PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, November 23, 2009

SouL MatE - BAB 22

‘’ Selamat pagi cik Dania. Cik Dania sihat? Macam biasa, ada bungkusan untuk cik Dania, saya letak atas meja tau?’’ sapa Ziela ceria seperti biasa, hari ini masuk 5 bulan Aleyssa bekerja dengan Teguh Holding. Dan selama bekerja di sini, semua pekerja dan majikannya memanggilnya menggunakan nama Dania. Tiada lagi Aleyssa. bagi Aleyssa pula, dia merasakan dirinya diberi nafas baru dengan panggilan nama baru itu. selama lima bulan juga la nama aleyssa seolah-olah hilang entah kemana.

‘’ cik Dania.’’ Panggil ziela seakan berbisik. Kedua keningnya diangkat-angkat.

‘’ ada apa Ziela, saya banyak kerja ni.’’ Jawab leyssa berseloroh. Dia tahu akan isyarat Ziela, tidak lain tidak bukan bertanyakan tentang pengirim bungkusan-bungkusan yang diterima sepanjang bekerja di sini. Aleyssa terseyum nipis sambil menggelengkan kepalanya. ‘’ biarlah rahsia.’’ Jawab Aleyssa pendek seraya bergerak menuju ke lif.

‘’ ala cik Dania.. bagi tau la... ‘’ jerit Ziela tidak puas hati apabila pertayaannya tidak pernah di jawab serius oleh Aleyssa. sampai di mejanya aleyssa tersenyum bahagia, satu-satunya perkara yang membuatkan dia terseyum gembira menambahkan lagi seri wajahnya. Bungkusan kiriman dari insan istimewa di hatinya. Walaupun dia hanya menerima tidak pernah sekali membalas, namun dia bahagia.sekurang-kurangnya Leyssa tau ‘dia’ masih ada.

*************
‘’ hey perempuan, buatkan kopi untuk papa. Dan bawakan aku jus oren’’ arah Fasha.
‘’ baik cik Fasha’’ jawab leyssa sopan. Walaupun dikejutkan dengan sergahan yang teramatlah sopan dari anak majikannya itu, aleyssa masih lagi mampu tersenyum. Tiada apa yang dapat merosakkan moodnya pada pagi yang ceria itu. melihatkan Aleyssa berlalu ke pantry Fasha mencebikkan mukanya, dia meluat dengan tindak tanduk Aleyssa. lebih tepat lagi dia cukup dengki dan merasa terancam dengan kehadiran Aleyssa. setelah melihat layanan papanya kepada aleyssa dia cukup sakit hati apabila melihat atau mendengarkan nama Dania. Pada pandangan papanya dania merupakan gadis yang cukup sempurna, Dania bijak, Dania cantik, Dania itu Dania ini.. semuanya dania.

‘’ ini kopinya tuan. Cik Fasha.’’dania meletakkan kedua minuman di atas meja dengam menghadiahkan senyuman paling manis buat kedua majikannya itu. senyuman berbalas senyuman dari Tengku Farid, namun hanya jelingan meluat yang merupakan balasan dari Fasha. ‘’ Dania tak minum?’’ soal Tengku Farid sambil menghirup kopi yang terhidang. ‘’ saya dah minum di rumah tadi tuan,’’ balas Dania sopan.

‘’ hmmmm... sedap kopi ni.’’ Pujian itu menyebabkan Fasha bertambahla sakit hati. Dalam tidak sedar dia mendegus, tangannya dikepal-kepal erat.

Ketukan di pintu seiring dengan ucapan salam dari seorang lelaki membuatkan Fasha berubah tingkah laku. Dari kedudukan yang angkuh serta agak kurang sopan terus bertukar kepada gadis ayu. Duduk yang sopan serta muka yang berseri dengan senyuman manis. Tidak dinafikan Tengku Farisha mempunyai wajah yang cantik, Cuma sikap dan pertuturannya saja mencacatkan penampilannya.

‘’apa khabar Tengku, lama tak jumpa, papa kirim salam.’’ Dania yang sedang membersihkan meja Tengku Farid behenti sejenak mengamati gerangan suara jejaka itu.

‘’ baik, waalaikumussalam, papa mama kamu sihat?’’ Tanya Tengku Farid kembali.

‘’ aunty tak datang ke?’’ soal Fasha pula. Suaranya manja ya amat, plus menggoda. Cukup halus, tidak seperti biasa yang volumenya mencecah tahap 5.

‘’ mama ada kat spa.’’ Jawab lelaki itu pendek. Dania yang masih lagi mengamati suara itu masih lagi menganalisa lenggok suara. Pada pendengarannya dia seperti pernah mendengar akan suara itu. agak lama berfikir dia masih lagi tidak dapat mengecam akan suara itu. dia kembali mengemas apa yang patut. Selesai mengemas dia keluar dari bilik mesyuarat untuk kembali menyiapkan tugasan di mejanya. Saat itu dia terpandang akan seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Mukanya mula terasa panas. Tak sangka dia kan terserempak dengan jejaka itu di sini.

‘’Dania, mari sini.’’ Belum pun sempat dia melarikan diri, Tengku Farid sudah menyedari kelibatnya di situ. Dia berjalan perlahan mendekati mereka bertiga.

‘’Dania, saya kenalkan, ini anak rakan kongsi saya kita ada projek dengan syarikatnya berkaitan dengan pembangunan hotel di luar Bandar yang kita bincangkan dalam meeting tempoh hari.’’ Terang Tengku Farid.

