PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Thursday, May 10, 2012

SooL MaTe 48



‘’ awak okey aleyssa? ‘’
            ‘’ aleyssa? Aleyssa Dania?? ‘’ pipi gadis itu di tepuk tepuk perlahan. Matanya membulat, namun dia seolah tidak sedar apa yang berlaku, kereta yang hampir  melanggarnya tadi sudah jauh meluncur membelah laluan. Pak samad yang tidak jauh dari situ berlari mendapatkan mereka berdua, nasib baik lelaki itu bertindak cepat menarik gadis itu, lalu jatuh dalam dakapannya. Jelas sekali wajah pucat gadis itu. Teras sakit pipinya ditampar berulang kali, aleyssa mula sedar dan ingat tentang kereta yang ingin melanggarnya, serentak itu ‘’ tolonggg!!! ‘’ dia menjerit kuat sambil menerkam ke arah lelaki yang menyelamatkannya tadi. Tanpa sedar baru terkeluar jeritannya saat dia teringat kembalik insiden yang baru seminit berlaku.
            ‘’ aleyssa, awak okey? ‘’ Tanya lelaki itu lagi, kali ini spontan jari jemarinya menyentuh wajah gadis yang kelihatan pucat lesi itu. Aleyssa masih kelihatan terkejut. Dia cuba untuk bangun, namun matanyamasih meliar memerhatikan keadaan sekeliling, manalah tahu kalau kalau kereta itu kembali untuk melanggarnya lagi.
            ‘’ terima kasih encik.. ‘’ kata kata aleyssa terhenti di situ saat dia terpandang wajah lelaki yang menyelamatkannya tadi.
            ‘’ lee.. ‘’ aleyssa kembali lemah, lututnya seakan tidak mampu untuk menampung dirinya berdiri tegak, sekali lagi dia jatuh dalam dakapan lelaki itu. Aleyssa malu dia berusaha untuk beridiri, dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan, namun apabila dia terpegang lengan lelaki dia dapat rasa cecair pekat yang mengalir di bahagian lengan lelaki itu.
            ‘’ lee,, awak berdarah, aleyssa mula cemas, dia semakin  panic melihat darah masih mengalir, baru dia teringat dia jatuh dia atas lelaki itu manakala lee jatuh mungkin terkena batu. Aleyssa semakin cemas hingga dia menarik lelaki itu ke arah kereta dan mengarahkan pak samad untuk menghantarnya ke klinik berdekatan, dalam masa yang sama dia masih terketar ketar dengan kejadian yang menimpanya, hatinya semakin tidak sedap, dia merasakan dirinya semakin di ancam, hari ini saja dua kali cubaan untuk mencederakan dirinya. Kali ini dia dapat merasakan yang orang itu bukan bermain main dengan ugutannya, Cuma apa yang masih dia tidak faham mengenai motif mereka melakukan perkara ini terhadap dirinya.
            ‘’ awak rasa siapa di sebalik semua ni? ‘’ Tanya lee apabila jururawat itu  selesai membalut serta mengganduh tangannya yang cedera tadi. Aleyssa dari tadi tidak berganjak menemani lelaki itu, sebelum berlalu sempat lagi jururawat tadi memandang mereka lalu tersenyum penuh makna. Bukan Aleyssa tidak perasan akan kelakuan jururawat tersebut yang sejak tadi asyik memandang ke arah lee dengan penuh minat. Manakan tidak lee sememangnya lelaki yang menarik perhatian ramai lelaki, jika bukan di sebabkan sifatnya yang pendiam dan bukannya seorang yang peramah maka tidak mustahil semua gadis bakal didapatinya ibarat petik jari sahaja. Namun kini bukan itu yang harus di fikirkannya, pertayaan lee masih lagi di biarkan sepi, lengan lelaki itu dibelek sekian kali, takut masih ada luka luka lain yang masih tidak dirawat. Sedangkan mereka kini berada di tempat merawat luka, pastilah mereka menjalankan tugas dengan rapi sekali, itu pun gadis itu seakan tidak berpuas hati.
