PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Saturday, January 16, 2010

SouL MaTe - BaB 26

‘’ aleyssa… leyssa.. ‘’

Perlahan aleyssa membuka kelopak mata. Kepalanya masih berdenyut-denyut. Sekali sekala dia mengaduh kesakitan apabila merasa bagai ada jarum yang mencucuk-cucuk kepalanya. Pandangannya masih kabur. Namun telinganya dapat mendengar satu suara yang dari tadi memanggil lembut namanya. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan begitu. Cukup lama sehinggakan dia berusaha pejam celik pejam celik matanya dengan harapan kekaburan mata hilang.

‘’ aleyssa… awak ok? ‘’

Masih lagi suara yang sama. Namun aleyssa masih lagi berusaha untuk melihat gerangan lelaki yang bersuara. Dia kemudian menggosok kasar matanya dan disebalik jari-jemari yang sedang menggosok kelopak mata dia dapat melihat kelibat seorang lelaki berbaju putih yang memandang wajahnya penuh simpati. Wajahnya kelihatan pucat macam dulu. Masih tidak berubah. Dengan riak muka yang sama. Melihat akan gerangan lelaki itu aleyssa mula tersenyum bahagia. Namun belum pun sempat aleyssa memanggil namanya dia mula berpaling melangkah keluar dari bilik itu. Aleyssa yang cemas berusaha keras untuk bangun dari katil mengejar lelaki tersebut. Namun usahanya sia-sia, sekuat mana dia mencuba dia masih lagi kaku terbaring di katil. Aleyssa yang semakin resah melihatkan lelaki itu membuka pintu dan perlahan menutup kembali pintu biliknya. Dengan sekuat hari dan tenaga aleyssa menjerit memanggil ‘’ lee!!!!! ‘’

Dan di saat itu juga dia mula tersedar sambil bangun secara mengejut dari katil itu. Perlakuan mengejut aleyssa itu membuatkan amira yang sedang menuang air ke dalam gelas terperanjat.

‘’ leyssa.. kau dah sedar? Ya Allah.. syukur sangat-sangat kau dah sedar. Aku risau sangat takut pape yang berlaku kat kau. ‘’ ucap mira penuh emosi sambil memeluk erat bahu rakanya itu. Dapat dirasakan kehangatan badan leyssa. peluh yang merecik ke dahi aleyssa di sapu perlahan.
‘’ kau baring dan rehat dulu k? aku belikan kau makanan. Dr. cakap kau stress. So aku nak kau rehat secukupnya tau? ‘’ pesan amira di balik pintu sambil tersenyum.

‘’ mira.. dah bape lame aku kat sini? ‘’ Tanya aleyssa sebaik berpeluang untuk berbicara.

‘’ 2 hari kau tak sedarkan diri. Aku cukup risau tengok keadaan kau. ‘’

‘’ kau jaga aku 2 hari ni? ‘’

‘’ iyelah,, aku kan kawan baik kau? Aku cuti seminggu semata-mata nak jaga kau tau? ‘’

‘’ ade sesape datang melawat aku? ‘’

‘’ ada.. ziela tiap-tiap hari datang. Petang nanti dia cakap dia datang lagi. Tengku farid ade datang semalam, dia kirim salam. ‘’ balas mira sambil tangannya sibuk menukarkan bunga ke dalam pasu yang disediakan. ‘’ kau nak makan ape? Aku nak turun beli ni. ‘’ Tanya mira setelah selesai meletakkan jambangan bunga ros putih di atas meja.

‘’ Ade orang lain lagi tak yang datang melawat aku selain mereka? ‘’ Tanya aleyssa tanpa menghiraukan soalan dari mira tadi.

‘’ oo.. lupa ade.. ‘’ jawab mira sambil terseyum tersipu-sipu.

‘’ sape? ‘’ soal leyssa penuh ingin tahu.

‘’ alif haikal, dia la yang kasi bunga-bunga cantik ni.. ‘’ jawab mira sambil menunjukkan jambangan bunga yang ada dalam bilik tersebut. Dan jawapan itu juga membuatkan aleyssa mengeluh hampa. Keluhannya itu didengar jelas oleh amira. Dia yang merasa tidak sedap hati kemudianya merapati katil dan duduk di sebelah aleyssa. ‘’ kau kenapa leyssa? ‘’

‘’ tak de.. aku ok.. kau tolong belikan aku mee goreng mamak boleh? Aku lapar la.’’ Sembunyi aleyssa, dia cuba mempamerkan senyuman terbaik untuk rakanya yang telah bersusah payah menjaganya. Amira paham aleyssa tidak mahu memanjangkan lagi topic itu. Dia Cuma mengeluh kecil sambil memegang lembut bahu temanya. ‘’ kau tunggu ye? ‘’ balas mira sambil berlalu meninggalkan aleyssa keseorangan di bilik yang sederhana besar itu.