‘’ alif, ini pengurus baru teguh Holding merangkap pembantu saya dalam menjalankan pentadbiran hotel-hotel milik syarikat ini.’’ Ucap Tengku Farid sambil memerhatikan kedua pasagan itu yang masing-masing kaku memandang sesama sendiri. Terdetik perasaan pelik dihatinya. Lain pula bagi gadis yang berdiri bersebelahan tengku Farid, hatinya bagai ingin terbakar melihat adegan yang berlaku di depan matanya. Melihatkan jejaka pujaannya itu tidak berkelip memandang musuhnya membuatkan dia cukup rimas dan sakit hati. Mula la terbit idea kurang sihat di kepalanya itu. Sambil tersenyum sinis Fasha berjalan manja mendekati Alif Haikal yang masih asyik memerhatikan gadis dihadapannya itu. ‘’ Alif... dah lama kita tak makan sama kan?’’ Fasha mula menjalankan aktiviti gedik plus geli itu. Tangannya memintal-mintal hujung kolar Alif. Nampak sangat Alif terkejut babun dengan tindakan Fasha apabila dia menjauhkan mukanya dari jari jemari yang mula bergerak gatal.

‘’ Tengku, saya balik ke meja dulu, kalau tengku perlukan saya panggil saja.’’ Ujar Aleyssa sambil menundukkan kepalanya, apabila dia sedar akan perkara yang berlaku,dia mula rimas, tidak sedap hati, tak sanggup lagi menonton drama tak laku itu lagi. Dia mula melangkah laju meninggalkan mereka.

********************************

Seminggu berlalu. Sejak mereka bertemu Aleyssa tempoh hari kehidupan alif haikal semakin tidak tentu arah. Perasaan lama kembali berputik semakin membuak-buak, aleyssa kini bukan seperti aleyssa dulu yang kelihatan naïf, aleyssa kini semakin pandai bergaya, tampak lebih bijak, berani, dan yang paling penting masih lagi mengekalkan ciri wanita muslimah sejati. Masih lagi beradap sopan baik tingkah laku maupun dari segi pertuturan. Senyuman manis dari gadis itu masih lagi membuatkan hatinya begitu damai.

‘’ abang. Kita dah lambat.’’ Sergahan dari thira membuatkan lamunan alif terhenti di situ.

‘’ kita nak kemana?’’ Tanya laif sedikit tidak puas hati dengan tindakan adiknya yang memang tak tahu nak ketuk dulu pintu bilik. Main terjah aje.. mentang-mentang dia tu adik-beradik situasi di rumah sudah di bawa ke pejabat.

Thira menarik nafas dalam, dia mula menjegilkan matanya yang sepet itu. ‘’ dah lupa ke?’’ Tanya adik kesayangannya itu dengan nada yang sangat sinis. alif mula memeluk tubuh sambil jarinya bermain-main dengan dagu, lagak seperti orang yang sedang berfikir. Sengaja dia mahu menguji kesabaran adiknya yang sorang itu. Hari lahir adik sendiri. Masakan dia melupakan tarikh bersejarah itu. Dia Cuma ingin menyakat gadis itu, dari kecil sehingga la sekarang adik perempuanya itu merupakan ahli keluarga yang paling rapat, segalanya diceritakan kepada adik itu. Cuma satu saja perkara yang dirahsiakan kerana dia masih lagi tidak mempunyai kekuatan untuk menerangkan perkara tersebut. Senyuman nakal mula terukir apabila melihat gadis kesayagannya itu memuncungkan bibir, muka kelat semacam. Thira mula sakit hati, ditambah lagi sedih dengan perangai abangnya yang lupa akan hari lahirnya.

‘’ kalau abang tak ingat, tak pe la. Tapi abang jangan menyesal nanti.’’ Ugut thira sambil tersenyum penuh makna kepada abang tersayang.

‘’ kenapa abang nak menyesal pulak? Bukan ke hari ni hari lahir thira, kalau abang lupa bagi hadia thira la yang menyesal?’’ balas alif sambil mengeyitkan matanya dan terseyum memandang riak adiknya yang mula berubah terkejut.

‘’ oooooo.. abang kenekan thira ye? Abang tak lupa birthday thira kan? Teruk la abang ni.. saje je tau’’

‘’ aduiiiii!’’ serentak itu satu cubitan singgah di bahu alif. Dia ketawa terkekeh-kekeh melihat wajah adiknya itu yang masih lagi dalam mood rajuk mengadanya itu. ‘’ jom abang kene belanja adik makan dengan kawan adik.’’ Ajak thira selamber sambil menarik tangan abangnya bangun dari tempat duduk itu. Belum sempat alif memabalas, badanya sudah bergerak mengikut langkah adiknya.

***************
‘’ makanan kat sini sedap tau bang? Kita order banyak-banyak kalau tak habis kita tapau ye?’’ ucap thira gembira sekali.

Suasana cafe sederhana mewah itu cukup mendamaikan, cuaca luar yang panas terik membuatkan orang yang masuk ke sini merasakan satu nikmat yang tak terkata. Dengan dekorasi hiasan dalaman yang menarik tak jemu mata memandang. Mata alif haikal meliar memandang di segenap ruang cafe berkenaan, matanya tertancap pada satu pasangan ‘couple’yang sedang bertengkar dengan pasangannya, wanita itu, seakan dikenalinya, tapi mengapa dia kelihatan begitu marah sekali. Apa yang diketahui wanita itu merupakan antara model antarabangsa yang cukup lemah lembut serta sopan perwatakanya. Lelaki itu yang berambut panjang hanya dapat dilihat dari belakang tampak mendiamkan diri saja. Sungguh dia kenal akan wanita itu. alif cuba menjengah-jengah untuk cuba melihat wajah lelaki yang membelakangkanya, namun hampa.

