PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, December 28, 2009

SouL MaTe - BaB 24

‘’ Dania! Papa panggil.. sekarang! ‘’ sergah fasha tiba-tiba. Satu keluhan pendek dilepaskan gadis itu. Dia masih lagi teringatkan kejadian pagi tadi. Pemandu kereta mewah dan gadis cantik yang dilanggarnya tadi. Semuanya asyik berputar-putar difikiran saat ini. Tidak mahu lagi terusik dengan kejadian pagi tadi dia berdiri tegak sambil menarik nafas panjang serta menghembus kasar sambil menggetuk-ngetuk sedikit kepalanya.

******************************
‘’ tokk tok! tok! ‘’

‘’ masuk ‘’ kedengaran suara Tengku Farid .

‘’ Tuan panggil saya? ‘’ soal Aleyssa sopan sambil matanya dapat menagkap jambang bunga berwarna putih. Agak besar. Cantik sekali. Masih terletak elok di atas meja.. kakinya melangkah ke meja Tengku Farid tetapi matanya tetap mengerling ke arah jambangan bunga itu.

‘’ begini Dania, saya nak kamu uruskan satu projek bersama dengan sebuah syarikat dari Taiwan. Mereka berbesar hati untuk bekerja sama dengan kita dalam bprojek terbaru untuk pembinaan sebuah taman rekreasi di sebuah kawasan pedalaman yang beum diketahui tempatnya. Walaupun projek ini bukan lah projek untuk megaut keuntungan kerana pihak mereka bercadang untuk menyerahkan tempat itu kepada pusat kebajikan. Ini merupakan salah satu kerja kebajikan mereka. Dan saya sangat gembira kerana mereka memilih syarikat kita. Ini juga merupakan satu peluang untuk kita lebih merapatkan lagu hubungan dengan mereka. ‘’

‘’ tapi pa. kita tak dapat untung la kalau macam tu? ‘’ Tanya Fasha tiba-tiba, penerangan Tengku Farid tergendala dengan soalan kurang cerdik anaknya itu.

‘’ Fasha.. dalam bissnes jangan asyik fikirkan keuntungan saja. kadang-kadang untuk dapatkan lebih ke untungan pada masa akan datang kite perlukan projek-projek yang sebegini. Fasha kene belajar tu.. ‘’ tegur Tengku Farid lembut. Fasha hanya mencebikkan mukanya apabila pendapat serta pandangannya seolah di bangkang oleh papanya.

‘’ tuan, boleh saya tahu syarikat mana yang bakal bekerjasama dengan kita nanti ‘’ kening bertaut dia membetulkan duduknya. ‘’ dan kenapa tuan berikan saya projek ini sedangkan kepakaran saya adalah dalam pengurusan hotel. ‘’ dia merenung tepat ke wajah tengku Farid yang jelas kelihatan terseyum. ‘’ nanti saya kenalkan kamu dengan mereka. Oh ya.. minggu depan jangan lupa kita ada temu janji dengan delegasi dari Taiwan dan saya mahu kamu layan mereka denagn sebaik mungkin. ‘’ Tengku Farid bangun sambil mencapai kotnya. ‘’ kamu dah makan Dania? Let’s joined us? ‘’ pelawaan Tengku Faris itu di balas dulu dengan gelengan beserta senyuman.

**********************************
‘’ betul u tak nak ikut I jumpa nenek? ‘’

‘’ hmmm... ‘’

‘’ kalau u nak I boleh booked kan satu lagi tiket untuk u? ‘’ pujuk gadis itu lagi.

‘’ No. just go.. ‘’ jawab lelaki itu lemah.

Suasan di lapangan terbang KLIA di penuhi dengan penumpang-penumpang yang bakal menuju ke destinasi masing-masing. Selang 15 minit terdengar bunyi suara operator yang
memaklumkan jadual kapal terbang yang bakal berlepas mengikut masa yang ditetapkan.

‘’ I akan berlepas tak lama lagi.. u tak ada apa- apa yang nak cakap pada i? ‘’ Tanya Celina selepas lama mendiamkan diri. Bukan jenis dia yang suka berdiam diri. Sememangnya dia seorang gadis yang periang. Sesuai dengan status nya seorang model terkenal di Taiwan serta bergelar ahli perniagaan ternama selepas mengambil alih syarikat perniagaan datuknya. Celina masih lagi menunggu jawapan dari jejaka murung di hadapannya itu. Semenjak perkenalan mereka tidak pernah sekali pun dia melihat senyuman mahupun perkataan indah dari bibir lelaki itu, sepatah di tanya sepatah la jawapannya.

