PUBLISH NOVEL ?

Menjawap kepada soalan - soalan kamooo semua, Soul Mate tetap akan di habiskan di Blog, kerana saya tak pernah terfikir untuk hantar manuskrip saya ke mana mana publisher, KENAPA? bukan tak berminat, tapi sebab saya rasa saya masih baru dalam bidang ini, banyak perkara yang saya perlu belajar lagi, so rasa tak layak kot? dan tak berani kot? tapi kalau ada yang berminat mungkin saya boleh mencuba, cuma harapan tu tak tinggi la sangat. ikutkan hati mula mula memang saya menulis novel ni untuk di terbitkan, kerana minat untuk menjadi penulis sangatlah menebal, tapi lama kelamaan saya sedar, saya perlu belajar lebih lagi. mungkin kalau ada rezeki ia tetap menjadi rezeki saya. so, sokonglah la saya, semoga impian saya tercapai, dan kamo kamoo semua terhibur dengan karya saya...

MeH La JoiN..

Monday, October 26, 2009

My ArRoGaNt PriNcEsS BAB 4

Malam makin larut. Bintang-bintang bertaburan di langit mengindahkan lagi suasana malam yang gelap gelita. Angin sepoi bahasa menyamankan penghuni rumah teres sederhana itu. Daniel duduk di atas bangku batu yang sememangnya sedia ada semenjak dia pindah masuk ke rumah itu. Pada hematnya mungkin is kepuyaan penyewa sebelum ini. Dia menghirup udara malam sambil memerhatikan bintang-bintang yang bertaburan di langit, sedang asyik memerhati sinaran lampu kereta menggangunya apabila dia mendapati sebuah kenderaan yang masuk ke kawasan rumahnya. Kemudian muncul seorang lelaki. Masih segak berbaju kemeja walaupun hari semakin menginjak larut malam.

‘’ ini saja aktiviti kau balik kesini?’’ soal lelaki itu tiba-tiba semakin hampir kepada Daniel.

‘’ ibu dan abah sihat?’’ Soalan dib alas dengan soalan oleh Daniel.

‘’ kau rasa? Dengan keadaan kau sekarang ni? Ape perasaan diorang? Pernah kau ambik tahu?’’

‘’ kalau abang datang sini semata-mata nak cari gaduh, balik lah bang..’’ jawab Daniel bersahaja sambil bangun berlalu menuju ke pintu utama rumah.

‘’ abang nak minum?’’ Tanya Daniel sebelum dia melangkah masuk.

‘’ aku bukan datang nak minum. Aku Cuma nak sampaikan pesanan ibu. Dia suruh kau balik makan hujung minggu ni.’’ Lelaki itu berdiri memebelakangkan Daniel… ‘’Aku nak balik.’’ Lelaki itu lantas berlalu ke kereta dan pergi meninggalkan perkarangan rumah itu.Daniel sekadar termenung di muka pintu.

**********************
‘’Adam..’’
‘’ macam mane adik kamu? Dia ada janji nak balik?’’

Adam meletakkan briefcase ke atas meja, perlahan badannya dihempaskan ke sofa. Tangan nya mengurut perlahan belakang tengkuknya. Penat mungkin dengan kerja-kerja pejabat yang semakin bertambah sejak penyakit abahnya yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

‘’ insyallah bu.. katanya kalau tak sibuk dia balik.’’

‘’ ibu rindu adik kamu adam…’’

‘’ bu…’’ adam bangun duduk di sebelah ibunya. Memegang lembut tangan wanita tua itu. ‘’ jangan risau, adam akan pastikan dia balik jumpa ibu k?’’ ucap adam menyakinkan ibunya. Walhal perkara itu menjadi satu perkara yang agak mustahil untuk di tunaikan.

***********************************
Kelihatan sara yang mundar mandir dihadapan pintu kayu bewarna coklat gelap. Ditampal notis yang berbunyi do not disturb!. Sara masih lagi mundar mandir disitu sambil menggigit kuku. Sekali sekala tangannya memegang tombol pintu namun beberapa saat kemudian dia melepaskan kembali sambil mengetuk-ngetuk kepalanya. Hampir 10 minit dia begitu.

‘’ sara.. puteri dah bangun?’’

‘’ ermmmmm…’’ sara masih bengung memandang mak timah ‘’ belum.. tengok ni…’’ ucap sara sambil jarinya menunjukkan notis yang tertampal di depan pintu.

Mak timah Cuma menggelengkan kepala melihat telatah gadis itu. Dia berjalan perlahan ke arah pintu. Agak gerun juga melihatkan notis siap bertampal poster tengkorak. Mau nye mereka di pecat kalau tidak kene mood majikannya itu. Ibarat menggangi singa yang tidur.

