PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Thursday, November 24, 2011

SouL MaTe- 43

‘’ Betul ke awak ni? ‘’ tertunduk malu, tersangat la malu dengan apa yang dilakukannya sebentar tadi. Mukanya merah padam, kalau diikutkan hatinya mahu saja di sorokkan mukanya dengan tudung yang dipakai itu. Mahu saja dia terbang terus meninggalkan lelaki itu yang merenungnya dalam, ibarat tidak berperasaan, tanpa reaksi, sama macam dulu.

Jari terlunjuk gadis itu perlahan di arah ke wajah lelaki itu, dan saat jarinya merasa kulit muka lelaki itu. Dia sekali lagi mempamerkan riak penuh hairan. Sekali lagi jarinya mencucuk pipi lelaki itu, tidak puas hati bayangan di hadapannya masih kekal di situ, kali ni dia mencubit geram kedua dua pipi lelaki itu membuatkan lelaki itu terjerit menanggung kesakitan. Serentak itu ALeyssa terlompat kebelakang, kini dia sedar, lelaki itu bukan bayangannya, lelaki itu merupakan realiti, lelaki itu memang wujud sah dihadapannya saat itu.mengingatkan apa yang dibuat kepada lelaki itu membuatkan dia merasa cukup malu, seolah dihentak dengan konkrit yang besar diatas kepalanya, pada saat itu dia terfikir, mengapa berlaku perkara sedemikian rupa, mengapa dia perlu berkelakuan seperti itu dihadapannya. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi, jelas sekali perlakuannya terhadap lelaki itu.

‘’ betul ke awak ni? Betul ke awak wujud kat depan saya ni? ‘’ soal Aleyssa lagi. Kali ini dia tidak sanggup lagi memandang wajah lelaki itu, tanah tempat duduknya di gores-gores dengan sebatang ranting kayu. Hanya itu yang mampu dilakukan bagi menutup malu apabila teringat kejadian yang berlaku tadi, sumpah sampai bila bila dia akan ingat kejadian ini.

‘’ lee, ‘’ panggil Aleyssa akhirnya.

‘’ kenapa? Awak tak percaya jumpa saya kat sini akhirnya? ‘’ soal lelaki itu. Hanya suaranya didengari.

‘’ hurmm.. ‘’ jawab Aleyssa. Masih lagi tunduk menggores tanah.

‘’ Aleyssa, ‘’ lembut sekali panggilannya. Kali ini betul betul didengari. Tanpa dia sedari gadis itu tersenyum sendiri saat mendengar namanya dipanggil lembut lelaki itu.

‘’ Aleyssa Dania,, ‘’ panggil lelaki itu lagi.

‘’ apa? ‘’ jawap gadis itu serentak memandang wajah serentak mata mereka bersatu. Ibarat terkenan renjatan aleyssa terus memalingkan mukanya.

‘’ apa dia ‘’ Tanya Aleyssa lagi.

‘’ boleh tak saya nak gelak? Saya dah tak tahan . ‘’

‘’ ape? ‘’ soal ALeyssa terkejut sambil melihat kea rah lelaki itu yang mula berubah riak wajahnya.

Kali ini mukanya memerah, matanya dibesarkan,bibirnya diketap tangannya digenggam, menahan malu. Dek perbuatannya sendiri. Serentak dengan itu meledak la gelak tawa lelaki itu. Dia ketawa sambil menekup mulutnnya, namun apabila melihat wajah gadis yang kemerahan menaham malu dihadapannya itu maka bertambah geli hatinya membuatkan ledakan kedua ketawa meletus lagi kali ini dia tidak dapat menahan lagi gelak tawanya, sehinggakan dia menekan nekan perutnya. Lama juga dia mentertawakan gadis itu. Cukup geli hatinya melihat telatah gadis yang baru dapat bersua muka setelah sekian lama dia menanggung rindu terhadap wajah polos itu. Dia langsung tidak menyangka begini detik pertemuan mereka bermula lagi.

Di sisi lain ALeyssa yang tadi geram di ketawakan lelaki itu mula asyik memerhatikan lelaki yang sedang mentertawakannya, entah mengapa timbul satu perasaan indah, dan bahagia di hatinya, inilah kali pertama dia melihat lee benar benar ketawa, kelihatan seronok sekali, seolah olah ini lah dia sifat yang telah lama dia sembunyikan selama ini, mata lelaki itu berair kerana terlalu banyak ketawa. Aleyssa makin asyik memerhatikan lelaki itu, dia sudah tidak ingat tentang mengapa lelaki itu ketawa, melihat lelaki itu kelihatan seperti itu cukup mmeberi perasaan indah buatnya. Menyedari dirinya diperhatikan lee berhenti ketawa. Namun cukup sukar baginya menghilangkan sisa tawanya, bibirnya diketap kuat bagi menghalang tawanya kedengaran. Seminit masa diambil, lee menarik nafas dalam, risau juga perbuatannya bakal menyentuh hati gadis di sebelahnya ini. Dia berdehem dehem membetulakn suaranya. Gadis disebelahnya masih asyik merenung dirinya.

‘’ awak marah ? ‘’ soalnya apabila dia sudah mula menghilangkan tawanya, satu perkara yang dia sedari, yang dia merasa satu perasaan yang sangat berlainan selepas dia ketawa tadi, satu perkara yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, entah bagaimana dia mahu luahkan tentang perasaannya saat itu, namun dia tidak mahu memikirkan lebih lanjut mengenai perasaanya saat itu, dia lebih mementingkan perasaan gadis itu saat ini.

