PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, January 14, 2011

SouL MaTe 33



‘’ kenapa pulak dia tiba-tiba datang ke pejebat? ‘’

‘’ entah.. aku pun tak pasti.. dah lama dia tidak muncul menegjut begini..’’

‘’ itu la.. kalau dia muncul pasti aka nada perubahan besar yang berlaku.. naik orang cek ade tak korang silap langkah.. ‘’

‘’ kenapa? ‘’

‘’ korang jangan tak tahu.. dia lah kuasa besar dibelakang Datuk. ‘’

Aleyssa yang baru melangkah masuk ke pejabat selepas keluar minum pagi itu terdengar akan soseh soseh gossip beberapa rakan sekerjanya. Namun ia langsung tidak menarik perhatiannay untuk ambil tahu. Memang begitu sikapnya sejak dulu, keberadaannya di pejabat ini pun atas persetujuan ketua syarikat ini. Sebarang gossip yang diperkatakan tidak di ambil peduli. Dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah, tambahan pula dengan keadaan dirinya yang tidak disenangi oleh Fasha yang merupakan anak manja bos besar. Jadi dia mengambil langkah untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang pendapat mahupun kata-kata.

‘’ cik Dania, Datin nak jumpa di bilik Datuk. ‘’

‘’ Datin? ‘’ soal Dania hairan.

‘’ our second big bos. Pergi je la, dia dah lama tunggu. ‘’ jawab Lina menyampaikan pesanan apabila dia dilihat keluar dari bilik Tengku Farid. Lina berlalu pergi untuk bersama-sama dengan teman-teman gossip yang masih lagi sibuk memperkatakan sesuatu yang dia sendiri tidak peduli.

**********************************************************

Jam menunjukkan 11.00 pagi, namun lelaki ini masih lagi mengadap lap topnya. Masih tekun meneliti fail-fail di atas mejanya. Helaian demi helaian.

‘’ Encik.. ada panggilan dari cik Celina. ‘’ suara wanita dari intercom itu mengejutkannya. Dia masih perlu membiasakan diri dengan keadaan itu.

‘’ katakan saya sibuk. ‘’ jawabnya ringkas sambil tangan nya masih menyelak helaian-helaian kertas.

‘’ tapi.. katanya penting pasal madam. ‘’

‘’ ok.’’ Jawabnya ringkas.

‘’ hye.. are you ok? How’s your work for the first day? ‘’ sapa suara ceria gadis itu.

‘’ fine.’’

‘’ you dah makan? Jangan lupa makan tau? Nanti you gastric lagi? ‘’ soal gadis itu lagi.

‘’ kenapa dengan nannai? ‘’ tanya jejaka itu.

‘’ lee.. boleh tak kita tak libatkan nenek dalam hal ni? ‘’ suara itu mula kedengaran lemah.

‘’ kita makan bersama? Boleh? Nanti i jemput? ‘’ pinta gadis itu apabila jejaka itu hanya bertindak berdiam diri.

‘’ senyap tandanya setuju. So I guest it’s yes. Jumpa kat sana nanti ok? Bye. ‘’ gadis itu terus memutuskan talian. Satu keluhan lemah dari jejaka itu. Dia bertindak menyambung kembali semula tugasannya yang tergendala. Baginya tiada apa yang lebih penting dari menaikkan kembali nama syarikat yang merupakan titik peluh neneknya. Kalau tidak melibatkan neneknya itu dia langsugn tidak akan ambil peduli, dia lebih suka hidup sederhana dan tidak di ganggu oleh bebanan kerja yang menyesakkan otak fikirannya. Namun ada sesuatu yang dia masih tidak menyedari akan hakikat sebenar dia bakal berurusan dengan siapa nanti.

Sedar tidak sedar jam menunjukkan tepat pukul 1.00 tengah hari, kelibat gadis tinggi lampai yang kelihatan cukup cantik itu muncul di pejabat Ting Ha menarik perhatian pekerja-pekerja yang masing-masing sedang keluar untuk makan tengah hari. Mata mereka bukan saja tertumpu kepada gadis cantik itu, bahkan bekal yang di bawanya turut menjadi perhatian. Senyuman manis yang terukir di bibir merah gadis itu turut menggambarkan keceriaan hati untuk menemui buah hati tercinta. Gossip-gosip kian menular. Andaian mereka sudah tentu gadis itu ingin menemui ketua pengarah baru mereka. Namun sikap lee yang terlalu serius pada pertemuan mereka yang pertama memberi gambaran buruk buat pekerja pekerjanya.

