PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, December 21, 2011

Ratu bulan, apa dah jadi???

huhuhuhuhu

kalau ade sape sape tahu mengapa blog ratu bulan x bleh baca?
n mengapa nak permision..
n macam mana nak mintak permision supaya bleh baca karya dia??

huhuhuh..
dah lama ikut blog dia...
huaaa....
ade sape sape tau tak????

Friday, December 16, 2011

SouL MaTe- 44

‘’ alamak dah pukul berapa ni? Aku dah janji dengan Adam. ‘’ rungut Aleyssa sambil melihat jam tangan yang diletak di atas meja di tepi katilnya, telefonya di jeling, arghh… mandi dulu, fikirnya dalam hati, niat hati untuk memberikan pesanan ringkas buat lelaki yang mungkin sedang menunggunya. Namun apabila terburu buru bangun kakinya tersadung tepi katil.

#######

Adam duduk santai di meja makan yang berhampiran dengan kolam di restoran hotel tersebut, sambil menghirup perlahan kopi yang dipesan tadi matanya menatap akhbar News Strait Time yang tersedia di situ, ini merupakan cawan kopi yang kedua untuknya. Suasana pagi itu sungguh nyaman sekali matahari yang bersinar membawa kecerian untuk hari ini. Helaian demi helaian di selak. Sekali sekala dia menghirup kopinya.

Di bilik,

Aleyssa tergopoh gapah menyiapkan diri, kakinya di sarungkan stoking sebelum memakai kasut yang bersedia menunggunya. Apabila semuanya rapi dia memastikan tiada barang penting yang tertinggal, pintu di buka, dan saat ingin keluar dari biliknya dia hampir terpijak sesuatu.

‘’ hurmm… siapa pula yang letak bunga kat sini? ‘’

‘’ ada coklat lagi?’’ ujar aleyssa sendiri sambil menelek jambangan bunga yang disertai sekotak kecil coklat. Sekeping kad diselitkan di situ. Kad ditarik perlahan, bunga dikepit, dan kedua tanganya membuka kad tersbut.

Saya minta maaf, saya tunggu awak di café..

Aleyssa mengeluh, entah kenapa, tapi hatinya sedikit terhibur mendapat jambangan bunga tersebut, tanpa berlengah lagi dia bergegas menuju ke café tempat lelaki itu menunggu. Aleyssa turut membawa jambangan bunga itu bersamanya, sampai di bawah dia mencari cari kelibat lelaki itu. Kanan kiri dipandang, akhirnya dia melihat kelibat lelaki itu yang sedang asyik membaca akhbar sambil tangannya memegang cawan. Dia tersenyum sendiri dan berjalan perlahan menuju ke meja tersebut.

‘’ assalamualaikum, maaf buat awak tertunggu tunggu. ‘’ tegur Aleyssa perlahan dan membuatkan Adam berhenti menatap akhbar tersebut, cawannya diletak perlahan, dia tersenyum memandang gadis itu dan mempelawa aleyssa untuk duduk.

‘’ cantik bunga ‘’ tegurnya apabila melihat jambangan bunga yang di bawa gadis itu,

Aleyssa berhenti tersenyum mendegarkan kata kata lelaki itu. Dia membetulkan kedudukannya, kemudian menolak sedikit jambangan bunga berserta kotak coklat ke arah lelaki itu. Adam mengangkat keningnya menandakan dia tidak mengerti akan kelakuan Aleyssa.

‘’ apa ni? Untuk saya? ‘’ Tanya lelaki itu menyangkakan jambangan tersebut untuknya.

‘’ jangan cakap awak tak tahu pasal ni? ‘’ soal Aleyssa penuh tanda Tanya. Dia menyangkakan lelaki itu Cuma berseloroh dengannya.

‘’ sumpah, bukan saya. ‘’ balas lelaki itu sambil mengangkat tangan tanda serius dengan ucapannya.

‘’ kalau bukan awak??... ‘’ soal aleyssa sambil memikirkan sesuatu. Dan serentak dengan itu dia melihat seorang lelaki yang cukup di kenalinya yang sedang berjalan menghampiri mereka. Kali ini dia yakin dengan penglihatanya. Dan dia bangun saat lelaki itu benar benar berada bersama mereka, Adam kelihatan agak terkejut dengan penampilan lelaki itu bersama mereka.

‘’ jadi.. ‘’ soal aleyssa memulakan bicaranya dengan lelaki itu.

‘’ maafkan saya. ‘’ ujar lee sambil merenung mata gadis itu. Dia langsung tidak mempedulikan kehadiran lelaki yang bernama Adam yang berada di sebelahnya,

‘’ jadi semalam.. saya tak bermimpi? ‘’ soal aleyssa lagi, masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

‘’ tak, semalam dan hari ini merupakan realiti untuk awak dan saya. ‘’

‘’ dan reality ini lah yang akan berterusan sampai bila bila. Saya tidak akan tinggalkan awak lagi kali ini.’’ Ujar lelaki itu penuh yakin dengan ucapannya. Adam sedikit tersentak dengan ucapan lelaki itu terhadap Aleyssa, entah mengapa dia merasa sesuatu dalam dadanya, melihatkan wajah Aleyssa yang kelihatan sungguh ceria di hadapam lelaki itu membuatkan dia sakit hati. Tidak pernah dia melihat gadis itu seceria itu, entah mengapa itu membuatkan dia lebih cemburu dengan lelaki yang dikenali dengan nama lee itu. Bukan sekali dua dia menyiasat latar belakang lelaki itu, malahan setiap kali carian tidak menemukan apa apa maklumat lanjut selain mengetahui yang dia merupakan pewaris syarikat Ting Ha. Melihatkan Aleyssa yang tersenyum riang membuatkan lee mengeluh lega.

‘’ hye, saya lee, awak Adam kan? Celina selalu bercerita pasal awak. Maafkan saya mengganggu awak sebentar ‘’ lee menghulurkan salam, dan di sambut mesra oleh Adam, mereka berjabat tangan, tampak mesra namun siapa tahu di hati mereka,pandangan mata yang bersinar antara satu sama lain cukup menggambarkan mereka kekok untuk bersalaman. Dan buat kali pertama juga Aleyssa melihat kelainan dalam diri lelaki itu. Padanya mungkin pertama kali setelah sekian lama tidak ketemu dengan lelaki itu. Mungkin dia semakin berubah mengikut peredaran masa, mungkin lee sekarang bukan seperti lee yang dulu.

