PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, October 14, 2011

SouL MaTe- 38



Tasik yang indah, angin sepoi bahasa pagi itu membuatkan Lee merasakan cukup damai sekali, namun dia sedikit pelik mengapa tiada lansung kelibat manusia di sekitar itu, selalunya tasik ini menjadi kawasan riadah pagi petang buat penduduk sekitar sini. Namun itu tidak menjadi masalah buatnya, dia merasa tenang di situ. Memerhatikan tasik itu sejauh pandanganya. Dia terseyum melirik memerhatikan keindahan kawasan tersebut, hari ini dia cukup merasa ketenangan yang tak pernah dirasainya, sudah lama, sehinggakan dia lupa kali terakhir dia merasa sebegini tenang. Cukup tenang.

‘’ lee..’’

Satu suara, lembut sekali, memanggil namanya dari arah belakang. satu suara, yang cukup menyentak hatinya, satu suara yang sudah lama diriduinya. Namun dia cukup merasa takut untuk berpaling ke belakang. Dia merasakan ianya Cuma hayalannya saja. Matanya dipejam rapat, mengharapkan agar suara itu lenyap dari benaknya.

‘’ lee..’’

Masih lagi suara yang sama. Kali ini derap kaki kedengaran berjalan dari arah belakang. Dan kali ini dia nekad untuk berpaling, nekad untuk menhadapi reality sebenar. Saat berpaling dia melihat Aleyssa tersenyum manis, cukup manis. Senyuman yang cukup dirindui setelah sekian lama. Namun belum pun sempat lee melontarkan kata kata aleyssa tiba-tiba lenyap. Seklip mata. lee bangun mencari cari gerangan aleyssa di sekitar kawasan itu. Namun hampa.

‘’ aleyssa!!!’’ jerit lee sambil terkejut dari tidurnya. Celina dan Madam terkejut dengan jeritan lee yang tiba tiba menjerit apabila tersedar dari tidurnya, lee memerhatikan sekeliling dan mendapati dia berada di hospital, lengkap dengan pakaian hospital. Jeritan lee memanggil nama seorng gadis bernama Aleyssa membuatkan dia sedikit cemburu, namun disebabkan dia risau akan kesihatan lelaki itu membuatkan dia seakan terlupa mengenai perkara itu, dia lebih menitik beratkan kesihatan lee lebih dari perkara lain.

Pada masa yang sama Aleyssa tersedak saat tiba tiba. Membuatkan Adam bersama rakan sekerja yang lain terkejut dengan suaranya, pada waktu itu mereka sedang bermesyuarat mingguan yang diadakan setiap pagi. Malu dengan keadaan itu dia meminta kebenaran untuk keluar sebentar dari bilik mesyuarat itu.

--************************************************************--

Adam keluar dari bilik Tengku Farid, riak wajahnya tampak serius. Dia berjalan terus masuk ke biliknya. Sejurus selepas itu Fasha pula keluar dari bilik tersebut dengan riak wajah yang ceria, dia berjalan melenggang lenggok bak model terlatih.

‘’ nah! Aku nak kau tolong belikan sejambak bunga untuk kami hadiahkan kepada pengarah Ting ha yang sedang dirawat di hospital. ‘’ suruh gadis itu kasar sambil melemparkan sekeping note RM 50 kepadanya.

‘’ jangan lupa nanti hantarkan bunga tu ke bilik adam. Aku akan teman dia ke sana nanti. Cepat skit, ‘’ suruh gadis itu lagi sambil berlalu meninggalkan Dania berjalan menuju ke bilik Adam. Jalannya melenggang lenggok mengalahkan model tempatan lagaknya. Tanpa memikirnya lagi dania bangun dari tempat duduknya. Nasibnya baik kerana kedai bunga hanya selang beberapa premis saja dari premis bangunan syarikat dia bekerja. Lebih baik dia cepat melaksanakan suruhan gadis itu sebelum pelbagai masalah yang akan timbul nanti.

Sewaktu Dania naik ke pejabat bersama sejambak bunga ditangan dia melihat Fasha bersama Haikal keluar dari bilk Tengku Farid. Wajah kedua mereka itu tidak seceria tadi, haikal, lama juga dia tidak berbual bersama lelaki itu. Melihatkan lelaki itu membuatkan dia teringat akan janji mira mengenai jemputan makan malamnya bersama mereka. Namun itu merupakan perkara utama saat ini, tidak mahu terlibat dengan mereka dania dengan pantas berjalan menuju ke bilik Adam.

Belum pun sempat dia masuk ke dalam bilik tersebut Tengku Farid memanggil namanya.

