PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, September 30, 2011

SouL MaTe- 36


panggilan dari Celina yang membatalkan pertemuan kedua mereka memberikan satu idea nakal buat Adam. dia ingin mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan masa bersama gadis yang cukup menjadi pujaannya. kesempatan ini akan digunakan sebaiknya untuk menawan hati gadis manis ini, cukup sukar untuk mendekati Dania, tampak lembut dan sopan orangnya, namun cukup keras dan teguh pendiriannya. setiap kali melihat wajah gadis itu akan membuatkan dirinya berbunga riang, semua masalah hilang begitu saja. senyuman gadis itu cukup mencairkan hatinya, belum pernah ada gadis yang berjaya membuatkan dirinya tidak tentu hala seperti sekarang

‘’ encik Adam, kita nak ke mana lagi ni, kenapa berjalan atas pasir pantai ni, kenapa tak gunakan jalan biasa ?’’ bentak Dania, rimas, penat, kasut tumit tinggi yang dipakai akan tenggelam ke dalam pasir setiap kali dia melangkah menyukarkan pergerakannya untuk mengejar lelaki itu yang berjalan selesa meninggalkanya jauh ke depan. senyuman nakalnya terbit lagi mendegarkan rungutan gadis kesayangannya itu. hari semakin menginjak petang. selepas melawat beberapa kawasan yang berpotensi untuk syarikat dia sengaja membawa gadis itu berjalan-jalan disekitar pantai, hajatnya hatinya ingin bercanda ibarat pasangan kekasih yang bersiar-siar berbual bual mengenai diri masing masing. namun dia tahu itu satu perkara yang mustahil dengan gadis bernama Dania ini. sambil tersenyum dia memandang gadis yang berjalan berjengket jengket di atas pasir pantai, kesian, tapi menghibur hatinya.

‘’ tak de, saja. kalau awak penat, kita balik hotel dan rehat. kita siap-siap untuk dinner malam ni, ‘’ ujar adam tanpa reaksi.

mendengarkan itu, Dania mendegus, dia kembali berpusing dan menanggalkan kasutnya dan berlari anak ke jalan biasa yang terdekat, geram dengan tindakan lelaki itu, dia malas untuk memulakan pergaduhan lagi,

‘’ Dania, jangan lupa jam 8.00malam. ‘’ jerit adam setelah melihat gadis itu semakin laju melangkah meninggalkanya, senyuman di bibir lelaki itu tidak luntur, dia semakin galak ketawa memikirkan gelagat gadis itu tadi, sambil menguis pasir pantai dengan kasutnya dia memandang jauh ke lautan, sejauh mata memandang, dia mengharapkan satu keajaiban pada malam ini.

--***************************************************************************--

selesai mandi menyegarkan diri, Dania membuka almari baju mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada malam ini, apa yang dilihat hanya sehelai baju kurung dan sehelai tshirt yang tinggal. dan pada waktu yang sama loceng bilik kedengaran, seorang pelayan hotel berada di luar, memegang satu bungkusan. bungkusan bertukar tangan, Dania duduk di atas katil sambil membuka kotak cantik tersebut, dan mendapati sehelai pakaian, macam pernah dilihat, ia merukan kaftan yang diplih adam tempoh hari, didatangkan sepasang kasut yang padan dengan kaftan tersebut. sekeping kertas terselit.

‘’ jangan memalukan saya dengan pakai baju semalam.’’

dia tiada pilihan, lagi pula baju tersebut memang cantik, tanpa berlengah dia segera bersiap memandangkan masa hanya tinggal 15 minit lagi. buat kali terakhir sebelum melangkah keluar, dia melihat dirinya ke dalam cermin, padan, sesuai sekali dengan tubuhnya, di cuba pula kasut, muat, selesa sekali. dania kelihatan cukup anggun pada malam ini, mekap yang sederhana menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi gadis iini. dia melihat jam tangan.

‘’ alamak, dah lambat.’’ dia bergegas keluar dari bilik menuju ke restoran hotel tempat pertemuan mereka.

kemunculan dania membuat kan banyak mata yang terpaku ke arahnya, semua pelanggan restoran yang ada di situ tidak terlepas untuk melihat kearahnya sambil berbisik bisik sesuatu dengan rakan mereka, dania mula merasa tidak selesa, belum pernah dia berada dalam situasi demikian, dan saat dia terpandang ke arah seorang jejaka tampan, mata bertentang mata, adam cukup terpukau dengan penampilan yang cukup lain dari gadis pujaannya itu, sepanjang perjalanan masuk ke restoran sehingga ke meja, adam tidak berkelip memandang ke arah gadis yang cukup menawan hatinya itu, adakah ini yang dinamakan jatuh cinta.