‘’ adam, baru kali ini saya dapat bersua muka dengan pewaris syarikat besar ini, seringkali pertemuan kita seolah ada sesuatu yang menghalang. Dan tak sangka kita berjumpa dalam situasi begini encik Lee. ‘’ balas Adam. Kata katanya seperti mempunyai makna yang tersirat di sebalik yang tersurat. Aleyssa hanya menjadi pemerhati antara mereka. Sedikit sebanyak dia juga merasa tidak selesa dengan situasi tersebut. Lee tersenyum sinis, seakan memahami apa yang ingin disampaikan lelaki itu. Dia kemudian memasukkan kembali tangannya ke dalam poket seluarnya.

‘’ apa kata encik lee minum bersama kami? ‘’ pelawa Adam sambil mengambil tempat duduknya.

‘’ owh, tak mengapa saya hanya mahu serahkan ini saja kepada Aleyssa. ‘’ jawab lee sambil tangannya mengeluarkan sekeping kad kecil bersampul unggu dan diletak terus di depan Aleyssa, gadis itu sedikit terperanjat, namun dia hanya diam, kelu untuk berkata kata, padanya dia masih lagi terkejut dengan semua kejadian kejadian yang berlaku serentak dalam hidupnya. Hanya dua hari, pelbagai perkara yang berlaku hanya dalam masa dua hari saja.

‘’ kalau macam tu, saya beredar dulu, Aleyssa? ‘’ lee meminta diri untuk pergi dari situ. Aleyssa sekadar membiarkan saja lelaki itu berlalu, sehingga hilang dari pandangannya. Namun belum lagi sempat dia memikirkan sesuatu. Adam bersuara. Baru dia teringat yang lelaki itu masih lagi setia menunggu di sisinya.

‘’ awak masih tak nak terangkan pada saya? ‘’ soal Adam sambil menyandar perlahan ke kerusi, jelas sekali wajahnya keruh mendambakan perjelasan dari gadis itu. Aleyssa mula gelisah, apa yang hendak di katakan kepada lelaki itu, apa yang perlu diterangkan kepadanya? Jari jemarinya seakan ingin dipatah patahkan, matanya meliar memandang sekeliling mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Adam. Lelaki itu masih lagi menunggu penjelasan dari Aleyssa. Matanya merenung tajam gadis yang tampak cemas di depannya. Mukanya berkerut seribu. Akhirnya dia menarik nafas dalam.

Sebenarnya…

###################################################################

Semua persiapan sudah siap diperkemaskan, smua pekerja pekerja hotel masing masing sibuk dengan oersiapan akhir sebelum majlis perasmian berlangsung. Para tetamu kelihatan semakin rancak hadis masuk ke dalam banquet Hall tempat majlis diadakan, semuanya memakai pakaian tradisioanal sesuai dengan tema yang disarankan pada kad jemputan, yang lelaki segak manakala wanita tampak anggun dengan busana busana yang ternyata mahal. Semua VIP yang hadir terdiri dari kalangan orang orang ternama di sini. Suasana hotel meriah dengan alunan aluna muzik klasik dan jazz yang sengaja dipilih untuk santapan telinga para tetamu yang hadir sambil menunggu ketibaan tetamu kehormat yang lain. Tersedia juga pembuka pembuka selera yang dihidangkan di hujung penjuru banquet untuk tetamu yang ingin membasahkan tekak mereka. Masing masing masih setia menanti majlis bermula. Adam sedari tadi sibuk menguruskan segalanya berkaitan. Ke sana ke mari, dia lagaknya manusia paling sibuk hari ini.

‘’ Dania, awak Dimana? ‘’

‘’ I need you now ‘’ walkie talkie yang ada di tangan di tekan memanggil empunya yang lagi satu.

‘’ Dania? ‘’ sekali lagi Adam memanggil, matanya meliar memerhatikan tetamu yang masuk, masih menunggu jawapan dari panggilannya.

‘’ ye encik Adam, saya di sini. ‘’ jawab satu suara lembut. Tapi bukan melalui walkie talkie yang ada tetapi di sebelahnya saja.

‘’ hah awak.. mana a… ‘’ sampai di situ saja dia mampu mengeluarkan kata kata saat matanya menatap sebatang tubuh yang cukup menawan dihadapannya, berpakaian kurung moden diserta selandang yang disangkut ke bahu tudung sedondon berwarna keemasan mekap yang tampak menyerlahkan mata bundarnya cukup menawan hati lelaki itu, kasut tumit tinggi yang dipakainya kali ini menyerlahkan lagi kelangsingan tubuh badan gadis itu. Pemakaiannya kali ini cukup menarik dan luar biasa sekali, lain, tapi cukup menawan. Pertama kali dia melihat gadis itu seriang hari ini. Senyumannya terbit dari hati. Matanya bersinar sinar.

‘’ so? Macam mana? Mereka semua dah sampai? VVIP kita dah ada? ‘’ soalnya sambil matanya meliar memerhatikan kawasan sekeliling banquet hall tersebut. Lansung tidak diendahkan sepasang mata yang asyik menjamah wajahnya itu.

