PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, January 16, 2012

SouL MaTe- 45

‘’ apa semua ni? ‘’ Tanya lelaki perlahan, soalan itu tetap dilontarkan, walaupun pada hakikatnya dia sepatutnya sudah menjangkakan kejadian seperti ini akan berlaku. Dia bukan perlukan penjelasan, tapi yang lebih tepat lagi dia perlukan timbang rasa serta pemahaman wanita berpengaruh itu tentang perasaannya saat ini, dia tahu neneknya tahu setiap gerak gerinya sejak akhir akhir ini. Namun dia tidak menyangkan neneknya itu bertindak dengan sebegini pantas.

‘’ nenek tahu kamu sukakan gadis melayu itu kan? ‘’ soal neneknya tanpa reaksi, tidak terkejut dengan pertayaan neneknya itu. Lee hanya mengeluh sambil memerhatikan kesibukan jalan raya yang sinonim dengan ibu kota.

‘’ selama lebih sepuluh tahun kamu bersama nenek baru kali ini nenek dapat meneka dengan tepat tentang perasaan kamu, sejak kali pertama kamu dipertemukan dengan nenek, sukar sekali untuk nenek selami jiwa dan perasaan kamu. Tapi kali ini, jelas sekali nenek dapat meneka apa yang bermain dalam fikiran kamu Alexander. ‘’

‘’ lee nannai, ‘’ pintas lee apabila mendengar neneknya memanggilnya dengan nama Alexander.

‘’ kenapa? Kamu tak suka dengan nama itu, bukan kah itu nama kamu? Sama.. ‘’

‘’ sama nama dengan papa. ‘’ pintas lee lagi, kali ini keadaan menjadi sedikit dingin, kalau boleh dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan lelaki yang bernama Alexander, sehingga sekarang dia masih tidak mengetahui asal usul keturunannya, sejak kecil dia dipanggil lee oleh penjaganya, selepas berusia 15 tahun dia mula hidup sendiri menumpang kasih pada pak Karim, lelaki tua itu lah yang banyak membantunya. Sejak dipertemukan dengan wanita di sebelahnya yang diakui sebagai nenek kandungnya, banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupannya yang sebelum ini cukup ringkas. Namun satu kejadian yang tidak dia inginkan berlaku sehingga membuatkan dia menurut apa saja kemahuan wanit itu. Layanan yang didapati cukup baik. Apatah lagi dia masih mencari maklumat mengenai ibu kandungnya. Hanya dengan berada bersama mereka saja dia dapat mencari maklumat mengenai siapa ibu kandungnya yang sebenar.

‘’ sayang, nenek nak kamu bahagia, nenek tak mahu kejadian 25 tahun berlaku lagi. Nenek tak mahu lagi kehilangan orang yang nenek sayang. ‘’ luah wanita itu sambil mengesat hujung matanya, ternyata wanita itu sedikit manangis.

‘’ kejadian apa? ‘’ lee mula penasaran untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya, kenapa identitinya tidak jelas, nama yang didaftar di kerajaan Malaysia hanya Hwa Lee, Hwa di ambil sempena nama penjaganya dari dia berumur setahun sehingga lah mereka hilang begitu saja semasa lee berumur 15 tahun.

‘’ tttak de apa apa. Cuma nenek salahkan diri nenek dengan kematian papa kamu. ‘’ balas wanita itu seakan masih merahsiakan sesuatu.

Lee mengeluh, dia tahu dia tidak akan dapat apa apa maklumat dari wanita itu. Dia masih mencari cari siapa lagi yang mempunyai kaitan dengan masa lampau mereka. Akhirnya mereka diam seribu bahasa. Masing masing sibuk melayani perasaan sendiri

Kadang kala aku sendiri tidak tahu mana arah tuju aku,

Sering kali aku menghamiri detik bahagia dalam hidup aku akan ada saja halangan yang mengganngu.

Entah kenapa kali ini aku seakan putus asa dengan diriku sendiri, Ya ALLAH kau bantulah hambamu ini,

Jika benar ada jodoh untukku kau berikanlah petunjuk buatku. Sesungguh aku semakin penat dengan semua yang berlaku dalam kehidupan aku, ampunkan aku Ya ALLAH, sebagai hambamu aku selalu khilaf.

