PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Tuesday, November 17, 2009

My arRoGaNt PriNcEsS- BaB 6

‘’Arghhhh! Serabutttttt. ‘’ puteri melepaskan rambutnya. Serabai, dia mula berjalan ke hulu ke hilir, sesekali bercekak pinggang. Menggaru-garu kepala yang tak gatal itu, menambahkan lagi serabut rambutnya yang kemerahan itu.

‘’ aku tak akan biarkan dia sewenang-wenang mengawal hidup aku.’’ Bibir diketap kuat. Sesekali mencebikkan bibir, pandangan tajam yang dihalakan kepada jejaka yang tegak berdiri di tempat letak kereta.

‘’ bencinya aku!!! Kau jaga lah.’’ Tangan di tumbuk kuat ke atas meja. Hampir tertumpah air yang masih penuh di dalam gelas.

‘’ kau kenapa puteri? Dari tadi kami tengok kau asyik perhatikan pemandu baru kau tu? ’’ tumbukan itu menyebabkan Tanya dan Vanessa agak terkejut. Masing-masing berpandangan sesama sendiri sambil menjugkit bahu.

‘’ not bad la dia tu? Ade pape ke?’’ soal Tanya sambil menyedut minuman yang dipesan tadi sehingga mengeluarkan bunyi titisan terakhir.

‘’ ak ah la.. hendsome gler la.. dah kawen ke?’’ soal Vanessa pula sambil menungkat dagunya ke atas kedua tangannya sambil mereka memandang kea rah Daniel yang kelihatan sedang bercakap di telefon.

‘’ hey!! Hendsome ape ye? Muka macam beruk x cukup vitamin je aku tengok.’’ Bangkang puteri selamber. Dia juga menyedut minuman itu sehingga ke titisan terakhir.
‘’ muka macam pelakon korea tu kau cakap macam beruk? Teruk la kau ni puteri. Kalau aku la dapat.. memang tak keluar rumah.’’

‘’ aku pun.. sumpah tak cari lain.’’

‘’ blah la korang ni, gatal mereyam. Macam dah pupus lelaki je kat dalam dunia ni.’’ Puteri bengang, dia mendegus kuat, mencapai begnya seraya bergerak ke kereta.
‘’ kau nak kemana tu? Sape nak bayar ni?’’ jerit Vanessa apabila melihat puteri berjalan ke keretanya.

‘’ aku nak balik. Bosan!’’ jawab puteri.

‘’ ahhhh... kau la ni.. dah merajuk tuan puteri kita tu.’’ Vanessa memuncungkan mulutnya. Dia membelek-belek purse nya mencari duit kecil untuk membayar harga minuman itu.

‘’ ape pulak,, kau la, banyak sangat songeh..’’ pintas Tanya sambil memerhati perjalan puteri.

‘’ bak sini kunci. aku drive.’’ Ucap puteri berbaur arahan. Sambil menghulurkan tangannya. Daniel hanya mengikut kehendak puteri tanpa banyak soal. Puteri tersenyum kemenangan. Dia cepat2 masuk ke bahagian pemandu. Menutup pintu, sementara Daniel berjalan di belakang kereta untuk ke sebelah penumpang. Enjin kereta di hidupkan, Daniel membuka pintu kereta tapi.. gagal, puteri gelak sakan di dalam kereta. Dia menurunkan sedikit cermin dan melambai sinis, kemudian memecut laju porshe merahnya. Bergema hilai tawa puteri dalam keretanya. Puteri puas dapat meninggalkan Daniel sekaligus berjaya mengenakannya. Daniel tenang, melihat kenderaan itu dipandu laju. Namun, saat dia terpandangkan sebuah kereta yang agak mencurigakan dia mula berlari sekuat hati mengejar kelibat puteri. Larian sepantas kilat. Daniel bijak kerana berlari mengejar kelibat puteri menggunakan jalan pintas. Kawasan kolej yang sangat luas dan didiami bangunan-bangunan utuh memudahkan Daniel untuk sampai ke suatu tempat lebih cepat berlari dari menggunakan kenderaan. Kelajuan larian digandakan lagi apabila Daniel terlihat kelibat Porshe milik Puteri yang behenti di lampu merah. Dengan kelajuan yang maksimum Daniel berjaya memboloskan diri ke dalam kereta dengan mudah. Duduknya Daniel di sebelah puteri membuatkan gadis itu cukup tergamam sehingga membeliakkan biji matanya.

‘’ you....’’ jari telunjuknya dikepalkan dan di hempas ke stereng kereta.

‘’ lain kali bawa kereta tolong kuncikan pintu.’’

‘’ dan pakai seatbelt’’ belum sempat puteri berkata-kata jejak itu dengan selamber menegurnya.

‘’ma.. cammane ..’’ puteri terkejut yang Daniel berjaya mengejarnya dengan mudah sekali.