‘’ Mereka dah sampai. ‘’ keterujaan Dania mengejutkan lelaki itu sambil terus berpaling kea rah tetamu yang baru melangkah masuk ke dalam banquet dan terus ke meja VVIP yang disediakan. Tumpuan mula beralih arah, tetamu tetamu yang masuk bukan lah calang calang tetamu yang boleh diperlekehkan. Sebagai penganjur majlis pada hari ini mereka memainkan peranan penting dalam menjayakan majlis malam ini, MC sudah pun mengambil tempat bagi memulakan acara perasmian, kehadiran seorang wanita tua berbangsa cina menarik perhatian Dania, jauh di sudut hatinya dia tahu wanita itu merupakan tuan punya milik syarikat Ting Ha holdings yang juga merupakan nenek kepada lee. Kehadiran Celina yang cukup anggun dalam drees berwarna kuning malam itu cukup mempesonakan mata yang memandang. Keberadaannya yang sentiasa di sebelah wanita tua sedikit sebanyak menimbulkan perasaan cemburu dalam dirinya saat ini, Wanita tua itu tampak prihatin dan sayang sekali kepada Celina. Namun satu kelibat yang dinanti, sejak dari tadi masih belum memunculkan diri, sekali sekala dia melarikan perhatian terhadap majlis perasmian bangunan yang berlangsung untuk memerhatikan sekeling. Adam dari tadi sudah berada dikelompok VVIP yang sedang seronok bergambar bersama wartawan wartawan yang tersedia menanti mereka.

Selesai acara perasmian mereka mula bergerak ke meja makan untuk meneruskan acara seterusnya, dan saat itu muncul kelibat jejak yang dinanti, semua mata memandang kea rah jejaka tersebut yang cukup segak namun lari dari tema yang dinyatakan. Dengan hanya berkemeja gaya kasual dia berjalan masuk penuh yakin menuju ke arah tempat VVIP berkumpul. Seterusnya dia diperkenalkan kepada semua VVIP yang ada oleh madam dan Celina, senyuman bersahaja. Dilemparkan kepada semua tetamu yang hadir. Seolah itu bukan dirinya. Lee yang dulu cukup payah bertentang mata dengan orang ramai, cukup sukar mempamerkans ebarang reaksi terhadap satu satu kejadian. Namun jauh di sudut hati Aleyssa dia senang melihat kegembiraan di wajah lelaki itu, satu senyuman diukir dan seolah olah dapat di agak senyumannya melekat terus dipandangan lelaki itu. Mata mereka bertaut. Senyuman yang paling manis dihadiahkan buat gadis itu. Aleyssa cair, jantungnya berdegup kencang.

‘’ cik Dania! ‘’ sergah satu suara.

‘’ ‘’ encik Adam minta cik Dania ke sana sekarang, ‘’ ujar pelayan tersebut tanpa membuang masa sambil menunjuk sopan kearah tempat VVIP berkumpul.

Serentak dengan itu kedengaran Adam memangil manggil namanya, mengarahnya bergerak kesitu secepat yang mungkin. Dengan langkah yang teratur dia mula melangkah menuju ke tempat VVIP. Jelas kelihatan kegugupannya apabila dia menggenggam kemas walkie talkie, jalannya cukup berhati hati kerana mengenakan kasut tumit tinggi yang bukan mejadi kebiasaanya. Silap langkah malu akan ditanggungnya.

Belum pun sempat dia menghampiri mereka, kelihatan wanita tua membisikkan sesuatu ke telinga Adam dan terus menarik Celina dan Lee naik kepentas, perjalanannya ke meja VVIP seolah beribu batu, dia hanya mampu melihat mereka yang sudah pun berada di atas pentas, sampai di sebelah Adam dia membetulkan pakaiannya, sambil mempamerkan satu senyuman yang sudah tentu tampak cuak dihadapan VVIP yang ada. Perhatiannya kini tertumpu kepada 3 manusia yang berada di atas pentas tersebut.

‘’ apa yang mereka nak buat tu?’’ soal dania sedikit berbisik?

‘’ madam nak buat satu pengumuman. Kita dengar saja lah. ‘’ balas Adam bersahaja sambil matanya juga tertumpu kepada mereka bertiga.

‘’ very good evening to all VVIP’s and honorable guest. Thank you so much that you all semua dapat meraikan majlis pelancaran projek Ting Ha bersama Teguh Holdings. Saya merasa cukup berbesar hati dengan majlis yang cukup sempurna pada malam ini. Saya tidak mahu lagi membuang masa, sebelum saya merasmikan majlis pada malam ini, malam ini saya perkenalkan cucu saya yang merupakan pewaris tunggal Ting Ha yang akan mengambil alih tugas selepas persaraan saya, Alexander Lee.’’ Satu tepukan gemuruh memenuhi ruang makan tersebut apabila lee diperkenal kepada semua teamu yang hadir. Lelaki itu Cuma tunduk dan senyum bersahaja. Kali ini wanita tua mula mendekatkan Celina di samping lelaki itu. Aleyssa mula perasan akan perubahan wajah lelaki itu. Namun belum sempat dia memikirkan motifnya.

‘’saya rasa waktu ini merupakan masa yang paling sesuai dan tepat sekali untuk saya mengumumkan pertunangan cucu saya dengan gadis cantik yang berada disebelahnya Celina yang sudah saya anggap sebagai cucu menantu saya sejak lama dahulu. Majlis rasmi akan diadakan 2 minggu dari sekarang. Dan saya juga menjemput semua tetamu yang hadir di sini agar dapat memeriahkan lagi majlis kami nanti. ‘’ satu senyuman sinis tepat dilemparkan kepada ALeyssa oleh wanita tua itu. Cukup tersentak dengan pengumuman itu ditambah lagi dengan pandangan sinis yang dituju khas buatnya. Saat itu dia seolah ingin keluar terus dari situ, namun tugas penting yang sedang berlangsung menghalangnya, mahu tidak mahu dia perlu meneruskan walau hatinya kini mula terasa sakit sekali, Aleyssa menarik nafas dalam dan meneruskan tugasnya pada malam itu, dia langsung tidak memandang ke arah Lee. Dia sendiri tidak tahu mampukah dia berdepan dengan lelaki itu lagi. Seboleh bolehnya dia mahu menamatkan terus majlis malam itu. Tetamu tetamu lain sibuk menghampiri pasangan tersebut untuk mengucapkan tahniah, dua kali tahniah. Celina kelihatan lebih berseri dengan pengumuman tadi. Senyuman dibibir tidak pernah putus. Lelaki itu menyambut huluran salam dari tetamu yang hadir namun matanya kini tertumpu hanya kepada seorang itu. Namun apakam dayanya di majlis rasmi sebegini. Manakal majlis malam itu berjalan lancar apabila tetamu semua berpuas hati dengan makanan yang di hidangkan.

