PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Friday, October 29, 2010

BaB 29

Segelas tea china yang terhidang sejak tadi masih tidak di jamah. Mundar mandir wanita tua itu di hadapan ruang tamu yang kemas di hiasi ruanan perabot ala-ala inggeris. Sekali sekala matanya tertancap pada jam dinding yang menunjukkan waktu 9.00 malam. Serentak itu loceng vila berbunyi. Satu senyuman terukir dari bibir tua itu.

‘’ na nai.. ‘’ tegur lee hambar. Na nai,, panggilan untuk neneknya. Seraya duduk malas di sofa.

‘’ apa khabar nenek? Rindu pada nenek’’ ceria cellina menyapa sambil memeluk erat wanita tua itu.

‘’ nenek sihat sayang.. kamu ok di sini? ‘’ Tanya nenek sambil membawa Cellina duduk di sofa yang bertentangan dengan cucu kesayangannya itu. matanya kini tertumpu kepada lee yang langsung tidak mengendahkan mereka berdua. Bukan dia tidak tahu sifat lelaki itu. namun dia mengharapkan perubahan berlaku jika dia kembali ke sini. Apa yang dikhabarkan oleh penyiasat peribadinya amat menggusarkan hatinya. Oleh kerana itu dia sanggup kembali ke tanah air selepas 30 tahun. Banyak perubahan yang berlaku. Namun villa ini masih lagi sama. Langsung tidak berubah seperti dulu. Kenangan lalu menghiasi kotak fikirannya.

‘’ nek.. o nek.. ‘’ panggil Cellina sambil melambai2 tanganya ke muka wanita tua itu yang dari tadi asyik merenung jejaka di hadapannya itu. agak lama cellina bagitu. Lee Cuma hairan melihat keadaan neneknya, walaupun hubungannya dengan wanita itu tidak pernah mesra namun jauh di sudut hatinya dia masih menghormati wanita itu sebagai nenek kandungnya.

‘’ jom makan? Dah lama nenek tunggu, ‘’ ajak na nai apabila dia tersedar dari lamunan, dia tidak mahu menjawap pelbagai soalan yang bakal di utarakan gadis itu nanti. Cellina hanya membontoti na nai, lagipun perutnya dari tadi menyanyikan pelbagai lagu. Janjinya dengan nenek jam 8.00 malam dia sengaja tidak menjamah makanan kerana mahu makan bersama lee dan neneknya. Namun setelah sejam menunggu lee lewat muncul di apartmen untuk menjemputnya, apabila di Tanya seperti biasa dia hanya mendiamkan diri. Cellina kini ibarat bermain tarik tali dengan lee, lelaki ini cukup sukar di baca hatinya. Lalu dia mengambil keputusan untuk tidak memaksa lelaki itu. namun di sebalik itu dia tidak mahu melepaskannya. Kerana dia cukup sayangkan lelaki itu wal hal dia tahu lee tidak pernah mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya. Padanya suatu hari nanti lee akan merasai kehadiranya.

‘’ lee.. ‘’ panggilan nenek membuatkan Cellina tersedar. Lee dengan malas bangun menapak ke meja makan. Cellina hanya mampu tersenyum manis. Suasana meja makan hanya ceria dengan suara ke dua wanita itu sahaja. lee? Hanya tunduk menikmati makan malam itu. atau tidak terlebih jika dikatakan dia hanya bermain-main dengan makanan tersebut.

******************************************************************
Telefon bimbitnya di belek dari tadi.. mesej masuk berkali-kali. Namun keluhan di bibir tetap ada. Mira yang dari tadi memerhatikan gelagat sahabatnya itu menutup lap topnya dan berjalan ke arah Aleyssa yang pada hematnya sedang menghadapi masalah yang cukup besar.

‘’ yang kau ni macam ayam berak kapur aje kenapa? ‘’

‘’ dari tadi aku tengok kau ni gelisah aje, asyik menekan. Kau bermesej dengan siapa? ‘’ Tanya Mira apabila mengambil tempat di sebelah Aleyssa.

‘’ hmm…. En. Adam ‘’ jawabnya pendek.

‘’ kenapa dengan Adam? Dia ajak kau keluar lagi? Sudahla hari tu selamba badak dia aje melarikan kau. Sampai cair mekap aku tunggu kau tau? Kan ke kau dah janji nak belanja aku kan? Ape lagi yang dia nak? ‘’ Mira sudah mula dengan bebelan super maut dia itu.

‘’ kenapa dengan Adam? yang kau tersengih-sengih sorang ni apesal? Tanya mira sedikit kuat abila mendapati Aleyssa tidak menghiraukan kata-katanya. Dan akhirnya terhamburlah tawanya Aleyssa melihat akan gelagat teman serumahnya itu.

‘’ kau ni ape hal pulak? Tetibe je gelak ni? Kau jangan leyssa aku takut ni.. kite berdua je dalam rumah ni tau? Ape aku nak buat? ‘’ rungut mira lagi yang menambahkan tawa aleyssa.

‘’ En. Adam, dah seminggu dia asyik ajak aku keluar. ‘’ ucap aleyssa bila sisa tawanya hilang di samping melihat wajah cemberut sahabatnya itu. dia menunjukkan teks mesej yang dihantar oleh En Adam. Mira dengan selamba merampas telefon dari Aleyssa untuk membaca mesej tersebut dari dekat.

‘’ owhhh.. betul la aku cakap? Dia tu sukakan kau? Kau je yang tak nak mengaku.’’