‘’ bang! Tengok sape tu?’’ sampuk thira sambil menampar keras lengan abangnya. Geram apabila yang diomelnya langsung tidak mendapat perhatian.

‘’ eh.. tak de sape. Tadi adik cakap nak suh abang belaje adik nagn kawan adik makan? ‘’ balas alif pantas sambil matanya meliar berlakon seolah-olah sedang mencari seseorang.

Thira mencebik melihat telatah abangnya itu ‘’ hmmmm.. kejap lagi sampai la.’’ Jawabnya seraya menyedut Fresh orange yang terhidang. Alif Cuma mampu terseyum melihat telatah gadis manja itu. walhal di fikirannya masih tentang ‘couple’ yang dilihatnya tadi. Dan sedang asyik dia memikirkan perkara itu, terdengar oleh telinganya satu suara lunak wanita memberi salam. Suara yang cukup dikenali. Hatinya mula berbunga riang. Dengan senyuman melebar dia menjawab salam sambil matanya mencari arah datangnya suara. Senyumanya semakin melebar saat terpandang raut wajah manis milik gadis yang agak terkejut riaknya. dan tanpa mereka menduga thira tersenyum lega apabila rancangan hampir berjaya.

Thursday, November 19, 2009

SoUl MatE - bab 21

Teguh Holding Berhad megah bediri di kelilingi bangunan bangunan tinggi yang lain. Aleyssa melangkah sopan masuk ke perkarangan utama bangunan Teguh Holdings. Kelihatan dua orang penyambut tetamu yang tersyum manis memandang ke arahnya. Segak dan cantik sekali pekerja yang di tugaskan sebagai penyambut tetamu itu. salam aleyssa di sambut dengan senyuman yang cukup mesra dan penuh tata tertib.

‘’ boleh kami bantu cik?’’ soal petugas wanita itu memulakan tugasnya.

‘’ Saya Aleyssa Dania Abdullah,saya datang untuk sesi temuduga yang di adakan pada hari ini. Saya sertakan sekali surat panggilan untuk rujukan cik ziela.’’ Jawab leyssa sopan tersenyum manis sambil menghulurkan sampul surat berisi surat panggilan yang diterima semalam.

‘’ mana cik tau nama saya ni?’’ soal petugas itu kehairanan.

‘’ bukan ke cik Ziela memakai tag nama?’’ balas aleyssa sambil menunjukkan tag nama yang tertera di kot petugas wanita itu, sambil terseyum lagi kepada petugas lelaki yang turut membalas senyuman aleyssa.

‘’ oh ye... lupa pulak saya. Ini lah kali pertama saya di tegur oleh pelawat yang masuk ke sini dengan sopan dan baik sekali.’’ Balas petugas itu sambil bangun bersalaman dengan aleyssa yang masih mempamerkan senyuman buat kedua petugas itu.

‘’ Cik Dania sila naik ke tingkat 5 dan berjumpa dengan Puan Maznah. Dia akan bantu Cik Dania nanti. Nanti saya akan hubungi Puan Maznah untuk maklumkan kedatangan Cik ye?.’’ Beritahu petugas itu dengan gembira sekali.

‘’ terima Kasih.’’ Jawab aleyssa sambil membetulkan handbag dan berlalu pergi mendapatkan lif untuk ke tingkat 5.

‘’ jumpa lagi cik Dania..’’ ucap Ziela sambil melambai kepada aleyssa.

Dua tangan diletakkan ke dagu.‘’ baik sungguh cik Dania tu kan? Dah la cantik, sopan, berbudi bahasa, hormat orang lain. Kan bagus kalau dia dapat kerja kat sini kan Farouk?’’ kata ziela menayakan pendapat dari rakan setugasnya.

‘’ alahh.. kalau dia kerja kat sini pun mesti jawatannya lebih tinggi dari kita tau? X de ye dia nak tegur kau nanti. Kita ni penyambut tetamu je kat sini tau? Aku takut nanti kau je gigit jari bila dia dah mula tunjuk lagak nanti? ‘’

‘’ ape pulak... aku tak fikirlah cik Dania tu orang macam tu? Aku tengok dia tu memang orang baik-baik je.. kau tak baik cakap macam tu tau?’’ marah ziela dengan kata-kata Farouk terhadapa gadis tadi. padanya pandangan pertamanya memang tak salah.

‘’ dah la.. aku tak nak cakap dengan kau..’’ ucap ziela sambil menghadiahkan jelingan tajam kepada Farouk.

‘’ aku bagi nasihat je,, nanti jangan kau ngadu kat aku pulak.. kau tak nak cakap dengan aku? Habis tu kau nak cakap dengan sape? Aku je yang ada kat kau ni ha...’’ balas Farouk sambil tersenyum nakal memandang gadis berisi di sebelahnya. Dah lama mereka bertugas bersama. Tahu sangat dia feel rakan setugasnya yang sorang ini.

********************************************************
‘’ Cik Aleyssa Dania.’’ Panggil seorang wanita lingkungan 30 an.
Aleyssa bangun menghampiri wanita yang sarat mengandung itu.

