PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, November 23, 2009

SouL MatE - BAB 22

‘’ Selamat pagi cik Dania. Cik Dania sihat? Macam biasa, ada bungkusan untuk cik Dania, saya letak atas meja tau?’’ sapa Ziela ceria seperti biasa, hari ini masuk 5 bulan Aleyssa bekerja dengan Teguh Holding. Dan selama bekerja di sini, semua pekerja dan majikannya memanggilnya menggunakan nama Dania. Tiada lagi Aleyssa. bagi Aleyssa pula, dia merasakan dirinya diberi nafas baru dengan panggilan nama baru itu. selama lima bulan juga la nama aleyssa seolah-olah hilang entah kemana.

‘’ cik Dania.’’ Panggil ziela seakan berbisik. Kedua keningnya diangkat-angkat.

‘’ ada apa Ziela, saya banyak kerja ni.’’ Jawab leyssa berseloroh. Dia tahu akan isyarat Ziela, tidak lain tidak bukan bertanyakan tentang pengirim bungkusan-bungkusan yang diterima sepanjang bekerja di sini. Aleyssa terseyum nipis sambil menggelengkan kepalanya. ‘’ biarlah rahsia.’’ Jawab Aleyssa pendek seraya bergerak menuju ke lif.

‘’ ala cik Dania.. bagi tau la... ‘’ jerit Ziela tidak puas hati apabila pertayaannya tidak pernah di jawab serius oleh Aleyssa. sampai di mejanya aleyssa tersenyum bahagia, satu-satunya perkara yang membuatkan dia terseyum gembira menambahkan lagi seri wajahnya. Bungkusan kiriman dari insan istimewa di hatinya. Walaupun dia hanya menerima tidak pernah sekali membalas, namun dia bahagia.sekurang-kurangnya Leyssa tau ‘dia’ masih ada.

*************
‘’ hey perempuan, buatkan kopi untuk papa. Dan bawakan aku jus oren’’ arah Fasha.
‘’ baik cik Fasha’’ jawab leyssa sopan. Walaupun dikejutkan dengan sergahan yang teramatlah sopan dari anak majikannya itu, aleyssa masih lagi mampu tersenyum. Tiada apa yang dapat merosakkan moodnya pada pagi yang ceria itu. melihatkan Aleyssa berlalu ke pantry Fasha mencebikkan mukanya, dia meluat dengan tindak tanduk Aleyssa. lebih tepat lagi dia cukup dengki dan merasa terancam dengan kehadiran Aleyssa. setelah melihat layanan papanya kepada aleyssa dia cukup sakit hati apabila melihat atau mendengarkan nama Dania. Pada pandangan papanya dania merupakan gadis yang cukup sempurna, Dania bijak, Dania cantik, Dania itu Dania ini.. semuanya dania.

‘’ ini kopinya tuan. Cik Fasha.’’dania meletakkan kedua minuman di atas meja dengam menghadiahkan senyuman paling manis buat kedua majikannya itu. senyuman berbalas senyuman dari Tengku Farid, namun hanya jelingan meluat yang merupakan balasan dari Fasha. ‘’ Dania tak minum?’’ soal Tengku Farid sambil menghirup kopi yang terhidang. ‘’ saya dah minum di rumah tadi tuan,’’ balas Dania sopan.

‘’ hmmmm... sedap kopi ni.’’ Pujian itu menyebabkan Fasha bertambahla sakit hati. Dalam tidak sedar dia mendegus, tangannya dikepal-kepal erat.

Ketukan di pintu seiring dengan ucapan salam dari seorang lelaki membuatkan Fasha berubah tingkah laku. Dari kedudukan yang angkuh serta agak kurang sopan terus bertukar kepada gadis ayu. Duduk yang sopan serta muka yang berseri dengan senyuman manis. Tidak dinafikan Tengku Farisha mempunyai wajah yang cantik, Cuma sikap dan pertuturannya saja mencacatkan penampilannya.

‘’apa khabar Tengku, lama tak jumpa, papa kirim salam.’’ Dania yang sedang membersihkan meja Tengku Farid behenti sejenak mengamati gerangan suara jejaka itu.

‘’ baik, waalaikumussalam, papa mama kamu sihat?’’ Tanya Tengku Farid kembali.

