PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, September 26, 2011

SouL MaTe- 35


Dia membelek belek helaian baju yang dipamerkan dihadapan butik yang ke empat setelah sejam dia berjalan mengelilingi pusat membeli belah tersebut. Semuanya cantik cantik dimatanya, terdetik dalam hatinya, kalau lah Amira ada bersamanya saat ini tentu dia selesai dengan aktivitinya malam ini. Jarinya masih membelek helaian baju, sekali sekala matanya menjeling kearah deretan tudung yang tergantung pelbagai warna dan fesyen.

‘’ Dania,’’ sergah lelaki itu betul betul depan mukanya. Terkejut dengan tindakan lelaki itu dania berganjak sedikit ke belakang.

‘’ apa awak ni! ‘’ sergah Dania kembali.

‘’ cantik tak baju ni? ‘’ tunjuk Adam tanpa menghiraukan reaksi gadis itu yang tampak bengang akan dirinya.

‘’ sesuai dengan tudung ini tak?. ‘’ tunjuk nya lagi merujuk kepada sehelai kaftan polos berwarna hijau dan selendang yang sedondon dengannya.

‘’cantik.’’ Balas Dania bersahaja, malas dia melayan kerenah lelaki itu yang agak lain sejak mereka keluar untuk membeli keperluanya tadi. Ada saja perkara yang dilakukan lelaki itu untuk menyakitkan hatinya, Dania tidak senang memilih pakaiannya dengan kehadiran lelaki itu disamping nya. Mana saja butik yang disinggahi akan turut menjadi destinasi lelaki itu.

‘’ betul ni cantik? ‘’ Tanya Adam bersungguh sungguh sambil berkali kali membelek pakaian tersebut.

‘’ iye,, cantik.’’ Jawab Dania. Ikhlas, Adam memang pandai memilih, kaftan itu cukup cantik warna serta kainya. Selembut sutera. Dia membelai belai kain tersebut. Jauh di sudut hatinya dia tertarik dengan pakaian tersebut.

‘’ kalau begitu saya nak belilah!’’ kata adam sambil membawa pakaian tersebut ke kaunter pembayaran. Dania tersenyum, sambil menggelengkan kepalanya. ‘’ mudah saja dia dapat apa yang dia inginkan.’’ Gumam hati Dania.

‘’ dah tu awak tak pilih lagi pakaian untuk esok? dari pagi sampai la sekarang awak pakai baju yang sama saja. ‘’ tempelak adam tiba tiba. Ditangannya beserta beg berisi. Dia tersenyum nakal memerhatikan Dania dari bawah sampai ke atas. Tiba- tiba meluap api kemarahannya apabila diingatkan perkara tersebut. Dengan pantas dia keluar dari butik tersebut meninggalkan lelaki itu terpinga pinga. Dia tersenyum riang dapat mengenakan gadis itu.

--**************************************************************************--

Mira : Hello mak cik.. kau ke mana? Aku call tak berjawap, dating la tu. Pukul berapa nak balik

Dania : adoyai mak cik sayang , aku lupa nak bagi tahu, aku di kuantan, out station 3 hari. Mengejut la, satu hape baju pun aku tak bawak tau, ni pun baru balik dari shoping apa yang patut.

Mira : kelakar ok!!!!

Dania : betul la.. aku kat swiss garden sekarang ni, penat betul melayan kerenah bos aku nih.

Mira : hahahha… aku tau, kau mesti dengan Adam kan? Seronok la tu!!!!

Dania : dah la mak cik, aku penat la, nanti la aku cerita. Aku nak tido.. bye!

Mira : ala… citer la… aku nak tahu..

Dania : penat la.. balik nanti la..

Mira : ala.. cerita la sekarang…

2 minit berlalu..

Mira : woi mak cik.. tido ker?

Seminit kemudian

Mira : Dania!!!