‘’ sila masuk bilik mesyuarat di hujung sekali ye?’’ arah wanita itu lembut sambil tangannya menunjuk arah bilik yang dimaksudkan. Aleyssa mengangguk tanda faham. Tidak dilupa, dia menghadiahkan senyuman kepada wanita itu. saat ini dia sudah tiada nafsu untuk berkata-kata. Dalam hatinya saat itu pelbagai perasaan yang meraja. Takut.. gementar, tangannya sudah mula berpeluh. Namun dia berlagak biasa, sampai di tempat yang di maksudkan aleyssa di sambut oleh seorang gadis tinggi lampai, cantik, seksi. Dengan skirt ketat paras lutut dikenakan dengan kemeja putih yang membaluti tubuh yang putih disertakan rambut panjang mengurai, cukup elegan. Namun di wajahnya tiada senyuman manis terukir dibibir cantik gadis itu.

‘’ masuk.. mareka dah tunggu.’’ Ucap gadis itu kemudian berlalu masuk meniggalkan aleyssa yang agak terkejut dengan layanan yang diterima.

‘’ assalamulaikum.. selamat pagi. Ucap aleyssa sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada lelaki-lelaki yang duduk segak memakai kot hitam.

‘’ sila duduk cik Dania.’’ Balas seorang daripada lelaki itu selepas salam dijawap. Kini dihadapan aleyssa duduknya 5 orang lelaki yang serius sekali riak wajahnya, memandang tepat ke arah aleyssa membuatkan aleyssa bertambah gugup. Namun mengingatkan buku tips menghadapi temuduga dia kembali berlagak biasa, dalam hatinya hanya tuhan tahu,

‘’ baik cik Dania, saya dah tahu semua maklumat diri anda melalui salinan Resume yang ada ini. So, saya tak nak la habiskan masa kita suruh awak kenalkan diri lagi. Sekarang saya nak awak bagitahu kami ni, selaku ahli lembaga pengarah syarikat ini, apa lagi yang kami tak tahu dan kami perlu tahu tentang kamu.’’ Tanya lelaki awal 40 an itu sambil menyandarkan badannya ke kerusi empuk berwarna coklat yang sememangya tampak mewah sambil menuggu jawapan dari aleyssa.

‘’ saya seorang yang sangat suka mempelajari sesuatu yang baru, saya tak takut dengan cabaran,insyallah saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan tugasan yang diberi dengan sehabis baik yang boleh isnya..’’

‘’ semua calon yang datang menghadiri temuduga ini semuanya menjanjikan yang terbaik, tapi apa jaminannya?’’ belum pun sempat aleyssa menghabiskan percakapannya di potong oleh seorang lagi lelaki yang duduk hujung penjuru meja sambil anak matanya tajam merenung kea rah aleyssa.

Aleyssa yang agak gentar melihat reaksi lelaki itu masih lagi berlagak biasa. Dia seboleh-bolehnya mempamerkan senyuman yang paling manis buat lelaki-lelaki di hadapannya. Ingat leyssa kau kene senyum.. senyum.. dan senyum.. gumam dia sendiri. Aleyssa menarik nafas dalam-dalam.

‘’ saya tidak dapat member apa-apa jaminan. Dan saya tidak akan membuat janji kepada tuan-tuan sekalian. Tapi jika tuan-tuan mahukan bukti tentang perkara yang saya katakan tadi, tuan-tuan boleh cuba saya dulu.’’ Yakin sekali aleysa meluahkan kata-katanya.

Semua lelaki-lelaki yang ada di situ berpandangan sesama sendiri dan berbisik sesame sendiri sambail mengangguk-anggukkan kepala masing-masing. Aleyssa mula kecut perut. Mula berfikir bukan-bukan.

‘’ apa lah yang aku dah cakap ni. Mesti gagal lagi kali ni. Huuuuuuuuuu..’’

‘’ baiklah cik Aleyssa kamu boleh balik. Dan kami akan hubungi kamu kemudian.’’

‘’ kan aku dah kata.. gagal lagi... huhuhuhu’’

Aleyssa yang mengeluh berdiri tegak mendengarkan kata-kata dari lelaki itu. Dia dengan berat bangun dan tunduk hormat kepada mereka serta berlalu keluar.

Sepanjang perjalanan keluar pejabat itu suasana pejabat yang bersih, harmoni , dan hiasan dalaman pejabat itu cukup menarik perhatiannya. Aleyssa berjalan sekeliling pejabat memerhatikan replica-replika bangunan yang ada diletakkan di ruang menunggu serta di setiap sudut di ruang pejabat itu, pada pengalamanya dia tahi replica-repilica itu merupakan contoh-contoh bangunan milik syarikat ini yang terdiri daripada rangkaian hotel, bangunan pejabat serta kedai-kedai. Aleyssa berjalan meneliti setiap replica-replika yang ada, sesekali jari-jarinya menyentuh replica yang di halang dengan bongkah kaca lutsinar.

‘’ hey!!! Apa you buat kat sini ? masuk pejabat orang tanpa kebenaran?’’
Aleyssa terkejut dengan suara sergahan dari wanita. Dia yang asyik memerhatikan replica bangunan itu dengan perlahan memandang ke arah gerangan suara itu tadi. memang salah dia masuk ke pejabat orang tanpa kebenaran. Kalau sabit kesalahan mahunya dia boleh di tuduh sebagai penceroboh.

‘’ maafkan saya cik.. saya Cuma nak tengok-tengok saja.’’ Ucapa aleyssa gugup apabila melihat gadis didepan nya itu merupakan gadis sama yang dijumpai semasa dia temuduga tadi. dan saat itu gadis itu merenung tajam ke arahnya. Aleyssa mula cuak. Dia perhatikan di bilik ini tiada pekerja lain yang kelihatan. Memang sah kalau dia di tuduh menceroboh pun tiada siapa yang boleh menjadi saksi bagi pihaknya.

