PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, November 4, 2011

SouL MaTe- 39


Adam melangkah cermat masuk ke pejabatnya, kali ini dia bertemu dengan ALiff Haikal sewatu mereka hamper bertembung di depan lif, hanya senyuman hambar yang dilontarkan kedua dua lelaki itu antara satu sama lain. Masing masing ingin bergegas keluar dari situasi tersebut, Adam terus melangkah masuk manakala Haikal berlalu keluar dari lif menuju ke lobi pejabat mereka. Sampai ke biliknya badannya dihempas kuat sewaktu dia duduk di tempatnya. Badannya terus bersandar, kot yang tergantung di tangannya tadi disangkut elok di belakang kepala kerusi. Adama masih memikirkan kejadian di hospital tempoh hari. Serentak dengan itu intercom telefonnya berbunyi,

‘’ Encik Adam, cik dania call tadi, dia mitak cuti kecemasan hari ini, ‘’

‘’ dia tak sihat ke? ‘’

‘’ tak pasti Encik Adam, ‘’ Balas Crystal yang merupakan salah seorang daripada kerani di bahagian Akaun. Mendengarkan itu Adam mengeluh berat.

‘’ ada apa yang boleh saya bantu? ‘’ Tanya gadis itu.

‘’ tak mengapa, terima kasih Cynthia. ‘’

Adam sekali lagi menyandar lemah, sambil merenung kea rah tempat kosong milik Dania, sejak kehadiran gadis itu di pejabatnya dia langsung tidak menutup kaca biliknya dengan langsir yang ada, kaca itu akan sentiasa lutsinar menembusi penglihatannya.

--##########################################################################--

Mengapa setelah sekian lama dia harus muncul kembali, banyak kemusykilan yang belum terjawab, siapa dia sebenarnya? Mengapa kini dia merupakan orang terpenting di syarikat yang berpengaruh pula? Mengapa pula dia dilayan ibarat raja? Sedangkan dulu?

Esok, jurulatih minta awak datang untuk latihan pagi esok. Pertandingan akan berlangsung tak lama lagi, jadi kita kena lebih giat menjalankan latihan. Pesan Haikal pada budak lelaki cina yang hanya duduk lesu di tepi pagar kantin sekolah, memerhati ke arah lapangan padang yang penuh dengan pelajar pelajar yang menjalankan akitiviti pendidikan jasmani pada pagi itu.

‘’woi.. kau dengar tak ni? ‘’ sergah Haikal sedikit kuat kerana menyangkakan budak cina ini tidak mendengar pesanannya. Budak itu masih lagi senyap, tidak menjawap. Tiba –tiba dia bangun ingin beredar dari situ.

‘’ kau nak kemana? ‘’ pantas haikal menarik lengan budak itu apabila pertanyaannya tidak di jawab

‘’ kutip sampah.’’ Jawabnya ringkas sambil merentap lengannya dari pegangan haikal.

Haikal Cuma membiarkan saja budak itu berlalu meninggalkanya, geram juga melihat telatah budak cina yang sememangya tidak tahu menghormati orang lain, tidak pernah ingin berbual mesra dengan pelajar mahupun guru yang ada di sekolah ini. Kalau ditanya guru sepatah perkataan cukup payah untuk di dengari dari mulutnya. Namun dia perlu akui budak itu cukup pintar dalam pelajarannya. Di dalam kelas tidak pernah mendengar dia bertanya, namun setiap kali mendapat keputusan peperiksaan dia merupakan antara nama nama yang menjadi sebutan guru guru dek kecemerlangannya dalam pelajaran. Walau tidak mendapat tempat yang pertaman dalam ranking pelajar terbaik dia tetap menjadi bualan ramai orang di sekolah. Sikapnya yang lebih suka menyendiri membuatkan tiada seorang pelajar pun yang mengaku berteman dengannya. Namun ada satu insiden yang tidak dapat dia lupakan apabila buat kali pertama dia memandu kereta milik ayahnya, dan pertama kali itu juga lah dia melihat sesuatu yang lain dalam diri budak cina itu.

Sedang dia seronok memandu kereta menuruni jalan yang agak curam dia asyik bernyayi nyanyi riang mengikut irama cd player yang dipasang, satu persatu lagu yang keudara tidak memenuhi seleranya, satu persatu lagu di percepatkan membuatkan dia hilang tumpuan terhadap pemanduannya, sedar tidak sedar dengan tiba tiba dia merasa dia terlanggar sesuatu. Dengan tenang dia memberhentikan keretanya, sewaktu ingin keluar dari kenderaannya dia melihat kelibat seorang lelaki yang berlari pantas entah dari mana munculnya mengalihkan sebuah basikal dari dalam semak ke tepi jalan di depan keretanya, saat itu dia sedar dia telah menyebabkan berlakunya kemalangan akibat kecuaiannya, dengan perasaan cuak dia keluar dari kereta tersebut dan melihat lelaki terbabit membetulkan kedudukan seorang gadis yang terbaring di dalam semak. Nasib saja bukan di dalam longkang mahupun gaung yang berdekatan, tidak dapat di bayangkan kesudahannya nanti.

‘’ Aleyssa.. ‘’ panggil lelaki itu

‘’ aleyssa..’’ panggilnya lagi.. cemas.