Dania Cuma tersenyum melihat mesej terakhir dari sahabatnya itu. Mira, kalau dia berada di rumah sekarang pasti dia masih lagi tidak dapat tidur dek desakan sahabatnya itu utuk mengorek semua cerita ceritanya, terutama yang berkaitan dengan Adam. sekaran dia merasa cukup penat, seharian dia memakai pakaian yang sama, nasib dia tidak mempunyai masalah bau badan, tiba tiba dia teringatkan lelaki yang cukup membuatkan dia sakit hati hari ini. beg2 pakaian yang dibeli tadi masih berada di atas meja hotel, malas mengemas Dania mengambil kepitusan untuk menyegarkan diri dan terus merehatkan badannya, dia harus bersedia untuk mengahdapi hari esok yang mungkin lebih mencabar.

Pada waktu yang sama, lee masih melingkar di dalam selimut tebal, tidur dapat melegakan dari kesakitan yang dialaminya saat ini. kepalanya yang terasa amat berat menyukarkan dia untuk berjalan kesana kemari. Celina gadis yang setia berada di situ sentiasa memenuhi keperluan lelaki itu,

‘’ awak boleh balik ke bilik awak. ‘’ kata lee apabila dia sudah merasa semakin membaik. dia cukup tidak selesa dengan kehadiran seorang gadis dalam biliknya. dia cuba untuk bangundari baringan, mencapai seghelas air yang disediakan di meja tepi katilnya. melihatkan itu Celina dengan pantas menghulurkan gelas kepada lelaki itu.

‘’ terima kasih ‘’ ucap lee, sambil meghabiskan separuh gelas air kosong, haus sekali tampaknya.

‘’ saya dah ok, awak boleh balik berehat ‘’ ujar lee lagi.

‘’ tapi..’’

‘’ saya janji kalau saya rasa sakit saya akan panggil awak ‘’ potong lee lagi apabila melihat gadis itu seakan berat untuk meninggalkan.

‘’ kalau begitu saya balik ke bilik saya. tapi panggil saya kalau ada apa apa yang awak perlukan. ‘’ balas

Celina sambil mencapai tas tanganya dan berlalu untuk keluar dari bilik itu.

‘’ Celina.. ‘’ panggil lee tiba tiba sebelum Celina membuka pintu.

‘’ya?’’ sahut Celina. melihat kea rah lee yang seakan ingin mengatakan sesuatu. lama.. namun tiada apa yang keluar dari mulut itu.

‘’ terima kasih. ‘’ ujar lee, lain yang ingin di ucapkan lain pula yang di utarakan. Celina terseyum riang, dia merasakan usahanya semakin membuahkan hasil. dia keluar dari bilik itu dengan hati berbunga riang, dan pada masa yang sama, lee mengeluh lagi, dia merasa kepalanya semakin berat, dia mula merebahkan badannya, dan tidak beberapa lama dia terlelap.

--***************************************************************************--

Cuaca pagi ini cukup mendamaikan hati. tiupan angin pantai membuatkan dia terasa segar sekali, pagi ini dia mendapat mesej dari Adam supaya bersiap awal untuk aktiviti pertama hari ini. seawal jam 8.00 pagi dia sudah berada di lobi hotel menunggu ketibaan lelaki itu. Sambil menunggu dia meninjau ninjau kawasan sekeliling hotel yang sangat menarik, mewah dan cukup mendamaikan.

‘’ hye!’’ sergah satu suara mengejutkan dania yang sedang asyik menikmati keindahan hotel yang mereka diami. dan saat itu mukanya kemerahan menahan marah, jantungnya berdegup pasntas kerana terkejut dengan sergahan tadi.

‘’ awak ni kan..’’ belum pun sempat Dania memarahinya dia melihat seorang gadis yang dikenalinya sedang berjalan menuju kea rah mereka, gadis itu melambai dari jauh, Celina datang dengan satu bungkusan ditanganya. dia tahu dia harus mengawal emosinya tika itu.

‘’ selamat pagi Adam’’

‘’ selamat pagi cik Dania’’ ucap Celina riang. gadis itu cukup cantik tanpa secalit mekap, hanya dengan berpakai kasual biasa dia cukup menawan untuk memikat lelaki lelaki yang ada.

‘’ morning cik Celina,’’ balas Adam sambil tersenyum. dania hanya menundukkan kepalanya sedikit sambil membalas senyuman gadis itu.

