PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Sunday, August 8, 2010

Soul Mate - BAB 28

‘’ Fuhhh… penat yer,’’

Satu keluhan di bibir gadis itu sambil menghempaskan punggungnya ke sofa. Handbag di tangan di campak perlahan ke atas meja. Seraya tangan memicit-micit kepala yang sedang berdeyut. Perlahan-lahan kepalanya bersandar di sofa. Mata di pejam rapat, nafas di tarik dalam. Perkara yang berlaku petang tadi cukup memeningkan kepalanya yang sudah pening dengan kerja- kerja melambak yang diserahkan kepadanya. Tangannya masih pantas memicit-micit kepala walaupun dengan mata yang di pejam rapat. Bermacam perkara yang ada di fikiran gadis itu. Namun saat itu dia dikejutkan dengan bunyi letakan gelas ke atas meja kaca di hadapanya. Perlahan-lahan mata di buka.

‘’ thanks sayang… ‘’

Segelas coklat panas di hirup perlahan sambil tersenyum merhatikan lelaki yang berdiri di hadapannya itu. lelaki yang cukup istimewa di hatinya. Lelaki yang telah menjadi kegilaannya sejak dia diperkenalkan 5 tahun lalu. Pertama kali bertemu Celina merasakan ada sesuatu dalam diri lelaki ini yang membuatkan dia cukup tergila-gilakannya. Walaupun dia tidak pernah mendapat layanan mesra dari lelaki yang cukup dingin ini. Hirupanya terhenti saat melihat lelaki itu sudah mula beredar dari tempat dia berdiri.

‘’ you nak ke mana adam? ‘’ soal Celina sambil meletak perlahan mug yang dipegang.
‘’ balik, nenek minta tengokkan dokumen tu. ‘’ balas adam sambil menunjuk malas ke arah sampul coklat yang ada di atas meja makan.

‘’ tapi.. I baru je balik.. you x nak makan dulu? I masak okey? ‘’

‘’ no thanks.’’ Jawab Adam pendek seraya berjalan keluar dari apartment mewah itu meninggalkan Celina.

Hanya keluhan yang terbit dari bibir halus gadis ini. Bertambah lagi sakit kepala yang dialaminya sebentar tadi dengan kelakuan lelaki kesayanganya itu. bukan dia tidak biasa mendapat layanan sebegitu. Namun ada kalanya dia juga seperti wanita lain yang mahu di manja serta mendapat layanan mesra dari insan tersayang. Dengan Adam memang suatu perkara yang agak mustahil. Namun dia tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Adam. Dia tahu suatu hari nanti Adam akan menyedari yang tiada wanita lain yang mampu melakukan apa yang telah dia lakukan selama ini untuknya. Dia kembali bersandar sambil melepaskan keluhan demi keluhan.

*******************************************************************
‘’ Dania, jom lunch? Ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan awak pasal projek kite tu. ‘’ pelawaan tiba-tiba dari En. Adam membuatkan Aleyysa tidak dapat berkata tidak. Sedangkan dia telah berjanji dengan sahabatnya mira untuk makan bersama. Aleyssa pantas menonong mengikut jejak langkah bosnya yang pantas bergerak menuju ke lif. Kalau tidak kerana urusan kerja mau ye dia menjerit memanggil bosnya itu dan mengatakan tidak sudi untuk
mengikutnya. Namun apakan dayanya. Dia hanya mampu memikirkan di dalam kepalanya saja.
Menaiki kenderaan mewah kepunyaan En. Adam hanya di ceriakan dengan celoteh dejay radio yang diselang seli dengan lagu –lagu pilihan para pendengar. Aleyssa setia mendengar sambil memerhatikan jalan sekeliling yang sememangnya sesak dengan kenderaan-kenderaan lain yang juga mahu mencari destinasi makan tengah hari.

Telefon bimbitnya berlagu riang. Tanpa melihat di skrin aleyssa sudah dapat menduga akan pemanggil nya.

