PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, February 24, 2012

SouL MaTe- 46

Semua yang berlaku memerlukan masa yang agak lama untuk memulihkan kembali keadaan agar menjadi seperti biasa. 2 bulan masa berlalu, syarikat Teguh Holdings berjalan seperti biasa di bawah teraju Tengku Farid. Semuanya masih sama, keadaan di pejabat tampak biasa, namun di sebaliknya ramai kakitangan sering bercerita mengenai pemilik sebenar syarikat tersebut. Masih ada yang sibuk mengorek rahsia lebih dalam lagi berkaitan dengan pemilik sebenar syarikat. Tidak kurang hebat pelbagai sangkaan buruk yang dibuat oleh mereka. Kebanyakan dari mereka merasa simpati terhadap Dania.

‘’eh, kau tau tak yang sebenarnya cik Dania anak saudara kandung bos kita? ‘’

‘’ aku tak sangka betul la, orang sebaik cik dania tu boleh jadi satu keluarga dengan cik Fasha yang jauh beza sifat dengan cik Dania tu, manakan tidak seluruh keluarga yang aku kenal semuanya sombong, bongkak, dan suka memerintah, tapi cik Dania lain. Aku tabik dengan dia. ‘’ ujar salah seorang pekerja di situ.

Mereka tidak menyangka yang perbualan serta umpatan mereka di dengan oleh Fasha yang baru saja menjejakkan kaki ke pejabat setelah beberapa minggu bercuti akibat daripada malu dengan keadaan sebenar yang telah di ketahui semua pihak. Dia merasa cukup tertekan apabila mengetahui semua kekayaan serta harta yang dimiliki adalah bukan hak mutlak dirinya. Jika tidak kerana ugutan serta paksaan dari papa dan mamanya yang memaksa dia untuk masuk ke pejabat, nescaya dia lebih rela berada di rumah. Pipinya panas menahan kemarahan apabila mendengarkan dirinya di banding dengan gadis kampong itu. Apatah lagi mereka lebih simpati terhadap gadis itu. Fasha merenung tajam ke arah kumpulan pekerja yang masih asyik berkumpul di meja berkongsi pelbagai gossip goosip baru mengenai syarikat tersebut.

‘’ korang ni tak de kerja lain ke nak buat? Asyik bergosip saja! ‘’ jerkah Fasha kuat mengejutkan kumpulan pekerja itu, semuanya pakat berlari anak ketempat masing masing dengan wajah yang cuak. Ada dikalangan mereka hanya berjalan membelakangkan gadis itu sambil mencebik muka sesame sendiri tanda protes secara diam dengan tindakan gadis itu. Sememangnya Fasha terkenal dengan sikap suka menengking dan mengherdik pekerja pekerjanya. Apabila melihat semua telah berada di tempat masing-masing Fasha berlalu masuk ke dalam bilik papanya, mukanya cemberut habis.

‘’ nak pergi mengadu la tu? ‘’ ejek seorang pekerja sambil di sambut dengan tawa terkikik kikik oleh mereka sambil memulakan perkerjaan mereka setelah sejam berehat.

***************************

Berita mengenai pemilik sebenar Teguh Holding sampai kepengetahuan Adam, semua itu mengejutkan dirinya, semua itu tidak akan melunturkan perasaannya terhadap gadis itu. Namun ada sesuatu yang perlu dia perhatikan, sejak Dania tahu yang dia merupakan pemilik syarikat tersebut, semua laporan urusan syarikat dilaporkan kepadanya, hal berikut membuatkan dania tidak pernah mempunyai masa rehat yang cukup. Dia cukup risaukan kesihatan dan keadaan gadis itu. Wajahnya kini tidak seceria dulu lagi. Semua keputusan terletak ditangannya, baru setahun jagung menceburkan diri dalam syarikat ini membuatkan gadis itu tidak cukup pengalaman untuk menghadapi pelbagai cabaran perniagaan, walaupun Dania seorang yang cekap dan cepat belajar namun banyak perkara yang dia perlukan bantuan. Dia tidak mampu untuk bertahan sendiri. Dia bukan tidak percaya akan kemampuan gadis itu, namun kenaifan gadis itu bakal menyusahkan dirinya kemudian hari. Keluhan demi keluhan keluar dari mulut lelaki itu apabila memikirkan keadaan syarikat buat masa ini. Namun jauh di sudut hatinya dia berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

‘’ cik Adam, kita ada perjumpaan tergempar, semua staff di minta hadir ke bilik mesyuarat sekarang. ‘’ ujar jessy melalui intercom.

