PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, May 17, 2010

My ArRoGaNt pRiNcEsS BaB 7






‘’ puteri dah keluar belum? ‘’ soal Tan Sri tegas. Sara yang baru menghantar mee goreng yang disediakan mak timah agak terperanjat dengan soalan majikannya itu.



‘’ be.. be.. belum tuan. ‘’ jawab Sara tergagap-gagap.



‘’ kalau begitu tak mengapalah, kamu boleh bantu mak timah kat dapur. ‘’ balas Tan Sri pula apabila melihat sara yang agak ketakutan. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Tanpa membuang masa sara melangkah pantas masuk ke dapur mendapatkan mak timah.



Sedang Tan sri membelek-belek akhbar dia di kejutkan dengan jeritan amarah puteri. Jeritan itu juga membuatkan sara berlari terkocoh-kocoh dari dapur . mulutnya terkumat-kamit sambil mengetuk kepalanya berkali-kali. Kain sarung yang di pakai di angkat separa betis mungkin memudahkan dia untuk memanjat anak tangga dengan pantas. Belum pun sempat dia memanjat anak tangga Tan Sri Bakri memanggilnya.



‘’ tak mengapa.. biar saya saja.. ‘’ ayat Tan sri terhenti di situ. Di sambung pula dengan langkahnya menuju ke atas. Sara mula merasa lega.. terlepas la dia dari di marah dek majikan kecilnya itu.



‘’ sengal! Kenapa kau lambat kejutkan aku ha! ‘’ laju sekali patung yang di baling mengena tepat ke muka Tan Sri. Dengan rambut yang berserabai puteri terkejut melihatkan manusia yang dibaling patung itu bukan lah sara. Terkedu sebentar, puteri menggosok-gosokkan matanya. Mulutnya mula terlopong melihatkan wajah yang semakin hampir dengan katil beradunya.



‘’ ini papa kamu puteri. ‘’ tegas Tan Sri Bakri melihat keadaan sekeliling bilik yang bersepah. ‘’ puteri selalu ke baling barang pada sara? Pada Mak Timah ? ‘’ soal Tan Sri sambil mengambil tempat duduk di sebelah anak gadisnya yang masih lagi boleh dikatogori sebagai mamai. Seperti biasa puteri menayangkan muka tidak bersalah dan sekadar melihat-lihat kawasan biliknya seolah- olah tiada apa yang salah dibuatnya. Tan Sri Bakri Cuma memandang lesu anak gadisnya yang semakin menginjak dewasa. Namun perangainya kadang kala masih lagi kebudak-budakan. Dia mengusap lembut kepala puteri. Perlakuan itu membuatkan puteri melentokkan kepalanya ke dada lelaki tua itu. ‘’ papa sayang puteri. Papa minta tolong puteri jaga diri baik-baik. Papa tak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada anak papa. Puteri faham kan apa yang papa cakapkan? ‘’ saat itu berubah wajah puteri, dia mula merasa panas di bibir mata. Cukup tersentuh dengan perlakuan papanya pada pagi ini. Perasaan amarahya di tutup oleh perasaan sayang yang menebal buat satu-satunya darah dagingnya yang ada. ‘’ puteri pun sayang papa..’’ balas puteri sambil mengesat sedikit air mata yang merembes keluar.



‘’ anak papa yang busuk ni bila nak mandi? ‘’ pertayaan selamber yang keluar dari mulut Tan Sri itu membuatkan puteri melompat bangun dari katil.



‘’ papa ni… mana ade… ‘’ jawab puteri manja, bibirnya mula memuncung. Baju tidurnya dipintal-pintal dengan jari. Tan Sri turut terseyum dengan keletah anak manja itu. Dia bangun mencapai tuala dan menyerahkan kepada anaknya. ‘’ dah.. mandi.. pas tu turun sarapan, papa tunggu ye?




‘’ sejurus itu satu cubitan singgah dipipi. Puteri menjerit kecil, bukan kerana sakit.. tapi merasa gembira, sudah lama dia tidak bermesra sebegitu dengan ayahnya.