‘’ saya nak kamu ikut Adam dan haikal mewakili saya untuk melawat Alex lee di hospital sekarang. ‘’

‘’sampaikan ucapan semoga cepat sembuh buatnya. Saya tidak dapat ikut kamu kerana wakil dari hong kong datang untuk berjumpa dengan saya. Fasha, ikut papa. Jumpa mereka. ‘’ arah tengku Farid sambill membetulkan kotnya.

Tanpa banyak soal mereka terus bergerak ke destinasi. Di dalam kereta Dania banyak mendiamkan diri. Sekali sekala haikal yang memandu akan memandang ke arah cermin pandang belakang bagi melihat wajah gadis itu. Adam perasan akan telatah mereka berdua hanya turut mendiamkan diri, perjalan setengah jam ibarat sangat lama buat mereka. Situasi kekok menguasai ketiga ketiga mereka. Sampai di hospital Aleyssa dengan sejambak bunga meminta diri untuk ke tandas sebentar, Adam dan haikal berjalan beriringan meninggalkan gadis itu untuk terus naik ke wad Vip yang menempatkan pengarah Ting Ha tersebut, sebelum naik dia sempat meng’sms’ gadis itu no. bilik yang harus dia tuju.

Dania keluar dari tandas tersebut Dania membetulkan pakaiannya, dia membelek-belek jambangan bunga ditangannya, takut kalau kalau ada yang rosak ataupun layu. Dia melihat kembali mesej dari Adam mengenai nombor bilik yang harus dia tujui. Kawasan perkarangan hospital yang agak luas dan nyaman ini membuatkan dia mudah untuk mencari nombor bilik yang menempatkan pesakit yang bakal dikunjunginya. Beberapa minit kemudian kelihatan bilik 301 yang harus dia tujui. Sampai di hadapan pintu yang tertutup rapat itu membuatkan dania tiba tiba merasakan sesuatu. Satu perasaan yang tidak dapat dizahirkan dengan kata kata. Dia memandang sekeliling, seolah dirinya sedang diperhatikan dari jauh, namun tidak mahu memikirkan lebih jauh dia terus memulas tombol pintu. Bukaan pintu membuatkan mereka yang berada dalam bilik semua pakat mengalih pandangan ke arah tetamu yang masuk,

Arghh… Dania tahu saat ini dia menjadi perhatian orang ramai, dia idak berani untuk memandang ke arah kumpulan mereka. Badannya dikalih mengadap pintu, sengaja dilambatkan menutup pintu tersebut, masih mengambil beberapa saat masa yang ada untuk menarik nafas bagi menghadapi mereka. Saat dia memusingkan tubuhnya dapat dilihat satu wajah yang cukup membuatkan dia tersentak. Jambangan bunga di tangan terlepas, tubuhnya tersandar lesu. Tiada kata kata yang terluah dari mulutnya, semua tersekat, kelu. Dania tidak dapat menahan perasaannya saat itu, tanpa menghiraukan sapaan dan panggilan Adam Celina, dan Haikal Dania dengan pantas berlari keluar meninggalkan mereka.

Friday, October 7, 2011

SouL MaTe- 37


Kawasan tasik tersebut cukup mendamaikan hatinya saat ini. Semakin hari semakin dia tertekan apabila teringatkan kejadian tempoh hari bersama wanita kejam itu. Ya.. padanya wanita itu cukup kejam apabila sanggup menuduhnya sedemikian rupa. Sedangkan wanita itu tidak pernah mengenali sifat sebenarnya. Saban hari sejak balik dari Kuantan bersama Adam, Fasha akan selalu mencari hal dengannya. Ada sahaja yang dibuat tidak kena di mata gadis itu. Sehinggakan mamanya akan turut campur, walau berkaitan dengan hal syarikat, sekali sekala dia merasa cukup tertekan. Begitu mudah mereka membuat kesimpulan tentang dirinya. Satu keluhan kecil terbit dari mulut itu. Matanya jauh merenung ke hujung tasik yang sejauh mata memandang.

Getaran yang terhasil dari telefon bimbit yang berada di poket seluar membuatkan jejaka yang keseorangan di tepi tasik itu cepat-cepat mengeluarkan hp tersebut. Tertera 1 new message dan tercatat lebih 21 miss called. Apabila di buka kota mesej tersebut..

where are you? Call berkali kali.. I risau la. Pls call me back??

Satu keluhan kecil terbit setelah selesai memasukkan kembali hpnya ke dalam poket. Badanya bersandar lemah di kerusi. Matanya tertutup, tidak tahan dengan sinaran cahaya matahari petang itu. Namun angin sepoi menghembus lembut ke mukanya membuatkan dia merasa selesa di situ. Berhampiran tasik itu terdapat kawasan permainan yang disertai dengan gelanggang bola keranjang, walaupun hanya separuh gelanggang, namun ia cukup untuk remaja-remaja bersantai sambil memanaskan badan.