Thursday, November 24, 2011

SouL MaTe- 43

‘’ Betul ke awak ni? ‘’ tertunduk malu, tersangat la malu dengan apa yang dilakukannya sebentar tadi. Mukanya merah padam, kalau diikutkan hatinya mahu saja di sorokkan mukanya dengan tudung yang dipakai itu. Mahu saja dia terbang terus meninggalkan lelaki itu yang merenungnya dalam, ibarat tidak berperasaan, tanpa reaksi, sama macam dulu.

Jari terlunjuk gadis itu perlahan di arah ke wajah lelaki itu, dan saat jarinya merasa kulit muka lelaki itu. Dia sekali lagi mempamerkan riak penuh hairan. Sekali lagi jarinya mencucuk pipi lelaki itu, tidak puas hati bayangan di hadapannya masih kekal di situ, kali ni dia mencubit geram kedua dua pipi lelaki itu membuatkan lelaki itu terjerit menanggung kesakitan. Serentak itu ALeyssa terlompat kebelakang, kini dia sedar, lelaki itu bukan bayangannya, lelaki itu merupakan realiti, lelaki itu memang wujud sah dihadapannya saat itu.mengingatkan apa yang dibuat kepada lelaki itu membuatkan dia merasa cukup malu, seolah dihentak dengan konkrit yang besar diatas kepalanya, pada saat itu dia terfikir, mengapa berlaku perkara sedemikian rupa, mengapa dia perlu berkelakuan seperti itu dihadapannya. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi, jelas sekali perlakuannya terhadap lelaki itu.

‘’ betul ke awak ni? Betul ke awak wujud kat depan saya ni? ‘’ soal Aleyssa lagi. Kali ini dia tidak sanggup lagi memandang wajah lelaki itu, tanah tempat duduknya di gores-gores dengan sebatang ranting kayu. Hanya itu yang mampu dilakukan bagi menutup malu apabila teringat kejadian yang berlaku tadi, sumpah sampai bila bila dia akan ingat kejadian ini.

‘’ lee, ‘’ panggil Aleyssa akhirnya.

‘’ kenapa? Awak tak percaya jumpa saya kat sini akhirnya? ‘’ soal lelaki itu. Hanya suaranya didengari.

‘’ hurmm.. ‘’ jawab Aleyssa. Masih lagi tunduk menggores tanah.

‘’ Aleyssa, ‘’ lembut sekali panggilannya. Kali ini betul betul didengari. Tanpa dia sedari gadis itu tersenyum sendiri saat mendengar namanya dipanggil lembut lelaki itu.

‘’ Aleyssa Dania,, ‘’ panggil lelaki itu lagi.

‘’ apa? ‘’ jawap gadis itu serentak memandang wajah serentak mata mereka bersatu. Ibarat terkenan renjatan aleyssa terus memalingkan mukanya.

‘’ apa dia ‘’ Tanya Aleyssa lagi.

‘’ boleh tak saya nak gelak? Saya dah tak tahan . ‘’

‘’ ape? ‘’ soal ALeyssa terkejut sambil melihat kea rah lelaki itu yang mula berubah riak wajahnya.

Kali ini mukanya memerah, matanya dibesarkan,bibirnya diketap tangannya digenggam, menahan malu. Dek perbuatannya sendiri. Serentak dengan itu meledak la gelak tawa lelaki itu. Dia ketawa sambil menekup mulutnnya, namun apabila melihat wajah gadis yang kemerahan menaham malu dihadapannya itu maka bertambah geli hatinya membuatkan ledakan kedua ketawa meletus lagi kali ini dia tidak dapat menahan lagi gelak tawanya, sehinggakan dia menekan nekan perutnya. Lama juga dia mentertawakan gadis itu. Cukup geli hatinya melihat telatah gadis yang baru dapat bersua muka setelah sekian lama dia menanggung rindu terhadap wajah polos itu. Dia langsung tidak menyangka begini detik pertemuan mereka bermula lagi.

Di sisi lain ALeyssa yang tadi geram di ketawakan lelaki itu mula asyik memerhatikan lelaki yang sedang mentertawakannya, entah mengapa timbul satu perasaan indah, dan bahagia di hatinya, inilah kali pertama dia melihat lee benar benar ketawa, kelihatan seronok sekali, seolah olah ini lah dia sifat yang telah lama dia sembunyikan selama ini, mata lelaki itu berair kerana terlalu banyak ketawa. Aleyssa makin asyik memerhatikan lelaki itu, dia sudah tidak ingat tentang mengapa lelaki itu ketawa, melihat lelaki itu kelihatan seperti itu cukup mmeberi perasaan indah buatnya. Menyedari dirinya diperhatikan lee berhenti ketawa. Namun cukup sukar baginya menghilangkan sisa tawanya, bibirnya diketap kuat bagi menghalang tawanya kedengaran. Seminit masa diambil, lee menarik nafas dalam, risau juga perbuatannya bakal menyentuh hati gadis di sebelahnya ini. Dia berdehem dehem membetulakn suaranya. Gadis disebelahnya masih asyik merenung dirinya.

‘’ awak marah ? ‘’ soalnya apabila dia sudah mula menghilangkan tawanya, satu perkara yang dia sedari, yang dia merasa satu perasaan yang sangat berlainan selepas dia ketawa tadi, satu perkara yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, entah bagaimana dia mahu luahkan tentang perasaannya saat itu, namun dia tidak mahu memikirkan lebih lanjut mengenai perasaanya saat itu, dia lebih mementingkan perasaan gadis itu saat ini.

‘’ aleyssa.. ‘’ panggilnya perlahan apabila pertanyaanya tadi seolah tidak di dengari gadis itu.

‘’ hurmm?? ‘’ soal aleyssa, riak wajahnya tak terkata.

‘’ awak marahkan saya? ‘’

‘’ tak lah, saya seronok tengok awak senyum ketawa, gelakkan saya lagi. ‘’ jawab Aleyssa acuh tak acuh.