‘’ masyaAllah,, Dania.. ? ‘’ terkejut melihat gadis yang terbaring itu ialah Aleyssa Dania haikal dengan pantas berdiri di sebelah lelaki itu untuk melihat dengan jarak lebih dekat lagi akan gadis itu. sedar akan kewujudan haikal. lelaki itu bangun sambil meninggalkan haikal yang masih memanggil manggil nama Dania.

‘’ lee!! kau nak kemana tu? ‘’ Tanya Haikal sedikit cemas melihatkan dania yang masih tidak sedarkan diri mana lagi lelaki itu menonong saja meninggalkan mereka berdua. beberapa minit kemudian gadis itu sedarkan diri, nasib baik hanya mengalami cedera ringan sahaja. Melihatkan Dania sedar dari pengsannya Haikal terlupa dengan kehadiran budak cina yang mula mula tiba untuk memberikan bantuan kepada gadis itu. tampak prihatin sekali lelaki itu terhadap gadis yang satu ini.

Terlalu banyak keadaan lalu yang membuatkan Haikal membuat kesimpulan yang sama. satu kesimpulan yang menghiris hatinya, mencabar jiwa kelakiannya. Masih segar dalam ingatan apabila satu hari dia melihat gadis kesayangannya itu berduaan dengan seorang budak cina, kelihatan dari jauh Dania asyik bercerita kepada lelaki itu sedangkan dia kelihatan acuh tidak acuh, langsung tiada reaksi, sekali sekala dia tunduk memandang rumput. cemburu dengan keadaan itu Haikal sering mengintip pergerakan Dania sejak dia tahu tempat bertemu mereka berdua. sering kali dilihat mereka berdua seakan berbual di sebelah gelanggang bola keranjang di tepi sekolah mereka. alangkah seronoknya kalau itu yang terjadi kepadanya.

satu keluhan kasar keluar dari mulutnya, badannya disandar ke dinding. tiba tiba satu isyarat mesej di telefon bimbitnya berbunyi, telefon diambil butang new message di tekan satu persatu menampakkan isi mesej yang sampai. satu lagi keluhan terbit. kemudian butang dialed dicari, apabila menunjukkan nama Fasha, butang call ditekan. selang beberapa deringan satu suara galak di dengar.

‘’ apa lagi yang u nak? ‘’

‘’ bukan kah semuanya dah jelas antara kita?’’

‘’ I dah tak mahu ada apa apa hubungan lagi dengan u. pls, jangan ganggu I lagi. ‘’

Diam. lelaki itu dia, orang disebelah sana turut diam seolah membiarkan saja lelaki itu terus terusan membebel.

‘’ look, haikal, selagi u tak lakukan apa yang I nak selagi itu I akan ganggu hidup u. ‘’

‘’ I tak peduli apa rancangan u, apa yang pasti I dapat apa yang I nak. ‘’

Titik. seakan satu arahan, Fasha terus memutuskan panggilan.

‘’ arghhhhhh!!!! sial!’’ sumpah seranah lelaki itu sambil menumbuk dinding sekuat hatinya. merah buku lima. tiada kesakitan yang dirasai melebihi kesakitan yang hatinya alami saat itu.

Kali ini dia tidak mahu lagi di kawal oleh gadis itu, kali ini dia mahu bertindak dengan caranya sendiri, dia tidak mahu lagi berdiam diri, memendam perasaan, serta menanggung kesakitan yang sekian lama dia rasai selama ini. Jarinya masih bermain main dengan papan kekunci telefonya, mencari nama seseorang, kemudian terus menekan butang dial.

‘’ hello, ‘’ kedengaran suara yang menjawab panggilan, teruja.

‘’ hye .. ‘’ diam seketika.

‘’ Haikal? Ada apa, call saya lewat malam begini? ‘’

‘’ amira, saya nak jumpa dengan awak boleh? ‘’

‘’ nanti saya mesej kat mana dan waktu untuk kita berjumpa, ‘’ ujar lelaki itu lagi.

Amira hanya mampu mendengar saja. Kali ini dia tidak akan melepaskan peluang yang sekian lama di tunggu. Kali ini di tidak mahu bersikap tunggu dan terus menunggu lagi, keputusannya kali ini muktamad. Jam menunjukan 12.45 malam. Telefonnya di pandang lama sambil satu senyuman mekar di bibirnya, mengingatkan Aleyssa yang nyenyak tidur disebelahnya membuatkan hatinya kembali sayu, selimut di tarik menutup badan sahabatnya itu, esak tangisnya masih bersisa, entah mengapa sejak balik dari pejabat semalam dia asyik memerap di dalam biliknya, dan sejak itu juga dia selalu mengingau dalam tidurnya, apabila ditanya dia hanya diam sambil memeluk tubuhnya dan terus menangis, seolah ingin melepaskan kesedihan yang teramat sangat yang telah lama ditanggungnya. Namun dia tidak dapat membantu kerana Aleyssa masih lagi tidak mahu untuk menceritakan keadaan sebenar kepadanya. Matanya kian layu mengingatkan kembali panggilan yang diterima tadi membuatkan dia terseyum bahagia, perlahan kepalanya diletak ke atas bantal, dengan mudah matanya terlelap.

2 comments:

Anonymous said...

siapa lee? bukan adam ke?

Anonymous said...

ble nak smbng nie??x sba nk bce!!!