‘’ aleyssa.. ‘’ panggilnya perlahan apabila pertanyaanya tadi seolah tidak di dengari gadis itu.

‘’ hurmm?? ‘’ soal aleyssa, riak wajahnya tak terkata.

‘’ awak marahkan saya? ‘’

‘’ tak lah, saya seronok tengok awak senyum ketawa, gelakkan saya lagi. ‘’ jawab Aleyssa acuh tak acuh.

Jawapan itu membuatkan lee berubah wajah, dalam hatinya dia merasa bersalah kerana membuatkan gadis itu berkecil hati. Perasan akan perubahan wajah lelaki itu aleyssa mula terfikir mungkin dia terasa dengan kata-katanya tadi, walhal dia hanya bergurau, dia lupa lelaki ini bukan seperti Adam yang boleh dilontarkan kata kata sinis, boleh bergurau seperti biasa, lelaki ini cukup sesitif sekali, pergaulan yang terhad mungkin menyebabkan dia tidak pernah dilayan sebegini rupa.

‘’ sorry,’’ ujar Aleyssa kemudian sambil membuat muka comel dihadapan lelaki itu,

‘’ kenapa minta maaf? Bukan ke awak marahkan saya? Saya yang patut minta maaf, ‘’ balas lelaki itu pelik dengan tindakan aleyssa.

‘’ tak, ikhlas saya cakap saya tak marah, malahan saya seronok sangat dapat lihat awak ketawa dengan gembira sekali. Lihat awak senyum bahagia, membuatkan hati saya cukup tersenyum juga. Kalau ikutkan hati nak je saye gelak sekali dengan awak. ‘’ ujarnya lagi,

‘’habis tu mengapa awak tak join saya? ‘’ soal lee serius.

Aleyssa mencebikkan bibirnya, dia menjeling tajam lelaki itu.

‘’ tak kan saya nak gelakkan diri saya sendiri. ‘’ balas aleyssa sedikit geram. Sekali lagi dia menjeling tajam lelaki itu yang mula mempamerkan senyuman .

‘’ habis tu awak tu yang kelakar sangat, ada ke ingat saye ni bayangan la ape la, sempat lagi awak komen saya itu ini, banding dengan yang dulu lagi. ‘’ jawab lee sambil tersenyum nakal, seronok sungguh dia melihat gadis itu tersipu sipu malu apabila dia menceritakan kembali kejadian tadi.

‘’ ala dah awak tu tetiba je muncul kat sini, mana saya nak tahu awak ni betul ke tidak? ‘’ tidak mahu kalah dengan lelaki itu aleyssa mula mempertahankan dirinya.

‘’ mana ada orang bercakap dengan banyangan.. ‘’ ujar lee lagi sambil menduga perasaan gadis itu

‘’ awak tak tahu, selama kita berpisah saya selalu Nampak bayangan awak kat mana saja saya pergi, saya selalu Nampak mereka yang seiras awak, sampaikan saya pernah… ‘’ tengah rancak dan ghairah dia bercerita tiba-tiba dia terkedu, apabila dia menyedari dia dah terlebih bicara mengenai perasaanya, dan pada saat itu lah lee merenung penuh simpati gadis kesayangannya itu. Ingin sekali dia memeluk erat dan mententeramkan hati ALeyssa.

‘’ saya mintak maaf kerana tinggalkan awak selama ini tanpa sebarang berita. Semua yang berlaku ini saya tak dapat nak buat apa-apa. Saya mintak maaf kalau saya buatkan awak menderita selama pemergian saya. Saya tahu saya banyak melukakan hati awak. Saya tak minta awak percayakan saya, tapi betul, semua ni bukan kehendak saya. ‘’ terang lee kepada Aleyssa.

Mendengarkan penjelasan lelaki itu membuatkan aleyssa cukup terharu, melihat keberadaan lelaki itu di sisinya melahirkan sebak dihatinya, entah kenapa tiba tiba mengalir air matanya,

Melihat air mata gadis itu membuatkan lee cemas, semakin laju air mata gadis itu semakin cemas dirinya, kemudian dia mendapat idea,

‘’ pilih kanan ke kiri ‘’ lee menghulurkan tangan yang terbuku ke arah gadis itu, kelakuan tersebut mengigatkan Aleyssa tentang perkara yang pernah lee lakukan semasa zaman sekolah dulu sewaktu dia sedang bersedih. Air matanya semakin rancak mengalir ke pipi. Tangannya di hala kea rah tangan kanan lelaki itu, serentak itu lee seakan mengalihkan tanganya.

‘’ er… kalau salah pilih awak tak kan dapat ape-ape tau? ‘’ lee memberikan isyarat supaya tidak memilih tangan kanan.

‘’ kenapa? ‘’ Tanya Aleyssa sebak, air matanya mula behenti mengalir. Dia lebih tertarik dengan apa yang akan dilakukan lelaki itu.

