PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Tuesday, November 2, 2010

BaB 30

Tasik yang tenang pada petang itu tidak berjaya mendamaikan hati gadis itu. hatinya kini membara dengan apa yang di katakan lelaki di hadapannya. Sungguh dia tidak dapat menerima hakikat yang dirinya di tolak mentah-mentah. Setelah apa yang dilakukan untuk lelaki itu.

‘’ yang u ni kenapa tiba-tiba berubah hati? Apa you lupa jasa I selama ni? ‘’ ungkit gadis itu. nafas turun naik masih bergelora. Namun Aliff Haikal hanya mampu memandang ke arah air tasik yang entah kemana haluannya. Dia sedar anak pemilik Teguh holding itu telah sedikit sebanyak membantu dalam kerjayanya sekarang. Namun bukan bermakna dia perlu menggadaikan hatinya untuk membalas semula jasa mereka.

‘’ hey!!! apa yang you fikir lagi tu? U dah tak sayangkan I lagi ke Haikal? ‘’ nada marah menyinga tiba-tiba bertukar pujukan manja. Tangannya menggosok lembut bahu lelaki itu. Haikal rimas. Dia menolak perlahan sambil bangun membelakangkan gadis itu. Fasha semakin membara. Namun dia tekad untuk menggoda lelaki itu.

‘’ I tau, you dah tergila-gila kan betina kampung itu bukan? Dasar betina tak sedar diri. Betul kata mama i. ‘’ dan pada saat itu Haikal berpaling.

‘’ apa maksud u? apa yang Datin cakap? U jangan nak memburukkan Aleyssa‘’ soal haikal hairan bercampur perasaan tidak puas hati dengan kata-kata Fasha.

Fasha terkelu, dia tau dia sudah tersasul dalam berbicara. Ada sesuatu yang dia tahu tetapi orang lain tidak tahu. Namun dia perlu merahsiakan perkara tersebut.

‘’ o jadi betul la sebab betina tu ye? I dah agak! Dasar perempuan perampas! ‘’ tegas Fasha menutup kekalutan dirinya yang terlepas cakap.

‘’ fasha.. I tak pernah cakap yang I cintakan u. I minta maaf, I rasa hubungan kita hanya sekadar teman sahaja. I harap u paham..’’

‘’kenapa? U cintakan betina tu? ‘’ tempelak Fasha lagi sambil berpeluk tubuh. Haikal hanya diam memandang rumput nan hijau.

‘’ u ingat I akan berdiam diri saja?’’

‘’ u salah haikal.. I tak kan lepaskan u. kalau I tak dapat.. jangan mimpi betina tu akan dapat u. ‘’ ugut Fasha sambil berlalu meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga. Haikal mengeluh sambil memandang jauh ke arah tasik. Dan keesokannya Fasha yang tidak dapat menghubungi haikal mengamuk di pejabat.

‘’ awak tak pape Dania? ‘’ soal Adam selepas mengimbangi badannya setelah berjaya menghalang Aleyssa jatuh di tolak kasar oleh Fasha. Haikal, terkejut dengan kemunculan jejaka itu. tidak terkecuali, Cellina yang turut menyaksikan kejadian tersebut muncul dari belakang Adam.

Aleyssa malu, pipinya merah ditampar, ditambah lagi dengan kejadian yang hampir menyebabkan dia tersungkur jatuh menambahkan lagi rona merah dipipinya. Fasha yang dari tadi marah menyinga cuba mengawal dan berlagak ayu. Agak malu apabila Adam merenung tindakannya. Manakan tidak, Adam antara lelaki yang berada dalam list Fasha untuk di tundukkan.

‘’ saya minta diri dulu. Terima kasih En. Adam ‘’ pinta Aleyssa lembut sambil tangannya meleraikan pegangan Adam. Perlahan dia berlalu menuju ke tandas berdekatan. Di situ dia menangis sepuasnya. Tangannya menaip laju pada telefon bimbitnya.

**************************************************************

‘’sakitlah!’’ jerit fasha kuat apabila tanganya di genggam kuat Haikal yang menarik nya ke pantry,

‘’ kenapa dengan u ni Fasha? ‘’ soal Haikal geram.

‘’ kenapa apa? ‘’ soal Fasha kembali sengaja buat tidak faham soalan Haikal. Dia puas dengan tindakanya menampar Aleyssa.

‘’ kenapa u buat begitu pada Aleyssa? apa salah dia?’’

‘’ apa salah dia? U Tanya I apa salah dia? Yang dia gatal keluar dan rampas u dari I u kata tak salah? U kemana? I call u tak dapat? ‘’ pekik Fasha.

‘’ bila masa pulak I keluar dengan dia? I jumpa dia dekat lif tadi. Itu yang I datang bersama. Lagipun apa hak u memperlakukan dia begitu? Aleyssa tak salah pape.’’ Terang Haikal tegas. Sedikit geram dengan perlakuan gadis yang terkenal dengan sifat baranya di pejabat, kalau sedikt saja salahnya marahnya akan sampai ke tahap yang melampau. Namun perkara sudah berlaku. Di perjelaskan pun tidak lagi berguna. Mangsanya Aleyssa, kesian gadis itu. detik hatinya.

‘’ I peduli apa? ‘’ balas fasha. Sedikit pun dia tidak merasa bersalah dengan tindakannya.

Haikal yang melihat perilaku fasha semakin muak dengan tindakannya sehari-hari. Semakin hari semakin jauh Fasha di hatinya. Walaupun selama ini dia telah cuba untuk meletakkan gadis itu dalam hatinya. Namun semakin hari dia semakin tertekan dengan sifat cemburunya yang melampau batas.