‘’ adam.. do you hear me? ‘’ soal Celina agak kuat sambil memegang lembut tangan jejaka itu. Dan dengan sepantas itu juga dia menepis tangan membuatkan Celina tersentak dengan tindak balas itu. Adam bangun lalu berjalan malas meninggalkan Celina.

‘’ you nak kemana Adam? ‘’ soal Celina separuh menjerit serta kecil hati dengan tindakan lelaki itu. Celina mengeluh hampa sambil mukanya tunduk menghadap lantai airport. Hanya keluhan demi keluhan yang terbit dari bibirnya.

****************************************
‘’ dik.. yang ni berapa harga dia? ‘’

‘’ oh.. tak de harga kat situ ye kak? Maaf ye? Nanti saya semak harga dekat kaunter. ‘’ balas gadis genit yang bekerja di kedai serba neka yang selalu dikunjungi aleyssa selepas balik dari kerja. Di situ lah dia membeli barang-barang keperluan dirinya. Dia lebih suka di situ kerana kedai tersebut berhampiran dengan rumah. Turun saja dari bas ataupun teksi terus Nampak kedai. Jalan kaki ke rumah hanya makan masa tidak sampai lima minit. Aleyssa masih lagi membelek-belek barangan yang disusun cantik di atas rak. Coklat-coklat yang cukup menarik perhatianya. Hanya disentuh sentuh satu persatu. Namun tiada keinginan untuk membeli. Dia masih lagi menunggu harga sekotak gula-gula pelbagai jenis yang di bungkus cantik. Hanya itu yang menarik untuk di belinya. Memandangkan setiap hari dia akan singgah di kedai itu.

‘’ harganya RM12.00 kak. ‘’ beritahu gadis tadi sambil di tangannya membawa tag harga untuk dilekatkan pada bungkusan yang lain. Aleyssa terseyum Cuma melihat gelagat gadis itu yang cekap melakukan kerjanya.

‘’ terima kasih dik. ‘’ ucap aleyssa sambil berjalan-jalan mengelilingi lorong-lorong kecil ynag menempatkan pelbagai barangan lain. Namun dia merasa ada mata yang memandang tindak tanduknya. Bukan hendak perasan tapi sememangnya dari tadi dia dapat merasakan ada sepasang mata yang memerhatikannya. Aleyssa mula rasa tidak sedap hati. Pada mulanya dia hanya menganggap ianya hanya mainan perasaan saja. namun setelah dia teringat akan kejadian-kejadian yang terpapar di dada-dada akhbar berkaitan kejadian culik dan rogol, dia mula cuak. Pelbagai perasaan mula meraja dalam dirinya. Dengan langkah tergesa-gesa aleyssa kalut mahu lekas sampai ke rumah. Hanya itu saja tempat selamat yang difikirkan, dan dia lupa akan agenda sebenar berada di kedai. Oleh kerana pelbagai perasaan yang mula mengantui dia telah melanggar seseorang yang kebetulan masuk semasa dia bergegas keluar dari kedai. Tanpa menoleh atau memandang sekilas kelibat manusia yang dilanggar aleyssa memohon maaf sambil menundukkan mukanya dan terus berlalu pergi. Saat itu di fikirannya dia hanya mahu sampai cepat ke rumahnya. Perjalanan yang mengambil masa 5 minit ibarat 5 jam. Aleyssa puas berdoa sambil melajukan lagi langkah kakinya. Apabila dia dapat melihat bentuk rumah sewanya dia mula merasa lega, Cuma tinggal beberapa langkah saja lagi untuk sampai kerumah. Tiba-tiba sebuah kenderaan mewah berwarna hitam berhenti tepat di hadapanya dan membuatkan aleyssa cukup tergamam. Pucat lesi mukanya. Semua andaian yang bermain difikiran nya tadi kini berlegar ibarat wayang di matanya. Pemandu kenderaan itu keluar dari kereta dan berlari untuk membuka pintu yang kemudian nay kelihatan seorang wanita anggun berdiri betul-betul di hadapanya. Melihatkan saja wajah itu aleyssa bingung. Apa lagi yang di mahukan wanita itu.
p/s: maaf sangat2 pada yang menunggu cter ni.. ni dulu yang saya dapat up load.. enjoy yer??

1 comment:

Anonymous said...

jeng3x..lee dh muncul..hehehe...