‘’ maaf lambat’’ tegur dania perlahan sambil mengambil tempat duduknya di hadapan lelaki itu, matanya masih lagi menatap tepat ke wajah gadis itu.

‘’ mana mereka? ‘’ Tanya dania apabila tidak melihat kelibat mereka. matanya meliar mencari kelibat Celina. namun tiada.

‘’ mereka tak jadi datang,’’ jawab adam masih lagi menatap wajah mulus gadis dihadapannya itu.

‘’ tak jadi? kenapa?’’

‘’ entah, katanya masalah peribadi yang tak dapat dielakkan ‘’ jawab lelaki itu lagi.

‘’ owh,, bila mereka balik? ‘’

‘’ tgh hari tadi, Celina mesej saya dia terpaksa balik terus ke KL.. dan..’’ saat itu kata katanya terhenti apabila melihat dania sudah membulat matanya mendengarkan penjelasannya, tanpa menunggu lebih lama Dania bangun kasar sehingga menarik perhatian orang kea rah mereka, danbelum sempat Dania melangkah tangannya di tarik perlahan, tersentak dengan perlakuan lelaki itu dia pantas merentap tangannya. wajahnya mula kemerahan, malu dengan perhatian dari semua orang,

‘’dania.. saya tak niat nak permainkan awak, saya Cuma nak luangkan masa bersama awak,’’ jelas adam perlahan

‘’ dania,, please, duduk dulu, malu la orang tengok,’’ pujuk adam perlahan,

malu dengan pandangan orang ramai dania mengambil kembali tempatnya. dia merasa dipermainkan. terasa seperti diperbodohkan.

‘’ dania, saya minta maaf. saya betul betul tak berniat apa-apa. saya tahu awak selalu nak melarikan diri dari saya sebab luahan saya tempoh hari bukan? ‘’ teka adam, dia tahu sejak dia mengatakan perasaannya kepada gadis itu tempoh hari, dia perasan Dania seakan sentiasa mengelak dirinya. dania hanya mampu mendengar saja, dia mula merasa serba tak kena.

‘’ dania, saya memang sukakan awak, saya cintakan awak. ‘’ luah adam lagi, dania hanya tunduk mendengar luahan lelaki itu, dia resah, seakan sesak nafasnya.

‘’ saya tak kan paksa awak, saya Cuma mahu awak cuba berkawan dengan saya, cuba fahami saya, saya janji saya tak kan lakukan perkara yang awak tak suka, saya nak awak percayakan saya,’’ pinta lelaki itu lagi. dania masih lagi mendiamkan diri, dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu apa perasaannya saat ini, dia tersepit, dia tahu adam lelaki yang baik, dan dia bukan tidak mahu berkawan dengannya, tapi ada perkara yang menghalangnya.

‘’ adam. saya nak balik, please?’’ pinta dania sepenuh hati, saat itu mata mereka bersatu, adam dapat lihat kegusaran di mata gadis itu, matanya berkaca, tidak mahu jauh melukakan hati pujaanya dia hanya mengangguk lemah.

‘’ dania,, janji, esok balik dengan saya? jam 9.00 saya tunggu di lobi.’’ ujar adam, dia tidak mahu gadis itu pulang sendiri, sekurang-kurangya terjamin keselamatannya. hanya senyuman hambar menjadi jawapan dari gadis itu yang kemudian berlalu meninggalkan adam, kecewa.

sedang Dania mengemas dia menerima satu sms, terkejut dengan sms yang diterima air mata mengalir laju.

hey perempuan, apa kau buat dengan adam kat sana ha?

kau nak rampas hak aku?

dasar perempuan kampung tak sedar diri!!

mesej dari fasha membuatkan dia bertambah remuk hati. sudahla kata kata mamanya tempoh hari masih melekat dalam kotak ingtannya, kini anaknya pula menuduh dia ingin merampas adam daripadanya. tidur Dania malam itu ditemani linangan air mata.

4 comments:

Anonymous said...

kesian dania.......
bila lee nak muncul?
sambung cepat cepat...hehe

Asiah said...

mekaseh utk n3 bru.. best3.. cpt2 smbung eh. :)

Anonymous said...

Salam... yet another N3 tht is an enjoyment to read... Keep on writing & may Allah bless u with more creativity!!

Anonymous said...

asyik x jdi je nak jumpe dania n lee ni!!!