‘’ suka hati saya la nak pilih yang mana, saya lebih memilih kanan , kanan kan bagus, saya pakai jam kat tangan kanan, awak pun, kita makan guna tangan kanan, islam pun galak mulakan dengan anggota kanan. ‘’ Jawab Aleyssa panjang lebar, lee ternyum nakal, dia lantas membuka tangannya, kosong, aleyssa diam, dia tampak kecewa sedikit dengan pilihanya,

‘’ kan saya dah cakap jangan salah pilih. ‘’ provoke lee lagi. Dia senyum nakal sambil menyorokkan tangan kirinya ke dalam poket seluarnya.

‘’ huh! Tak pe, saya tak menyesal dengan pilihan saya. Tak de rezeki nak buat macam mana? ‘’ jawab gadis itu berbunyi pasrah, kali ni tiada lagi getar tangisan pada suaranya, air mata hilang kering sebentar saja.

‘’ awak tak nak tunjuk kat saya tangan yang satu lagi tu? ‘’ soal aleyssa dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Lee tersenyum lagi, kali ini taktiknya berhasil.

‘’ kenapa nak tahu? Awak kan dah salah pilih, saya dah kata tadi kan? ‘’

‘’ ala, saya tak nak pun,saya Cuma nak tahu je, cepat la, nak tengok,,, ‘’ pinta aleyssa manja sambil menghulurkan tapak tangannya.

‘’ mana boleh? ‘’

‘’ ala boleh la.. boleh la,, ‘’ rengeknya lagi,

‘’ tak boleh.. ‘’ jawab lee masih menduga kesabaran gadis itu.

aleyssa mula mencebik bibirnya, mukanya masam mencuka. Telatahnya ibarat anak anak yang kecewa tidak berhasil mendapat keinginannya.

‘’ huh!! Tak nak bagi tak pe lah! ‘’ jawab aleyssa sedikit kasar. Berpura pura marah.

Melihatkan kemarahan gadis itu yang kian tercetus dia mengeluarkan tangannya, melihatkan perkara itu aleyssa mula mempamerkan senyuman kemenagannya.

‘’ nah..’’ tunjuk lee tangan kosongnya. Membuatkan Aleyssa terkedu geram.

‘’ awak tipu! ‘’ marah aleyssa sambil matanya masih meilihat lihat kalau ada ternampak sesuatu dalam poketnya.

‘’ betul. Saya tak isi pape. ‘’ jawab lee sambil tergelak dibuatnya melihat telatah aleyssa. Manja dan comel.

‘’ ye la tu, dah la, saya nak balik la. ‘’ Ujar aleyssa seraya bangun dari tempat duduknya.lee turut bangun bersama aleyssa.

‘’ jom saya hantar awak balik hotel. ‘’ ujar lee berjalan mendahului gadis itu yang terkejut dengan pelawaanya, mana dia tahu aku tinggal di hotel? Soalnya dalam hati. Melihat keadaan hari yang semakin gelap menandakan hari yang bakal hujan dia hanya menurut jejak langkah lelaki itu. Perjalananya balik ke hotel memakan masa lebih kurang 40 minit, sebuah teksi telah menunggu. Lee masuk ke perut kereta sambil diikuti aleyssa, pelik lagi, seorang lelaki bergelar pengarah syarikat besar menaiki teksi? Namun itu semua hanya disimpan dalam hatinya saja.

Hampir setengah jam penjalanan mereka hanya diam membisu, sekali sekali lagu yang berkumandang di radio kena dengan hawa telinga Aleyssa.

‘’ betul saya tak letak pape pun dalam tangan saya tadi. saya panic tengok awak nangis, jadi saya alih perhatian awak dengan taktik tadi. ‘’ terang lee tiba tiba memecah kebisuan mereka

‘’ awak ingat saya ni budak budak kecil ker? ‘’ soal aleyssa terseyum sinis memandang lelaki itu.

‘’ tapi saya Berjaya buat awak behenti menangis kan? ‘’ bentak lee, kali ni dia merasa sedikit geram dengan tingkah laku gadis itu. Dia tersenyum menang apabila melihat aleyssa terdiam sambil mencebik bibirnya.

‘’ encik dah sampai. ‘’ suara pemandu teksi meleraikan perdebatan mereka.

Lee turun berjalan menuju ke lobi hotel yang merupakan tempat dia menginap, aleyssa terasa dirinya ditinggalkan cepat-cepat menghulurkan duit kepada pemandu teksi itu.

‘’ dah bayar cik. ‘’ kata pemandu teksi tersebut.

‘’ bila? Saya tak Nampak pun dia bayar? ‘’’ soal aleyssa merujuk kepada lee yang berjalan semakin jauh dari mereka.

‘’ dia sewa saya untuk seminggu cik. ‘’ balas pemandu teksi itu lagi. Mendengarkan kata – kata pemandu itu aleyssa bergegas kekuar dan mengejar lee yang jauh meninggalkannya. Sampai di kaunter pertayaan aleyssa melihat lee sedang santai duduk di ruang menunggu.aleyssa mengetap bibirnya. Dia berjalan menuju ke tempat duduk lelaki itu.

‘’ mana awak tahu saya menginap di sini, awak pun menginap kat sini ker? ‘’ soal aleyssa.

‘’ tau la.. semalam tak, tapi hari ni ye. ‘’ balas lelaki tu tanpa riak. Aleyssa semakin keliru dengan apa yang berlaku.

‘’ Encik Tan, bilik anda terlah sedia. Jika perlukan apa apa kami bersedia untuk membantu anda.’’ Panggil penyambut tetamu yang menguruskan daftar masuk lelaki ini.

