PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, May 17, 2010

My ArRoGaNt pRiNcEsS BaB 7






‘’ puteri dah keluar belum? ‘’ soal Tan Sri tegas. Sara yang baru menghantar mee goreng yang disediakan mak timah agak terperanjat dengan soalan majikannya itu.



‘’ be.. be.. belum tuan. ‘’ jawab Sara tergagap-gagap.



‘’ kalau begitu tak mengapalah, kamu boleh bantu mak timah kat dapur. ‘’ balas Tan Sri pula apabila melihat sara yang agak ketakutan. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Tanpa membuang masa sara melangkah pantas masuk ke dapur mendapatkan mak timah.



Sedang Tan sri membelek-belek akhbar dia di kejutkan dengan jeritan amarah puteri. Jeritan itu juga membuatkan sara berlari terkocoh-kocoh dari dapur . mulutnya terkumat-kamit sambil mengetuk kepalanya berkali-kali. Kain sarung yang di pakai di angkat separa betis mungkin memudahkan dia untuk memanjat anak tangga dengan pantas. Belum pun sempat dia memanjat anak tangga Tan Sri Bakri memanggilnya.



‘’ tak mengapa.. biar saya saja.. ‘’ ayat Tan sri terhenti di situ. Di sambung pula dengan langkahnya menuju ke atas. Sara mula merasa lega.. terlepas la dia dari di marah dek majikan kecilnya itu.



‘’ sengal! Kenapa kau lambat kejutkan aku ha! ‘’ laju sekali patung yang di baling mengena tepat ke muka Tan Sri. Dengan rambut yang berserabai puteri terkejut melihatkan manusia yang dibaling patung itu bukan lah sara. Terkedu sebentar, puteri menggosok-gosokkan matanya. Mulutnya mula terlopong melihatkan wajah yang semakin hampir dengan katil beradunya.



‘’ ini papa kamu puteri. ‘’ tegas Tan Sri Bakri melihat keadaan sekeliling bilik yang bersepah. ‘’ puteri selalu ke baling barang pada sara? Pada Mak Timah ? ‘’ soal Tan Sri sambil mengambil tempat duduk di sebelah anak gadisnya yang masih lagi boleh dikatogori sebagai mamai. Seperti biasa puteri menayangkan muka tidak bersalah dan sekadar melihat-lihat kawasan biliknya seolah- olah tiada apa yang salah dibuatnya. Tan Sri Bakri Cuma memandang lesu anak gadisnya yang semakin menginjak dewasa. Namun perangainya kadang kala masih lagi kebudak-budakan. Dia mengusap lembut kepala puteri. Perlakuan itu membuatkan puteri melentokkan kepalanya ke dada lelaki tua itu. ‘’ papa sayang puteri. Papa minta tolong puteri jaga diri baik-baik. Papa tak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada anak papa. Puteri faham kan apa yang papa cakapkan? ‘’ saat itu berubah wajah puteri, dia mula merasa panas di bibir mata. Cukup tersentuh dengan perlakuan papanya pada pagi ini. Perasaan amarahya di tutup oleh perasaan sayang yang menebal buat satu-satunya darah dagingnya yang ada. ‘’ puteri pun sayang papa..’’ balas puteri sambil mengesat sedikit air mata yang merembes keluar.



‘’ anak papa yang busuk ni bila nak mandi? ‘’ pertayaan selamber yang keluar dari mulut Tan Sri itu membuatkan puteri melompat bangun dari katil.



‘’ papa ni… mana ade… ‘’ jawab puteri manja, bibirnya mula memuncung. Baju tidurnya dipintal-pintal dengan jari. Tan Sri turut terseyum dengan keletah anak manja itu. Dia bangun mencapai tuala dan menyerahkan kepada anaknya. ‘’ dah.. mandi.. pas tu turun sarapan, papa tunggu ye?




‘’ sejurus itu satu cubitan singgah dipipi. Puteri menjerit kecil, bukan kerana sakit.. tapi merasa gembira, sudah lama dia tidak bermesra sebegitu dengan ayahnya.



