PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, December 7, 2009

SouL MaTe - BaB 23




Kenapa dia mesti hadir dalam hidup aku? Dah macam cara aku lakuakn untuk mengelakkan diri dari dia. Namun takdir masih lagi mempertemukan kami. Adakah dia… ishhhh.. x kan lah.. monolog aleyssa sendirian. Duduk di sofa empuk sambil berteleku malas. Jika sekali pandang mesti orang akan ingat dia sedang menonton tv. Tp realitinya??? Thira ni pun satu. Saje je nak kenekan aku. Tapi salah aku jugak ynag berjanji dengan nya sempena ulang tahun kelahirannya. Hmmmm… nasib.. kan dah terkena kau leyssa.. ‘’ hmmmm….’’ Satu keluhan panjang terbit dari mulut leyssa. keadaannya masih sama. Berteleku sambil mata memandang ke arah siaran tv yang hampir 2 jam terpasang. ‘’ haduiiii ‘’ aleyssa memicit-micit dahinya sambil bertukar posisi dengan bersandar pada tempat duduknya.



‘’ huuuuuuuuuu…. ‘’ semakin kuat bunyi keluhan aleyssa.



‘’ woittt’’



‘’ oi mak kau jatuh.. amira meletupp ‘’ serentak itu pecah berderai tawa gadis yang dari tadi memerhatikan gelagat sahabatnya itu.



‘’ kau ni kan.. mira.. sehari tak kejutkan aku x sah kan? Ucap aleyssa geram sambil mengurut dadanya. Senak.. terkejut.



‘’ dah tu yang kau dari tadi duk mengelamun, mengeluh ape kes? ‘’ balas amira masih berbaki tawanya. mug Nescafe di letak perlahan di atas meja. Perlahan di tarik aleyssa dan menghirup isinya dengan penuh nikmat.



‘’ sedap milo kau mira.. ‘’ puji aleyssa sambil matanya kembali menatap tv yang menyiarkan drama yang langsing tidak di ketahui tajuknya. Dan kali ini dia betul-betul focus kepada cerita yang disiarkan. Diam seketika. Masing-masing mengahayati siaran tv yang tersiar saat itu.



‘’ leyssa.’’ panggil amira perlahan. Mulutnya menghirup milo panas yang dibuat tadi, matanya masih lagi tertancap di kaca televisyen. Lama..



‘’ leyssa… ‘’ panggil mira lagi



‘’ leyssa…… ‘’ panjang nadanya.. kali ni kepala menoleh kea rah gadis itu. Kelitan mata bundar yang cantik itu sedang asyik menonton tv.



Budak ni mesti mengelamun. Tak kan lah tengok tv sampai tak dengar aku panggil? Bukan ye sebatu kedudukan aku ngan dia? Hmmmm… rungut amira sendiri.



‘’ aleyssa Dania Abdullah! ‘’ lantang suara amira memanggil nama sahabatnya itu.



‘’ ye saya cikgu? Saya tak tido! ‘’ tegak badan aleyssa bangun dari khayalannya.



‘’ ape pulak cikgu.. ni aku la. Ko ni kenapa? Ade masalah ek? Cube cerita kat aku? Kau kawan ngan aku bukan baru leyssa, tak kan kau tak percayakan aku lagi? Tak pe la.. siapa aku kan? ‘’



Saja amira cuba memprovok sahabatnya itu. Dia tahu aleyssa memang ada masalah. Bukan sehari dua perkenalan mereka. Alesyya sudah di anggap seperti saudaranya sendiri. Buat seketika mereka berdua melayan perasaan masing-masing. Apabila amira sedar dari angannya dia mengeluh kecil. Bangun berjalan kea rah bilik aleyssa.. seminit kemudian kembali dengan bantal dan selimut. Di selimut badan aleyssa. di sorongkan bantal buat gadis itu. Wajah polos aleyssa diamati. Cantik… cukup cantik, namun hidupnya selalu saja di rundung pilu. Walau di luar aleyssa cukup periang, terseyum selalu, namun hanya tuhan saja yang tahu apa yang bermain difikiran dan beraja di hatinya. Kasih sayangnya sebagai saudara cukup menebal terhadap aleyssa. dia sanggup lakukan apa saja asalkan melihat gadis itu mengecapi kebahagian hidup. Letih mencangkung mengamati wajah aleyssa membuatkan dia bangun menapak ke bilik tidurnya. Dan apa yang dia tidak lihat, aleyssa terseyum sambil menarik selimut menutupi mukanya.



