PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Thursday, December 31, 2009

SouL MaTe - BaB 25

‘’ pagi cik Dania. ‘’ tegur Ziela seperti kebiasaannya. Seceria pagi yang cerah.

‘’ pagi… ‘’ balas Dania pendek disertai senyuman tawar lantas berjalan malas menuju ke lif. Perlakuannya itu dipandang penuh makna oleh ziela. Keningnya mula bertaut beberapa saat kemudian bahu terangkat di samping kepalanya digeleng-geleng. Dia tidak mampu untuk bertaya lebih lanjut kerana mendapat satu panggilan . kerja harus diutamakan. Walaupun waktu bekerja masih belum bermula. Dania menghala ke arah lif. Tangannya sibuk menampar-nampar lengan baju. Entah apa yang difikirkan nya. Mukanya langsung tidak berseri-seri seperti biasa. ‘’ ting! ‘’ bunyi menandakan lif yang sedang mendarat dan tiba masa untuk pintu lif terbuka.

‘’ opss.. sory.. ‘’ ucapa Dania cemas apabila sewaktu masuk ke dalam lif dia melanggar seseorang. Beg yang di pegang dengan tiada perasaan mula melurut ke bawah terhempas ke lantai.

‘’ tak mengapa.’’ Jawab seorang lelaki. Seakan mengenali suara itu Dania mula mendongakkan wajahnya.

‘’ haikal.. awak buat apa kat sini? ‘’ soalnya spontan. Dia menunduk untuk mengambil begnya yang terjatuh.

‘’ saya hantar Tengku tadi. Tengok meja awak kosong. Ingatkan awak cuti? ‘’ jawab Alif Haikal disertai senyuman meleret. Sungguh dia sangat gembira sekali dapat menatap wajah pujaan hati. Seketika tadi dia merasa sedikit kecewa memikirkan yang gadis itu bercuti. Maka terlepas la peluang untuk menatap wajah serta berbual mesra. Dania melihat jam tangan Gucci yang dipakainya, jam menunnjukan hampir 8.10 minit. Pertama kali sepanjang bekerja dia lewat sebegini. Kening bertaut, dahi pun berkerut. ‘’ ooowww.. saya terlepas tren. ‘’ balas Dania mudah. Lif tadi yang terbuka sudah pun kembali ke aras 3. Jadi dia terpaksa menunggu lagi.

‘’ hmmm.. apa kata kita pergi sarapan pagi dulu. Saya pun tak ada meeting pagi ni. ‘’ pelawa haikal tiba-tiba, dalam hati dia amat mengharapkan persetujuan dari gadis itu. Dia memandang Dania dengan penuh makna.

Belum pun sempat Dania memberikan jawapanya, lif sekali lagi terbuka dan kali ini memuntahkan insan-insan yang cukup diseganinya. Tak terkata Dania saat melihat Tengku Farid dan Fasha tak lupa juga wanita itu, wanita yang baru dikenali namanya.




Imbas kembali….

‘’ Kalau awak fikir awak boleh dapatkan harta dari keluarga saya awak silap. Ini Datin Maria. saya tidak akan sesekali membenarkan sebarang anasir-anasir jahat menggangu keamanan keluarga saya. ‘’ ujar wanita itu dengan angkuh sekali. Dia memandang sinis gadis sugul dihadapanya itu. ‘’ ingat… jangan sesekali nak rapat dengan suami saya. ‘’

‘’ tapi Datin.. sa,, ‘’

‘’ saya tak mahukan penjelasan, saya Cuma nak ingatkan. Jangan sesekali cuba nak mempermainkan saya. Awak belum tahu kemampuan saya. ‘’ ucap Datin Maria lagi, belum pun sempat Aleyssa menerangkan segala-galanya. ‘’ ingat.. saya akan sentiasa memerhatikan gerak geri awak. ‘’ kata wanita itu lagi sambil mengarahkan pemandunya membukakan pintu. Aleyssa Cuma mampu melihat saja kereta mewah itu meluncur laju membelah jalan raya.