            ‘’ dah puas awak telek lengan saya ni? ‘’ soal lee sambil merenung tajam aleyssa yang agak terkejut dengan pertayaan itu. Barulah dia sedar dari tadi dia cukup dekat dengan lelaki itu. Dengan spontan aleyssa bergerak sedikit ke belakang. Dia berdehem kecil menghilangkan rasa berdebar serta tekaknya yang terasa kering dan perit untuk menelan air liurnya sendiri. Aleyssa tersenyum malu. Dia pantas bangun mengambil segelas air masak yang tersedia di ruangan itu. Dia meneguk rakus. Lee hanya setia memandang gadis itu, dalam hatinya dia cukup risaukan keadaan aleyssa, dia tahu aleyssa memang dalam bahaya, kalau dia tidak bertindak pantas tadi nescaya aleyssa kini berada di sini dan mengalami kecederaan parah, atau mungkin… ‘’ arrh… tidak.. ‘’ tak sanggup untuk dia memikirkan pemergian gadis itu. Dia pasti kereta itu sengaja hendak melanggarnya.
            ‘’ saya hantar awak balik? ‘’ soal aleyssa.
            ‘’ hurmmm ‘’ jawab lee perlahan, ingin saja dia menghentikan masa untuk bersama lebih lama dengan gadis itu. Namun apa perkara yang lebih penting saat ini untuk dia lakukan, dia harus cari tahu siapa dalang di sebalik semua ini, apa yang dia harapkan adalah semua ini tiada kaitan dengan neneknya, dia tidak mahu keselamatan gadis kesayangannya itu terancam. Dia bangun perlahan ingin berjalan seiring dengan aleyssa, namun kakinya merasa kebas dan kemabil terduduk di atas katil. Mahu tidak mahu aleyssa perlu memapah lelaki itu keluar ke kereta. Tanpa aleyssa sedari, lee Cuma tersenyum bahagia, merasa bahagia apabila di rawat dan cukup di beri perhatian oleh aleyssa. banyak mata yang memerhatikan mereka berdua, aleyssa sedikit tidak selesa dengan pandangan mata orang. Dia cuba menjarakkan sebanyak mungkin tubuhnya dengan tubuh lelaki itu. Melihat aleyssa yang serba salah dan tidak selesa begitu lee menolak perlahan tangan gadis itu.
            ‘’ kaki saya dah ok. ‘’ dia cuba berjalan sendiri dan meninggalkan gadis itu beberapa langkah ke hadapan. Melihat keadaan lee, Walaupun sedikit risau, namun aleyssa lega, dan kini dia pula tersenyum seribu makna. Dia tahu lee sangat sensitive dan bertimbang rasa orangnya.
            ‘’ ermmm… ‘’ aleyssa tiba-tiba berbicara. Lee menghentikan langkahnya, kemudian berpaling kea rah gadis itu. Keningnya di angkat isyarat untuk mengetahui apa yang berlaku? Dia melihat aleyssa memerhatikan jam di tangannya.
            ‘’ kalau saya solat sekejap boleh? Maghrib waktunya pendek, kalau saya hantar awak balik saya takut tak sempat, kalau boleh awak tunggu saya sebentar, saya solat dekat masjid depan tu. Boleh? ‘’ pinta aleyssa lembut. Beberapa minit saja lagi azan bakal menandakan masuk waktu, pak samad memarkir kereta agak jauh dari pintu masjid,dia tahu lelaki itu akan tunggu di dalam kereta.
            ‘’ cik Dania, pak cik pergi solat dulu ye? ‘’
            ‘’baik pak cik. ‘’ balas aleyssa sambil dia membuka begnya mengambil telekung solatnya, tanpa dia perasan lee dari tadi asyik memerhatikan masjid tersebut yang melaungkan azan penuh syahdu. Lee merasakan ada sesuatu yang terasa dalam dirinya saat mendengar panggilan azan itu. Namun dia tidak dapat mentafsir perasaannya saat itu.
