PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Thursday, September 22, 2011

SouL MaTe- 34


Pandangan dilontar luas kea rah bangunan bangunan pencakar langit. kawasan kondo mewah yang dibina di kawasan lereng bukit ternyata menjadi tarikan pemandangan indah bagi penduduk yang sukakan ketenteraman serta keindahan Bandar waktu malam. kerlipan lampu dari bangunan tinggi kelihatan seolah biji biji permata berwarna keemasan. Sambil menghirup coklat panas, badanya disandar ke dinding menghadap ke arah luar, balkoni yang luas serta tiupan angin yang agak kuat mendingin tubuh jejaka itu sehingga sekali sekala dia memeluk dan menggosok-gosok perlahan tubuhnya.

‘’ lee..’’ kedengaran suara wanita, diiringin derapan kaki beserta ketukan tongkat.

‘’ belum tidur?’’

‘’ sudah makan? ‘’

‘’ sejuk di sini, mari ke dalam, ada sesuatu nanai ingin bincangkan’’

Tanpa banyak soal lee mengekori wanita tua itu masuk ke dalam. dibiarkan pintu koridor terbuka luas. angin yang bertiup berupaya menerbangkan langsir yang ada. lee duduk, gelas coklat diletak perlahan ke atas meja. isi gelas sudah lama habis. Madam hanya diam memerhatikan cucunya. setelah beberapa minit berlalu.

‘’ nenek mahu kamu ke tapak projek baru kita yang usahakan dengan syarikat tempatan. Celina akan ikut kamu ke sana selama mana yang perlu untuk kamu selesaikan semua perkara di sana. Semua laporan hendaklah kamu sertakan sekali semasa balik dari sana kepada nenek. nenek mahukan projek ini berjaya seperti yang kita rancangkan. ‘’

Wanita tua itu diam seketika meminta respon dari lelaki itu. Melihatkan lee yang hanya duduk malas di kerusi membuatkan dia mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.

‘’ Nenek juga akan arahkan Celina untuk memperkenalkan kamu kepada semua mereka yang terlibat dengan projek ini. Disamping itu nenek harap kamu dapat melayan Celina lebih baik lagi, cubalah bawa dia ke tempat tempat yang menarik, sebagai pasangan kekasih. cuba hargai apa yang dia lakukan untuk kamu.’’

Lee masih lagi dengan reaksi yang sama seperti tadi. sekali lagi keluhan keluar dari mulut wanita tua itu, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu. hanya satu pandangan jauh, yang membawa beribu makna, tiada siapa yang faham pandangan itu. akhirnya Madam bangun dari tempat duduknya.

‘’ sudah lah, hari makin lewat, masuk tidur, esok kamu perlu bangun awal untuk jemput Celina ke sana. ‘’ bagai mengarah anak kecil, madam berlalu meninggalkan lee yang masih termangu di situ. dan akhirnya, keluhan kedengaran di sertai bunyi desiran angin malam.

--***************************************************************************--

‘’ mereka akan melawat ke sana hari ini, dan mungkin mereka sudah sampai sekarang, ‘’

‘’ saya mahu kamu bawa semua bahan ke sana untuk kita bentangkan kepada pengarah baru Ting Ha holdings. Kita perlu dapatkan kepercayaan mereka untuk projek-projek seterusnya. dan lagi, saya na kamu bawa Dania ke sana untuk tinjau-tinjau, kerana dia yang menguruskan projek tersebut. ‘’

Arah Tengku Farid pada mesyuarat tergempar yang diadakan pada pagi itu, Dania hanya tunduk mendengar arahan tersebut, Adam hanya menggangguk faham, selesai pesana-pesanan dari Tengku Farid semua yang terlibat bangun meninggalkan bilik mesyuarat itu, rata-rata mereka belum sempat bersarapan kerana terus dipanggil untuk mengadap bos. Dania juga tidak terkecuali, dia yang bangun lemah dari tempat duduk nya terkejut apabila namanya di panggil bos.

‘’ Kamu dah makan? marilah kita sarapan sekali, i nak keluar dengan Adam ni.’’ pelawa Tengku sambil Adam tersenyum mengharapkan jawapan ya dari Dania.