********************************
Sesampai ke kolej Tania dan Vanesssa menanti seperti biasa. Kedua sahabat itu pelik dengan ketibaan rakanya yang tidak diiringi jejaka tampan yang ditunggu-tunggu saban hari. Bukannya mereka tidak biasa menunggu ketibaan puteri, tetapi kehadiran jejaka yang dikenalkan sebagai pemandu serta pengawal peribadi kepada Puteri Arianna anak Tan Sri bakri itu lah yang menjadikan mereka lebih bersemangat waja untuk menunggu sahabat merangkap ketua dalam kumpulanya itu. Melihatkan puteri yang semakin hampir mereka seolah tidak sabar untuk bertayakan perihal jejaka itu memandangkan sudah 3 hari ketibaan puteri ke kolej tidak diiringi jejaka itu.



‘’ mana pemandu hensem kau tu? Dah lame kami tak Nampak dia? ‘’ Soal Vanessa sambil memanjang-manjangkan lehernya mencari kelibat Daniel.



‘’ iyelah.. rindu aku nak tengok wajah tampan dia.. ‘’ giliran Tanya pula meluahkan isi hati. Kedua gadis itu asyik memerhatikan dan mencari-cari kelibat Daniel tanpa menyedari si tuan puteri telahpun jauh meninggalkan mereka. Apabila menyedari keaadaan itu kedua gadis tadi berlari mendapatkan tuan puteri yang nampaknya tidak berapa baik anginnya hari ini. Dalam fikiran mereka masih tertanya-tanya mengenai jejaka tersebut.



‘’ dia dah berhenti keje la tu! ‘’ jawab puteri kasar. Setelah bosan dengan pelbagai soalan yang dilemparkan kedua sahabatnya tentang jejaka yang akan membuatkan dia rimas dan naik angin.
‘’ kenapa?’’ serentak soalan itu keluar dari mulut Vanessa dan Tanya.



‘’ mana la aku tau? Dah 3 hari dia x datang.. dia dah resign la tu? Lantak la. Peduli apa aku dengan dia? Lagi bagus, lepas ni tak de lagi orang yang berani melawan dan memerintah puteri Arianna. ‘’ ujar puteri dengan riak bangga sambil tersenyum sinis. Bila dikenang kembali hanya Daniel saja yang pernah mengalahkannya serta berjaya memberikan arahan kepadanya. Hal itu menyebabkan dia merasa tercabar, sebelum ini pun tiada siapa yang berani atau boleh memperlakukan begitu terhadapnya. Walaupun papanya asyik beralah dengan segala tindak tanduknya. Dia benci akan kewujudan lelaki itu dalam hidupnya. Benci kerana dia tidak mampu untuk mengalahkan serta menundukkan lelaki seperti yang pernah dilakukan pada pengawal mahupun pekerja-pekerja papanya yang lain. Kali ini dia merasa kemenangan berpihak kepadanya apabila Daniel tidak muncul selama 3 hari. Pikirnya Daniel telah mengalah dan lari meninggalkan kerjanya. Dan tiba-tiba dia tersenyum bangga.



‘’ kau kenapa senyum meleret ni?’’ Tanya Vanessa yang pelik dengan keaadaan puteri yang tadinya dia mengelamun kemudian tersenyum sendiri.



‘’ nothing.. aku dah berjaya mengalahkan musuhku dengan mudah sekali. ‘’ jawab puteri angkuh.



‘’ musuh? ‘’





‘’siapa?’’



‘’ kau tak pernah cerita pada kami pun? ‘’ soal Tanya teruja apabila mendengarkan kata-kata puteri.



‘’ tak perlu, kalau aku cerita pun korang bukan nak sokong aku. ‘’



‘’ yang penting sekarang aku dah bebas.. ‘’ tambah puteri lagi. Maka tambah bingung la kedua sahabat itu dengan kata-kata puteri.

‘’ Maaf cik Arianna, saya lambat. ‘’



Suara itu ibarat petir yang memanah kepala puteri saat itu. dia berpaling dan mendapati Daniel berdiri tegak memandang ke arahnya dengan kepala sedikit tunduk tanda memohon maaf. Dapat dilihat kedua sahabatnya tadi mula mengangakan mulut apabila melihat lelaki itu berada didepan mata mereka. Saat itu mukanya mula merona merah, bibirnya diketap kuat, tanganya digengam erat. Ikutkan hati mau saja diterbalikkan meja yang diduduki.



‘’ hai Daniel, lame tak Nampak? Awak kemana? Puteri kata awk dah berhenti? ‘’



‘’ kami rindu awak tau? Awak tak jadi behenti kan? Jangan la behenti… ‘’ bertubi-tubi soalan dilemparkan kedua gadis yang sudah mulak hilang akal melihat jejak tersebut. Daniel hanya tersenyum mendengarkan soalan tersebut.