‘’ entik tan? ‘’

‘’ kenapa? ‘’ soal Aleyssa penuh hairan sambil mengekori lelaki itu yang pantas berjalan menuju ke lif. Kebetulan pula lif sedang terbuka dia lantas bejalan masuk ke dalam perut lif diikuti gadis tersebut.

‘’ lee.. apa yang berlaku ni? Kenapa awak…? ‘’ pelnagai soalan yang perlu dirungkaikan.

‘’ leyssa, pls.. kalau awak percayakan saya, tolong jangan Tanya saya lagi? ‘’ pintas lelaki itu tiba-tiba.kali ini riak wajahnya cukup serius, jalannya lemah, peluh di dahinya merecik.

‘’ awak ok? ‘’ aleyssa mula cemas melihat betapa lemahnya lelaki itu tiba tiba, wajahnya berubah pucat.

‘’ saya ok, saya penat sangat, awak masuk la bilik berehat. Nanti kita jumpa lagi. ‘’ Lee membuka bilik yang dihadapannya kemudian terus berlalu masuk meninggalkan gadis itu terpinga pinga dengan kelakuannya. Aleyssa sedikit tersentap dengan perlakuan lelaki itu. Namum apa boleh buat? Dia bejalan menuju ke biliknya, di kepalanya sarat memikirkan kejadia kejadian yang berlaku tadi, dan tanpa mereka sedari perbualan serta tingkah laku mereka sedang diperhatikan.

Thursday, November 17, 2011

SouL MaTe- 42

‘’ tak lama lagi kita akan mengadakan majlis pelancaran untuk projek kita bersama syarikat Ting Ha, jadi saya mahu majlis ini berjalan dengan lancar seiring dengan apa yang dimahukan oleh Tengku Farid. ‘’

Adam dari tadi sibuk membelek belek semua draft surat yang berkaitan yang akan dimasukkan kedalam laopran untuk dihantar kepada Tenku Farid nanti. Sambil itu mulutnya lancar berbicara menerangkan semua perkara yang berkaitan kepada Dania. Namun apa yang dia tidak sedari otak Dania kala itu tiada bersamanya. Entah mengapa pagi itu dia cukup gelisah. Bukan dia tidak perasan akan kegelisahan gadis itu sewaktu bersapan bersama tadi, namun memikirkan kejadian semalam, dia beranggapan gadis itu masih lagi terbawa bawa dengan kejadian tersebut. Satu perkara yang harus dikagumi dengan lelaki ini ialah dia tidak sesekali mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjayanya, padanlah pada usia yang muda lagi dia berjaya memegang jawatan penting dalam syarikat besar seperti syarikat Teguh ini. Rupa yang kacak, berpendidikan tinggi serta perwatakan yang cukup menarik. Apa lagi yang perlu ada pada lelaki yang bernama Adam ini untuk mencairkan hati mana mana gadis di luar sana.

‘’ dania… ooo cik Dania… ‘’ panggil Adam sambil melambai lambai tangannya betul betul di depan muka gadis itu. Namun ibarat jiwa yang hilang. Matanya tidak berkelip.

‘’ cik Aleyssa Dania Abdullah! ‘’ panggil Adam sedikit kuat sambil menepuk tangannya di telinga gadis itu membuatkan gadis itu sedikit terlompat dari tempat duduknya. Menyedari yang dirinya hilang dalam lamunan, dia tertunduk malu

‘’ maafkan saya. ‘’ pinta Dania perlahan, wajahnya kian murung. Kalau dulu dia akan mula membebel, atau dia akan terus memarahi lelaki itu kerana dek malu dengan telatahnya sendiri,

‘’ kenapa ni? Masih memikirkan hal semalam? Come on Dania, kita tengah bekerja sekarang ini, even bukan secara formal, tapi tetap kena habiskan juga kan? ‘’ ujar lelaki itu berbaur nasihat.

‘’ bukan macam tu, ‘’ tidak mahu dirinya dikatakan tidak professional, tapi kali ini dia cukup risau.

‘’ bukan pasal semalam, saya risaukan teman saya. Amira. Sudah 2 hari saya cuba hubungi dia, tapi gagal. Saya takut sesuatu berlaki pada dia. ‘’ terang Dania bersungguh.

‘’ kenapa perlu risau? Dia kan sudah dewasa, pandai la dia mejaga dirinya. ‘’ balas lelaki itu seolah tiada perkara yang perlu dirisaukan. Matanya asyik mengadap lap top jemarinya laju menaip sesuatu.

‘’ tapi.. ‘’ Dania berhenti di situ. Amira bukan begini orangnya, dia mula cuba untuk berfikiran positif, mungkin dia sibuk, atau hpnya rosak, atau dia lupa cas telefon, atau….

‘’ dania, please focus. ‘’ arah Adam, agak tersentap dengan ketegasan lelaki itu, dania mula mencapai kertas kertas dia tas meja tersebut, meneliti kembali kertas kerja serta laporan yang sedang mereka bincangkan tadi, namun dalam hatinya masih kuat risau terhadap sahabatnya itu, tanpa di sedarinya sepasang mata galak memerhatikan dirinya, Adam menggelengkan kepalanya sambil meneruskan menaip kertas kerja yang sedang mereka usahakan itu.

