PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Wednesday, December 1, 2010

My ArRoGaNt PriNceSs 9

‘’ aku nak kau dapatkan dia hari ini juga. ‘’

‘’ baik bos’’

‘’ ingat! jangan gagal lagi. Kalau tidak kamu tahu apa balasanya.. ‘’

Manusia bertopeng itu berlalu meninggalkan orang suruhan menaiki kenderaan mewah yang di letak dihadapan rumah tinggal itu. orang suruhanya yang terdiri daripada 4 lelaki yang sememangnya mempunyai rekod jenayah sedang mengatur strategi bagi menjayakan rancangan jahat mereka.

‘’ kita akan mulakan dari sini. ‘’ tunjuk seorang lelaki berbadan besar yang tampak seperti ketua dikalangan mereka. Mereka yang lain hanya mengganguk faham.

‘’ aku tidak mahu ada sebarang kesilapan seperti yang sebelum ini. Ingat.. target utama kita, sebarang kesilapan aku tak akan segan bunuh korang semua. Faham?’’ sergah lelaki itu kepada konco-konco nya.

‘’ kita gerak sekarang. ‘’

Dengan menaiki kenderaan mewah pacuan empat roda mereka memulakan rencana jahat mereka menuju ke satu tempat.

******************************************************************

‘’ princess… tunggu la.. ‘’ jerit Vanessa termengah-mengah mengejar temannya itu. apabila berjaya menyaingi langkah puteri dia pun melepaskan beg-beg yang di jinjitnya tadi. Mengambil masa menarik nafas sedalam-dalamnya..

‘’ haus… haus… haus… nak air..’’ pinta Vanessa.

Sebotol mineral water yang ada ditangan di hulur. Dengan rakus Vanessa meneguknya tanpa mempedulikan orang yang lalu lalng melihat gelagatnya umpama orang seminggu tidak berjumpa air, setelah berjaya menghabiskan minuman membasahkan tekaknya Vanessa tersengih-sengih memandang puteri yang sedang menggelengkan kepala menonton aksi kurang sopan sahabatnya itu.

‘’ sory la.. aku penat, kau jalannya makk aii bukan main laju lagi. Tak sempat nak pilih barang pun.. semua kau tak berkenan. ‘’ ujar Vanessa sambil menjinjit kembali beg-beg yang berteraburan dilantai.

‘’ ini pun kau kata tak sempat lagi? Aku ke kau yang nak bershoping ni? ‘’ Tanya puteri sinis sambil jarinya menunjuk kearah beg yang dijinjit. moodnya untuk berbelanja terbantut apabila mendapati semua barang yang dijual semuanya telah di borong minggu lepas. Padanya semuanya tidak menarik. Walaupun kebanyakanya masih lagi bersampul dan tidak pernah di usik mahupun di guna pakai.

‘’ banyak songeh la kau ni? Mana Tanya? Kan aku dah cakap jumpa kat sini ? aku pantang orang mungkir janji tau? ‘’ soal puteri apabila teringatkan temannya yang lagi satu.

‘’ errr… ntah la, katanya tadi on the way? ‘’ balas Vanessa takut-takut, matanya seakan-akan mencari kelibat Tanya, hatinya mengharap agar Tanya muncul, jika perkara itu membuatkan tuan puteri naik angin tentu la terbantut aktivitinya pada hari ini. Setelah meliar matanya memerhati sekeliling kelibat yang dinanti muncul jua. Tapi.. bersama..

‘’Daniel..’’ terpacul nama itu separa menjerit. Serentak itu Puteri turut mengikut arah pandangan Vanessa yang ternyata terpukau dengan kehadiran jejaka itu.

‘’sory.. aku lambat..’’

‘’dan sory lagi aku terpaksa bawa daniel’’ ucap Tanya takut-takut. Sedangkan dia telah di tegah untuk memberitahu segala aktiviti puteri kepada jejaka itu. namun Tanya ibarat filem bisu. Tidak didengar percakapannya oleh puteri. Saat itu matanya tajam tertumpu kepada jejaka berjaket hitam itu. rambut yang sudah panjang melepasi dahinya di sisir jemari saat ia jatuh menyentuh keningnya. Sedikit serabut dengan bulu-bulu halus yang tumbuh di mukanya namun masih tidak menenggelamkan kekacakan jejaka ini. Agak lama dia menghilang dari aktivi puteri. Tugasnya hanya menghantar dan menjemput puteri ke kolej sahaja. hanya waktu itu saja Daniel akan muncul dihadapannya. Disebabkan perintah berkurung yang diarahkan oleh papanya puteri mengambil keputusan untuk ponteng kelas bersama tiga rakan karibnya. Dia bosan pulang dari kolej memerap di rumah.

Walaupun Tanya dan Vanessa dibenarkan untuk datang ke rumah namun dia masih lagi kebosanan dengan persekitaran yang ada. Siapa tidak tahu perangai puteri yang tidak boleh dibantah kehendaknya itu. tambahan pula kedatangan Daniel kali kedua sebagai penjaganya.