‘’ dania.. Dania.. ‘’ agak kuat suara haikal memanggil namanya. Saat dia tersedar dia melihat 4 pasang mata memerhatikan dirinya. Dansudah tentu la Fasha dan datin Maria memandangnya penuh sinis. Dania mula merasa malu dan serba tidak kena.

‘’ jom.. kita sarapan sama? ‘’ pelawa Tengku Farid. Dania terseyum mendengaekan pelawaan majikannya. Namun apabila melihatkan pandangan tajam dari Datin Maria serta perubahan wajah fasha membuatkan dia tau dia sememangya tidak patut menerima pelawaan itu. Di tambah pula dengan segala amaran dari wanita itu.

‘’ tak mengapa la tuan. Saya dah sarapan di rumah tadi. ‘’ balas Dania lembut penuh kesopanan. ‘’ serta merta dapat dilihat wajah Fasha kembali ceria sambil berjalan penuh lenggok merangkul lengan Alif Haikal. ‘’ jom la.. Fasha dah lapar ni… ‘’ rengek gadis itu penuh kemanjaan. Nampak jelas haikal tidak begitu selesa dengan tindakan Fasha.

‘’ kalau begitu.. shall we?.. ‘’ ajak Datin Maria pula disertai senyuman manis. Semanis wajahnya, namun dalam hatinya tiada siapa yang tahu akan perasaannya tika itu. Dania sekadar menunduk hormat melepaskan mereka pergi. Dia melepaskan keluhan. Lega dengan situasi tadi. Namun segala amaran Dari Datin Maria masih lagi menghantui dirinya.

***********************************

‘’ mira hari ni aku lambat skit tau? Ada yang perlu aku siapkan kat pejabat ni, ‘’

‘’ hmm… aku dah sedap baring kat rumah. Kau masih di pejabat? ‘’

‘’ ala.. skit je lagi.. ‘’

‘’ hmm… nak aku jemput kau? ‘’

‘’ tak pe la.. aku balik sendiri. Bukan lewat sangat pun. Kau rehat la ye? Dan.. kalau rajin tolongla masak untuk aku. Nanti balik aku makan.. bleh? ‘’

‘’ hmmm.. ye la.. jangan lambat tau? Kalau nak aku jemput kau Call aku tau? ‘’

‘’ okey… bye.. jumpa kat rumah ye ? ‘’ jawab aleyssa mengakhiri perbualannya di telefon dengan mira. Hari ni dia terpaksa pulang lewat memandangkan esok akan berlangsungnya majlis perjumpaan dengan delegasi dari Taiwan sempena projek usahasama mereka. Segala persiapan hendaklah dipastikan dengan baik supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Semua dokumen-dokumen perlu di semak untuk mengelakkan sebarang kesilapan berlaku. Sengaja dia mahu menyemak sendiri memandangkan ini merupakan tugasan yang diserahkan dengan rasa percaya oleh majikannya.

Keheningan malam di pejabat itu dikejutkan dengan bunyi nada deringan berlagukan lagu korea pujaan Dania.

‘’ hello.. ye Mira.. ‘’ dia menjawab malas panggilan itu

‘’ kau tak nak balik lagi ke? Dah pukul berapa ni? ‘’ marah mira di hujung talian membuatkan aleyssa Dania tersentak sambil melihat jam di tangannya.

‘’ ya Allah dah pukul 9! ‘’ ujarnya separa terkejut.

‘’ ha… tau pun.. penat aku tunggu tau? Aku dah masak nasi goreng lagi untuk kau. ‘’ balas mira lagi.

