PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, January 7, 2011

SouL MaTe 32


‘’ Dania.. Dania.. please.. dengar dulu.. ‘’

Dania!

Gadis itu semakin pantas mengatur langkah meninggalkan Adam yang mengekori sambil terpekik-pekik memanggil namanya. Malu.. orang sekeliling asyik memandang mereka ibarat menyaksikan drama terbaru mengisi slot akasia lagaknya. Semakin laju langkah gadis itu semakin kuat namanya di panggil. Mahu tidak mahu Dania memberhentikan langkahnya mengadap kea rah lelaki tersebut yang betul-betul behenti selangkah saja dari Dania. Adam tersenyum bangga. Dia tahu Dania sudah tidak dapat menahan malu apabila namanya di panggil kuat di kawasan orang ramai. Manakan tidak selepas keluar saja dari restoran tadi dia tidak berhenti melaung-laungkan nama gadis itu. Tidak dipedulikan pandangan mata orang di sekeliling. Sengaja dia meletakkan kenderaan jauh dari kawasan restoran yang mana kebetulan kawasan tersebut memang susah untuk mendapat kawasan tempat letak kereta.

‘’ tolonglah, saya nak balik. Jangan jerit-jerit nama saya begitu. Malu la.. ‘’ rayu dania, pipinya mula memerah, simbahan cahaya matahari terik membakar lagi kulit putihnya itu.

‘’ tunggu la saya.. saya pun nak balik jugak.. ‘’ jawab Adam manja.

‘’ yang awak jalan laju-laju sangat ni awak nak kemana? Kita kan datang bersama, kalau awak sampai awal kat kereta pun bukan awak boleh masuk pun? ‘’ soal Adam sambil tersenyum menanti jawapan dari mulut yang memuncung tanda protes itu.

‘’ saya nak cari teksi la, ‘’ jawab Dania sambil matanya meliar mencari kalau-kalau ada teksi yang lalu di kawasan itu. Namun pandangannya kosong. Tiada teksi hanya dua tiga buah kenderaan biasa yang melalui kawasan itu.

‘’ oooww.. awak marahkan saya la ni? ‘’ tanya Adam lagi sambil merapati tubuh Dania. Niatnya hanya ingin membayangi tubuh itu supaya tidak terkena terus pancaran matahari.

‘’ sudah la, saya nak balik.. ‘’ rayu Dania lagi. Dia melangkah sedikit kebelakang apabila mendapati tubuhnya sangat hampir dengan lelaki itu.

Melihat keadaan itu Adam simpati, dia berjalan mendahului gadis itu meninggalkan dania terkocoh-kocoh berjalan mengejar kembali langkah lelaki itu.

*************************************************************

‘’ Nannai.. ‘’ sapa lelaki itu apabila melihat kelibat wanita separuh abad itu melabuhkan punggungnya bersebelahan saja dengannya.

‘’ ni hao ma? ‘’ tanya wanita itu lembut, sambil memerhatikan wajah lelaki yang tampak lesu, matanya redup memandang ke arah taman villa mereka. Wajah itu sekian lama dia tatap semakin dia mengingati mendiang anaknya. Wajah itu mirip sekali. Sungguh dia tidak sangka dengan usianya kini dia masih berpeluang melihat cucunya sedangkan dia tidak berkesempatan untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak kandung nya sendiri. Dan untuk itu dia tidak pernah menyalahkan cucunya itu atas tingkah lakunya sekarang, dia sangat berterima kasih kerana cucunya itu bersetuju untuk mewarisi segala hartanya. Walaupun pada awalnya dia mengahadapi pelbagai masalah untuk menyakinkan jejaka itu tentang semua perkara yang berlaku. Dan semua kejadian yang berlaku kepada jejaka itu cukup memberikan impak yang besar terhadap wanita itu juga, dia akui yang dia terlalu sayangkan jejaka itu. Penyesalan yang tidak terhingga kerana dahulu dia la punca jejaka itu kehilangan ibu dan ayah, pada masa yang sama dia juga kehilangan anak lelakinya. Dek kerana ego dan salah faham dia terus menghancurkan kehidupan anak lelaki serta keluarganya. Di sebabkan itu la agak sukar dia menemukan jejak cucunya itu setelah dia menyesal dan mengetahui keadaan sebenar waris tunggal keluarga lee.