‘’ amboi, handsome nya pagi pagi ni. nak berdating kemana?’’ Soal Celina memandang kea rah Adam, dan pada masa yang sama Dania turut memandang sama. dan alangkah terkejutnya dia, adam kelihatan cukup kacak, walaupun hanya dengan t-shirt tanpa kolar bersama jaket serta jeans, dia tampak kacak sekali, ditambah pula senyuman manis yang beserta lesung pipit mampu mencairkan semua wanita –wanita yang mencari jejaka idaman. dan apa yang paling menyentuh hatinya ialah dia cukup mirip dengan seseorang.

‘’ owh.. mana ade, biasa saja. ‘’ balas Adam merendah diri sambil menggosok-gosok belakang kepalnya sambil menghadiahkan satu senyuman.

‘’ you tak makan di restoran?? ‘’ Tanya adam mengalih perbualan mereka sambil merujuk kepada bungkusan yang dibawa gadis itu. Dania hanya selesa menjadi pendengar perbualan mereka, entah kenapa dia berasa kekok setiap kali berada di antara mereka.

‘’ dah. saya dah makan, ini untuk yang kat dalam bilik sana, ‘’ jawab Celina merujuk kepada pengarah Ting Ha.

‘’ masih tak sihat lagi? kenapa tidak ke klinik saja?’’

‘’ kalau la saya dapat paksa dia ke klinik, lagipun dia memang biasa dengan keaadaan begini, lagipun saya tengok keadaan dia masih tidak kritikal’’

‘’ kalau begitu malam ini jadi la temu janji kita? ‘’ soal Adam mengingatkan jemputan mereka semalam,

‘’ owh, yang itu saya mesej kamu kemudian boleh? saya takut keadaan kesihatan dia masih lagi tidak stabil, ‘’ pinta Celina

‘’ baiklah, apa apa hal you can inform me later ‘’

‘’ okey. thanks. I should go now ‘’ pinta Celina mengundurkan diri terlebih dahulu.

‘’ so.. jom kita? ‘’ ajak Adam setelah kelibat Celina hilang dari pandangan mereka.

‘’ kemana?’’

‘’ dating.’’

‘’dating??!!’’

‘’ ye la, tak kan nak ke pejabat pulak. ‘’

‘’ encik Adam, kita ke sini atas urusan pejabat, cuba encik adam tengok pakaian saya, ada macam orang nak pergi dating ke?’’ soal Dania mula panas.

Adam Cuma tergelak dengan reaksi gadis itu. dia kemudian berjalan menghampiri gadis itu.

‘’ saya tak bagi tahu awak ke yang kita nak melawat satu tempat yang berpotensi untuk syarikat kita?’’

‘’tak,’’ jawab Dania ringkas.

‘’ owh.. saya lupa lagi..’’ balas adam sambil tersenyum nakal, jawapan itu membuatkan dania tersentak kegeraman.

‘’ dah, jom, jangan buang masa.’’ arah adam lagak seorang bos dengan setiausahanya.

--*************************************************************************--

Pintu bilik hotel dibuka, suasana bilik masih gelap, gadis itu berjalan perlahan menju kea rah koridor, langsir ditarik ke tepi membenarkan cahaya pagi menular masuk ke dalam bilik, suasan cukup damai, pintu koridor di buka anginsepoi bertiup sekali sekala menerbangkan rambut gadis itu. dia mengambil peluang menhirup udara segar itu sebentar kali ini melalui bilik lelaki yang cukup disayanginya, angan-angannya agar suatu hari dia dapat menikmati udara pagi di tepi pantai bersama sambil dihidangkan sarapan yang enak. cukup romantis. puas menikmati udara dia masuk untuk mengejutkan lee, namun alagkah terkejutnya dia mendapati lee tiada di atas katil mahupun serata bilik, kerisauan melanda. dia mula cemas. satu panggilan telefon di buat dia berlari keluar dari bilik hotel tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

setiap patah perkataan adalah nukilan si penulis.. maka saya sbgai pembaca... mnghargai idea2 awak.. terus kn penulisan.. cant wait for your next N3..

asiah said...

crita ni best sgt2.. dr dlu lg, stiap ari sy sntiasa tnggu n3 bru. n ari ni dpt bc. pjg plk tu. mekaseh. :)

Anonymous said...

lee nan adam nyh orgnye len2 eak??pninn dahh confusee pon ada..cpt2 ea sambungg na taw ksudahannya..