‘’ boleh kita balik sekarang cik Arianna? ‘’ Daniel Cuma menundukkan kepala kepada dua gadis tadi sambil berlalu ke arah kereta yang di parking tidak jauh dari kawasan mereka duduk.



‘’ Cik Arianna? ‘’ melihatkan puteri yang masih tidak berganjak dari tempat duduk dengan riak wajah yang mencuka membuatkan Daniel sedikit menjerit memanggilnya sambil membukaka pintu kereta. Mau tidak mahu puteri bangun dan menghentak-hentakkan kakinya ke tanah sebelum berlalu meninggalkan rakannya begitu saja. dalam hatinya cukup membara perasaan marah, geram. Baru saja tadi dia menyangkakan dia tidak lagi akan berjumpa dengan lelaki itu. namun sangkaanya meleset sama sekali. Dia kembali dan akan kembali memberikan arahan serta menyesakkan hari harinya.



***********************************************************
‘’ bodoh! ‘’ satu tamparan hinggap ke pipi.



‘’ budak itu pun korang tak mampu uruskan? ‘’



‘’ aku tak kire, walau macam mana cara sekalipun aku nak korang dapatkan budak tu dan bawa dia kesini. Kalau korang masih gagal… korang tau apa nasib korang kan? ‘’



‘’ tapi bos.. ade orang yang kawal dia dengan ketat bos. Susah kami nak lepas dari kawaln dia bos. ‘’ jawab lelaki berbadan tegap yang telah ditampar tadi sambil mengesat-ngesat pipi. Pijar akibat tamparan kuat tadi.



‘’ itu satu lagi yang aku nak korang siasat. Siapa lelaki yang tiba-tiba menjadi pengahalang rancangan aku! ‘’ balas manusia bertopi yang dipanggil bos. Dia mundar mandir di hadapan dua orang suruhanya.



‘’ walau apa pun cara kau mesti dapatkan budak itu. bunuh saja siapa yang menjadi penghalang. Tapi ingat! jangan sampai melibatkan polis. Pandai-pandai la korang uruskan. Habuan korang sangat lumayan kalau korang berjaya laksanakan rancangan ini. ‘’ ujarnya lagi. Dia membetulkan jaket kulit yang dipakai sambil mula menyalakan rokok. Disedut pelahan kemudian dihembus keluar yang membentuk kepulan asap. Kaki disilang dan dipakukan ke atas meja.



‘’ korang boleh mulakan rancangan sekarang, apa yang aku nak tahu dalam masa 7 hari aku nak budak tu ada disini. Paham? ‘’ bentak lelaki itu.



‘’ paham bos.’’ Kedua orang suruhan itu sedikit gentar dengan sergahan dari bos mereka. Walaupun tidak pernah melihat wajah sebenar lelaki yang dipanggil bos itu, mereka cukup gerun dengan ugutan-ugutan yang disampaikan sekiranya mereka gagal dalam menjalankan tugas. Mereka keluar dengan tergesa-gesa dan ingin memulakan rencana baru bagi tugas mereka yang telah mengalami kegagalan baru-baru ini.




Sunday, May 16, 2010

BaB 27



Suasana petang yang mendamaikan, ditambah pula angin sepoi yang menolak dedaun pohon. Perasaan seolah-olah lame sudah tidak merasai suasana kampung. Nasib baik kawasan ini masih seperti dahulu masih terjamin kebersihan serta keindahan perkampungan. Kemajuan yang dikecapi bukan alasan kepada kemusnahan sebuah kawasan perkampungan yang cukup indah dan penuh dengan memori suka duka penduduk asal. Di bawah pohon itu Aleyssa dania masih lagi menikmati suasana petang sambil bermalas malasan memerhatikan kanak-kanak yang masih menjadikan padang yang kian lusuh itu sebagai tempat riadah. Dan di saat leka memerhatikan kanak-kanak bermain bola sepak, hawa telinga dikejutkan dengan suara siuh rendah sekumpulan remaja yang asyik bermain bola keranjang. Rindu benar saat menonton permainan itu. Aleyssa perlahan-lahan mendekati gelanggang yang kian lusuh.. namun masih menjadi tempat beradu remaja-remaja bagi aktiviti riadah mereka. Sekumpulan remaja yang terdiri daripada kaum melayu dan cina. Pertama kali dia melihat ada pelajar melayu yang bermain bola keranjang. Manakan tidak, dizaman sekolahnya dulu permainan ini hanya didominasi oleh kaum cina. Kalau ada pun yang berminat dan pernah bermain hanya Aliff Haikal ketua pelajar sekolahnya.


