PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Thursday, November 19, 2009

SoUl MatE - bab 21

Teguh Holding Berhad megah bediri di kelilingi bangunan bangunan tinggi yang lain. Aleyssa melangkah sopan masuk ke perkarangan utama bangunan Teguh Holdings. Kelihatan dua orang penyambut tetamu yang tersyum manis memandang ke arahnya. Segak dan cantik sekali pekerja yang di tugaskan sebagai penyambut tetamu itu. salam aleyssa di sambut dengan senyuman yang cukup mesra dan penuh tata tertib.

‘’ boleh kami bantu cik?’’ soal petugas wanita itu memulakan tugasnya.

‘’ Saya Aleyssa Dania Abdullah,saya datang untuk sesi temuduga yang di adakan pada hari ini. Saya sertakan sekali surat panggilan untuk rujukan cik ziela.’’ Jawab leyssa sopan tersenyum manis sambil menghulurkan sampul surat berisi surat panggilan yang diterima semalam.

‘’ mana cik tau nama saya ni?’’ soal petugas itu kehairanan.

‘’ bukan ke cik Ziela memakai tag nama?’’ balas aleyssa sambil menunjukkan tag nama yang tertera di kot petugas wanita itu, sambil terseyum lagi kepada petugas lelaki yang turut membalas senyuman aleyssa.

‘’ oh ye... lupa pulak saya. Ini lah kali pertama saya di tegur oleh pelawat yang masuk ke sini dengan sopan dan baik sekali.’’ Balas petugas itu sambil bangun bersalaman dengan aleyssa yang masih mempamerkan senyuman buat kedua petugas itu.

‘’ Cik Dania sila naik ke tingkat 5 dan berjumpa dengan Puan Maznah. Dia akan bantu Cik Dania nanti. Nanti saya akan hubungi Puan Maznah untuk maklumkan kedatangan Cik ye?.’’ Beritahu petugas itu dengan gembira sekali.

‘’ terima Kasih.’’ Jawab aleyssa sambil membetulkan handbag dan berlalu pergi mendapatkan lif untuk ke tingkat 5.

‘’ jumpa lagi cik Dania..’’ ucap Ziela sambil melambai kepada aleyssa.

Dua tangan diletakkan ke dagu.‘’ baik sungguh cik Dania tu kan? Dah la cantik, sopan, berbudi bahasa, hormat orang lain. Kan bagus kalau dia dapat kerja kat sini kan Farouk?’’ kata ziela menayakan pendapat dari rakan setugasnya.

‘’ alahh.. kalau dia kerja kat sini pun mesti jawatannya lebih tinggi dari kita tau? X de ye dia nak tegur kau nanti. Kita ni penyambut tetamu je kat sini tau? Aku takut nanti kau je gigit jari bila dia dah mula tunjuk lagak nanti? ‘’

‘’ ape pulak... aku tak fikirlah cik Dania tu orang macam tu? Aku tengok dia tu memang orang baik-baik je.. kau tak baik cakap macam tu tau?’’ marah ziela dengan kata-kata Farouk terhadapa gadis tadi. padanya pandangan pertamanya memang tak salah.

‘’ dah la.. aku tak nak cakap dengan kau..’’ ucap ziela sambil menghadiahkan jelingan tajam kepada Farouk.

‘’ aku bagi nasihat je,, nanti jangan kau ngadu kat aku pulak.. kau tak nak cakap dengan aku? Habis tu kau nak cakap dengan sape? Aku je yang ada kat kau ni ha...’’ balas Farouk sambil tersenyum nakal memandang gadis berisi di sebelahnya. Dah lama mereka bertugas bersama. Tahu sangat dia feel rakan setugasnya yang sorang ini.

********************************************************
‘’ Cik Aleyssa Dania.’’ Panggil seorang wanita lingkungan 30 an.
Aleyssa bangun menghampiri wanita yang sarat mengandung itu.