Jawapan itu membuatkan lee berubah wajah, dalam hatinya dia merasa bersalah kerana membuatkan gadis itu berkecil hati. Perasan akan perubahan wajah lelaki itu aleyssa mula terfikir mungkin dia terasa dengan kata-katanya tadi, walhal dia hanya bergurau, dia lupa lelaki ini bukan seperti Adam yang boleh dilontarkan kata kata sinis, boleh bergurau seperti biasa, lelaki ini cukup sesitif sekali, pergaulan yang terhad mungkin menyebabkan dia tidak pernah dilayan sebegini rupa.

‘’ sorry,’’ ujar Aleyssa kemudian sambil membuat muka comel dihadapan lelaki itu,

‘’ kenapa minta maaf? Bukan ke awak marahkan saya? Saya yang patut minta maaf, ‘’ balas lelaki itu pelik dengan tindakan aleyssa.

‘’ tak, ikhlas saya cakap saya tak marah, malahan saya seronok sangat dapat lihat awak ketawa dengan gembira sekali. Lihat awak senyum bahagia, membuatkan hati saya cukup tersenyum juga. Kalau ikutkan hati nak je saye gelak sekali dengan awak. ‘’ ujarnya lagi,

‘’habis tu mengapa awak tak join saya? ‘’ soal lee serius.

Aleyssa mencebikkan bibirnya, dia menjeling tajam lelaki itu.

‘’ tak kan saya nak gelakkan diri saya sendiri. ‘’ balas aleyssa sedikit geram. Sekali lagi dia menjeling tajam lelaki itu yang mula mempamerkan senyuman .

‘’ habis tu awak tu yang kelakar sangat, ada ke ingat saye ni bayangan la ape la, sempat lagi awak komen saya itu ini, banding dengan yang dulu lagi. ‘’ jawab lee sambil tersenyum nakal, seronok sungguh dia melihat gadis itu tersipu sipu malu apabila dia menceritakan kembali kejadian tadi.

‘’ ala dah awak tu tetiba je muncul kat sini, mana saya nak tahu awak ni betul ke tidak? ‘’ tidak mahu kalah dengan lelaki itu aleyssa mula mempertahankan dirinya.

‘’ mana ada orang bercakap dengan banyangan.. ‘’ ujar lee lagi sambil menduga perasaan gadis itu

‘’ awak tak tahu, selama kita berpisah saya selalu Nampak bayangan awak kat mana saja saya pergi, saya selalu Nampak mereka yang seiras awak, sampaikan saya pernah… ‘’ tengah rancak dan ghairah dia bercerita tiba-tiba dia terkedu, apabila dia menyedari dia dah terlebih bicara mengenai perasaanya, dan pada saat itu lah lee merenung penuh simpati gadis kesayangannya itu. Ingin sekali dia memeluk erat dan mententeramkan hati ALeyssa.

‘’ saya mintak maaf kerana tinggalkan awak selama ini tanpa sebarang berita. Semua yang berlaku ini saya tak dapat nak buat apa-apa. Saya mintak maaf kalau saya buatkan awak menderita selama pemergian saya. Saya tahu saya banyak melukakan hati awak. Saya tak minta awak percayakan saya, tapi betul, semua ni bukan kehendak saya. ‘’ terang lee kepada Aleyssa.

Mendengarkan penjelasan lelaki itu membuatkan aleyssa cukup terharu, melihat keberadaan lelaki itu di sisinya melahirkan sebak dihatinya, entah kenapa tiba tiba mengalir air matanya,

Melihat air mata gadis itu membuatkan lee cemas, semakin laju air mata gadis itu semakin cemas dirinya, kemudian dia mendapat idea,

‘’ pilih kanan ke kiri ‘’ lee menghulurkan tangan yang terbuku ke arah gadis itu, kelakuan tersebut mengigatkan Aleyssa tentang perkara yang pernah lee lakukan semasa zaman sekolah dulu sewaktu dia sedang bersedih. Air matanya semakin rancak mengalir ke pipi. Tangannya di hala kea rah tangan kanan lelaki itu, serentak itu lee seakan mengalihkan tanganya.

‘’ er… kalau salah pilih awak tak kan dapat ape-ape tau? ‘’ lee memberikan isyarat supaya tidak memilih tangan kanan.

‘’ kenapa? ‘’ Tanya Aleyssa sebak, air matanya mula behenti mengalir. Dia lebih tertarik dengan apa yang akan dilakukan lelaki itu.

‘’ suka hati saya la nak pilih yang mana, saya lebih memilih kanan , kanan kan bagus, saya pakai jam kat tangan kanan, awak pun, kita makan guna tangan kanan, islam pun galak mulakan dengan anggota kanan. ‘’ Jawab Aleyssa panjang lebar, lee ternyum nakal, dia lantas membuka tangannya, kosong, aleyssa diam, dia tampak kecewa sedikit dengan pilihanya,

‘’ kan saya dah cakap jangan salah pilih. ‘’ provoke lee lagi. Dia senyum nakal sambil menyorokkan tangan kirinya ke dalam poket seluarnya.

‘’ huh! Tak pe, saya tak menyesal dengan pilihan saya. Tak de rezeki nak buat macam mana? ‘’ jawab gadis itu berbunyi pasrah, kali ni tiada lagi getar tangisan pada suaranya, air mata hilang kering sebentar saja.

‘’ awak tak nak tunjuk kat saya tangan yang satu lagi tu? ‘’ soal aleyssa dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Lee tersenyum lagi, kali ini taktiknya berhasil.

‘’ kenapa nak tahu? Awak kan dah salah pilih, saya dah kata tadi kan? ‘’

‘’ ala, saya tak nak pun,saya Cuma nak tahu je, cepat la, nak tengok,,, ‘’ pinta aleyssa manja sambil menghulurkan tapak tangannya.

‘’ mana boleh? ‘’

‘’ ala boleh la.. boleh la,, ‘’ rengeknya lagi,

‘’ tak boleh.. ‘’ jawab lee masih menduga kesabaran gadis itu.

aleyssa mula mencebik bibirnya, mukanya masam mencuka. Telatahnya ibarat anak anak yang kecewa tidak berhasil mendapat keinginannya.

‘’ huh!! Tak nak bagi tak pe lah! ‘’ jawab aleyssa sedikit kasar. Berpura pura marah.

