PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Thursday, October 15, 2009

My ArRoGaNt PriNceSs - 3

‘’ duduk puteri, papa ada sesuatu nak bagitahu puteri, tapi sebelum tu papa mesti suruh pembantu papa settle kan ni dulu.’’ Satu fail biru muda ditunjukkan dan beliau bangun meninggalkan mereka berdua.

Kaki disilang, tangan bermain-main dengan rantai labuh yang dipakai sehingga mengeluarkan bunyi geseran besi yang memecah kesuyian di dalam bilik itu. Kaki di gerak-gerakkan sambil matanya liar memerhatikan bilik papanya. Sampai di satu sudut matanya melekat kepada manusia yang berada di hadapanya saat itu. Bibir nya mencebik lagi. Matanya menjeling sinis kepada lelaki itu. Senyuman sinis turut terukir melihatkan manusia didepannya itu.

‘’ weyhhh.. pekerja baru eh?’’ senyap.. masih static langsung tidak berganjak sedetik pun.

‘’ huh.. entah dari mana la mamat ni’’ puteri masih lagi bermain-main dengan rantainya. 5 minit berlalu dia sudah ,mula tidak senang duduk

‘’ weyhh.. ambilkan aku air.’’ Arah puteri seperti biasa kepada pekerja-pekerja di syarikat papanya. Namun kali ini lelaki tadi masih di posisi yang sama. Tidak berganjak, memandang ke arah puteri pun tidak.

Percikan bunga api sudah terasa. Menunggu simbahan minyak tanah saja untuk membangkitkan kemarahan tuan puteri yang satu ini. Dahi sudah mula berkerut, bibir sudah digigit kuat.

‘’ woiii!! Kau ni pekak ke ape? ‘’
puteri berang serentak itu dia bangun dan cuba menampar kepala lelaki itu. Dan serentak itu juga lelaki tadi menggerakkan sedikit badannya ke belakang untuk bersandar di sofa. Dan tindakannya itu menyebabkan puteri hanya menampar angin. Terkejut sekali puteri, tidak disangka serangan pantasnya itu dapat di tangkis mudah oleh lelaki itu. Dia semakin berang tangan dikepal kuat baru saja hendak mengangkat penumbuk ke muka lelaki itu…


“ Puteri Arianna!!! ‘’

Pintu dikuak ‘’ Behave yourself .‘’Jerit Tan Sri melihat tindakan luar kawalan anak gadisnya itu. Benarlah kata-kata pengawal peribadi yang sentiasa mengawasi anaknya selama ini.maka tidak salah la keputusan yang bakal diambil hari ni. Puteri semakin liar dan berani bertindak ganas,dia juga tidak menyangka puteri akan menyalah gunakan seni mempertahankan diri yang dikuasainya sejak kecil.

********************************

Puteri melangkah dengan pantas. Kakinya berjalan menghentak-hentak lantai bangunan pejabat papanya. Bibirnya digigit-gigit. Saat itu kemarahannya mencapai satu tahap yang tidak dapat lagi dibendung. Sesampai di kereta puteri tiba-tiba dia menendang-nendang tayar keretanya. Tidak cukup dengan itu dia menhentak-hentak beg tangannya ke badan kereta mewah itu. Penat melawan panas di luar kereta itu puteri masuk kedalam kereta. Dia mendengus kuat. Bibir di gigit kuat. Saat itu kalau di bayangkan, puteri boleh diibaratkan seperti anak naga yang sedang kelaparan.

‘’ aku benci kau!!!!’’ jerit puteri dalam kereta sambil menghentak-hentak lagitangannya ke stereng kereta. Geram dengan kejadian yang berlaku di pejabat papanya tadi. Dia mengimbas kembali kejadian yang membuatkan dia cukup merasa terhina. Cukup bengang dengan lelaki itu.

‘’ duduk puteri.kenapa biadap sangat? Papa tak pernah ajar anak papa sebiadap ini. ‘’ tempelak Tan sri melihatkan perangai anaknya. Puteri tunduk memandang lantai sambil mencebik bibirnya. Sambil mengajuk kata-kata Tan sri Bakri.

‘’ papa kenalkan Daniel, pengawal baru kamu. Dia akan mengawasi puteri 24 jam, jadi jangan buat hal macam yang kamu buat pada mamat dan bobo.’’

‘’ tapi pa.. kenapa? Macam mana dengan badut berdua tu? Putri dah biasa dengan mereka la pa… x perlu la tukar baru.. lagipun dia ni.. Nampak lembik jer…x Nampak macam pengawal pun?’’ puteri buat muka bosan. Dia menyandarkan badannya ke sofa. Jarinya masih sibuk memintalkan rantainya.

