mata dan melihat fasha membelek-belek pergelangan tangannya, buku tadi sudah berada di lantai. Dan dia dapat melihat seorang lelaki yang merenung tajam ke arah fasha.
            ‘’lee.. awak..’’
            ‘’ lebih baik kau pergi dari sini, jangan sesekali kau sentuh dia, ‘’ belum pun sempat dania mengeluarkan kata kata dia mendengar amaran keras lelaki itu kepada fasha yang membuatkan fasha sedikit tergamam. Suaranya garau, reaksinya cukup marah. Entah mengapa dania mula merasa sesuatu perkara yang buruk bakal berlaku sekiranya fasha masih disitu, dari beberapa meter kelihatan 2 lelaki yang merupakan pengawal peribadi  fasha datang menghampiri mereka,
            ‘’ korang kerjakan lelaki ini. ‘’ arah fasha marah sambil menjeling tajam ke arah dania. Dania mula kecut perut, dia takut Sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada lelaki itu. Dan tanpa membuang masa dua lelaki tadi dengan pantas menyerang lee, maka berlakukan satu pergaduhan yang sengit 2 lawan satu depan mata dania. Gadis itu mula tak tentu hala, kalau lah dari tadi dia menjelaskan segalanya kepada fasha sudah tentu fasha tidak semarah ini sehinggakan sanggup menyuruh mereka untuk mencederakan orang lain. Sedang dia pusing dengan kejadian yang berlaku tiba tiba dia dapat melihat lelaki yang memakai baju hitam dan jeans itu rebah ke lantai mengerang kesakitan, maka dilihatnya yang seorang lagi di sembam ke meja tempat dia menelaah, sedarlah dia kini lee berjaya menumpaskan mereka berdua. Melihatkan keadaan yang tidak berpihak kepadanya fasha segera meninggalkan tempat itu dengan wajah tidak puas hati, sangkanya dengan membawa dua lelaki itu dapat melindungi dirinya, namun dia Berjaya dikalahkan oleh seorang lelaki yang lebih kurus dan kelihatan tidak bertenaga langsung untuk Berjaya mematahkan serangan mereka berdua yang lebih tegap dan besar.

Setelah kedua lelaki itu cabut lari, dania mula panic, dia dapat melihat lee yang mula hilang imbangan badan, dia hampir  rebah namun sempat di papah oleh dania.’
            ‘’awak okey? ‘’
            “ apa punya soalan la saya tanya ni. “ ujar dania beberapa saat kemudian menjawab sendiri pertanyaannya tadi. Dia cemas, dia cuba menguatkan dirinya untuk membantu lelaki itu untuk duduk di bangku yang berhampiran.
            ‘’Kenapa awak ada setiap kali saya hampir kecelakaan? ‘’
            ‘’ kenapa setiap kali awak cedera apabila berjumpa dengan saya ?”
Dania mula sebak, dia mengelap darah yang mengalir di hujung lengan lelaki itu, betul, dia cukup sebak mengenangkan setiap kali dia di pertemukan dengan lelaki itu selalu saja ada perkara yang tidak menyenangkan yang berlaku, lebih lebih lagi setelah dia tahu dia merupakan pewaris sebenar teguh holdings, sering kali dia ingin kembali kepada kehidupan yang lama, tidak dikenali ramai. Namun takdir tetap takdir, semuanya telah tertulis, dania redha namun disebalik nya dia tidak sanggup melihat orang sekeliling nya menghadapi bahaya kerananya.
            ‘’ awak okey? ‘’ Tanya lee lembut apabila melihat gadis itu semakin tenggelam dengan perasaannya sendiri, kali ini dia merampas tisu dari tangan gadis itu, membuatkan dania sedikit terperanjat dengan tindakannya, dia tersedar dari dunia lamunannya tadi.
            ‘’ bibir awak. ‘’ ujar dania sambil menunjukkan isyarat ke arah bibir lee yang mengalirkan darah. Lalu tisu di letakkan perlahan di tepi bibirnya, membuatkan dia berdesis kepedihan mungkin.
            Sakit?’’ soal dania sambil bersama sama mengerutkan dahinya apabila melihat lelaki itu berkerut dahi menahan kesakitan. Spontan dia tersenyum. Entah kenapa dia lucu melihat lelaki itu menahan kesakitan. Wajahnya saat itu cukup comel sehingga membuatkan gadis itu tertawa kecil.
            ‘’ apa yang kelakar, saya sakit awak gelak? ‘’ lee mula terasa dengan kelakuan gadis didepannya, gadis itu outomatiknya behenti tertawa serta merta.