******************************************************************

Jarum jam menunjukkan waktu 6.45 petang. Aleyssa yang asyik dengan fail-fail syarikat kelam kabut mengemasnya. Penangan Fasha masih terasa, dia mula sebukkan diri dengan menyemak apa yang patut untuk pembentangan dengan ahli lembaga pengarah esok. Kejadian tengah hari tadi seakan lupus dari ingatannya. Tangannya ligat mengemas fail serta pelan-pelan yang berterabur di mejanya. Tanpa dia sedari seseorang asyik memerhatikan tingkah lakunya.

‘’ alamak.. dah dekat maghrib ni. ‘’ rungut Aleyssa, dan serentak itu deringan telefon berbunyi.

‘’ kau tunggu kejap.. aku tengah kemas ni. ‘’ salam kemana hello ke mana.

‘’ err… ‘’ terdengar suara garau. Terkejut agaknya diserang begitu.

‘’ errkkk…’’

‘’ siapa ni?’’ Tanya aleyssa apabila ternyata suara itu bukan milik Amira yang disangka sedang menunggunya untuk pulang bersama.

‘’ ini saya.’’ Jawab suara itu.

‘’ siapa? ‘’

‘’ Adam..’’

‘’ owhh.. En.Adam, maaf.. saya tak cam suara encik. Ingatkan kawan saya tadi. ‘’ jawab aleyssa termalu sendiri.

‘’ ada apa encik call saya ni?’’ Tanya aleyssa apabila mendapati tiada suara di sebelah sana.

‘’ Dania.. bukan ke kita dah janji tak nak ber encik-encik lagi? ‘’ ujar lelaki itu lembut.

‘’ oopsss.. sory-sory..’’

‘’ dan sebab awak dah langgar perjanjian tersebut jadi awak kena denda. ‘’

‘’ ermmm… maksud Adam? ‘’ Tanya Aleyssa sedikit gusar.

‘’ saya hantar awak balik.sebelum tu makan malam dengan saya.’’ Kata Adam seolah-olah memberi arahan.

‘’ tapi.. saya masih di pejabat.. dan.. macam mana.. ‘’

‘’ saya tahu awak masih di pejabat sebab saya ade di belakang awak. ‘’

Dengan serta merta aleyssa berpaling dan mendapati lelaki itu tegak berdiri di tepi pintu. Satu senyuman terukir dari bibir merah lelaki itu.

‘’ patutla… ‘’ ujar aleyssa sambil membalas senyuman.

‘’ jom? ‘’ ajak adam.

‘’ tapi kawan saya dah janji nak ambil saya. ‘’ ujar Aleyssa memberi alasan.

‘’ kawan awak yang bawak kereta myv putih tu? ‘’

‘’ ak ah.. macam mane adam tau?’’

‘’ Tadi saya jumpa dia kat bawah, saya dah suruh dia balik. Saya kenalkan diri dan minta kebenaran dengan dia nak ajak awak keluar makan dan hantar awak balik dengan selamat. Dan tanpa banyak soal dia terus setuju.’’ cerita Adam serius.

‘’ shall we? ‘’ ajaknya lagi apabila melihat Aleyssa yang masih memproses ceritanya tadi, dia tahu yang Aleyssa akan mencari pelbagai alasan untuk menolak pelawaannya.

‘’ boleh saya call dia dulu? Nanti dia risau. ‘’ Aleyssa masih berdalih. Dalam hatinya geram dengan Amira,

‘’ boleh. Dalam kereta nanti. Sekarang, jom kita keluar dari sini. Sudah la gelap. Kita berdua saja disini. Nanti saya dapat kawen free dengan awak, Saya suke je.. tapi kalau boleh nak la kawen secara sah dan meriah.‘’ selorohnya. Namun apa yang dikatanya ada benar juga difikiran aleyssa. tak pasal-pasal kene tangkap khalwat nanti. Teringatkan itu aleyssa dengan pantas mencapai begnya dan berlalu keluar meninggalkan Adam beberapa langkah di belakang. Melihatkan perlakuan aleyssa, Adam tersenyum sendiri. Bahagia. Mahu digertak rupanya gadis ini, detik hatinya. Bunga-bunga riang mekar dihatinya saat itu. namun tanpa mereka sedari sebenarnya mereka bukan hanya berdua di pejabat itu. sepasang mata memerhatikan perbualan mereka dengan penuh makna.

Aleyssa merebahkan badan perlahan ke sofa ruang tamunya. Kenyang, dia tersenyum lucu mengingatkan Adam. Bosnya. Ternyata sikapnya tidak seperti rupanya yang sentiasa tampak serius di pejabat. Ada saja lawak yang disampaikanya. Suka bertanya, suka bercerita. Pendek kata tak kering gusi dibuatnya. Ada saja yang ditanya. Aleyssa serba salah, di layan saja perbualan itu walaupun pada hakikatnya sedikit sebanyak berada dekat dengan Adam membuatkan dia teringatkan seseorang. Detik hatinya walaupun memiliki wajah seiras namun sikap mereka cukup berlawanan. Makan malam tadi hanya mendengar Adam bercerita itu ini. Sedangkan difikiran Aleyssa,,, hanya dia yang tahu.
Pada pembaca... maaf la dah lama x de entri baru...insyallah pas ni saya akan cuba up load episod baru sekurang-kurangnya sebulan sekali. ok? thanks sangat2 pada yang ikuti karya ni.. still on learning.. masih banyak perlu dibaiki.

1 comment:

anor said...

hai....cepat sambung tak sabar nak tunggu n3 baru...