‘’ you tau tak ini pejabat pemilik syarikat ini?’’

‘’ you ada buat appoiment ke?’’ Tanya gadis itu lagi sinis.

‘’ maaf cik.. saya baru lepas sesi temuduga, saya nak balik tadi, lalu di pejabat ini saya tertarik sangat dengan hiasan pejabat ni. Niat saya Cuma nak melihat-lihat saja, tidak terniat pun untuk menceroboh bilik...’’ aleyssa tidak sempat mengabiskan kata-katanya apabila pintu bilik pengarah urusan dibuka dan muncul lelaki separuh abad yang cukup dikenali dan tidak mungkin akan dilupakan seumur hidupnya. Dia tidak menyangka akan berjumpa kembali lelaki itu.

‘’ papa!!’’

‘’ lama Fasha tunggu papa, fasha lapar la pa.. jom kita makan?’’ rengek gadis itu manja sekali berlari mendapatkan lelaki yang dipanggil papa.

‘’ kan papa dah cakap, papa meeting la sayang.. papa kan suruh fasha tunggu kat hotel? Fasha buat kacau kat ofis papa lagi ke?’’

‘’ ala.. manade kacau papa.. Fasha tolong-tolong apa yang patut aje.. tak akan itu pun papa nak marah?’’

‘’ habis tu apa Fasha buat kat sini?’’

Bibir dah muncung ke depan, wajah dah mula mendung‘’ Fasha tunggu papa lah!! ‘’ rengek gadis itu.

Aleyssa merasakan dia tidak wujud disitu seolah-olah dia sedang melihat drama seorang ayah melayan kerenah anak manja yang merengek-rengek mahukan gula-gula. Dia mula merasa rimas, berkira-kira mahu keluar secepat mungkin dari pejabat itu.belum pun sempat dia berpaling...

‘’ cik ni...’’

‘’ ni ha papa dia menceroboh masuk pejabat papa, tu yang tengah marahkan dia tu.’’ Sampuk Fasha tidak puas hati.

‘’ Fasha...’’ tegur lelaki itu sambil memandang tepat ke arah aleyssa. Dia mengerutkan dahinya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Seolah sedang mengingati sesuatu.

‘’ maafkan saya Tengku Farid. Saya tertarik dengan suasana pejabat ini. Bukan niat saya untuk menceroboh. Maafkan saya.’’ Pinta aleyssa sambil menundukkan sedikit wajahnya. Agak malu apabila di tenung sebegitu rupa.

‘’ macam mana awak tahu nama saya?’’. Soal lelaki itu pelik.

lelaki yang dikenali dengan tokoh korporat yang Berjaya. Memiliki rangkaian hotel ternama dalam Negara serta dikenali sebagai anak melayu yang Berjaya menempa nama untuk melebarkan lagi urusan –urusan perhotelan ke luar Negara. Juga merupakan dari keturunan kerabat yang mulia. Mana mungkin aleyssa dapat melupakan lelaki ini.




Tuesday, November 17, 2009

My arRoGaNt PriNcEsS- BaB 6

‘’Arghhhh! Serabutttttt. ‘’ puteri melepaskan rambutnya. Serabai, dia mula berjalan ke hulu ke hilir, sesekali bercekak pinggang. Menggaru-garu kepala yang tak gatal itu, menambahkan lagi serabut rambutnya yang kemerahan itu.

‘’ aku tak akan biarkan dia sewenang-wenang mengawal hidup aku.’’ Bibir diketap kuat. Sesekali mencebikkan bibir, pandangan tajam yang dihalakan kepada jejaka yang tegak berdiri di tempat letak kereta.

‘’ bencinya aku!!! Kau jaga lah.’’ Tangan di tumbuk kuat ke atas meja. Hampir tertumpah air yang masih penuh di dalam gelas.

‘’ kau kenapa puteri? Dari tadi kami tengok kau asyik perhatikan pemandu baru kau tu? ’’ tumbukan itu menyebabkan Tanya dan Vanessa agak terkejut. Masing-masing berpandangan sesama sendiri sambil menjugkit bahu.

‘’ not bad la dia tu? Ade pape ke?’’ soal Tanya sambil menyedut minuman yang dipesan tadi sehingga mengeluarkan bunyi titisan terakhir.

‘’ ak ah la.. hendsome gler la.. dah kawen ke?’’ soal Vanessa pula sambil menungkat dagunya ke atas kedua tangannya sambil mereka memandang kea rah Daniel yang kelihatan sedang bercakap di telefon.

‘’ hey!! Hendsome ape ye? Muka macam beruk x cukup vitamin je aku tengok.’’ Bangkang puteri selamber. Dia juga menyedut minuman itu sehingga ke titisan terakhir.
‘’ muka macam pelakon korea tu kau cakap macam beruk? Teruk la kau ni puteri. Kalau aku la dapat.. memang tak keluar rumah.’’

‘’ aku pun.. sumpah tak cari lain.’’

‘’ blah la korang ni, gatal mereyam. Macam dah pupus lelaki je kat dalam dunia ni.’’ Puteri bengang, dia mendegus kuat, mencapai begnya seraya bergerak ke kereta.
‘’ kau nak kemana tu? Sape nak bayar ni?’’ jerit Vanessa apabila melihat puteri berjalan ke keretanya.

‘’ aku nak balik. Bosan!’’ jawab puteri.