‘’tapi…’’

‘’ ape kau nak tapi – tapikan lagi? Leyssa aku tengok Adam tu baik orangnya tinggi kacak tegap putih hensem lagi. Sesuai sangat dengan kau, sampai bila kau nak tunggu orang yang tak tahu bila munculnya. Entah-entah dia dah ada anak bini pun. Sampai bila leyssa kau nak hidup dalam tertanya2 macam ni? Semua lelaki kau tolak. Lelaki macam mane lagi yang kau nak?’’ kata mira cuba untuk menasihati rakanya itu.

‘’ mira.. aku… ‘’ hanya itu mampu terluah dari mulut gadis itu, kemudian di sertai deraian manik-manik jernih yang membasahi pipinya.

Tanpa mengucapkan sebarang kata mira hanya mampu mendakap rakanya seerat mungkin.

‘’ leyssa kau dengar sini.. aku nak kau mula hidup baru.. aku nak cuba keluar dengan Adam. Cuba menerima orang lain. Cuba berkawan seramai mungkin lelaki yang ada. Kau berhak memilih jodoh terbaik untuk hidup kau. Aku dah tak sanggup tengok kau menunggu dan terus tertunggu. Kalau la aku jumpe dengan lelaki itu kau tau la ape aku nak buat dengan dia. ‘’ pujuk Mira setelah mendapati tangisannya semakin reda. Bahu alleyssa di pegang kejap.

‘’ ingat! cuba buka hati kau untuk orang lain. Cuba lihat manusia di sekeliling kau. Esok aku nak kau keluar dengan Adam.’’

‘’ tapi?’’ balas Aleyssa masih tersedu-sedu.

‘’ ape lagi kau nak bertapi-tapi ni? Aku cakap kau kene keluar juga dengan Adam. Kau jangan nak berdolak dalih macam-macam. ‘’

‘’ tapi bukan ke esok kita dah janji nak g shoping? ‘’ pantas aleyssa mengatakan hal sebenar..

‘’ ak ah la… alamak.. melepasss.. ‘’ balas Mira sambil menpuk dahinya disertai gelak tawa kedua gadis itu. dalam pada itu Aleyssa lega. Dia Cuma ada mira sebagai tempat melepaskan segala beban fikiranya. Di bahu mira juga la dia menangis, buah fikiran mira jugalah yang selalu di ambil kira di kala dia menghadapi masalah. Namun hatinya hanya tuhan saja yang tahu yang sebenarnya.

***************************************************************
‘’ aleyssa.. ‘’

Belum pun sempat memproses gerangan suara yang memanggilnya terpacul wajah haikal di hadapanya. Termengah-termengah seperti orang baru habis olahraga.

‘’ haikal.. kenapa ni? Macam kene kejar je? ‘’ soalnya sambil tersenyum manis. Senyuman itu lah menarik perhatian semua lelaki. Manis.. sederhana namun cukup ikhlas di mata yang memandangya.

‘’ nasib baik sempat. ‘’ ujar Haikal

‘’ ape yang sempat?’’ Tanya aleyssa sambil jarinya menekan butang 8 di lif tersebut.

‘’ sempat la naik lif dengan awak. Berdua pulak tu.. bukan senag nak jumpa awak ni. Busy memanjang.. ‘’ jawab haikal sambil tersenyum mengusik sambil membetulkan tali lehernya yang senget. Lengan baju di betulkan.

‘’ owhhh… ingatkan ape tadi. Kalau x sempat bukan ke ada lif sebelah? Macam-macam la awak ni. Kalau berlari-lari macam ni kalau berlaku kemalangan macam mane? Bukan ke awak jugak yang susah? ‘’ ujarnya lembut.

Haikal hanya mampu tersenyum bahagia memandang wajah idaman hati. Di tambah pula dengan sikap prihatin gadis itu lebih membuatkan hatinya berbunga-bunga. Lif terbuka. Perasaannya cepat benar sampai ke tingkat 8. Mahu saja dia menghentikan lif tersebut supaya dia dapat berbual berdua tanpa sebarang gangguan lain. Namun angan-anganya di ganggu dengan suara tengkingan di meja menyambut tetamu.

‘’ bodoh! Ape punya P.a kalau tak tau bosnya bila sampai? Pergi mana? Dengan siapa? ‘’

‘’ tapi cik? ‘’ balas wanita 30-an itu lembut. Riak wajahnya sedikit tidak puas hati di maki sebegitu rupa.

‘’ ape tapi- tapi? Tak kan la kau tak tahu mana En. Haikal pergi? Kau ni tahu buat kerja ke tak? aku boleh pecat kau bila-bila masa saja tau? ‘’
‘’ En. Haikal…’’ panggil wanita itu lemah apabila melihat lelaki itu bergegas menuju ke arah mereka. Dan sepantas kilat Fasha menoleh.

‘’ Haikal! u pergi mana? Kan ke u janji nak lunch dengan….. ‘’ Amarahnya terhenti di situ saat melihat wajah yang menambahkan lagi tahap kepanasanya.

‘’ owh… u jumpe betina ni rupanya? ‘’ Fasha yang sedang menyinga itu telah manampar kuat pipi Aleyssa serta menolak gadis itu menyebabkan dia terdorong dan hampir jatuh namun seseorang sempat menarik lengan aleyssa ke pangkuannya.

1 comment:

Anonymous said...

lamanya......baru dapat baca bab ini..
pls update selalu.