            ‘’ tak. Maafkan saya.’’ Ujarnya perlahan, sungguh tidak terlintas langsung di hatinya senang dengan kecederaan yang dialami lelaki itu, namun entah mengapa dia merasa lucu dan senang apabila berada bersama dengannya, dia merasa selamat apabila lelaki itu ada bersamanya. Ketakutannya tadi hilang serta merta apabila dia bersama lelaki itu. Seolah tiada apa yang berlaku dan tiada apa yang perlu di takutkan lagi.
            ‘’ janji dengan saya? ‘’
            ‘’ hurm? ‘’ dahinya berkerut
            ‘’ janji dengan saya yang awak akan berhati hati dengan orang disekeliling awak? ‘’ pinta lee bersungguh sungguh.
            ‘’ maksud awak?’’ aleyssa masih tidak mengerti, tiba tiba saja lelaki itu meminta dia berjanji sebegitu. Dia masih bengung dengan permitaan lelaki, namun renungan mata lelaki itu membuatkan dia merasakan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dia interpretasikan olah kata kata, Nampak sangat yang lee sangat mengambil berat akan keselamatannya, sejak dari kejadian dia hampir ditimpa pelbagai kemalangan yang tampak  seperti dirancang, namun sedikit pun dia tidak menceritakan mengenai ugutan yang pernah diterima kepada sesiapa pun.
            ‘’ aleyssa, awak kena janji dengan saya awak mesti extra hati hati dengan perkara yang berlaku sekeliling awak. Pastikan semua berada dalam keadaan yang selamat, saya tak tahu sampai bila saya dapat lindungi awak dari sebarang kecelakaan selagi saya tidak dpat siasat siapa dan apa motif mereka lakukan semua ini kepada awak. ‘’ mendengarkan penjelasan itu Aleyssa berubah wajah, entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan lelaki itu dan ada sesuatu yang lelaki itu tahu lebih dari segalanya. Tiba tiba dia mula merasa tidak senang duduk. Kini pasti lah dia yang dirinya memang menjadu buruan,
            ‘’ jadi awak nak saya buat apa? ‘’ Tanya gadis itu polos.
            ‘’ pastikan awak tidak jauh dari saya, ‘’
            ‘’ hurmm? ‘’
            ‘’ saya akan pastikan awak sentiasa berada dekat dengan saya. ‘’
Jawpaan lelaki itu membuatkan aleyssa tergelak besar, beberapa saat dia mula berhenti ketawa apabila melihat reaksi lelaki itu masih lagi sama seperti tiada apa yang lucu pun.dia mula membetulkan duduknya.
            ‘’ lee, awak ada kehidupan awak dan saya ada kehidupan saya, macam mana saya nak sentiasa dekat dengan awak, lainlah kalau awak suami saya, dah tentu 24 jam saya berada dekatt dengan awak, sentiasa bersama awak. ‘’
            ‘’ kahwin dengan saya?’’ lee mencelah
            ‘’ awak dah la duduk jauh dengan saya, tapi kenapa saya.. ‘’ gadis itu berhenti berbicara otaknya memproses apa yang dia dengar tadi.
            ‘’apa dia? Awak cakap apa tadi? ‘’ dia memandang tajam lelaki itu, seperti biasa lee tidak menunjukkan sebarang reaksi, wajahnya selamber, macam tak de perasaan. Aleyssa serba salah, dia tahu apa yang dia dengar, namun saat ini jantungnya mula berdegup kencang, pipinya kemerahan menahan malu.
            ‘’ saya anggap saya tak dengar apa apa tadi. Errmmm.. saya balik dulu.. maafkan saya, ‘’ ujar gadis itu pantas bingkas bangun meninggalkan lee yang hanya mampu melihat kelibat aleyssa berlalu dari situ. Entah mengapa mulutnya seakan terkunci untuk menghalang gadis itu dari pergi, dia sendiri tidak tahu kenapa spontan mulutnya mengeluarkan idea sebegitu, dari satu sudut dia terlalu sayangkan dan terlalu mengambil berat akan gadis itu, namun dari satu lagi segi dia takut jika dia merupakan penyebab segala yang berlaku kepada gadis kesayangannya itu. Namun hatinya sebenarnya lega. Dia amat berharap agar gadis itu menerima lamaran. Walaupun tidak seformal orang lain, tapi sendiri yakin yang selepas ini dia mungkin tidak mampu untuk berbuat seperti tadi. Entah mengapa mulutnya lancar berbicara seperti itu dihdapan Aleyssa. Jika sebelum ini dia cukup gugup dan malu untuk berdepan dengan gadis itu. Sengaja dia mendiamkan diri berlakon seperti tidak berperasaan, walhal dalam hatinya ibarat ingin meletup dek kerana debaran yang melampau. Tapi hari ini,dia seolah mampu untuk mengatasi semua itu. Dalam tidak sedar dia menguntum senyuman yang penuh  makna.