‘’ ok sayang.. aku balik sekarang ye? Tunggu tau? Mmmuahhhh.. bye.. ‘’ klik. Talian diamatikan. Fail-fail disusun kemas, kerusi di masukkan ke bawah meja hand bag dicapai, dia berjalan pantas keluar dari pejabat. sememangnya keadaan pejabat yang sunyi itu menaikkan bulu romanya. Perasaan itu baru terasa di saat dia mahu bergegas pulang. Tanpa melengahkan masa dia menekan butang turun. Kebetulan pula uncle Sammy pengawal di disitu muncul.

‘’ baru balik ka cik Dania? ‘’

‘’ ak ah uncle, tak sedar masa berlalu. ‘’ jawab Dania sambil terseyum. Dan apabila lif terbuka dia melangkah keluar. ‘’ balik dulu ya uncle? Selamat malam..’’ ujar Dania mengakhiri perbualan mereka.

‘’ hati- hati cik dania. ‘’ pesan uncle Sammy sambil melambai ke arah Dania.

Keadaan pekat malam yang semakin larut membuatkan Dania merasa seram sejuk. Ditambah lagi dengan deruan angin yang agak kuat. Sejuknya hinggap ke tulang. Entah mengapa malam ni begitu sukar sekali mendapatkan sebuah teksi yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk menaiki Tren saja seperti biasa. Hendak di suruh mira datang menjemputnya, tidak sampai hati pula hendak menggangu rehat temanya itu. Dan untuk itu dia perlu berjalan kaki seorang diri dari kedai serbaneka ke rumahnya. Melihat kedai itu membuatkan dia tertarik untuk memasuki kedalamnya. Apabila kakinya menginjak kedalam dengan tidak disangka hujan turun mencurah.

‘’ ahh… macam mana nak balik ni. Lupa pulak aku bawa payung.. hmmm… ‘’ keluh Dania sendirian. Tanpa disedari keluhannya itu di dengari pekerja yang selalu menegurnya.

‘’ akak guna la dulu, saya kerja malam hari ni.’’ Huluran payung disambut dengan senyuman. ‘’ akak pinjam ye? Esok akak pulangkan ‘’ jawab Dania.nasib baik ada lagi manusia yang baik hati seperti gadis itu.

Hujan yang semakin lebat disertai angin yang kuat melambatkan perjalanannya. Habis lencun baju kurung yang di pakai. Lebih malang lagi kereta yang lalu lalang di situ dengan laju menyebabkan air terpalit mengena bajunya. Dania sudah mula kesejukan. Bergetar seluruh tubuhnya. Dia semakin melajukan langkah kakinya. Dan semakin hampir dia dengan kawasan rumah dia dapat mersa kelibat manusia mengekorinya. Semakin laju dia melangkah semakin kuat dia merasa diekori. Puas di berpaling ke belakang.sehingga lah dia masuk ke perkarangan rumah.

‘’ ya Allah Leysaa.. kenapa tak suruh aku jemput saja. aku ingat kau balik dengan teksi.. kau ni pun satu.. aku nak jemput tak nak.. kan ke dah berhujan.. nanti kalau kau sakit? Sape susah? Aku jugak kan? ‘’ mira sudah mula membebel.. mendengarkan suara nyaring mira membuatkan aleyssa terbersin, walhal kerana berhujan. ‘’ hah.. kan aku dah cakap? Kau ni kan.. degil betul lah.. ‘’ serang mira lagi sambil berlari mendapat kain tuala untuk sahabatnya itu.
Tudung di tanggal rambut di lap rapi. Aleyssa sudah mula bergetar seluruh tubuh akibat kesejukan. Melihatkan itu amira tidak sampai hati lagi untuk meneruskan kata-katanya. Dia membantu meletakkan beg serta payung di atas meja. ‘’ dah.. kau mandi dulu pastu makan.. then rehat la. ‘’ kata mira perlahan sambil memegang lembut bahu rakanya itu.