Melihatkan kemarahan gadis itu yang kian tercetus dia mengeluarkan tangannya, melihatkan perkara itu aleyssa mula mempamerkan senyuman kemenagannya.

‘’ nah..’’ tunjuk lee tangan kosongnya. Membuatkan Aleyssa terkedu geram.

‘’ awak tipu! ‘’ marah aleyssa sambil matanya masih meilihat lihat kalau ada ternampak sesuatu dalam poketnya.

‘’ betul. Saya tak isi pape. ‘’ jawab lee sambil tergelak dibuatnya melihat telatah aleyssa. Manja dan comel.

‘’ ye la tu, dah la, saya nak balik la. ‘’ Ujar aleyssa seraya bangun dari tempat duduknya.lee turut bangun bersama aleyssa.

‘’ jom saya hantar awak balik hotel. ‘’ ujar lee berjalan mendahului gadis itu yang terkejut dengan pelawaanya, mana dia tahu aku tinggal di hotel? Soalnya dalam hati. Melihat keadaan hari yang semakin gelap menandakan hari yang bakal hujan dia hanya menurut jejak langkah lelaki itu. Perjalananya balik ke hotel memakan masa lebih kurang 40 minit, sebuah teksi telah menunggu. Lee masuk ke perut kereta sambil diikuti aleyssa, pelik lagi, seorang lelaki bergelar pengarah syarikat besar menaiki teksi? Namun itu semua hanya disimpan dalam hatinya saja.

Hampir setengah jam penjalanan mereka hanya diam membisu, sekali sekali lagu yang berkumandang di radio kena dengan hawa telinga Aleyssa.

‘’ betul saya tak letak pape pun dalam tangan saya tadi. saya panic tengok awak nangis, jadi saya alih perhatian awak dengan taktik tadi. ‘’ terang lee tiba tiba memecah kebisuan mereka

‘’ awak ingat saya ni budak budak kecil ker? ‘’ soal aleyssa terseyum sinis memandang lelaki itu.

‘’ tapi saya Berjaya buat awak behenti menangis kan? ‘’ bentak lee, kali ni dia merasa sedikit geram dengan tingkah laku gadis itu. Dia tersenyum menang apabila melihat aleyssa terdiam sambil mencebik bibirnya.

‘’ encik dah sampai. ‘’ suara pemandu teksi meleraikan perdebatan mereka.

Lee turun berjalan menuju ke lobi hotel yang merupakan tempat dia menginap, aleyssa terasa dirinya ditinggalkan cepat-cepat menghulurkan duit kepada pemandu teksi itu.

‘’ dah bayar cik. ‘’ kata pemandu teksi tersebut.

‘’ bila? Saya tak Nampak pun dia bayar? ‘’’ soal aleyssa merujuk kepada lee yang berjalan semakin jauh dari mereka.

‘’ dia sewa saya untuk seminggu cik. ‘’ balas pemandu teksi itu lagi. Mendengarkan kata – kata pemandu itu aleyssa bergegas kekuar dan mengejar lee yang jauh meninggalkannya. Sampai di kaunter pertayaan aleyssa melihat lee sedang santai duduk di ruang menunggu.aleyssa mengetap bibirnya. Dia berjalan menuju ke tempat duduk lelaki itu.

‘’ mana awak tahu saya menginap di sini, awak pun menginap kat sini ker? ‘’ soal aleyssa.

‘’ tau la.. semalam tak, tapi hari ni ye. ‘’ balas lelaki tu tanpa riak. Aleyssa semakin keliru dengan apa yang berlaku.

‘’ Encik Tan, bilik anda terlah sedia. Jika perlukan apa apa kami bersedia untuk membantu anda.’’ Panggil penyambut tetamu yang menguruskan daftar masuk lelaki ini.

‘’ entik tan? ‘’

‘’ kenapa? ‘’ soal Aleyssa penuh hairan sambil mengekori lelaki itu yang pantas berjalan menuju ke lif. Kebetulan pula lif sedang terbuka dia lantas bejalan masuk ke dalam perut lif diikuti gadis tersebut.

‘’ lee.. apa yang berlaku ni? Kenapa awak…? ‘’ pelnagai soalan yang perlu dirungkaikan.

‘’ leyssa, pls.. kalau awak percayakan saya, tolong jangan Tanya saya lagi? ‘’ pintas lelaki itu tiba-tiba.kali ini riak wajahnya cukup serius, jalannya lemah, peluh di dahinya merecik.

‘’ awak ok? ‘’ aleyssa mula cemas melihat betapa lemahnya lelaki itu tiba tiba, wajahnya berubah pucat.

‘’ saya ok, saya penat sangat, awak masuk la bilik berehat. Nanti kita jumpa lagi. ‘’ Lee membuka bilik yang dihadapannya kemudian terus berlalu masuk meninggalkan gadis itu terpinga pinga dengan kelakuannya. Aleyssa sedikit tersentap dengan perlakuan lelaki itu. Namum apa boleh buat? Dia bejalan menuju ke biliknya, di kepalanya sarat memikirkan kejadia kejadian yang berlaku tadi, dan tanpa mereka sedari perbualan serta tingkah laku mereka sedang diperhatikan.

Thursday, November 17, 2011

SouL MaTe- 42

‘’ tak lama lagi kita akan mengadakan majlis pelancaran untuk projek kita bersama syarikat Ting Ha, jadi saya mahu majlis ini berjalan dengan lancar seiring dengan apa yang dimahukan oleh Tengku Farid. ‘’

Adam dari tadi sibuk membelek belek semua draft surat yang berkaitan yang akan dimasukkan kedalam laopran untuk dihantar kepada Tenku Farid nanti. Sambil itu mulutnya lancar berbicara menerangkan semua perkara yang berkaitan kepada Dania. Namun apa yang dia tidak sedari otak Dania kala itu tiada bersamanya. Entah mengapa pagi itu dia cukup gelisah. Bukan dia tidak perasan akan kegelisahan gadis itu sewaktu bersapan bersama tadi, namun memikirkan kejadian semalam, dia beranggapan gadis itu masih lagi terbawa bawa dengan kejadian tersebut. Satu perkara yang harus dikagumi dengan lelaki ini ialah dia tidak sesekali mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjayanya, padanlah pada usia yang muda lagi dia berjaya memegang jawatan penting dalam syarikat besar seperti syarikat Teguh ini. Rupa yang kacak, berpendidikan tinggi serta perwatakan yang cukup menarik. Apa lagi yang perlu ada pada lelaki yang bernama Adam ini untuk mencairkan hati mana mana gadis di luar sana.