‘’ belum tuan, tapi saya ada bawa bekal, kejap lagi saya makan, terima kasih atas pelawaan tuan. ‘’ balas Dania berbohong, walhal tidak pernah selama ini dia menyediakan bekal ke pejabat. jawapannya itu membuatkan Adam hilang senyumnya.

‘’ baiklah kalau begitu, lunch nanti kita keluar. Dah lama i tak keluar makan dengan u alls semua.’’

ajak beliau lagi, kali ini Dania perlu memikirkan alasan lain pula bagi menolak ajakan Tengku farid.

‘’ err.. tengah hari ini saya ada janji dengan kawan tuan. ‘’ balas Dania gugup. berbohong lagi.

‘’ Nampaknya cik Dania kita ni tak sudi bos keluar dengan kita.’’ sampuk Adam pula sambil menjeling ke arah gadis itu yang semakin tak tentu arah.

‘’ date dengan teman lelaki kah? ‘’ soalan Tengku Farid itu membuatkan Adam terdiam pula, sambil menunggu jawapan dari gadis yang agak tersentak dengan soalan itu,

‘’ bukan tuan, teman serumah saya. saya janji dengan dia nak belikan sesuatu untuk harijadi teman lelakinya. ‘’ balas Dania, entah bagaimana dia dapat mereka alasan tersebut lancar sekali mulutnya berbicara.

‘’ teman lelakinya atau teman lelaki kamu.’’ semakin seronok Tengku farid menyoal, semakin tidak senang duduk Adam menunggu jawapan dari gadis manis bertudung biru itu. banyak pula soalan peribadi dari bosnya hari ni.

Dania tersenyum, malas melayan kerenah bosnya yang semakin melalut itu dia meminta diri sebelum pelbagai soalan lagi yang ditanya, motifnya untuk mengelak dari menerima ajakan lelaki lelaki itu tercapai, masih terngiang segala kata kata kesat tempoh hari. keluar dari bilik itu bahunya dilanggar seseorang, hampir jatuh file yang dibawa.

‘’ kau ni mata letak kat mana? ‘’ sergah gadis itu kasar, Fasha. mukanya masam menandakan moodnya yang tidak baik. melihatkan keadaan itu Dania memohon maaf sambil terus berlalu meninggalkannya yang menggosok-gosok kuat lenganya. mungkin sakit kesan perlanggaran kecil yang berlaku tadi. melihatkan mukanya yang cemberut dan terus melulu masuk mencari papanya menandakan ada sesuatu yang perlu di dapatkan oleh puteri manja itu dari ayahnya. tidak mahu memikirkan lanjut perkara itu Dania terus mengambil dompet dan keluar untuk mencari makanan untuk mengisi perut yang berlagu dondang sayang sejak dari tadi lagi.

--************************************************************************--

‘’Dania, ikut saya ke tapak projek 15 sekarang, pengarah urusan Ting Ha Holding menunggu kita di sana. bawa semua file2 berkaitan. kita gerak ke sana dalam masa 10 minit dari sekarang.’’ Arah Adam sambil berlalu masuk ke biliknya, cepat tegas dan lantang suaranya.

seperti yang dijanjikan, mereka berada di dalam kereta selepas 10 minit berlalu. Adam memeriksa barang keperluan yang perlu di bawa sambil Dania sudah bersedia duduk disebelah pemandu. Mereka bertolak ke kuantan dalam keadaan tergesa-gesa. keadaan dalam kereta hanya di riuhkan dengan suara dj yang meriuhkan pagi pendengar-pendengar mereka. mereka dijangka sampai lebih kurang 2 jam. sesuai dengan janji mereka yang mahu makan tengah hari bersama waris utama ting ha holdings yang selama ini dinanti nantikan kemunculannya.

‘’ kita chek in dulu, simpan apa yang patut, kemudian terus ke tapak projek. ‘’ arah Adam setelah sampai ke Swiss Garden hotel yang merupakan antara hotel terkemuka di kuantan.

‘’ kenapa sampai nak check in encik Adam? kita kan boleh balik terus selepas selesai perjumpaan nanti? ‘’ soal Dania pelik.

‘’ la.. i tak bagi tahu u ke? yang kita disini 3 hari? ‘’

‘’ owh... lupa, i tergesa-gesa tadi sampaikan terlupa nak bagi tahu u . im so sory.. ‘’ ujar Adam sambil mengangkat begnya keluar dari kereta.