‘’ puteri..’’ panggil mak timah sambil diekori oleh sara dibelakangnya. Mak timah menghampiri katil kemudian menyentuh sedikit bahu gadis yang tampak lena seklai tidurnya. Comel sekali. Kalau la wajah sewaktu tidur ini di kekalkan semasa jaga alangkah baiknya. Paras rupa yang cantik, cukup serba serbi. Pakej lengkap. Hanya satu kurangnya gadis ini.. sikap barannya. Entah dari mana turunya sikapnya yang satu ini. Setahunya tan sri bukan la seorang yang baran, jauh sekali arwah isterinya yang sentiasa lemah lembut dan peyanyang. Tidak pernah sekali pun sepanjang dia bekerja dan hayat arwah meninggikan suara pada pekerja-pekerjanya.
Rengekan puteri menyedarkan mak Timah. Dia segera bangun berdiri tegak menunggu arahan dari gadis itu.

‘’ pukul berapa ni?’’ Tanya puteri sambil menggosokkan matanya.

‘’ jam 8.00 puteri.’’

‘’ what?’’ tegak puteri bangun mendengar jawapan mak timah.

‘’ bukan ke aku cakap kejutkan 7.30? ‘’ puteri mula menyinga.

‘’ maaf puteri.. Sara dia takut nak masuk kejutkan puteri sebab notis kat luar tu.’’ Balas mak timah selamber.. sambil mengutip baju-baju serta barang-barang yang bertaburan di lantai, di sofa, bilik itu. Satu jelingan maut dihadiahkan khas buat gadis yang tekun memandang ke lantai. Puteri tidak boleh berlengah lagi dia bingkas bangun mencapai tuala mandi yang sedia
tergantung berlari masuk kedalam bilik mandi. ‘’ sediakan pakaian aku!’’ jerit puteri dari dalam bilik air. Kemudian kedengaran pancutan air dari bilik mandi.

***************************
‘’ hai princess… ‘’ serentak 3 gadis itu bersuara.

‘’ hai…’’ balasnya selamber.

‘’ eh. Puteri hari ini kite p shoping nak? Aku dah lama x beli baju baru.’’

‘’ hmmmm… aku pulak nak beli mekap terbaru dari maybeline..’’. itulah ragam dua klik puteri. Puteri masih lagi diam mengadap lap top applenya. Sekali sekala dia meneguk mineral yang dipesan sebentar tadi. Melihatkan puteri asyik menghadap lap top, kedua sahabat itu saling berpandangan. Kening bertaut, bahu terangkat.

‘’ kau buat pe tu?’’ Tanya Tania sambil menghendap-hendap ke arah apple berwarna putih itu. Belum sempat membaca isi paparan lap top kepalanya mula ditolak kuat oleh puteri. ‘’ jangan kacau la…’’ bentak puteri apabila merasa terganggu. Dia meneruskan kerja menaip.

Tania dan Vanessa hanya diam menunggu puteri menghabiskan kerjanya. Hendak di Tanya lebih takut menaikkan kemarahan gadis itu lagi. Mereka sebolehnya tidak mahu merosakkan mood sahabat yang sorang ini. Mahunya kecoh jika dia mengamuk. 10 minit kemudian.. ‘’ huh! Siap…’’ puteri menggeliat kuat. Sambil terseyum memandang dua rakannya. ‘’ dah.. jom shoping..’’

‘’ ape yang kau buat tadi tu?? Serius je?’’ Tanya Vanessa .

‘’ asssingment prof Wahab..’’ selamber dia menjawab sambil berjalan ke arah porche.

‘’ what? You baru hantar? Kau ni… ‘’ bebel Tania, hanya puteri saja yang berani melawan kata-kata prof wahab yang garang itu. Puteri tak pernah takut pada sesiapa pun.

Sedang Tania dan Vanessa sibuk berborak sesama sendiri puteri sudah jauh ke depan meninggalkan mereka berdua untuk ke kereta yang Cuma seberang jalan. Puteri berjalan sambil sibuk mencari kunci kenderaannya didalam handbag, berjalan terus menyeberang jalan tanpa menoleh kiri kanan. Puteri langsung tidak menyedari kedatangan sebuah kereta hitam dari arah kanannya. BMW hitam itu bergerak laju menuju ke arah puteri yang masih lagi tidak menyedari akan kehadiran kereta tersebut.

‘’ watch out puteri!!’’ Tanya dan Vanessa yang sedar akan kehadiran kereta itu menjerit ketakutan. Mendengarkan jeritan temannya itu puteri menghalakan pandangannya. Saat itu baru dia perasan kereta hitam itu sememangnya menuju laju kearahnya. Berdiri kaku di tengah jalan raya itu puteri sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Ditambah lagi dengan rasa terkejut. Kenderaan itu semakin dekat dan semakin laju.

‘’puteri!!!!!!’’
gabungan dua jeritan sahabat itu memecah suasana sunyi kawasan kampus kolej harmoni.

2 comments:

fzm2 said...

waaa
buatlah puteri
hilang ingatan n
jadik nerd!
hahahahahah

Lieza said...

hehehhe...