************************************

‘’ Maaf tuan saya lambat pagi ni. ‘’

‘’ never mind, just prepared for the function. ‘’balas Tengku Farid yang asyik memerhatikan dokumen dihadapannya. ‘’ ok, sekejap lagi delegasi itu akan tiba bersama Cik Celina. Nanti saya akan kenalkan kepada awak. Sedang mereka berbicara intercom berbunyi, kedengaran duara Ziela di talian.

‘’ tuan, delegasi dari Taiwan telah tiba. Mereka sekarang berada di lobi utama bersama wanita yang memperkenalkan diri sebagai Celina. ‘’

‘’ ohhh… ‘’ jawab Tengku Farid dengan teruja sekali. ‘’ kamu suruh dia tunggu saya akan suruh Dania jemput mereka sekarang juga. ‘’ balas Tengku Farid sambil mematikan talian. ‘’ so.. gud luck for you Dania,’’ ucapnya sambil mempersilakan Dania keluar bagi menyambut tetamu tersebut.

***************************************

‘’ hello Celina.. how are you my dear? ‘’ sapa Tengku Farid kepada seorang gadis yang cukup jelita.

‘’ hai Tengku, baik.. Tengku macam mana? ‘’ balas gadis itu dalam bahasa Melayu. Dania yang memerhatikan lagak mereka hanya tersenyum Cuma. Dia sedar wanita itu lah yang dilanggar tempoh hari. Memang cantik.dan semakin cantik dengan penampiln nya yang Nampak elegan persis wanita bekerjaya.

‘’ oh ya.. I kenalkan you dengan staff I yang akan handle projek ni dengan syarikat you. So Dania, inilah Celina, ahli perniagaan wanita yang tercantik yang pernah I kenal merangkap model terkenal antarabangsa. ‘’ puji Tengku Farid sewaktu memperkenalkan gadis jelita itu. Patutla pakaian dari hujung rambut sehingga hujung kaki terjaga rapi.

‘’ Celina Khoo.. panggil saja Celina. ‘’

‘’ Dania, ‘’ jawab Aleyssa sambil menyambut salam darinya.

‘’ by the way, im sorry about that day? I nak cepat so.. ‘’

‘’ tak mengapa saya yang salah jalan membabi buta. ‘’ balas Dania apabila teringatkan kejadian tempoh hari.

‘’so, you berdua dah kenal ke? ‘’ sampuk Tengku Farid tiba-tiba.

‘’ yup.. secara kebetulan? Dengan satu kemalangan kecil.. but just forget about it. Can we focus about the project? En. Adam dah tak sabar nak memulakan projek tersebut.

‘’ ohh ye bercakap mengenai En. Adam ni.. saya selalu dengar nama sahaja, tidak pernah lihat orangnya. Dia tak hadir ke hari ni? ‘’ Tanya Tengku farid.

‘’ ada.. nanti dia akan join kita masa lunch, pagi ni dia terpaksa teman neneknya yang baru sampai dari Taiwan semalam. So untuk pagi ni dia minta saya teruskan dulu seperti yang di rancangkan. ‘’ terang Celina pula. Dania hanya menjadi pemerhati mereka. Mereka semua di bawa melawat ke bilik pameran yang menempatkan replica-replika projek yang telah dan sedang dijalankan oleh teguh holding. Rata-rata dari mereka menunjukkan rasa kagum terhadap pencapaian teguh holding. Kemudian mereka ke bilik mesyuarat untuk membincangkan segala berkaitan kontrak serta perkara-perkara berkaitan projek amal itu. Dan waktu itu juga lah Dania dapat tahu satu perkara yang membuatkan dia amat terkejut dengan perkara yang didengarinya. Dia seakan tidak percaya di samping turut merasa terharu apabila mendapat tahu bahawa kawasan projek yang akan dibangunkan itu adalah di kampung halamannya. Mesyuarat di tangguh selepas makan tengah hari.