‘’ hmmm…. ‘’ keluh aleyssa perlahan sambil bibirnya melakar satu senyuman yang hanya dirinya saja yang tau maknanya.


‘’ err… dik… boleh akak ikut main? ‘’ Tanya aleyssa separuh menjerit kepada kumpulan remaja itu. Mereka tiba- tiba berhenti kaku sambil memerhatikan aleyssa dari atas hingga ke bawah.


‘’ akak nak main bola dengan kami? ‘’ Tanya salah seorang dari mereka. Aleyssa mengganggukkan kepala sambil terseyum penuh harapan.


‘’ akak nak main bola keranjang dengan kami? ‘’ Tanya remaja itu lagi dengan reaksi tidak percaya..


‘’ boleh ke akak main permainan ni? ‘’ soal seorang lagi dari mereka sambil melambung-lambung bola jingga yang melekap di tanganya sejak tadi.


‘’ kenapa pulak tak boleh? Kamu ingat akak x pandai? ‘’ balas aleyssa sedikit geram dengan pertayaan mereka yang seolah-olah memperlekehkan dirinya. Sedangkan memang hakikatnya dia tidak pernah bermain permainan itu. Selama ini pun dia hanya menjadi penonton sahaja. namun entah mengapa hari ini timbul perassan ingin mencuba. Sebba itu dia memberanikan diri untuk ikut serta bermain.

Melihatkan reaksi aleyssa yang bersungguh-sunguh itu remaja yang asyik melambungkan bola tadi dengan tidak semena-mena melemparkannya ke arah aleyssa. nasib baik perilaku itu berlaku di hadapannya dan mampu ditangkap oleh aleyssa walaupun dalam keadaan terhegeh-hegeh. Dia terseyum riang apabila dapat menangkap bola juga menandakan dia boleh ikut mereka untuk bermain sama.


Setelah setengah jam berlari kesana sini aleyssa mengangkat tangan menandakan dia mahu behenti bermain. Dia terus berlari anak dan terduduk di bawah pohon sambil menarik nafas dengan tercungap-cungap sambil mengibas-ngibas mukanya dengan tangan.


‘’ tak sangka gadis se lemah lembut awak suka permainan lasak begitu.. ‘’ sapa satu suara yang membuatkan aleyssa terus memalingkan wajahnya mencari gerangan empunya suara.
‘’ pandai jugak awak main? ‘’


‘’ err… encik Adam.. ‘’ sahut aleyssa kekok dengan kehadiran manusia yang membuatkan dia sentiasa berada dalam kegelisahan. Kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu adalah di pejabat Tengku Farid sewaktu diperkenalkan secara rasmi oleh Celina. Sejak itu dia seboleh-bolehnya mengelak untuk bertembung atau bersua muka dengan lelaki yang bernama Adam Harris. Tangannya masih lagi mengibas-ngibas muka yang kemerah-merahan dek pancaran matahari.


‘’ nah.. untuk awak.. ‘’ huluran sebotol air mineral membuatkan aleyssa merasa serba salah. Namun tekaknya yang sememangnya kering dari tadi membuatkan dia tidak mampu untuk menolak.


‘’ encik Adam buat apa kat sini? ‘’ tanpa ucapan terima kasih tudung botol mineral di buka dan air diteguk rakus tanpa menghiraukan perlakuannya diperhatikan oleh lelaki itu. Separuh dari isi mineral itu di teguk barulah lega tekaknya. Sisa air dibibir di sapu perlahan dengan hujung bajunya. Saat itu baru dia menyedari perlakuannya sedang diperhatikan. Bertambahlah merona merah wajahnya apabila matanya bertentang dengan mata lelaki tersebut yang asyik memerhatikan dirinya.


‘’ err.. apa encik buat di sini? ‘’ soalan sama itu mematikan pandangan Adam kepada gadis itu. Sambil tersenyum dia bangun berjalan 3 langkah kehadapan dan menggeliatkan badannya yang panjang itu.


‘’ awak dah lupa yang saya juga terlibat dalam projek yang awak usahakan itu? Tak salahkan kalau saya turun untuk meninjau sejauh mana perkembangan projek ini berjalan? ‘’ jawabnya sambil memandang tepat kearah aleyssa.