‘’ kau kat mane ni.. dah lame aku tunggu kau ni.. perut aku dah nyayi lagu Isabella versi rock dah ni.. ‘’ belum pun sempat Aleyssa menjawab salam, mira lebih laju menghamburkan kemarahannya itu.

‘’ maaf la Mira, aku ada urusan dengan bos la. X dapat teman kau makan hari ini. Esok la yer? Aku belanja kau laksa nak? ‘’ balas Aleyssa perlahan separa berbisik, ekor matanya memerhatikan En. Adam yang masih tenang dengan pemanduannya.

‘’ kau memang!! Dari tadi kau x nak mesej aku. X de la aku tunggu kat sini sampai cair mekap aku tau! Aku tak kisah, janji esok kau kena payung aku apa saja yang aku nak makan. Dah. Bye! Assalamualaikum. ‘’ marah mira lagi sambil mematikan terus panggilan. Geram dengan Aleyssa yang lupa janjinya.

Aleyssa perlahan menyimpan handponenya ke dalam beg tangannya sambil wajahnya mempamerkan keresahan akibat dari mungkir janji dengan sahabatnya sendiri.

‘’ so. Kita nak makan di mana?’’ Tanya En. Adam tiba-tiba membuatkan aleyssa memandang terus ke muka lelaki itu. dan dia mula bertentang mata dengan lelaki di sebelahnya itu. lama… aleyssa memerhatikan wajahnya,

‘’ kenapa? Ade sesuatu yang x kena dengan muka saya ker? ‘’ Tanya lelaki itu sambil pantas membawa mukanya ke arah cermin pandang belakang untuk membelek-belek sebentar mukanya. Malu dengan teguran itu Aleyssa mula melemparkan pandangannya ke arah jalan raya. Entah mengapa sebaik saja melihat wajah Adam dari dekat dia mula sedar yang Adam cukup mirip dengan lee. Saat itu mula lah jantungnya berdegup kencang saat dia mula teringat akan lelaki yag membuatkan dia ternanti-nanti sejak zaman sekolah lagi.

‘’ Cik Dania.. kita nak makan di mana ni? ‘’ soal En. Adam lagi.

‘’ errr.. saya tak kisah. Makan di warung pun boleh. ‘’ jawab Aleyssa sambil pandangannya masih menghala ke jalan raya.

Selang 10 minit kemudian mereka sampai ke sbuah café mewah yang terletak di tengah bandaraya. Café yang berada di kelilingi bangunan tinggi ini cukup santai dengan pemandangan air terjun yang menyapa pengunjung yang hadir ke situ. Konsep tempat makan terbuka dan tertutup member variasi pilihan berbeza bagi pengunjung. Mengikut jejak langkah En. Adam dia melangkah pantas menuju ke tempat tertutup yang disediakan kawasan berhawa dingin yang cukup selesa di tengah hari yang terik ini. Dia memilih untuk duduk di sebelah air terjun buatan yang cukup unik . kedudukan meja yang agak tersorok dari pengunjung lain membuatkan tempat ini cukup memberikan privasi kepada pengunjung yang datang. Dan belum pun sempat dia melabuhkan punggungnya ke kerusi mereka disapa kuat satu suara yang cukup nyaring dan amat di kenali.

‘’ hai.. ape you buat disini? ‘’ Tanya Fasha manja menghulurkan tangannya lembut untuk bersalaman dengan En. Adam. Dan saat dia melihat saja wajah Aleyssa yang baru mengukir senyuman untuknya maka dengan pantas wajahnya bertukar reaksi.

‘’ dan you… pun ada sekali? ‘’ jari telunjuknya tepat kea rah hidung aleyssa.

Melihatkan reaksi gadis seksi itu Adam bertindak pantas. ‘’ Cik Fasha datang dengan siapa? Cantik –cantik begini tak kan makan sorang? ‘’ sogok Adam, berjaya membuatkan gadis itu meliuk lentok dengan pujian dari lelaki sekacak Adam.

