PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Tuesday, November 23, 2010

My ArRoGaNt PriNceSs 8


Wanita separuh berkerusi roda itu hanya tersenyum memerhatikan burung merpati liar yang asyik mematuk-matuk mencari makanan di sekitar laman rumahnya. Cuaca petang itu disertai dengan angin sepoi bahasa yang mendamaikan. Namin seekor merpati kelabu menarik perhatiannya. Merpati itu bergerak terhincut-hincut sambil mematuk-matuk mendapatkan makananya. Berjauhan dari kumpulan merpati lain. Apabila diperhatikan ada sesuatu yang melekat pada jari kaki merpati tersebut yang menyukarkan pergerakannya. Jauh disudut hati aida memberontak untuk membantu burung itu. Tapi apakan daya tubuhnya tidak mampu bergerak seperti sedia kala. Penyakit yang menyerang 5 tahun lalu membuatkan dia hanya mampu duduk di kerusi roda. Dia bukan lagi wanita bekerjaya dan ibu yang aktif. Hidupnya kini hanya di bilik tidur rumahnya, paling jauh keberadaanya pun hanya di sekitar banglo milik suaminya saja. Perhatiannya masih lagi ke atas merpati tadi. Tiba-tiba ada dia merasakan satu semangat untuk membantu haiwan jinak itu. dengan lafaz bismillah dia berusaha keras untuk bangun mendapatkannya. Malang tidak berbau, saat kakinya cuba untuk melangkah ke arah merpati kain yang dipakai tersangkut di kerusi roda yang membuatkan dia hilang imbangan badan, dan pada fikirannya yang menyangkakan dia akan jatuh ketanah, di saat itulah sepasang tangan kuat mengampu tubuh kecilnya kembali ke atas kerusi roda. Lega hatinya, jika dia kembali cedera maka akan lebih parahlah keadaannya nanti. Namun detik hatinya siapa yang membantunya saat itu sedangkan suami serta anaknya masih berada di pejabat pada waktu ini.

‘’ ibu.. ‘’ sapa satu suara lemah.


Suara itu.. suara yang cukup dirindui, , cukup di tunggu-tunggu apatah lagi tuan empunya badannya. Tidurnya setiap hari sering termimpikan wajahnya yang satu ini. Makannya sering tiada selera teringatkan insan nan satu ini. Satu-satunya anak yang dirindui yang sering kali menjauhkan diri darinya. hanya disebabkan satu kejadian yang menimpa dirinya tidak lama dulu.

‘’ anak ibu.. ‘’ balas Puan aida ceria, berjujuran air mata di pipinya saat menatap wajah kesayangannya itu. pantas saja tangannya memaut erat jejaka itu dalam dakapanya. Lama…. Dakapan seoarang ibu yang terlalu merindukan anaknya. Tangannya mengusap lembut wajah yang telah lama dinantikan. Matanya tidak lepas memerhati setiap inci wajah serta tubuh anak kesanyangannya itu. di kucup-kucup dahi dan kedua belah pipi.

‘’ kemana kau menghilang sayang?’’

‘’ kamu dah lupakan ibu? ‘’

‘’ ibu rindu sangat dengan kamu Daniel. ‘’ soal Puan Aida bertubi-tubi selepas melepas dendam rindu terhadap Daniel. Daniel yang dari tadi hanya membiarkan dirinya diperlakukan apa saja oleh ibunya hanya tersenyum sambil mengucup lembut tangan ibunya.

‘’ maafkan Daniel bu… ‘’ balas jejaka itu lembut. Masih lagi mengucup perlahan tangan ibunya.

‘’ sudahla Daniel, ibu dah lama maafkan kamu. Ibu selalu nantikan kepulangan kamu ke rumah sayang.. ibu terlalu rindukan kamu. ‘’ ujar Puan Aida sambil mengusap-usap kepala Daniel. Muka Daniel diangkat mengadap ke wajahnya. Kini mata bertentang mata. Hanya genangan air mata yang menghiasi kelopak mata mereka berdua.

‘’ kamu dah makan? Kita makan malam bersama boleh? Ibu dah lama teringin makan makanan kegemaran kamu bersama. ‘’ pinta Puan Aida lembut sambil menggengam erat jemari Daniel mengharapkan persetujuan dari anaknya itu.

‘’ boleh? ‘’ soal Puan Aida lagi apabila melihat Daniel hanya diam serta tunduk memandang tanah.

‘’ boleh ye sayang? ‘’ pujuk Puan Aida lagi. Kali ini kembali bergenang air dimatanya.

‘’ baik bu..’’ jawab Daniel ringkas, dia bangun mendapatkan merpati tadi, plastic yang melekat di kaki burung itu di cabut, merpati itu dilepas, dan kembali berjalan seperti merpati-merpati lain. Fikirannya saat itu hanya mahu menceriakan wanita tua itu, perasaan bersalah tidak pernah hilang dari dalam dirinya, namun sejak akhir-akhir ini dia telah berusaha untuk melupakanya. Senyuman mula terukir di wajah lesu puan Aida apabila mendengarkan jawapan dari anaknya itu.

*******************************************************************

Makan malam sudah tersedia di meja makan. Daniel yang asyik melayani ibunya dikejutkan dengan deruman enjin yang masuk ke perkarangan banglo. Dia tahu siapa yang bakal masuk melalui pintu utama itu. dan saat itu juga wajahnya berubah, Puan Aida yang merasakan perubahan Daniel yang tiba-tiba diam menggengam erat jemari Daniel dan menggelengkan kepalanya sebagai satu isyarat. Daniel faham. Dia akan cuba tidak membantah segala omongan lelaki yang bergelar ayah.

