PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Thursday, October 8, 2009

My ArRoGaNt PriNcEsS





Phon!! Phon !! Phonn!!!!!


Bingit sekali bunyi hon kereta disertai deruan enjin kereta jenis porsche berwarna merah garang. Segarang pemiliknya. Hon kereta di bunyikan bertalu-talu walaupun enjin kereta telah sedia dimatikan. Sengaja mahu membingitkan kawasan kediaman Tan Sri Bakri. Selang beberapa minit muncul 2 wanita terkocoh-kocoh berlari ke arah kereta mewah itu. Riak wajah mereka cukup menggambarkan kegusaran serta ketakutan. Mereka cuba bergerak sepantas mungkin untuk sampai ke garaj kereta yang menempatkan kenderaan-kenderaan milik keluarga Tan Sri Bakri.

‘’ maaf puteri..’’

‘’ hey!! Kenapa lambat? dah lama aku tunggu dalam kereta ni!!’’ sergah dia sebaik saja salah seorang dari wanita tadi membukakan pintu kereta. Permohonan maaf langsung tidak didengari. Dia kini boleh diibaratkan ahli sihir yang baru mendapat kuasanya dan menggunakan kuasanya kejalan salah dengan sewenang-wenangnya. Pantang salah sikit mahu dipecatnya pembantu rumah itu sesuka hatinya. Bukan sikit bilangan pembantu rumah yang telah dipecat. Hampir 20 orang kesemuanya. Kebanyakan sebab yang menyebabkan mereka menjadi mangsa pemecatan adalah kerana lambat menjemputnya masuk, lambat mengejutkanya dari tidur, lambat untuk mengadap apabila dipanggil, segala-gala perlakuan yang lambat akan menjadi satu factor pemecatan.

‘’ korang ni memang tak guna!! ‘’

‘’ serba serbi lambat!’’

‘’ tepilah!!’’

Tempiknya kepada dua pembantu yang sememangnya sedia membatu dan menerima saja maki hamun, teriakan serta sergahan dari majikan kecilnya itu. Sengaja di tolak kasar salah seorang dari pembantunya itu hingga hampir jatuh dibuatnya bagi melepaskan kemarahannya. Dia berjalan menghentakkan kaki sambil mengheret beg tangan terbaru keluaran jenama Gucci di atas lantai.

‘’ Bad day ‘’

‘’ Bad mood la.. mak Timah'' ucapnya membetulkan kata wanita tua itu sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. '' apa kita nak buat ni?''

‘’ macam biasa la.. tunggu tuan balik, jangan cakap apa-apa, terima saja dari dia, kalau tidak kita yang akan merana.’’

Sementara itu kedengaran bunyi dentuman pecahan kaca dari dalam bilik di tingkat dua villa sutera. Sesekali di sertai jeritan-jeritan maki hamun gadis itu.

‘’ ingat. Jangan menyampuk apa-apa kalau dia sedang bercakap. Jangan sesekali melawan atau membantah kata-katanya. Ikut saja selagi termampu.’’ Pesan mak Timah selaku orang lama yang menjaga kediaman ini merangkap tukang masak. Sara yang merupakan pembantu yang baru 2 hari memulakan tugas menggantikan pembantu lepas yang dipecat oleh gadis itu atas alasan lambat membawa akhbar untuk bacaannya. Sara hanya mengganguk tanda faham. Dalam hatinya dia cukup gentar dengan kejadian pertama disertai dengan cerita-cerita lepas dari mak Timah sebentar tadi sebelum kemunculan porshe merah itu. Bunyi dentuman serta jeritan masih lagi kedengaran, malah makin kuat bunyinya.

********************************************
‘’ Mak Timah.. dah berapa lame tu?’’ soal Tan Sri Bakri yang baru pulang dari pejabat. Dia meletakkan perlahan beg bimbit di atas meja kemudian melabuhkan punggungnya di sofa sambil tangan nya merungkaikan ikatan tali yang menjerut seharian lehernya.

‘’ sejak saya telefon tuan petang tadi.’’

‘’ kali ni apa lagi barang yang dirosakkannya?’’

‘’ tak pasti tuan, saya tak berani untuk masuk ke biliknya tuan.’’

‘’ pukul berapa dia sampai rumah?’’

‘’ pukul 2.30 tuan.’’ Jawab mak Timah sambil menghulurkan segelas minuman.

‘’ tak mengapalah, mak Timah siapkan makan malam. Saya pujuk dia.’’ Seraya itu Tan Sri Bakri bangun mendaki ke tingkat dua.

‘’ Puteri….’’

Pintu dibuka apabila tiada jawapan dari anak kesayangannya itu. Sebaik pintu dibuka semerbak bau haruman minyak wangi.tentunya yang telah dipecahkan atau pun di baling sehingga botol2 kaca itu pecah dan bertaburan di lantai. Bilik mewah anak gadisnya telah bertukar menjadi seperti tempat pembuangan barangan rosak. Langsir yang tercabut, cermin rias yang pecah seribu, patung-patung beruang yang berselerak, baju-baju semuanya bertaburan di keluarkan dari dalam almari, serta majalah-majalah fesyen kegemarannya turut koyak rabak. Tan Sri Bakri hanya mampu mengurut lemah dadanya. Namun saat terpandang sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah di atas katil membuatkan hatinya sayu. Cukup sayu sehingga mengingatkan beliau kepada arwah isterinya Amina. Kalau lah isterinya masih hidup, tentu anak gadisnya yang sorang ini tidak berkelakuan begini. Beliau tidak pernah menyalahkan tindakan anaknya. Malah beliau sendiri merasa bersalah kerana tidak dapat memberikan didikan sempurna buatnya. Tindakanya berkahwin lain dengan wanita yang bernama Safira menambahkan lagi kenakalan anak gadisnya. Harapan supaya Safira mendidik anaknya hanya tinggal harapan kerana safira sendiri tidak sebulu dengan anaknya yang agak degil dan keras kepala itu.

‘’ Ibu….’’ panggil gadis itu sayu, seolah kanak-kanak kecil yang merengek mahu mengikut ibunya. kedua tangannya di lambai-lambai ke satu arah.'' jangan pergi bu..'' rayu gadis itu tadi beserta sendu.

Panggilan itu menyebabkan Tan Sri Bakri tersedar dari lamunannya. Sekilas dia memandang sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Beliau kemudian perlahan menutup kembali pintu bilik anaknya. Tahu la beliau bahawa anak itu sedang tidur. Tidak sampai hati untuk menggangu lena anak itu. Sudah menjadi Kebiasaan Puteri Arianna memanggil ibunya apabila berada dalam tidur yang lena. Tidak dinafikan puteri itu seorang yang panas baran. Namun disebalik itu puteri merupakan anak kesayanganya.





4 comments:

fzm2 said...

besh starting cter ni..
s0ulmate plak,mne de
b0rink laaaa..
huhuhhu
cme nk tw mne lee jew
huhu.keep it up

Lieza said...

thankss.. ye.. semua tertanya-tanya mana lee,, itu lah.. harap korang sabar tunggu ye? sementara tu layan la princess berlagak ni dulu.. k?

~OkiE~ said...

Lieza!!!!!I love this story!!!sambung lagi ya??
hehe...

Nice intro..cerita ini terus menarik minat sa..hehe..
Keep it up!

Lepas tu blehlah buat Novel..hehe...

Lieza said...

hahahha.. belum lagi la okie.. byk lagi yang nak kene perbaiki. tp doa2 kan lah yek? thankss