*******************************



Thira berjalan riang, seperti biasa menceroboh masuk ke bilik abangnya. Berjalan penuh gaya elegen ‘’ hai bang… tak kan lah jumpa sekali dah angau balik kot? ‘’ sergah thira apabila melihat abangnya asyik dok terseyum-senyum layaknya seperti kerang yang tak bape busuk. Pen yang dipusing-pusingkan terlucut dari jari haikal akibat terkejut dengan sapaan adiknya itu.



‘’ adik ni kan? Dah tak reti nak bagi salam ke? Bape kali abang nak cakap? ‘’ marah alif menunduk ke bawah meja sambil mengutip pen yang jatuh. Thira mencebik. ‘’ ala abang ni.. ini kan adik abang? ‘’ dia mencebik lagi. Memuncungkan bibir pinknya itu. Beberapa saat kemudian bertukar senyuman nakal sambil merenung tepat ke arah abangnya,



‘’ bang.. abang nak jumpa kak Dania lagi tak? ‘’ umpan thira. Saat mendengarkan nama itu haikal static. Berhenti membelek dokumen-dokumen atas meja itu. Tapi riak wajahnya tidak menunjukkan yang dia cukup xcited dengan ajakan adiknya itu. Walhal dalam hati melonjak-lonjak ingin bertemu wanita idamannya, keningya diangkat. ‘’ Dania mana pulak ni? ‘’ Tanya haikal sambil menyambung kerja-kerja menyemak dokumen. Saja dia berkata begitu supaya tidak menjadi bahan ejekan adiknya.



‘’ ok, tak nak ye? Tak pe.. ‘’ balas thira mempermainkan abangnya. Dia tahu abangnya saja buat tak kenal. Macam la aku tak tahu yang dia nak sangat jumpe kak Dania. Hari tu bukan main seronok lagi muka bila jumpa kak Dania. Nasib la aku ni adik yang ingat kat abang. Nak kenekan aku konon.. hah.. dia yang kene balik.. senyuman nakal thira meresahkan haikal. Namun dia teringat akan satu perkara. Dia terseyum bangga sambil meneruskan kerja nya. Thira agak terkejut dengan tindak balas abangnya. Kenapa haikal langsung tidak risau, sedangkan dia tahu yang abangnya sangat sukakan gadis itu.



‘’ abang tak nak jumpe dia ke? Tak menyesal? ‘’ pancing thira lagi cuak melihat abangnya yang kelihatan seperti tidak berminat. Musnah lah rancanagnya untuk menyatukan dua insan yang amat di sayangi itu. Haikal terseyum gelihati melihat perubahan wajah adiknya itu. Dia meletakkan pen dan menyusun kembali kertas-kertas masuk ke dalam fail, serta menggulung semua pelan-pelan yang digunakan. Selesai dengan itu dia kembali duduk sambil memandang adiknya yang cemberut.



‘’ kalau adik tak nak tolong abang.. abang ada cara abang sendiri untuk jumpe dengan kak Dania.




‘’ kata Haikal sambil terseyum manis. ‘’ dan adik jangan risau abang dah tak kan lepaskan dia untuk kali ini. Abang akan cuba dapatkan dia. ‘’ jawab haikal lagi apabila raut wajah athira menunjukkan rasa tidak percaya dengan kata-katanya. Haikal terseyum penuh makna.




*************************************************
Audi AS5 parking elok depan lobi utama Teguh Holdings. Kebanyakan mata yang lalu lalang asyik memerhatikan kenderaan mewah itu. Kelihatan pintu sebelah penumpang dibuka oleh penyambut tetamu yang bersedia berkhidmat bila-bilamasa diperlukan. Seorang wanita berblaus putih ditangannya terdapat sejambak bunga. ‘’ are you coming with me? ‘’ Tanya wanita sambil terseyum mamandang insane yang ada di dalam kereta. Wanita tadi tidak memaksa dia memasukkan note RM 50 kedalam poket baju penyambut tetamu tadi sebagai tips untuk perkhidmatanya. Berjalan dengan penuh yakin dia masuk ke perkarangan bangunan Teguh mencari seseorang.

‘’ Cik Dania, cuba cik tengok kereta mewah tu.. mak aiii cantik nyer… kalau la saye dapat.. hmmm….. ‘’ ucap Ziela apabila terpandangkan Audi AS5 di depan pejabat mereka. Jam menunjukkan 1.05 tengah hari, cuaca yang panas membuatkan aleyssa merasa pening berada di bawah pancaran terik matahari. Aleyssa Cuma melihat sekali imbas ke arah kereta yang dimaksudkan.