Suasana di meja makan hanya memperdengarkan dentingan detak sudu yang berlaga dengan pinggan. Masing-masing hanya menikmati hidangan makan malam mereka. Puan Aida yang ingin mengubah situasi itu cuba mengajak mereka berbual.

‘’ Adam, macam mana pejabat hari ni? Banyak kerja? ‘’

‘’ biasa bu, tadi ada meeting dengan pelabur kita dari Singapore. ‘’

‘’ owh.. mesti kamu penat kan? Kenapa tidak kamu carikan pembantu saja? ‘’ soal Puan Aida. Namun seketika dia teringat. Pandangannya teralih kea rah Daniel yang masih menyuapkan makanan ke mulutnya. Kemudian beralih pula kepada suaminya yang melakukan perkara yang sama. Dalam hatinya tersenyum, bapa borek anak rintik, benarlah kata pepatah tersebut, biarpun mereka berdua dingin sejak akhir-akhir ini, namun banyak perkara yang membuatkan mereka berdua sangat la serupa. Sama-sama keras hati, namun disebalik kekerasan itu lah terbitnya kasih sayang yang mendalam terhadap keluarga.

‘’ apa kata Daniel ikut abang? Bantu abang, disamping itu Daniel boleh belajar selok belok perniagaan dengan ayah? ‘’ soal Puan aida sambil memandang Daniel menunggu reaksi dari anaknya yang ini.

‘’ maaf bu, Daniel ada kerjaya Daniel sendiri. ‘’

‘’ kerjaya apa? Bergaduh sana sini? Itu kau kata kerjaya?‘’ sergah DAtuk Yusoff tiba-tiba yang membuatkan Puan Aida tersentak. Begitu juga Adam. Kini mata mereka tertumpu kepada dua beranak yang saling memandang antara satu sama lain. Ikutkan hati Daniel mahu sahaja meninggalkan meja makan itu segera, namun mengingatkan janji serta permohonan ibunya petang tadi membatalkan niatnya, dia tunduk sambil terus menghabiskan hidangannya. Puan Aida lega, kalau tidak tentu terjadi perbalahan antara kedua mereka tadi.

‘’ sudahla abang.. anak kita jarang makan bersama, boleh tak hari ni kita makan dengan aman?’’ pinta puan Aida lembut sambil menyentuh lembut tangan suaminya.’’ Daruk yusoff mendegus, namun hatinya cair dengan pujukan isterinya, dia kembali makan, wajahnya masih mempamerkan ketidak puasan hati terhadap Daniel, namun jauh di sudut hatinya dia rindu. Bapa mana yang tidak sayangkan anaknya.

*******************************************************************
‘’ Tan Sri, ada bungkusan untuk Tan Sri. ‘’

‘’ dari siapa? ‘’

‘’ tak pasti Tan sri, tiada nama mahupun alamat tertera.’’

Tan sri Bakri yang baru saja duduk di kerusinya di sua satu bungkusan sederhana besar. Bungkusan menarik berwarna merah itu dilihat penuh hairan. Tertera nama penerima Puteri Arianna Tan Sri Bakri. Pelik fikirnya, bungkusan untuk puteri yang dikirim ke pejabat. kenapa tidak dikirim ke rumah saja? pelbagai soalan menerjah otaknya, satu perasaan tidak enak menusuk hatinya.

‘’ tak pe, tinggalkan saja di sini. ‘’

Bungkusan diletak perlahan, pembantunya telah kembali ke meja, bungkusan itu masih lagi menjadi perhatiannya. Dia sangat tidak sedap hati melihatkan bungkusan itu. tanpa berfikir panjang beliau terus mengoyak bungkusan seterusnya membuka kotak yang bertutup rapat itu. alangkah terkejutnya beliau melihat isi perut kotak tersebut. Serta merta dadanya berdegup kencang.

‘’ Ya Allah.. ‘’ dadanya bagaikan di tusuk pisau tajam. Dengan pantas jarinya menekan intercom memanggil setiausaha peribadinya. Sambil satu tangannya memegang dada yang sakit sebelah lagi tangan mencari-cari sesuatu di dalam poket seluarnya. Namun hampa. Sejurus dipanggil Farida, yang meluru masuk segera memapah beliau untuk duduk di sofa. Farida bertindak pantas dengan berlari menuju ke arah laci meja Tan sri. Dia tahu di situ ada diletakkan sample ubat, kalau-kalau Tan sri lupa atau kehabisan ubatnya. Memandangkan sejak akhir ini Tan sri sering diserang penyakitnya. Setelah menelan ubat seperti sepatutnya, Tan Sri Bakri mengeluh lega,

‘’ terima kasih farida.’’ Ucap Tan sri sambil masih lagi mengurut perlahan dadanya.

‘’ sama-sama Tuan, tuan pasti tuan ok? Kalau tidak saya panggilkan ambulan? ‘’ Tanya Farida prihatin.

‘’ saya ok, terima kasih sekali lagi. ‘’ balas Tan sri lemah.

‘’ awak boleh sambung kerja awak, dan batalkan semua temu janji saya hari ini serta saya tidak mahu terima semua panggilan kecuali yang penting sahaja. ‘’ arah Tan Sri Bakri.

‘’ baik tuan. Saya keluar dulu. ‘’ balasnya sambil berlalu meninggalkan ruangan itu.

‘’ errr.. farida, awak tolong dapatkan Daniel, minta dia jumpa saya secepat yang mungkin. ‘’ pinta Tan sri sebelum Farida hilang disebalik daun pintu.

1 comment:

Anonymous said...

buat la puteri kawin ngan denial^_*