‘’ putri.. cuba jangan pandang orang sebelah mata.’’

‘’ elehhh.. puteri x percaya la pa. ape kata biar dia buktikan. ‘’cadang puteri dengan riak bangganya.

‘’ apa yang puteri nak lakuakan?. Kenapa putri susah sangat nak ikut cadangan papa? Ini semua untuk kebaikan puteri tau?’’ bantah Tan Sri lagi dengan cadangan puteri itu. Dia tahu nak gadisnya itu memang sengaja ingin mencari masalah.

‘’ kalau macam tu puteri x nak!’’ tegas puteri. Dia memalingkan wajahnya sebijik macam kanak-kanak dua tahun merajuk kerana tidak di berikan hadiah hari jadi.

‘’ baiklah, puteri nak macam mana lagi?’’

Puteri terseyum kemenangan serta berdiri tegak memandang tepat ke arah lelaki di hadapannya. Sempat lagi dia memandang sinis serta mengahdiahkan seyuman mengejek istimewa buat lelaki itu.

‘’ bobo!!! Mamat!!!’’ jerit puteri nyaring sekali.

serentak itu juga pintuk bilik pejabat Tan Sri di kuak. Muncul 2 lelaki yang terkocoh-kocoh mengadap puteri. Dua lelaki berbadan besar, tinggi serta bengis mukanya. Puteri tersenyum memandang dua pengawal peribadinya yang pantas. Dan sentiasa bersiap sedia apabila diperlukan.

‘’hah.. korang kerjakan mamat nih. Dan pastikan korang menang.. kalau kalah.. tahulah nasib korang..’’ bisik puteri kepada dua pengawalnya itu. Ekor matanya memandang ke arah lelaki yang masih tenang duduk di atas sofa sebelah papanya.

‘’ puteri nak buat apa ni?’’ Tanya Tan Sri Bakri melihatkan tindak tanduk anaknya.

‘’ puteri akan setuju dengan papa kalau dia nih boleh kalahkan badut berdua ni.’’ Ucap puteri sambil tersenyum sinis ke arah lelaki itu. Dia berjalan menghampiri dan berdiri di tengah kedua pengawalnya yang dipanggil badut.

‘’macam mana Daniel? ‘’ soal Tan Sri meminta jawapan dari lelaki yang masih tenang.
Daniel bangun membetulkan jaket hitam yang melekap di badannya. Berdirinya Daniel lebih kurang sama tinggi dengan pengawalnya membuatkan puteri merasa kemenangan bakal berpihak kepadanya pada pandanganyam tidak mungkin dengan saiz badan Daniel yang lebih kecil dapat mengalahkan dua pengawal peribadinya.Daniel menghulurkan tangan ingin bersalam dengan bobo. Bobo yang berfizikal rendah dari mamat. Berbadan besar mempunyai otot berketul-ketul tak ubah seperti orang bina badan. Dia tersenyum sambil menyambut huluran salam dari Daniel.

Apabila tangan bersatu, Daniel dengan mudahnya memusingkan tangan Bobo kebelakang dan dengan sepantas kilat lututnya ditekan ke kaki Bobo yang menyebabkan bobo melutut sambil mengerang. Belum pun sempat dia menjerit meminta tolong dari sahabatnya Daniel dengan pantas memukul belakang kepala Bobo menyebabkan dia pengsan.

Melihatkan tindakan Daniel yang pantas mematikan langkah sahabatnya itu dia bergerak perlahan ke belakang mengambil sedikit ruang bagi mempertahan dirinya disamping mencari startegi untuk mengalahkan jejaka itu.

Duduk di atas sofa puteri sudah mula tidak senang duduk. Cuak apabila bobo dengan pantas dikalahkan. Harapannya kini bergantung kepada si mamat.

Daniel tenang memandang ke arah mamat yang sudah mula mengeluarkan peluh walaupun berada di dalam bilik yang sepenuhnya berhawa dingin. Dapat dilihat mamat yang menelan liurnya. Dia mula mengesat peluh yang merecik didahi menggunakan hujung jaketnya, lama mereka saling menatap. Puteri sudah mula bosan.

‘’ hey badut. Cepat la serang.. kau tunggu ape lagi?’’ sergah puteri.