‘’ jalan.’’ Balas Daniel pendek apabila lampu merah sudah bertukar hijau.
Bulat mata puteri mendengar arahan yang keluar dari mulut pengawal peribadinya itu.

‘’ heyyy, kau siapa nak arah aku. Kau ingat aku pemandu macam kau?’’ sergah puteri bengang dengan jejaka dihadapannya itu. tambah membuatkan gadis itu makin naik angin apabila melihatkan Daniel hanya berpeluk tubuh memandang ke depan sambil membetulkan kaca mata hitam yang sentiasa di pakainya.

‘’ you will drive for me. Now!’’ arah puteri kuat.
Sebuah kenderaan yang amat mencurigakan sejak tadi mengekori kenderaan puteri, Daniel yang menyedari tindak tanduk mereka bergegas keluar dari kenderaan apabila ternampak kenderaan mereka yang semakin hampir mendekati mereka. Daniel mempunyai perasaan kurang senang melihatkan kenderaan yang mencurigakan itu. Tidak bagi puteri dia merasakan kemenangan apabila melihat Daniel bergegas keluar untuk melaksanakan arahanya. Terserlah senyuman kemenangan melihat tindakan pantas Daniel. Apabila puteri membuka pintu untuk keluar dari tempat pemandu. ‘’ langkah ke sana cepat!’’ sergah Daniel kuat menghalang puteri dari keluar dari kenderaan.

‘’ what?.. the...’’

‘’ just do it now!’’ sergah Daniel lagi menyebabkan puteri tersentak dan membangkitkan aura kemarahannya.

‘’ cik Aryana.. kalau nak selamat ikut saja cakap saya.’’ Ucap Daniel tegas sambil matanya meliar memerhatikan situasi kawasan di situ.

Mendengarkan perihal keselamatanya puteri bingkas bangun melangkah ke sebelah pemandu. Daniel dengan pantas duduk kemudian memecut laju menghala ke Villa Tan Sri.

********************

‘’ Tan Sri, ini dia dokumen yang Tan Sri minta.’’

‘’ baiklah terima kasih, awak boleh balik sekarang,’’ ucap Tan Sri Bakri kepada pembantu peribadinya.

‘’ baik Tan Sri. Saya balik dulu.’’ Pintu ditutup rapat. Tan Sri Bakri mengeluh kuat. Melihat dokumen bersampul putih itu membuatkan matanya terpejam rapat. Kepala dipicit-picit perlahan. Saat itu dia terkenangkan Arwah isterinya. Beliau merasakan satu kehilangan yang amat sangat. Seolah-olah separuh dari dirinya sudah tidak ada di dunia ini lagi. Namun mengenangkan Puteri beliau nekad meneruskan kehidupan seperti sekarang.

``abang, jagalah puteri sebaik yang abang mampu.dia anak yang baik bang.. saya tak sempat nak mendidik dia bang. Abang jangan lah patah semangat. Abang mesti kuat berusaha untuk meneruskan kehidupan mendatang demi kesenangan anak kita bang. Abang jangan terlalu manjakan anak kita, biarkan dia merasa hidup susah, betulkan kesalahan dia bang, jangan cepat menghukum, abang didik lah dia dengan ilmu agama yang cukup, berikan dia pelajaran yang terbaik yang abang mampu, bila dewasa kelak abang carikanlah lelaki yang terbaik buatnya, yang akan menjaga serta mendidik dia menjadi isteri, ibu, serta anak yang taat. Abang fikirlah yang terbaik untuk diri abang,

Jangan lupakan saya bang..

Pesanan arwah isterinya masih jelas tergiang-ngiang di pendengarannya. Namun dia merasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan arwah isteri tercinta. Segala kasih sayang serta kemewahan dicurahkan buat puteri. Semuanya berjalan lancar dan mereka hidup dengan bahagia sehingga la beliau mengahwini Safira.
bunyi deringan telefon memberhentikan perlakuan tan sri. Butang hijau ditekan, handphone ditekap ke telinga.

‘’ baik saya balik sekarang.’’ Hanya itu yang terluah. Tan Sri Bakri bergegas bangun mencapai kotnya dan bergegas keluar meninggalkan pejabatnya setelah menerima panggilan itu.

6 comments:

fiza said...

sape yg ikt puteri tu?msti yg nk lnggr die aritu...emm ble nk post gmbr daniel?

Lieza said...

gamabr Daniel? nanti la..
saje bagi suprise.. ekekekek

Anonymous said...

bile nk
smbg lg??????
x sbr nk tau ape
akn jd????

Lieza said...

anonymous.. heheh sabar yer? letak la name x bes la tgk anonymous tu.. hehehhehe

Anonymous said...

nape x smbg lg???
namer kene rhsia kn dlu....
hehehehehe
nti sy dh pkai namer sy
kasi tau kt akak...

Anonymous said...

nape x smbg lg??
ari2 bka blog nie
tp x smbg lg....
sedih nye!!!!!!!!!!!!!!