PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, March 12, 2012

SouL MaTe- 47

Semenjak di ketahui Aleyssa dania merupakan pewaris Teguh holdings, Amira semakin hilang pertimbangan diri. Entah kenapa dia sanggup mengahalau Dania keluar dari rumahnya, entah kenapa hubungannya yang seakan adik beradik dari dulu hilang begitu saja. Dan tambah parah lagi keadaan amira yang semakin tidak terurus, dania mendapat tahu yang amira kerap keluar malam, ‘clubbing’ sana sini, sedangkan amira yang dia kenal selama ini bukanlah jenis gadis seperti itu. Jauh sekali keluar malam tidak tentu arah tuju, apakan lagi clubbing. Dania buntu, dia hilang punca untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada sahabatnya itu, entah di mana silapnya sahabatnya itu begitu membenci dirinya. Entah apa dosanya bila Amira sanggup mengungkit segala bantuan yang dihulurkan kepadanya sejak dari dulu lagi. Bukan malu kerana di tagih kembali dengan segala bantuan yang di berikan, bahkan sekiranya amira menuntut ganti rugi dia sanggup membayar dengan apa saja. Namun sedikit pun dia tidak menyangkan yang seorang gadis yang lemah lembut baik hati yang bernama amira hilang begitu sahaja, seolah olah temannya itu sudah berubah menjadi orang lain. Bukan dirinnya, tapi kenapa? Apa yang mebuatkan dia berkelakuan sebegitu? Dania semakin pening kepala, dia kini menetap di sebuah pangsapuri milik keluarganya, dia masih tidak bersedia untuk tinggal serumah dengan pak ciknya, walaupun dia cuba untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka, namun dia percaya suatu hari nanti mereka akan sedikit sebanyak menerima dirinya seadanya. Namun apa yang lebih memeningkan kepalanya saat ini adalah berkenaan sahabatnya itu yang kian jauh tersasar dari landasan hidupnya.

‘’ sape pulak ketuk pintu rumah orang malam malam macam ni nih? ‘’ soal Dania tiba tiba yang tersentak dengan bunyi ketukan pintu apartmentnya, dia berjalan menuju ke pintu dan melihat di balik kanta, tiada kelibat manusia di balik sana. Dia masih tidak sedap hati. Dia ingin memastikan, pintu di buka. Dia melihat sebuah bungkusan yang berada di pintu rumahnya. Sedikit pelik, kerana tidak ramai yang tahu tempat tinggalnya yang terkini. Namun kotak tersebut di ambil dan di bawa masuk. Dia berjalan menuju ke ruang tamu dan meletakkan kotak sebelum duduk dan terus membuka kotak tersebut.

‘’ masyaallah!!! ‘’ terkejut besar gadis itu saat melihat isi yang berada dalam kotak tersebut. Anak patung yang di penuhi simbahan cat berwarna merah. Sekeping kertas di tarik melekat pada patung tersebut. Tanganya kini semakin terketar ketar. Jantungnya berdebar saat membaca tulisan yang di tulis menggunakan cat merah.

‘’ awas, kau sedang di perhatikan, ‘’ alangkah kecutnya perut Dania membaca isi surat tersebut. Serta merta mukanya pucat lesi. Siapa yang sanggup melakukan kerja bodoh sebegini, siapa lagi yang tidak berpuas hati denganya saat ini. Memikirkan dirinya sebagai pewaris harta, membuatkan dia merasa tidak tenang. Membuatkan dia gelabah dan tidak tentu hala, entah di mana tempat dia mahu mengadu, jika dulu dia ada Amira yang sudi mendengar semua masalahnya, namun kini, tiba tiba air matanya mengalir deras mengingatkan detik mesra dia bersama teman karibnya itu. Bukan ke bagus jika Amira kini bersama denganya?