‘’ ahhhh... kau la ni.. dah merajuk tuan puteri kita tu.’’ Vanessa memuncungkan mulutnya. Dia membelek-belek purse nya mencari duit kecil untuk membayar harga minuman itu.

‘’ ape pulak,, kau la, banyak sangat songeh..’’ pintas Tanya sambil memerhati perjalan puteri.

‘’ bak sini kunci. aku drive.’’ Ucap puteri berbaur arahan. Sambil menghulurkan tangannya. Daniel hanya mengikut kehendak puteri tanpa banyak soal. Puteri tersenyum kemenangan. Dia cepat2 masuk ke bahagian pemandu. Menutup pintu, sementara Daniel berjalan di belakang kereta untuk ke sebelah penumpang. Enjin kereta di hidupkan, Daniel membuka pintu kereta tapi.. gagal, puteri gelak sakan di dalam kereta. Dia menurunkan sedikit cermin dan melambai sinis, kemudian memecut laju porshe merahnya. Bergema hilai tawa puteri dalam keretanya. Puteri puas dapat meninggalkan Daniel sekaligus berjaya mengenakannya. Daniel tenang, melihat kenderaan itu dipandu laju. Namun, saat dia terpandangkan sebuah kereta yang agak mencurigakan dia mula berlari sekuat hati mengejar kelibat puteri. Larian sepantas kilat. Daniel bijak kerana berlari mengejar kelibat puteri menggunakan jalan pintas. Kawasan kolej yang sangat luas dan didiami bangunan-bangunan utuh memudahkan Daniel untuk sampai ke suatu tempat lebih cepat berlari dari menggunakan kenderaan. Kelajuan larian digandakan lagi apabila Daniel terlihat kelibat Porshe milik Puteri yang behenti di lampu merah. Dengan kelajuan yang maksimum Daniel berjaya memboloskan diri ke dalam kereta dengan mudah. Duduknya Daniel di sebelah puteri membuatkan gadis itu cukup tergamam sehingga membeliakkan biji matanya.

‘’ you....’’ jari telunjuknya dikepalkan dan di hempas ke stereng kereta.

‘’ lain kali bawa kereta tolong kuncikan pintu.’’

‘’ dan pakai seatbelt’’ belum sempat puteri berkata-kata jejak itu dengan selamber menegurnya.

‘’ma.. cammane ..’’ puteri terkejut yang Daniel berjaya mengejarnya dengan mudah sekali.

‘’ jalan.’’ Balas Daniel pendek apabila lampu merah sudah bertukar hijau.
Bulat mata puteri mendengar arahan yang keluar dari mulut pengawal peribadinya itu.

‘’ heyyy, kau siapa nak arah aku. Kau ingat aku pemandu macam kau?’’ sergah puteri bengang dengan jejaka dihadapannya itu. tambah membuatkan gadis itu makin naik angin apabila melihatkan Daniel hanya berpeluk tubuh memandang ke depan sambil membetulkan kaca mata hitam yang sentiasa di pakainya.

‘’ you will drive for me. Now!’’ arah puteri kuat.
Sebuah kenderaan yang amat mencurigakan sejak tadi mengekori kenderaan puteri, Daniel yang menyedari tindak tanduk mereka bergegas keluar dari kenderaan apabila ternampak kenderaan mereka yang semakin hampir mendekati mereka. Daniel mempunyai perasaan kurang senang melihatkan kenderaan yang mencurigakan itu. Tidak bagi puteri dia merasakan kemenangan apabila melihat Daniel bergegas keluar untuk melaksanakan arahanya. Terserlah senyuman kemenangan melihat tindakan pantas Daniel. Apabila puteri membuka pintu untuk keluar dari tempat pemandu. ‘’ langkah ke sana cepat!’’ sergah Daniel kuat menghalang puteri dari keluar dari kenderaan.

‘’ what?.. the...’’

‘’ just do it now!’’ sergah Daniel lagi menyebabkan puteri tersentak dan membangkitkan aura kemarahannya.

‘’ cik Aryana.. kalau nak selamat ikut saja cakap saya.’’ Ucap Daniel tegas sambil matanya meliar memerhatikan situasi kawasan di situ.

Mendengarkan perihal keselamatanya puteri bingkas bangun melangkah ke sebelah pemandu. Daniel dengan pantas duduk kemudian memecut laju menghala ke Villa Tan Sri.

********************

‘’ Tan Sri, ini dia dokumen yang Tan Sri minta.’’

‘’ baiklah terima kasih, awak boleh balik sekarang,’’ ucap Tan Sri Bakri kepada pembantu peribadinya.

‘’ baik Tan Sri. Saya balik dulu.’’ Pintu ditutup rapat. Tan Sri Bakri mengeluh kuat. Melihat dokumen bersampul putih itu membuatkan matanya terpejam rapat. Kepala dipicit-picit perlahan. Saat itu dia terkenangkan Arwah isterinya. Beliau merasakan satu kehilangan yang amat sangat. Seolah-olah separuh dari dirinya sudah tidak ada di dunia ini lagi. Namun mengenangkan Puteri beliau nekad meneruskan kehidupan seperti sekarang.