-##########################################################################-

‘’ nenek dah tahu kat mana dia berada ‘’

‘’ kat mana nek? Kenapa nenek tak suruh diorang bawa dia balik nek? Saya risaukan kesihatan dia. ‘’

‘’ tak mengapa, nenek dah arahkan orang nenek memerhati dia dari jauh saja, nampaknya lee memang perlukan masa untuk bersendiri, dan memikirkan segalanya. Sampai masanya nenek akan bawa dia balik ke sini, tugas kamu sekarang buat saja persiapan yang nenek suruh tempoh hari. ‘’ arah wanita tua itu lagi.

Celina mengeluh perlahan, sejak beberapa hari yang lalu, setiap malam dia mendapat mimpi ngeri, setiap malam dia tidak lena untuk tidur, boleh dikatakan setiap masa dia akan cuba untuk menghubungi lelaki itu, walaupun dia tahu lelaki itu akan menutup hp nya, bukan pertama kali kejadian seperti ini berlaku, namun kali ini dia merasakan Sesuatu yang buruk yang bakal berlaku. Entah kenapa walaupun dia tahu lelaki itu bakal menjadi miliknya kelak namun dia tetap merasakan sesuatu yang tidak elok bakal berlaku.

Petang itu,

Udara petang di kampung ini cukup nyaman, terlalu banyak perubahan yang berlaku setelah lebih sepuluh tahun berlalu, walaupun banyak taman perumahan yang didirikan, namun ciri cirri kampong masih diamalkan, pokok pokok masoh dipelihara untuk memberi keseimbangan alam. Sungainya masih bersih dan diperdalamkan, ada juga yang dinaik taraf menjadi kawasan rehat, dan dijadikan tempat riadah dan tempat menjamu selera. Banyak kedai kedai makan disepanjang tepi sungai yang menjadi tarikan kepada pelancong yang dating ke sini.

‘’ cik, kalau saya hantar sampai ke sini saja boleh? ‘’ soal peamandu teksi itu tiba-tiba apabila dia membehentikan kenderaanya di tempat perhentian bas.

‘’ kat depan sana tu ada kerja kerja membaiki dan menaik taraf jalan, jadi laluanya sempit dan sangat kotor, ‘’ terang pak cik itu lagi.

‘’ tak mengapa pak cik, saya turun kat sini je, ‘’ balas gadis itu sambil menghulurkan note RM 10. Kepada pemandu teksi tersebut, dia melangkah keluar dari kereta dan terus berjalan menuju ke satu tempat yang sangat ingin dikunjunginya. Setelah 5 minit berjalan kaki dia sampai ke sebuah rumah usang, namun masih terjaga rapi, kawasan persekitaran rumah cukup bersih seolah ada yang sentiasa menjaganya. Dia merasa hairan, setahunya kali terakhir dia balik bersama amira dulu sewaktu dia mula menjalankan projek di sini, namun tiba tiba projek tersebut tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan dari satu pihak yang tidak di ketahui sumbernya, olah kerana itu projeknya dialih ke satu kawasan lain bagi menggantikan projek tersebut.

Dia berjalan mengelilingi rumah tersebut, hasrat hatinya ingin masuk kedalam rumah tersebut, namun entah di mana dia letak kunci rumah. Hairan, keliling rumah terjaga rapi, bersih langsung tiada dedaun yang singgah di tanah. 15 minit berada di situ cukup untuk mengimbas kembali kenagan berasama arwah ibu saudaranya yang membuatkan hatinya cukup sedih. Walau telah lama ia berlalu ia seakan baru semalam. Tiba- tiba dia teringat sesuatu. Perasaannya cukup kuat, hatinya seolah berdebar debar apabila memikirkan satu tempat ini. Kakinya spontan melangkah menuju ke kawasan padang sekolah. Menarik sekali, kawasan padang yang dinaik taraf itu memang menjadi tempat riadah untuk penduduk sekitar, ramai kanak kanak dan remaja yang menjalani aktivi riadah mereka di situ, paling menarik perhatiannya gelannggang bola keranjang juga telah diperbaharui. Semuanya Nampak baru dan lebih selesa. Tapi hanya ada satu tempat saja yang cukup menarik kakinya untuk melangkah ke situ. Keadaannya masih sama seperti dulu, pokonya semakin rendang. Dari situ jelas kelihatan seluruh kawasan padang yang menghijau, angin petang yang bertiup perlahan mengembalikan nostalgia lama masa zaman sekolahnya.

Teringat dulu disini la dia selalu menghabiskan masa petangnya, membaca novel. Disini jugalah tempat dia meluahkan perasaanya, dan yang paling penting disini juga lah tempat dia mengenali lebih dekat lagi seseorang yang cukup istimewa dalam hidupnya. Teringat juga di sini lah dia selalu mendapat kotak hadiah kecil yang berisi gula gula, yang selalu menceriakan hati sedihnya. Mengingatkan perkara perkara itu membuatkan dia merasa sedih dan kehilangan.