‘’ oooo… ‘’ hanya itu yang mampu diluahkan. Seboleh-bolehnya dia ingin pantas berlari meninggalkan lelaki itu. Dia giat mencari idea untuk tidak berlama-lamaan di situ.
‘’ emmmm.. saya balik dulu la En.Adam, hari dah semakin lewat ni. ‘’ usul aleyssa sambil pantas berdiri membetulkan pakaiannya.


‘’ terima kasih untuk ini. Maaf terlupa ucap lebih awal. ‘’ ujar aleyssa lagi sambil menunjukkan botol mineral tersebut kepada adam. Dia berjalan pantas meninggalkan lelaki itu. adam hanya memerhatikan saja tingkah laku gadis bertudung biru yang terkocoh-kocoh berjalan meninggalkannya. Dalam diam dia tersenyum penuh makna.


***********************************************************
Suasana café petang itu cukup menenangkan pelanggan-pelanggan yang hadir untuk menikmati minum petang bersama pasangan masing- masing. Café mewah yang terletak di tengah bandaraya kuala lumpur ini cukup menjadi tumpuan golongan-golongan korporat yang sukakan layanan istimewa dan mewah. Dekorasi serta suasannya amat sesuai bagi pasangan-pasangan bercinta yang inginkan privasi meluangkan masa bersama. Di satu sudut yang agak jauh dari pelanggan lain…

‘’ u nak minum ape?’’ Tanya Celina sambil membelek-belek menu yang diberikan.


‘’ coke please.. ‘’ jawab lelaki itu perlahan.


‘’ makan?’’ Tanyanya lagi.


Lelaki itu Cuma menggelengkan kepalanya.


‘’ ok.. bagi kami 2 coke. ‘’ beritahu Celina pada pelayan yang setia menunggu. Pelayan tersebut tersenyum sambil berlalu untuk menyediakan pesanan. Pemergian pelayan tadi menimbulkan kesunyian diantara mereka.


‘’ macam mana nenek? ‘’ Tanya Celina memulakan kembali komunikasi antara mereka. Memang selama ini Cuma Celina saja yang beria untuk berbicara, sedangkan lelaki dihadapannya itu.. sepatah di Tanya sepatah juga yang dijawab.


‘’ beransur pulih..’’ jawab lelaki itu pendek.


‘’ macam mane penerbangan tadi? U penat tak? ‘’


‘’ it’s ok.’’


‘’ hmm… x pe.. lepas ni I hantar u balik so, u can get rest. ‘’ balas Celina mempamerkan senyuman yang cukup manis. Tangannya menyentuh lembut tangan lelaki itu. Namun ditarik perlahan seolah-olah tidak disenanginya.


‘’ kenapa dengan u ni? Sejak kebelakangan ini I tengok u macam nak jauhkan diri u dari i? ‘’ Tanya Celina dengan nada tidak puas hati dengan perilaku lelaki itu.


‘’ I penat..’’ jawabnya pendek sambil matanya memerhatikan landskap di sebalik cermin café.


‘’ hmmm… ok.. I faham.. tapi sayang.. kita dah 2 minggu tak jumpa. U tak rindu i? dalam 2 minggu ni I selalu call u, tp x penah dapat. But I paham u mesti tengah temankan nenek, kalau la u benarkan I ikut u jenguk nenek dah tentu kite boleh bersama selalu. ‘’ luah Celina. Sesunggunya dia amat rindukan tunangnya itu. Dia tahu cukup sukar untuk memahami perangai serta meramal tindak tanduk lelaki yang seorang ini. Sejak di tunangkan setahun yang lepas dia cuba berusaha untuk mendekati lelaki pendiam itu. Namun hingga kini dia hanya mendapat layanan dingin seperti orang lain. Belum pernah dia melihat lelaki itu berbual-bual dengan sesiapa pun dengan ramah. Dia lebih suka untuk memencilkan diri. Hanya keluhan demi keluhan sebagai jawapan apabila memikirkan bagaimana lagi caranya untuk dia mengubah bakal suaminya itu.


‘’ u nak kemana? ‘’ Tanya Celina saaat dia tersedar dari lamunan apabila dia melihat lelaki itu berdiri.


