PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, November 9, 2011

SouL Mate 40

Seminggu berlalu,,

‘’ cik Dania, Tengku Farid nak jumpa sekarang, ‘’ ujar Cynthia yang baru keluar dari bilik.

‘’ baik. Terima kasih. ‘’ balas Dania perlahan.

Buku catatan kecil di bawa sambil berjalan masuk ke bilik pengarah Teguh Holdings. Dan tidak semena mena dia menyedari yang Adam yang datang dari arah bertentangan turut melangkah masuk seiring bersamanya ke dalam pejabat Tengku Farid. Satu senyuman terukir saat mata bertemu mata. dania membalas senyuman dan berjalan terus ke meja dimana Tengku Farid sedang asyik memerhatikan sesuatu di skrin komputernya,

‘’ ah. Kamu berdua dah sampai, duduk dulu. ‘’ menyedari kehadiran dua pekerjanya itu lelaki itu dia kemudian bangun sambil mengambil satu fail berwarna biru. Kemudian diserahkan kepada Adam yang dengan senyuman menyambut huluran dari Tengku Farid.

‘’ saya nak kamu berdua dapatkan laporan penuh tentang fasa akhir projek ini yang dijangka akan siap tak lama lagi. Dan saya mahu kamu siapkan satu majlis bagi meraikan kejayaan projek ini bersama syarikat Ting Ha. Jemput semua VIP yang terbabit. Jadikan majlis ini se mewah yang boleh, saya nak syarikat kita di pandang tinggi terutama oleh pihak syarikat antarabangsa seperti Ting Ha. ‘’ jelasnya penuh nada harapan.

‘’ dania, saya dengar kamu mohon cuti sebulan tanpa gaji? Mengapa? ‘’

Serentak dengan itu Adam yang terkejut dengan pertayaan dari Tengku farid memandang gadis itu dengan tanda tanya dan mengharapkan jawapan darinya.

‘’ saya nak berehat tuan, balik kampong, dah lama saya tak jenguk keluarga yang ada di sana. Dan ada perkara yang perlu saya selesaikan berkaitan dengan wasiat keluarga saya. ‘’ terang dania perlahan.

Tengku Farid mengangguk faham. Dia diam sejenak.

‘’ begini lah. Memandangkan projek ini dekat dengan kampong kamu saya lepaskan kamu untuk bercuti, tapi dalam masa yang sama boleh kamu tolong Adam selesaikan semua laporan dan perkar yang berkaitan majlis yang bakal kita rancangkan ini? ‘’

‘’ gaji jalan, tapi.. dengan syarat.. ‘’ dia diam sebentar sambil berfikir sejenak

‘’ kamu akan dipanggil hanya apabila kamu diperlukan oleh Adam.’’

‘’ selebihnya kamu boleh berehat dan menguruskan masalah kamu. Boleh? ‘

Sekali lagi Adam terkejut dengan keyataan dari Tengku farid, pelbagai soalan berada di mindanya saat ini. Saat itu baru dia sedar yang dia sememangya tidak tahu apa apa mengenai gadis itu. Siapa keluarganya? Di mana keluarganya?.

‘’ kalau itu yang tuan nak saya akan cuba sedaya upaya. ‘’ jawab dania walaupun dalam hatinya dia sudah tiada hati untuk bekerja, apa yang di inginkan adalah ingin berehat, bersantai tanpa kerja, disebabkan itu jugalah dia memohon cuti tanpa gaji selama sebulan. Namun apa boleh buat, ini merupakan amanah dan harapan dari majikanya.

#################################################################

‘’ nek, betul ke keputusan nenek ni? ‘’

‘’ lee setuju ke nek? ‘’

‘’ saya takut lah nek, ‘’

Pelbagai soalan yang dilontarkan kepada wanita tua itu. Namun wanita itu hanya mengeluh lemah.

‘’ dia mesti ikut cakap nenek, kalau tidak.. ‘’

‘’ kalau tidak apa nek? ‘’ soal Celina penuh tanda Tanya. Jarang sekali melihat wanita itu setegas itu denganya. Sebelum ini walaupun madam dikenali dengan sifat garang dan tegasnya namun itu hanya kepada pekerjanya semata mata. Celian hanya mengenali madam dengan imej seorang nenek yang sangat menyayanginya. Namun kali ini dia melihat madam sangat tegas dan cemas. Solah ada sesuatu yang mengganggu dia.

‘’ tak pelah, kamu balik dulu, nenek akan arahkan orang orang kita untuk bawa balik lee walu di mana saja dia berada. Nenek nak kamu buat persediaan dari sekarang. ‘’ balas orang tua itu sambil berlalu meninggalkan Celina masih lagi samar-samar dengan keputusan yang diambil oleh wanita itu.