‘’ baik, saya ke sana sekarang. ‘’

Perjalanannya ke bilik mesyuarat diiringi Fasha yang terhegeh hegeh baru keluar dari tandas, fasha yang ternampak kelibat Adam mula membetulkan skirt dan rambutnya agar lebih rapi. Dia tersenyum senyam sambil melangkah laju mengejar lelaki tersebut. Mereka masuk bersama ke bilik mesyuarat dan melihat semua pekerja telah pun masuk sambil berbisik bisik antara satu sama lain, kali ini sudah tentu ade berita mengejut yang bakal di sampaikan pihak pengurusan , seminit selepas itu Tengku Farid masuk di ikuti Dania di belakang, gadis itu Cuma tersenyum manis melihat kea rah semua yang ada di situ. Fasha merenung tajam ke arahnya, dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang semua itu sekarang bukan miliknya lagi, hancur lebur impiannya untuk menjadi ketua di sini. lebih membuatkan dia sakit hati dengan gadis itu apabila Adam tidak henti henti untuk melirik ke arahnya.

‘’ salam sejahtera semua, ‘’ dania memulakan bicaranya.

‘’ perjumpaan kita kali ni saya ingin mengumumkan satu perkara yang penting untuk makluman anda semua, saya sangat berharap selepas ini tiada siapa pun lagi yang akan bercerita dan bertanyakan mengenai perkara ini. ‘’ ujar dania berhemah

‘’ seperti yang anda sedia maklum saya Aleysa Dania Abdullah atau Tengku Faris telah mewarisi harta peninggalan arwah ayah saya. Walaubagaimana pun saya tidak akan lupa yang syarikat ini maju di sebabkan bapa saudara saya sendiri. Apa yang berlaku sebelum ini merupakan peribadi dan hal keluarga kami, jadi saya tidak mahu anda semua bercerita sana sini serta membuat spekulasi spekulasi tidak betul, apa yang berlaku biarlah ia rahsia antara keluarga kami, saya sangat berharap agar anda semua dapat memahami keadaan kami.’’ Dania berhenti dan melihat kea rah semua pekerjanya yang saat ini merenung ke arahnya. Semuanya seakan khusyuk mendengar apa yang disampaikannya.

‘’ mengenai syarikat Teguh, saya dengan ini menyerahkan semuanya kepada Tengku Faris untuk kembali menerajui syarikat ini. Semua kuasa berada di tangan beliau seperti sebelum ini.’’ Sambung Dania lagi, dan kali ini Tengku Farid serta semua yang hadir terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh gadis itu. Mereka berbisik bisik sesame mereka. Ada juga dikalangan mereka yang mempamerkan riak tidak puas hati pada wajah mereka. Adam merenung Dania sebagai isyarat memerlukan penjelasan lanjut darinya. Fasha tersenyum bangga dengan keputusan Dania. Dia juga sinis, selama ini dia berfikir masakan gadis kampong itu mampu untuk menerajui syarikat besar yang telah di bangunkan oleh papanya yang merupakan seorang yang handal dan ternama dalam dunis perniagaan.

‘’ tapi dania…‘’

‘’ sabar pak cik, biar saya jelaskan dulu. ‘’ tahan dania apabila melihat reaksi spontan Tengku farid. Belum pun sempat lelaki tua memulakan kata-katanya. Dania terlebih dahulu memtong. Dia tahu apa yang ingin di utarakan oleh pak ciknya, namun dia telah nekad membuat keputusan. Hanya dengan cara begitu dia akan lebih di hargai serta di hormati, dia tidak mahu orang sekeliling mengganggap dia sebagai pemilik yang hanya atas sekadar pewaris sahaja, dia mahu berkhidmad dan menguruskan sendiri syarikat itu dengan usaha dan titik peluh nya sendiri. Bukan menidakkan kemahiran serta pengalaman pak ciknya, namun dia mahu melakukan sesuatu untuk membantu syarikatnya.

