PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, October 12, 2009

My ArRoGaNt PriNceSs - 2

‘’ aku tak nak nasi goreng. Pagi ni aku nak spaghetti ‘’. ucap puteri sambil menghempaskan begnya ke atas meja makan yang telah tersedia roti bakar, jus oren, serta nasi goreng kegemarannya setiap pagi yang disediakan oleh mak Timah. Selama ini hanya mak Timah saja yang tahu selera gadis itu. Dengan muka masam dia memandang tepat kearah Sara yang sedang menuangkan teh kedalam cawan dengan tangan yang terketar-ketar.

‘’ woi!!!’’

‘’ kau ni tahu buat kerja ke tak ni?’’ serentak itu.

‘’ Prangggg!!!’’

sergahannya menyebabkan teko yang dipegang wanita itu terlepas jatuh berderai di atas lantai.
Sara kecut, pucat lesi mukanya. Dadanya berdegup pantas, tanganya msih lagi terketar-ketar. Mak jah yang terkejut mendengar bunyi dari tempat makan terus bergegas ke tempat kejadian. Dia tahu perkara buruk bakal berlaku kalau dia tidak campur tangan. Dia tidak mahu lagi ada pembantu yang melecur dikenakan oleh anak majikanya itu.

‘’ kau!!!!’’ jarinya sudah berada tepat ke dahi pembantu malang itu..

‘’ puteri.. papa pesan, suruh jumpa dia kat pejabat selepas habis kelas.’’ Sampuk Mak Timah tiba-tiba apabila melihat puteri mahu mengahmpiri Sara, kecut juga perutnya mahu menyampuk perbuatan gadis itu. Mahunya dia juga yang kene pecat nanti. Mood gadis ini selalu tak baik. Mendegarkan kata-kata mak Timah itu puteri mendegus sambil mencebikkan bibirnya serta mencapai beg nya.

‘’ dah la.. tak selera aku nak makan pagi ni.’’

‘’ kali ni kau selamat.’’

Ucap puteri berbaur ugutan kepada Sara yang tunduk habis memandang lantai sambil tangan memintal-mintal hujung baju t-shirtnya.

**************************************************

‘’ hey!!! get loss!’’ halau puteri kepada sekumpulan pelajar yang sedang berbual-bual di situ. Tania dan Vanessa hanya tersenyum dengan gelagat ketua mereka itu. Tahulah mereka yang tuan puteri mereka sekarang ini sedang murka.

‘’ menyampah aku tengok diorang ni..’’

‘’ Puteri.. kau kenape?’’

‘’ ak ah, kau gaduh dengan Burn eh?

‘’ korang jangan banyak tanya boleh tak?. Jom cari hiburan’’

‘’ Please my princess’’ rayu Tania tiba-tiba.

‘’ tolonglah jangan buat kerja-kerja macam tu lagi. Kita dah banyak kali kene amaran. Aku x nak kene buang kolej la.’’

‘’ betul la puteri.. apa kata kita karaoke ke, menari ke, lepaskan amarah kau tu?’’sampuk Vanessa.

‘’ Korang ni kenapa? Sejak bila korang takut ni, hey.. come on la.. ini Puteri Arianna Tan Sri Bakri la. Siapa yang berani lawan aku ha?’’

‘’ kami tau.. tapi cukup la puteri kami tak nak kene buang kolej.’’ Kes lepas pun tak settle lagi.

‘’ kes ape lak?’’

‘’ kau tak ingat ke? Apa kita buat kat budak tahun satu tu? Nasib baik tak patah riuk tulang dia tau kita kerjakan.’’ Ucap Tania.

‘’ padan dengan muka petak dia tu. Siapa suruh dia lalu depan aku yang tengah cari mangsa ni? Siap buat muka kerek lagi. Baru dia tahu siapa aku?’’ balas puteri megah apabila mengingatkan pelajar tahun satu yang teruk dipukul dan dibuli olehnya. Atas alasan pelajar itu membuat muka terhadapnya.

‘’ bukan dia saja. ramai lagi yang kau jadikan mangsa marah kau.fizzah yang kau paksa makan mee goreng basi, Alan yang kau jadikan dia medan baling buku, Sofea yang kau paksa dia terjun kolam, Madi si budak nerd yang kau jerkah hari-hari sampai terkencing dibuatnya. Nasib baik diorang tak report kat HEM tau?’’

Puteri sudah mula bercekak pinggang ‘’ ahhhh… bosan la korang ni.’’

Tengking puteri berlalu dari situ meninggalkan rakannya terkontang kanting. Puteri memandu porshenya menuju ke pejabat Tan Sri Bakri iaitu Puteri Holdings. Syarikat yang ditubuhkan sempena namanya.

*************************************************************
‘’ papa ada?’’

‘’ Tan Sri ada meeting, Dia minta cik Puteri tunggu di ruangan guest.’’ Ucap pembantu Tan Sri Bakri sopan sambil menghadiahkan senyuman manis buatnya.

Kening dah bertaut, tangan dah dikepal‘’ what the… apesal lak nak aku tunggu kat situ? Aku nak jumpe dia sekarang!’’

‘’ tapi cik…’’ laju sekali langkah puteri menonong menuju ke bilik Pengarah Urusan tanpa sempat wanita itu meneruskan kata-katanya. Dia cuba menyaingi langkah puteri untuk menghalang gadis itu.

Tangan dikepal-kepal lagi berjalan sambil menggigit bibirnya. ‘’ tak kan nak jumpe ayah sendiri pun nak kene ada giliran?’’ bentak puteri tanpa menghiraukan wanita yang memanggil-manggil dan menegahnya dari masuk ke pejabat Tan Sri.

Pintu dah dibuka ‘’ cik..’’ kata-kata wanita itu terhenti di situ apabila pintu sudah sedia terbuka menampakkan ruang bilik luas yang mewah berwarna putih bersih di hiasi dengan perabot-perabot kayu berwarna gelap memberi kombinasi menarik untuk bilik itu.Tan Sri Bakri yang terkejut dengan terjahan itu memandang tepat kearahnya. Manakala di hadapan nya lelaki tadi yang masuk bersama Tan Sri. Sudah lama mereka berdua berbincang didalam bilik itu. Siapa lelaki itu langsung tidak diketahuinya. Malahan Tan Sri telah berpesan supaya dia tidak diganggu sepanjang dia bersama lelaki itu.

Gulp!!!

‘’ maaf tuan saya dah cuba halang.’’ Wanita itu tunduk sebagai tanda rasa bersalah.

‘’ tak mengapa Alia, biarkan dia masuk, memang saya nak jumpa dia pun’’ ucap Tan Sri kepada pembantunya itu.dapat dilihat jelas riak bersalah di wajah wanita berusia 30 an itu.

Tangan disilangkan ke belakang, puteri berjalan ke arah sofa yang menempatkan papanya dan dapat dilihat dari pintu tadi sesusuk tubuh bahagian belakang lelaki. Dia bergerak perlahan mendekati mereka, dapat dilihat papanya yang sedang berkata sesuatu kepada lelaki itu yang menyebabkan lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya. Puteri mencebikkan bibirnya. Tabiat biasa serta merupakan tindak balas spontan apabila dia merasa sesuatu yang agak mengjengkelkannya.

1 comment:

fzm2 said...

nyampah glur
ngn puteri nih!
huhuhuh