********************************
Sesampai ke kolej Tania dan Vanesssa menanti seperti biasa. Kedua sahabat itu pelik dengan ketibaan rakanya yang tidak diiringi jejaka tampan yang ditunggu-tunggu saban hari. Bukannya mereka tidak biasa menunggu ketibaan puteri, tetapi kehadiran jejaka yang dikenalkan sebagai pemandu serta pengawal peribadi kepada Puteri Arianna anak Tan Sri bakri itu lah yang menjadikan mereka lebih bersemangat waja untuk menunggu sahabat merangkap ketua dalam kumpulanya itu. Melihatkan puteri yang semakin hampir mereka seolah tidak sabar untuk bertayakan perihal jejaka itu memandangkan sudah 3 hari ketibaan puteri ke kolej tidak diiringi jejaka itu.



‘’ mana pemandu hensem kau tu? Dah lame kami tak Nampak dia? ‘’ Soal Vanessa sambil memanjang-manjangkan lehernya mencari kelibat Daniel.



‘’ iyelah.. rindu aku nak tengok wajah tampan dia.. ‘’ giliran Tanya pula meluahkan isi hati. Kedua gadis itu asyik memerhatikan dan mencari-cari kelibat Daniel tanpa menyedari si tuan puteri telahpun jauh meninggalkan mereka. Apabila menyedari keaadaan itu kedua gadis tadi berlari mendapatkan tuan puteri yang nampaknya tidak berapa baik anginnya hari ini. Dalam fikiran mereka masih tertanya-tanya mengenai jejaka tersebut.



‘’ dia dah berhenti keje la tu! ‘’ jawab puteri kasar. Setelah bosan dengan pelbagai soalan yang dilemparkan kedua sahabatnya tentang jejaka yang akan membuatkan dia rimas dan naik angin.
‘’ kenapa?’’ serentak soalan itu keluar dari mulut Vanessa dan Tanya.



‘’ mana la aku tau? Dah 3 hari dia x datang.. dia dah resign la tu? Lantak la. Peduli apa aku dengan dia? Lagi bagus, lepas ni tak de lagi orang yang berani melawan dan memerintah puteri Arianna. ‘’ ujar puteri dengan riak bangga sambil tersenyum sinis. Bila dikenang kembali hanya Daniel saja yang pernah mengalahkannya serta berjaya memberikan arahan kepadanya. Hal itu menyebabkan dia merasa tercabar, sebelum ini pun tiada siapa yang berani atau boleh memperlakukan begitu terhadapnya. Walaupun papanya asyik beralah dengan segala tindak tanduknya. Dia benci akan kewujudan lelaki itu dalam hidupnya. Benci kerana dia tidak mampu untuk mengalahkan serta menundukkan lelaki seperti yang pernah dilakukan pada pengawal mahupun pekerja-pekerja papanya yang lain. Kali ini dia merasa kemenangan berpihak kepadanya apabila Daniel tidak muncul selama 3 hari. Pikirnya Daniel telah mengalah dan lari meninggalkan kerjanya. Dan tiba-tiba dia tersenyum bangga.



‘’ kau kenapa senyum meleret ni?’’ Tanya Vanessa yang pelik dengan keaadaan puteri yang tadinya dia mengelamun kemudian tersenyum sendiri.



‘’ nothing.. aku dah berjaya mengalahkan musuhku dengan mudah sekali. ‘’ jawab puteri angkuh.



‘’ musuh? ‘’





‘’siapa?’’



‘’ kau tak pernah cerita pada kami pun? ‘’ soal Tanya teruja apabila mendengarkan kata-kata puteri.



‘’ tak perlu, kalau aku cerita pun korang bukan nak sokong aku. ‘’



‘’ yang penting sekarang aku dah bebas.. ‘’ tambah puteri lagi. Maka tambah bingung la kedua sahabat itu dengan kata-kata puteri.