``abang, jagalah puteri sebaik yang abang mampu.dia anak yang baik bang.. saya tak sempat nak mendidik dia bang. Abang jangan lah patah semangat. Abang mesti kuat berusaha untuk meneruskan kehidupan mendatang demi kesenangan anak kita bang. Abang jangan terlalu manjakan anak kita, biarkan dia merasa hidup susah, betulkan kesalahan dia bang, jangan cepat menghukum, abang didik lah dia dengan ilmu agama yang cukup, berikan dia pelajaran yang terbaik yang abang mampu, bila dewasa kelak abang carikanlah lelaki yang terbaik buatnya, yang akan menjaga serta mendidik dia menjadi isteri, ibu, serta anak yang taat. Abang fikirlah yang terbaik untuk diri abang,

Jangan lupakan saya bang..

Pesanan arwah isterinya masih jelas tergiang-ngiang di pendengarannya. Namun dia merasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan arwah isteri tercinta. Segala kasih sayang serta kemewahan dicurahkan buat puteri. Semuanya berjalan lancar dan mereka hidup dengan bahagia sehingga la beliau mengahwini Safira.
bunyi deringan telefon memberhentikan perlakuan tan sri. Butang hijau ditekan, handphone ditekap ke telinga.

‘’ baik saya balik sekarang.’’ Hanya itu yang terluah. Tan Sri Bakri bergegas bangun mencapai kotnya dan bergegas keluar meninggalkan pejabatnya setelah menerima panggilan itu.

Thursday, November 12, 2009

My ArRoGaNt PriNcEsS BAB 5

‘’ puteri.. puteri sayang... puteri ok?’’ cemas sekali suara tan sri menanyakan anaknya apabila puteri kelihatan membuka matanya memandang sekeliling.

‘’ puteri.. kami ni.. kau tak pape kan?’’ tiba pula giliran Tanya dan Vanessa bersuara, mereka risau melihatkan puteri yang masih bengung dengan pertayaan papanya. mungkin masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. mukanya masih pucat.

‘’ papa..’’ tiba-tiba puteri bersuara. Dia seolah-olah baru sedar diri walhal sudad 10 minit dia membuka matanya selepas pengsan selama 2 hari.

‘’ ye sayang.. ‘’

‘’ kat mana ni papa.. kenapa puteri kat sini pa? Puteri nak balik pa..’’ rengek puteri.

‘’ tak boleh sayang.. puteri kat hospital. 2 hari puteri pengsan. Doctor kata puteri mengalami kejutan yang luar biasa menyebabkan puteri pengsan. Nasib baik puteri sempat diselamatkan. Kalau tak papa pun tak tahu macam mana keadaan puteri sekarang.’’ Terang tan sri kepada puteri.

‘’ Tan sri.. boleh saya ambil keterangan puteri sekarang?’’ tiba-tiba dua orang lelaki lengkap beruniform polis mendekati mereka.

****************************

Puteri melangkah gagah ke arah mini cooper merah yang terparking elok di sebelah porshe kesayangannya. Hari ni dia merubah angin untuk membawa mini cooper yang merupakan salah satu koleksi kereta peribadi yang merupakan hadiah ulang tahunnya dari papanya. puteri menyanyi kecil sambil memusing-musing kan anak kunci yang ada di tanganya, hari ni hari yang cerah.. secerah mood puteri. Dia cukup bosan seminggu berkurung di rumah selepas dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari, apabila mendapat kebenaran papa nya untuk keluar pada hari ini puteri sangat la gembira. Sepantas kilat dia bangun dan bersiap berdandan secantiknya. Langsung tidak mengeluarkan kata- kata berbaur marah mahupun berkasar bahasa.

‘’ hello.. jumpe kat tempat biasa, jangan lambat!’’ puteri menutup handphonenya selepas membuat pesanan ringkas sudah tentu la buat dua sahabatnya.

‘’ heyyy.. ape yang kau buat kat sini?’’ kening mula bertaut. Aura kemarahan mula meledak melihatkan sesusuk tubuh yang amat dibenci.

Bibir merah itu mula diketap kuat apabila pertanyaanya dibalas dengan pandangan kosong. ‘’ don’t ever touch my car!.’’ Kasar sekali bahasanya. Hilang sudah keceriaan hari ini. Diganti pula dengan mendung yang hanya menunggu bunga-bunga petir serta guruh apabila melihat lelaki yang berada dihadapanya itu ingin membuka kan pintu kereta untuknya.

‘’ tepi lah!! Kau ni tak faham bahasa ke?’’ puteri cuba menolak kasar lelaki itu apabila tubuh itu menghalang nya dari masuk ke bahagian pemandu. ‘’ ishhh’’ dia mula geram, mata mencerlung ganas kearah wajah yang masih tegap berdiri. Sedikit pun tidak bergerak dengan tolakan kasar darinya. Mamat ni macam tunggul kayu.. langsung x bergerak.. berat macam batu. Apabila cubaan pertamanya tidak membuahkan hasil dia mula naik angin, pantang jika perlakuan nya dihalang. Pantang juga segala kemahuan nya tidak diendahkan. Mula la awan hitam berkumpul hebat di atas kepala, menunggu masa untuk memancarkan kilatnya.

***************************************

‘’ adam..’’

‘’ ada apa bu?’’

‘’ jadi ke adik kamu balik malam ni? Ibu nak masak special untuk dia.’’ Soal puan aida yang sememagnya mengharap jawapan positif dari anak sulungnya itu.

Adam serba salah. Memang salah dirinya berjanji sesuatu ynag tak pasti dengan ibunya. Adam terseyum sambil meraih lembut tangan puan aida mnegucup perlahan tangan wanita yang semakin dimamah usia itu.

‘’ insyallah bu, nanti adam jemput dia ye bu? Kalau dia tak sibuk dia balik.’’ Sekali lagi adam memberikan satu harapan yang belum tentu dapat di tunaikan.