‘’ puteri.. puteri…’’ panggil Vanessa perlahan sambil menyentuh pipi puteri.

Puteri yang tersedar dari lamunannya baru merasakan bahang kepanasan yang mula menular dalam tubuhnya. Kemarahannya belum di tahap maksimum. Dan dia mempunyai agenda jahat melihatkan Daniel yang hanya membatu di sebelahnya.

‘’ hmmm.. x pe lah.. kalau macam tu korang ikut aku shoping. Apa saja korang nak aku belanja. Jom..’’ ajak puteri tiba-tiba

‘’ tapi kau kata tadi tak de barang yang kau nak?’’ soal Vanessa hairan. memandangkan dari tadi hanya dia saja yang berbelanja.

‘’tadi tak de.. sekarang banyakkk… ‘’ jawabnya sambil memulakan langkah memasuki kedai menjual baju berjenama.

Tiga jam mengelilingi komplek membeli belah itu membuat Tanya dan Vanessa cukup penat. Macam-macam barang yang dibeli dari hujung rambut sampai la hujung kaki semua yang di sentuh semuanya di beli oleh puteri. Semuanya dibelanjakan menggunakan kad kreditnya. Syaratnya semua barang-barang perlu di bawa olej Daniel. Vanessa pada mulanya kesian tidak berani membantah tapi dia lebih takutkan emosi sang puteri yang belum tentu moodnya. Melihatkan Daniel yang penuh beg ditangan puteri masih belum puas hati. Dia masih mahu menyusahkan jejaka itu. hatinya berbunga riang apabila melihat Daniel terhegeh-hegeh membawa serta menjinjit beg barangan mereka. Cubaan Tanya untuk membantu mendapat ugutan keras dari sang puteri.

‘’puteri.. dah la tu.. kau tak penat ke? ‘’ soal Vanessa sambil tunduk mengurut-ngurut betisnya.
‘’ntah.. kami dah penat nih.. lagipun kesian Daniel penuh beg kat tangan dia.’’ Ujar Tanya pula yang simpat memandang ke arah Daniel.

Mendengarkan kedua sahabatnya itu merungut.dia memandangkan sayu kearah Daniel. Kemudian memandang kembali kepada dua temannya itu. menurut riaksi wajah puteri kedua gadis itu menyangkakan puteri selesai dengan aktivitnya hari ini. Belum pun sempat mereka berdua mengeluh lega..

‘’ peduli apa aku? Padan muka dia. Jom. Masuk kedai ni.’’

‘’ hey.. cepatlah ape korang tunggu lagi tu? ‘’ panggil puteri apabila melihat Tanya dan Vanessa yang tenganga dengan tindakannya itu.

‘’tapi…’’ tiba-tiba Daniel bersuara.
Ketiga-tiga gadis tadi berhenti serta merta mendengarkan suara yang keluar dari mulut Daniel. Mereka serentak memandang Daniel. Menunggu butir bicara seterusnya,

‘’ saya di luar saja, selesai cik Arianna berbelanja serahkan saja barangan untuk saya bawa.’’ Ujar Daniel sedikit perlahan.

Puteri mula tersenyum sinis, rencananya berjaya. Sengaja dia memilih kedai pakaian dalam wanita sebagai destinsai seterunya. Setelah tiga jam dia berbelanja ternyata Daniel cukup kuat untuk menghadapinya. Kakinya yang lenguh dan melecet tidak dihiraukan. Niatnya memang untuk membuatkan Daniel serik mengekorinya.

‘’ what ever..’’ balas puteri tersenyum bangga. Ternyata Daniel malu untuk mengekorinya masuk ke kedai tersebut. Puteri merancang untuk melarikan diri dari jagaan Daniel. Dan ternyata rencananya hampir berjaya.

‘’ aku tunggu dengan Daniel la. ‘’ ujar Vanessa tiba-tiba ingin bersama Daniel. Dia masih lagi mengurut-ngurut betisnya.

‘’ no way.. korang kene ikut aku jugak.’’ Balas puteri tegas.

‘’ dah.. jom tinggalkan saja dia. ‘’ ujar puteri lagi sambil melangkah bergaya masuk ke kedai tersebut.

Daniel yang berdiri di tepi kedai tersebut agak kekok apabila pengunjung yang lalu lalang mentertawakanya. Mengenangkan tugasnya dia tetap berdiri di situ menunggu majikanya. Beg-beg barangan yang masih di tangan di letak perlahan ke lantai. Dan sekilas dia perasan sesuatu yang mencurigakan. Hatinya mula tidak sedap. Terdapat sepasang suami isteri yang dari tadi disangka pengunjung pusat membeli belah itu ternyata salah. Apabila diperhatikan dengan teliti pasangan itu seolah-olah sedang memerhatikan puteri dan kawan-kawanya. Dan apabila Daniel ingin mencari kelibat pasangan tadi ia hilang disebalik orang ramai. Dia lega, mungkin hanya perasaanya saja. dia melihat jam di tangan, apabila di jenguk ke dalam kedai. Dia ternampak kelibat pasangan tadi begitu hampir dengan puteri dan rakan-rakanya. Tanpa berfikir panjang Daniel meluru masuk berlari ke arah puteri dan pada masa itu juga isteri dari pasangan tadi menarik tangan puteri dan sebelah tangannya mengeluarkan sebilah pisau lalu meletakkanya ke tengkuk puteri. Kedengaran jeritan dari pengunjung kedai tersebut. Gadis di kaunter yang cuba membuat panggilan kecemasan di sergah kuat dengan ugutan untuk mencederakan tebusan. Daniel cuba untuk mengumpan sang isteri itu yang ternyata seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita, rambut palsu di campak, rimas agaknya berdandan begitu, seorang lagi konconya membuat panggilan.