Aleyssa tunduk menekup mukanya di atas lutut, saat itu mengalir air jernih menitik ke tanah. Dia menahan perasaan agar air jernih itu tidak laju keluar dari matanya. Tiba tiba dia merasa sesuatu, perasaan berdebar mula menyelinap dihatinya. Dia merasa kehadiran seseorang disisinya saat itu, lama, lama dia memejam matanya dalam keadaan begitu, namun kehdiran seseoarang masih dapat dirasainya, dia memberanikan diri untuk mengangkat wajahnya untuk melihat di sebelah kanannya, perasaan nya kuat mengatakan kehadiran seseorang, terkejut melihat lelaki itu, duduk diam di sebelahnya memandang terus kea rah padang bola dihadapan mereka. Aleyssa tidak percayakan matanya,

Dia kembali ke posisi asal tadi memejam erat matanya kemudian kembali melihat di sisinya, kali ini wajah yang sama masih dilihat berada disebelahnya, namun kali ini lelaki itu merenung wajahnya, tersentak melihat anak mata lelaki itu merenung matanya aleyassa pantas menunduk kembali, saat itu ddanya berdebar kencang, hatinya menggumam, mengapa begitu kuat ingatannya terhadap lelaki itu,. Apakah kerana ini merupakan tempat mereka? Sebab itu lah ingatannya sangat kuat sehingga terbayangkan dirinya merasakan dirinya betul betul berada di sini? Soalnya dalam hati saat ini. Lama juga dia begitu, sehingga berkurang debaran hartinya, ALeyssa kembali menggumpul semangatnya semula untuk mengangkat wajahnya lagi. Dan kali ini wajah itu masih di hadapannya, lama dia merenung kembali wajah itu. Wajah yang sama, tapi bayangan kali ni seakan lebih berusia dari zaman persekolahannya dulu, masih kacak, bersih, dan matanya bersinar.

‘’ kalau la betul awak ada kat sini sekarang, ‘’ ujar Aleyssa tiba-tiba sambil matanya masih tidak lari memandang wajah lelaki itu. Kali ini lebih rapat lagi,

‘’ hurmmm,, awak makin hensem la, hidung mancung, tapi, sikit kurus, kenapa? Awak rindu kat saya yer?? ‘’ soal aleysaa lagi kepada banyangan lelaki itu. Mula bermain main dengan perasaannya saat itu, Dia masih menelek nelek wajah lelaki dihadapannya itu, mahu di sentuh tapi takut banyangan tersebut hilang dari pandangannya,

‘’ biar awak kat sini sekejap la, ‘’ ujar aleyssa lagi. Kemudian dia semakin selesa mengadap lelaki itu, dia duduk rapat bertentang dengan tubuh lelaki yang diam memerhatikan telatah dirinya.

‘’ hurmmm…. Rambut awak,, dah lain..’’ komen aleyssa lagi, kali ini dia sedikit mendongak ke atas.

Menelek nelek lagi wajah lelaki itu. Kali ini wajahnya hampir sekali dengan wajah lelaki itu. Lama mata bertentang mata, entah kenapa hatinya cukup berdebar-debar.

‘’ tak puas lagi tengok saya? ‘’ tiba tiba lelaki itu bersuara. Dania mengerut dahi, matanya membulat, hairan gadis itu.

‘’ hah sudah, awak dah boleh bercakap dengan saya pulak? ‘’ soal gadis itu polos apabila banyangan lelaki tu sudah mula berbicara dengannya,

‘’ habis tu sampai bila wak nak suruh saya duduk macam ni? ‘’ Tanya lelaki itu lagi.

‘’ owh.. penat ker? Bayangan saya pun boleh penat ker? Hurmmmm.. ‘’ ngomel aleyssa lagi, masih menatap dalam wajah lelaki itu.

‘’ kalau saya sentuh awak sekali mesti awak hilang. ‘’ ujar aleyssa pasti.

‘’ buat lah, ‘’ ujar lelaki itu sambil menyuakan mukanya sedikit ke depan.

‘’ eh, dah pandai bergurau lagi awak ni, ‘’ kali ni ini aleysaa mengerutkan dahinya,seronok sebelum ini dia hanya mendapat banyagan lelaki itu saja, kali ini dia merasa seronok dan bertuah dapat bercakap dengan banyangan lelaki itu.

Lelaki itu merenung tajam padanya.

‘’ hurmmm… baiklah, ‘’ aleyssa membawa jari telunjuknya perlahan lahan dan…..

Friday, November 11, 2011

SouL MaTe- 41

‘’ kenapa awak bawa saya ke sini? kata tadi perlukan saya. ‘’ soal dania mula panas dengan tindakan lelaki itu. Apa lagi yang mahu dilakukan kali ini. Tidak serik lagikah dengan kejadian kejadian lepas. Katanya mahu menjalinkan hubungan persahabatan dengannya. Dia telah pun cuba untuk memberi ruang kepada lelaki itu untuk sekadar berteman dan memahami hati budi masing masing. Namun bukan dengan tindakanya kali ini dengan membawanya ke tepi pantai dengan menggunakan alas an bekerja.

‘’ memang saya perlukan awak sekarang. Tapi bukan untuk bekerja. Tapi untuk hati saya. ‘’ balas Adam spontan, matanya asyik merenung kea rah laut yang luas membiru.

‘’ awak… ‘’

‘’ Aleyssa, boleh tak awak temankan saya sekejap saja. ‘’ terpempan dengan panggilan lelaki itu Aleyssa terdiam sepi, masih memandang sisi wajah lelaki itu, tampak biasa, senyuman dibibir lelaki itu hambar. Satu senyuman dilemparkan buat gadis yang terdiam sepi di tepinya. Aleyssa masih lagi memandang sepi lelaki itu, seolah tahu apa yang bermain di fikiran Aleyssa.