‘’ habis tu saya macam mana? satu barang peribadi pun saya tak bawa ni? ‘’ soal Dania sedikit menjerit, geram, terkejut juga dengan tindakan Adam kali ini. dia datang sehelai sepinggang.

‘’ begini, awak ambil kad ini, beli apa yang patut untuk sepanjang 3 hari kita kat sini. ‘’ ujar Adam sambil menghulurkan credit kard emas kepadanya,

‘’ ini apa pulak ni adam, tak kan la saya nak gunakan kad awak untuk kegunaan peribadi saya pulak ‘’ soal Dania lagi bengang kali ini. langsung tidak setuju dengan tindakan lelaki itu.

‘’ tak pe, ini tanda minta maaf saya kerana lupa tentang perkara ini, masakan kita nak patah balik semata mata untuk ambil barangan peribadi awak.’’

‘’ bukan salah saya, encik Adam yang tak maklumkan pada saya lebih awal. ‘’ bangkang dania lagi

‘’ iyer... sebab itu la saya minta maaf dan ini saja cara saya minta maaf dan kita boleh teruskan dengan agenda kita hari ini seperti yang diarahkan tengku Farid. ‘’ jawab Adam ‘’ lagi pula kita datang untuk melaksanakan urusan pejabat. anggap saja ini hadiah syarikat buat awak.

‘’tapi..’’ balas Dania masih tidak puas hati dengan tindakan adam kali ini.

‘’ tak de tapi tapi.. degil jugak awak ni ye Dania, ikut saja arahan saya. ‘’ tungkas Adam melihat Dania yang masih bertapi=tapi dengan riak wajah jelas ketidakpuasan hati yang dipamerkannya itu. mereka melangkah seiringan masuk ke lobi hotel. jelas kelihatan muka dania yang masam. entah mengapa melihatkan wajah cemberut itu membuatkan Adam tersenyum seribu makna. dia menjeling manja ke arah dania yang berjalan seiring denganya.

--**********************************************************************--

Celina berjalan masuk ke dalam perut kereta. di dalamnya lee sedia menanti.

‘’ hye..’’ sapa Celina gembira. sapaannya hanya diangguk oleh jejaka berkemaja puitih itu, tampak polos, sesuai sekali dengan susuk tubuhnya.

‘’ so, kita nak terus ke tempat lunch atau ke tapak projek dulu?’’ soal Celina melihatkan jam masih belum waktu makan tgh hari.

‘’ tapak projek.’’ jawab lee ringkas.

‘’okay’’ balas Celina riang. sambil tersenyum dia mengarahkan pemandu untuk bergerak ke destinasi pertama mereka.

selesai melawat tapak projek mereka berdua bergerak menuju ke kereta untuk ke tempat perjumpaan dengan wakil syarikat yang berusaha sama bagi menjayakan projek kali ini. selepas di beritahu oleh site supervisor yang mereka juga baru selesai meninjau perjalanan perojek ini dan langsung ke tempat pertemuan. jadi mereka juga perlu bergegas ke sana supaya kedatangan mereka tidak dinanti-nantikan.

‘’ malam ni kita keluar. ‘’ bisik adam tiba-tiba. sambil menunggu kedatangan wakil Ting Ha holding,

‘’ nak pergi mana?’’ soal Dania mula resah dengan perbuatan lelaki itu.

‘’ tak kan la awak nak pakai baju ni sampai tiga hari 3 malam? tak masam ker? ‘’ seloroh adam sambil menyembunyikan tawanya. pernyataan lelaki itu membuat Dania termalu sendiri. timbul pula rasa geram terhadap lelaki itu. kalau tidak kerana dia mendengar arahan dari pihak atasan, perkara ini tidakakan berlaku. namun tak guna marah dan sakit hati. dia ingin cepat menyelesaikan tugasannya di sini, kerana jauh di sudut hatinya, dia merasakan sesuatu. sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. harapanya dia tidak mengharapkan perkara buruk yang akan berlaku. hampir 10 minit dia menunggu.

Kereta B&W 5 series berhenti di restoran mewah yang menjadi tempat pertemuan mereka. Celina tampak gembira dengan keadaan hari ini. dia bersiap sedia untuk keluar dari kenderaan tersebut. dan saat kakinya mencecah keluar kereta tangannya di pegang kuat lee. satu rengekan, lebih tepat lagi keluhan kesakitan dari lelaki itu. Celina melihat lelaki itu menekan-nekan perutnya. cemas, dia masuk semula ke dalam kereta.