‘’ hye messy boy? ‘’ sapa Celina yang meluru masuk ke bilik ketua pengarah.

Lee tidak terkejut dengan sapaan gadis itu. Malah dia melihat kea rah jam tangannya yang menunjukkan arah 1.05 minit. Patutlah perutnya mula terasa pedih. Bari dia teringat yang dia belum makan sejak pagi lagi.

‘’ I bawa sesuatu untuk u. I hope u suka. ‘’ ujar Celina sambil meletakkan bekalan yang di bawanya di atas meja kopi yang tersedia di dalam bilik itu.

‘’ jom la.. I tau you tak makan dari pagi kan? ‘’ tangannya cepat membuka bekas bekalan yang di bawa.

‘’ ta.. da.. sushi.. I buat sendiri tau? ‘’ tunjuk Celina.

‘’ lee.. mari la makan, nanti kalau you kena gastric lagi tak kan you nak susahkan nenek lagi? ‘’ ujar Celina. Seakan merayu lelaki itu, tiada perkara lain yang mampu di gunakan untuk menarik perhatian jejaka itu selain nama neneknya. Memang cukup sukar menjangka fikiran lelaki ini. Tanpa di duga lee bangun dan menghampiri Celina. Dia duduk dan mencapai bekas tersebut. Tanpa banyak bicara dia menyuap sepotong nasi ke dalam mulutnya. Melihatkan itu Celina cukup gembira, dia tersenyum puas. Ternyata usahanya berbaloi.

‘’ nak air? ‘’ tanya Celina prihatin memerhatikan lelaki itu menyuap sepotong demi sepotong sushi ke dalam mulutnya. Lee hanya menganggukkan kepalanya. Dia meneruskan suapan sehingga habis semua makanan yang di bawa tadi. Celina bangga, cukup terharu dengan peristiwa itu. Ternyata lee masih lagi mempunyai perasaan. Masih lagi boleh bertolak ansur denganya. Keyakinannya kini kian bertambah. Dia perlu menggandakan usahanya untuk memikat lelaki ini.

************************************************************

Adam yang dari tadi memerhatikan gerak laku Dania mula merasakan sesuatu yang aneh pada gadis itu. Walaupun sebelum ini dia bukan terlalu mesra denganya namun apa yang diceritakan kepada gadis itu masih lagi mendapat layanan yang baik, bukan seperti hari ini. Dania tampak lebih mendiamkan diri, seolah ada sesuatu yang menggangu fikirannya. Apa yang pelik semua lawak yang di ceritakan langsung tidak Berjaya membuahkan tawa di bibir gadis itu seperti sebelum ini.

‘’ dania.. kenapa ni? ‘’ soalnya lembut

‘’ errmmm?? Tak de pape la.. ‘’ jawabnya tersekat-sekat.. masih blur, dia tidak mahu lelaki itu dapat menghidu perasaannya saat ini.

‘’ awak tak sihat ker? ‘’

‘’ sihat.. kenapa? ‘’

‘’ saya tengok awak diam jer? Muka pun pucat ni? ‘’ soal Adam lagi sambil menghulurkan tangan ke dahi Dania..

‘’ Adamm.. ‘’ elak dania apabila melihat tangan itu ingin menyentuh dahinya.

‘’ opss.. sory.. betul ni tak de pape? ‘’ soalnya lagi, agak malu dengan perbuatannya tadi.

‘’ betul.. saya Cuma rasa pening sikit jer, mungkin sebab tak makan dari pagi kot? ‘’ ujar dania member alasan.

‘’ hmmm.. kalau begitu lepas makan ni saya hantar awak balik? Cuti setengah hari.’’

‘’ eh.. tak de pape la.. kejap lagi ok la ni. ‘’ pintas dania pula.

‘’ Kalau begitu jom la balik pejabat,awak boleh rehat sekejap, pejabat sejuk sikit, kat sini panas. Nanti bertambah pusing kepala awak. ‘’ ajak Adam.

