PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, December 10, 2010

SouL MaTe 31

Perjalanan pulangnya seperti diekori, sejak dua tiga hari kebelakangan ini dia sering merasakan dirinya diekori. hatinya sering berasa tidak sedap tatkala dia ingin pulang lewat ke rumah. bertambah tidak enak lagi jika temannya yang sorang itu tidak dapat menjemput kepulangannya. kebiasaannya untuk mencuci mata di kedai serba neka dikawasan rumahnya terpaksa dilupakan kerana perasaannya itu. ingin mengadu pada temanya takut perkara itu hanyalah mainan perasaannya saja. dia juga tidak mahu mengganggu kerjaya teman baiknya itu. sudahla selalu berjemput pulangnya. sekali sekala mahu juga bersama teman lain walaupun dia tahu mira tidak pernah merasa susah tentang perkara itu dia tetap mahu temannya itu bergaul selain dari dirinya. kadangkala aleyssa pelik dengan Amira, hidupnya walaupun punya keluarga yang kaya, tapi dia tetap ingin hidup berdikari bersamanya. Amira merupakan teman yang sangat baik. segala suka duka Aleyssa dia sudi menanggungnya bersama. bukan sedikit budi yang ditaburkan kepadanya. pada keluarganya juga tempat dia menumpang kasih ber ibu bapa. kehadiran Amira dalam hidupnya cukup memberikan kebahagiaan buatnya. kini dia tidak lagi merasa keseorangan

sedar tidak sedar jam menunjukkan hampir 11 malam. Namun Amira masih lagi tidak pulang. mesej mengatakan dia lewat pulang di baca sekali lagi. jarang sekali amira pulang lewat sebegini. paling lewat pun mencecah jam 9.00 malam dia sudah pun siap berbaju tidur, kerna Amira bukan seperti gadis kota lain yang enjoy keluar malam. rutinnya selepas kerja haya mengadap lap top kesayangannya sehingga larut malam. Hatinya mula merasakan sesuatu. Nombor Amira did ail laju. dsambung kepada peti pesanan suara. did ail lagi nombor yang sama. namun talian disambung kepada peti pesanan suara. Semakin gelisah Aleyysa saat ini. di cubanya lagi mengdail nombor tersebut, hasilnya tetap sama.

‘’ mira mane kau ni? ‘’ keluh aleyssa risau. Jari jemarinya dipulas-pulas, matanya sesekali memerhati kea rah pintu mengahrapkan seseorang mengetuk mahupun membukanya.

****************************************************************

Di satu tempat yang lain Amira gelisah, belum pernah dia selewat ini berada di luar rumah, seorang diri lagi. Janjinya pada Aleyssa untuk pulang lewat kali ni benar-benar kelewatan. Tidak disangka keretanya akan pancit di tengah jalan. Di kawasan yang sunyi pula. Puas dia berdoa dalam hati agar tiada kejadian yang tidak diigini bakal berlaku. Perasaan cemas semakin meraja di hati apabila telefon bimbitnya pula kehabisan bateri. Dia masih lagi menelek cermin pandang belakang keretanya, mana lah tau kalau-kalau ada insan yang kenal akan keretanya sudi berhenti bertanyakan masalahnya. Cadangnya mahu tunggu diluar kereta tapi perasaan takutnya melebihi keberaniannya. Sedang dia melihat-lihat cermin pandang belakang datang sebuah kereta, dalam hatinya cepat-cepat dia berdoa agar kereta itu sudi membantunya. Namun meleset apabila di lihat kereta itu hanya memperlahankan kenderaan dan terus memecut laju apabila sampai dekat dengan keretanya. Amira mengeluh berat. Dia tahu malam-malam begini tiada siapa yang berani mengambil risiko untuk membantu. Kalau dia pun belum tentu berani mengambil risiko jika tidak mengenali siapa mangsa tersebut. Selan 5 minit kemudian sebuah lagi kenderaan lalu, keadaannya masih sama seperti kereta pertama tadi. Amira semakin resah jam menunjukkan lebih 12 malam. Malam semakin sunyi di kawasan itu. Saat dia ternampak akan cahaya kenderaan dia nekad untuk keluar dari keretanya untuk meminta bantuan dari kenderaan yang datang. Risiko yang bakal di hadapinya tidak dihiraukan. Saat kenderaan itu menghampiri tempat kejadian dia keluar serta menahan kenderaan tersebut. Nasib menyebelahinya apabila pacuan empat roda itu berhenti di belakang keretanya, kemudian keluar seorang lelaki berjalan menghampirinya.Amira lega, namun jauh di sudut hatinya turut risau akan niat sebenar lelaki itu. Sinaran lampu keretanya membuatkan Amira tidak dapat melihat jelas akan wajah lelaki tersebut. Kemeja yang dipakai lenganya disinsing sampai ke siku.