‘’ sila masuk bilik mesyuarat di hujung sekali ye?’’ arah wanita itu lembut sambil tangannya menunjuk arah bilik yang dimaksudkan. Aleyssa mengangguk tanda faham. Tidak dilupa, dia menghadiahkan senyuman kepada wanita itu. saat ini dia sudah tiada nafsu untuk berkata-kata. Dalam hatinya saat itu pelbagai perasaan yang meraja. Takut.. gementar, tangannya sudah mula berpeluh. Namun dia berlagak biasa, sampai di tempat yang di maksudkan aleyssa di sambut oleh seorang gadis tinggi lampai, cantik, seksi. Dengan skirt ketat paras lutut dikenakan dengan kemeja putih yang membaluti tubuh yang putih disertakan rambut panjang mengurai, cukup elegan. Namun di wajahnya tiada senyuman manis terukir dibibir cantik gadis itu.

‘’ masuk.. mareka dah tunggu.’’ Ucap gadis itu kemudian berlalu masuk meniggalkan aleyssa yang agak terkejut dengan layanan yang diterima.

‘’ assalamulaikum.. selamat pagi. Ucap aleyssa sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada lelaki-lelaki yang duduk segak memakai kot hitam.

‘’ sila duduk cik Dania.’’ Balas seorang daripada lelaki itu selepas salam dijawap. Kini dihadapan aleyssa duduknya 5 orang lelaki yang serius sekali riak wajahnya, memandang tepat ke arah aleyssa membuatkan aleyssa bertambah gugup. Namun mengingatkan buku tips menghadapi temuduga dia kembali berlagak biasa, dalam hatinya hanya tuhan tahu,

‘’ baik cik Dania, saya dah tahu semua maklumat diri anda melalui salinan Resume yang ada ini. So, saya tak nak la habiskan masa kita suruh awak kenalkan diri lagi. Sekarang saya nak awak bagitahu kami ni, selaku ahli lembaga pengarah syarikat ini, apa lagi yang kami tak tahu dan kami perlu tahu tentang kamu.’’ Tanya lelaki awal 40 an itu sambil menyandarkan badannya ke kerusi empuk berwarna coklat yang sememangya tampak mewah sambil menuggu jawapan dari aleyssa.

‘’ saya seorang yang sangat suka mempelajari sesuatu yang baru, saya tak takut dengan cabaran,insyallah saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan tugasan yang diberi dengan sehabis baik yang boleh isnya..’’

‘’ semua calon yang datang menghadiri temuduga ini semuanya menjanjikan yang terbaik, tapi apa jaminannya?’’ belum pun sempat aleyssa menghabiskan percakapannya di potong oleh seorang lagi lelaki yang duduk hujung penjuru meja sambil anak matanya tajam merenung kea rah aleyssa.

Aleyssa yang agak gentar melihat reaksi lelaki itu masih lagi berlagak biasa. Dia seboleh-bolehnya mempamerkan senyuman yang paling manis buat lelaki-lelaki di hadapannya. Ingat leyssa kau kene senyum.. senyum.. dan senyum.. gumam dia sendiri. Aleyssa menarik nafas dalam-dalam.

‘’ saya tidak dapat member apa-apa jaminan. Dan saya tidak akan membuat janji kepada tuan-tuan sekalian. Tapi jika tuan-tuan mahukan bukti tentang perkara yang saya katakan tadi, tuan-tuan boleh cuba saya dulu.’’ Yakin sekali aleysa meluahkan kata-katanya.

Semua lelaki-lelaki yang ada di situ berpandangan sesama sendiri dan berbisik sesame sendiri sambail mengangguk-anggukkan kepala masing-masing. Aleyssa mula kecut perut. Mula berfikir bukan-bukan.

‘’ apa lah yang aku dah cakap ni. Mesti gagal lagi kali ni. Huuuuuuuuuu..’’

‘’ baiklah cik Aleyssa kamu boleh balik. Dan kami akan hubungi kamu kemudian.’’

‘’ kan aku dah kata.. gagal lagi... huhuhuhu’’

Aleyssa yang mengeluh berdiri tegak mendengarkan kata-kata dari lelaki itu. Dia dengan berat bangun dan tunduk hormat kepada mereka serta berlalu keluar.

Sepanjang perjalanan keluar pejabat itu suasana pejabat yang bersih, harmoni , dan hiasan dalaman pejabat itu cukup menarik perhatiannya. Aleyssa berjalan sekeliling pejabat memerhatikan replica-replika bangunan yang ada diletakkan di ruang menunggu serta di setiap sudut di ruang pejabat itu, pada pengalamanya dia tahi replica-repilica itu merupakan contoh-contoh bangunan milik syarikat ini yang terdiri daripada rangkaian hotel, bangunan pejabat serta kedai-kedai. Aleyssa berjalan meneliti setiap replica-replika yang ada, sesekali jari-jarinya menyentuh replica yang di halang dengan bongkah kaca lutsinar.