‘’ dah la tu, jom kita p lunch, nanti lambat marah pulak bos kita tu. ‘’ ajak aleyssa sambil menarik lengan Ziela yang masih asyik melihat ke arah kereta itu.



Mereka berdua berjalan menuje ke gerai bersebelahan pejabat. di situlah mereka selalu menghabiskan waktu rehat. Bukan seperti pekerja lain yang lebih suka makan di restoran berhawa dingin dan mahal. Pada aleyssa mana kedai pun sama asalkan makanan sedap ditelan. Malah dia lebih selesa makan di gerai dari makan di restoran-restoran mahal itu.



‘’ alamak Ziela, saya tertinggal dompet kecil saya la kat atas meja. Awak tunggu sini ye? Saya pergi ambil. Sebelum tu awak tolong order menu biasa untuk saya. ‘’ belum pun sempat ziela bersuara aleyssa sudah mula terkocoh-kocoh meninggalkan gerai itu. Ziela hanya mampu mengelenggkan kepala melihat kelibat aleyssa.. ape lah cik Dania ni.. macam x boleh guna duit aku dulu? Setakat makan kat gerai aku boleh belanje ape. Ngomel Ziela sendirian.



Aleyssa berjalan terkocoh-kocoh balik ke pejabatnya, sambil berjalan dia membelek-belek beg tangannya mencari kepastian mungkin yang begnya tidak tercicir. Semakin lama dia semakin melajukan langkah dan sampai saja ke pintu utama aleyssa dengan pantas menolak pintu kaca sambil bergegas masuk dan tanpa di sedari dia melanggar sesorang.



‘’ heyy.. what the… ‘’ sergah seorang wanita kepadanya sambil membetulkan bahu baju yang tersasar sedikit menampakkan kulit putih bahunya,



‘’ I’m sorry miss, very –very sorry ‘’ balas aleyssa cuak melihat wajah wanita itu berubah merah padam. Dia betul-betul tidak sengaja. Habis barang-barang dalam beg nya bertaburan di lantai. Memang salahnya jalan tak tengok depan. Asyik sangat membelek-belek begnya. Dia tunduk memohon maaf sambil mengutip barangan yang bersepah.



‘’ next time use your eyes. What a stupid girl. ‘’ marah wanita itu sambil berlalu keluar mendapatkan kereta mewah yang msih setia menunggu di lobi utama. Aleyssa Cuma mampu menggelengkan kepalanya melihatkan sikap wanita itu. Dan saat dia terpandangkan kereta itu matanya tertumpu ke arah lelaki yang berada didalam kereta mewah itu. Dia dapat lihat dari dalam wanita tadi mengetuk cermin kereta di sebelah penumpang. Mungkin mahu dibukakan pintu. Mata aleyssa masih lagi tertumpu kepada lelaki yang berada di tempat pemandu. Wanita tadi sudah pun masuk ke perut kereta, saat kereta itu bergerak perlahan keluar dari perkarangan lobi Teguh Holding Aleyssa membeliakkan matanya. Dia cukup terpana dengan apa yang di lihat tadi. Mungkinkah? Atau dia saja yang tersalah pandang.



‘’ cik Dania? Kenapa ni? ‘’ teguran Ziela membuatkan aleyssa tersentak. Tanagn cepat-cepat mengutip barang yang masih bertaburan di lantai. Dalam hatinya dia yakin dia lah orangnya.



‘’ cik dania tengok ape? ‘’ Tanya Ziela yang turut menurut arah mata Aleyssa.



‘’ tak de ape la. Saya terlanggar sorang perempuan tadi, dia naik kereta mewah yang kamu tunjukkan pada saya tadi. ‘’ jawab aleyssa berselindung.



‘’ ha… kan saye dah kate kereta tu cantik.. ‘’



‘’ hmmm.. betul la tu.. jom la makan saya pergi ambil purse saya dulu yer? ‘’ ujar aleyssa sebaik selesai mengutip barangya.



‘’ tak pe la cik dania.. saya dah tapaukan pun. Kita makan kat pantry ye? Cik Dania buatkan teh. Mesti sedap. ‘’ balas ziela sambil mengangkat bungkusan yang di beli di gerai setelah agak lama menunggu kemunculannya. Mereka terseyum sambil berjalan menuju ke pantry yang sebelum ini dijadikan stor tempat pekerja-pekerja am melepaskan penat lelah mereka.






maaf sesangat.. lambat pos. insyallah entri untuk MAP akan di publish esok.. insyallahh....

1 comment:

Anonymous said...

mane lee????????????????????????