Aleyssa asyik memerhatikan kanak-kanak yang sibuk berulang alik berlari lari kejar mengejar antara satu sama lain, ada dikalangan mereka yang berulang alik untuk naik ke papan gelongsor, ada juga yang bersama-sama bermain buaian. Sungguh riang gembira mereka. Melihatkan telatah mereka membuatkan aleyssa tersenyum. Mendengarkan sorak riuh dari gelanggang bola keranjang membuatkan Aleyssa tertarik, dari tempat duduknya dia dapat melihat sekumpulan remaja yang sedang di acah-acah oleh seorang lelaki. Pelik.. main bola pun pakai baju pejabat, fikirnya dalam hati. Terdapat juga orang awam yang bersantai di kawasan tasik itu bersorak riang memberikan semangat kepada sekumpulan remaja tadi. Melihatkan keseronokan mereka Aleyssa jadi tertarik untuk melihat lebih dekat perlawanan tersebut. Dia bangun dan mencapai beg tangannya, belum pun sempat dia melangkah telefonnya menyanyikan lagu menandakan ada panggilan masuk. Panggilan dari mira membatalkan keinginannya untuk ke sana, dia membuat keputusan untuk pulang saja kerumah, memandangkan hari yang semakin lewat petang dan dia masih belum menunaikan solat asar.

Sorakan riuh rendah semakin hebat. Sekumpulan 5 remaja masih lagi berusaha mengalahkan lelaki berbaju kemeja tadi. Apabila mendapat peluang, ada saja jaringan yang di buat, samada jarak jauh atau pun dari dekat. 25 mata berbalas 5, sekumpulan remaja tersebut terduduk keletihan. Semuanya mengangkat tangan tanda menyerah. Melihatkan gelagat mereka lee berjalan sambil menghulurkan tangan ke arah salah sorang dari mereka dan menariknya untuk bangun. Bola bertukar tangan. Dia berjalan menghampiri jaket yang ditinggalkan tadi,

‘’ abang! ‘’ panggil salah sorang budak lelaki berbaju biru, berlari anak menghampirinya.

‘’ abang pandai la main. Boleh tak ajar kami? Boleh la bang. ‘’ soal budak itu seolah merayu pula.

Sambil merampas kembali bola tersebut lee menggelengkan kepalanya sambil melontar masuk bola jingga itu ke dalam gelung membuatkan sekumpulan remaja tadi ternganga dengan kehebatan lontaran tersebut. Habis lencun bajunya basah dek peluh, namun dia merasa puas. Bukan kerana dapat mengalahkan budak budak tersebut. Tapi puas.. kerana dapat melepaskan rindunya terhadap bola jingga tersebut. Atau lebih tepat lagi rindunya terhadap seseorang.

*******************************************************

‘’ oittt cik kak.. kemana kamu? ‘’

Soal mira apabila melihat ALeyssa melangkah masuk lemah ke dalam rumah. Aleyssa memandang kosong ke arah temannya itu. Dia masih lagi belum bercerita tentang Datin Maria, dan dia juga masih lagi memikirkan samada untuk diceritakan saja atau perkara itu tidak perlu sampai kepengetahuannya, bukan dia tidak tahu perangai sahabatnya yang satu itu. Dia juga takut kalau-kalau mira akan melakukan perkara yang diluar kawalannya. Yang mana akan membuatkan mereka sendiri yang bakal menanggung akibatnya nanti.

‘’ leyssa…’’ panggil mira kuat. Apabila dia mendapati aleyssa sedang mengelamun sambil memandangnya. Apabila melihat teman nya itu seakan sedar alam realiti,

‘’ aku ada sesuatu nak cakap kat kau ni. Ada berita yang aku nak sampaikan. ‘’ ujar mira sambil tesenyum riang. Terpancar wajah kegembiraan di mata gadis itu,

‘’ apa dia? ‘’ soal ALeyssa ingin tahu. Melihatkan wajah mira yang cukup ceria itu membuatkan Aleyssa semakin tertanya-tanya. Senyum nya meleret.

‘’apa dia?? Cakap la.. asyik tersenyum –senyum macam kerang busuk ni kenapa?’’

‘’ ape pulak kerang busuk?? Wangi lah! ‘’ marah amira mendengarkan usikan dari temanya itu.

‘’ kau tahu? ‘’

‘’tak.. ‘’

Leyssa!!!!!

Yer….

‘’ ala kau ni… selalu buat aku macam ni tau?’’ rajuk mira apabila terkena usikan darinya.

‘’ ok.. ok… sekarang kau citer.. apa yang membuatkan teman kesayangan aku ni tersenyum sampai ke telinga hari ni. Cuba cerita skit? ‘’ tanya Aleyssa membuat muka serius.