‘’ adam pergi dulu, isnyallah malam nanti kita makan sama-sama ye bu?’’ lembut sekali pertuturannya sambil menyarung kasut untuk kembali ke pejabat. Sudah menjadi satu kebiasaan pada adam untuk makan tengah hari bersama ibunya apabila abahnya tidak dapat bersama. Dengan cara ibi saja lah dia dapat mengelakkan dari ibunya merasa sunyi berada di rumah sendirian. Walaupun rumah mereka masih lagi di huni orang gaji namun manakan sama dengan ahli keluarga sendiri. Adam bingung dengan janji yang di buat, dia merasa bersalah. Dia tidak mahu ibunya kecewa seperti sebelumnya. Dia nekad dia akan lakukan apa saja asalkan ibunya gembira pada hari ini. Dia melepaskan hand break kereta kemudian keretanya meluncur laju katas jalan raya.

**********************************

‘’ papa, apa semua ni? Kenapa mamat ni ada kat sini?’’ puteri menhentak-hentakkan kaki nya apabila tan sri bakri yang kebetulan keluar ke garaj kereta lengkap dengan pakaian sukan. Hari ini hari biasa bagi tan sri untuk keluar bermain golf dengan rakan-rakan kongsi syarikatnya, kelihatan pak akob pemandu tan sri sedang bersiap sedia memasukkan segala gadjet untuk kegunaan tan sri di padang nanti. Puteri mula menjeling tajam ke arah lelaki itu apabila tan sri berjalan menghampiri lelaki itu.

‘’ puteri,, mulai hari ini Daniel akan menjaga puteri kemana saja puteri pergi, termasuk ke kolej. Segala pergerakan puteri akan di awasi oleh Daniel.’’ Kata-kata yang terbit dari mulut tan sri itu bagaikan halilintar yang memancar ke kepala puteri. Dia terkejut. Seperti biasa bibir mula diketap kuat. Kening sudah lama bercantum, puteri mula menunjukkan reaksi protes terhadap arahan tan sri,

‘’ no! Puteri tak nak!’’ tegas puteri sambil menarik muka angkuh serta menhadiahkan jelingan sinis buat Daniel. Dia memeluk tubuh sambil menyentap-nyentap kasar beg tanganya tanda kemarahan yang kian memuncak.

‘’ kalau begitu puteri tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah langsung. Papa akan panggilkan tutor untuk ajar puteri, dan kalau Tanya dan Vanessa nak jumpe puteri mereka boleh datang bila-bila masa saja di rumah ini.’’

‘’ tapi pa..’’

‘’ keputusan papa kali ini muktamad, puteri ada dua pilihan. Duduk rumah atau Daniel akan ikut kemana saja puteri pergi’’

‘’ tapi pa.. kenapa dia ni?’’ puteri bengang dengan selamber dia menunjukkan jari telunjuknya kepada Daniel. Muka tak puas hatinya masih lagi menghiasi wajah putih yang semakin kemerahan akibat perasaan bengang yang meluap-luap.

‘’ papa kan tau puteri benci dia!’’ nah itu dia, keluar ayat yang ditahan selama dia berkenalan dengan lelaki itu di pejabat papanya. lelaki yang telah mengalahkan. Satu-satunya lelaki yang Berjaya menundukkan dia, mengalah dengan tindakan kasarnya. Kerna itu dia cukup benci dengan lelaki itu. Jika ada peluang sememangnya dia ingin membalas dendam.

‘’ puteri!’’ tan sri Bakri mula meninggikan suaranya. ‘’ puteri jangan lupa, Daniel yang selamatkan puteri dari dilanggar kereta tempoh hari. Kalau bukan kerana Daniel entah apa jadi dengan puteri sekarang ni.’’ Ucap Tan Sri Bakri mengingatkan kembali kejadian lalu.

‘’ puteri!!!!’’ gabungan dua jeritan sahabat itu memecah suasana sunyi kawasan kampus kolej harmoni

Tanya dan Vanessa menutup mata kerana tidak sanggup untuk melihat keadaan sahabat itu, dan tanpa mereka sedar seorang jejaka tiba-tiba muncul entah dari mana berlari sepantas kilat menyambar tangan puteri menyebabkan mereka berdua bergolek jatuh ke atas jalan dan terlepas dari dilanggar kenderaan itu. Pelik kerana kenderaan itu langsung tidak memperlahankan pemanduannya, jauh sekali untuk behenti apabila melihat kedua mangsa itu jatuh bergolek di atas jalan.

Puteri pengsan sejurus Tanya dan Vanessa sampai di tempat kejadian. Lelaki itu dengan selamber mencempung puteri dan meletakkannya di dalam kereta kemudian bergegas terus ke hospital. Tanya dan Vanessa turut mengekori dari belakang kereta yang dipandu lelaki itu.
Menurut siasatan polis, pihak polis tidak dapat mnecari apa-apa petunjuk berkaitan dengan kejadian itu, kerana ia berlaku terlau pantas. Tiada saksi yang betul-betul Nampak akan kejadian itu. Maka pihak polis mengklasifikasikan kejadian ini sebagai kemalangan biasa.

Kemalangan itu menyebabkan Tan sri Bakri mengambil keputusan muktamad mengambil Daniel sebagai pengawal puteri. Memandangkan hanya lelaki itu ynag telah berjaya mematahkan segala tipu helah dan serangan dari puteri tempoh hari. Beliau yakin yang Daniel mampu menjaga keselamatan puterinya.