‘’ lee… mana awak? ‘’ dengan tak semena nama itu meluncur lembut dibibir kering aleyssa.

********************************************
‘’ mira, aku kene balik kampung, mungkin aku akan tinggal kat sane lame skit. ‘’ ujar aleyssa pada satu malam.

‘’ kenapa? Kau cuti lama ke? ‘’ Tanya mira resah.

‘’ eh.. tak la.. kau ingat tak aku pernah cakap yang Tengku farid suruh ku handle satu projek amal bersama dengan syarikat dari Tiawan. So projek tu kat kampung aku la. ‘’

‘’ ooo.. ‘’ mulutnya membentuk bulatan. ‘’ kalau macam tu aku nak ikut kau la, dah lame aku tak jumpa Pak Karim. Rindu jugak kat suasana kampung. ‘’

‘’ ehh.. kau kan kerja? ‘’ Tanya aleyssa hairan

‘’ ala.. bukan lama pun aku nak tinggal sana.. aku cuti la.. saje nak temankan kau? Boleh? Ke tak boleh? Kalau tak boleh tak pe la.. ‘’ balas mira dengan nada rajuknya.

‘’ ye la yela.. aku tak kisah. Suka hati kau la nak tinggal berapa lame pun. ‘’ aleyssa bangun meninggalkan sahabatnya itu. Dia malas melayan kerenah temanya yang kuat merajuk itu. Sengaja dia melarikan diri dari mira. Dia perlu berkemas apa yang patut. Segala persiapan untuk projek tersebut tergendala disebabkan percutiannya tempoh hari. Di sebalik hatinya dia masih lagi mengaharapkan apa yang dilihatnya sebelum ini adalah kenyataan. Namun jauh di sudut hatinya amat mengaharapkan kemunculan lelaki tersebut. Hanya kad dan kiriman bungan yang diterima dari adam dan Celina yang mengaharapkan dia cepat pulih. Kelibatnya langsung tidak kelihatan sepanjang dia kembali bekerja di pejabat. dia cukup teriingin untuk berhadapan sekali lagi dengan lelaki bernama adam. Namun tidak berkesempatan.

*************************************
Hari ni merupakan hari terakhir aleyssa di pejabat utama. Tadi dia dapat melihat kelibat Celina dalam bilik Tengku FArid bersama dengan seorang lelaki. Saat melihat kelibat lelaki itu sudah cukup membuatkan dia merasa sesuatu. Benarkah dia? Aleyssa berbelah bagi untuk masuk. Selang beberapa minit berdiri di depan pintu pengarah urusan dia kemudian mendapat semangat yang luar biasa. Pintu di kuak perlahan.

‘’ ha… Dania panjang umur kamu, kami baru berbincang mengenai kamu. ‘’ tegur Tengku Farid sambil mempersilakannya untuk duduk. Aleyssa Cuma mampu memandang lantai. Hujung matanya dapat merasakan pendangan daripada dua manusia yang berada di sebelahnya. Dia diam mendegar sahaja omongan dari Tengku Farid yang cukup gembira sekali nadanya berbual mesra dengan Celina yang sememangnya fasih berbahasa melayu.Dalam fikiran aleyssa kini sibuk memikirkan cara untuk dia tidak bertemu mata dengan lelaki itu. Dia takut. Gementar. Dan mula terbit perasaan malu dari dalam dirinya.

‘’ ermm..Dania.. u macam mane ? dah baik? ‘’ Tanya gadis itu tiba-tiba.

‘’ errr… saya ok. Terima kasih untuk kad dan bunga tempoh hari. ‘’ balas aleyssa tergagap-gagap.

‘’ owhhh.. itu en. Adam yang kasi. ‘’ jawab Celina pendek membuatkan aleyssa terpaku seketika.
‘’ well... u all berdua belum pun kenal secara rasmi lagi kan? Ye lah.. hari tu baru je kenalkan u dah pengsan and u Nampak je En. Adam ni seolah macam u Nampak hantu jer. ‘’ ujar Celina berseloroh sambil meledakkan tawa Tengku Farid yang dari tadi memerhatikan mereka.

‘’ I kenalkan ini Adam. Adam.. this is Dania. ‘’ hendak tak hendak aleyssa berat sekali bangun sambil memusingkan badan menghadap ke arah lelaki tersebut. Namun bola matanya Cuma dapat melihat dada bidang yang mengenakan kemeja biru lembut di samping kot hitam dan warna tie yang sedondon. Perlahan-lahan bola motanya di angkat mencari wajah milik lelaki yang bernama Adam. Matanya terpaku di wajah lelaki itu. Hancur luluh harapanya, namun jauh di sudut hatinya dia merasakan satu kelegaan di dadanya. Dia sediri tidak tahu mengapa dia berperasaan begitu. Wajahnya memang mirip. Tapi mustahil orangnya sama.