Semakin hari semakin banyak masalah yang melanda diriku, teman baik ku sendiri mendadak berubah, puas sudah untukkuk menyelami masalah dan tingkah lakunya. Amira sekarang seperti bukan shabatnya yang dulu lagi, dia lebih banyak memerap sendirian di dalam biliknya. Semakin sukar untukku berkomunikasi dengannya. Seolah olah ada sesuatu yang membuatkan dia marah padaku, namun selalunya dia akan sentiasa bercerita denganku. Sebelum ini tiada rahsia antara kami.

Ya ALLAH hanya padaMu lah tempat aku mengadu, hanya kepada diari ini lah tempat aku mencurahkan perasaan,

Diari di tutup perlahan sambil mengeluh kecil. ALeyssa masih memikirkan tentang apa yang berlaku dalam hidupnya, entah mengapa berita mengenai waris tunggal syarikat besar akan melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis cantik yang dikenalinya itu banyak menghiasi dada akhbar dan majalah, pelbagai komen yang ditujukan kepada mereka, semuanya seakan gembira dengan perkhabaran tersebut, ramai yang mengatakan mereka merupakan pasaangan yang secocok.

************************************************************

‘’ hari ni kau cuti kan? ‘’

‘’ hurmm.. ‘’ jawabnya pendek, acuh tidak acuh

‘’ ape kata kita keluar shoping? Makan-makan? ‘’

‘’ aku penat la. ‘’ balasnya sedikit meninggikan suara.

‘’ kalau macam tu aku masak, kita makan di rumah saja la? Dah lama kita tak sembang sembang

bersama ‘’ pujuk Aleyssa lagi kali ini dia melemparkan senyuman paling manis buat amira yang berwajah muram itu.

‘’ kalau kau nak makan kau makan la sendiri aku dah kenyang. ‘’ balas amira lagi, kali ini lebih kasar membuatkan Aleyssa berubah riak, tiba tiba saja air matanya mengalir.

‘’ apa salah aku mira? ‘’

‘’ kenapa kau buat aku macam ni’’?

‘’ kalau aku ada buat salah tolong maafkan aku mira ‘’ dengan suara yang perlahan tangannya mengesat sedikit air mata yang mencurah ke pipinya.

‘’ sudah la, aku nak masuk bilik, ‘’

Tiada jawapan kepada soalan Aleyssa tadi. Gadis itu tidak terdaya lagi menahan sebabk di dada, hilang saja kelibat mira dari situ, air matanya semakin laju mengalir. Puas di kesat namun tetap mengalir deras.

Tangisannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu mesej diterima, mesej dari encik Lokman. Menyatakan bahawa wasiat akan di bacakan pada hari esok. Dan dia diminta hadir kesana.

Tanpa membuang masa dia bangun mengambil beg pakaian serta mengemas apa yang patut di bawa.

Kali ini dia mahu mengetahui apa di sebalik semua, benarkan dia mempunyai saudara lain yang masih hidup? Mengapa dia tidak pernah mencari aku? Kenapa tidak pernah mereka muncul semasa mak cik Faridah hidup dulu? Namun dia harus bersabar dengan semua teka teki tersebut, dia berharap pembacaan wasiat esok akan berjalan dengan lancar.

Di pejabat peguam.

‘’ Terima kasih cik Dania kerana sudi hadir tepat pada masanya. ‘’ ucap encik lokman sambil mempersilakan gadis itu duduk.

‘’ kita masih lagi menunggu waris kedua yang termaktub dalam syarat pembacaan wasiat ini, mungkin sekejap lagi dia sampai, ‘

Belum pun sempat dania melontarkan soalan kepada lelaki itu, pintu bilik di ketuk, kemudian masuk seorang lelaki, bersalaman dengan encik Lokman, dan apabila tiba giliranya pula, maka terkejut besar la Aleyssa melihat gerangan lelaki itu,

‘’ Tengku Farid? ‘’

‘’ Dania? ‘’

Serentak mereka berdua berbicara. Aleyssa mula merasa tidak sedap hati.

‘’ Tengku Farid kenal cik Dania? ‘’ soal En. Lokman melihatkan reaksi kedua dua mereka.

‘’ dia pekerja saya ‘’ jawab Tengku Farid sambil masih lagi menatap wajah gadis dihadapannya itu.