‘’ dania… ooo cik Dania… ‘’ panggil Adam sambil melambai lambai tangannya betul betul di depan muka gadis itu. Namun ibarat jiwa yang hilang. Matanya tidak berkelip.

‘’ cik Aleyssa Dania Abdullah! ‘’ panggil Adam sedikit kuat sambil menepuk tangannya di telinga gadis itu membuatkan gadis itu sedikit terlompat dari tempat duduknya. Menyedari yang dirinya hilang dalam lamunan, dia tertunduk malu

‘’ maafkan saya. ‘’ pinta Dania perlahan, wajahnya kian murung. Kalau dulu dia akan mula membebel, atau dia akan terus memarahi lelaki itu kerana dek malu dengan telatahnya sendiri,

‘’ kenapa ni? Masih memikirkan hal semalam? Come on Dania, kita tengah bekerja sekarang ini, even bukan secara formal, tapi tetap kena habiskan juga kan? ‘’ ujar lelaki itu berbaur nasihat.

‘’ bukan macam tu, ‘’ tidak mahu dirinya dikatakan tidak professional, tapi kali ini dia cukup risau.

‘’ bukan pasal semalam, saya risaukan teman saya. Amira. Sudah 2 hari saya cuba hubungi dia, tapi gagal. Saya takut sesuatu berlaki pada dia. ‘’ terang Dania bersungguh.

‘’ kenapa perlu risau? Dia kan sudah dewasa, pandai la dia mejaga dirinya. ‘’ balas lelaki itu seolah tiada perkara yang perlu dirisaukan. Matanya asyik mengadap lap top jemarinya laju menaip sesuatu.

‘’ tapi.. ‘’ Dania berhenti di situ. Amira bukan begini orangnya, dia mula cuba untuk berfikiran positif, mungkin dia sibuk, atau hpnya rosak, atau dia lupa cas telefon, atau….

‘’ dania, please focus. ‘’ arah Adam, agak tersentap dengan ketegasan lelaki itu, dania mula mencapai kertas kertas dia tas meja tersebut, meneliti kembali kertas kerja serta laporan yang sedang mereka bincangkan tadi, namun dalam hatinya masih kuat risau terhadap sahabatnya itu, tanpa di sedarinya sepasang mata galak memerhatikan dirinya, Adam menggelengkan kepalanya sambil meneruskan menaip kertas kerja yang sedang mereka usahakan itu.

-##########################################################################-

‘’ nenek dah tahu kat mana dia berada ‘’

‘’ kat mana nek? Kenapa nenek tak suruh diorang bawa dia balik nek? Saya risaukan kesihatan dia. ‘’

‘’ tak mengapa, nenek dah arahkan orang nenek memerhati dia dari jauh saja, nampaknya lee memang perlukan masa untuk bersendiri, dan memikirkan segalanya. Sampai masanya nenek akan bawa dia balik ke sini, tugas kamu sekarang buat saja persiapan yang nenek suruh tempoh hari. ‘’ arah wanita tua itu lagi.

Celina mengeluh perlahan, sejak beberapa hari yang lalu, setiap malam dia mendapat mimpi ngeri, setiap malam dia tidak lena untuk tidur, boleh dikatakan setiap masa dia akan cuba untuk menghubungi lelaki itu, walaupun dia tahu lelaki itu akan menutup hp nya, bukan pertama kali kejadian seperti ini berlaku, namun kali ini dia merasakan Sesuatu yang buruk yang bakal berlaku. Entah kenapa walaupun dia tahu lelaki itu bakal menjadi miliknya kelak namun dia tetap merasakan sesuatu yang tidak elok bakal berlaku.

Petang itu,

Udara petang di kampung ini cukup nyaman, terlalu banyak perubahan yang berlaku setelah lebih sepuluh tahun berlalu, walaupun banyak taman perumahan yang didirikan, namun ciri cirri kampong masih diamalkan, pokok pokok masoh dipelihara untuk memberi keseimbangan alam. Sungainya masih bersih dan diperdalamkan, ada juga yang dinaik taraf menjadi kawasan rehat, dan dijadikan tempat riadah dan tempat menjamu selera. Banyak kedai kedai makan disepanjang tepi sungai yang menjadi tarikan kepada pelancong yang dating ke sini.

‘’ cik, kalau saya hantar sampai ke sini saja boleh? ‘’ soal peamandu teksi itu tiba-tiba apabila dia membehentikan kenderaanya di tempat perhentian bas.

‘’ kat depan sana tu ada kerja kerja membaiki dan menaik taraf jalan, jadi laluanya sempit dan sangat kotor, ‘’ terang pak cik itu lagi.

‘’ tak mengapa pak cik, saya turun kat sini je, ‘’ balas gadis itu sambil menghulurkan note RM 10. Kepada pemandu teksi tersebut, dia melangkah keluar dari kereta dan terus berjalan menuju ke satu tempat yang sangat ingin dikunjunginya. Setelah 5 minit berjalan kaki dia sampai ke sebuah rumah usang, namun masih terjaga rapi, kawasan persekitaran rumah cukup bersih seolah ada yang sentiasa menjaganya. Dia merasa hairan, setahunya kali terakhir dia balik bersama amira dulu sewaktu dia mula menjalankan projek di sini, namun tiba tiba projek tersebut tidak dapat dijalankan kerana mendapat tentangan dari satu pihak yang tidak di ketahui sumbernya, olah kerana itu projeknya dialih ke satu kawasan lain bagi menggantikan projek tersebut.