Bunyi deringan telefon turut menyentakkan jiwanya saat itu, dia mengucap panjang apabila dadanya tidak berhenti berdebar, di lihat di skrin telefon. ‘’ adam ‘’ ujarnya perlahan. Masih berfikir untuk menyambut panggilan tersebut. Semenjak dua menjak ini hubungannya dengan Adam semakin baik dan semakin menunjukkan perubahan yang positif, Adam banyak membantu dan memberikan sokongan moral semenjak pelbagai perubahan besar berlaku dalam hidupnya. Namun bagi Dania dia masih tidak mampu untuk berterus terang serta jujur dengan perasaanya. Banyak perkara yang bermain di fikirannya, dan banyak perkara yang memerlukan perhatiannya.

‘’ hello dania? ‘’ sambut Adam berbunyi cemas, belum pun sempat dania memulakan bicaranya setelah beberapa kali dia membiarkan panggilan Adam tidak berjawab.

‘’ awak okey ker? ‘’

‘’ saya okey..’’ jawab Dania lemah, pada masa yang sama dia masih cuba menyembunyikan perasaannya saat itu.

‘’ kenapa lambat jawab panggilan saya? Risau saya takut apa apa berlaku. Awak kan tinggal seorang diri? ‘’ mulalah lelaki itu membebel tidak tentu pasal. Kadang kala gadis itu tersenyum sendiri dengan sikap suka membebel lekaki itu.pantang ada yang tidak kena, pasti mulut itu lancar berbicara tanpa membenarkan kita mencelah sedikit pun. Ada sesuatu yang membuatkan Dania senang ketika bersama dan mendengar lelaki itu berbicara. Walaupun lebih kepada membebel. Namun bebelan nya kena dengan keadaan dan suasana. Cakapnya betul, dia kini tinggal seorang diri, tambah pula dengan kejadian yang berlaku tadi. Dia bertambah kecut.

‘’ dania.. awak dengar tak ni? ‘’ soal Adam sedikit menjerit di talian.

‘’ saya dengar, ‘’ jawab dania perlahan, sedikit menguntum senyuman.

‘’ saya penat la, kita cakap esok je la yer? ‘’ ujar Dania lemah. Betul betul lemah, manakan memikirkan masalah Amira lagi, tadi tambah pula dengan surat ugutan terhadap dirinya menambahkan lagi sakit kepalanya.

‘’ baiklah. ‘’ adam seakan mengerti. Padanya dania bukan lah gadis yang boleh di paksa, makin di kejar makin dia lari, kini dia lebih memahami sedikit tingkah laku gadis itu. Dia akan cuba sedaya upaya untuk memenangi hati gadis itu, walaupun pada dasarnya dia tahu gadis itu langsung tidak mempunyai perasaan seperti dirinnya.

************************************

Pagi itu dania bangun lewat, tidurnya di ganggu satu mimpi ngeri, tidurnya memang tidak lena. Sejak seminggu lalu selepas mendapat kotak ugutan tersebut dia semakin berhati hati dan resah, sedikit pun perkara ini tidak di ceritakan kepada sesiapa. jam menunjukkan 8.30 pagi. Dia dah lewat untuk ke kelas, sudah seminggu juga dia memulakan kelasnya di universiti yang menjadi pilihanya. Entah mengapa dia sangat sayang dan rindukan tempat belajarnya, oleh sebab itu la apabila ditanya mengapa dia memilih uitm dia hanya tersenyum kerana di situ dia tempat dia menimba ilmu dan disitu juga lah dia semakin rapat dengan sehingga dia dibaratkan seperti kembar. Mengingatkan perkara itu dania mula emosi, dia mengeluh kuat, sambil bingkas bangun untuk bersiap.