‘’ kenapa cik? ‘’

‘’ tayar pancit’’

‘’ cik dah panggil tow truck? ‘’ tanyanya sambil melepaskan kemejanya keluar dari seluar.

‘’ tak sempat, bateri telefon saya habis.’’ Jawab Amira masih berusaha mengecam wajah lelaki itu yang masih disimbah cahaya.

‘’ boleh cik bukakan belakang kereta? saya tukarkan tayar ni. ‘’ pinta lelaki itu lembut. Tanpa banyak soal Amira menurut saja.

‘’ cik.. dah berapa lama cik tak servis kereta ni? ‘’ Tanya lelaki itu tiba-tiba apabila dia mengeluarkan tayar dari belakang kereta.

‘’ kenapa? ‘’ Tanya Amira pelik. Seingatnya dia tidak pernah membuka belakang keretanya selain untuk meletak barang-barang sahaja. Tidak pernah pula keretanya pancit di tengah malam begini. Kalau ada kerosakan pun dia akan memanggil tow truck saja. Amira mendekati lelaki tersebut apabila melihat dia masih menekan-nekan tayar itu.

‘’ tayar ni dah tak boleh guna.’’ Ujarnya.

‘’ err... saya pun tak tahu.’’ Jawabnya jujur.

‘’ cik berani tinggalkan kenderaan cik di sini? Biar saya saja hantar cik pulang.’’ Pelawa lelaki itu.

‘’ er... ‘’ amira masih berfikir, kalau tidak diterima pelawaan lelaki ini tak kan dia mahu bermalam di jalanan sehingga esok pagi? Namun jika diterima pelawaan tersebut bagaimana kalau-kalau lelaki ini mempunyai niat jahat terhadapnya? Amira keliru. Dalam sibuk dia berfikir lelaki tadi masuk ke dalam kereta miliknya kemudian kembali kepada Amira sambil menghulurkan sekeping kad.

‘’ kalau begitu saya ambil beg saya sebentar, ‘’ jawab mira sambil melihat sambil lalu kepada kad itu. Dalam hatinya saat ini dia mahu pulang serta keluar dari tempat sunyi itu secepat yang mungkin. Dalam hatinya dia berharap agar lelaki ini ikhlas membantunya. Dia mengambil risiko dengan setuju dengan pelawaan lelaki tersebut. Kalau dia masih lagi menunggu di situ aka nada juga risiko atau kebarangkalian buruk yang lain yang berlaku kepadanya.

Amira dengan langkah yang berat menuju ke kereta lelaki tersebut lelaki tadi sudah melangkah masuk ke dalam kenderaannya, amira membuka pintu cahaya dari dalam kereta tersebut cukup untuk menerangi wajah lelaki itu.

‘’ Aliff Haikal?’’ ujar Amira sedikit terkejut, serta merta dia merasa lega apabila mendapati lelaki yang membantunya itu adalah lelaki yang dikenalinya. Namun Aliff masih lagi memerhatikan wajah Amira dalam kesamaran lampu keretanya. Dia mengerutkan dahi, memerah otak mengingati nama gadis ini.

‘’ amira.. ‘’

‘’Amira?’’

‘’ kawan Aleyssa?’’ jawab Amira mengingatkan lagi.

‘’owh...’’ mendengarkan nama aleyssa dia terus teringat. Kenderaannya bergerak perlahan.
‘’ masyaallah, nasib baik awak yang tolong saya hari ni. Kalau tidak bermalam di jalanan la saya malam ni. Lega betul hati saya, takut juga kalau-kalau awak orang jahat yang ada niat tak baik pada saya. ‘’ luah Amira sewaktu dalam perjalanan ke rumahnya.

‘’ berani awak yer? Tahan orang lalu lalang macam itu saja?’’

‘’ nak buat macam mana? Dah dua kereta lalu tapi diaorang takut agaknya nak berhenti. Saya pun ambik risiko je la tahan je kereta yang lalu lepas tu. Tak sanggup saya tunggu lama-lama lagi kat situ, Aleyssa mesti tengah risaukan saya. ‘’ keluh amira apabila teringatkan sahabatnya itu.