            ‘’ lee, saya solat sekejap, kalau awak penat awak rehat la, saya pergi sekejap saja. Pastikan pintu kereta di kunci. ‘’ pesan aleyssa sambil menghadiahkan satu senyuman yang cukup manis. Membuatkan lee terpana dengan lemah lembutu bicara serta keserian wajah gadis itu yang di sinari terang lampu lampu sekitar masjid tersebut. Tanpa bicara lee hanya sekadar mengangguk. Dia asyik memandang aleyssa yang berjalan menuju ke dalam masjid. ‘’ arghhhh.. kenapa dengan aku ni? Apa perasaan ni? ‘’ luah hati lelaki itu. Kepalanya mula merasa berat kepalanya di sandar ke tempat duduk kereta, matanya meliar melihat ramai orang yang berpusu pusu ke dalam masjid, semuanya tampak tergesa tergesa. Dia malas untuk berfikir lebih jauh. Kini yang bermain dalam fikiranya adalah berkaitan dengan keselamata aleyssa. dia perlu tahu apa yang berlaku serta siapa di sebalik semua ini. Separuh hatinya mengatakan ia ada kaitan dengan neneknya, bukan dia tidak tahu siapa neneknya, dan apa kemampuan neneknya, namun separuh dari hatinya juga berharap neneknya tidak akan mengulangi kesalahannya yang sama. Kerana jika benar perkara itu berulang maka dia tidak akan dapat memaafkan dirinya lagi. Dia tidak sanggup lagi untuk kehilangan orang yang dia sayang, dia tidak sanggup lagi menjadi punca kematian mereka yang hadir dalam hidupnya. Lamunan yang terhenti saat dia menyedari cermin kereta itu diketuk, dapat dilihat aleyssa dari luar memberikan isyarat supaya pintu di buka. Spontan lelaki itu membuka dan aleyssa berjalan memasuki perut kereta sambil menunggu pak samad yang tidak jauh di belakangnya. Kereta perdana hitam itu meluncur laju keluar dari perkarangan masjid. Di dalam kereta masing masing melayan perasaan mereka sendiri. Pak samad memberikan penuh konsentrasi dalam pemanduannya, manakala lee kelihatan penat dan sedang berfikir sendiri, aleyssa pula masih memikirkan kejadian yang berlaku hari ini, dia cukup takut apabila memikirkan apa lagi yang bakal berlaku seterusnya, entah siapa yang dendam dengannya, bagaimana dia harus lakukan, apa langkah yang patut di ambil untuk mengatasi semua ini. Dia buntu. Deringan telefon yang berbunyi menghentikan lamunan aleyssa. tertera nama Tengku Farid, baru dia teringat akan janjinya untuk makan malam bersama dengan mereka. Jam menunjukkan 8.45 malam.
            ‘’ maaf pak cik. Tiba tiba ada kertas kerja yang saya perlu selesaikan. Jadi saya tak dapat sertai malam ini. Maafkan saya pak cik, saya lupa nak maklumkan lebih awal menyebabkan kalian semua menunggu saya. ‘’ terang aleyssa perlahan sambil di runtun rasa bersalah kerana telah berbohong. Dia serba salah, dia tidak mahu merisaukan mereka. Belum sampai masanya lagi dia memberitahu perkara tersebut kepada pak ciknya. Biarlah kali ini dia siasat sendiri. Tapi bagaimana? Akan dia fikirkan kemudian. Dia juga terkilan kerana tidak dapat bersama mereka kerana ini mungkin menjadi titik permulaan buat mereka untuk bersatu serta di terima oleh mak cik dan sepupunya. Namun apakan daya dia tidak minta semua ini berlaku. Setelah beberapa kali meminta maaf kepada Tengku Farid dan memastikan tiada nada kecewa dari orang tua itu aleyssa memutuskan talian sambil satu keluhan keluar dari mulutnya.

1 comment:

Anonymous said...

Salam... yezzaa... the long awaited N3... good job!! more.. more....!!!