‘’ aunty tak datang ke?’’ soal Fasha pula. Suaranya manja ya amat, plus menggoda. Cukup halus, tidak seperti biasa yang volumenya mencecah tahap 5.

‘’ mama ada kat spa.’’ Jawab lelaki itu pendek. Dania yang masih lagi mengamati suara itu masih lagi menganalisa lenggok suara. Pada pendengarannya dia seperti pernah mendengar akan suara itu. agak lama berfikir dia masih lagi tidak dapat mengecam akan suara itu. dia kembali mengemas apa yang patut. Selesai mengemas dia keluar dari bilik mesyuarat untuk kembali menyiapkan tugasan di mejanya. Saat itu dia terpandang akan seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Mukanya mula terasa panas. Tak sangka dia kan terserempak dengan jejaka itu di sini.

‘’Dania, mari sini.’’ Belum pun sempat dia melarikan diri, Tengku Farid sudah menyedari kelibatnya di situ. Dia berjalan perlahan mendekati mereka bertiga.

‘’Dania, saya kenalkan, ini anak rakan kongsi saya kita ada projek dengan syarikatnya berkaitan dengan pembangunan hotel di luar Bandar yang kita bincangkan dalam meeting tempoh hari.’’ Terang Tengku Farid.

‘’ alif, ini pengurus baru teguh Holding merangkap pembantu saya dalam menjalankan pentadbiran hotel-hotel milik syarikat ini.’’ Ucap Tengku Farid sambil memerhatikan kedua pasagan itu yang masing-masing kaku memandang sesama sendiri. Terdetik perasaan pelik dihatinya. Lain pula bagi gadis yang berdiri bersebelahan tengku Farid, hatinya bagai ingin terbakar melihat adegan yang berlaku di depan matanya. Melihatkan jejaka pujaannya itu tidak berkelip memandang musuhnya membuatkan dia cukup rimas dan sakit hati. Mula la terbit idea kurang sihat di kepalanya itu. Sambil tersenyum sinis Fasha berjalan manja mendekati Alif Haikal yang masih asyik memerhatikan gadis dihadapannya itu. ‘’ Alif... dah lama kita tak makan sama kan?’’ Fasha mula menjalankan aktiviti gedik plus geli itu. Tangannya memintal-mintal hujung kolar Alif. Nampak sangat Alif terkejut babun dengan tindakan Fasha apabila dia menjauhkan mukanya dari jari jemari yang mula bergerak gatal.

‘’ Tengku, saya balik ke meja dulu, kalau tengku perlukan saya panggil saja.’’ Ujar Aleyssa sambil menundukkan kepalanya, apabila dia sedar akan perkara yang berlaku,dia mula rimas, tidak sedap hati, tak sanggup lagi menonton drama tak laku itu lagi. Dia mula melangkah laju meninggalkan mereka.

********************************

Seminggu berlalu. Sejak mereka bertemu Aleyssa tempoh hari kehidupan alif haikal semakin tidak tentu arah. Perasaan lama kembali berputik semakin membuak-buak, aleyssa kini bukan seperti aleyssa dulu yang kelihatan naïf, aleyssa kini semakin pandai bergaya, tampak lebih bijak, berani, dan yang paling penting masih lagi mengekalkan ciri wanita muslimah sejati. Masih lagi beradap sopan baik tingkah laku maupun dari segi pertuturan. Senyuman manis dari gadis itu masih lagi membuatkan hatinya begitu damai.

‘’ abang. Kita dah lambat.’’ Sergahan dari thira membuatkan lamunan alif terhenti di situ.

‘’ kita nak kemana?’’ Tanya laif sedikit tidak puas hati dengan tindakan adiknya yang memang tak tahu nak ketuk dulu pintu bilik. Main terjah aje.. mentang-mentang dia tu adik-beradik situasi di rumah sudah di bawa ke pejabat.