Perjalan ke rumahnya di hiasi dengan perbualan rancak sambil bertukar cerita masing-masing. Aleyssa yang berada di rumah semakin gelisah. Tidak tahu berbuat apa, di fikiran nya saat ini sibuk memikirkan kemungkinan perkara yang menimpa sahabat karibnya itu. Sampai ke parker kereta apartment, amira turun dari kereta, kawasan perumahan di sini sunyi sepi menimbulkan rasa seram dalam diri amira. Dia memerhatikan keadaan sekeliling rumahnya di tingkat 6. Seakan mengerti akan perasaan Amira, Aliff keluar dari keretanya.

‘’ saya hantar sampai ke apartment awak? ‘’ pelawanya lembut.

‘’ terima kasih. ‘’ amira malu-malu.sambil mengangukkan kepalanya tanda setuju. Mana mungkin dia berani seorang diri menaiki lif sampai ke tingkat 6. Sampai ke muka pintu dia mencari kunci dalam beg tangannya, selang beberapa saat,

‘’ kenapa?’’ Tanya aliff

‘’ mungkin kunci tertinggal dalam kereta. ‘’ jawab Amira sambil mengetuk kepalanya.
Amira mengetuk pintu sambil memberikan salam, tidak sampai beberapa saat muncul Aleyssa menerkam ke arahnya.

‘’ mira.. kau kemana? Kenapa lambat? Kau ok? Aku takut.. aku takut kau kena apa-apa je.. kenapa aku tak dapat call kau? ‘’ soal Aleyssa bertubi-tubi sambil memeluk erat temannya itu.
‘’ assalamulaikum..’’ sapa lelaki itu lembut.

‘’ err... ‘’ mendengarkan suara itu Aleyssa bagaikan tersedar, muncul dari belakang amira Alif Haikal yang tersenyum memandang wajah mendung gadis itu. Dan saat itu juga dia tersedar yang skaf yang dipakainya hanya menutup sebahagian dari rambutnya, cepat-cepat dia masuk sambil dua tanganya menutup kepalanya, beberapa saat kemudia dia keluar dengan balutan surat khabar dikepalnya yang membuatkan ALiff haikal terseyum geli hati dengan gelagat gadis itu.

‘’ maaf yer, kami tinggal berdua saja, jadi tak manis untuk jemput awak masuk, lagipun hari dah lewat sangat ni’’ ujar Aleyssa sambil tanganya masih lagi membetulkan akhbar yang menutup kepalanya.

‘’ kalau begitu saya balik dulu.’’

‘’terima kasih sebab bantu saya. Kalau tidak saya tak tahu apa keadaan saya sampai sekarang,’’ ujar amira lembut.

‘’ sama-sama, saya ikhlas. Saya balik dulu.’’ Jawab Alif sambil berlalu pergi meninggalkan kedua gadis itu yang masih berada di hadapan pintu.

‘’ mira... jom masuk cerita, apa yang berlaku.’’ Rengek Aleyssa sambil memeluk lengan sahabatnya itu mengheret masuk ke dalam rumah. Belum pun sempat Amira mandi dan membersihkan diri dia menceritakan segala-gala yang berlaku tadi kepada Aleyssa dengan senyuman lebar dan penuh kelegaan kerana dia selamat sampai ke rumah dan lega kerana tiada perkara buruk yang dialami sepanjang dia berada seorang diri di jalanan. Aleyssa yang mendegar cerita amira mengucap syukur kepada Allah akan keselamatan sahabatnya itu. Disatu sisi yang lain, Aliff Haikal tersenyum riang mengenangkan perjumpaannya dengan amira. Secara tidak langsung dia tau di mana gadis itu tinggal.

2 comments:

Anonymous said...

mana lee...
cepat lah bgtw yg adam tu lee..
cepat la update.
ske gyle cite nie..

IVORYGINGER said...

wooo there have 2 guy who r realy admire dania ya. 2-2 guy to baik seh. mana satu yg dpt dania yea???
complicated betol la cinta tiga segi ni. adam/lee plak dah btunang ngan celina cuma haikal blum but si fasya tu suka dia. huhuhu... bnyk musuh n pesaing nmpknya. nenek adam/lee camtau ja hubungan lee ngan dania before.
lg 1, apa sbnrnya hubungan dania n tg.farid. bapak saudara kew??? or sebenarnya ayah kandung dia??? nama dania x dbinti kan ngan nm tengku sbliknya abdullah. musykil ni??? cepat2 la post entry baru cik writer. xsabar nk tau apa akan blaku nnti. ;D