Turun saja di bawah bangunan dan berjalan menuju ke tempat letak kereta, sewaktu ingin melintas jalan menuju ke tempat parking yang di tunggu Pak Samad setiap hari, tiba- tiba dia terdengar jeritan Pak samad. Sambil menunjukkan tangannya ke atas bangunan, dan secara spontan matanya mengikut jari telunjuk pak Samad. Serentak dengan itu sebuah pasu berderai jatuh se inci saja dari hampir mengenai kepalanya. Nasibnya baik, cukup baik, Allah masih menjaganya,

‘’ masyallah cik dania nasib baik cik Dania tak berganjak, entah siapa punya kerja letak pasu di tepi balkoni. Cukup merbahaya. ‘’ rungut lelaki tua itu samba menyambut beg lap top dari tangan Dania untuk di bawa ke kereta sambil melihat pasu bunga yang pecah berderai itu, bayangkan sekiranyan pasu itu mengenai kepala gadis itu. Nauzubillah..

Dania mula tidak sedap hati, dia merasakan ada sesuatu yang aneh, walaubagaimanapun dia tetap memaniskan muka untuk menutup segala kegusaran di hatinya. Dia masuk ke perut kereta dan tanpa disedarinya sepasang mata yang tajam sedang memerhatikan dirinya saat ini dengan perasaan yang sangat tidak puas hati.

***********************************************

‘’ hye my Fiance.. ‘’ tegur Celina lembut. Kali ini dia memeluk lelaki itu dari belakang. Dan tanpa di duganya lelaki itu pantas menepis, membuatkan Celina tersentak dengan perlakuan bakal suaminya itu. Namun dia masih cuba untuk menutupnya, satu ciuman pula singgah ke pipi lelaki itu saat dia leka memerhatiakan keluar dari balkoni biliknya.

‘’ please, leave me alone. ‘’ ujar lelaki itu tidak senang dengan perlakuan gadis itu. Dia mengesat ngesat pipinya. Mukanya berkerut menahan perasaan marah. Ingin sekali dia mengahalau gadis itu. Namun dia tidak mahu begitu kejam kerana dia tahu gadis itu berniat baik dan sesungguhnya dia tahu Celina memang cintakan sejak dari dulu lagi. Oleh kerana dia buta dalam cintanya sendiri dia sanggup bertahan dengan sikap lee yang seakan langsung tidak mempunyai perasaan. Bukan baru ini dia bersabar, bertahun tahun dia bersabar dengan sikap dan perangai lelaki itu. Bertahun tahun juga dia cuba mengambil hati lee yang sememangnya sukar untuk di duga dan di fahami. Sikapnya yang bercakap hanya sepatah dua dan apabila perlu saja cukup menyukarkan Celina untuk berkomunikasi lebih baik. Lee tahu Celina memang merupakan gadis yang sangat baik hati dan penyabar orangnya. Masakan selama ini dia sanggup menjaga dan bertahan dengan kerenah dia serta neneknya yang sering bertikam lidah. Celina lebih matang dan tenang dalan menghadapi sesuatu perkara, itu yang diperhatikan selama ini terhadap gadis itu.

‘’ kepala saya sakit. Saya nak tidur, ‘’ itu cara paling lembut untuk menghalau gadis itu keluar dari situ. Dia berjalan perlahan menuju ke katilnya.

‘’ lee, kenapa awak buat begini pada saya? ‘’ soal Celina berbaur sedih. Raut wajahnya kian mendung, entah kenapa sejak dia melangsungkan pertunangan mengejut dahulu lee semakin jauh dengannya. Betul dia sentiasa ada disisnya, namun ibarat dekat di mata tapi jauh di hati. Sebelum ini dia pernah mengadu kepada nenek, namun atas nasihat nenek untuk mengambil hati lelaki itu lebih lagi membuatkan Celina berusaha lebih keras lagi untuk mencari tahu kegemaran serta kesuakaan lelaki itu. Pelbagai cara telah pun di cuba, namun di pandang sepi oleh lelaki itu.