Dia berjalan mengelilingi rumah tersebut, hasrat hatinya ingin masuk kedalam rumah tersebut, namun entah di mana dia letak kunci rumah. Hairan, keliling rumah terjaga rapi, bersih langsung tiada dedaun yang singgah di tanah. 15 minit berada di situ cukup untuk mengimbas kembali kenagan berasama arwah ibu saudaranya yang membuatkan hatinya cukup sedih. Walau telah lama ia berlalu ia seakan baru semalam. Tiba- tiba dia teringat sesuatu. Perasaannya cukup kuat, hatinya seolah berdebar debar apabila memikirkan satu tempat ini. Kakinya spontan melangkah menuju ke kawasan padang sekolah. Menarik sekali, kawasan padang yang dinaik taraf itu memang menjadi tempat riadah untuk penduduk sekitar, ramai kanak kanak dan remaja yang menjalani aktivi riadah mereka di situ, paling menarik perhatiannya gelannggang bola keranjang juga telah diperbaharui. Semuanya Nampak baru dan lebih selesa. Tapi hanya ada satu tempat saja yang cukup menarik kakinya untuk melangkah ke situ. Keadaannya masih sama seperti dulu, pokonya semakin rendang. Dari situ jelas kelihatan seluruh kawasan padang yang menghijau, angin petang yang bertiup perlahan mengembalikan nostalgia lama masa zaman sekolahnya.

Teringat dulu disini la dia selalu menghabiskan masa petangnya, membaca novel. Disini jugalah tempat dia meluahkan perasaanya, dan yang paling penting disini juga lah tempat dia mengenali lebih dekat lagi seseorang yang cukup istimewa dalam hidupnya. Teringat juga di sini lah dia selalu mendapat kotak hadiah kecil yang berisi gula gula, yang selalu menceriakan hati sedihnya. Mengingatkan perkara perkara itu membuatkan dia merasa sedih dan kehilangan.

Aleyssa tunduk menekup mukanya di atas lutut, saat itu mengalir air jernih menitik ke tanah. Dia menahan perasaan agar air jernih itu tidak laju keluar dari matanya. Tiba tiba dia merasa sesuatu, perasaan berdebar mula menyelinap dihatinya. Dia merasa kehadiran seseorang disisinya saat itu, lama, lama dia memejam matanya dalam keadaan begitu, namun kehdiran seseoarang masih dapat dirasainya, dia memberanikan diri untuk mengangkat wajahnya untuk melihat di sebelah kanannya, perasaan nya kuat mengatakan kehadiran seseorang, terkejut melihat lelaki itu, duduk diam di sebelahnya memandang terus kea rah padang bola dihadapan mereka. Aleyssa tidak percayakan matanya,

Dia kembali ke posisi asal tadi memejam erat matanya kemudian kembali melihat di sisinya, kali ini wajah yang sama masih dilihat berada disebelahnya, namun kali ini lelaki itu merenung wajahnya, tersentak melihat anak mata lelaki itu merenung matanya aleyassa pantas menunduk kembali, saat itu ddanya berdebar kencang, hatinya menggumam, mengapa begitu kuat ingatannya terhadap lelaki itu,. Apakah kerana ini merupakan tempat mereka? Sebab itu lah ingatannya sangat kuat sehingga terbayangkan dirinya merasakan dirinya betul betul berada di sini? Soalnya dalam hati saat ini. Lama juga dia begitu, sehingga berkurang debaran hartinya, ALeyssa kembali menggumpul semangatnya semula untuk mengangkat wajahnya lagi. Dan kali ini wajah itu masih di hadapannya, lama dia merenung kembali wajah itu. Wajah yang sama, tapi bayangan kali ni seakan lebih berusia dari zaman persekolahannya dulu, masih kacak, bersih, dan matanya bersinar.

‘’ kalau la betul awak ada kat sini sekarang, ‘’ ujar Aleyssa tiba-tiba sambil matanya masih tidak lari memandang wajah lelaki itu. Kali ini lebih rapat lagi,

‘’ hurmmm,, awak makin hensem la, hidung mancung, tapi, sikit kurus, kenapa? Awak rindu kat saya yer?? ‘’ soal aleysaa lagi kepada banyangan lelaki itu. Mula bermain main dengan perasaannya saat itu, Dia masih menelek nelek wajah lelaki dihadapannya itu, mahu di sentuh tapi takut banyangan tersebut hilang dari pandangannya,

‘’ biar awak kat sini sekejap la, ‘’ ujar aleyssa lagi. Kemudian dia semakin selesa mengadap lelaki itu, dia duduk rapat bertentang dengan tubuh lelaki yang diam memerhatikan telatah dirinya.

‘’ hurmmm…. Rambut awak,, dah lain..’’ komen aleyssa lagi, kali ini dia sedikit mendongak ke atas.

Menelek nelek lagi wajah lelaki itu. Kali ini wajahnya hampir sekali dengan wajah lelaki itu. Lama mata bertentang mata, entah kenapa hatinya cukup berdebar-debar.

‘’ tak puas lagi tengok saya? ‘’ tiba tiba lelaki itu bersuara. Dania mengerut dahi, matanya membulat, hairan gadis itu.

‘’ hah sudah, awak dah boleh bercakap dengan saya pulak? ‘’ soal gadis itu polos apabila banyangan lelaki tu sudah mula berbicara dengannya,

‘’ habis tu sampai bila wak nak suruh saya duduk macam ni? ‘’ Tanya lelaki itu lagi.

‘’ owh.. penat ker? Bayangan saya pun boleh penat ker? Hurmmmm.. ‘’ ngomel aleyssa lagi, masih menatap dalam wajah lelaki itu.

‘’ kalau saya sentuh awak sekali mesti awak hilang. ‘’ ujar aleyssa pasti.

‘’ buat lah, ‘’ ujar lelaki itu sambil menyuakan mukanya sedikit ke depan.

‘’ eh, dah pandai bergurau lagi awak ni, ‘’ kali ni ini aleysaa mengerutkan dahinya,seronok sebelum ini dia hanya mendapat banyagan lelaki itu saja, kali ini dia merasa seronok dan bertuah dapat bercakap dengan banyangan lelaki itu.

Lelaki itu merenung tajam padanya.

‘’ hurmmm… baiklah, ‘’ aleyssa membawa jari telunjuknya perlahan lahan dan…..