‘’ so.. cik Dania, kita akan lunch di mana? Sebab i need to inform Adam.’’ Tanya Celina apabila mereka semua berjalan keluar dari bilik mesyuarat.

‘’ oh.. di Hilton, wakil-wakil semua akan di bawa oleh kenderaan syarikat kesana. ‘’

‘’ ohh.. nice.. I suka hotel tu. Hmm.. tak mengapa I akan suruh Adam jemput I then kami akan pergi sekali. So, could you please bring them to the hotel?’’

‘’ sure. So kalau macam tu kita jumpa di sana. ‘’ jawab Dania sambil berlalu mendapatkan wakil-wakil tersebut.

*******************************
‘’ nice food.. delicious.. ‘’ puji salah seorang dari wakil delegasi.
Tengku Farid tersenyum puas hati dengan layanan yang diberikan kepada delegasi tersebut. Mereka semua tampak gembira menikmati hidangan tengah hari tersebut. Melihatkan Dania yang tidak lekang dari senyuman dek pujian yang diberi. Dan di saat dia berpaling ke satu arah dia dapat melihat Celian dengan seorang jejaka. Segak berkot dan berkaca mata hitam. Dania mula mengosok-gosok matanya. Dia takut kalau-kalau matanya salah melihat. Namun berkali-kali di gosok sehingga senak mata di buatnya, apa yang dilihat masih sama. Sehingga la mereka berdua sampai ke meja. Tengku Farid bangun menyambut tetamu baru itu.

‘’ I guess, this must be Mr. Adam. Am I right? ‘’ teka Tengku Farid Sambil menghulurkan tangan ingin bersalam. ‘’ I thought Mr Adam is more like me.. ‘’

‘’ apa maksud Tengku? ‘’ Tanya Celina sambil bergelak ketawa serta memaut kemas lengan jejaka itu.

‘’ ya.. sedikit berumur? ‘’ jawab Tengku Farid disertai gelak tawa mereka. Namun Adam hanya mempamerkan senyuman hambar. Gelak tawa mereka langsung tidak meyedarkan Dania yang asyik memerhatikan jejaka itu dari sudut tepi. Dia masih lagi tidak dapat memandang jelas wajah lelaki yang mirip, sangat mirip dengan seseorang yang dikenalinya.

‘’ Adam.. this is Dania ‘’ saat mata bertemu mata satu perasaan aneh menular dalam badan Dania. Dia merasakan sesuatu yang amat menyakitkan. Mata mula berpinar. Kepalanya bagaikan nak pecah. Kepala di pegang kemas, dahi berkerut hebat. Nafas dirasakan tersekat-sekat. ‘’ awak… ‘’ hanya itu yang terbit dari bibirnya.

‘’ Dania? Kenapa ni? ‘’ Tengku Farid mula cemas, melihat Dania yang rebah ke lantai. Celina cuba mengangkat Dania. Di rasa nadi pada pergelangan tangan Dania. Kemudian diletak tapak tangan ke dahi. ‘’ dia demam, badanya terlampau panas. ‘’ beritahu Celina.
hmmm... siapa Adam? kenapa dengan Dania? apa sebenarnya motif Celina? bila lee nak muncul? semuanya bakal terjawab x lama lagi.. harap korang komen yer? luv u all.. thanks sebab sudi baca karya saya yang tak seberapa ini.

4 comments:

Anonymous said...

salam...
msti adam tu lee kan??
klu xsilap lee tu dr taiwan..
btl x???=)

Farah said...

bile nk smbg? dah x sbr dok menunggu. tiap2 hari msti nk usha blog nie.. sob... sob....

umYrah daRWis said...

warghh sgt merindui lee!!!
mn lee liza...windu sgt..really hope dat adam is lee..huuuu
liza..nk lee ngn leyssa ea??plizz..liza cumell ~_^.v

Anonymous said...

mesti adam tu lee kan .. sbb lee dah masuk islam sbb tu nama dia adam kan .. hehehe