‘’Walaupun kamu berdua dah berkenalan, namun saya akan tetap memperkenalkan kamu berdua, ‘’

‘’ Cik Dania, Tengku Farid merupakan adik kandung kepada Tengku Faris yang menggunakan nama Abdullah sebagai nama samarannya. Manakala cik Dania merupakan anak kepada allahyarham . ‘’

Terkejut dengan keyataan dari peguam tersebut, Tengku Farid terduduk lesu.

‘’ patutla selama ini pencarian saya tidak pernah berjumpa. ‘’ ujar tengku farid dengan nada kecewa.

Gadis itu masih lagi tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Dia hanya mampu untuk bertenang saja.

‘’ baiklah saya akan membaca wasiatnya sekarang sekiranya tiada siapa yang membantah. ‘’

Sampul surat berwarna putih itu di buka cermat. Pembacaan wasiat berjalan dengan lancar, mereka berdua faham dengan isi wasiat tersebut, Tengku Farid seolah olah dapa mengagak keadaan kali ini, dia hanya mengangguk tanda bersetuju dengan isi wasiat tersebut.

‘’ baiklah kalau semua sudah fahan dan jelas saya nak surat wasiat ini ditanda tangani oleh anda berdua,’’

Wasiat diletakkan di atas meja sambil menghulurkan pen kepada Aleyssa, kemudian beralih pula kepada Tengku Farid, dan belum sempat dia menurunkan tanda tangan pintu bilik En. Lokman di buka kuat, dan masuk seorang wanita yang cukup dikenali mereka.

‘’ saya tak setuju dengan semua wasiat ini, mana adil suami saya yang menjaga serta membangunkan teguh holding. Dialah yang bertungkus lumus untuk menaikkan nama teguh setaraf dengan syarikat syarikat besar lain. ‘’ marah datin Marina.

Macam mana dia boleh lupa yang dulu Arwah makciknya pernah membawa dia berjumpa dengan keluarga Tengku Farid, tetapi telah di halau dan di hina oleh Datin Marina.

‘’ puan, semuanya ni sudah termaktub dalam wasiat ini. Dan wasiat ini adalah sah dari segi undang undang. ‘’ jelas En.Lokman.

‘’ ahhhgh.. wasiat ini boleh dipinda. ‘’ tuduh Datin Marina lagi sambil melemparkan senyuman sinisnya,’’

Datin jangan cuba memperlekehkan tugas saya, saya hanya menjalankan amanat seperti yang Tengku faris arahkan. Semua harta akan di miliki oleh anakknya selepas berumur 25 tahun, semua harta termasuklah Teguh holding yang di jaga oleh Tengku Farid,

Melihatkan Tengku farid yang dari tadi hanya duduk membatu, wanita itu semakin kepanasan,

‘’ you! Apa semua ni? Bukan kah selama ini kita yang membangunkan syarikat itu sehingga ke tahap ini, abang you yang tinggalkan syarikat itu terkontang kanting, kalau you tak ambil alih dah lama bankrupt. ‘’

Sergah Datin Marina lagi, kini dadanya turun naik menahan kemarahan. Matanya tajam memerhatikan gadis itu yang hanya tunduk membisu,

Ya ALLAH apa lagi yang bakal berlaku dalam hidup aku lepas ni Ya ALLAH. Bantulah hambamu yang lemah ini. Doa Aleyssa dalam hati.

‘’ datin, datin tak boleh campur tangan dalam hal ini, kerana sekarang ini hanya Cik Dania sahaja yang boleh memutuskan apa yang perlu dilakukan selepas ini. Kerana saat ini Cik Dania Aleyssa binti Tengku Faris merupakan pemegang saham terbesar dalam teguh holding. Dan semua harta dan asset peninggalan arwah akan dikendalikan oleh pihak kami. ‘’ ujar En Lokman lagi. Kali ni wajah datin Marina bertambah mencuka lagi, satu jelingan tajam di lemparkan kepada gadis itu, dengan wajah kecewa wanita itu berlalu keluar meninggalkan mereka bertiga, Tengku Farid menurunkan tanda tangannya di surat wasiat tersebut, dan bangun mengucapkan tahniah kepada gadis itu dengan wajah hambar, namun di hadiahkan juga secalit senyuman buat gadis yang masih terpana dengan semua yang sedang berlaku.

1 comment:

Anonymous said...

Salam... cant wait 4 ur next N3.. Keep on writing!!