‘’ hey!!! Apa you buat kat sini ? masuk pejabat orang tanpa kebenaran?’’
Aleyssa terkejut dengan suara sergahan dari wanita. Dia yang asyik memerhatikan replica bangunan itu dengan perlahan memandang ke arah gerangan suara itu tadi. memang salah dia masuk ke pejabat orang tanpa kebenaran. Kalau sabit kesalahan mahunya dia boleh di tuduh sebagai penceroboh.

‘’ maafkan saya cik.. saya Cuma nak tengok-tengok saja.’’ Ucapa aleyssa gugup apabila melihat gadis didepan nya itu merupakan gadis sama yang dijumpai semasa dia temuduga tadi. dan saat itu gadis itu merenung tajam ke arahnya. Aleyssa mula cuak. Dia perhatikan di bilik ini tiada pekerja lain yang kelihatan. Memang sah kalau dia di tuduh menceroboh pun tiada siapa yang boleh menjadi saksi bagi pihaknya.

‘’ you tau tak ini pejabat pemilik syarikat ini?’’

‘’ you ada buat appoiment ke?’’ Tanya gadis itu lagi sinis.

‘’ maaf cik.. saya baru lepas sesi temuduga, saya nak balik tadi, lalu di pejabat ini saya tertarik sangat dengan hiasan pejabat ni. Niat saya Cuma nak melihat-lihat saja, tidak terniat pun untuk menceroboh bilik...’’ aleyssa tidak sempat mengabiskan kata-katanya apabila pintu bilik pengarah urusan dibuka dan muncul lelaki separuh abad yang cukup dikenali dan tidak mungkin akan dilupakan seumur hidupnya. Dia tidak menyangka akan berjumpa kembali lelaki itu.

‘’ papa!!’’

‘’ lama Fasha tunggu papa, fasha lapar la pa.. jom kita makan?’’ rengek gadis itu manja sekali berlari mendapatkan lelaki yang dipanggil papa.

‘’ kan papa dah cakap, papa meeting la sayang.. papa kan suruh fasha tunggu kat hotel? Fasha buat kacau kat ofis papa lagi ke?’’

‘’ ala.. manade kacau papa.. Fasha tolong-tolong apa yang patut aje.. tak akan itu pun papa nak marah?’’

‘’ habis tu apa Fasha buat kat sini?’’

Bibir dah muncung ke depan, wajah dah mula mendung‘’ Fasha tunggu papa lah!! ‘’ rengek gadis itu.

Aleyssa merasakan dia tidak wujud disitu seolah-olah dia sedang melihat drama seorang ayah melayan kerenah anak manja yang merengek-rengek mahukan gula-gula. Dia mula merasa rimas, berkira-kira mahu keluar secepat mungkin dari pejabat itu.belum pun sempat dia berpaling...

‘’ cik ni...’’

‘’ ni ha papa dia menceroboh masuk pejabat papa, tu yang tengah marahkan dia tu.’’ Sampuk Fasha tidak puas hati.

‘’ Fasha...’’ tegur lelaki itu sambil memandang tepat ke arah aleyssa. Dia mengerutkan dahinya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Seolah sedang mengingati sesuatu.

‘’ maafkan saya Tengku Farid. Saya tertarik dengan suasana pejabat ini. Bukan niat saya untuk menceroboh. Maafkan saya.’’ Pinta aleyssa sambil menundukkan sedikit wajahnya. Agak malu apabila di tenung sebegitu rupa.

‘’ macam mana awak tahu nama saya?’’. Soal lelaki itu pelik.

lelaki yang dikenali dengan tokoh korporat yang Berjaya. Memiliki rangkaian hotel ternama dalam Negara serta dikenali sebagai anak melayu yang Berjaya menempa nama untuk melebarkan lagi urusan –urusan perhotelan ke luar Negara. Juga merupakan dari keturunan kerabat yang mulia. Mana mungkin aleyssa dapat melupakan lelaki ini.




2 comments:

Anonymous said...

biler maw smbg ag ?
ta saba na taw psal lee ,

Lieza said...

heheh... sabar menanti yek? ekekekke