‘’ duduk la. ‘’ suruh Adam sambil menepuk nepuk pasir di sebelahnya. Selangkah di sebelahnya.

Gadis itu seakan terpukau dengan kelembutan yang dipamerkan lelaki itu, senyumannya cukup menyentak hati wanita. Perlakuan pasifnya cukup meruntun jiwanya. Aleyssa duduk mengadap lautan sisa sisa sinaran matahari seakan dengki akan dirinya. Mencucuk cucuk wajahnya, namun angin pantai yang cukup mendamaikannya, dah lama dia tidak merasa relaks begini. Kelihatan lelaki itu membelai belai rambutnya yang ditiup angin, rimas agaknya rambut yang berjuntaian ke dahi. Baru kali ni Aleyssa melihat betapa selekehnya lelaki itu. Hanya dengan t-shirt kolar lengan pendek dengan jeans lusuh. Santai duduk di atas pasir pantai. Baju yang dipakai menampakkan susuk tubuh tegapnya. Entah kenapa dia selesa di situ, teringatkan sesuatu, bau rambut lelaki itu yang ditiup angin menyebarkan wangian yang cukup segar, Aleyssa menarik nafas dalam, matanya dipejam menikmati wangian itu. Sama, masih segar dalam ingatanya.

‘’ kenapa? ‘’ Tanya lelaki itu tiba tiba memandangan wajah gadis itu polos.

‘’ errr.. ‘’ malu dengan perbuatannya yang curi curi memerhatikan lelaki itu, Aleyssa meraba raba tudungnya yang galak ditiup angin. Mukanya mula kemerahan. Cukup malu apabila tertangkap dengan lelaki itu.

‘’ kenapa awak nak lari dari saya? ‘’ soal lelaki itu lagi perlahan, kali ini wajahnya sedikit mendung. Tiada lagi senyuman nakal di wajahnya, tiada lagi lawak bodoh yang menceriakan hatinya.

‘’ awak betul betul bencikan saya? ‘’ soalnya lagi.

‘’ apa hubungan awak dengan pengarah Ting Ha Holdings? ‘’ kali ini Aleyssa tersentak dengan solan lelaki itu, tidak tahu apa yang perlu di jawab, dia hanya mampu merenung pasir pantai yang putih bersih. Terfikir saat itu perlu kah dia menceritakan semua masa lalunya? Apa yang nak diklasifikasikan hubunganya dengan lelaki itu. Lee hanya teman yang dikenalinya semasa zaman persekolahan,

perkenalan kami tak lama, beberapa tahun sahaja lee kemudian hilang tanpa khabar berita,namun ia meninggalkan kesan yang amat lama dan bermakna buat aleyssa.

‘’ Dania..’’ panggil lelaki itu perlahan, Gadis itu seolah sedar dari lamunanya.

‘’ adam, saya tak pernah benci awak, jujur saya katakan pada mulanya saya memang tidak senang dengan sikap awak, namun semakin hari saya sedar, banyak perkara yang awak lakukan kadang kala mebuatkan saya lupa segala kesedihan serta masalah yang berlaku dalam hidup saya, saya akui, sejak akhir akhir ini awak banyak terlibat dalam diari kehidupan saya, yes, awak termasuk dalam watak penting dalam hidup saya, saya cuba untuk salami hati budi awak. ‘’ Aleyssa terdiam sejenak, memerhatikan riak wajah lelaki itu. Ternyata pernyataanya mengukir sedikit senyuman di bibir lelaki itu.

‘’ Saya tak ramai kawan lelaki, hidup saya hanya di persekitaran tempat kerja dan rumah saya saja, bila awak muncul dalam hidup saya dengan pelbagai masalah yang timbul sejak saya masuh ke Teguh Holdings kadang kala membuatkan saya cukup terbeban dengan cakap cakap orang sekeliling. Tambahan lagi awak merupakan lelaki yang menjadi kegilaan wanita wanita di luar sana, saya tak mahu diri saya di sakiti lebih jauh lagi. ‘’ dan serentak itu Adam memandang wajah Dania dengan penuh tanda Tanya. Dia mengeluh perlahan.

‘’ dania.. sudi tak awak jadi permaisuri hidup saya? ‘’ soal lelaki itu spontan, riak wajahnya penuh harapan.

‘’ adam.. ‘’ terkejut dengan lamaran lelaki itu, Dani cuba berlagak biasa, cuba untuk mengawal rentak suara yang bergetar menahan gementarnya.

‘’ saya janji saya akan jaga awak, saya tak akan biarkan sesiapa pun sakitkan hati awak, termasuklah Fasha, mahupun ibunya. ‘’ janji Adam, pandangannya cukup tajam merenung jauh ke dalam anak mata gadis itu. Ingin saja saat itu dia menyentuh dan membelai jari jemari gadis yang kini mengadap wajahnya.

Tidak tahan renungan mata lelaki itu, Dania melarikan wajahnya. Jantungnya kini berdegup kencang, Dania berdiri mengadap lautan yang kian kemerahan menandakan waktu senja bakal menejelma.

‘’ awak tak kenal siapa saya Adam. saya bukan siapa siapa dalam dunia. Saya hidup sebatang kara, Amira la kawan dan kakak kepada saya selama ini. ‘’ cerita dania, dia mula sebak apabila menceritak kisah hidupnya. Seolah kerdil saja jika mahu dibandingkan dengan sejarah keluarga lelaki itu.