Tanpa membuang masa lagi mamat bergerak ke depan. Mula membuka langkah menyerang Daniel. Tangan menumbuk laju ke muka Daniel, tapi dapt di tepis mudah oleh Daniel. Serentak itu kakinya menguis kaki mamat. Lelaki berbadan besar itu terdorong ke dinding. Badanya terasa sengal di tumbuk oleh Daniel yang hanya bergerak santai melawan pergerakan darinya. Kali ini mamat sekali lagi memulakan serangan dengan menyerang dengan gerakan Flying kick. Namun sekali lagi dapat di tahan dengan sempurna oleh Daniel. Mamat tidak dapat mendarat dengan stabil apabila kakinya di pulas oleh Daniel. Dia jatuh menyembah lantai pejabat. Daniel dengan pantas memegang kedua tangan mamat ke belakang. Dan sekali lagi Daniel memperlakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan kepada Bobo. Mamat juga Berjaya dipengsankan.

Tanpa diketahui Daniel Puteri cuba mengatur serangan hendap. Tanpa berfikir panjang puteri melompat ke arah Daniel dan menendang belakang jejaka itu. Serangan dari puteri membuatkan Daniel baru hendak berdiri terdorong semula ke depan. Puteri terseyum bangga kerana Berjaya menyerang musuhnya itu. Dia masih lagi mengepal kedua tanganya. Bersedia untuk melakukan serangan berikutnya. Daniel pantas berdiri tegak dan membetulkan sedikit bajunya yang sudah berkeroyok. Dia mengibas-ngibas bajunya dengan tangan yang memberikan peluang kepada puteri untuk menyerangnya lagi. Tanpa berlengah puteri meluruskan penumbuknya tepat menghala ke muka Daniel yang masih sibuk membetulkan bajunya.

‘’pap!!’’
tumbukan puteri tepat mengena. Namun bukan ke sasaran yang dikhendakinya. Tapi tumbukannya tepat berada dalam tapak tangan Daniel. Kemas sekali. Puteri cuba untuk meleraikan pegangan lelaki itu. Semakin ditarik tangannya semakin kuat genggaman Daniel. Puteri mula bengang. Tiada siapa pun yang berani menyentuhnya tanpa izin. Puteri bukan seorang yang mudah didekati. Sakit hati dengan tindakan Daniel puteri menggunakan tangan kirinya untuk menyerang balas Daniel. puteri dengan pantas mengangkat tangan hajatnya untuk menumbuk lagi ke muka jejaka itu. Dengan pantas juga tangannya di genggam lagi oleh Daniel. kali ini kedua tangan puteri berada dalam genggaman Daniel. saat itu puteri mendegus kegeraman. Puteri merenung tajam ke dalam anak mata jejaka itu. Mata bertentang mata. Di mata puteri saat ini seolah memancarkan cahaya api kemarahan. Nafasnya kedengaran kuat sekali menahan kemarahan yang memuncak. Seperti biasa bibirnya diketap kuat. Daniel masih lagi tenang. Tidak bergerak walau seinci pun dengan keadaa puteri yang meronta-ronta untuk menarik tangan dari genggaman Daniel.

‘’ lepas lah bodoh..’’ jerit puteri tiba-tiba. ‘’ sakit lah..’’ jerit puteri lagi apabila tangannya masih berada dalam genggaman Daniel.

‘’ Daniel,, sudah la tu.’’ Ucap Tan sri Bakri yang dari tadi hanya menjadi pemerhati kepada perlawanan singkat antara mereka berempat. Mendengarkan arahan dari Tan Sri itu, Daniel segera melepaskan genggaman menyebabkan puteri terduduk kelegaan. Dia masih lagi tidak puas hati. Bibir diketap kuat, penumbuk dikeraskan. Selangkah Daniel bergerak membelakangkan Puteri, dengan sekuat tenaga yang ada puteri sekali lagi cuba menyerang hendap dengan ingin menhentak siku ke belakang Daniel. Malang buatnya Daniel lebih cekap dan lebih sensitive, sekali lagi dia dapat mengelak serangan dari gadis degil itu. Badan digerakkan ke tepi. Kakinya dip using 90 darjah, tangannya mencapai tangan puteri dipulasnya tangan gadis itu kebelakang lalu tangan kirinya menekan kuat kepala puteri ke bawah yang menyebabkan gadis itu terkial-kial mahu melepaskan diri.

3 comments:

Anonymous said...

ssuai ngn tjuk..
mmg arr0gant gler m!nah ni!!!

zarith said...

aah btoi tu.. mmg arrogant habis ar puti tu..
dahsyat nya la...
heee
best la lieza..
smbung2...

umYrah daRWis said...

hehhe pdn muka kna blasah blik..hak3