‘’ kami dah dapat. Kau tunggu saja seperti yang dirancang, kami akan turun dalam masa 5 minit.’’ Telefon di masukkan ke dalam poket lalu menghampiri temanya yang masih lagi memeluk puteri dari belakang.

‘’ aku nak kau ikut kami. Secara baik. Tapi ingat jangan berbuat yang menyusahkan kami kalau kau nak selamat. ‘’ ugut lelaki itu sambil menekan sedikit pisau ke leher Puteri yang membuatkan gadis itu sedikit tersentak.

‘’ nanti. Apa korang nak? ‘’ soal Daniel marah. Melihatkan puteri di tangan penjahat itu membuatkan dia sukar untuk bertindak. Keselamatan Puteri lebih utama saat ini, memandangkan ini merupakan tempat awam. Salah langkah nyawa puteri akan melayang di situ juga.

‘’ kau jangan banyak Tanya. Semua yang ada sila meniarap di lantai!’’ jerit penjahat itu sambil mengeluarkan sepucuk pistol dari jaketnya sambil menghalakan kepada orang ramai. Melihatkan pistol yang di hala melulu membuatkan orang ramai takut dan menurut segala arahan dari dua lelaki tadi. Termasuk lah Daniel. Hatinya cukup sakit, mengenangkan dia terpedaya dengan keadaan, kalau lah dia lebih berhati-hati tentu perkara ini tidak akan berlaku, dia yakin dapat menumpaskan dua penjahat itu dengan mudah, tapi bukan dengan puteri sebagai tebusan.

‘’ bawa dia.’’ Arah lelaki itu

‘’ jalan, ingat, jangan buat yang bukan-bukan. ‘’ pesan mereka lagi.

Puteri terpaksa menurut arahan. Pisau di leher di tukar posisi mencucuk kebelakangnya. Dan saat itu dia baru tersedar yang mereka tidak dapat keluar dengan biasanya takut-takut orang ramai akan perasan rancangan mereka. Dengan tidak semena Daniel di panggil untuk bersama mereka. Seorang dari mereka memegang pistol berjalan di belakang mereka dengan pistol yang di sorok dalam jaket menghala kepada puteri yang bejalan di hadapan bersama yang seorang lagi.

‘’ kalau kau macam-macam, aku tak segan nak tembak je perempuan nih, ‘’ ugut penjahat itu.
Melihatkan penjahat itu jauh dari mereka Vanessa dan Tanya cemas, mereka tidak tahu tindakan selanjutnya. Puteri, Daniel dan dua penjahat tadi telah sampai ke tempat parking yang kebetulan pada waktu itu memang lengang dari kenderan. Sunyi, Daniel ynag mencari peluang menyelamatkan keadaan cuba untuk memberi isyarat kepada puteri. Dua penjahat tadi masih leka memerhatikan keadaan sekeliling,

‘’ mana mereka? Kau telefon sekarang!’’ arah lelaki berpistol tadi.

‘’ boodoh! Kami kat tingkat tiga! ‘’ kedengaran lelaki itu memarahi kawanya.

Daniel mengambil kesempatan ini memberi isyarat kepada puteri. Dengan pengetahuan seni mempertahankan diri yang ada pada puteri bukan satu perkara yang mustahil untuk dia menewaskan penjahat itu. dia Cuma risaukan senjata tidak bermata yang dipegang oleh penjahat yang satu lagi saja. melihatkan kedua penjahat itu masih lagi menanti serta tercari- cari kelibat rakan subahatnya, Daniel dengan pantas malayangkan sepakan mengenai pistol di tangan lalu tercampak ke tepi dinding. Terkejut dengan keadaan menimpa konconya, belum pun sempat dia berbuat apa-apa puteri pula yang membuat gerakan dengan menyiku perut lelaki itu sangkanya dia akan terduduk kesakitan tapi sangkaannya meleset. Ternyata lelaki itu cukup kuat menahan tumbukan siku puteri. Lelaki itu tersenyum bangga melihat puteri yang terkejut dengan reaksinya. Dan belum pun sempat lelaki itu menerkam puteri Daniel datang membantu. Dan serentak itu juga satu tembakan dilepaskan.

1 comment:

tHiR... said...

woww...spe kne tmbk?
curious nihh...
smbg2... best2...