Thira menarik nafas dalam, dia mula menjegilkan matanya yang sepet itu. ‘’ dah lupa ke?’’ Tanya adik kesayangannya itu dengan nada yang sangat sinis. alif mula memeluk tubuh sambil jarinya bermain-main dengan dagu, lagak seperti orang yang sedang berfikir. Sengaja dia mahu menguji kesabaran adiknya yang sorang itu. Hari lahir adik sendiri. Masakan dia melupakan tarikh bersejarah itu. Dia Cuma ingin menyakat gadis itu, dari kecil sehingga la sekarang adik perempuanya itu merupakan ahli keluarga yang paling rapat, segalanya diceritakan kepada adik itu. Cuma satu saja perkara yang dirahsiakan kerana dia masih lagi tidak mempunyai kekuatan untuk menerangkan perkara tersebut. Senyuman nakal mula terukir apabila melihat gadis kesayagannya itu memuncungkan bibir, muka kelat semacam. Thira mula sakit hati, ditambah lagi sedih dengan perangai abangnya yang lupa akan hari lahirnya.

‘’ kalau abang tak ingat, tak pe la. Tapi abang jangan menyesal nanti.’’ Ugut thira sambil tersenyum penuh makna kepada abang tersayang.

‘’ kenapa abang nak menyesal pulak? Bukan ke hari ni hari lahir thira, kalau abang lupa bagi hadia thira la yang menyesal?’’ balas alif sambil mengeyitkan matanya dan terseyum memandang riak adiknya yang mula berubah terkejut.

‘’ oooooo.. abang kenekan thira ye? Abang tak lupa birthday thira kan? Teruk la abang ni.. saje je tau’’

‘’ aduiiiii!’’ serentak itu satu cubitan singgah di bahu alif. Dia ketawa terkekeh-kekeh melihat wajah adiknya itu yang masih lagi dalam mood rajuk mengadanya itu. ‘’ jom abang kene belanja adik makan dengan kawan adik.’’ Ajak thira selamber sambil menarik tangan abangnya bangun dari tempat duduk itu. Belum sempat alif memabalas, badanya sudah bergerak mengikut langkah adiknya.

***************
‘’ makanan kat sini sedap tau bang? Kita order banyak-banyak kalau tak habis kita tapau ye?’’ ucap thira gembira sekali.

Suasana cafe sederhana mewah itu cukup mendamaikan, cuaca luar yang panas terik membuatkan orang yang masuk ke sini merasakan satu nikmat yang tak terkata. Dengan dekorasi hiasan dalaman yang menarik tak jemu mata memandang. Mata alif haikal meliar memandang di segenap ruang cafe berkenaan, matanya tertancap pada satu pasangan ‘couple’yang sedang bertengkar dengan pasangannya, wanita itu, seakan dikenalinya, tapi mengapa dia kelihatan begitu marah sekali. Apa yang diketahui wanita itu merupakan antara model antarabangsa yang cukup lemah lembut serta sopan perwatakanya. Lelaki itu yang berambut panjang hanya dapat dilihat dari belakang tampak mendiamkan diri saja. Sungguh dia kenal akan wanita itu. alif cuba menjengah-jengah untuk cuba melihat wajah lelaki yang membelakangkanya, namun hampa.

‘’ bang! Tengok sape tu?’’ sampuk thira sambil menampar keras lengan abangnya. Geram apabila yang diomelnya langsung tidak mendapat perhatian.

‘’ eh.. tak de sape. Tadi adik cakap nak suh abang belaje adik nagn kawan adik makan? ‘’ balas alif pantas sambil matanya meliar berlakon seolah-olah sedang mencari seseorang.

Thira mencebik melihat telatah abangnya itu ‘’ hmmmm.. kejap lagi sampai la.’’ Jawabnya seraya menyedut Fresh orange yang terhidang. Alif Cuma mampu terseyum melihat telatah gadis manja itu. walhal di fikirannya masih tentang ‘couple’ yang dilihatnya tadi. Dan sedang asyik dia memikirkan perkara itu, terdengar oleh telinganya satu suara lunak wanita memberi salam. Suara yang cukup dikenali. Hatinya mula berbunga riang. Dengan senyuman melebar dia menjawab salam sambil matanya mencari arah datangnya suara. Senyumanya semakin melebar saat terpandang raut wajah manis milik gadis yang agak terkejut riaknya. dan tanpa mereka menduga thira tersenyum lega apabila rancangan hampir berjaya.

3 comments:

zarith said...

leeza mna lee?
rndu lorh dgn bdk tuh..
smbung lg erk...

Lieza said...

errrmmm ntah macam ne nak kembalikan lee nih.. penin la.. huhuhuh sabar je la ek? kekekkek

Anonymous said...

kembali kn lee.....dh x leh sbr tgu lee....