‘’ ala you ni.. ape cik cik ni.. panggil I fasha je.. owh.. I datang dengan kekasih i. kejap lagi dia masuk. U tau la café ni ramai pengunjung waktu-waktu macam ni. I suka sangat makanan di sini. Kalau lambat nanti x dapat tempat menarik. U tau? Tempat u sekarang ni merupakan tempat kegemaran I tau? Terselindung dari orang lain. Privasi gitu… ‘’ ujar fasha manja. Cukup manja sehingga membuatkan aleyssa tidak senang duduk.

‘’ owh.. actually I pun memang suke sangat dengan tempat ni, tapi ini merupakan pertama kali I datang, kawan yang rekomenkan. But if u don’t mind you can join us? Pelawa En.Adam.

‘’ hmmm… next time okey? ‘’ jawab Fasha sambil tersenyum sinis memandang wajah gadis disebelahnya.

‘’ En. Adam, u pun makan di sini? ‘’ sapa lagi satu suara yang cukup aleyssa kenali. Dia menoleh tepat kea rah gerangan suara. Tepat sekali. Aliff haikal berjalan perlahan mendekati Fasha. Dan saat dia bertentang mata dengan aleyssa langkahnya terhenti seketika. Kaget.

‘’ sayang… nape lambat.. I dah lapar ni. ‘’ rungut Fasha manja sambil merangkul erat lengan jejaka itu. Alif haikal cuba untuk melemparkan senyuman manis buat pasangan di hadapannya. Kekok dengan rangkulan si Fasha Alif haikal bertindak bergerak pantas berada di sebelah En.Adam, tangan di hulur mereka berjabat tangan mesra.

‘’ so, u pun suka makan di sini En.Adam? ‘’ soal Haikal sambil tangannya menyuap nasi yang baru saja dihidangkan.

‘’ tak la, ini pertama kali I datang. Itu pun kawan yang rekomenkan. ‘’

Mereka makan semeja setelah dia berjaya memujuk Fasha untuk menyertai En.Adam dan Aleyssa. beria-ia dia memujuk supaya mereka makan sekali. Dan fasha akhirnya mengalah apabila sewaktu mereka bertegur sapa hanya tempat terbuka saja yang masibg kosong tanpa pengunjung. Dengan cuaca terik tengah hari masakan dia sanggup berjemur. Mahu tidak mahu dia terpaksa turut serta walaupun hatinya sakitmelihat kemesraan dua lelaki kacak itu melayan Aleyssa.

Waktu makan tengah hari mereka di habiskan dengan sembang santai antara Haikal dan Adam, sementara ALeyssa hanya tunduk menikmati saja hidangan di depan mata. Fasha seperti biasa menyampuk manja perbualan dua orang jejaka itu. bosan.. kalau dia tahu begini situasinya mahu saja dia mengesyorkan untuk berbincang di pejabat saja. sudah la masa terbuang begitu sahaja tanpa perbincangan pasal projek. Berjumpa pula dengan gadis yang cukup anti dengannya.Di tambah lagi dengan rajukan sahabat baiknya lagi. Tanpa dia sedari terbit keluhan dari bibirnya.

**************************************************************




‘’ baiklah nek.’’ Jawab lelaki itu perlahan. Gagang telefon di letak perlahan. Kemudian diangkat semula medial satu nombor.

‘’ hello, nenek nak jumpa kita minggu depan di villa. ‘’ habis saja ayat gagang di letak perlahan, satu keluhan kasar kedengaran, Adam bangun perlahan menuju ke tingkap apartmentnya yang menampakkan keindahan malam yang terbentang luas dihiasi bintang yang berkelip. Jarinya seakan ingin menyentuh cahaya yang ada disebalik cermin tingkap itu. dan dia memusingkan badan menyandar membelakangkan cermin tingkap. Otaknya kini ligat memikirkan sesuatu.