‘’ saya akan sambung belajar selama 3 tahun dalam bidang pengurusan perniaagaan, dalam tempoh itu saya mahu perjalanan syarikat ini di terajui oleh Tengku Farid yang sememangnya merupakan orang yang paling tepat dan paling layak. Salama ini pun beliau lah yang membawa syarikat ini ke puncak kejayaan seperti sekarang ini. Saya tidak mahu lagi ade sebarang spekulasi yang datang dari orang dalam syarikat ini. Semua ini merupakan keputusan yang saya ambil setelah berbincang dengan peguam. Saya tidak mahu lagi apa berita berita memburukkan beliau dan keluarga saya. Akhir kata dari saya, semoga anda semua dapat bekerja seperti sedia kala dan melakukan yang terbaik untuk syarikat ini, percayalah majunya syarikat ini makan semua daripada kita akan mendapat keuntungan masing masing. ‘’

Ucapan Dania di sambut dengan tepukan gemuruh oleh semua pekerja. Mereka kagum dengan sifat yang dalam diri gadis itu, walau kelihatan naïf namun disebaliknya gadis itu mengejutkan semua orang. Adam hanya mampu tersenyum. Puas, bangga, dan terkejut dengan keptutusan gadis yang disangka tidak matang itu. Mereka semua bersalaman dengan Dania, semuanya pakat mengucapkan tahniah dan selamat buat gadis itu. Apabila semua berlalu yang tinggal hanya Tengku farid dengan Adam. Dania tersenyum memandang kedua mereka. Dia mengeluh lega. Semuanya selesai, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya, dia mahu mendalami lebih dalam lagi ilmu perniagaan supaya dia boleh menjadi orang kebanggaan. Telah lama dia berfikir mengenai perkara ini, tak guna untuk berdendam serta meratapi kenangan silam yang tak mungkin dapat mengembalikan ibu bapanya. Saat ini dia ingin belajr menerima keluarga baru. Dalam masa yang sama dia bersyukur ternyata dia masih dapat merasai nikmat berkeluarga. Walaupun dia dapat merasakan hanya Tengku Farid yang menerima dirinya sebagai keluarga.

‘’ well.. tahniah cik Dania. ‘’ ujar Adam sambil menghulur tangan berjabat salam.

‘’ terima kasih.’’ Balas Dania sambil tersenyum manis,

‘’ bercakap mengenai kamu nak sambung belajar, pak cik ada seorang kawan di Asutralia, kalau kamu nak pak cik boleh minta dia uruskan semuanya? ‘’ Tanya Tengku Farid mencelah mereka bedua.

‘’ erm… begini pak cik, sebenarnya saya dah pun memilih tempat untuk saya menyambung pelajaran saya. ‘’ sekali lagi gadis itu memotong percakapan lelaki itu. Bukan niat untuk bertindak kurang ajar. Tidak sama sekali. Namun dia perlu tegaskan dan jauh sekali untuk menyusahkan lelaki itu.

‘’ di mana? Luar Negara? ‘’ soal Tengku Farid.

‘’ Uitm ‘’

‘’ Shah Alam? ‘’ soal Tengku Farid sedikit terkejut apabila di beritahu perkara tersebut, fikirnya mungkin gadis itu mengambil peluang ini untuk belajar ke luar Negara sekali gus menikmati pemandangan serta mejelajah ke Negara luar sedangkan dia memagn mampu untuk berbuat demikian. Dania hanya tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya mengiayakan saja pertanyaan dari pak ciknya. Sementara itu lelaki yang seorang lagi hanya menjadi pendengar setia perbualan dua beranak itu. Tidak berjumpa di mana untuk dia mencelah masuk, kerana semua soalan yang berlegar di kelapanya sudah pun diutarakan Tengku Farid dan di jawab tenang oleh gadis yang masih tersenyum manis itu. Lebih manis lagi kali ini dia memakai kemeja labuh berwarna biru. Cukup santai, tiada gaya seorang pemilik syarikat besar. Perkara ini yang membuatkan Adam lebih kagum dengan sikap gadis di hadapanynya ini. Menambahkan lagi perasaan suka terhadapnya. Cukup beruntung la sesiapa yang dapat memiliki gadis itu. Alangkah gembiranya hati ini jika dapat memilikinya. Getus hati Adam sendiri. Tanpa disedarinya kedua mereka telah pun berlalu meninggalkan dirinya yang masih dengan bisikan hatinya.