Hihihi.. gelak amira.

‘’ tadi mama call.’’

‘’mama call? Dia sihat? Dia kat mana? Bila nak balik? Dia ada tanya pasal aku tak? Papa macam mane? Papa sihat? ‘’ pintas aleyssa bertubi tubi mengeluarkan soalan.

‘’ choppppp!!! ‘’ jerit amira geram.

‘’ dengar la dulu ape aku nak citer ni.. ni main sampuk aje.. aku belum lagi bagitahu.. ni aku nak citer la ni.. ‘’ marah mira sambil memuncungkan mulutnya.

‘’ opppsss.. ok, cer cite cer cite.’’ Balas aleyssa teruja.

Mama cakap mama akan balik. Papa pun balik, abang pun akan balik tau? Paling penting mama cakap mama nak balik terus ke sini. Tak kan balik Australia lagi semua bisness papa abang yang akan teraju.

‘’ betul ke ni? ‘’ soal Aleyssa sedikit terkejut. Dia gembira, akhirnya mira tidak lagi keseorangan di sini. Sejak keluarga berpindah ke luar Negara 5 tahun lalu, mira mengambil keputusan untuk tidak mengikut mereka dan terus menetap di sini. Namun dia juga gembira kerana mempunyai teman sepertinya.

‘’kau kenapa? Tiba-tiba jer monyok ni? Kau tak suka mama balik? ‘’ tanya mira apabila melihat perubahan di wajah gadis itu.

‘’ tak lah. Aku seronok, lepas ni kau boleh la duk ngan family kau? Tentu seronok kan duduk dengan keluarga tersayang?

‘’ kau ni macam tak tahu aku je.’’ Aku kan suka berdikari, Cuma sekarang aku gembira la sebab boleh jumpa diorg selalu. Tapi ada lagi yang buat aku gembira tau?’’

‘’ wah.. durian runtuh ke?’’

‘’ tak lah.. pasal Haikal.’’ Mendengarkan nama itu membuatkan Aleyssa terkejut. Namun dia cepat-cepat merubah emosinya. Seperti tiada apa yang berlaku.

‘’ kenapa dengan dia?’’

‘’ ermmmm… dia pelawa aku dinner esok malam. Kau ikut aku k? ‘’ ujar mira, jelas kelihatan dia cukup teruja apabila bercerita tentang lelaki itu.

‘’ tak nak la kacau orang nak dating, tak nak batu penghalang.’’ Ujar leyssa sambil tersenyum.

‘’ ala.. apa pulak kacau? Dia ajak kau sekali la.. segan la kalau aku pergi sorang.’’

‘’tak nak.. kau pergi la sorang..’’ ejek leyssa lagi.

‘’dah la aku tak solat lagi ni. Bye! ‘’ ejek leyssa sambil berlari anak menuju ke biliknya meninggalkan mira yang sedang merajuk.

****************************************************************************************************

Badannya terasa kebas, ototnya lemah, bajunya yang lencun basah dek peluh merecik di campak ke dalam bakul yang tersedia. Dia mula merasa lemah. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan tubuhnya.

Selesai mandi dia turun ke dapur. Tekaknya haus, badanya dirasakan semakin lemah, apabila hendak membuka peti ais dia seolah-olah perlu menggunakan seluruh tenaga yang ada. Baru peti tersebut terbuka.

‘’ kamu bersukan lagi?’’ tiba-tiba suara nannai menerjah ke telinganya.

Botol mineral di capai tudung dibukan dan air diteguk laju, menghabiskan sebotol sekaligus. Botol kosong di campak masuk ke dalam tong sampah. Peti di tutup, dia melangkah lemah menuju ke ruang tamu, nannai masih lagi mengekori langkahnya.

‘’Lee.. Mr Kang kan dah larang? Kenapa masih lagi degil? Kalau berlaku apa-apa nanti siapa yang susah? ‘’ jelas nanai mengingatkan kembali janji-janjinya kepada Mr. Kang bahawa dia tidak akan bersukan lagi. Lee Cuma merenung lantai.

‘’ lee.. janji dengan nannai? Jangan buat begitu lagi okey? Tumpukan sepenuh perhatian kamu pada syarikat dan Cellina, nenek dengar satu hari dia cari kamu hari ni, kamu dah balas panggilan dia?’’ soal wanita itu lagi, namun tiada sebarang reaksi dari jejaka tersebut yang masih lagi merenung kea rah lantai.

‘’ lee… kamu dengar tak nenek cakap ni? ‘’ nannai bangun menghampiri lee, niatnya ingin menyentuh bahu dan saat itu badanya rebah ke lantai tidak sedarkan diri.