‘’ nenek… ‘’

Tiba-tiba wanita itu dikejutkan dengan panggilan ceria seorang gadis. Tentunya Celina yang masuk dengan membawa pelbagai barangan, satu ciuman singgah di pipi wanita tua itu. Membuatkan dia tersenyum.

‘’ nenek dah makan?’’ tanya Celina lembut sambil mengambil tempat duduknya berhadapan dengan lee.

‘’ belum sayang.. nenek tunggu kamu. ‘’ balas wanita tua itu perlahan sambil memerhatikan lee yang langsung tidak memperdulikan kehadiran gadis tersebut. Soalan nya tadi juga tidak mendapat jawapan sepatutnya. Lelaki itu masih leka memandang ke luar. Dia tahu akan kehadiran gadis itu, namun dia malas menyapa. Dia tidak mahu menerbitkan kemesraan dia juga tidak mahu timbul sebarang pertengkaran. Walaupun sememangnya akhirnya dia yang akan mengalah dengan melarikan diri dari situasi begitu.

‘’ lee.. ‘’

‘’ ada sesuatu yang nenek perlu bincangkan dengan kamu. ‘’

Lee memandang kea rah neneknya. Sambil mencabut earphone di telinganya dia menganggukkan kepala tanda bersedia untuk mendengar kata-kata wanita tua itu.

Mulai esok kamu perlu ikut Celina untuk ke pejabat, kamu perlu pelajari selok belok pentadbiran syarikat kita, nenek sudah arahkan orang-orang di syarikat utuk sediakan segala keperluan kamu. Tinggal kamu hanya perlu berada di sana saja. Mereka juga akan menerangkan segal-galanya kepada kamu. Mendengarkan itu Celina berbunga riang. Dia tahu dengan cara ini dia akan semakin rapat dengan jejaka itu. Dia tahu juga selepas ini dia bakal menjadi isteri kepada pemegang waris syarikat Ting Ha corporation yang bakal berpindah ibu pejabat dari Tiawan ke Malaysia.

‘’ perlu ke? ‘’ tanya lee sambil lewa.

‘’ sangat perlu, nenek dapat laporan ada pekerja kita yang cuba untuk mengkhianati syarikat, ada juga lembaga pengarah yang sudah berani untuk mengadakan pakatan undi tidak percaya terhadap pengarah sekarang, mereka sudah tidak percayakan kepimpinan bukan dari waris keluarga kita. Kamu pun sedia maklum En. Ma hanyalah sebagai pengganti sementara sahaja. Nenek sudah tidak mampu untuk menguruskan semua urusan syarikat. Semuanya kini terletak atas bahu kamu. Nenek hanya akan membantu daru belakang sebagai penasihat. Nenek juga percaya dengan kebolehan Celina, dengan adanya dia bersama kamu nenek yakin kamu mampu untuk mengembalikan kecemerlangan Ting Ha.’’

***********************************************************

‘’ woiittt mak cik.. makan jom? ‘’

Ajak Mira apabila makanan terhidang di atas meja.

‘’ nasi goreng saja ker? ‘’ tanya ALeyssa bergurau.

‘’ habis ko ingat ini restoran mewah macam tempat kau makan tengah hari tadi ker? ‘’ balas Mira membuatkan Aleyssa terkedu, niatnya mahu mengenakan Amiran malahan dia pula yang terkena.

‘’ apa kau ingat aku tak Nampak kau berkejaran di tengah panas tadi? ‘’ bidas Amira lagi sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

‘’ dah tu kau tak nak cerita kat aku ker? Drama apa kau lakonkan tadi? ‘’ usik Mira lagi membuatkan Aleyssa tersipu malu menunduk ke meja.

‘’ ala…. Manade.. makan je la..’’ jawab Aleyssa malas melayan. Dia laju menyuap nasi ke mulutnya. Amira makan sambil menunjukkan reaksi ketidak puasan hatinya tadi. Mengingatkan kejadian tadi. ALeyssa tersenyum sendiri.

‘’ saya suka awak.. ‘’

‘’ apadia ? ‘’

‘’ saya suka awak.. ‘’

‘’ saya?!!!! Soal Dania terkejut sambil menunding jari ke hidungnya.

‘’ betul.. saya suka awak.’’ Ujar Adam lagi sambil memandang jauh ke dalam mata gadis itu.