‘’ awak tahu kenapa… ‘’ balas lee, entah mengapa kali ni dia sudah tidak sanggup melukakan hati gadis itu lagi, sebolehnya dia mahu perkara ini selesai segera, dia tidak mahu lagi memberi harpaan palsu kepada Celina, dia tahu Celina layak mendapatkan lelaki yang lebih baik darinya. Sedangkan dirinya sudah lama menaruh hati kepada seseorang yang ingin dimilikinya secara mutlak. Bukan Celina tidak cantik. Bahkan cantik, bijak, kaya dan mempesonakan, namun hatinya kini sudah lama menjadi milik seseorang.

‘’ ermm.. saya keluar dulu nanti saya masakkan awak sesuatu. Awak rehat la dulu ‘’ balas Celina pantas berlalu bagi mengelak untuk mendengar lebih lanjut lagi. Dia tahu jika dia terus terusan mendengar penjelasan serta luahan rasa dari lelaki maka dia tidak tahu lagi berapa peratus kesabaran yang masih tinggal dalam dirinya. Kerana dia tahu lelaki itu masih tidak dapat menerima dirinya sebagai calon isterinya. Dia juga sedar dia hanya bertepuk sebelah tangan, namun kepercayaan masih utuh bahawa suatu hari nanti hatinya akan terbuka untuk menerima dirinya. Kerana Celina percaya bahawa dirinya lah yang paling layak untuk lelaki itu. Kerana dia tahu segala galanya mengenai lelaki itu. Celina begitu yakin yang dia mampu menjaga lee dengan baik serta membahagiakannya kelak.

Celina melangkah keluar dari bilik itu. Dia mengeluh lemah, kali ini wajahnya benar benar menampakkan kekecewaan. Setitis air mata keluar dari mata bundar itu. Cepat cepat diseka bagi mengelak untuk mengalir lebih deras, entah kenapa kali ini dia merasa seakan akan tewas akhirnya, kepercayaannya keyakinannya mula luntur. Hatinya kini berkecamuk. Dia perlu mencari tempat untuk melepaskan segala tekanan dan kekecewaan yang dirasai saat ini. Pada siapa lagi dia harus mengadu? Kali ini dia merasa cukup terasing. Di dalam bilik, lee tidak senang duduk, entah kenapa perasaan sejak dari semalam cukup gelisah. Sudah dua hari dia bermimpi pelik, mimpi yang cukup menakutkannya, mimpi itu juga membuatkan dia mengelamun jauh apabila bangun dari tidur. Tanpa menghiraukan sakit kepalanya, dia bangun mencapai jaket.

‘’ bawa saya keluar. ‘’

‘’ tapi madam.. ‘’

‘’ tak mengapa, sekejap saja. ‘’ ujar lee apabila pemandunya teragak agak dengan arahanya. Dia melangkah masuk ke perut kereta.

Dua jam berlalu..

‘’ okey pak cik, malam ni kita jumpa kat rumah, saya baru habis kelas, ingat nak singgah kedai buku jap, lepas tu balik la. ‘’

‘’ okey.. baiklah. ‘’

‘’ assalamualaikum. ‘’ ujar Dania menamatkan perbualan dengan tengku Farid. Dia berjalan ke arah Pak Samad yang sudah pun menunggu dirinya. Bukan niat untuk menyusahkan atau berlagak bos, tapi dia masih tidak berani untuk memandu sendiri. Kadang kala dia merasa cukup membebankan amira, mungkin kerana itu lah Amira bencikan dirinya. Dalam sibuk sibuk dia teringatkan Amira tanpa dia sedari sebuah kereta meluncur laju ke arahnya dan sekali lagi pak Samad yang berada lebih kurang 100 meter keluar dari perut kereta dan menjerit supaya dia ke tepi, namun kali ini kereta itu sangat laju dan semakin hampir, apabila dia menoleh ke belakang dia terpaku melihat sebuah kereta hitam yang meluncur laju ke arahnya. Kali ini dia sesak nafas, seakan terhenti di situ nafasnya, kaki nya seolah terpaku disitu, dia tidak mampu berbuat apa-apa..