‘’ kenapa? gastric lagi? ‘’ soal Celina tahu akan keaadaan kesihatan lelaki itu, sejak mengambil alih syarikat lee sering diserang sakit itu, mungkin dia belum dapat membiasakan diri dengan keaadaan barunya.

‘’ so, kita batalkan saja pertemuan dengan mereka.?’’ cadang Celina sambil tangannya pantas mendail no seseorang. belum pun sempat lee menarik handphone Celina.

‘’ tak baik biarkan mereka tertunggu-tunggu, sampaikan maaf i pada mereka, esok i akan adakan Dinner di hotel, tanda maaf i kerana tidak dapat hadir. hari ni u tolong jadi wakil untuk i boleh? ‘’ buat pertama kali Celina mendegar satu arahan ucapan panjang dari mulut lelaki itu, dan lebih bermakna lagi lelaki itu sudi untuk meminta pertolongan darinya. dengan hati yang berbunga riang dia melangkah keluar dari kereta mencari Adam dan Dania yang agak lama menunggu kehadiran mereka, langkah dipercepatkan. di saat kelibat Adam kelihatan dia melambai mesra sambil senyuman meleret sehingga sampai ke meja tempat duduk Adam dan Dania,

‘’ hye.. sorry buat kamu tertunggu. dan sebelum tu saya nak mintak maaf bagi pihak wakil Ting Ha, pengarah kami tidak dapat hadir atas sebab kesihatan, dia dah sampai pun ke sini tadi, tapi terpaksa balik ke hotel untuk berehat. ‘’ terang Celina.

‘’ owh.. so how is he? ‘’ teruk ke sakitnya? Tanya Adam, walaupun sedikit kecewa kerana tidak dapat bersua muka dengan orang yang dinantikan, namun dia tidak mempamerkannya.

‘’ tak.. sikit saja, penyakit lama dia,’’ balas Celina pula

‘’ so, how are you cik Dania, semakin cantik. ‘’ puji Celina sambil berjabat tangan, Dania yang sedari tadi hanya memerhatikan kedua mereka berbicara melemparkan senyuman,

‘’ saya macam biasa saja.’’ balas dania kemudian.

dan saat Celina duduk berhadapan mereka deringan nada lagu yang cukup menyentak perasaan Dania,

Celina kelihatan tecari cari sesuatu dari handbagnya itu, dikeluarkan handphone yang masih berlagu ’ your my destiny’ .

‘’ hello nenek, Celina ni’’ jawap Celina apapila mendengar suara pemanggil di talian. dania dan Adam hanya menjadi pemerhati saja perbualan Celina.

‘’ owh, dia tak dapat join hari ni, mungkin tertinggal semasa dia balik ke hotel tadi, penyakit lama dia menyerang la nenek, saya risau, kejap lagi saya akan terus balik hotel jenguk dia.’’ selesai perbualan Celina dia tersenyum memandang kearah Dania,

‘’ saya mintak maaf banyak-banyak bagi pihak waris Ting Ha dia mintak saya jemput kamu berdua makan malam di Swiss Garden tempat kami menginap sekarang sebagai tanda minta maaf untuk hari ini.’’

‘’ kebetulan pula cik Celina kami pun menginap di situ, kalau begitu senanglah nanti, ‘’ balas Adam

‘’ kalau begitu kamu berdua jangan serik untuk datang bertemu kami ya? saya minta diri dulu, maaf kerana tidak dapat temankan kamu berdua makan.. enjoy your lunch, semua ni on me, okey? just order ape yang you nak.’’ kelam kabut sekali Celina dia berlalu terus dari situ, cukup prihatin dia terhadap waris Ting ha tersebut, mungkin ada sesuatu di antara mereka, melihatkan keaadaan Celina yang tidak tentu arah itu membuatkan Dania mengandaikan mereka mempunyai hubungan akrab antara satu sama lain. tidak mahu memikirkan lebih mengenai perkara orang lain, sedangkan dia mempunyai perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Sebuah N3 yg dh lama d nnti2... thk u for this story.... Keep on writing!!

Anonymous said...

sudah lama menanti cerita ini....post banyak banyak yee...