‘’ Maaf cik Arianna, saya lambat. ‘’



Suara itu ibarat petir yang memanah kepala puteri saat itu. dia berpaling dan mendapati Daniel berdiri tegak memandang ke arahnya dengan kepala sedikit tunduk tanda memohon maaf. Dapat dilihat kedua sahabatnya tadi mula mengangakan mulut apabila melihat lelaki itu berada didepan mata mereka. Saat itu mukanya mula merona merah, bibirnya diketap kuat, tanganya digengam erat. Ikutkan hati mau saja diterbalikkan meja yang diduduki.



‘’ hai Daniel, lame tak Nampak? Awak kemana? Puteri kata awk dah berhenti? ‘’



‘’ kami rindu awak tau? Awak tak jadi behenti kan? Jangan la behenti… ‘’ bertubi-tubi soalan dilemparkan kedua gadis yang sudah mulak hilang akal melihat jejak tersebut. Daniel hanya tersenyum mendengarkan soalan tersebut.



‘’ boleh kita balik sekarang cik Arianna? ‘’ Daniel Cuma menundukkan kepala kepada dua gadis tadi sambil berlalu ke arah kereta yang di parking tidak jauh dari kawasan mereka duduk.



‘’ Cik Arianna? ‘’ melihatkan puteri yang masih tidak berganjak dari tempat duduk dengan riak wajah yang mencuka membuatkan Daniel sedikit menjerit memanggilnya sambil membukaka pintu kereta. Mau tidak mahu puteri bangun dan menghentak-hentakkan kakinya ke tanah sebelum berlalu meninggalkan rakannya begitu saja. dalam hatinya cukup membara perasaan marah, geram. Baru saja tadi dia menyangkakan dia tidak lagi akan berjumpa dengan lelaki itu. namun sangkaanya meleset sama sekali. Dia kembali dan akan kembali memberikan arahan serta menyesakkan hari harinya.



***********************************************************
‘’ bodoh! ‘’ satu tamparan hinggap ke pipi.



‘’ budak itu pun korang tak mampu uruskan? ‘’



‘’ aku tak kire, walau macam mana cara sekalipun aku nak korang dapatkan budak tu dan bawa dia kesini. Kalau korang masih gagal… korang tau apa nasib korang kan? ‘’



‘’ tapi bos.. ade orang yang kawal dia dengan ketat bos. Susah kami nak lepas dari kawaln dia bos. ‘’ jawab lelaki berbadan tegap yang telah ditampar tadi sambil mengesat-ngesat pipi. Pijar akibat tamparan kuat tadi.



‘’ itu satu lagi yang aku nak korang siasat. Siapa lelaki yang tiba-tiba menjadi pengahalang rancangan aku! ‘’ balas manusia bertopi yang dipanggil bos. Dia mundar mandir di hadapan dua orang suruhanya.



‘’ walau apa pun cara kau mesti dapatkan budak itu. bunuh saja siapa yang menjadi penghalang. Tapi ingat! jangan sampai melibatkan polis. Pandai-pandai la korang uruskan. Habuan korang sangat lumayan kalau korang berjaya laksanakan rancangan ini. ‘’ ujarnya lagi. Dia membetulkan jaket kulit yang dipakai sambil mula menyalakan rokok. Disedut pelahan kemudian dihembus keluar yang membentuk kepulan asap. Kaki disilang dan dipakukan ke atas meja.



‘’ korang boleh mulakan rancangan sekarang, apa yang aku nak tahu dalam masa 7 hari aku nak budak tu ada disini. Paham? ‘’ bentak lelaki itu.



‘’ paham bos.’’ Kedua orang suruhan itu sedikit gentar dengan sergahan dari bos mereka. Walaupun tidak pernah melihat wajah sebenar lelaki yang dipanggil bos itu, mereka cukup gerun dengan ugutan-ugutan yang disampaikan sekiranya mereka gagal dalam menjalankan tugas. Mereka keluar dengan tergesa-gesa dan ingin memulakan rencana baru bagi tugas mereka yang telah mengalami kegagalan baru-baru ini.




1 comment:

Blue Sapphire said...

wawawa.....bes nyew story nyh...baw bce td dai ep i pai 7 nyh...cpat2 sambonx yew...hehe...