‘’ saya tak pernah peduli siapa awak, pada saya awak sudah cukup membuatkan saya gila dengan semua perkara yang berlaku kini. Dulu wanita yang tergila gila kan saya sehingga saya angkuh dalam berkawan, tapi sejak saya tengok awak buat kali pertama hati saya seolah olah di curi. Saya mula melakukan perkara perkara yang gila, pendek kata saya tak pernah lakukan dengan gadis lain sebelum ini. Saya mula sedar kekayaan bukan boleh membeli hati budi seseorang. Saya tahu semua gadis yang mengejar saya sebelum ini bukan kerana ihklas dengan saya, tapi mereka mahukan harta saya. ‘’ panjang lebar lelaki itu berbicara, apa yang terbuku dalam hatinya seolah telah Berjaya dikeluarkan.

Dania serba salah, lelaki itu cukup mengharap padanya, bukan sekali, kali ini sudah 3 kali dia merayu dirinya untuk bersamanya, Cuma kali ini lebih jauh lagi tindakannya untuk menjadi permaisuri hidupnya. Sangkaannya Adam memang seperti lelaki lelaki kaya yang lain yang hanya tahu mempermainkan perasaan wanita. Dia juga menyangkakan lelaki itu akan beralih arah apabila dia langsung tidak melayan mana mana kerenah yang melibatkan hati dan perasaan mereka berdua.

‘’ hari dah semakin gelap, awak balik lah dulu. ‘’ seakan mengerti dilemma yang dilalui gadis itu.

‘’ tapi saya tetap mahukan jawapan dari awak, saya akan tunggu, kali ini saya sangat serius, kalau awak setuju saya akan langsungkan perkahwinan kita secepat mungkin. ‘’ kenyataan dari mulut lelaki itu cukup membuatkan dania terharu. Dia hanya mampu tunduk. Saat ini pelbagai perasaan yang singgah dihatinya. dia berjalan perlahan meninggalkan Adam.

‘’ Dania, ‘’ Dania memberhentikan langkahnya.

‘’ awak masih lagi tak jawab soalan saya tentang lelaki itu. ‘’ ujarnya sambil bangun memerhatikan gadis itu yang langsung tidak berpaling ke arahnya. Beberapa saat berlalu, hanya deruan ombak yang kedengaran. Dania mengorak langkah lebih laju meninggalkan Adam yang masih setia menunggu jawapan darinya,

‘’ kenapa susah sangat awak nak ceritakan semua pada saya Dania? Apa sebenarnya hubungan awak denga dia? Kenapa susah sangat awak nak terima saya? ‘’ soal Adam sendiri sambil memerhatikan langkah Dania yang semakin jauh meninggalkanya.

-###############################################################-

Sampai saja ke biliknya dania menghempaskan badannya terus ke katil. Dia penat, kepalanya sakit. Sudahlah masalanya makin rumit, ditambah lagi dengan lamaran lelaki tadi. Entah kenapa semua yang di sampaikan Adam tadi sedikit sebanyak menyentuh hatinya. Adakah dia mula suka akan lelaki itu? Adakah dia akan jatuh cinta lagi ?

‘’ argghhhh…. Pusing. ‘’ keluh Dania. Dia mengambil Hp nya mencari nama Amira dan terul mendail.

The number you have dial …. Serentak bunyi itu dania memutuskan talian.

‘’ kemana pulak mira ni pergi, tak pernah pernah tutup Hp. Sepatutnya sekarang dia dah ada di rumah. ‘’ ujar gadis itu sendiri, sejak dia semalam sampai ke sini, dia masih lagi tidak dapat berhubung dengan temannya itu. Selalunya selepas sampai saja ke destinasi orang pertama yang akan dia laporkan adalah sahabatnya itu, kalau tidak dia yang telefon maka sahabatnya itulah yang menelefonnya dulu untuk bertanya kan khabar darinya. Setelah beberapa kali mencuba namun hasilnya masih gagal membuatkan Dania bosan. Dia bangun mencapai tuala dan berlalu ke dalam bilik air.

Pada masa yang sama…





‘’ Encik, hari menandakan akan hujan sekejap saja lagi, jadi saya nasihatkan encik masuk berehat di dalam Challet dulu. Kalau hujan lebat encik akan kebasahan di luar ini. ‘’ tegur seorang pekerja Chalet.

Lee bangun, menurut saja, patutlah angin bertiup lebih kencang dari biasa, ini bukan kali pertama dia menyewa bilik murah di kawasan pusat peranginan, dia sengaja lari dari orang neneknya yang akan selalu tahu di mana keberadaanya kalau dia ‘’ check in ‘’ di hotel mewah. Kali ini dia betul betul mahu menyendiri. Memikirkan sedalam dalamnya mengenai dirinya. Dia bakal mengambil keputusan yang bakal merubah kehidupannya samada kearah kebaikan mahupun kepada kehancuran. Hp nya sudah sehari di tutup. Dia juga keluar sehelai sepinggang dengan kemeja pejabatnya saja. Dia tahu semua orang sedang berusaha mencarinya. Dan dia Cuma ada masa mungkin 2 hari saja sebelum orang-orang neneknya Berjaya mengesan keberadaanya, namun itu sudah cukup untuk dia memikirkan semasak masaknya tindakan yang akan dilakukan seterusnya.