###############################################################

Seperti yang tertulis dalam surat panggilan Dania tiba di pejabat peguam tempat wasiat keluarganya dibacakan. Namun dia di suruh untuk menunggu sementara peguamnya mengesahkan kedatangan ahli keluarga yang lain. Dania pelik setahunya mak cik Faridah tidak mempunyai waris lain selain dirinya. Mak ciknya tidak pernah berkahwin jauh sekali mempunyai anak. Ibu bapanya juga telah lama meninggal, namun tidak banyak bicara, dia duduk diam menunggu keputusan selanjutnya. Selang beberapa minit kemudian sorang lelaki awal 40 an segak berkot menghampirinya.

‘’ Aleyssa Dania binti Abdullah? ‘’ panggil nya mesra,

‘’ ye saya. ‘’ balas Dania sambil terseyum manis.

‘’ nama saya Lokman Hakim. Peguam Arwah ayah cik Dania. ‘’

‘’ tapi.. ‘’ belum pun sempat dania meluahkan apa yang bermain di fikirannya telefon lelaki itu berbunyi.

‘’ sebentar cik Dania. ‘’ pinta lelaki itu sopan dengan isyarat untuk mengambil panggilan itu.

‘’ Kalau begitu saya kena tundakan pembacaan wasiat itu untuk kali ini. ‘’ kedengaran lelaki itu bercakap dengan seseorang di talian.

‘’ tuan tahu syarat syaratnya. Saya hanya menjalankan amanah. ‘’ beritahu en lokman lagi, kali ini lebih tegas bunyi suaranya.

‘’ perjumpaan akan dibuat semingu selepas dari tarikh hari ini. Saya sudah tindak sanggup lagi untuk menyimpan wasiat ini. ‘’ balasnya lagi. Kemudian dia mematikan talian. Berjalan kembali mendapatkan Dania yang masih lagi terpinga pinga dengan apa yang dia dengar sebentar tadi.

‘’ maafkan saya cik dania, pembacaan wasiat kali ini dibatalkan kerana ketidakhadiran pewaris lain. ‘’

‘’ saya minta maaf bagi pihak kami kerana menyusahkan cik Dania, saya harap cik Dania tidak serik untuk member kerjasama kepada kami ‘’ ujar en. Lokman dengan sopan dan rendah diri.

‘’ sebelum tu, boleh tak saya tahu siapa pewaris selain saya? ‘’ soal Dania bingung, sudahla masih terkejut dengan pembacaan wasiat dari bapanya sendiri yang tidak pernah diketahui kewujudannya, kenapa sekarang, kenapa bukan selepas beberapa minggu selepas kematiannya? Kenapa setelah lebih 10 tahun ketiadaannya. Pelbagai soalan yang menjerit dalam hatinya saat ini.

‘’ maaf Cik Dania, identiti pewaris ini terpaksa saya rahsiakan atas permintaan dari pewaris itu sendiri. Cik Dania akan tahu siapa dia setelah dia muncul dalam pembacaan wasiat yang akan datang, kerana menurut syarat pembacaan wasiat, pewaris yang bernama wajib hadir jika tidak pembacaan wasiat tidak akan dijalankan. Dan wasiat ini akan tersimpan di sini buat selama lamanya.

‘’ tapi kenapa baru sekarang saya dipanggil? Kenapa selepas lebih sepuluh tahun? ‘’ lancar mulutnya bertanya.

‘’ saya hanya menurut wasiat arwah yang hanya akan dibaca setelah 10 tahun kematiannya, itu pun kalau saya Berjaya mencari penama penama yang disebut dalam wasiat ini. ‘’ balas peguam itu dengan penuh cermat.

‘’ kalau Cik Dania masih lagi tidak berpuas hati sila datang sewaktu tarikh pembacaan wasiat seterusnya. Waktu itu saya akan terangkan serta jawap semua soalan yang menghantui minda cik Dania, untuk hari ini saya minta diri dulu, jadi kita jumpa pada pembacaan wasiat yang akan datang. ‘’ pinta En Lokman sambil bangun meninggalkan Gadis itu masih kebingungan. Dania hanya membiarkan lelaki itu berlalu dengan seribu soalan yang membelenggu dirinya saat itu. Dan saat itu juga telefon bimbit berbunyi menandakan satu mesej masuk.

Saya perlukan awak, jumpa saya di lobi hotel jam 5.00 ptg

Begitulah mesej yang dihantar dari lelaki yang tidak pernah serik untuk menghantui hidup Dania, mengeluh saat itu tidak berguna lagi, kerana Dania sudah berjanji kepada Tengku Farid untuk memberikan bantuan sekiranya dia diperlukan, maka kata harus dikota. Melihat jam baru menginjak 2.00 petang, perutnya mula menyanyi keroncong. Rancanagnnya dia mahu memenuhi selera perutnya dulu sebelum mengadap bos ‘ kecilnya ‘ pada petang nanti.

2 comments:

Anonymous said...

hmm... interesting twist of story. Cant wait for your next N3...

Anonymous said...

knp citer ni asyik delay je setiap kali ade pertemuan antara lee n dania...???lg 1,citer ni slow la...x leh cepatkan sikit ke???