‘’ terima kasih, ‘’ ucap Dania ringkas. Dalam hatinya cukup tersentuh dengan kebaikan serta keprihatinan jejak itu terhadapnya, namun ada sebab mengapa dia tidak dapat menceritakan apa yang berlaku tadi. Mengenangkan apa yang Datin Marina perintahkan kepadanya membuatkan dia sesak nafas, sesak fikiran dan fikirannya semakin bercelaru.

‘’ masuk.. ‘’ kedengaran suara wanita dari dalam apabila Dania mengetuk pintu pejabat Tengku Farid. Dania melangkah masuk penuh ada sopan. Di saat melihat wajah wanita anggun di hadapannya itu membuatkan dia agak terkejut dengan perjumpaan kali ni. Bukankah dia Tengku Marina? Wanita yang dulunya telah menghina keluarganya.. menghina arwah mak cik Farida. Segala kenagan lama terimbas kembali membuatkan dia terasa sebak.

‘’ well, saya harap awak masih ingat akan saya?’’ soal wanita itu memula bicara. Masih lagi angkuh gayanya.

‘’ ingat puan. ‘’ balas Dania lemah.

‘’ so.. I,m impressed. Dengan pencapaian kamu di syarikat ini, dengan pengaruh kamu di sini, saya dengar kamu berhubungan dengan ramai lelaki di sini? No wonder la. ‘’

‘’ apa maksud puan?’’ soal Dania terkesima dengan kata-kata wanita itu.

‘’ datin Marina.’’ Tegas wanita sambil tersenyum sinis melihatkan wajah gadis itu yang mula menampakkan tanda-tanda ingin menangis.

‘’ well, kalau semua lelaki di sini asyik memperkatakan tentang kamu, menyebelahi kamu, memuji kamu, sudah tentu la kamu telah memberikan sesuatu kepada mereka bukan? Sampaikan Tengku farid lebih mempercayai kamu dari anak nya sendiri? Dasar perempuan penggoda! Kalau dah datang dari keluarga penggoda memang tetap akan jadi penggoda! ‘’ sergahnya lagi sambil meniggikan suara apabila menyebut penggoda. Cukup sinis, cukup tajam menusuk hati kecil gadis itu.

‘’ apa maksud Datin? Menuduh saya sampai macam ni sekali?’’ soal Dania mula mengalirkan air mata.

‘’ huh! Kamu jangan nak berdrama dengan saya! Ingat segala gerak geri kamu saya perhatikan. Kamu jangan nak cuba merampas apa yang menjadi milik kami. Ingat tu! ‘’ sergahnya lagi sambil menujal dahi Dania.

Perbuatanya itu membuatkan dania tersentak dan semakin laju la air mata mengalir ke pipi gadis itu. Apa salahnya kini, kata-kata hamburan yang diterima tiba-tiba saja membuatkan dia sangat merindui arwah mak ciknya, Dania hanya mampu membiarkan wanita iru berlalu dengan angkuh meninggalkannya yang masih mengalirkan air mata.

Dania??

‘’ Dania.. awak ok tak ni? ‘’ tanya Adam

‘’ huh? Errr… ok.. nape ? ‘’ soal Dania lagi.. masih blur..

‘’ kita dah sampai la.. apa yang mengelamun ni? Dari tadi saya panggil.. awak fikirkan saye yer? Saya kana de kat sebelah je ni.’’ Seloroh adam mahu bercanda, melihatkan ketegangan wajah gadis itu.

‘’ mana ada? Awak ni ada ada saja.. ‘’ balas dania sedikit tersenyum dengan seloroh Adam, namun disebalik itu fikiranya masih lagi bercelaru. Maafkan saya, saya masih lagi belum bersedia untuk berkongsi masalah saya dengan awak. Ujar dania dalam hatinya melihat ke wajah Adam yang masih tidak lekang dari senyum tawanya.

4 comments:

Anonymous said...

cepat la smbg...lmbtnya...waaaaaaaaa....

Anonymous said...

sape sbnrnye alessya dania ni??
alessya ni ade hubungan dgn keluarga tg. farid ke??
macam mne plk dgn adam??
betul la kan yg adam tu sbnrnya lee kan??
tp mcm mne kisah adam a.k.a. lee ni sbnrnye??

hana lady said...

xkan sampai sini jer kot...lambatnye nk smbung...cepat lah..tertnyer2 lah sape adam sebenarnyer....adam tu lee ker...?tengku farid tu pak cik alessya kn?

Anonymous said...

aah adam tu lee......ada dah dceritkan pda bab sseblom nie