PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, December 24, 2010

My ArRoGaNt PrInCeSs 10

‘’ tidak!!!! ‘’ jerit Puteri kuat. Tersentak dia bangun dari katil meraba-raba tubuhnya yang lencun dibasahi peluh. Diperhatikan sekeliling bilik. Dia bangun berlari melihat ke dalam cermin yang mempamerkan dia masih lagi menyarung baju tidur, rambut yang berserabai di betul-betulkan, di tampar pipinya.

‘’ auww… sakit…’’

‘’ aku mimpi ke ni? ‘’ soal puteri di hadapan cermin, masih lagi meraba-raba tubuhnya. Menyedari yang dia hanya bermimpi dia duduk malas di katilnya. Mau sambung tidur jam sudah menginjak ke pukul 8.00 pagi. Sebentar lagi dia perlu ke kelas. Dia sudah berjanji dengan papanya yang dia tidak akan lagi ponteng kelas. Disebabkan pujukan rayunya itu baru la papanya bersetuju melepaskan dia ke kelas itu pun dengan syarat pengawal peribadinya harus bersama dengan 24 jam. Jika tidak dia hanya boleh berada di kawasan villa sahaja. Puteri mengeluh berat mengenangkan mimpinya tadi, peluh yang masih merecik di dahi di sapu perlahan sambil dia bangun malas menuju ke bilik air.

******************************************************************

Kelas habis tepat jam 1.00 tgh hari. Semua pelajar berpusu-pusu ke destinasi masing-masing yang kebanyakannya menuju ke café kolej yang terletak di tengah bangunan kolej ini.

‘’ keluar jom? Kelas dah habis. ‘’ arah puteri kepada dua sahabatnya sambil berlalu diekori oleh mereka. Sampai di tempat letak kereta, wajah puteri merona kemerahan.

‘’ mana kereta kau? ‘’ Tanya yang mencari-cari kelibat porche merah itu meluahkan apa yang sedang difikirkan puteri.

‘’ cik puteri.. ‘’ panggil satu suara tiba-tiba. Mereka semua berpaling kea rah suara yang memanggil. Puteri dengan pantas menuju ke arah lelaki itu.

‘’ apesal ko plak yang datang? Mane kereta aku? Mana si hamster tu? ‘’

‘’ hamster? ‘’ tanya johan lurus sambil menggaru-garu kan kepalanya memikirkan soalan dari puteri.

‘’ arggghhhh.. tak penting, mana kereta aku. Dan kenapa kau kat sini?’’ soal puteri lagi

‘’ Tan Sri suruh saya jemput cik Puteri. ‘’

‘’ what ever, bagus jugak aku tak perlu berdepan dengan hamster tu hari ni.’’

‘’ dah, jom. ‘’ ajak puteri pada Tanya dan Vanessa sambil dia masuk ke perut kereta. Kedua-dua sahabatnya itu masih lagi memikirkan percakapan puteri sebentar tadi. Di dalam kereta Vanessa yang berada disebelah puteri membissikkan sesuatu.

‘’ kalau aku tanya kau jangan marah k? ‘’

‘’ ape? ‘’

‘’ ramai lagi ke pemandu kau? ‘’

‘’ kenapa kau sibuk nak tau? ‘’

‘’ bukan apa.. aku Cuma nak tau, semua pemandu kau kacak-kacak macam ni ker?’’

Mendengarkan soalan itu puteri memandang sinis Vanessa dan melihat Tanya yang sudah tergedik-gedik menemuramah Johan. Dia hanya menggelengkan kepalanya sambil memandang jauh keluar tingkap memerhatikan pemandangan luar kereta. Vanessa yang tidak mendapat jawapan dari Puteri turut menyampuk wawancara oleh Tanya. Kedua- dua mereka sibuk bertanyakan itu ini.

******************************************************************

‘’Tan Sri.. ‘’ tegur Daniel perlahan sambil mengambil tempat duduknya di hadapan lelaki tua itu. Melihatkan penampilan lelaki tu yang hanya memakai tshirt berkolar dan berseluar slack, lelaki yang bergelar Tan Sri ini tampak seperti lelaki lelaki biasa-biasa saja.

‘’ini dia yang Tuan minta, ‘’ Daniel menghulurkan sampul putih separuh A4 kepada Tan Sri. Beliau menyambut sampul surat tersebut dan terus membukanya. Ditarik beberapa keeping gambar yang terisi di dalam sampul tersebut. Matanya tekun memerhatikan gambar-gambar tersebut. Beberapa kali gambar tersebut di ulang-ulang lihat. Daniel hanya mendiamkan diri melihat saja perlakuan TanSri Bakri.

‘’ aku tak sangka semua ni boleh berlaku. Setelah apa yang aku berikan kepada mereka. Sanggup mereka menikam aku dari belakang? Apa salah aku sampai begini tindakan mereka. Sanggup mereka membahayakan Puteri? ‘’ rungut Tan Sri sambil menghempaskan gambar-gambar itu berselerakan di atas meja.

‘’ tapi tuan.. saya tak rasa semua perkara yang berlaku ini angkara mereka tuan.’’

Ujar Daniel tiba-tiba bersuara. Apabila melihat Tan sri semakin reda menyandar ke kerusi.

‘’ maksud kamu? ‘’ tanya Tan sri hairan.

‘’ kalau mereka dalang semua ini maka saya rasa dah lama mereka dapat cik Arianna tuan. ‘’

‘’ saya masih lagi tidak faham.’’

‘’ begini la tuan, buat sementara waktu saya sarankan tuan buat seperti tiada apa yang berlaku. Beri saya masa untuk siasat lebih terperinci lagi tentang perkara ini. Dan saya yakin saya akan memperolehi bukti-bukti lain lagi.’’ Terang Daniel penuh hemat. Tan Sri Bakri mengangguk faham.

‘’ kalau begitu baiklah. Saya serahkan semuanya pada kamu. Saya harap kamu dapat selesaikan perkara ini secepat mungkin. Saya tidak mahu ade individu yang ternyata mahu mencederakan keluarga saya. Berapa sahaja upah yang kamu mahu saya sanggup bayar. Asalkan kamu dapat tangkap dalang di sebalik semua ini. Kalau betul saya yang menjadi sasaran mereka biar saya saja yang menghadapinya. Bukan ahli keluarga saya. ‘’

‘’ kalau begitu saya minta cuti dari tuan untuk selesaikan semua ini. ‘’ pinta Daniel

‘’kalau kamu cuti bagaimana dengan Puteri? ‘’ soal Tan sri mulai risau akan keselamatan anaknya itu. Apatah lagi hanya Daniel sahaja setakat ini yang mampu mengawal serta menjaga puteri nya yang cukup degil itu. Mendengarkan soalan dari Tan sri Daniel hanya mampu menundukkan kepalanya.

‘’ tak mengapa, untuk sementara ini saya minta Johan untuk menjaganya, dan saya harap kamu kembali secepat yang mungkin, saya takut puteri semakin buat hal. Tiada siapa yang berani mengawal kecuali kamu. ‘’ ujar Tan Sri mengharap. Di kotak fikirannya dia sangat berharap perkara ini dapat diketahui secepat mungkin tentang dalang di sebalik kejadian-kejadian serta kiriman-kiriman yang berbaur ugutan yang diterima sebelum ini.

1 comment:

Anonymous said...

nk tnya novel my arrogant princess ni dh terbit ke?under mna?xkn stop smpai sni je??-L-