‘’ can we go now?’’ pinta lelaki itu tanpa riak. Cap yang dipakai di turunkan sehingga menutup sebahagian dari mukanya, sambil kedua belah tangannya di masukkan kedalam poket jeans lusuh yang dipakainya.


‘’ tapi sayang.. ‘’ belum pun sempat dia meluahkan kata-katanya lelaki tersebut telah pun melangkah meninggalkan gadis itu.


‘’ Adam!! tunggu i.. jerit Celina sambil bergegas mencapai tas tangannya dan berlari mengejar Adam yang semakin jauh meninggalkan dirinya.


***********************************************************
‘’ Leyssa.. Aku lapar la. Jom la makan. Pagi tadi aku sempat makan karipap je tau? Tunggu kau membelek buku- buku kat sini. Lame dah ni.. ape lagi yang kau cari ni? ‘’ rungut mira yang memuncungkan mulutnya tanda protes terhadap Aleyssa yang dari tadi asyik saja membelek novel-novel terbaru di situ. Dari tadi amira asyik merungut. Dia tahu temannya itu sedang menahan lapar. Sengaja dia mahu menyakat sahabatnya itu. Semua buku yang ingin dicari telahpun dia ketemu, Cuma perlu dia bayar saja di kaunter. Rungutan demi rungutan dari temannya itu membuatkan dia sengaja melengah-lengahkan masa.


‘’ cik Aleyssa Dania.. kau dengar tak ape aku cakap ni. ‘’ ngomel amira lagi


Aleyssa yang melihat keadaan kawanya yang duduk di tepi rak buku dengan muka yang berkerut-kerut sambil membebel-bebel menyebabkan dia tergelak kecil. Timbul pula rasa kasihan pada satu-satunya sahabat yang dianggap seperti keluarganya sendiri.


‘’ ye la ye la ye la.. jom aku belanja kau makan laksa nak? ‘’ ucap aleyssa ceria mengumpan amira supaya kembali ceria seperti selalu.


Mendengarkan pelawaan aleyssa aotomatik nya badan nya tegak berdiri sambil terus merangkul lengan aleyssa dan menariknya ke kauter bayaran untuk menjelaskan buku-buku yang dipilih tadi dengan segera. Senyuman mekar kembali dibibir amira. Sewaktu hendak membayar harga buku-buku tersebut satu nada deringan telifon cukup menyentakkan telinga dan jiwa aleyssa. nada dering itu, lagu you’re my destiny cukup menyentakkan hatinya. Dia pantas meninggalkan kaunter bayaran dan mencari-cari siapa gerangan empunya nada dering itu. Hatinya cukup berdebar saat dia semakin mendekati bunyi tersebut. Deringan yang tidak di jawab menyebabkan dia boleh mencari dari mana arah datangnya bunyi tersebut. Dan dilihat seorang remaja perempuan yang baru tersedar dari tidur yang tergopoh-gopoh mencari handphone yang diletakkan dalam beg sandangnya. Namun dia terlambat untuk menjawap panggilan. Remaja itu seolah-olah terkejut melihatkan reaksi aleyssa yang memerhatikannya dengan penuh emosi.


‘’ maaf kak. Saya tertidur sambil baca buku kat sini.’’ Ujar gadis itu sambil bangun tergesa-gesa dan meninggalkannya sendiri. Mungkin sangkanya aleyssa merupakan pekerja kedai itu.
Dan menyedari hakikat itu aleyssa mengeluh sendiri dan kembali ke kaunter bayaran untuk membayar buku pilihanya tadi. Namun sesampainya disitu dia melihat amira sekali lagi dengan wajah yang mencuka.


‘’ kau ni kenapa? Tinggalkan kaunter macam tu aje. Kesian orang lain yang beratur menunggu kau tau tak? nak tak nak. Aku bayarkan je la untuk kau. So lepas ni kau kene belanje aku. ‘’ bebel amira sambil menjinjit beg2 yang dipenuhi novel-novel baru yang di beli tadi.


‘’ ololololo.. jangan la marah.. ni aku nak belanje kau la ni.. dah.. jom kite pergi makan!!! ‘’ balas aleyssa menceriakan sahabatnya itu. Namun jauh di sudut hatinya dia masih lagi teringat dengan kejadian tadi. Walau bagaimana pun ia Cuma satu nada deringan saja. semua oragn boleh menggunakan nada yang sama. Lagi pun lagu itu cukup popular dikalangan peminat drama korea yang tak mungkin di telan zaman.





hmmmm.. harap korang semua suke....