‘’ apa awak mengarut ni? ‘’ soal Aleyssa gugup.

‘’ saya suka awak !!! ‘’ jawabnya lagi menambahkan lagi kebingungan di wajah Aleyssa apabila Adam tiba-tiba saja meluahkan perasaan di situ. Tanpa sebarang petunjuk mahupun kaitan topic.. dia tiba-tiba meluahkan kata-kata tersebut.

‘’ Dania.. saya suka awak..’’ ujar Adam lagi sambil menantikan jawapan dari Aleyssa.

‘’ sudahla awak ni.. mengarut saja.. ‘’ pintas Aleyssa sambil menyuap lagi makanan tengah hari yang masih bersisa.

Dan tanpa di duga Adam bangun dan melangkah ke sisi Aleyssa kemudian melutut di tepinya. Perbuatanya itu membuatkan seisi pengunjung Restoran terbabit memandang kea rah mereka.

‘’ cik Aleyssa Dania.. saya dah jatuh cinta dengan awak. ‘’ ujar Adam sejelas-jelasnya kedengaran oleh semua yang ada di situ membuatkan mereka bertepuk tangan menyaksikan perbuatan lelaki itu. ALeyssa yang cukup merasai bahang kepanasan tahap maksima di wajahnya mula mengibas-ngibas tanganya ke muka. Tepukan orang ramai yang semakin kuat diiringi dengan sorakan serta siulan nakal membuatkan Aleyssa nekad untuk bangun serta meninggalkan situasi itu serta merta.

‘’ Dania.. Dania.. please.. dengar dulu.. ‘’

Dania!

Gadis itu semakin pantas mengatur langkah meninggalkan Adam yang mengekori sambil terpekik-pekik memanggil namanya. Malu.. orang sekeliling asyik memandang mereka ibarat menyaksikan drama terbaru mengisi slot akasia lagaknya. Semakin laju langkah gadis itu semakin kuat namanya di panggil. Mahu tidak mahu Dania memberhentikan langkahnya mengadap kea rah lelaki tersebut yang betul-betul behenti selangkah saja dari Dania. Adam tersenyum bangga. Dia tahu Dania sudah tidak dapat menahan malu apabila namanya di panggil kuat di kawasan orang ramai. Manakan tidak selepas keluar saja dari restoran tadi dia tidak berhenti melaung-laungkan nama gadis itu. Tidak dipedulikan pandangan mata orang di sekeliling. Sengaja dia meletakkan kenderaan jauh dari kawasan restoran yang mana kebetulan kawasan tersebut memang susah untuk mendapat kawasan tempat letak kereta.

‘’ tolonglah, saya nak balik. Jangan jerit-jerit nama saya begitu. Malu la.. ‘’ rayu dania, pipinya mula memerah, simbahan cahaya matahari terik membakar lagi kulit putihnya itu.

‘’ tunggu la saya.. saya pun nak balik jugak.. ‘’ jawab Adam manja.

‘’ yang awak jalan laju-laju sangat ni awak nak kemana? Kita kan datang bersama, kalau awak sampai awal kat kereta pun bukan awak boleh masuk pun? ‘’ soal Adam sambil tersenyum menanti jawapan dari mulut yang memuncung tanda protes itu.

‘’ saya nak cari teksi la, ‘’ jawab Dania sambil matanya meliar mencari kalau-kalau ada teksi yang lalu di kawasan itu. Namun pandangannya kosong. Tiada teksi hanya dua tiga buah kenderaan biasa yang melalui kawasan itu.

‘’ oooww.. awak marahkan saya la ni? ‘’ tanya Adam lagi sambil merapati tubuh Dania. Niatnya hanya ingin membayangi tubuh itu supaya tidak terkena terus pancaran matahari.

‘’ sudah la, saya nak balik.. ‘’ rayu Dania lagi. Dia melangkah sedikit kebelakang apabila mendapati tubuhnya sangat hampir dengan lelaki itu.

Melihat keadaan itu Adam simpati, dia berjalan mendahului gadis itu meninggalkan dania terkocoh-kocoh berjalan mengejar kembali langkah lelaki itu.

1 comment:

diahperi said...

cita ni best klau blh n3 seminggu sekali ke satu blan sekali lama lah tunggu ktk xsabar nak tahu endingnya cam na pun klau blh biarlah dania ngan adam amira ngan alif baru best